Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 04 September 2003 0 komen

AGE – NGO Seni
Artikel ini tersiar di dalam majalah Siasah

AGEAGE Terangkan Kenapa Didaftarkan

Kumpulan Akar Gita Estetika atau dengan ringkasnya, AGE ialah satu kumpulan seni yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Persatuan. Persoalannya, perlukah sebuah kumpulan seni bergerak sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO).

Menurut Yang di Pertua, Azli Mohamed, pergerakan seni yang dilakukan secara formal ini untuk mendapatkan dana bagi memperjuangkan seni sekumpulan belia yang mempunyai matlamat serumpun. Dengan mempunyai perhubungan rapat dengan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan dengan seni terutama sekali Kementerian kebudayaan dan Rakan Muda, AGE layak untuk memohon alokasi dana untuk menggerakkan aktiviti mereka.

Orang awam mungkin tidak tahu bahawa pihak kerajaan ada memperuntukkan dana bagi tujuan memperkembangkan seni di negara ini. “Tapi, kita mesti mengikuti syarat yang ditetapkan”, jelas Azli lagi.

Menurut AGE, penghalang besar yang dihadapi oleh aktiviti mereka ialah dana. Mereka berpendapat sekiranya tertubuhnya secara formal kumpulan seni ini, maka pelabur-pelabur akan lebih yakin dengan pergerakan kumpulan ini.

Selain daripada itu, memandangkan ahli-ahlinya terdiri daripada mereka yang dari pelbagai latarbelakang pendidikan, maka kemahiran pengurusan dan pentadbiran akan diterapkan dalam organisasi baru ini sungguh pun ianya tidak berkaitan dengan keuntungan.

Oleh yang demikian, dengan mempunyai sebuah jawatankuasa mantap, urusan kewangan, pentadbiran artis, perjalanan program, corak persembahan dapat diuruskan dengan lebih teratur. Walau pun demikian, penerimaan ide masih lagi diamalkan secara demokratik yakni dengan mengambilkira ide-ide ahli terlibat. Hanya pentadbirannya sahaja lebih bersifat formal.

Apabila Siasah membuat perbandingan dengan kumpulan-kumpulan seni terutama sekali kumpulan seni teater yang tidak didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan, Azli tidak menafikannya dan mengaku ada sesetengah kumpulan itu berjaya mendapat tempat di kalangan pencinta seni. Tetapi, menurut Azli, kumpulan-kumpulan tersebut sudah mempunyai “followers” (pengikut) yang tersendiri.

Lain dengan persekitaran yang berlaku dalam AGE, kumpulan ini bermula dengan sekumpulan rakan-rakan rapat yang mempunyai bakat dan cara berfikiran yang serupa. Mungkin terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti dari kehidupan kampus dahulu. Untuk menyambung dan megekalkan pertalian antara mereka, maka mereka bersetuju untuk mewujudkan satu persatuan yang formal dan memanggil rakan-rakan lain untuk menyertai mereka.

Bermulanya AGE sebagai sebuah organisasi berdaftar

APuke
Bercakap tentang sejarah penubuhannya, Naib Yang diPertua, sultanmuzaffar menceritakan ianya bermula apabila dia bersama rakan-rakan rapat yang lain yang mempunyai minat yang mendalam dalam seni teater berniat untuk bertanding dalam Pekan Teater yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan tahun ini.

Selepas memanggil rakan-rakan lain yang sudah bekerja dalam pelbagai organisasi, mereka bercadang untuk bertemu kembali dan bergiat aktif dalam seni teater. Justeru, tertubuhlah sebuah kumpulan teater. Beberapa siri perbincangan telah dijalankan sehinggalah mereka bersetuju untuk mendaftarkannya dengan Pendaftar Pertubuhan.

Menurut sultanmuzaffar, dengan pelbagai latar belakang dan tidak mensisihkan rakan-rakan yang minat dalam seni yang tidak berkait dengan teater menjerumuskan beliau dan rakan-rakan lain menubuhkan sebuah persatuan.

Kata sultanmuzaffar lagi, dengan mempunyai pelbagai latar belakang seni, akan memantapkan lagi sesebuah pertubuhan itu dengan berkongsi ide dan pengalaman serta bakat yang ada. Keputusan sesebuah persembahan akan menjadi lebih berkesan.

