Saya pernah menonton Akademi Fantasia versi asal dari Mexico yang pernah melakukan yang sama. Bukan sekadar membetulkan gigi malah melakukan pembedahan plastik demi untuk mencantikkan wajah pelajar mereka.
Kerjaya yang pelajar-pelajar ini pilih iaitu sebagai artis memerlukan mereka kelihatan cantik. Tiada gunanya memenangi hadiah wang tunai bernilai 1 juta ringgit tetapi tidak menggunakannya ke saluran yang terbaik demi memastikan perjalanan karier seseorang artis lebih lancar. Apabila pihak Livingwell sudi membantu pastinya pihak Akademi Fantasia dengan tangan terbuka akan menerimanya.
Tindakan itu dilakukan semata-mata untuk mengubah penampilan mereka. Sepatutnya tidak timbul soal tidak bersyukur kepada Tuhan kerana mana tahu dengan penampilan terbaru mereka akan lebih bersyukur kepada Tuhan apabila rezeki mereka mencurah-curah di masa akan datang.
Ia sepatutnya dibuat lebih awal kerana ditakuti akan mengganggu persembahan pelajar namun kerana kos yang dikeluarkan berbaloi, kesakitan itu hilang. Orang kata kalau ada duit, semuanya boleh dilakukan dengan perkembangan teknologi yang ada sekarang.
Cuma jangan tersilap ubah atau pun melakukan perubahan yang keterlaluan. Kita sendiri sudah banyak melihat kesannya kepada artis masa kini. Ada yang ubah bentuk hidung (ehem), bedah mata, cucuk Botox untuk menegangkan kulit dan macam-macam lagi sehingga perubahannya sangat ketara sehingga tidak kena gaya seperti meletak bumper BMW pada kereta Proton.
Teknologi sekarang macam-macam boleh buat. Ada LASIK untuk mata, pelbagai teknologi untuk gigi dan macam-macam lagi. Cuma jangan salah guna, kelak merosakkan wajah sendiri. Namun saya puji keputusan yang dibuat oleh Fakulti terhadap Aishah dan Claudia yang dibuat semata-mata untuk kebaikan penampilan mereka.
Syabas !
PELAJAR LELAKI
HAFIZ - Pak Belalang (Kristal)
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded)
QHAUD - Seruan (Lefthanded)
AKIM - Aurora (Estranged)
ARIL - Yang Pernah (Estranged)
PELAJAR WANITA
CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal)
AISHAH - Segi Tiga (Cokelat)
ISMA – Salah (Cokelat)
LAGU BONUS
I Want To Break Free (Queen)
What I've Done (Linkin Park)
Teater arahan aktivis teater Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi itu menerima pencalonan dalam kategori Pengarah Terbaik, Penataan Cahaya Terbaik (Loh Kok Man), Rekaan Set Terbaik (Melissa Teoh), Muzik dan Audio Terbaik (WASP Studios), Kostum Terbaik (Shegar), Pelakon Utama Terbaik (Amerul Affendi), Pelakon Pembantu Terbaik (Ryan Lee Bhaskaran) dan Skrip Asal Bahasa Malaysia Terbaik (Shanon Shah).
Teater itu mengisahkan tentang pelajar sebuah sekolah elit, Sekolah Menengah Sultan Ahmad Tajuddin Mukarran Shah iaitu Chep (Amerul Affendi) dan Burn (Zahiril Adzim) yang juga merupakan pelajar terbaik di sekolah tersebut. Burn, anak emas sekolah itu bersahabat baik dengan Chep seorang pelajar senior yang digeruni pelajar lain baik di sekolahnya mahu pun di padang hoki.
Sekolah itu yang dihormati kerana pencapaian akademik serta rekod sukan yang cemerlang digemparkan dengan penemuan mayat seorang pelacur di trek keretapi berdekatan sekolah itu sekaligus membongkar dunia buli, jenayah seks dan keganasan yang berlaku di sekolah tersebut.
Dua sahabat baik, William dan Asif berhadapan dengan pelbagai laluan sukar menempuh alam remaja dipaksa untuk berhadapan dengan kesan akibat pembunuhan tersebut. Namun siapakah yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan itu ?
Subteks teater itu sangat menarik untuk ditelah dan diterjemah. Dalam situasi politik yang semakin memuncak konfliknya, teater ini melihat kelompok kecil permasalahan remaja di sekolah dan mengingatkan kita agar tidak lupa apa yang berlaku di sekitar negara kita sendiri.
Air Con mencabar dan menyiasat budaya hipokrasi yang sering menjadikan remaja sebagai kambing hitam di waktu-waktu genting. Ditulis oleh Shanon Shah, juga pemenang anugerah Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Album AIM dan diarahkan oleh Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi, teater ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Dara Othman, Firdaus Che Yahaya, Hazarul Hasnain, Nick Davis, Ryan Lee Baskaran dan Zahiril Adzim (Kami The Movie) serta dibantu oleh Nam Ron (aktivis teater terkenal), Chew Kin Wah dan Naa' Murad.
