Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 18 June 2005 0 komen

Konsert Akademi Fantasia 03 : Amylea Membuktikan Sesuatu, Fuad Tersingkir
Amylea telah membuktikan beliau mempunyai karisma yang hebat sebagai penghibur yang mempunyai vokal yang mantap. Terlalu besar peningkatan yang telah ditunjukkan oleh Amylea sejak minggu lepas.

Pelajar yang telah membuka mata saya pada minggu ini antara lain terdiri daripada Mawi yang telah memberikan peningkatan besar dalam persembahannya. Beliau telah berjaya melaksanakan amanahnya dengan baik cuma perlu digilap dari aspek pesona sebagai seorang artis yang bukan sekadar boleh berjaya di dalam negara tetapi juga di luar negara. Ada sesuatu dalam diri Ekin yang perlu lebih digali untuk lebih menyerlah pada minggu hadapan. Begitu juga dengan Yazer dan Idayu yang mampu menyerlah dari aspek vokal tetapi kurang dari aspek personaliti yang sukar untuk mendapat sokongan penonton. Sebenarnya saya mula menerima vokal Fuad yang boleh dibanggakan tetapi sayang personaliti yang ada padanya sukar untuk menambat hati saya.

Penyingkiran Fuad adalah berdasarkan sentiment personaliti yang sering digembar-gemburkan di dalam Akademi Fantasia. Tidak cukup dengan Diari harian yang disiarkan, penonton yang boleh melayari internet berjalur lebar turut didedahkan dengan personaliti pelajar di dalam Diari Xtended yang merakamkan hampir keseluruhan aktiviti harian mereka. Maka sewajarnya mereka diberikan penilaian berdasarkan tontonan tersebut. Ini Akademi Fantasia bukan Malaysian Idol.

Kedudukan Sebelum Konsert
Mawi 24%
Felix 21%
Fuad 5%
Idayu 5%
Marsha 5%
Amy 5%
Ekin 5%
Akma 5%
Aidil 5%
Yazer 5%
Amylea 5%
Kefli 5%
Reza 5%

Pengkritik Profesional pada minggu ini terdiri daripada Shaharudin Musthafa dan Afdlin Shauki. Pengkritik pada minggu ini semacam tidak cukup umppph seperti minggu lepas. Shaharudin lebih kepada pakej bintang yang sesuai untuk menjual surat khabar dan majalah. Komen Afdlin lebih sesuai cuma impaknya tidak cukup kuat untuk pelajar. Mahu jadi pengkritik pun sukar kerana boleh dikritik.

Persembahan Pelajar

Konsert 03 AF3

Marsha - Lelaki Idaman 6/10
Marsha tidak berjaya melunaskan cabaran dalam persembahannya. Persembahannya bermula dengan baik. Nampak beliau agak berkeyakinan. Penampilan vokalnya juga biasa sahaja. Banyak sebutannya yang tidak begitu jelas. Saya menyukai interaksinya dengan penari latar walaupun beberapa langkah tariannya yang terlebih. Interaksinya dengan kamera juga agak baik. Marsha tidak begitu pasti dengan step tariannya menyebabkan persembahannya nampak hambar. Saya belum nampak apakah kekuatan utama Marsha kerana kekuatannya yang sepatutnya dalam lagu Ingin Bersamamu boleh dikatakan gagal mencapai tahap yang sepatutnya. Marsha perlu berani menyerlahkan lagi keindahan vokal beliau.

Konsert 03 AF3

Aidil - Nak Dara Rindu 5.2/10
Konsep yang diperkenalkan oleh team penerbitan apabila menggunakan konsep hitam putih untuk persembahan ini amat kreatif. Sayangnya peluang tersebut tidak dipergunakan sepenuhnya oleh Aidil dengan baik dan berkesan. Props basikal tua dan beg antik tidak disentuh oleh Aidil langsung. Nyanyiannya hambar dan penghayatannya kurang untuk lagu tersebut. Beliau sekadar menyanyi sahaja. Aidil cuba untuk memberikan sentuhannya yang tersendiri untuk lagu tersebut dan sedikit berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Beliau terlalu berhati-hati dalam persembahannya. Ekspresinya kurang untuk lagu tersebut. Aidil seharusnya dapat memberikan lebih impak untuk lagu tersebut tetapi tidak berhasil.

Konsert 03 AF3

Amy - Asmaradana 4.1 /10
Gerak tari yang dipertontonkan kepada penonton agak hambar dan seperti tidak masuk dengan lagu tersebut. Pergerakan Amy tidak setangkas dan sepantas lagu tersebut. Geraknya tidak tajam dan cantik. Posturnya juga seakan merendah diri sehingga interaksi matanya dengan jelingan tajam umpama Pontianak Harum Sundal Malam. Cadangan Tiara agar beliau sedikit chin-up tidak dilaksanakan oleh beliau. Beliau telah mencuba sehabis baik untuk sebuah lagu yang sukar ini. Persembahan vokal beliau juga masih boleh dibaiki terutamanya teknik pernafasan beliau. Ekspresi muka, gerak tarian dan persembahan vokalnya tidak selari dengan lagu tersebut. Imej Puteri Jawanya tidak menonjol dalam persembahannya.

Konsert 03 AF3

Reza - Mungkin Nanti 5.1/10
Yang membuatkan saya kurang menyukai persembahannya adalah kerana terlalu terikut-ikut gaya Peterpan. Persembahan Reza hanyalah sebuah persembahan cedok dari Peterpan. Beliau sedikit alpa dengan tempo lagu tersebut dan sedikit kesilapan dalam masuk pada beberapa bahagian awal. Pada peringkat awal lagu, vokalnya masih biasa dan boleh dibaiki tetapi mula meningkat pada pertengahan lagu. Beliau mula menguasai pentas dan ada sedikit keyakinan. Karisma beliau sebagai penghibur hanya pick-up setelah pertengahan lagu tersebut. Saya menyukai cara beliau bergerak di atas pentas untuk berinteraksi dengan penonton walaupun interaksinya dengan kamera agak kurang. Lagu-lagu Indonesia adalah forte beliau dan beliau harus diuji dengan lagu-lagu yang lebih mencabar.

Konsert 01 AF3

Yazer - Suatu Masa 7.7/10
Persembahan Yazer boleh saya sifatkan sebuah persembahan yang minimal tetapi memadai. Teknik pencahayaan turut memainkan peranan yang penting untuk memberikan lebih impak kepada persembahannya. Sorotan lampu dari atas memberikan sedikit sentuhan misteri pada awal persembahannya. Adakalanya beliau turut bermain dengan ½ tempo dalam persembahannya. Style yang selalu digunakan oleh M.Nasir dalam persembahan konsertnya. Penamat lagu tersebut kurang bertenaga kerana beliau tidak menarik suaranya dengan sepenuhnya. Penghayatannya amat cemerlang dan lagu tersebut disampaikan dengan jujur dalam penjiwaan yang luhur.

Konsert 03 AF3

Kefli - Keindahan Pantai 4/10
Persembahan Kefli banyak dibantu oleh rakan-rakannya dalam menutup kelemahan vokal beliau. Penguasaan pentas Kefli amat bertenaga dan begitu menghiburkan. Persembahan vokalnya adalah kelemahan utama beliau yang harus diberikan perhatian serius oleh beliau dan tenaga pengajar. Beliau begitu yakin dalam persembahannya dan tujuan utamanya adalah untuk menghiburkan. Ternyata ia berjaya dilaksanakan oleh beliau dengan baik. Saya menyukai semangat kerjasama antara rakan-rakannya yang ditonjolkan di dalam persembahan ini.

Konsert 03 AF3

Amylea - Anggapanmu 8.5/10
Saya anggap persembahan Amylea adalah persembahan yang terbaik pada malam tersebut. Ini adalah kerana nyanyiannya yang digayakan mengikut stylenya yang tersendiri. Beliau memberikan rasanya pada beberapa note dan disampaikan dengan penuh berkeyakinan. Lontaran vokal beliau untuk sebuah lagu sesukar Anggapanmu seharusnya diberikan pujian. Vokalnya flow dengan baik untuk lagu tersebut. Pergerakannya di atas pentas seharusnya dikurangkan sedikit kerana agak terlalu banyak sehingga merimaskan. Pada peringkat awal lagu tersebut, beliau menghadapi masalah tempo.

Konsert 03 AF3

Fuad - Gerimis Di Lautan 7/10
Saya akui beliau mempunyai vokal yang mantap di kalangan pelajar lelaki. Persembahan vokal beliau agak konsisten. Beliau berjaya menjiwai lagu ini dengan berkesan diselitkan dengan sketsa yang memadai. Persembahannya dibawakan dalam style beliau yang tersendiri. Gaya beliau berinteraksi dengan penonton juga amat baik. Beliau bijak untuk berkomunikasi dengan penonton dan benar-benar menjiwai lagu tersebut. Kelemahan utama beliau adalah personaliti beliau yang kurang disenangi oleh para penonton. Tetapi Akademi Fantasia bukan sekadar vokal tetapi juga personaliti. Secara keseluruhan persembahan vokal Fuad telah berjaya menambat hati cuma beliau perlu memperbaiki dari aspek personaliti sahaja.

Akma - Lagu Rindu 5/10
Pelik juga apabila Kudsia Kahar mengatakan yang beliau tidak terganggu dengan kemunculan pemain api dalam persembahan Akma. Saya benar-benar terganggu dengan kemuculannya. Tumpuan saya teralih kerana Akma kurang dari aspek penghibur untuk terus memaku mata saya dari teralih daripadanya. Beliau gagal menghiburkan saya dengan Lagu Rindunya. Saya akui vokal beliau bagus dan tidak ada cacat dan celanya untuk lagu tersebut tetapi vokal sahaja belum dapat diiktiraf untuk menjadi penghibur yang baik. Akma perlu mencari x-factor yang ada dalam dirinya untuk diketengahkan agar dapat dihayati oleh penonton.

Felix - Memori Bahagia 7.3/10
Memori Bahagia adalah antara persembahan terburuk Felix. Beliau mempunyai vokal yang mantap untuk sebuah lagu balada seperti ini, tetapi sayangnya beliau tidak cukup menjiwai lagu tersebut untuk sama-sama dihayati oleh penonton. Saya melihat beliau terlalu berhati-hati sehingga lagu tersebut tidak dihayati dengan baik oleh beliau. Ada berlaku sedikit kesilapan lirik pada beberapa perkataan. Sewaktu bridge lagu tersebut, Felix kelihatan tidak tahu untuk membuat apa, hanya sekadar berjalan. Interaksi beliau dengan penonton juga kurang dan tidak berkesan. Falsetto beliau juga tidak begitu kemas dan vokalnya tidak begitu menyerlah. Lagu sebegini memerlukan penghayatan yang besar dan beliau tidak melaksanakannya dengan baik.

Ekin - Mimpi Sedih 7.5/10
Saya menyukai style beliau. Lebih-lebih lagi dengan lontaran vokal beliau yang cukup jelas. Gaya beliau menyanyi juga amat baik. Lagu ini menjadi menarik di tangan Ekin. Penghayatannya simple sahaja. Ia memang tidak konsisten tetapi masih memadai. Interaksi beliau dengan penonton juga tidak banyak oleh kerana tumpuannya terhadap lagu tersebut. Menariknya persembahan beliau apabila telah memberikan persembahan vokal yang bertenaga.

Mawi - Gadis Melayu 8.1/10
Persembahan vokal Mawi amat cemerlang. Interaksi beliau dengan penari latar yang terdiri daripada rakan-rakannya juga amat baik. Beliau nampak berkeyakinan besar untuk lagu tersebut. Pergerakannya memadai. Persembahan nyanyiannya cukup sempurna baik dari segi lirik dan melodi. Itulah aspek utama yang harus saya berikan perhatian. Beliau telah berjaya bangun dari tidur dan telah melunaskan tanggungjawab besarnya dengan cemerlang. Kekurangannya apabila kurang interaksi dengan kamera. Penonton terpesona dengan persembahan bersahaja beliau kerana itu yang mereka mahukan. Beliau mula menyerlahkan dirinya untuk lebih terbuka. Sebuah persembahan yang menghiburkan daripada Mawi. Gaya nyanyiannya boleh digali lagi untuk dicari lagi keunikan yang ada dalam diri beliau. Saya mahu melihat Mawi diberikan peluang untuk mencuba pelbagai genre lagu agar versatile tersebut timbul.

Idayu - Curiga 8/10
Persembahan vokal yang hebat dari Idayu. Beliau menyanyi dengan penuh berkeyakinan. Lontaran vokalnya amat bertenaga dan dihasilkan dengan cemerlang. Penguasaan pentasnya lengkap dengan gaya penghibur yang baik. Idayu harus diberi peluang untuk lebih menyerlahkan lagi kehebatan vokal beliau. Beliau perlu dieksperimentasikan dengan pelbagai genre lagu agar keunikan vokal beliau dapat dipertontonkan. Idayu telah berjaya membawakan lagu Curiga dalam susunan muzik yang segar dan menjadikan lagu ini seperti lagunya. Itulah kekuatan utama persembahannya.

Menuju Puncak
Saya telah memberikan peluang kepadanya untuk membuktikan dan ternyata beliau tidak menghampakan saya. Sebuah pergerakan penuh bertenaga dari semua pelajar Akademi Fantasia untuk lagu tema Akademi Fantasia walaupun dengan asas koreograf yang masih sama. Ada peningkatan besar pada Mawi dan Marsha yang masuk seminggu lewat ke Akademi. Pergerakan mereka lebih teratur pada minggu ini. Menuju Puncak tampak lebih serius kini.

Penyingkiran diterima dengan lebih terbuka pada minggu ini. Hanya sebuah beg yang keluar dari bawah pentas. Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Fuad tersingkir pada minggu ini. Akademi Fantasia bukan sekadar menilai aspek vokal sahaja tetapi elemen personaliti turut memainkan peranan yang penting untuk terus kekal di dalam Akademi Fantasia. Jika pada minggu lepas, Elliza tersingkir angkara personaliti, pada minggu ini Fuad juga tersingkir angkara personaliti. Mawi dan Felix terus kekal menerajui takhta carta Akademi Fantasia juga kerana personaliti yang nyata berbeza dalam Akademi Fantasia sebelum ini. Untuk terus kekal, setiap pelajar harus tahu membina personaliti diri masing-masing untuk tampil unik berbanding saingan mereka.

Ranking sultanmuzaffar
Amylea - Anggapanmu 8.5/10
Mawi - Gadis Melayu 8.1/10
Idayu - Curiga 8/10
Yazer - Suatu Masa 7.7/10
Ekin - Mimpi Sedih 7.5/10
Felix - Memori Bahagia 7.3/10
Fuad - Gerimis Di Lautan 7/10
Marsha - Lelaki Idaman 6/10
Aidil - Nak Dara Rindu 5.2/10
Reza - Mungkin Nanti 5.1/10
Akma - Lagu Rindu 5/10
Amy - Asmaradana 4.1 /10
Kefli - Keindahan Pantai 4/10

Imbasan 03 Akademi Fantasia
Antara segmen menarik dalam Imbasan pada minggu ini ialah apabila Afdlin Shauki menamakan Kefli sebagai persembahan yang agak mengecewakan beliau. Manakala Shaharuddin menamakan Amy kerana persembahannya yang kurang bertenaga. Mawi telah dinamakan sebagai pelajar yang telah memberikan persembahan yang paling membanggakan oleh Shaharuddin dan Yazer pula adalah pilihan Afdlin Shauki.

Setelah 3 musim Akademi Fantasia, tajuk lagu sering kali cuba dijadikan sasaran konon-kononnya menjadi penyebab kegagalan pelajar. Seperti Anugerah Dari Kegagalan dendangan Sahri sebelum tersingkir, Siapalah Aku oleh Azza dan Memori bukan dendangan Rosma tetapi Azza.

Pada minggu ini turut diperkenalkan talian telefon untuk pemanggil bercakap dengan pelajar yang tersingkir. Satu idea yang bagus dan ia pernah dicadangkan di dalam Forum rasmi Akademi Fantasia. Persembahan pelajar pada penghujung siaran Imbasan juga merupakan langkah yang baik untuk mengembalikan semangat pelajar walaupun bilangan penonton tidaklah ramai kerana masing-masing sudah mula beredar setelah pengumuman kedudukan undian selepas konsert diketahui.