Menurut Setiausahanya, Faizah Zakaria, keahlian meningkat dari masa ke semasa hanya melalui ajakan rakan. “Mungkin mereka bersetuju dengan matlamat persatuan ini untuk mengiktiraf setiap ide kapada program yang kami sertai.

Dalam perlembagaan AGE yang telah diluluskan, umur penyertaan sebagai ahli ialah 16 tahun. Sungguh pun demikian, umur purata ahli yang seramai 80 itu ialah sekitar 24 tahun.

Mereka yang menyertai AGE tidak mempunyai latar belakang seni secara formal. Hanya berbekalkan bakat dan pengalaman dari persembahan-persembahan yang mereka pernah sertai.

“Ini yang menariknya mengenai AGE. Kami tidak mempunyai sekatan dan menerima pelbagai cadangan dari setiap ahli. Setiap program yang disertai akan dibawa berbincang sebelum ianya dilakukan.

Cuma apa yang dilihat terkilan dalam pertubuhan ini ialah kurangnya penglibatan daripada golongan bukan Melayu. Kemungkinan pertubuhan ini perlu menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat dari kalangan bukan Melayu.

Unit dalam AGE

fete de la musique
Terdapat 3 unit yang bergerak di bawah AGE, teater, tarian dan musik. Setiap unit mempunyai ketua masing-masing bagi menguruskan kegiatan mereka. Namun, setiap ahli tidak tertakluk untuk mendaftarkan diri dalam unit yang mereka minati.

“Ini akan menyekat bakat seseorang itu”, terang Noor Akmal selaku ketua unit teater.

Seseorang ahli mungkin mahir dalam sesuatu bidang, misalnya teater tetapi kurang dalam bidang yang lain seperti tarian.

Hani yang merupakan ketua unit tarian. Hani berpendapat tarian penting dalam sesuatu persembahan kerana tarian memberi satu bahasa universal kepada para penonton. Justeru itu, jawatankuasa peringkat tertinggi bersetuju untuk mewujudkan satu unit khas dalam persatuan iaitu unit tarian.

Hani berkata tarian tidak hanya tertakuluk kepada persembahan sekumpulan penari yang mengiringi nyanyian bahkan unit ini bertanggungjawab untuk memantapkan lenggok persembahan muzik sekiranya diperlukan. Dengan kata lain, unit ini bertindak sebagai koreografer kepada unit-unit lain dalam AGE.

Aktiviti sulung AGE

TeaterAGE pada mulanya ditubuhkan apabila sekumpulan rakan peminat seni ingin mengambil bahagian dalam pertandingan Pekan Teater anjuran Kementerian Kesenian dan Pelancongan pada 26 hingga 30 April 2003 di Matic, Jalan Ampang.

AGE telah diberi skrip tulisan Tan Sri A. Samad Ismail yang diadaptasikan oleh Johan Jaaffar. AGE menganggap skrip tersebut amat mencabar kerana mesej yang perlu disampaikan amat berat untuk terapan penonton.

Rumah Kedai Jalan Seladang mengisahkan tentang Leman seorang wartawan yang naive tentang keadaan sewaktu zaman perang Jepun. Leman dipandang tinggi oleh penduduk tempatan dan diharap dapat membantu memerdekakan Malaya serta memperjuangkan nasib penduduk kampung. Leman dikelilingi dengan manusia pelbagai ragam sewaktu zaman itu. Leman menjadi pendengar yang setia dah cuba memahami setiap permasalahan yang melanda ketika itu. Untuk hidup, orang tempatan menjadi pelacur, penari kabaret dan sebagainya untuk sesuap nasi.

Sebagai sebuah kumpulan baru yang bertapak secara serius dalam seni teater, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki terutama sekali dalam segi penyampaian yang belum begitu mantap. Babak kabaret yang dipertontonkan masih lagi tidak menunjukkan keadaan kelab malam. Malah, peranan penari-penari kabaret juga tidak cukup “sundal”.

Tetapi, menurut Penerbit teater Rumah Kedai di Jalan Seladang, Musruhaizi Ayu bt Mustapar Kamal, memang terdapat banyak kekurangan dalam aspek persembahan. Namun, sebagai kumpulan amatur dan kali pertama bertanding dalam pekan Teater, piala Kumpulan Harapan ialah sebuah kejayaan.