Saya berpeluang menyaksikan sesi latihan teater ini minggu lalu dan pastinya tidak sabar untuk menontonnya buat kali yang ke entah berapa kali. Ulasan {SPOILER ALERT} pementasan musim pertama {SPOILER ALERT} telah pun saya tulis di blog ini. Jika anda berhasrat untuk menonton teater ini, pastikan anda membeli tiket dengan segara.
Teater ini akan dipentaskan mulai 15 hingga 19 April 2009 pada pukul 8.30 malam (Khamis hingga Sabtu) dan persembahan petang pada pukul 3 petang (Sabtu dan Ahad).
Tiket berharga RM47 dan RM27 untuk pelajar dan warga emas dengan ID)
Namun demikian, persembahan pada 19 April merupakan Malam Persembahan Amal yang mana tiket menyaksikan pementasan itu boleh dibeli dengan derma minima RM100. Sila hubungi 017-871 6802 untuk maklumat lanjut.
Sepanjang saya mengenali personaliti-personaliti yang dilahirkan dan dibentuk oleh Astro, tidak pernah saya mendengar mereka melupakan asal-usul mereka. Begitu juga yang saya harapkan dilakukan oleh Nabil. Mentor saya di Astro AWANI iaitu Suhaimi Sulaiman dan juga mentor hiburan saya di Astro iaitu Aznil Haji Nawawi pastinya tidak pernah melupakan dari mana asal-usul mereka.
Astro bijak melahirkan tetapi bagaimana dengan usaha membentuk bakat dan personaliti yang dilahirkan ? Tiga daripada calon teratas dalam kategori Bintang Paling Popular dilahirkan atau pun dibentuk menerusi Astro. Ini bermakna sebanyak 201,468 undian pembaca daripada 242,928 undian pembaca adalah untuk personaliti yang dilahirkan atau pun dibentuk menerusi Astro. Pembaca Berita Harian tersebut yakin dengan produk yang dilahirkan atau pun dibentuk menerusi Astro walaupun cerita yang tersiar tidaklah semuanya yang manis.
Jumlah Undian Bintang Paling Popular 2008
1-NABIL 127,524
2-MAWI 55,080
3-DATO SITI NURHALIZA 29,676
5-AZNIL NAWAWI 18,864
4-MEET UNCLE HUSSEIN 11,784
Apakah langkah seterusnya yang harus difikirkan selepas mereka ini dilahirkan ? Sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk membesarkan seorang bayi, apatah lagi membentuk mereka untuk terus mengekalkan apa yang mereka miliki sekarang.
Jika tidak dididik atau pun dijaga dengan betul, tidak mustahil akan ada yang beralih arah. Bukan sesuatu yang mustahil kerana pemenang bagi beberapa kategori seperti pengacaraan televisyen dan perantara radio telah membuktikannya.
Kita pernah menguasai televisyen dan radio tetapi sejak setahun dua yang lalu, kita telah gagal untuk mengekalkan populariti itu di radio. Jika tidak dikawal dengan baik, pasti satu hari nanti kita juga akan terlepas genggaman kuasa di bidang televisyen.
Akademi Fantasia masih kekal relevan dan buktinya Juara AF musim keenam memenangi kategori Artis Baru Wanita Popular, walaupun tewas dalam kategori Penyanyi Wanita Popular yang terus didominasi oleh Datuk Siti Nurhaliza untuk kali kedua belas berturut-turut.
Bersediakah kita untuk membentuk jalan personaliti yang ada ke arah jalan yang lebih terancang perjalanannya ? Atau bersediakah kita untuk melihat mereka memilih jalan sendiri ? Lahir dan bentuk lebih baik dari lahir dan abai.
Senarai Pemenang ABP 2008
Bintang Paling Popular - Nabil
Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular - Mawi
Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza
Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor
Pelakon TV Wanita Popular - Dynas
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussein
Artis Nasyid Popular - Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil
Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Nabil
Artis Baru Wanita Popular - Stacy
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah
Soalan Yang Perlu Dijawab
Persembahan Pelajar
LAGU BONUS - Lucky (Jason Mraz/ Colbie Caillat)
ISMA & Zul – Kau Mawarku (Datuk Siti Nurhaliza/ 2 By 2)
Vokal : Tiada peningkatan, jauh berbeza dengan persembahan minggu ketiga & keempat.
Penghayatan : Ada peningkatan yang ketara. Lihat saja pada mata Prinsipal.
Pergerakan: Setara dengan persembahan minggu lalu.
Elemen Hiburan : Sangat besar apabila digandingkan bersama suaminya, Zul 2 By 2.
AKIM & Farah – Jika Kau Tiada (Yusry/ Erra Fazira)
Vokal : Tiada peningkatan, persembahan minggu keempat lebih baik. Graf prestasi Akim agak turun naik.
Penghayatan : Agak setara penghayatannya dari minggu keempat, nampak bersungguh-suungguh.
Pergerakan : Menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.
Elemen Hiburan : Chemistry pasangan ini menjadi elemen hiburan selain tarian Akim yang melucukan.