Fuad akan diingati sebagai antara pelajar lelaki yang kuat menangis. Sifatnya menyebabkan penonton tidak menyukainya kerana disifatkan terlalu cengeng. Sayang, pelajar yang mempunyai mutu vokal yang agak baik berbanding pelajar yang masih tinggal di dalam Akademi, tetapi perlu akur dengan kekalahan dari aspek personaliti.

Kedudukan Undian Selepas Konsert
Mawi 24%
Felix 19%
Yazer 7%
Amylea 6%
Reza 6%
Ekin 5%
Kefli 5%
Marsha 5%
Aidil 5%
Akma 5%
Idayu 5%
Amy 4%
Fuad 4%

Kredit Foto : www.astro.com.my

Entri oleh sultanmuzaffar 17 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 03 Episod 09
Again. Diari hari Jumaat adalah diari yang penuh dengan menguap. Hari ini mereka bertukar-tukar surat wasiat. Oleh kerana terlampau banyak pelajar pada minggu ini, klip untuk siapa surat wasiat itu ditujukan tidak ditunjukkan.

Antara segmen yang menarik pada hari ini ialah Kelas Bahasa Inggeris kelolaan Cikgu Fatimah. Mereka dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan Ibu Mertuaku dan Kumpulan Hang Jebat.

Untuk Ibu Mertuaku, Mawi menjadi Nyonya Mansor, Amy menjadi Sabariah, Kefli menjadi Kassim Selamat dan Amylea menjadi Chombee. Itu antara watak-watak utama dalam filem tersebut. Memang melucukan juga apabila setiap pelajar harus berlakon dengan dialog bahasa Inggeris. Skrip sudah siap di tangan. Skrip besar kemungkinan ditulis oleh Cikgu Fatimah. Adegan “Pantang keturunan aku ahli muzik” memang lawak dibawakan oleh Mawi.

Untuk Kumpulan Hang Jebat pula, Felix menjadi Hang Jebat, Fuad menjadi Hang Tuah, Marsha menjadi Dang Anum, Ekin menjadi salah seorang dari Hang Lekir, Hang Lekui dan Hang Kasturi. Dan yang lain-lain saya kurang perasan. Lawak juga melihat Felix bersilat.

Panggilan Telefon
Sedang mereka berehat di ruang makan, telefon Encik Hasrul berbunyi. Tiada siapa yang berani mengangkat telefon tersebut. Gelagat mereka tidak berani mengangkat telefon tersebut tidak natural seperti yang dilakukan oleh Vince. Gelagat Vince lebih memadaikan dan tidak keterlaluan seperti mereka.

Kak Sheena datang dan kemudian memberitahu mengapa tidak mengangkat telefon tersebut. Ia adalah pesanan bahawa mereka dibenarkan untuk membuat panggilan kepada keluarga mereka. Oleh kerana telefon tersebut tidak diangkat, maka peluang untuk telefon telah ditarik balik. Memang kecewa budak-budak itu.

Oleh kerana kesetiaan mereka pada peraturan, Encik Hasrul telah membenarkan mereka membuat panggilan telefon kepada keluarga mereka.

Antara highlights sewaktu panggilan telefon ialah ibu Idayu rupa-rupanya seorang peminat M.Nasir. Bukan sekadar berbual dengan anknya tetapi juga turut mengirim salam kepada M.Nasir. Aidil diingatkan agar jangan lupa berdoa selepas sembahyang. Memang sweet gila bila bapa Kefli menamakan anaknya sebagai hero abah. Marsha memang agak sedih dan menangis sewaktu membuat panggilan. Ibunya menasihatkan Marsha agar tidak terlalu emosional. Felix menggunakan bahasa Dusun yang tidak difahami tetapi memadai. Reza mahu membelasah adiknya sekiranya beliau tidak belajar.

Nama Kamera
Akma memberikan nama Girlgirl dan Boboy kepada kamera tersebut. Amy pula memberikan nama Hottie dan Linkie sempena nama penaja. Rasanya tidak perlulah gunakan nama ini. Bosan pula bila semua benda dalam Akademi dijadikan sandaran promosi produk. Yazer agak unik apabila menggunakan nama Surti kepada kamera di bawah. Selepas Johnny dan Jenny apakah nama kamera yang sesuai digunakan.

Diari Akademi Fantasia Minggu 03 Episod 10
Susulan daripada kejadian Surat Layang yang ditinggalkan oleh Encik Hasrul, hari ini semua pelajar lelaki membuat pengakuan di hadapan kamera tentang surat tersebut. Kefli mengakuinya yang beliau melihat surat tersebut. Reza juga mengakui benda yang sama. Sebab mereka tidak mengaku di hadapan Encik Hasrul adalah kerana tidak mahu pelajar perempuan tahu tentang kedudukan mereka dan membuatkan mereka lemah semangat. Oleh kerana alasan tersebut, saya menyokong tindakan mereka tidak memberitahu Encik Hasrul pada hari mereka ditanya tentang surat tersebut.

Sesi Motivasi bersama Dr. Azahari memang sesi yang bagus pada hari ini. Mereka harus membuang sikap paling buruk yang ada dalam diri mereka. Aidil membuang sikap tidak suka meluahkan perasaannya atau pendendam. Reza membuang sikap cepat naik anginnya. Amylea membuang sifat degil, sensitif dan tidak mahu mendengar nasihat. Idayu membuang sikap tidak yakin dan emosional. Manakala Marsha ingin membuang sikap demandingnya, dan merasa rendah diri.

Yazer merasakan tekanan kerana belum dapat memuaskan Tenaga Pengajar untuk lagunya. Beliau perlu lebih berusaha untuk lagu tersebut. Lagu tersebut tidaklah begitu susah tetapi beliau akan berasa lebih bersalah sekiranya tidak mampu membawakannya dengan baik. Aidil akan cuba untuk melakukan yang terbaik kerana tidak pernah membawakan lagu asli. Reza mengharapkan sokongan keluarganya dengan tidak berbelah bahagi. Kefli berdoa agar persembahannya dapat menghiburkan penonton dan membuatkan mereka menari bersama-samanya. Mawi menujukan lagunya kepada semua gadis Melayu. Ucapannya berakhir dengan “World !”. Felix agak gementar kerana lagu tersebut dan mengharapkan agar persembahannya dapat menimbulkan keriuhan di stadium. Akma terus mengharapkan sokongan keluarganya. Begitu juga dengan Marsha yang benar-benar berharap agar keluarganya dapat hadis di stadium walaupun agak mustahil. Amy, Idayu, Amylea dan Ekin berharap dapat melakukan persembahan yang terbaik untuk esok.

Latihan Terakhir Tenaga Pengajar
Yazer terlalu berhati-hati dengan lagunya sehingga hilang penghayatannya. Beberapa kali terlupa lirik. Lagu Suatu Masa perlu penghayatan yang mendalam. Fuad perlu lebih warm-up agar dapat membawakan lagu tersebut. Nyanyian Fuad agak menarik tetapi kenapa perlu menyanyi dalam keadaan bongkok. Reza mengekalkan imej Indonesianya untuk lagu tersebut. Beliau perlu menjaga tempo lagu tersebut.

Aidil juga terlalu berhati-hati sehingga banyak perkataan yang tidak mengikut intonasi yang betul. Tumpuannya banyak terganggu dengan tekanan-tekanan luaran. Persembahan Mawi agak baik kecuali pergerakan-pergerakan yang tidak perlu dilakukan. Penguasaan pentas Mawi perlu dibaiki. Penghayatan Kefli untuk lagunya juga masih kabur. Beliau perlu menjaga staminanya.

Nyanyian Felix masih mendatar untuk lagu Memori Bahagia. Beberapa kali terlupa lirik. Nampak beliau agak gemuruh dan mencuba sehabis baik untuk tidak mahu sumbang. Persembahan vokal Akma juga agak baik tetapi beliau sekadar menyanyi tanpa mengetahui apa yang dinyanyikan.

Persembahan vokal Amy juga menarik tetapi beliau harus mengurangkan pergerakan tangannya. Agak merimaskan kerana lebih utama adalah mutu vokal beliau. Marsha menghadapi masalah sebutan yang besar. Sebutan-sebutannya tidak jelas dan pekat dengan slang. Begitu juga dengan Amylea yang menghadapi masalah sebutan slang Mat Salleh.

Idayu beraksi cemerlang kecuali lontaran vokalnya harus lebih bertenaga. Nampak beliau beraksi dengan bertenaga tetapi perlu lebih mengawal staminanya. Nyanyian Ekin agak tidak sempurna. Vokalnya masih belum cukup kemas. Masih kedengaran agak shaky.

Yazer mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada adiknya Siti Aishah.

Ramalan Penyingkiran
Berdasarkan kedudukan terkini, Fuad , Idayu, Ekin, Akma, Aidil, Amy, Yazer, Marsha, Kefli, Amylea dan Reza merupakan antara pelajar yang berkemungkinan besar akan meninggalkan Akademi Fantasia. Ini adalah kerana kedudukan mereka yang agak rapuh berbanding Mawi dan Felix. Peratus undian mereka juga tidak jauh beza iaitu antara 5 peratus hingga 4 peratus sahaja. Perubahan kecil dalam sejumlah undian juga boleh merubah kedudukan mereka. Berdasarkan populariti pelajar yang disebutkan, Akma, Kefli, Amylea dan Reza antara pelajar yang kurang popular. Berdasarkan personaliti pada minggu ini, besar kemungkinan Reza akan menarik begnya pada minggu ini. Sikapnya di dalam Akademi agak keterlaluan. Jika Amylea mampu menyerlah dalam lagu Anggapanmu pasti undian akan memihak kepadanya. Ini berbeza dengan Reza yang membawakan lagu Mungkin Nanti. Harapan penonton terlalu tinggi untuk lagu tersebut. Nescaya kesilapan yang sedikit sudah mampu untuk mengurangkan undian beliau.

Siapakah yang akan menuruti jejak langkah Elliza pada malam Konsert 03 Akademi Fantasia ? Selamat berjaya kepada semua pelajar.

Entri oleh sultanmuzaffar 16 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 03 Episod 07
Diari tengahari ini macam cepat betul habis. Mula-mula ditayangkan Marsha tengah tidur. Agak bosan bahagian ini kerana klip ditayangkan tanpa apa-apa makna. Apa sebab ditayangkan pun tidak tahu. Nak gelak pun tak tahu.

Latihan Vokal Cikgu Adnan
Latihan Kefli agak baik. Tapi Kefli bunyi-bunyi sengaunya masih jelas. Pada pendapat saya Kefli tidak banyak masalah untuk lagu ini kecuali beliau harus menjaga staminanya dengan betul. Lebih-lebih lagi apabila perlu menari dan menguasai seluruh pentas dengan rakan-rakannya.

Nyanyian Mawi memang superb. Lagu tersebut jadi sedap didengar. Mawi harus mengekalkan tempo persembahannya pada keseluruhannya lagu tersebut. Pada bahagian pertama memang sudah cukup baik. Secara teknikal, sudah agak sempurna. Kecuali pada bahagian kedua apabila tenaganya semakin menurun, lagu tersebut agak kelam-kabut. Lagu ini juga beliau harus menari. Beliau perlu menjaga staminanya juga seperti Kefli.

Menggunakan susunan muzik yang agak rancak pada lagu Curiga, secara tidak langsung Idayu harus mengawal teknik pernafasannya dengan berkesan. Curiga memang lagu yang sukar tetapi amat bersesuaian dengan vokal Idayu. Lagu ini mampu menyerlahkan lagi keupayaan vokalnya. Oleh kerana lagu ini temponya agak pantas, Idayu perlu mengawal pernafasannya.

Yazer telah dapat menghayati lagu Suatu Masa dengan berkesan. Kali ini yazer hanya perlu berdiri tanpa perlu menguasai pentas dengan imej rocknya. Ini secara tidak langsung penonton akan memberikan tumpuan kepada persembahan vokal beliau. Dalam latihannya tadi, vokalnya masih belum cukup sempurna. Sebutannya masih kurang jelas.

Felix harus berusaha bersungguh-sungguh untuk menghayati lagu ini. Pada hari keempat, beliau masih belum menghafal lirik lagu tersebut sepenuhnya. Lirik lagu tersebut perlu dihayati dengan sebetul-betulnya. Persembahan vokal juga masih kurang kemas. Banyak yang perlu dibaiki dan dibuat secara bersungguh-sungguh.

Kelas Tarian
Saya menyukai koreografi tarian yang dibuat oelh Cikgu Linda Jasmine untuk lagu Keindahan Pantai ini. Nampak menyeronokkan dengan Kefli siap dijulang oleh rakan-rakannya. Persembahan ini perlu banyak latihan kalau tidak pasti nampak kelam-kabut. Kefli harus membuat koordinasi dengan pelajar lain agar persembahannya lebih teratur. Latihannya nampak kacau. Persembahan vokal tidak dapat dinilai kerana Kefli masih belum menghafal lirik lagunya. Kunci utama lagu ini ialah stamina penyanyinya. Dengan persembahan yang perlu menguasai pentas, maka stamina Kefli harus ditingkatkan. Jika tidak, pasti beliau semput di pentas. Gemuruh dijulang campur gemuruh pentas, pasti menyebabkan vokalnya sumbang. Semasa tunjukajar dari Cikgu Linda, beliau telah meminta Mawi dan Aidil mengangkat beliau untuk demonstrasi bagaimana untuk mengangkat Kefli.

Kelas Seni Persembahan
Kali ini kelas tersebut dilakukan di Ruang Aktifkan Hotlink. Aspek permulaan persembahan Ekin cuba diperbaiki oleh Cikgu Marlia. Ekin memulakan persembahannya dengan berbicara kepada penonton dalam keadaan mendesah. Apa yang dilakukan oleh Ekin itu mendesah ? Macam bukan sahaja. Mendesah lain. Tabiat Felix mengeluarkan lidah ditegur lagi. Memang sukar untuk membuang tabiat tersebut tetapi ia perlu dikurangkan. Amylea nampak bersungguh-sungguh membuat latihan lagunya. Beliau nampak fokus dalam latihannya. Beliau tahu apa yang akan dibuat. Teguran dari Cikgu Marlia juga kurang kerana berpuas hati dengan persembahannya. Marsha dibantu oleh Felix dalam persembahannya. Felix sudah pasti menjadi tumpuan penonton. Felix berdiri sahaja sudah cukup untuk menambat perhatian penonton. Idayu juga nyanyiaannya sudah agak baik dan latihannya tidak banyak ditegur oleh Cikgu Marlia.

Kamera yang dipasang di asrama lelaki berfungsi hari ini. Kita dapat melihat Fuad memasak magi. Bukan satu tetapi tiga. Mawi berkain pelikat muncul di ruang dapur. Setelah selesai bersembahyang atau pun sebelum sembahyang. Felix mengacau Kefli macam kaki buli sebelum masuk bilik bersama Mawi.

Apabila Cikgu Ee tiada di dalam Diari rasa macam sempurna Diari hari ini. Jika tidak, rasa macam tension sahaja. Patutlah sekejap sahaja Diari hari ini.

Diari Akademi Fantasia Minggu 03 Episod 08
Setibanya pelajar di Akademi, mereka dikejutkan dengan nota yang tergantung di kamera. Masing-masing cuba untuk mengambil nota tersebut. Felix, Fuad, Marsha, Reza, Akma, Mawi dan Yazer tidak dapat menggapai nota tersebut. Kamera hanya membenarkan Amylea menggapai nota tersebut.

Tugasan untuk mereka ialah mendapatkan nama yang paling sesuai untuk diberikan kepada kamera tersebut. Nama-nama tersebut perlu diberikan sebelum makan malam. Setiap pelajar harus memberikan satu nama. Kamera untuk di tingkat bawah memerlukan nama seorang perempuan. Nama untuk kamera tingkat atas pula perlu disediakan nama lelaki.