“Ini bermakna industri teater tanahair telah meletakkan harapan kepada kumpulan kami”, jelas Mus.

Trofi tersebut menjadi pemangkin kepada ahli-ahli persatuan lain supaya melibatkan diri dalam banyak lagi aktiviti persembahan.

“Pengalaman pertama 2003 Pekan Teater akan menjadi pengalaman kami”, kata Akmal selaku Penolong Pengarah.

“Kepuasan kami ialah dengan melibatkan diri dalam apa jua persembahan”, kata Yang diPertuanya sebagai mengakhiri temuramah.

Entri oleh sultanmuzaffar 03 September 2003 0 komen

Teater

Mimpi Tuanku
Tarikh : 3 - 5 September 2003
Tempat : Auditorium Jabatan Muzium & Antikuiti
Jalan Bangsar, Kuala Lumpur
Jam : 8.30 malam
Masuk percuma
Telefon 03-22826255 sambungan 313/325.

Mimpi Tuanku imbas nolstalgia Hang Tuah
oleh Berita Harian, 3 September 2003

PERSEMBAHAN teater Mimpi Tuanku selama tiga hari, bermula malam ini mampu membuka satu lagi tafsiran baru berkaitan legenda sejarah peminangan Puteri Gunung Ledang, sejauh mana kekuatan Hang Tuah dan apa kelebihan Sultan Mahmud.

Malah, ia juga memberi satu lagi pemahaman bahawa insiden antara Hang Tuah dengan Tun Mamat ketika dalam perjalanan ke Gunung Ledang mungkin berpunca daripada perebutan jawatan Laksamana Melaka atau mungkin sekadar gimik memperdaya Sultan Melaka.

Meskipun disampaikan secara komedi dan ringan olahannya tetapi ia begitu menarik berdasarkan pratontonnya minggu lalu. Teater berdasarkan skrip dan arahan Lokman Abdul Ghani ini mengajak penonton berfikir sejenak mengapa idea peminangan Puteri Gunung Ledang ketika zaman Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka boleh menjadi satu isu besar dalam Sejarah Melayu dan terus diperkatakan hingga generasi sekarang.

Sesuai dengan suasana sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, teater ini juga mampu mengangkat kisah sejarah silam yang harus direnung kembali dan dinilai semula betapa Melayu yang dulunya teguh dan bersatu kenapa tiba-tiba boleh musnah hingga tanah air sendiri ditawan penjajah selama hampir 450 tahun.

Penampilan Jalaludin Hassan sebagai Sultan Mahmud begitu mencuit hati kerana inilah kali pertama pelakon berkarakter itu tampil dengan imej lelaki lembut tetapi tegas. Gaya lembutnya ada mirip seperti pondan tetapi dia masih kelihatan sebagai lelaki sejati yang terpikat pada isteri Tun Mamat dan digantikan pula menerusi hasratnya untuk memperisterikan Puteri Gunung Ledang.

Tun Mamat bijak membuat helah supaya isterinya tidak diambil oleh Sultan Melaka yang terpesona dengan kecantikan gadis dalam mimpinya kerana dikatakan mirip wajah isteri Tun Mamat.

Selain Jalaludin, turut beraksi dalam Mimpi Tuanku ialah Abon, Khairil Anwar, Mohd Saufi, Megat Samsul Kamal, Mokhtar Harun, Amir Mohd, Aishah Atan, Suriati Baharom, Rena Tan dan Wan Sofi Megat Ahmad. Ia dianjurkan Pujangga Kreatif Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Muzium & Antikuiti Malaysia.

Kisah Mimpi Tuanku bermula dengan mimpi seorang pengawal keselamatan yang bekerja di pusat simpanan barangan purba. Pak Saad bermimpi kisah sejarah yang berkait dengan Hang Tuah, Sultan Melaka, Bendahara dan Tun Mamat.

Persoalan timbul apabila Tun Mamat yang seangkatan dengan anak Laksamana Hang Tuah boleh ‘mempermainkan’ tokoh itu. Teater ini bernada sinis dan penuh unsur sindiran dengan lawak jenaka yang ada kaitan dengan suasana semasa.

Sesuai dengan bentuk komedi, teater itu mampu membuatkan penonton terhibur sepanjang pementasannya terutama menerusi dialog melucukan.

