Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 25 April 2002 0 komen

Aku dah mula bosan buat kerja ni. Aku tunggu hari Isnin untuk bagitahu kat CEO pasal project ni.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Aku gunting rambut pagi tadi. Nekad. Dah lama aku tak gunting rambut. Sayang jugak rambut panjang ni. 6 bulan aku simpan. Tapi tak pe. Aku suka rambut pendek ni.

Entri oleh sultanmuzaffar 23 April 2002 0 komen

Aku mengantuk. Aku nak tidur sekejap. Aku tak cukup tidur. Aku letih. Mata aku dah merah. Telinga aku dah panas. Tambah panas bila kena marah pagi-pagi buta.

Entri oleh sultanmuzaffar 21 April 2002 1 komen

Perkara utama dalam ProjectX ialah 3D Catalog dan Simulation and Analysis. Itu yang paling utama. Untuk melengkapkan dan memberi nilai kepada 3D Catalog tentulah dengan adanya Simulation and Analysis. To add value to the 3D Catalog. Sekarang ini 3D Catalog hampir 80% siap. Tinggal Simulation and Analysis. The most difficult parts.

Entri oleh sultanmuzaffar 1 komen

Dah pun hari Ahad. Apa yang aku kena buat belum lagi dapat penyelesaiannya. Presentation esok hari Isnin. Project Owner pun cakap bahagian aku yang paling susah. Semalam dah dapat sikit solution tapi masih belum complete. Sekurang-kurangnya dah lepas tembok pertama dan kedua. Semalam Project Owner jumpa aku, dia bagitahu pasal the whole project. Dia minta aku faham semua berkenaan project tersebut. Dari A hingga Z. Semalam, seolah-olah dia bagi amanah kepada aku sebagai ketua untuk kumpulan project ini. Kenapa pemahaman aku terhadap project ini penting adalah kerana nanti Project Owner ini akan balik semula ke UK. Oleh itu pemahaman aku amat penting supaya perhubungan komunikasi antara kumpulan di Malaysia dengan dia dapat dikurangkan ke tahap seminimum yang mungkin. Oleh itu semua masalah dan jalan penyelesaiannya mesti dibuat oleh aku. Kadang-kadang CEO ini gila jugak. Project begini besar dia suruh aku lead. Dah le experience untuk project ini tak da.

Entri oleh sultanmuzaffar 19 April 2002 0 komen

Aku tidur pukul 5 pagi, bangun pukul 8 pagi. Mengantuk. Tapi sekurang-kurang aku dah lepas dua tembok besar yang menghalang. Satu IDL, dua TXT. Tinggal tembok Excel saja yang belum lepas. Aku memang mengantuk giler.

Entri oleh sultanmuzaffar 18 April 2002 0 komen

Macamana ni, brake sudah, power sudah, hanya steering yang belum lagi. Aku tengah configure macamana nak dapatkan sttering ini bagi jadi.

Entri oleh sultanmuzaffar 17 April 2002 0 komen

Aku dah hampir dapat. Sikit saja lagi. AKu dah boleh bukak satu xls file. Cuma sekarang kena update dan link data tu dari IDL.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Mata aku merah pasal tak cukup tidur. Aku memang dalam keadaan tak larat. Nak buat kerja pun tak de mood.

Entri oleh sultanmuzaffar 15 April 2002 0 komen

Aku dah bangun tidur. Agak awal juga. Pukul 7 pagi. Aku tidur semalam pukul 3 pagi. 4 jam saja aku tidur. Memang tak cukup. Ahli kumpulan aku yang lain semua dah balik rumah. Aku malas nak balik rumah pasal dah lewat. Buang masa aku duduk dalam kereta lama-lama kerana traffic jammed. Lebih baik aku tidur kat office saja. Kadang-kadang aku dah terasa serik, tapi kerana memikirkan tujuan dan kepentingan projek ini kepada syarikat dan negara amnya aku teruskan jugak.

Entri oleh sultanmuzaffar 14 April 2002 0 komen

You have to think like a scientist, you have to think like a mathematician, you have to think like an engineer, you have to think like a programmer, you have to think like a car driver. Then you will know what it means. Aku kena yakin bahawa apa yang aku buat ini pasti berjaya.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Aku mula refer document Virtual Reality Toolbox dalam Simulink. Aku start dengan chapter 1. Ini baru orang cakap on project training. Sambil buat project, sambil tu dapatkan training. Memang terrorists betul. Lepas ni orang boleh panggil aku terrorist.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Control Steering Module
if (left_sensor && right_sensor)
call abort_function(sensor error);
if (left_sensor)
if (previous_turn == left)
turn_HARD_left;
else
turn_left;
set previous_turn = left;
if (right_sensor)
if (previous_turn == right)
turn_HARD_right;
else
turn_right;
set previous_turn = right;
else
go_straight
set previous_turn = NONE
end Control Steering Module

Entri oleh sultanmuzaffar 13 April 2002 1 komen

Aku baru balik makan kat Kg Baru dengan bakal-bakal saintis. Topik bersembang kat meja makan pun cerita pasal kejadian bumi, langit, elektromagnetik, bintang, proton, nuetrino dan macam-macam lagi. Aku diam aje. Kepala aku berat sangat. Letih memikirkan bagaimana nak menjadikan sidesticks aku berfungsi sebelum Maghrib esok.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Aku baru bangun dari tidur. Aku terlalu letih sampai terlelap masa pre-presentation 3D VRML. Aku betul-betul letih.

Entri oleh sultanmuzaffar 12 April 2002 0 komen

Kerja aku pagi ini makin rumit. Project Owner yang cakap macam itu. Aku kena identify nodes yang terlibat. Tambah-tambah aku tak berapa pandai dalam automotive engineering. Tapi aku percaya, setiap masalah itu ada penyelesaiannya. Aku percaya.

Entri oleh sultanmuzaffar 11 April 2002 0 komen

Handphone aku buat perangai balik. Jadi balik "no access" tu. Semalam aku balik dari office pukul 6.30 pagi. Dan datang semula dalam pukul 8 pagi. Aku balik mandi aje.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Dah pukul 1 pagi. Aku masih berada di pejabat. Mata aku dah mengantuk. Project Owner minta aku simpan diari ProjectX untuk proses dokumentasi.

Entri oleh sultanmuzaffar 10 April 2002 0 komen

Ada tanda-tanda aku kena tidur office malam ini. Banyak benda tak settle lagi. Schematic layer kalau boleh aku nak bagi siap malam ini.

Entri oleh sultanmuzaffar 09 April 2002 1 komen

Aku kena concentrate IDL dulu. Project owner suruh aku cepat-cepat catch-up dengan IDL bila nanti satu team start IDL aku dah berada di depan. Boleh lead the team dan motivate others dalam IDL. IDL memang satu language yang baru bagi aku. Sebelum ini aku belum pernah didedahkan dengan IDL. Orang kata IDL itulah yang develop Hubble Telescope. Aku percaya. Aku akui programmer yang tidak cekap matematic memang akan hadapi jalan sukar untuk belajar IDL. Banyak menggunakan logic.