Latihan Asmaradana
Apa pendapat anda tentang latihan untuk lagu Asmaradana ? Sudah alang-alang kita semua memerhatikan tarian Mawi. Apa kata saya bercerita tentang tariannya. Saya mengatakan Mawi tidak serius. Pergerakan tarian rakan-rakannya lebih bersungguh-sungguh. Sepoyo-poyo Fuad pun, beliau menari dengan bersungguh-sungguh. Walaupun dalam persembahan sebenar, bukan mereka yang menari bersama Amy tetapi kesungguhan untuk belajar itu perlu ada. Beberapa pelajar turut sama mencuba menarikan lagu tersebut.

Dalam latihan untuk Lagu Rindu juga terdapat beberapa pelajar cuba untuk menari bersama-sama Akma.

Menuju Puncak dengan formasi yang baru juga nampak kesungguhan semua pelajar menari dengan rentak lagu tersebut. Gerakan-gerakan asal masih dikekalkan kecuali rekaan formasi dan kedudukan pelajar yang sedikit diubah.

Puteri Gunung Ledang ke Akademi Fantasia
Kemunculan Tiara Jacquelina ke Akademi Fantasia disambut dengan meriah oleh para pelajar yang lain. Beliau menceritakan perasaannya tentang lagu Asmadana. Beliau bercerita agar nyanyian dalam lagu tersebut lebih kepada bercerita tentang lagu tersebut.

Menurut beliau lagi, setiap persembahan boleh dinilai berdasarkan jangka masa latihan yang dibuat serta kesungguhan yang dicurahkan. Dengar ! Sama ada latihan yang cukup telah dibuat atau tidak boleh diketahui apabila melihat persembahan tersebut. Minggu lepas persembahan Ekin dikatakan tidak cukup latihan. Persembahan Mawi cukupkah latihannya ? Bagaimana pula dengan persembahan Amylea ?

Dalam kepala Tiara sejak kecil lagi beliau sudah mempunyai angan-angan untuk melakukan yang terbaik dalam apa-apa sahaja bidang. Jika ingin menjadi pelakon, beliau mahu menjadi pelakon yang terbaik. Jika ingin menjadi penyanyi, beliau ingin menjadi penyanyi yang terbaik. Jika ingin menjadi peniaga, beliau ingin menjadi peniaga yang berjaya. Jika mahu menjadi penghibur, seseorang penghibur perlu mempunyai tenaga yang dapat dipersembahkan kepada penonton. Tenaga itu yang mampu membuatkan penonton terpaku menonton persembahan kita.

Pengalaman bekerja dengan M.Nasir dalam Puteri Gunung Ledang merupakan antara pengalaman yang paling berharga buatnya. M.Nasir seorang yang dedikasi dan serius dalam kerjanya. Pencapaian terbaru apabila filem Puteri Gunung Ledang berjaya menembusi pasaran United Kingdom, Greece, Taiwan, Thailand dan Germany.

Beliau turut mempertontonkan sedikit gaya Puteri Jawa untuk Amy. Puteri Jawa seorang yang lembut tetapi tegas, menyerah tetapi menang, depannya lembut tetapi dalamnya cekal. Amy harus mempunyai sifat-sifat kesopanan seorang wanita Melayu. Caranya berjalan menjadi tontonan.

Bijak taktik Puteri Gunung Ledang ini. Yang seorang keluar muka hadapan surat khabar, seorang lagi keluar televisyen. Good publicity !

Ekin Disengat
Ekin disengat. Beliau turun ke bawah untuk mendapatkan minyak angina sponsor. Bukan kotak yang besar di tepi televisyen. Tetapi yang botol kecil.

Kelas Nada Suara Cikgu Siti Hajar
Cikgu Siti Hajar agak tegas pada hari ini. Menurutnya kelemahan utama industri muzik apabila pemain-pemainnya tidak tahu notasi muzik. Beliau nampaknya tidak suka mereka yang tahu muzik dari hati. Beliau mahu penyanyi yang tahu dan pandai baca muzik. Ada di kalangan pelajar yang tidak tahu nota muzik.

Beliau meminta Aidil dan mengajarnya tentang nota asal lagu tersebut dan cara menyanyikannya.

Forum Perdana
Berhasilkah forum perdana tersebut ? Mereka bertemu untuk melepaskan apa yang terbuku di hati mereka. Forum tersebut telah dimoderatorkan oleh Fuad selaku ketua. Fuad mengakui beliau selalu melakukan kesilapan pada semua orang. Menurut Akma, adakalanya kita tidak perasan yang kita melakukan kesilapan. Apabila ditegur perlulah menerima teguran tersebut. Jangan bermuka-muka, di depan cakap lain dan di belakang cakap lain. Adakalanya kita terlebih apabila bergurau

Apa yang ditegur oleh Yazer kepada Marsha agak sukar untuk ditafsirkan. Tidak banyak maklumat yang dapat dikumpul. Jelas marsha menangis. Mungkin lebih sesuai sekiranya menonton Diari Xtended. Amylea pula merasa agak sedih apabila mengetahui yang hampir semua pelajar lelaki tidak menyukainya. Hampir semua lelaki ini tidak diketahui siapa. Sedangkan Amylea menyangka mereka menyukainya. Sewaktu melakukan One Shot, Amylea semacam tidak rela melakukannya. Mungkin masih ada lagi yang beliau tidak puas hati. Macam-macam !

Entri oleh sultanmuzaffar 15 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 03 Episod 05
Marsha mengambil tempat Cikgu Siti Hajar mengajar rakan-rakannya berlatih. Kemudiannya tempatnya diambil oleh Felix. Apa yang lawaknya. Tidak ada benda yang boleh diketawakan di sini. Nak senyum pun tak boleh.

Mereka telah diberi satu tugasan iaitu untuk berlawan marah. Pesertanya ialah Aidil dan Akma. Kenapa hanya Aidil dan Akma ? Apakah mereka telah berjaya melepasi proses saringan dan terpilih menjadi peserta akhir atau pun mereka telah didenda ? Jadi, tak seronok juga lah kerana peserta telah dipilih sejak awal. Aidil buat selamba sahaja. Kma bila marah nampak jugalah ekspresi muka beliau. Dengan wajah tanpa make-up, memang nampak pucat saja muka dia. Penghayatan Akma sampai ke penghujung. Tidak seperti Aidil yang tersenyum-senyum. Dalam marah ada senyum-senyum sinis beliau.

Mawi menerangkan tentang mesej lagu Gadis Melayu. Beliau mengatakan lagu tersebut agak biasa dan straight-forward. Lirik lagu tersebut juga sudah terlalu mudah menceritakan keseluruhan mesej lagu tersebut. Penyampaiannya tidak sukar kerana mudah difahami.

Amylea juga menerangkan tentang lagunya, Ekin menerangkan lagu tersebut amat sedih. Amy menerangkan bahawa lagu Asmaradana sebuah lagu yang rancak tetapi masih menggambarkan tentang cinta. Idayu juga merupakan sebuah lagu sedih.

Cikgu Marlia menjelaskan tentang teknik untuk mencuri nafas dalam sesebuah persembahan. Setiap pelajar harus tahu bila dan di mana untuk mengambil nafas tanpa disedari oleh penonton. Itu antara teknik yang perlu dibaiki.

Apa kesudahan perselisihan faham antara Idayu dan Reza. Pertemuan Encik Hasrul dan Reza telah meleraikan segala kekusutan antara mereka. Reza yang gemar bergurau menganggap ianya hanyalah gurauan. Ia selalu dilakukan kepada semua pelajar termasuk Idayu. Entah mengapa pada hari tersebut Idayu telah terasa hati. Perempuan, biasalah tu. Ada hari-harinya yang serba tidak kena. Idayu dipanggil dan berkata semuanya sudah selesai. Tetapi perempuan, belum tentu juga betul-betul selesai.

Kelas Vokal Cikgu Adnan
Nyanyian Aidil untuk lagu Nak Dara Rindu baik. Ada style beliau sendiri. Tetapi Aidil harus mengeluarkan vokalnya. Vokalnya tidak begitu jelas kedengaran. Suaranya tidak mantap dan bertenaga.

Akma harus mencorakkan style persembahannya lagi. Cara nyanyiannya masih biasa dan tiada kelainan. Akma harus tahu mempelbagaikan teknik nyanyiannya untuk lagu tersebut.

Ekin mendapat sebuah lagu yang penuh dengan penghayatan. Lagu terebut sekiranya mampu dibawakan oleh Ekin tentunya sesuatu yang amat menarik. Lagu tersebut jika jiwanya cukup, persembahannya nanti bakal mantap. Buat masa ini, nyanyiannya sudah cukup baik.

Fuad ingin melakukan improvisasi kepada lagu tersebut. Cikgu Adnan melarang kerana lagu inang tidak perlu improvisasi. Amylea tidak menyanyikan keseluruhan lagu tersebut, hanya di penghujungnya sahaja. Amy kelihatan mencuri nafas pada tempat yang salah untuk lagu Asmaradana. Beliau telah ditegur kerana kesalahan tersebut. Nyanyian Marsha juga agak baik kecuali kena sebut betul-betul. Tidak begitu jelas.

Dalam Kelas Koreografi Cikgu Linda Jasmine, setiap pelajar telah dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu grup Fuad dan grup Reza. Mereka dikehendaki untuk melakukan rutin tarian sebanyak 4 set dalam kiraan 8. Grup Reza telah menghasilkan sebuah gerakan yang menarik. Formasi mereka juga menarik dan kreatif.

Grup Reza pula menghasilkan sebuah formasi yang basi dengan gerakan tarian Mas Can’t Get Outta My Head. Tarian mereka juga tidak sharp dan silap kiraan.

Perubahan pada Menuju Puncak hanyalah kedudukan pelajar yang sebelum ini berpasangan tetapi kini lebih kepada perseorangan. Asas gerakan masih sama seperti minggu sudah.

Untuk mendapatkan keputusan pertandingan berlawan marah, setiap pelajar harus mengundi rakan-rakan mereka sendiri mengikut konsep Survivor. Keputusan akan diumumkan pada Diari malam.

Sham Kamikaze juga telah dipanggil masuk ke Akademi untuk mengajar para pelajar tentang kepentingan dan asas-asas penyanyi latar. Dalam konsert-konsert sebelumnya, terdapat penyanyi latar yang menyaingi penyanyi utama. Masalah tersebut harus diatasi. Sham telah memilih sendiri penyanyi latar untuk setiap pelajar mengikut kesesuaian mereka.

Diari Akademi Fantasia Minggu 03 Episod 06
Pada malam ini Diari tidak banyak yang menyeronokkan. Idea untuk persembahan Yazer ialah beliau inginkan spot light dan beraksi seperti sedang menulis lagu. Menggunakan sketsa semacam sebuah persembahan yang membosankan jika tidak kena gayanya. Saya lebih suka sekiranya Yazer sekadar berdiri dan menghayati lirik lagu tersebut tanpa apa-apa sketsa yang menyemakkan.

Lagu Aidil agak perlahan, oleh itu senang untuk menjadi sebuah persembahan yang membosankan. Lagu tersebut agak klasik maka Aidil harus menampilkan sebuah imej yang agak klasik. Sekiranya beliau memakai baju Melayu yang berpotongan klasik tentu lebih hebat. Cikgu Ee mencadangkan kepada beliau untuk beraksi berdasarkan lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung ia akan dekat kepada penonton. Lagu Nak Dara Rindu memang sedap dan perlu dihayati dengan baik oleh Aidil.

Susulan daripada pertandingan marah yang dibuat tengahari tadi, keputusannya telah pun diketahui. Akma mendapat undian yang paling banyak mengatasi Aidil. Hukuman ke atas Aidil ialah apabila semua pelajar harus memarahi Aidil kerana tidak melakukan yang sebaiknya. Aksi-aksi marah yang dibuat oleh pelajar juga tidak menjadi.

Kelas Seni Persembahan
Reza menyanyi seperti tiada emosi. Gaya tersebut sama seperti Ariel dari Peterpan. Nampak tiada energy dalam persembahannya. Reza harus mencuba formula lain untuk memberikan persembahan yang lebih baik dan menghiburkan.

Perwatakan Fuad untuk lagu Gerimis Di Lautan amat tidak kena dengan lagu tersebut. Kesilapan menukar melodi lagu semacam tidak hormat kepada lagu tersebut. Terjemahan liriknya juga tidak kena.

Kelas Nada Suara
Cikgu Siti Hajar mengajar tentang cara berdiri dan proses sebutan yang lebih betul. Sama seperti kelas-kelas terdahulu.

Latihan persembahan untuk Felix masih banyak yang boleh dibaiki. Lagu Memori Bahagia memang sebuah lagu yang bagus. Felix harus menekankan mesej-mesej dalam lagu tersebut. Suara Felix juga seperti masih lembut dan tidak cukup power seperti suara Sahri.

Latihan untuk Mawi juga masih banyak yang boleh dibaiki. Latihan pertama agak meyakinkan. Cikgu Siti Hajar menyarankan agar lebih agresif dan setiap sebutan perlu lebih sharp.

Vince & Khai Kembali
Melihatkan Vince dan Khai kembali ke dalam banglo Akademi Fantasia merupakan satu kenangan yang paling manis. Mereka melawat ke sekeliling banglo tersebut. Satu-satu tempat di lawati oleh mereka. Pelajar Akademi Fantasia turun dan bertemu dengan mereka. Semacam tiada keseronokan apabila mereka kali pertama bertemu.

Khai menasihatkan mereka yang di dalam Akademi Fantasia hanyalah fantasia. Realiti sebenarnya adalah di luar dari Akademi Fantasia. Semangat kerjasama Akademi Fantasia merupakan elemen yang amat penting dalam Akademi Fantasia. Sewajarnya kehadiran mereka tepat pada masanya. Semangat tersebut harus dipulihkan dengan segera. Baru minggu ketiga seakan semangat kerjasama itu semakin hilang dan persaingan mula timbul.

Vince mencadangkan mereka agar menyelesaikan segala masalah mereka secara bersama dan inilah keluarga mereka selama 3 bulan yang akan datang. Untuk menghilangkan rasa gemuruh anggap pentas sebagai padang permainan kita. Mana-mana artis pun pasti merasa gemuruh. Manakala untuk menghafal lirik kita hendaklah faham jalan cerita lirik tersebut.

Secara keseluruhan, segmen kembalinya Vince dan Khai ke banglo Akademi Fantasia tidak memberikan kesan yang mendalam kepada penonton. Mungkin kerana terlalu singkat atau pun tiada idea untuk mencantikkan lagi lawatan kembali tersebut.

Entri oleh sultanmuzaffar 14 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 03 Episod 03
Tertidur. Pergilah mana-mana blog lain yang ulas Diari Tengahari.

Diari Akademi Fantasia Minggu 03 Episod 04
Pengetua M.Nasir telah menemui Mawi secara perseorangan selepas sesi bersama Tenaga Pengajar. M.Nasir telah menegur Mawi yang telah lupa melodi. Secara tidak langsung, Mawi telah tidak menghormati lagu tersebut. Sebagai seorang penyanyi, beliau harus menelan melodi lagu tersebut sebelum membuat persembahan. Sikap Pengetua yang bertemu dengan pelajarnya dan menegur beliau secara perseorangan amat dipuji. Beliau turut melahirkan harapannya kepada Mawi. Sekiranya didengar oleh pelajar lain tentunya akan menimbulkan sifat cemburu di dalam diri mereka pula. Baru lagi best Akademi Fantasia bila ada sifat iri hati, cemburu dan daya persaingan mula wujud di antara mereka.

Mawi telah tidak memberikan keadilan kepada lagu tersebut. Beliau harusnya menghafal melodi lagu tersebut. Mawi mengatakan yang beliau tidak perasan yang telah tersilap melodi. Ada sesuatu yang diharapkan oleh penonton terhadap Mawi. Benar. Semua telah memberikan harapan yang besar kepada Mawi. Tentu ada sesuatu yang magik yang ada pada Mawi yang ingin dilihat oleh penonton. Benar. Tarikan Mawi terlalu kuat. Fenomenanya terlalu besar.