Pementasan teater itu bersempena ulang tahun ke-40 penubuhan Muzium Negara. Selain teater Mimpi Tuanku, acara lain yang turut diisi sejak 31 Ogos lalu ialah majlis tahlil, pelancaran rasmi pameran, tarian Ulik Mayang, klasik Cina, sewang, bhangra, wayang kulit, forum, barongan, kuda kepang, Malaysia Truly Asia dan makyung.

Entri oleh sultanmuzaffar 02 September 2003 0 komen

Video Konsert Reunion

aznil i
aznil ii

::akan online sehingga jam 5.00 petang sahaja::

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Merdekakah Kita ?

Saya jarang membeli majalah berunsur hiburan seperti URTV, Media Hiburan, lebih-lebih lagi Mangga. Hati saya tergerak untuk membeli Media Hiburan keluaran 23-29 Ogos 2003 kerana di muka hadapan terpampang gambar Burn, Nana, Vince, Liza, Rosma dan Khai, bekas pelajar Akademi Fantasia. Begitu hebat kesan penangan Akademi Fantasia terhadap saya.

Membaca cerita muka hadapan agak memualkan kerana yang disiarkan adalah tentang gossip percintaan mereka. Saya lebih tertarik untuk membaca artikel tulisan Aniff Ghani bertajuk Air Mata Selubungi Kemuncak Konsert Akademi Fantasia di muka surat 66-69.

Dari satu perenggan ke satu perenggan saya baca dengan tekun. Membaca perenggan kedua, terus saya tergamam kerana kenal benar dengan isi tulisan tersebut. Perenggan kedua, ketiga, keempat dan kelima jelas memplagiat tulisan saya yang telah tersiar di weblog sultanmuzaffar. Berikut saya siarkan perenggan yang telah diplagiat oleh mereka.

Komen Keseluruhan Kemuncak Konsert
Sebagai sebuah rancangan yang baru setahun jagung umurnya, penggunaan muzik live dengan diiringi oleh band pimpinan Aubrey Suwito merupakan idea yang amat baik dan satu langkah berani yang diambil oleh ASTRO Ria. Penggunaan muzik iringan live memerlukan latihan yang banyak dan secara keseluruhan persembahan malam tersebut amat berjaya tanpa apa-apa kesilapan di bahagian muzik. Namun demikian, oleh kerana dewan yang agak besar, penggunaan kamera yang banyak menyebabkan suntingan online kamera menjadi kelam-kabut. Shot yang diambil terlalu pantas berubah menyebabkan interaksi pelajar dengan kamera tidak menjadi. Belum sempat pun hendak memandang kamera, shot telah berubah. Berbeza dengan suntingan online kamera pada Konsert 1 hingga 8 yang mana shot kamera lebih baik dan teratur. Lebih mengecewakan lebih banyak angle jauh yang diambil dan mengetepikan angle close-up. Penaja pakaian yang terbaik sejak sepanjang Konsert Akademi Fantasia diadakan. Pelajar diberikan pakaian yang amat bersesuaian dengan imej masing-masing. Termasuklah Nana yang berpeluang untuk memakai pakaian yang benar-benar menyerlahkan ciri-ciri elegan beliau. Sewaktu keputusan diumumkan, Aznil selaku pengacara nampak sengaja melewat-lewatkan keputusan adalah sesuatu yang saya sifatkan sebaga tidak wajar. Unsur debaran beliau nampak dibuat-buat. Lebih menyedihkan apabila 2 Finalis iaitu Nija dan Liza yang tidak berjaya memenangi apa-apa tempat seakan-akan dipinggirkan. Sepatutnya pihak ASTRO mendahulukan cenderamata saguhati kepada semua pelajar dan kemudian baru diumumkan tiga tempat teratas. Sejambak bunga untuk mereka sudah cukup memadai jika mahu dibandingkan berjuta-juta SMS yang diterima setiap minggu. Idea untuk mendermakan sebahagian daripada keuntungan SMS kepada badan kebajikan adalah satu usaha murni yang wajar dicontohi oleh semua pihak swasta. Sekurang-kurangnya pihak ASTRO Ria masih mengingati mereka yang memerlukan bantuan dan rancangan ini tidak hanya bertujuan untuk mengaut keuntungan. Tahniah !