QHAUD & Heliza - Di Bius Cinta (Yusry/ Melly Goeslow)
Vokal : Tiada peningkatan sejak minggu kedua.
Penghayatan : Tiada peningkatan sejak minggu kedua.
Tarian : Tiada peningkatan sejak minggu kedua.
Elemen Hiburan : Menonton mereka bertanding dalam "Pertandingan Siapa Penyumbang Paling Hebat" sangat menyeronokkan.
HAFIZ & Mila – Terlanjur Cinta ( Rossa/ Pasha/ Ungu)
Vokal : Ada peningkatan sejak minggu keempat dan agak konsisten
Penghayatan : Ada peningkatan sejak minggu kedua.
Pergerakan : Ada peningkatan ketara sejak minggu keempat.
Elemen Hiburan : Elemen drama dalam persembahan mereka sangat baik.
CLAUDIA & Vince – Kau Muzik Di Hatiku (Jaclyn Victor/ Vincent Chong)
Vokal : Semakin menunjukkan peningkatan dan agak konsisten setiap minggu.
Penghayatan : Ada peningkatan ketara dalam persembahan minggu kelima.
Pergerakan : Ada peningkatan ketara dan agak selesa di atas pentas.
Elemen Hiburan : Gandingan pasangan ini di atas pentas sungguh menghiburkan.
AISHAH & Alif Aziz – Dua Hati Jadi Satu (Dafi/ Gita Gutawa)
Vokal : Menunjukkan peningkatan yang baik dan Aishah sesuai dengan lagu-lagu sebegini.
Penghayatan : Ada peningkatan yang besar sejak minggu keempat.
Pergerakan : Ada menunjukkan peningkatan yang ketara sejak minggu kedua apabila Aishah nampak selesa di atas pentas.
Elemen Hiburan : Chemistry pasangan ini sangat baik lebih-lebih lagi mereka tidak pernah berlatih bersama.
YAZID & Yazer – Terharu (Jamal Abdillah/ Mawi)
Vokal : Tiada peningkatan sejak minggu pertama. Agak terumbang-ambing graf prestasi Yazid.
Penghayatan : Ada sedikit peningkatan dan hasilnya Yazid tidak kekok di atas pentas.
Pergerakan : Ada peningkatan dan semakin selesa di pentas.
Elemen Hiburan : Yazer menjadi penyelamat persembahan ini dengan aksi bersahaja dan bertenaganya di atas pentas.
ARIL & Marsha – Aku Dan Dirimu (Ari Lasso/ Bunga Cinta Lestari)
Vokal : Ada peningkatan yang besar sejak minggu keempat.
Penghayatan : Ada peningkatan yang ketara sejak minggu keempat.
Pergerakan : Semakin menunjukkan peningkatan yang besar.
Elemen Hiburan : Lakonan mereka di atas pentas berjaya menghidupkan nyanyian pasangan duet ini.
SIDI & Zahid – Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense/ Tirta Feat. Noe Letto)
Vokal : Ada sedikit peningkatan sejak minggu kedua tetapi sudah terlewat.
Penghayatan : Tiada menunjukkan peningkatan sejak minggu kedua, masih sama.
Pergerakan : Tiada menunjukkan peningkatan sejak minggu ketiga.
Elemen Hiburan : Tiada elemen hiburan dalam persembahan mereka kecuali jenaka Zahid selepas persembahan.
Menuju Puncak
Penyingkiran Sidi
Pilihan Transformasi sultanmuzaffar
CLAUDIA & Vince – Kau Muzik Di Hatiku (Jaclyn Victor/ Vincent Chong)
HAFIZ & Mila – Terlanjur Cinta ( Rossa/ Pasha/ Ungu)
AISHAH & Alif Aziz – Dua Hati Jadi Satu (Dafi/ Gita Gutawa)
ISMA & Zul – Kau Mawarku (Datuk Siti Nurhaliza/ 2 By 2)
LAGU BONUS - Lucky (Jason Mraz/ Colbie Caillat)
ARIL & Marsha – Aku Dan Dirimu (Ari Lasso/ Bunga Cinta Lestari)
AKIM & Farah – Jika Kau Tiada (Yusry/ Erra Fazira)
YAZID & Yazer – Terharu (Jamal Abdillah/ Mawi)
SIDI & Zahid – Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense/ Tirta Feat. Noe Letto)
QHAUD & Heliza - Di Bius Cinta (Yusry/ Melly Goeslow)
Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:
PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 25
YAZID - 22
HAFIZ – 12
CLAUDIA - 8
AKIM - 8
ARIL - 7
AISHAH - 7
SIDI - 6
QHAUD - 5
Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 18
HAFIZ - 17
YAZID – 15
AKIM – 10
AISHAH – 10
CLAUDIA - 9
ARIL – 9
QHAUD - 8
SIDI - 5
Ulasan Blog :
Klubbkidd
Saniboey
Ajami
