Pengetua M.Nasir sendiri telah melahirkan harapannya kepada Mawi. Beliau mahu Mawi menjadi seorang penyanyi lelaki yang sempurna dan mampu menjadi pelapis kepada penyanyi sedia ada. Mawi sendiri telah diperingatkan tentang sifat lupa diri. Adakah keterlaluan jika beliau mengatakan yang Mawi telah lupa diri ? Diharapkan dengan nasihat-nasihat Pengetua tersebut, Mawi akan dapat menilai semula matlamatnya di Akademi Fantasia.

Harapan saya mahu beliau menjadi Juara. Untuk menjadi Juara yang bukan sekadar kerana undian penonton tetapi juga Juara yang lengkap sebagai seorang penghibur dan mampu memberikan persembahan melebihi tahap sederhana.

Kelas Tarian Dan Koreografi
Amy berlatih lagunya iaitu Asmaradana. Asmaradana memang sebuah lagu yang lengkap dengan pakej tarian yang mengkagumkan sekiranya mampu dibawakan oleh Amy. Menyanyi sambil menari bukan calang-calang penyanyi mampu melakukannya. Sekiranya Tiara Jacquelina dibawa ke Akademi untuk mengajar Amy menari lagu tersebut, tentu tidak terbawa oleh beliau gerak-gerak klasik Tiara. Gerak-gerak tangkas yang diajar oleh Cikgu Ee juga tidak kurang hebatnya. Nampak ada kesungguhan dalam memberikan hasil koreograf yang menarik. Saya kagum melihat Amylea, Akma dan Reza yang turut sama mencuba untuk mengikut pergerakan Amy belajar tarian lagu tersebut.

Begitu juga dengan lagu Akma iaitu Lagu Rindu. Menampilkan gerak-gerak Arab, lagu tersebut juga memerlukan pergerakan tarian yang mengasyikkan untuk menghiburkan penonton. Akma tidak seharusnya melupakan aspek vokal. Tarian ini juga diikuti oleh Amylea dan Reza. Ada kesungguhan pada diri mereka.

Surat Layang
Encik Hasrul telah meninggalkan sepucuk surat layang di atas sofa agar mana-mana pelajar terbaca kandungan surat tersebut. Ia sebenarnya merupakan keputusan undian SMS selepas undian ditutup pada konsert yang lepas. Tentu penonton menantikan apakah reaksi Fuad yang berada di kedudukan kedua terbawah sebelum Elliza atau pun reaksi pelajar-pelajar lain berkenaan keputusan tersebut. Mampukah mereka tidak berkata apa-apa apabila melihat Mawi masih berada di kedudukan paling atas walaupun memberikan persembahan yang mengecewakan ? Drama ini sebenarnya dicipta dan ianya bukan datang secara natural.

Gaduh
Dalam pada itu, sementara menantikan kelas seterusnya Idayu telah berlatih lagunya di kerusi urut secara berseorangan. Reza menegur beliau dengan cara yang agak kasar bagi seorang perempuan. Idayu agak bengang dengan situasi tersebut. Antara ayat yang digunakan oleh Reza ialah “Kau ingat kau bagus sangat ke ?” Dalam keadaan tertekan tentunya perkataan usikan sedikit sahaja sudah mampu untuk membuatkan mana-mana pelajar tersinggung.

Surat Layang Lagi
Surat layang yang ditinggalkan oleh Encik Hasrul telah dijumpai oleh Reza. Reza meneliti kandungan surat tersebut. Membacanya satu persatu kedudukan yang tertera pada surat tersebut. Sekarang mereka secara tidak langsung telah mengetahui kedudukan masing-masing.

Isyarat Tangan ?
Apakah yang bakal dilakukan oleh Fuad setelah menyedari kedudukan agak terancam pada minggu lepas ? Fuad berlatih bersungguh-sungguh secara berseorangan Beliau kemudiannya meminta maaf kepada krew penerbitan kerana melakukan isyarat tangan kepada mereka di kamera. Beliau berharap agar semua tenaga krew tidak berkecil hati dengan beliau. Isyarat tangan ? Kalau buat flying kiss rasanya tidak perlu minta maaf. Kalau buat bye bye pun tak perlu juga untuk minta maaf. Apakah isyarat tangan sehingga perlu meminta maaf ? Fikirkan sendiri. Apakah ini ciri penghibur dan artis masa depan yang kita inginkan ?

Angkara sikap beliau ini yang keterlaluan, para jurukamera sendiri telah dengan berniat sengaja merakamkan secara dekat perut Fuad yang terlambak sewaktu sesi aerobik dengan Cikgu Linda Jasmine.

Encik Hasrul bertemu dengan semua pelajar dan bertanya sekiranya ada di antara pelajar yang menjumpai surat layang tersebut yang kononnya milik Cikgu Siti Hajar. Pelajar-pelajar yang mengetahui tentang surat tersebut sekadar buat-buat tidak tahu. Reza, Felix dan Mawi buat-buat senyap dan kering. Manakala Kefli buat-buat tanya pula.

Gaduh Lagi
Kalau semalam episod diari yang penuh dengan tangisan, hari ini episod diari yang penuh dengan gaduh. Jangan banyak komplen. Nangis tak boleh, gaduh tak boleh. Nanti apa yang nak ditunjuk ? Gaduh lah best. Baru terserlah sifat masing-masing. Menonton Diari Akademi seperti menonton Big Brother pula. Memang menyeronokkan.

Amylea melahirkan rasa tidak puas hatinya kepada Encik Hasrul tentang Reza yang menegur beliau selepas konsert minggu lepas kerana menghalang Aidil dari memeluk Elliza. Amylea sekadar melakukan tanggungjawabnya menghalang Aidil dari memeluk Elliza. Menurutnya bapanya telah memberi peringatan tentagn adegan peluk-memeluk. Menurutnya lagi, Aidil sendiri tidak berasa kecil hati apabila ditegur olehnya tetapi Reza pula yang over. Episod I Reza berakhir disini.

Episod II Reza pula melibatkan Idayu yang masih tidak berpuas hati apabila ditegur secara kasar oleh Reza di Akademi. Idayu mengadu kepada Ekin, Marsha, Akma dan Amy di asrama mereka. Masing-masing memberikan hujah masing-masing untuk mempertahankan pendapat masing-masing. Nampaknya ramai juga di kalangan pelajar perempuan yang tidak menyukai Reza. Kita lupakan saga Reza yang belum tentu berkesudahan.

Mawi, Kefli, Felix dan Encik Hasrul berbual-bual di dapur. Mawi turut menceritakan tentang pengalamannya bermain bola sepak dengan para selebriti di Kajang. Beliau turut mengiklankan minuman Vanilla Coke. Mawi pegang tin Coke jari kelingking lentik. Something else sangat. Nampaknya setelah tiga musim Akademi Fantasia, pelajar musim ini seakan telah didedahkan dengan apa yang berlaku di luar Akademi kepada pengetahuan mereka oleh Mawi. Mereka tentunya tahu reaksi penonton dan fenomena yang berlaku di luar sana. Sekiranya tidak diberitahu oleh Mawi pun tentunya mereka tahu kerana mereka tentunya menontonnya dalam musim-musim terdahulu. World class juga boleh menjadi trademark Mawi selepas ini.

Dua Insan
Yazer menyanyi lagu Dua Insan sambil Felix bermain gitar dan Kefli bermain drum. Bahagian perempuan dinyanyikan oleh Ekin.Memang benar kata Vince, banglo Akademi Fantasia I dan III punya magik untuk menghasilkan episod diari yang benar-benar boleh menarik perhatian. Dengan kehadiran Mawi semula ke dalam Akademi, semakin meriah episod Diari dengan aktiviti-aktiviti santai mereka.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan gelagat dan karenah 14 orang pelajar di banglo Akademi selama lebih 4 jam sehari dalam Diari Xtended di Astro.TV ! Komen-komen tentang Diari Xtended dari setankuning, lilinhitam dan pembaca lain boleh dibaca di ruangan Pendapat Anda di setiap artikel.

Entri oleh sultanmuzaffar 13 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 03 Episod 01
Elegi Sepi menjadi lagu latar untuk tribute kepada Elliza. Klip yang ditayangkan berkisar tentang aktiviti Elliza di dalam Akademi selama dua minggu. Tidak banyak yang dapat dipertontonkan.

Idayu kemudiannya membacakan kad wasiat yang telah ditulis oleh Elliza. Antara isi kandungannya ialah Elliza melahirkan pandangannya tentang ada di antara pelajar yang tidak sukakan beliau. Setelah selesai, setiap pelajar berpeluang untuk bercerita tentang Elliza dan berkongsi pandangan mereka tentang Elliza.

Mereka akhirnya menyanyikan lagu Mengapa beramai-ramai sambil Yazer bermain gitar. Pelajar perempuan menangis di belakang mereka. Cikgu Fatimah juga turut mengalirkan air mata sambil ditenangkan oleh Dr. Azahari.

Macam tahun-tahun yang lepas juga, semuanya puji-pujian yang telah dikongsi oleh para pelajar. Tidak banyak bezanya dengan musim ini.

Ucapan Hari Ayah
Mawi pertama kali menyambut Hari Ayah dan menyampaikan hadiah tajaan untuk bapanya. Ucapan Felix tidak saya fahami kerana Felix bertutur dalam bahasa ibundanya. Reza turut mengucapkan Hari Bapa kepada bapanya dan mencuba sendiri kasut bapanya. Yazer adakalanya menahan kesedihan dan cuba menyembunyikan kesedihannya. Amylea menangis sambil memberikan ucapannya. Fuad mempunyai cerita tersendiri tentang bapanya yang membuatkan beliau menangis. Fuad pernah tidak bertegur dengan bapanya. Akma juga turut mengalirkan air matanya ketika membuat ucapan.

Aidil telah menghadiahkan sepasang kasut buat ibunya dan bukan bapanya. Walaupun beliau menyayangi bapanya tetapi hadiah tersebut adalah untuk ibunya. Beliau tidak berkongsi perasaan sebenar beliau yang mana beliau sebenarnya dibesarkan oleh ibunya tanpa bapanya. Itu antara sebab mengapa beliau memberikan ucapan untuk ibunya dan bukan bapanya. Ekin juga mengalirkan airmata ketika memberikan ucapan sampai tidak terdengar apa yang diucapkan oleh beliau.

Idayu turut mengucapkan Hari Bapa kepada bapanya dan mengakui yang beliau sayangkan bapanya. Beliau turut meminta agar bapanya tidak lagi menyakiti hati ibunya. Mungkin ada perselisihan faham antara mereka. Amy juga menghadiahkan sepasang kasut untuk ibunya. Sebabnya tidak saya ketahui. Selesai membuat ucapan, Idayu dan Amy kelihatan berpelukan dan saling tenang-menenangkan.

Mawi dan Marsha menerima hadiah tajaan dari pihak penaja iaitu Camel Active, Converse dan Fame. Barangan tersebut telah dibelikan oleh Jimmy Shanley, pengacara Trek Selebriti. Jimmy telah membelikan Mawi pakaian yang mampu untuk menukar imej Mawi seperti baju sleeveless. Sekiranya ada yang ingin menaja pakaian Mawi, lupakan sahaja, kerana sudah ada banyak pakaian untuk Mawi sama macam kes mangsa tsunami dulu.

Keraguan saya pada episod ini apabila Marsha tidak membuat ucapan Hari Bapa untuk bapanya.

Diari Akademi Fantasia Minggu 03 Episod 02
Ada sesuatu yang dibincangkan oleh Idayu dan Marsha yang tidak didengari oleh saya apa yang diperkatakan oleh mereka. Ini adalah pembukaan untuk kejutan yang bakal diberikan kepada Cikgu Marlia. Ia merupakan taktik untuk seakan-akan membenarkan yang Amylea telah melakukan sesuatu yang menyakiti hati Idayu.

Berat badan telah diambil setelah 2 minggu mereka berada di Akademi. Berat Yazer telah bertambah dari 63kg kepada 73kg. Felix kekal pada 63kg dan Idayu juga kekal pada 56kg.

Sesi Bersama Tenaga Pengajar
Idayu menghadapi masalah pada nada rendah. Untuk mengatasinya, beliau harus meningkatkan disiplin diri. Teknik bubbling boleh membuka range yang sedia ada. Kefli merupakan pelajar yang menunjukkan peningkatan. Sayangnya penghayatannya tidak konsisten. Beliau harus fokus dalam perwatakannya sehingga habis persembahan.

Fuad pula tidak menggunakan sepenuhnya penari perempuan dalam lagunya. Mengejutkan, Cikgu Adnan mengatakan pitching Amy baik pada persembahan tersebut. Ekspresinya juga cukup. Hanya vibrato yang tidak cukup. Cikgu Siti Hajar menasihatkan semua pelajar agar bertanya apabila tidak tahu.

Yazer ditegur kerana terlalu meniru lenggok penyanyi asal. Beliau harus berlatih lebih lagi untuk mendapatkan vokal yang lebih baik. Kostum Amylea telah banyak membantu. Hanya flirt beliau belum cukup lagi untuk melengkapkan persembahannya. Persembahan Aidil tidak cukup soul. Beliau tidak menyampaikan lagu tersebut penuh penghayatan. Beliau tidak berkongsi lagu tersebut dengan semua orang.

Ekin tidak cukup latihan. Sikap malu beliau banyak mengganggu persembahan beliau. Latihan tidak dibuat kerana sifat tersebut. Hasilnya apa yang dipersembahkan tidak dirancang dengan baik. Pengetua M.Nasir berharap agar apa yang dipersembahkan oleh Felix pada konsert lepas hanya lakonan dan tidak dikekalkan imej tersebut. Lagu tersebut adalah lagu sedih.

Akma merupakan pelajar yang bagus. Semua pakej dalam persembahannya lengkap. Pengetua M.Nasir turut mengumumkan Akma merupakan pelajar yang terbaik dalam persembahan semalam. Marsha menghadapi masalah melontarkan vokalnya dengan baik. Perubahan vokal dari suara asal kepada falsetto tidak begitu kemas.

Reza agak tenggelam pada persembahannya. Penampilan Reza tidak menonjol. Pergerakannya di atas pentas agak kelam-kabut dan staminanya tidak cukup. Mawi sebenarnya telah tersalah melodi. Kesalahan lirik sebenarnya boleh dimaafkan lagi tetapi tidak pada kesalahan melodi. Saya tidak faham apakah yang cuba disampaikan oleh Cikgu Adnan apabila beliau mengatakan “learn the rule before breaking the rule”. Kesalahan melodi pernah dilakukan oleh Mas dalam lagu Tamparan Wanita.

Lagu Baru Konsert Minggu 03 : Tema Cinta
Felix - Memori Bahagia (Sahri) lirik
Akma - Lagu Rindu (Siti Nurhaliza) lirik
Mawi - Gadis Melayu (Othman Hamzah) lirik
Ekin - Mimpi Sedih (Emillia Contessa) lirik
Fuad - Gerimis Di Lautan (Sudirman) lirik
Idayu - Curiga (Ning Baizura) lirik
Kefli - Keindahan Pantai (Kristal) lirik
Marsha - Lelaki Idaman (Melly Goeslow) lirik
Aidil - Nak Dara Rindu (P.Ramlee) lirik
Amy - Asmaradana (Tiara Jacquelina) lirik
Yazer - Suatu Masa (M.Nasir) lirik
Amylea - Anggapanmu (Ziana Zain) lirik
Reza - Mungkin Nanti (Peterpan) lirik

Secara kebetulan, tema lagu pada minggu ketiga adalah berkisarkan tentang cinta sesuai dengan tagline Akademi Fantasia. Sudah macam Malaysian Idol pula. Tugas yang berat untuk Cikgu Marlia untuk memberikan mereka penghayatan cinta yang sebaik-baiknya. Dr. Azahari juga memainkan peranan yang penting untuk mereka juga untuk menghayati mesej lagu-lagu mereka. Antara pelajar yang bakal menghadapi cabaran besar pada minggu ini ialah Mawi yang perlu beraksi rancak untuk lagu Gadis Melayu. Lirik perlu dihafal, step tarian perlu dihafal dan perlu jaga penguasaan pentas dengan baik. Aidil mendapat lagu yang bukan forte beliau iaitu sebuah lagu P.Ramlee. Lagu ini mengimbas kenangan Khai dan Rosma di Akademi Fantasia 1. Aidil perlu membiasakan diri dengan irama tradisional pula pada minggu ini. Amy perlu menari sambil menyanyi untuk lagu Asmaradana. Sekiranya beliau mampu membawakan lagu tersebut dengan tariannya secara langsung, beliau sebenarnya telah pun mengalahkan Tiara Jacquelina yang hanya mampu miming di malam Anugerah Industri Muzik yang lalu. Cabaran besar buat Amy untuk menyaingi Tiara Jacquelina. Amylea juga menghadapi cabaran yang besar kerana lagu Ziana Zain memang sebuah lagu yang membunuh. Cabaran besar buat Reza adalah untuk menghubungkan penonton dengan persembahannya agar mereka akan terpesona dengan style persembahannya. Sesiapa sahaja boleh membawakan lagu tersebut tetapi untuk membuatkan penonton terasa aura nyanyiannya adalah cabaran buat Reza.