Keratan Artikel Media Hiburan
Perenggan yang diplagiat:-
1. Penggunaan muzik iringan live memerlukan latihan yang banyak dan secara keseluruhan persembahan malam tersebut amat berjaya tanpa apa-apa kesilapan di bahagian muzik.
2. Namun demikian, oleh kerana dewan yang agak besar, penggunaan kamera yang banyak menyebabkan suntingan online kamera menjadi kelam-kabut. Shot yang diambil terlalu pantas berubah menyebabkan interaksi pelajar dengan kamera tidak menjadi. Belum sempat pun hendak memandang kamera, shot telah berubah.
3. Berbeza dengan suntingan online kamera pada Konsert 1 hingga 8 yang mana shot kamera lebih baik dan teratur. Lebih mengecewakan lebih banyak angle jauh yang diambil dan mengetepikan angle clse-up.
4. Penaja pakaian yang terbaik sejak sepanjang Konsert Akademi Fantasia diadakan. Pelajar diberikan pakaian yang amat bersesuaian dengan imej masing-masing.
5. Lebih menyedihkan apabila 2 Finalis iaitu Nija dan Liza yang tidak berjaya memenangi apa-apa tempat seakan-akan dipinggirkan.
6. Idea untuk mendermakan sebahagian daripada keuntungan SMS kepada badan kebajikan adalah satu usaha murni yang wajar dicontohi oleh semua pihak swasta.

Lebih memalukan, tulisan saya lebih merupakan pandangan peribadi saya sebagai penonton Kemuncak Konsert Akademi Fantasia melalui skrin televisyen. Jadi adalah satu yang melucukan, wartawan yang berada di dalam dewan mampu untuk membuat ulasan tentang apa yang tertera di monitor televisyen. Kecuali jika beliau membuat ulasan berdasarkan pemerhatian beliau sambil menonton monitor kecil yang disediakan di hadapan pengkritik profesional atau pun setelah menonton siaran ulangan di saluran 17.

MM: komen keseluruhan kan?
sultanmuzaffar: baca para Komen Keseluruhan
sultanmuzaffar: YES
sultanmuzaffar: aniff hanya mencantik struktur bahasa, english dimelayukan...
sultanmuzaffar: dari segi turutan idea, jelas sama dgn apa yg ada di MH
sultanmuzaffar: Lebih mengecewakan lebih banyak angle jauh yang diambil dan mengetepikan angle clse-up
sultanmuzaffar: tukar jadi perspektif jauh, close-up jadi jarak dekat
sultanmuzaffar: dia tak ler tiru bulat2
sultanmuzaffar: yg silap saya, dia betulkan kat media hiburan
sultanmuzaffar: sama2 tolong-menolong
MM: kalau tak tiru bulat-bulat tu ok la
MM: ingatkan dia ambik setiap patah ayat

sultanmuzaffar: tapi dia ubah
MM: cuma mungkin diajadikan artikel anda sebagai panduan kot
sultanmuzaffar: idea dtg dari weblog saya
sultanmuzaffar: itu yg silap
sultanmuzaffar: dia kena quote source
sultanmuzaffar: macam buat thesis jugak
sultanmuzaffar: apa2 mesti quote
sultanmuzaffar: bahan dari mana
sultanmuzaffar: nanti org2 kg ingat itu idea dia seorang
sultanmuzaffar: orang2 kg yg tak tahu akan pandang dia sbg seorang yg hebat kerana mampu mempunyai idea sedemikian
sultanmuzaffar: padahal idea tersebut dicuri dari idea orang lain di weblog yang lain
sultanmuzaffar: itu sebab kita sbg penulis kena quote bahan tuh dari mana
sultanmuzaffar: mungkin kerana tidak pernah buat thesis, itu sebab dia tak tahu
sultanmuzaffar: saya menerima 50 email yg bagitau sekali baca, dah boleh tahu itu tulisan & idea saya
sultanmuzaffar: kalau nak rujuk sebagai bahan pun, takkan ler turutan keluar di majalah pun boleh sama dgn turutan di weblog
sultanmuzaffar: itu yg ajaib
sultanmuzaffar: kalau di Barat, editor perlu bertanggungjawab
sultanmuzaffar: tapi tak tahu lah kat malaysia
sultanmuzaffar: malaysia kan Malaysia Boleh
sultanmuzaffar: saya akan pastikan seluruh malaysian bloggers tahu akan hal ini
sultanmuzaffar: terutama di www.petalingstreet.org
sultanmuzaffar: kerana sesiapa saja boleh jadi mangsa
sultanmuzaffar: itu komuniti bloggers malaysia
sultanmuzaffar: dah ler suratkhabar pun ciplak
sultanmuzaffar: itu yg perasan
sultanmuzaffar: yg tak perasan...tak tahu