Pelajar Bergaduh ?
Tiba-tiba Idayu membaling kusyen kepada Amylea dan terus berlari ke atas. Marsha mengikut beliau dan cuba menenangkannya. Terdengar Idayu menyebut nama Amylea beberapa kali dan melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Amylea. Idayu menangis teresak-esak. Amylea naik ke atas dan memeluk Idayu. Saya tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka kerana mereka bercakap sambil menangis. Tahulah kan apabila perempuan bercakap sambil menangis. Mana dengar sepatah pun perkataan mereka.

Dalam pada itu, pelajar di bawah bersiap-siap untuk kejutan kepada Cikgu Marlia. Segala persediaan telah diatur. Apabila Idayu dan Cikgu Marlia turun, mereka dikejutkan dengan ucapan Selamat Hari Lahir. Rupa-rupanya ia merupakan satu kejutan untuk Cikgu Marlia.

Memang mendebarkan. Jika ia benar-benar berlaku, ia merupakan pergaduhan yang pertama kali berlaku secara terang-terangan di dalam Akademi Fantasia. Sekiranya benar berlaku, ia merupakan modal yang bagus untuk penulisan. Tetapi sayangnya hanya sekadar lakonan. Tetapi Idayu menangis betul. Sungguh hebat lakonan mereka. Teringat-ingat saya bagaimana Farah berlari ke belakang stor konon-konon merajuk setelah ditegur oleh Tenaga Pengajar di Akademi Fantasia 2.

Happy Birthday Cikgu Marlia !

Entri oleh sultanmuzaffar 12 June 2005 0 komen

Konsert Akademi Fantasia 02 : Persembahan Mawi Mengecewakan, Elliza Tersingkir

Pertama kali dalam sejarah Akademi Fantasia, tarian Menuju Puncak dijadikan bahan jenaka yang sepatutnya mood para penonton agak seimbang antara sedih dan gembira pada waktu tersebut. Mampukah Mawi memikul tanggungjawab beliau sebagai pelajar Akademi Fantasia setelah amanah tersebut diberikan oleh peminatnya dan Tenaga Pengajar ? Itu persoalannya sekarang. Mampukah beliau memberikan yang lebih cemerlang pada minggu hadapan ? Berbekalkan ilmu selama satu minggu bersama Marsha, jelas Marsha jauh meninggalkan Mawi.

Penyingkiran pertama berlaku di Akademi Fantasia apabila Elliza yang hanya mendapat undian sebanyak 4% menjadi pelajar pertama yang tersingkir. Penyingkirannya nyata tidak kena dengan keadaan apabila kebolehan vokal beliau tidak diambil-kira dalam undian. Tetapi itulah Akademi Fantasia. Persembahan vokal, personaliti dan persembahan konsert merupakan faktor yang amat penting dalam membuat pilihan. Ini adalah berdasarkan undian umum yang telah dibuat pada minggu lepas. Elliza bagus dari aspek vokal tetapi kurang meyakinkan pengundi apabila dinilai dari aspek personaliti. Maka tidak hairan beliau tersingkir awal.

Kedudukan Undian Sebelum Konsert
Felix 19%
Mawi 19%
Idayu 6%
Amy 6%
Ekin 6%
Marsha 5%
Akma 5%
Yazer 5%
Elliza 5%
Aidil 5%
Fuad 5%
Amylea 5%
Kefli 5%
Reza 5%

Pengkritik Profesional pada minggu ini terdiri daripada Adlin Aman Ramli, pelakon teater dan filem yang hebat di Malaysia. Beliau telah memberikan komen panjang lebar tentang aspek persembahan pelajar. Saya agak menyukai komen-komen ilmiah beliau yang perlu diberikan penjelasan lanjut oleh Cikgu Marlia di dalam kelas seni persembahan pada minggu hadapan. Saya boleh merasakan yang para pelajar tidak memahami apa yang beliau perkatakan. Selain daripada itu, ialah Hattan seorang penyanyi dan beliau telah memberikan komen berpandukan asas vokal. Komen-komen beliau lebih objektif dan seimbang untuk semua.


Persembahan Pelajar
Idayu - Superstar 4.3/10
Berbanding persembahannya minggu lepas, Idayu nyata tiada peningkatan. Beliau mencuba beberapa teknik vokal tetapi tidak menjadi. Persembahannya gagal memikat saya. Beliau jelas tenggelam di sebalik penari latarnya. Pergerakannya seakan dipaksa, Paling melukakan apabila mendengar nyanyian penyanyi latarnya. Vokal beliau yang agak outstanding pada minggu lepas tidak dieksploitasi oleh Idayu untuk menyerlah pada minggu ini. Saya mengharapkan kelebihan vokal beliau dapat diserlahkan lagi pada minggu hadapan. Beliau juga perlu memberikan penekanan kepada aspek persembahan. Persembahannya masih nampak membosankan.

Kefli - Mungkin 5/10
Kefli cuba sebaik mungkin untuk membawakan lagu berhantu ini. Nyata vokal beliau jelas sumbang walaupun telah diturunkan key. Beliau cuba melarikan lenggok nyanyian asal lagu tersebut dan boleh saya katakana berjaya. Tidak jelas lenggok Anuar Zain kedengaran pada lagu tersebut. Sayangnya beliau tidak memberikan 100% untuk mencipta identitinya. Penghayatan beliau nyata tidak sampai kepada penonton dan beliau sendiri tidak sustain penghayatannya dalam lagu tersebut. Nampak jelas beliau adakalanya hilang tumpuan dan kemudiannya pick up semula. Masalah lupa lirik adalah akibat beliau terlalu menumpukan sepenuh perhatiannya kepada aspek vokal. Penjiwaan hasil lirik lagu tersebut belum cukup sampai kepada saya dan nampak beliau kurang berkeyakinan di atas pentas.

Elliza - Aku, Dia Dan Kamu 6/10
Saya nampak energy dalam persembahan beliau. Walaupun pergerakannya nampak sama dengan persembahan D-Va, tetapi beliau telah memberikan fokus yang utama kepada vokal beliau. Pergerakan beliau di atas pentas mengingatkan saya kepada persembahan D-Va dan persembahan Farah untuk lagu Sk8ter Boi. Tidak banyak perbezaan. Aspek video clip yang ditampilkan oleh Elliza dan rakan-rakannya agak biasa dan kurang memberikan kesan kepada penonton kecuali aksi tendangan kerusi pada penghujung lagu. Attitude yang diberikan untuk lagu ini juga kena dengan beliau dan penghayatannya bagus.

Fuad - Puteri 6.7/10
Fuad telah memberikan persembahan yang mantap dari segi vokal. Fuad telah membawakan lagu Puteri dengan gayanya yang tersendiri. Ekspresi mukanya jelas keterlaluan seperti mengharapkan air matanya turun. Penghayatan beliau untuk lagu ini memang bagus. Pada beberapa bahagian kedengaran beliau agak rushing menghabiskan lagunya maka temponya sedikit lari. Saya berpuas hati dengan mutu vokalnya tetapi mengharapkan agar beliau menjaga tingkah-lakunya agar tidak terlalu memualkan saya. Saya juga berpuas hati dengan cara beliau mentafsirkan lirik lagu tersebut dan mesej lagu tersebut sampai kepada penonton.

Amy - Sesalan 3.2/10
Pergerakan Amy jelas mekanikal seperti Nana di Konsert pertama Akademi Fantasia 1. Pergerakan beliau tidak memberikan apa-apa makna. Saya tidak enjoy persembahan beliau yang agak mendatar dan tidak tahu bila penghujungnya. Beliau tidak dapat menyampaikan tenaga lagu tersebut dengan baik. Pakaian yang dikenakan juga jelas meniru imej Ezlyyn. Beliau nyata tidak begitu yakin di atas pentas berbanding minggu lepas. Tiada peningkatan yang boleh dibanggakan berbanding persembahannya yang terdahulu. Saya mengharapkan agar beliau menggunakan sepenuhnya vokal yang beliau ada untuk menarik perhatian penonton.

Yazer - Sejati 5.5/10
Lagu ini boleh saya sifatkan bermula dengan baik. Persembahan vokal Yazer masih belum dapat diserlahkan lagi kerana setiap minggu beliau diberikan lagu dari genre rock. Kehebatan vokal beliau masih belum diuji sepenuhnya. Gaya persembahannya sudah agak baik. Beliau tahu untuk menambat hati penonton. Pergerakannya di atas pentas dan penguasaan pentasnya amat baik. Persembahan gitar yang miming hanya sekadar untuk mencantikkan lagi persembahan beliau tetapi tidak membawa apa-apa kesan kepada penonton. Saya mengharapkan beliau dapat diberikan lagu yang dapat menguji kepelbagaian vokal beliau. Beliau harus diberikan genre yang berbeza dari rock.

Amylea - Asmara 8/10
Sebuah persembahan yang terbaik pada malam tersebut. Gaya Amylea membawa dirinya amat kena dengan lagu tersebut. Beliau menjiwai lagunya dengan baik. Vokal beliau nyata belum cukup kuat untuk lagu ini, Ia tidak dilontarkan dengan baik. Dari segi style, saya menyukai lenggok dan style vokalnya. Rasa macam terlalu cepat lagu ini habis.

Kejutan untuknya apabila sebenarnya penari latarnya terdiri daripada Zahid, Farah dan Nana, senior mereka di Akademi Fantasia. Saya sendiri tidak perasan yang menari itu ialah senior-senior Amylea. Saya mengharapkan agar Amylea dapat menyerlahkan lagi identitinya dan berusaha menonjolkan dirinya dari aspek vokal dan personaliti.

Aidil - I Don’t Wanna Miss A Thing 4/10
Aidil memulakan persembahannya dengan duduk. Memang sukar untuk menyanyi sambil duduk. Satu cubaan yang harus dipuji. Saya suka dengan interaksi kamera beliau. Aidil tahu kamera mana yang harus dipandang. Persembahan vokal beliau memang bermula dengan baik tetapi penghayatannya masih belum cukup kuat untuk membawa lagu ini. Saya hanya menyukai permulaannya sahaja dan apabila beliau bangun, vokal beliau jelas hilang tumpuan. Saya mengharapkan beliau diajar teknik lontaran vokal yang betul. Saya masih belum dapat mendengar kehebatan vokal sekiranya ada yang terdapat pada Aidil.

Ekin - Joget Sayang Di Sayang 7/10
Sebuah persembahan yang menghiburkan. Mungkin kerana aura Felix telah mengatasi aura Ekin. Persembahan vokal Ekin agak baik. Beliau nampak cantik di atas pentas. Saya suka dengan keyakinan beliau di atas pentas. Beliau nampak amat berkeyakinan di atas pentas. Pada beberapa ketika penari latar seakan mengatasi persembahan Ekin apabila tumpuan saya teralih kepada mereka. Felix kelihatan agak kekok sebenarnya di atas pentas. Beliau tidak tahu untuk buat apa tetapi penonton tetap menyukainya. Persembahan tarian Ekin tidak menjadi seperti apa yang telah diajar. Saya mahu mendengar kualiti vokal Ekin lebih lagi daripada apa yang telah saya dengar selama dua minggu. Lagu ini sepatutnya mampu untuk menyerlahkan vokal dan personaliti Ekin tetapi agak tidak berjaya sepenuhnya.

Felix - Berjuta Batu 8.5/10
Sebuah persembahan yang memukau. Saya menonton persembahannya dengan mengharapkan beliau dapat menyerlahkan lagi vokalnya terutama pada bahagian yang agak rendah. Tahap keyakinan beliau amat tinggi dan Felix nampak lebih selesa di atas pentas. Persembahan tariannya selamba dan dapat menghiburkan penonton. Beliau mempunyai ciri-ciri penghibur yang seimbang dari segi vokal dan showmanship. Menurut Adlin, persembahan Felix sebagai sebuah persembahan yang “weird but something else”. Saya mengharapkan pada minggu hadapan beliau diberikan lagu yang amat susah untuk menyerlahkan lagi versatile diri dan vokal yang ada pada Felix.

Akma - Cahaya 7.5/10
Saya suka dengan cara penyampaian beliau untuk lagu Cahaya. Bermula agak lambat tetapi dapat pick-up pada bahagian pertengahan lagu tersebut. Persembahan vokal beliau nyata hebat. Antara pelajar perempuan yang mempunyai vokal yang baik. Lebih-lebih lagi pengalamannya mengatasi pelajar lain. Lagu Cahaya disampaikan dengan penuh penghayatan secara berseorangan tanpa bantuan penari latar. Keyakinan beliau begitu tinggi. Akma harus melakukan sesuatu untuk terus kekal di dalam Akademi Fantasia. Beliau harus tahu bermain di dalam permainan ini. Permainan ini bukan sekadar vokal tetapi juga mempunyai personaliti yang unik berbanding pelajar lain.

Marsha - Ingin Bersamamu 6.8/10
Saya tidak tahu, apa yang saya dengar di stadium agak baik. Vokal beliau agak kasar dan masih tidak begitu baik tetapi masih kedengaran baik. Saya paling suka dengan cara beliau memberikan style yang tersendiri kepada lagu tersebut. Beliau membawakannya dengan gaya yang nyata berbeza dengan Syafinaz. Kekuatan utama persembahannya ialah pergerakan tubuhnya dan pada beberapa ketika kelihatan terlalu berlebihan. Gaya beliau nampak seperti penyanyi profesional yang tahu etika-etika seorang penyanyi. Saya mengharapkan kualiti vokal beliau dapat diserlahkan lagi pada minggu-minggu hadapan kerana saya tahu beliau mempunyai kualiti vokal yang terbaik.

Reza - Terhangat Di Pasaran 3.1/10
Kekuatan utama persembahan Reza ialah pergerakan tariannya. Nampak unik dan nyata berbeza dengan pelajar-pelajar lain. Cara beliau menguasai pentas amat baik. Beberapa bahagian pada lagu tersebut kelihatan beliau hilang stamina dan pesembahan vokalnya juga hilang tumpuan. Banyak bahagian yang telah diserahkan kepada penyanyi latarnya. Apabila telah diberi peluang, Fuad pula kelihatan cuba mengatasi Reza. Maka hasilnya Reza nampak hancur. Dibandingkan dengan minggu lepas, persembahan Reza ada peningkatan. Saya mengharapkan beliau dapat memberikan penekanan kepada aspek vokal. Beliau belum menyerlah dari segi vokal seetelah dua minggu di dalam Akademi.