Isu plagiat merupakan satu isu besar yang sekaligus menidakkan etika kewartawanan Malaysia. Tanpa memberi kredit kepada penulis asal, saya merasakan tindakan tersebut lebih saya sifatkan sebagai seorang perompak. Lebih menyedihkan mereka inilah yang giat memperjuangkan isu lanun cetak rompak tetapi tanpa mereka sedari mereka turut berkelakuan seperti seorang lanun. Di Barat, isu plagiat merupakan satu isu besar yang turut mempertikaikan kredibiliti seorang editor. Editor New York Times turut diambil tindakan kerana perilaku anak didik mereka sendiri. Seorang Editor seharusnya bertanggungjawab terhadap apa yang disiarkan sebagaimana seorang penulis di weblog bertanggungjawab terhadap tulisannya.

Artikel "Changes at the New York Times"

Changes at the New York Times
New York Times reporter Jayson Blair shocked many with his admission of plagiarism and faked reports. Further investigation has raised questions about the culture of the New York Times and lead to the resignation of editor Howell Raines and managing editor Gerald Boyd on June 5. Here is collection of articles and commentaries on the story.


Saya amat berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan pemikiran yang rasional. Tiada gunanya kemerdekaan yang kita kecapi jika pemikiran kita masih dijajah dan kita masih berada di takuk yang lama. Merdekakah Kita ?

Entri oleh sultanmuzaffar 01 September 2003 0 komen

Konsert Reunion Akademi Fantasia
31 Ogos 2003
Taman KLCC
Akan disiarkan di ASTRO Ria pada 18 Oktober 2003

Saya tidak berkesempatan untuk penonton persembahan tersebut secara langsung. Namun demikian, untuk tidak menghampakan anda saya mengumpul maklumat dari mereka yang telah menonton persembahan tersebut dan dirangkumkan menjadi satu catatan di sini. Masa tersebut saya gunakan untuk menonton sebuah drama bertajuk Multimedia Super Cintun lakonan Azhar Sulaiman dan Norzizi Zulkifli. Sebuah drama yang saya kira amat cemerlang mutu fotografinya di tangan Imri Nasution. Drama arahan Bernard Chauly ini lari dari klise drama Melayu yang terdahulu. Penggunaan shot fotografi yang luarbiasa menjadi kekuatan drama ini selain daripada kekuatan naratif ceritanya.

Antara lagu-lagu yang telah dinyanyikan oleh mereka ialah :-

Semua - Khayalan
Azza & Sahri - I Want To Spend My Lifetime Loving You yang dipetik dari filem Zorro
Azizi - Habis Sudah Umpanku
Nana - Objection dendangan asal Shakira dan Kiss Kiss
Adi - Aku Cinta Kau Dan Dia dan Rahsia Perempuan
Rosma - Nirmala
Khai - Dambaan Pilu
Atie - Wajah Rahsia Hati yang dipetik dari filem Ali Setan
Sahri - Penghujung Rindu
Liza - Jangan Berpura-pura
Burn - Higher dan Deeper
Nija - Kenangan Pahit dengan penampilan khas Man Kidal
Vince - A Better Man, sebuah lagu Cina bertajuk I Believe dan Sonata Musim Salju
Nana dan Burn - Fire
Vince dan Liza - Sandarkan Pada Kenangan
Rosma dan Khai - Seiring Sejalan
Semua - Menuju Puncak

Selepas mendendangkan lagu Menuju Puncak terdapat satu babak bonus untuk peminat Adifashla.

Aznil berkata selepas lagu Menuju Puncak, akan ada seorang pelajar yang akan disingkirkan. Siapa yang akan terkeluar kali ini ?

Sewaktu ini Adifashla tiba-tiba mengambil alih tugas sebagai pengacara. Adi melakonkan semula cara Aznil yang meleret-leret untuk mengumumkan siapakah yang akan terkeluar dan dibantu oleh mereka yang lain. Antara segmen yang Adi lakonkan ialah semasa berkata, "Ini adalah keputusan yang anda sendi lakukan", "Mungkin anda terlupa untuk mengundi pelajar ini", "Keputusan yang tidak disangka", "Biar saya pastikan" sambil duduk di tepi beg pelajar.