Mawi - Dari Kekasih Untuk Kekasih 3/10
Mawi nyata tertekan dan tekanan tersebut menyebakan beliau over-confident. Beliau berkeyakinan di atas pentas dan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk peminatnya. Apabila cuba untuk melakukan perkara-perkara sampingan menyebabkan beliau hilang tumpuan kepada aspek vokal. Beliau tidak perlu terlalu cuba berkomunikasi dengan penonton sehingga gagal memberikan tumpuan kepada vokal. Terlalu banyak yang sumbang dan tidak dilontarkan dengan baik. Beliau tidak menghiraukan kamera dan terus membuat persembahan secara syok sendiri. Banyak kali berlaku kesilapan lirik lagu. Persembahan vokal beliau ada keunikannya tetapi telah gagal dipergunakan sepenuhnya. Beliau tidak menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaiknya. Alasan kejutan budaya adalah satu alasan remeh yang tidak perlu dihuraikan. Alasan ini merupakan konsert pertama beliau juga tidak boleh digunakan. Ianya hanya alasan untuk menutup sikap fanatik peminat-peminatnya. Saya mengharapkan beliau mengambil inisiatif untuk melakukan yang lebih baik pada minggu hadapan.

Menuju Puncak - Versi Lawak Jenaka
Sebuah persembahan yang paling melucukan dalam sejarah Akademi Fantasia. Belum pernah penonton ketawa melihat persembahan Menuju Puncak tetapi ia berlaku semalam. Sekayu-kayu Burn menari tidak kita ketawakan, tetapi semalam Menuju Puncak Akademi Fantasia menjadi Menuju Puncak Tadika Fantasia. Ia dibarisi oleh barisan kanak-kanak yang tidak serius bermain di atas pentas. Mawi lewat 1/2 tempo untuk tariannya. Kesilapan yang terlalu banyak untuk ditulis. Saya mengharapkan agar koreografi Menuju Puncak diubah segera. Buatlah koreografer yang lebih mudah untuk Mawi. Saya berbangga dengan Felix, Yazer yang berusaha melalukan yang mereka termampu dan hasilnya jauh lebih baik berbanding minggu lepas.

Elliza Tersingkir
Elliza tersingkir dalam suasana yang agak meriah kerana kesuntukan masa. Satu aspek penerbitan secara langsung yang boleh diperbaiki di masa akan datang. Agak tidak adil kepada beliau apabila diiringi dengan lagu rancak Menuju Puncak sepanjang perjalanannya keluar dari Akademi Fantasia. Kejutan yang menarik pada malam ini ialah persembahan cemerlang Amylea, personaliti Felix yang semakin menyerlah dan persembahan buruk Mawi.

Seharusnya pelajar lain mendapat pengajaran daripada persembahan minggu ini apabila tekanan dan over-confident menguasai diri apa sahaja boleh berlaku. Itulah yang berlaku kepada Mawi. Personaliti mereka di Akademi juga perlu dijaga kerana tingkah laku mereka diperhatikan oleh penonton. Silap langkah, mereka tersingkir. Itu yang terjadi kepada Elliza. Apakah dengan menjadi pak lawak mereka akan mendapat undian yang paling tinggi ? Setiap pelajar di Akademi Fantasia pasti semakin keliru dengan situasi tersebut.

Ranking sultanmuzaffar
Felix - Berjuta Batu 8.5/10
Amylea - Asmara 8/10
Akma - Cahaya 7.5/10
Ekin - Joget Sayang Di Sayang 7/10
Marsha - Ingin Bersamamu 6.8/10
Fuad - Puteri 6.7/10
Elliza - Aku, Dia Dan Kamu 6/10
Yazer - Sejati 5.5/10
Kefli - Mungkin 5/10
Idayu - Superstar 4.3/10
Aidil - I Don’t Wanna Miss A Thing 4/10
Amy - Sesalan 3.2/10
Reza - Terhangat Di Pasaran 3.1/10
Mawi - Dari Kekasih Untuk Kekasih 3/10

Imbasan 02 Akademi Fantasia
Tetamu Imbasan pada minggu ini ialah Pengetua Akademi Fantasia iaitu M.Nasir. Beliau telah memberikan pandangan beliau tentang perkembangan pelajar yang munurutnya ada separuh daripadanya yang boleh dibanggakan dan menunjukkan peningkatan. Manakala separauh lagi masih lemah dan boleh dibaiki.

Turut ditanya apakah perasaan beliau apabila anak-anak muridnya dikritik oleh Pengkritik Profesional. Menurutnya beliau berpengalaman dalam dua bidang iaitu menyanyi dan berlakon. Maka apa yang diperkatakan oleh para pengkritik dapat beliau faham. Menurutnya lagi, hanya 60% daripada apa yang diperkatakan oleh mereka adalah benar dan lagi 40% masih boleh dipertikaikan.

M.Nasir mengakui kesemua 20 orang pelajar yang terpilih boleh menyanyi dan ini nyata berbeza dengan pelajar AF@ bilamana ada yang tone-deaf. Berdasarkan pemerhatian beliau sebagai Pengetua, persembahan Mawi adalah persembahan yang paling mengecewakan beliau. Manakala persembahan yang membanggakan beliau ialah Akma dan Felix. Lebih-lebih lagi pada malam konsert Akma mendapat lagu yang sememangnya forte beliau dan felix pula mempunyai perwatakan yang aneh.

Sayangnya kata-kata M.Nasir itu telah diselewengkan oleh Aznil bilamana mengatakan yang Mawi adalah pelajar yang sepatutnya tersingkir. Terbayang jelas perubahan pada wajah M.Nasir yang agak terganggu dengan kenyataan tersebut. Aznil sememangnya cekap dalam menyelewengkan kata-kata tetamunya untuk mencipta kontroversi. Itulah Akademi Fantasia.

Menurut M.Nasir lagi bakat yang ada pada Elliza adalah lebih besar berbanding bakat pelajar-pelajar yang masih berada di dalam Akademi Fantasia.

Tetamu lain yang turut dijemput ialah Elliza dan keluarganya iaitu bapa dan abangnya. Elliza bakal merindui Idayu yang dianggapnya seperti kakaknya sendiri.

Akademi Fantasia akan kehilangan seorang pelajar yang berbakat besar dalam bidang nyanyian dan tarian. Kelas-kelas tersebut merupakan antara kelas kegemaran Elliza. Sifat ingin belajar dan memperbaiki kesilapannya sering membantu Elliza untuk terus maju. Elliza turut dianggap sebagai seorang yang manja dan sedikit gedik pada pandangan penonton. Adakalanya saya sendiri rimas dengan sifat tidak serius beliau apabila di dalam kelas. Gelak-ketawanya seakan membuktikan yang beliau seorang yang tidak serius dan itulah yang dipertontonkan kepada penonton.

Kedudukan Undian Selepas Konsert
Mawi 20%
Felix 19%
Reza 6%
Marsha 6%
Amylea 5%
Ekin 5%
Amy 5%
Idayu 5%
Yazer 5%
Kefli 5%
Akma 5%
Aidil 5%
Fuad 5%
Elliza 4%

Dongeng 58% Undian SMS
Sudah 3 musim Akademi Fantasia berlangsung dan para peminatnya masih tidak faham dengan bagaimana proses pengiraan undian dijalankan. Untuk pengetahuan semua, undian 58% yang dimiliki oleh Mawi pada jam 12 tgh malam hari Ahad adalah undiannya setelah dibuka kembali untuk Minggu ketiga. Bagaimana undian untuk Mawi boleh secara tiba-tiba menjadi 58% adalah kerana ia adalah sejumlah undian yang tidak masuk setelah berakhirnya Konsert Minggu Kedua. Ia bukannya jumlah undian yang diterima setelah selesai persembahan konsert. Fenomena ini pasti berlaku setiap kali kepada pelajar yang terakhir membuat persembahan. Terlalu banyak undian yang tidak dapat masuk sewaktu tempoh undian ditutup. Maka undian-undian tersebut di bawa ke minggu seterusnya.

Astro.TV
Anda boleh melihat mereka, tetapi tidak sebaliknya ! Saksikan karenah pelajar di dalam Akademi. Saksikan mereka di dalam Diari Xtended, siaran Diari Akademi selama lebih 4 jam dari siaran biasa sehari.

Khas buat peminat Mawi & Felix : MaLix Fan Club

Entri oleh sultanmuzaffar 10 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 02 Episod 09
Kelas Bahasa Inggeris dibawah kelolaan Cikgu Fatimah meminta pelajar menyebut perkataan “she sells sea shells by the sea shore”. Penonton dapat melihat Felix dan Mawi menyebut perkataan tersebut sambil ketawa. Beberapa pelajar lain turut cuba menyebutnya seperti Akma dan Marsha. Selain daripada itu beliau turut mengajar tentang penggunaan “that’s mean” dan “that means”

Kelas Cikgu Fatimah juga merupakan antara kelas yang tidak membosankan. Cara beliau memberikan pengajarannya penuh dengan sifat keibuan.

Seterusnya beliau memberikan pelajar beberapa keping kad untuk ditulis sebagai surat wasiat mereka. Setiap pelajar memilih kad masing-masing.

Setiap pelajar diminta membuat persembahan di hadapan tenaga pengajar bermula dengan Amylea. Saya merasakan Amylea akan dapat membawakan lagu ini dengan baik. Seboleh-bolehnya biarlah beliau memulakan persembahan awal agar undian untuknya dapat naik. Begitu juga dengan Idayu, gaya beliau membawakan lagu tersebut amat baik. Beliau juga harus mempraktikkan sedikit ajar cikgu untuk menjadikan persembahannya lebih baik.

Elliza nampak mengah dengan lagu tersebut. Entah mengapa saya terbayang Farah membawakan lagu Sk8ter Boi dalam persembahannya. Fuad terlalu cuba untuk menghayati lagu tersebut sehingga ekspresinya menimbulkan bahan jenaka kepada saya. Marsha telah dapat melakukan yang terbaik darinya. Beliau harus menumpukan kepada aspek persembahan agar penonton dapat menghayati lagu tersebut. Aidil masih biasa. Suara jantannya masih belum keluar dan lagu tersebut menjadi agak mendatar. Kefli begitu juga, masih gagal untuk menyerlah dari aspek vokal. Lagu Mungkin sememangnya lagu yang sukar. Cikgu Adnan menyarankan pelajar agar mereka harus mempunyai teknik untuk menghafal lirik lagu.

Persembahan Amy agak biasa begitu juga Akma. Dua orang pelajar ini masih kurang karisma penghibur mereka untuk memberikan sebuah persembahan yang menghiburkan. Dari aspek penampilan dan keupayaan vokal masih banyak yang mesti dibaiki. Reza boleh memukau dari segi persembahan pentas tetapi persembahan vokalnya masih mendatar. Penari-penari latar harus memberikan kerjasama kepada Reza. Felix tidak menari dalam gerak yang sama. Ini sekurang-kurangnya memberikan kesan kepada persembahan Reza.

Ekin juga masih belum menyerlah dengan persembahannya. Saya akui vokalnya bagus tetapi corak persembahannya masih belum dapat menyaingi kehebatan Anita Sarawak. Beliau harus melebihkan gaya persembahannya untuk mengumpan hati penonton. Begitu juga dengan Felix yang masih menggunakan modal muka selambanya untuk memancing hati penonton. Persembahan vokalnya masih boleh ditingkatkan lagi. Biar kedua-duanya meningkat dengan baik.

Diari Akademi Fantasia Minggu 02 Episod 10
Seperti kebiasaan, pada hari Jumaat merupakan hari pelajar menulis surat wasiat pada Akademi Fantasia 2. Tradisi itu diteruskan pada musim ini.

Reza memilih Kefli untuk membacakan surat wasiat mereka antara satu sama lain. Fuad memilih Elliza, walalupun menyenaraikan semua nama pelajar lelaki kecuali Mawi. Mawi dan Felix saling bertukar-tukar surat wasiat. Persahabatan mereka semakin rapat.

Aidil memilih Yazer. Amylea memilih Marsha membacakan surat wasiatnya. Manakala Marsha memilih Idayu atau Amylea membacakan surat wasiatnya. Amy memilih Akma membacakan surat wasiatnya.

Fuad, Yazer dan Idayu memilih Elliza untuk membacakan surat wasiat mereka. Manakala Elliza memilih Idayu. Ekin dan Akma memilih Amy. Manakala Amy memilih Akma membacakan surat wasiatnya.

Kelas Motivasi Dr. Azahari
Kelas bersama Dr. Azahari merupakan kelas yang agak menyeronokkan sekiranya anda melanggan kepada Diari Xtended. Saya nampak keberkesanan kelas tersebut berbanding kelas kelolaan Dr. Sher Kawi.

Beliau mengajar tentang menghargai peluang kepada para pelajar. Diharapkan setiap pelajar dapat sesuatu dari kelas tersebut. Setelah hampir dua minggu nampaknya mereka kurang menghargai peluang yang mereka dapat. Ada yang main-main, tidak serius dalam kelas dan sebagainya.

Perjumpaan Dengan Tenaga Pengajar
Persembahan Felix agak baik dari segi showmanship tetapi perlu memberikan perhatian yang lebih untuk vokal beliau. Saya masih belum mendengar dengan jelas sebutannya dan vokalnya.

Fuad memberikan persembahan vokal yang biasa dan dilebih-lebihkan dengan ekspresi muka yang seidikit over.

Kefli memberikan persembahan yang biasa tetapi masih perlu melontarkan vokalnya dengan lebih baik lagi. Yazer menghadapi masalah yang besar dari aspek pitching dan nyanyian beliau tidak kemas. Persembahan Aidil nyata membosankan. Reza memberikan showmanship yang baik tetapi masih perlu mengasah vokal beliau. Mawi menggalas tanggungjawab yang besar dari peminat-peminatnya. Beliau bakal memberikan persembahan vokal yang menghiburkan dan penghayatan yang mantap.

Persembahan Akma nyata membosankan. Amylea boleh menggugat dengan mutu vokal yang baik serta bakal menghiburkan dengan showmanshipnya. Ekin bakal memberikan sedikit kelebihan dari aspek vokalnya tetapi masih perlu meningkatkan mutu persembahannya. Persembahan Amy nyata membosankan. Idayu mampu menggugat dengan kehebatan vokal beliau serta showmanship beliau. Marsha juga boleh memberikan persembahan vokal yang mantap serta persembahan yang menghiburkan.

Komen-komen dari Tenaga Pengajar juga telah diberikan dan banyak komen yang boleh diperbaiki oleh para pelajar. Felix dilihat sering mengeluarkan lidahnya. Beliau harus mengurangkan tabiat tersebut. Fuad harus mengurangkan sifat over tersebut. Masalah pitching sering menghantui Yazer. Kefli sering menelan perkataan-perkataannya. Showmanship Reza tidak dipraktikkan sepenuhnya. Mawi menghadapi masalah pitching pada beberapa bahagian lagu tersebut. Elliza dan Akma perlu meningkatkan mutu persembahan mereka. Ekin telah ditegur agar mengeluarkan lagi persembahannya.

Begitu juga dengan Amylea, dan Amy tidak bercerita kepada penonton. Persembahannya masih kaku. Marsha harus menggunakan kelebihan matanya untuk persembahannya.

Komen dari Pengetua M.Nasir merasakan ada di antara pelajar yang masih kekok dan malu.

Ramalan Penyingkiran
Dinilai dari aspek keupayaan vokal, Kefli, Aidil dan Reza merupakan antara pelajar yang agak kurang menyerlah. Dinilai dari aspek personaliti, Amylea, Akma, Elliza dan Fuad merupakan antara pelajar yang kurang mendapat perhatian. Amylea misalnya terlalu dilihat berserabut dan kurang pakej yang boleh memancing undian penonton. Bezanya Amylea merupakan pelajar yang rajin di dalam kelasnya dan bersungguh-sungguh mempelajari setiap ilmu yang dicurahkan. Akma contohnya merupakan pelajar yang kurang dari segi personaliti walaupun vokalnya agak baik. Elliza merupakan pelajar yang banyak menimbulkan kebencian penonton. Sikap kebudak-budakannya memualkan. Sikap beliau di dalam kelas juga tidak begitu serius. Fuad merupakan antara pelajar yang disifatkan tidak natural dan terlalu palsu oleh penonton. Sikapnya yang agak besar kepada dan tidak mematuhi arahan cikgu agak merimaskan.

Sesiapa sahaja boleh tersingkir pada malam esok. Peratus undian antara mereka juga tidak banyak berbeza iaitu semuanya mendapat 5% undian terkini. Bilangan undian pada waktu konsert menentukan nasib mereka. Sekiranya mereka memberikan persembahan yang baik tentu undian untuk mereka akan naik.

Mungkin ada kejutan dalam penyingkiran untuk Konsert Minggu 02 esok. Mungkin juga beg tajaan Samsonite akan diusung oleh Mawi dan Marsha. Bukan untuk diusung keluar tetapi beg tersebut diusung masuk akan berisi pakaian-pakaian tajaan untuk mereka.

Astro.TV
Anda boleh melihat mereka, tetapi tidak sebaliknya ! Saksikan karenah pelajar di dalam Akademi. Saksikan mereka di dalam Diari Xtended, siaran Diari Akademi selama lebih 4 jam dari siaran biasa sehari.

Entri oleh sultanmuzaffar 09 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 02 Episod 07
Dalam kelas Cikgu Adnan, Elliza telah membawakan lagunya dengan baik. Saya suka dengan nyanyian beliau. Sebutan beliau agak jelas. Tetapi beliau harus menjaga staminanya kerana lagu tersebut agak rancak.

Marsha diminta untuk membawakan lagunya. Untuk melengkapkan penghayatannya, Cikgu Adnan telah meminta agar mendapatkan bantuan dari rakan-rakannya. Marsha telah memilih Felix. Bukan memilih, Marsha telah menarik Felix untuk membantunya. Padan. Mawi turut sama membantu Marsha. Nyanyian Marsha semakin baik. Antara persembahan vokal yang terbaik di dalam Akademi.

Vokal Akma kedengaran agak kasar dan agak tidak kemas. Saya kurang menyukai persembahannya. Harap beliau dapat membawakan lagu tersebut dengan gayanya sendiri. Persembahan Reza mempunyai attitude yang tersendiri. Beliau juga telah membawakan lagu tersebut mengikut rasanya. Lontaran vokalnya masih kedengaran tidak kemas dan keluar melalui hidung.

Idayu harus menampilkan vokal style yang lebih baik serta teknik yang bagus untuk persembahannya. Kefli harus menjadikan Josh Groban sebagai contoh. Beliau harus menumpukan perhatiannya kepada aspek vokal. Banyak yang perlu diperbaiki pada mutu vokal Kefli.

Nyanyian Amy, Aidil masih biasa. Belum dapat menambat perhatian saya. Nyanyian Mawi agak baik. Beliau harus mengutamakan aspek vokal untuk mengumpan perhatian penonton kerana tidak banyak aspek persembahan yang boleh diketengahkan. Mawi perlu menyerlahkan lagi keunikan vokal beliau.

Yazer dan Ekin juga masih belum mampu menambat perhatian saya. Beberapa kali juga saya terlena.

Terjaga semula sewaktu Kelas Tarian untuk lagu Felix. Persembahan tarian oleh Felix dan rakan-rakannya agak menyeronokan dan menghiburkan. Saya nampak Felix menyanyi dengan relax sahaja.

Satu kelas tambahan telah diadakan untuk Mawi, Yazer, Fuad dan Marsha. Mereka telah diajar untuk memperbaiki koreografi lagu Menuju Puncak. Gerak Mawi masih keras dan seakan sukar untuk dibentuk. Nampak rumit untuk beliau melakukannya. Dalam Menuju Puncak beramai-ramai, Mawi dan Marsha masih memerlukan latihan yang banyak untuk catch up dengan rakan-rakannya. Mawi dan Marsha masih kelihatan terkejar-kejar langkah tarian mereka.

Radzuan Radzwill telah muncul di dalam Akademi Fantasia untuk berkongsi pengalamannya berkenaan imej kepada para pelajar. Menurutnya agak mudah untuk membentuk imej lelaki berbanding imej pelajar perempuan.

Everytime I See Felix, My Dada Bergoncang
Aktiviti santai mereka di ruang tamu, Felix bermain gitar dan Marsha menyanyi sambil diikuti oleh rakan-rakannya. Amylea dan Akma turut serta dalam nyanyian tersebut. Saya suka dengan mood lirik lagu tersebut yang agak cheeky. Lirik lagu tersebut seakan luahan hati Marsha pula. Marsha pula menyampaikan lagu tersebut dengan penuh perasaan. Felix bermain gitarnya selamba sahaja tanpa ada perasaan. Segmen ini bakal diingati oleh penonton. Paling tidak pun, saya akan mengingatinya.

Diari Akademi Fantasia Minggu 02 Episod 08
Dengan menggunakan muzik instrumental, gerakan bebas dalam gerak perlahan telah dibuat oleh semua pelajar. Mawi melakukan gerak silatnya, Felix dengan gerakan beruknya, Fuad dengan gerakan berenang. Elliza sekali lagi ditegur kerana tidak serius. Elliza seharusnya sudah faham teguran tersebut kerana sudah banyak kali disebut. Keceriaan beliau ini adakalanya tidak kena tempat. Dalam kelas, serius sahaja. Bukannya susah.

Bata telah menaja hadiah sempena Hari Bapa. Radzuan Razwill telah dibawa masuk ke dalam Akademi untuk mendapatkan pilihan setiap pelajar dan memberikan cadangan-cadangan serta komen beliau tentang pilihan pelajar.

Dalam Kelas Tarian dibawah Cikgu Ee, Ekin telah menjalani latihan untuk lagunya. Lagunya merupakan sebuah lagu yang ada cerita. Maka setiap pergerakan Ekin dan rakan-rakannya perlu bercerita secara tidak langsung. Kerja Ekin menjadi semakin mudah kerana Felix turut mengambil bahagian dalam persembahannya. Elemen lucu secara tidak langsung telah disuntik dalam persembahannya. Ekin harus mengeksploitasi kebolehan Felix dalam menarik minat penonton untuk mengikuti persembahannya sahaja. Felix seperti biasa agak malu-malu untuk melakukannya. Cikgu Ee telah menegurnya adakah seumur hidup Felix beliau tidak pernah mengacau perempuan. (Hanya terdapat di Diari Xtended) Gaya beliau seperti melihat ayam di KFC bukannya mengacau perempuan.

Yazer perlu memperbaiki kawalan vokalnya. Kedengaran tidak kemas. Lagu Sejati adalah lagu yang sedap, sayang sekiranya Yazer merosakkannya. Gaya persembahan Yazer juga harus dirancang dengan betul.

Felix secara zahirnya telah memikat pemerhatian saya. Gayanya bersahaja. Saya nampak Felix mempunyai satu aura penghibur yang boleh digilap dan disukai oleh penonton. Pergerakan tariannya juga sudah mula boleh diikuti oleh beliau dengan baik. Gaya beliau nampak berbeza antara minggu pertama dan minggu kedua. Sudah tidak banyak control.

Marsha, Ekin, Idayu dan Mawi telah dibawa untuk medical check-up. Mawi bercerita kepada kamera, kena inject, kena check mata, kena check blood pressure, ukur tinggi dan berat dan x-ray. Marsha menangis kerana disuntik.

Bantuan Cikgu Shahrul agak penting pada saat-saat genting seperti minggu ini. Tiba-tiba bilangan pelajar bertambah kepada 14 orang. Maka secara tidak langsung beban yang berat harus ditanggung oleh Cikgu Siti Hajar berseorangan.

Latihan oleh Elliza juga agak baik. Saya dapat dengar low tone beliau. Elliza harus melebihkan ekspresi bercerita melalui ekspresi mukanya sahaja. Beliau mencadangkan kepada Cikgu Siti Hajar untuk melakukan growling.

Sementara Cikgu Shahrul melatih Kefli. Saya merasakan Kefli harus dilatih oleh Cikgu Siti Hajar. Kefli merupakan pelajar yang agak kritikal pada minggu ini. Sudah boleh dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi. Kefli harus diajar tentang teknik pernafasan. Kedengaran lagu Mungkin amat teruk gaya pernafasannya. Menurut Cikgu Shahrul, vokal Kefli boleh sampai tetapi mengapa tidak sampai. Ajarlah tekniknya.

Teknik nyanyian Amy juga masih banyak yang perlu diperbaiki. Lagunya kedengaran amat mudah sahaja tetapi banyak teknik yang masih tidak betul terutamanya dari aspek sebutan. Ini berbeza dengan masalah Felix yang lebih kepada masalah rahang. Tidak gemar membuka mulut untuk mengeluarkan suara. Masalah yang sama dihadapi oleh Adam.

Reza sudah mempunyai style nyanyian yang tersendiri tetapi kedudukan suara tersebut tidak betul. Vokalnya tidak dilontarkan dengan baik tetapi hanya menghasilkan bunyi yang malas. Begitu juga dengan Yazer yang menghadapi masalah sebutan.

Saya melihat persembahan Amylea adalah antara persembahan yang saya tunggu-tunggu Sabtu ini. Beliau ada gaya yang mengasyikkan. Vokalnya juga bagus. Saya merasakan beliau harus lebih mewarnakan vokalnya dengan teknik-teknik nyanyian yang ada. Beliau harus memperbaiki penamat lagu tersebut agar dapat memberikan impact kepada penonton.

Nyanyian Mawi kedengaran bunyi-bunyi nasyid. Teknik sebutannya juga masih banyak yang perlu diperbaiki.

Kelas Cikgu Marlia hari ini agak membosankan. Tiada aktiviti yang benar-benar meyakinkan. Hanya kerana kemunculan pak lawak iaitu Mawi yang menceriakan sedikit kelas tersebut.

Di penghujung Diari, ditayangkan klip bagaimana Reza mengikuti kelas vokalnya oleh Cikgu Siti Hajar. Aktiviti yang sama pernah dilakukan oleh Cikgu Siti Hajar kepada Mas. Reza harus diperingatkan tentang lontaran suaran serta placing untuk menghasilkan vokal tersebut.

Astro.TV
Anda boleh melihat mereka, tetapi tidak sebaliknya ! Saksikan karenah pelajar di dalam Akademi. Saksikan mereka di dalam Diari Xtended, siaran Diari Akademi selama lebih 4 jam dari siaran biasa sehari.

Segmen Menarik dari Diari Xtended Housecam A 9 Jun 1300-1400

    • balik dr buat medical check up ekin kata lepas doktor check berat badan & tinggi, doktor ukur saiz lobang idung mawi hehehe
    • masa ajar amylea cemana nak dapatkan feel, cikgu CTH suh amylea nyanyi kat mawi. cikgu kata kalo mawi senyum maknanya feel tu berjaya sampai. aku rasa sure mawi menggigil2 mawi tengok amylea buat aksi menggoda depan dia.
    • amylea citer kat abg asrul masalah dia ialah nak menyebut "T" dalam nyanyian melayu, sebab sebutan cam omputih
    • air takde kat akademi. masa tu elliza kat toilet. nasib baik sempat basuh apa yang patut huhuh..
    • amylea citer dia & ekin yang paling takde masalah makan. belasah je makan apa je tapi takde masalah berat badan.
    • seblom kelas kul 2 abg asrul cakap, "eh marsha dah makan tak lagi? kang dia tu satu peel kang tak makan" hehe macam lepas marah je abg asrul nih
    • dalam kelas cikgu marlia, dia sengaja pisahkan mawi & felix untuk main 'catch me if u can' tu sebab mawi & felix tu macam kembar siam (pak lawak dalam kelas nanti sume orang pakat gelak je). bila fuad ganti idayu, turn felix pulak buat muka kelakar - jadik hantu juling pas tu lidah terjelir. bila turn felix ganti fuad, mawi jadik hantu sedih. diorang berdua tu memang gile sporting.
    • tujuan game 'catch me' tu adalah untuk sustain performance & expression muka masa nyanyi.

Segmen Menarik Diari Xtended

    • "semoga Tuhan selamatkan kau Kefli" kata M.Nasir bila dia bg lagu Mungkin to him [6 June (1200-1300)]
    • "paras, wajah, kecomelan" - ni M.Nasir kata aset yg Kefli(again!)ada yg org lain takde [6 June 1100-1200)]
    • Diary kat TV tu tak menunjukkan keadaan sebenar dlm akademi. For example, Aidil ni baik sebenarnya, Yazer pun baik. Girls mmg tak menonjol except for Marsha and Ekin and Elliza takle gedik sgt- dia mmg mcm tu- cheerful.
    • Reza naturally kelakar but camera tak suka sgt kat dia. Camera suka giler Mawi & Felix. They all tak buat apa2 pun camera cari. Kesian jugak org lain (tp kalau tak best nak buat mcm mana).
    • Felix and Mawi mmg kamceng giler esp. dlm kelas Marlia Musa.
    • I think Mawi refused to pegang tgn Marsha masa Menuju Puncak (ext.diary 8 June 1740-1840- betul2 kat hujung)- but after disuruh oleh cikgu EE (he shouted "pegang tgn Marsha") baru dia pegang.

Segmen Menarik dari Diari Xtended Housecam A 9/6/2005

    • cikgu AAH suh amylea bangun pagi esok terus feel sexy
    • aidil bitau linda dia still x dapat buat 110% untuk dance sebab fikiran dia mcm berkecamuk, risau takut tak dapat deliver up to teacher's expectations. linda cakap jangan discourage dengan apa yang cikgu2 selalu tegur, worry about himself not the teachers.
    • akhirnya mawi menari tak pakai jeket woohoo!!

Segmen Menarik dari Diari Xtended Housecam A 8 Jun 1840-1940

    • masa marsha nyanyi lagu 'pokok kelapa' tu tengah maghrib, so ada yang tgh semayang & take turn semayang
    • lepas tu ada adegan marsha sikat & ikatkan rambut amy sambil citer2 pasal drama korea 'autumn in my heart'. that's sweet. masa ni jugak felix main gitar soundtrack lagu citer tu.
    • marsha citer pasal tsunami ada kena kat kampung dia, tapi nasib baik umah dia atas bukit.
    • yazer & idayu menari & nyanyi lagu 'saturday night fever'. pas tu yazer nyanyi lagu 'januari' style rock. pas tu nyanyi lagu 'i never break your heart' pulak. idayu dok ngadap dia melayan.
    • reza dok layan kamus. then citer dengan ekin pasal tumbuhan yang menghasilkan perasa vanila. dia kata maksud nama 'ekin' ialah 'asyik', then fuad nyampuk kata maksudnya 'berahi' (amboi..)
    • fav ayat dari ekin, "ko ni suka buat iklan!"
    • idayu dok tanya ekin dengan akma ada tuala wanita tak. hohoho. bole pulak telepas bab ni. normal la kan, girls' talk.
    • fuad & aidil pulak nyanyi lagu omputih (tak ingat tajuk), sumbang habis. fuad kata dia tokleh forward suara sebab tengah serak. bagi alasan lagi.
ihsan setankuning dan lilinhitam

Entri oleh sultanmuzaffar 08 June 2005 0 komen

Diari Akademi Fantasia Minggu 02 Episod 05
Penaja datang lagi. Kali ini Abadi yang membawa mereka cekodok. Tahun lepas kita dapat saksikan Misha Omar menyuap cekodok ke dalam mulut Zahid. Kerana sedikit promosi tersebut, Abadi mengambil initiatif untuk mempromosikan produknya kepada penonton Akademi Fantasia. Abadi ialah jenama cekodok segera yang berada di pasaran. Tentu ada yang masih ingat, Abadi juga telah dipromosikan oleh Atie sewaktu membawakan lagu Wajah Rahsia Hati dari filem Gila-Gila Remaja. Kesalahan perkataan Abadi dan Gila-Gila Remaja sengaja dibuat untuk mengenang kembali kenangan bersama Atie di Akademi Fantasia I. Jangan ada yang cepat melatah pula !

Dengan bantuan Cikgu Marlia dan Cikgu Fatimah, setiap pelajar mempelajari cara-cara untuk memperbaiki elemen-elemen persembahan mereka. Mereka diajar tentang blocking. Setiap pelajar harus tahu posisi pemain dan kedudukan penonton. Penglihatan penonton tidak harus dihalang oleh mana-mana objek.

Elliza telah memberikan persembahan vokal yang agak baik. Nampak bertenaga. Cuma saya sedikit risau tentang stamina beliau. Lagu tersebut agak rancak dan dalam waktu yang sama perlu memberikan penghayatan untuk sketsanya pula.