Adi melakonkan babak menangis seperti yang dilakukan oleh Aznil. Adi mendekati Nana dan berkata, "Nana..... ucapkan selamat tinggal kepada...Aznil Nawawi". Semua meluru ke arah Aznil dan memeluk beliau, kelihatan ada yang memeluk kaki Aznil. Adi meminta Aznil untuk membuat ucapan selamat tinggal dan apabila tiba masanya untuk Aznil pergi, Adi memanggil Rosma dan memintanya membaca satu pengumuman. Aznil akan terus kekal dalam Akademi Fantasia untuk musim kedua.

Ini sekaligus menafikan berita-berita yang Aznil Nawawi mungkin tidak lagi menjadi pengacara untuk Akademi Fantasia 2 dan juga tidak menafikan yang Adifashla bakal terpilih untuk menjadi pengacara baru Akademi Fantasia 2. Kita sama-sama nantikan !

Tunggu tayangannya di ASTRO Ria pada 18 Oktober 2003.

::diedit berdasarkan email kiriman shaznilam@yahoo.com di yahoogroup adifashla, Terima Kasih::

Entri oleh sultanmuzaffar 29 August 2003 0 komen

Mak Yong Raja Tangkai Hati
Panggung Sari, Istana Budaya
29 Ogos 2003
8.30 malam

Mak Yong Raja Tangkai Hati merupakan persembahan makyong yang pertama saya tonton. Saya tidak pernah menonton persembahan makyong sebelum ini kerana merasakan makyong merupakan sebuah persembahan yang membosankan. Undangan dari Istana Budaya saya terima dengan tangan terbuka. Semasa menanti persembahan, saya bertemu dengan salah seorang penyelidik untuk rancangan Bersama Anita terbitan Astro Ria. Kami berbual tentang Akademi Fantasia dan juga rancangan terbaru mereka iaitu Bersama Anita. Beliau turut mencadangkan kepada saya agar menulis tentang rancangan tersebut. InsyaAllah jika tiada aral saya pasti akan menulis tentang rancangan tersebut kerana merasakan dua episod yang terdahulu berkisar tentang ibu tunggal dan anak angkat amat releven dengan masyarakat.

Sinopsis

Mak Yong Raja Tangkai Hati mengisahkan pelayaran pelayaran menziarahi ayahandanya di negeri Sekota Batu bersama-sama permaisurinya, Puteri Cempaka Emas serta dua orang anaknya iaitu Malim Bisnun dan Malim Bongsu. Pelayaran dimulakan oleh Tok Wak Nakhoda dengan bantuan angin yang dititahkan Raja. Namun, setiba di Pulau Mati Anak, kapal terhenti belayar atas kuasa Puteri Bota mematikan angin.

Puteri Bota yang berdendam dengan Raja Tangkai Hati kerana tidak memperisterikannya, bertukar menjadi kumbang dan terbang ke atas kapal lalu memukau semua penumpang dan anak-anak kapal, tidak sedarkan diri kecuali Puteri Cempaka Emas dan anak-anaknya. Beliau kemudian bertukar menjadi sekuntum bunga. Di atas pujuk rayu Malim Bongsu, Puteri Cempaka Emas memetik bunga jelmaan dan dengan serta merta kembali ke bentuk asalnya. Puteri Bota dengan rakusnya menangkap dan melarikan Puteri Cempaka Emas ke suatu tempat yang tersembunyi. Permaisuri disumpah menjadi badan separuh mawas dan separuh manusia. Puteri Bota meneruskan niat jahatnya dengan berubah wajah menjadi Puteri Cempaka Emas. Naluri kedua-dua putera Raja Tangkai Hati dapat merasakan yang tubuh bonda mereka adalah jelmaan Puteri Bota dan bonda mereka sebenar sedang dalam bahaya. Mereka gagal meyakinkan ayahanda mereka dan telah dianggap derhaka lalu dicampak ke dalam laut seperti saranan Puteri Bota (yang menyerupai Puteri Cempaka Emas).