Idayu cuba mendapatkan rentak lagu tersebut. Selain daripada itu, beliau turut cuba untuk menghayati lirik lagu tersebut dan menghayati mesejnya. Aidil membawakan lagu I Don’t Wanna Miss A Thing agak biasa sahaja. Masih belum menyerlahkan lagi terutama belum mencapai bahagian korus, maka tidak banyak yang boleh dinilai. Lagu tersebut sememangnya sebuah lagu yang agak sedih tetapi perlu disampaikan dengan penuh bangga. Pernah tonton filem Armageddon ? Tentu anda tahu jalan ceritanya bagaimana.

Vokal Akma kedengaran agak tidak kemas. Adakalanya kedengaran seperti penyanyi asal lagu tersebut. Akma perlu cuba mencipta lenggok tersendiri untuk lagu tersebut untuk mencantikkan lagi style nyanyiannya.

Fuad membawakan lagu Puteri agak baik. Kedengaran sedap lagu tersebut kerana vokal Fuad agak lembut berbanding vokal Zainal Abidin yang agak keras. Beliau telah membawakan lagu tersebut dengan lenggoknya sendiri pada beberapa bahagian. Ada kedengaran sedikit-sedikit seperti lenggok Zainal Abidin.

Lagu Sesalan oleh Amy agak membosankan. Ulangan melodi membuatkan lagu tersebut tidak menarik. Amy harus melakukan sesuatu untuk menjadikan lagu tersebut menarik. Amylea harus bijak menggunakan kelebihannya untuk membuatkan penonton menyukai lagu tersebut serta menonton persembahannya. Beliau perlu menambah ekspresi wajah kepada lagu tersebut.

Reza membawakan lagu Terhangat Di Pasaran secara serius. Cikgu Adnan menasihatkannya agar tidak terlalu serius membawakan lagu tersebut. Beliau harus mengikut melodi lagu tersebut dan enjoy dengan lagu tersebut. Kalau Reza dapat menghiburkan penonton dengan lagu tersebut tentunya M.Nasir akan puji lagi minggu depan.

Vokal Aidil agak lembut untuk lagu sebegini. Masih banyak yang perlu diperbaiki terutama dari aspek vokal. Beliau perlu melontarkan vokalnya dan mengeluarkan sepenuhnya vokal yang ada. Idayu menghadapi masalah sebutan. Tidak bera jelas. Lagu tersebut agak rancak dan jika boleh beliau harus menjelaskan sebutannya.

Vokal Yazer agak kasar tetapi masih tidak cukup sempurna. Lagu Sejati sekiranya mampu dibawakan dengan vokal yang sedap tentu membuatkan penonton terpesona. Nyanyian Ekin masih mendatar. Lagu tersebut perlu dinyanyikan dengan penuh penghayatan dan attitude. Lagu ini tidak menekankan persembahan vokal tetapi lebih menekankan aspek persembahan. Showmanship harus mantap untuk membuatkan penonton menyukai lagu ini.

Setelah dua hari berlalu, sememangnya saya merasakan agak tidak adil kepada Mawi dan Marsha apabila perlu mengejar rakan-rakannya yang lain dalam Kelas Tarian. Memang sukar untuk mengejar dan tentunya perasaan rendah diri itu akan wujud secara automatic. Mawi telah diibantu oleh Kefli untuk mendapatkan step lagu Menuju Puncak. Adakalanya pergerakan tarian Mawi macam seorang yang sedang bersilat. Sementara Marsha mencuba untuk mendapatkannya secara perseorangan.

Dalam satu ketika, Cikgu Linda telah memarahi Yazer kerana sedikit kesilapan yang telah beliau lakukan. Latihan terhenti. Saya harus puji sikap beliau kerana telah meminta maaf kepada rakan-rakannya yang lain.

Kunjungan Sham Kamikaze
Mata saya terus terpandang ke arah dua subang sebelah kiri telinganya yang agak besar dan tidak sesuai dengan bentuk mukanya. Memang menyerlah habis subang tersebut. Beliau telah menegur para pelajar tentang penyanyi latar mereka sewaktuu konsert minggu lepas. Nyanyian mereka semuanya ke laut dan telah karam beramai-ramai.

Sambil beliau bermain piano, Aidil telah membawakan lagu I Don’t Wanna Miss A Thing. Katanya tidak cukup jantan. Beliau harus lebih melontarkan vokalnya terutamanya di bahagian paling susah iaitu di bahagian korus. Mereka harus mendengar melodi lagu. Dapatkan struktur lagu dahulu sebelum menyanyi.

Persembahan tarian Felix agak menarik dengan dibantu oleh rakan-rakannya. Pada saya persembahan Felix sudah cukup dikawal dengan baik olehnya. Beliau tidak cuba untuk beraksi berlebihan. Beliau player yang bijak maintain character beliau di dalam Akademi Fantasia. Beliau tahu apa yang penonton mahu dan apa yang penonton tidak mahu. Sekiranya lagu Berjuta Batu itu mampu dibawakan oleh Felix dengan bagus, maka beliau telah lulus ujian vokal dan ujian persembahan sekaligus. Memang sukar untuk menari dan menyanyi dalam waktu yang sama.

Diari Akademi Fantasia Minggu 02 Episod 06
Setelah hampir dua minggu dilanda demam Akademi Fantasia, Diari malam ini merupakan diari paling happening untuk ditonton. Ada scene kena marah, ada scene sakit, ada scene lucu. Macam-macam ada.

Aidil telah mengalami cirit birit dan telah dihantar untuk rawatan di klinik berdekatan. Beliau mengadu kepada kamera yang telah berulang-alik ke tandas sejak jam 4 pagi dan harus ke tandas setiap 30 minit.

Teknik Persembahan Melalui Lukisan
Sewaktu Kelas Tarian, Cikgu Ee mengajar mereka dari aspek persembahan. Mereka telah menyiapkan lukisan cadangan persembahan yang ingin mereka persembahkan. Satu kaedah baru yang diterapkan di dalam Akademi agar setiap pergerakan dapat dirancang dengan baik. Ini antara kekurangan pada minggu lepas yang ingin dibaiki pada minggu ini.

Fuad membawakan lagu Puteri dengan gaya persembahan yang biasa pada saya. Pergerakannya masih kurang bertenaga walaupun cuba menyampaikan lirik lagu tersebut dengan baik. Ada penghayatan dalam ekspresi mukanya.

Kefli ingin membawakan lagunya secara berseorangan di atas pentas tanpa bantuan dari sesiapa. Beliau ingin menyerlahkan keupayaan vokal beliau sehabis yang boleh. Tumpuannya harus diberikan kepada vokal kerana itu kekurangan beliau. Memang lagu Mungkin agak sukar dan kecemerlangan vokal harus diutamakan.

Persembahan Yazer juga agak kreatif. Dengan menggunakan dua orang penari dan bermain gitar. Setidak-tidaknya sewaktu bridge lagu tersebut, boleh melakukan sesuatu.

Aidil pula mencadangkan untuk bermain dengan lampu dengan menggunakan kaedah siluet (bayang). Harap dapat dibuat dengan betul kerana pancaran lampu dari pentas menyebabkan silau di kamera dan imej yang terpancar di televisyen menjadi over-exposed. Manakala Reza menampilkan persembahan ala-ala muzik video Terhangat Di Pasaran KRU. Menariknya, beliau menggunakan Felix, Reza dan Yazer sebagai penari jemputan.

Mawi mempersembahkan lagunya secara berseorangan di atas pentas. Beliau harus mengurangkan menutup mata walaupun sewaktu dalam penghayatan. Lukisan dari Elliza agak kreatif. Elliza menampilkan Kefli dan Marsha sebagai pembantu dalam lagunya. Beliau seakan cuba mendapatkan feel yang sebenar tentang bagaimana bila kekasihnya diambil orang. Menggunakan Kefli. Hmmmmm. Menarik ! Elliza harus menjaga staminanya untuk lagu ini selain mengawal note rendahnya dengan baik.

Lagu Asmara oleh Amylea merupakan lagu yang evergreen. Sekiranya Amylea mampu membawakan lagu tersebut dengan baik tentu undiannya akan melonjak naik. Aura-aura seksi dan cheeky sudah ada pada Amylea. Beliau harus tahu menggunakannya. Nasihat Cikgu Marlia, Amylea harus memahami lirik lagu tersebut kerana tidak semua cinta itu indah. Ada juga cinta yang sengsara.

Marsha memberikan tumpuannya kepada persembahan vokalnya untuk lagu Ingin Bersamamu. Manakala Ekin menyampaikan lagu Joget Sayang Di Sayang dengan biasa. Beliau harus melebihkan aksi-aksi untuk menyampaikan lagi pantun-pantun dalam lagu tersebut. Cikgu Ee menasihatkan beliau agar mengeluarkan seluruh persembahannya dan bukan menyimpannya.

Begitu juga dengan Amy, harus lebih mengeluarkan lagi persembahannya untuk lebih all out dan tidak menyimpan separuh daripada persembahannya. Mereka harus dilatih seperti persembahan sebenar untuk membiasakan diri. Cikgu Marlia turut memperbetulkan posisi badan Amy.

Felix telah memberikan persembahan yang bersahaja. Cara pembawakan Felix nyata amat berlainan dengan pelajar-pelajar lain. Pergerakannya nampak natural. Beliau mula membuka dirinya untuk lebih menyerlahkan dirinya lagi kepada setiap aspek persembahan. Saya terhibur dengan gelagat beliau. Beliau harus melebihkan penghayatannya untuk lebih menghayati lagunya lagi.

Dalam Kelas Nada Suara oleh Cikgu Siti Hajar, pelajar diperingatkan tentang bagaimana sukarnya untuk mengajar mereka yang pandai menyanyi seperti mereka. Mereka sudah pandai menyanyi tetapi belum pandai teknik nyanyian yang betul. Itu lebih sukar untuk dibentuk. Sesetengah pelajar merasakan diri mereka sudah bagus dan tidak terbuka untuk menerima ajaran. Setiap kali diajar, mereka ikut, tetapi apabila membuat persembahan mereka terus mengikut cara mereka sendiri.

Penyanyi yang baik boleh meniru suara orang lain tetapi harus mempunyai identiti mereka yang tersendiri. Seperti menulis juga, sesiapa sahaja boleh menulis dan meniru tulisan penulis yang lain, tetapi yang membezakan mereka adalah identiti penulisan mereka.

Kelas Negaraku
Mereka dilatih oleh Cikgu Siti Hajar tentang alternate tone dan juga crescendo dengan menggunakan lagu Negaraku. Pelajar harus tahu kedudukan suara tersebut dihasilkan dan menggunakan teknik pernafasan yang betul. Ada yang sampai, ada yang tidak sampai. Ada yang mengeluarkan suaranya di tempat yang betul dan ada yang tidak betul. Ada Negaraku berbunyi balada, ada Negaraku berbunyi nasyid. Sakit perut aku gelak !

Setelah dihantar ke klinik berdekatan, Aidil telah diberikan ubat untuk sakit cirit birit yang dialami olehnya pagi tadi.

Fuad Kena Marah
Di penghujung rancangan ditayangkan klip latihan Felix. Rupanya bukan latihan Felix yang ditayangkan tetapi adegan Fuad dimarahi oleh Cikgu Ee. Menurut Cikgu Ee, Fuad agak malas dan banyak main di dalam kelasnya. Ini telah diperhatikan sejak hari pertama lagi di dalam Akademi. Apabila ditegur, ada sahaja alasannya. Dari mula pembelajaran sehingga sekarang masih tidak ada perubahan dan pencapaian yang diperolehi oleh Fuad. Beliau sekadar banyak bercakap tetapi kurang bekerja.

Seperti Anak Sedara yang menyorok di dalam longkang setelah dimarahi, Fuad juga menjauhkan dirinya di satu sudut di dalam dapur mungkin. Encik Hasrul menasihatkan beliau lagi agar menerima setiap teguran secara positif. Kalau tidak silap pendengaran saya, Fuad merasa agak tertekan kerana adegan marah tersebut akan ditonton oleh emaknya. Apa jenis alasan ini ? Kalau tidak mahu ianya ditonton, jangannlah masuk Akademi Fantasia. Fuad harus menjadikan setiap teguran dari seorang cikgu secara positif. Cikgu menegurnya dengan niat ingin melihat beliau berubah dan tidak main-main. Inilah antara pengalaman yang beliau dapati di dalam Akademi.

Astro.TV
Anda boleh melihat mereka, tetapi tidak sebaliknya ! Saksikan karenah pelajar di dalam Akademi. Saksikan mereka di dalam Diari Xtended, siaran Diari Akademi selama lebih 4 jam dari siaran biasa sehari.

Segmen Menarik dari Diari Xtended 6 Jun (1300-1400)
* masa diorang makan tengari, mawi & reza dok sibuk prektis lagu (rajin mereka ini)
* linda cakap kefli tak suka pompuan? apa??? hehee..
* praap yang kefli dok cakap tu maksudnya tengah geram
* fuad dok bincang2 ngan cikgu ee & linda pasal performance. geram plak aku dengan mamat ni. dok debat pasal rapping pas tu macam tak nak terima pendapat cikgu2 (pada pandangan aku la)
* elliza risau takut gemuk. dia mintak advice kat cikgu linda cemana nak kurus. cikgu linda kata jangan makan nasik malam seblom tido.
* marsha dok ajuk mawi menari macam batang kayu masa diorang nyanyi lagu seribu impian kat konsert MSH
* felix kata kat marsha, "bapak kau mesti gembira kau dapat masuk akademi" (how sweet!)
* ada member2 cikgu ee call after konsert 1, komen pasal expression muka tak kena dengan lagu (contohnya aidil)
* felix kata elliza pandai menari
* marsha kata idayu & elliza nyanyi sedap masa kat konsert, tapi kat tv bunyi macam tak berapa sedap
* masa cikgu linda & ee nak balik, elliza terus gi kat dia salam, pas tu baru la budak2 lain follow (wah, bagus sopan budak ni ye)
* felix nyanyi lagu 'beribu batu' sambil main gitar. best gilak!
* mawi nyanyi lagu hattan kejap ada gaya rock, kejap ada bunyi nasyid
* fokus kat marsha nyanyi full lagu 'ingin bersamamu'. sedap gak walopun tengah batuk2.


Segmen Menarik dari Diari Xtended 9 Jun 0900 - 1000
* mawi, marsha, ekin & idayu kena gi medical check up (atau medical check it out kata reza), so diorang tak breakfast. idayu kena check air kencing lagi sbb tu dia kena ikut.
* reza kata kalo telinga tiba2 berdesing tandanya ada malaikat jentik tak bagi tengok benda2 yg x elok
* abg asrul suh marsha blajo puasa nanti senang kalo nak kawin dengan org islam huhu
* dalam kelas cikgu ee ada senaman taichi. ada sekali tu mawi kena lead. mawi buat style silat, habis satu kelas kena ikut bersilat hahaha.. yang felix pulak buat gaya orang utan. fuad gaya berenang.
* orang pertama aku nampak pusatnya : AMY!!!
* masa prektis persembahan ekin, diorang sume blaja menari joget. amylea took the initiative to learn more. tapi fuad dok main lompat2 pas tu kena marah ngan cikgu ee (padan muko).
* cikgu ee ajar felix cemana nak gatal2 kaco pompuan, tapi felix buat muka geram nengok pompuan macam nengok KFC hahaha
* idayu prektis lagu superstar. not bad. cuma kurang style lagi.


Lawak Menarik dari Diari Xtended 8 Jun 0900 - 1000
si fuad tanya cikgu adnan, "cikgu, apa jadik kat BPR skang ni?". cikgu adnan buat muka tak paham.
fuad tanya lagi, "cikgu BPR kan dulu kan?"
cikgu adnan pun jawab "eh takde lah, mana pulak. yang BPR tu awang. ko ingat aku awang ke?"
fuad buat muka toye. "eh ye ke..BPR tu macamana?"
cikgu adnan gelakkan fuad, "tanya pulak BPR tu cemana"
fuad dah malu, "eh salah orang la"


ihsan dari setankuning