Dewa Betara Raja ternampak Malim Bisnun dan Malim Bongsu terapung di laut dan menyelamatkan mereka. Mereka dijelmakan sebagai dua butir teritik (siput) dan diletakkan di bawah kapal, menyebabkan kapal terhenti. Dewa Betara Raja pula bertukar rupa menjadi seorang tua dan menyarankan beliau boleh menggerakkan kapal dengan satu syarat. Syaratnya, kapal hendaklah dikosongkan. Kehendak orang tua ini diterima oleh Raja Tangkai Hati dan juga Tok Wak Nakhoda maka mereka meninggalkan kapal seketika. Tanpa melengahkan masa, orang tua kembali berbentuk Dewa Betara Raja dan menerbangkan dua putera raja ke Pulai Kematian. Sewaktu rombongan Raja tiba di negeri Sekota Batu, kedua putera pun bertemu bonda mereka yang terikat di pohon di Pulau Kematian. Namun, mereka tidak berupaya menyelamatkan bonda mereka tanpa darah Puteri Bota. Hanya satu jalan sahaja untuk mereka ke negeri Sekota Batu iaitu dengan meminta pertolongan Mak Ikan Jerung. Setiba di Sekota Batu, kedua putera raja berusaha untuk meyakinkan Raja Besar Sekota Batu siapa mereka sebenarnya. Keadaan semakin tegang di mana pertaruhan berlaku di antara putera-putera dan Puteri Bota. Kebenaran akhirnya terbukti apabila Puteri Bota tewas di tangan Malim Bongsu. Darah tumpahan Puteri Bota menjadi penawar sumpahan Puteri Cempaka Emas. Keluarga diraja ini berjaya bersatu kembali dan pulang bersemayam di Istana negara mereka.

Pelakon
Zuliana Zainal Abidin – Raja Tangkai Hati
Juhara Ayob – Puteri Cempaka Emas
Norsiah Mohd Yatim – Puteri Bota
Yuni Nor Letty Bachok – Malim Bisnun
Mardiana Ismail – Malim Bongsu
Roszilawati Ab Rahim – Raja Besar
Abd. Wahab Othman – Peran I
Wan Kanari Ibrahim – Peran II
Nik Sayyidah Fatihan Yazib – Raja Besar Sekota Batu
Hushairi Husain – Peran Tua Sekota Batu / Tok Wan Nakhoda
Kumaresh a/l Anggamuthu – Peran Muda Sekota Batu
Mohd Kamarulzaman Taib – Dewa Betara Raja
Shariful Akma Abdullah – Mak Ikan Jerung

Tenaga Kreatif Produksi
Prof. Dr. Ghulam Sarwar Yousof – Penilis Skrip Asal
Norzizi Zulkifli – Pengarah / Olahan Skrip
Fatimah Abdullah – Pembimbing Mak Yong & Tari
Sabzali Khan Gulihandan – Pengarah Artistik
Abdul Jalil Ngah – Pereka Tata Cahaya
Irwan Ismadi Sharim – Pereka Set / Props
Nur Afifi Mohamed Taib – Pereka Kostum

Pandangan Peribadi
Pementasan ini telah berjaya menarik minat saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang makyong. Ia secara tidak langsung memberi perspektif baru tentang makyong. Pementasan yang cemerlang ini disokong oleh mutu lakonan dan elemen teknikal yang mantap. Rekaan pentas, kostum, muzik dan tatacahaya menjadikan persembahan ini berbeza dengan makyong yang berwajah baru tanpa meminggirkan elemen tradisionalnya. Persembahan makyong di tangan Norzizi dibawa keluar dari kepompong yang mengongkongnya satu ketika dahulu. Dahulu, makyong dianggap seni yang membosankan, lesu dan kekal dengan dialek Kelantan yang kuat.

Mengadap Rebab
Sebagaimana persembahan biasa sebuah makyong ia akan bermula dengan persembahan Mengadap Rebab. Lagu terpenting ini dimainkan semasa permulaan setiap persembahan sebagai simbol penghormatan kepada rebab dan semangat makyong. Persembahan pembukaan ini mengambil masa yang agak panjang iaitu hampir 15 minit. Secara tidak langsung persembahan ini menjadi agak membosankan walaupun ia merupakan elemen persembahan yang terpenting di dalam makyong. Apabila menonton segmen Mengadap Rebab, persepsi saya terhadap makyong mula menjadi negatif. Saya hampir tidak senang duduk memikirkan perlu duduk di bangku tersebut untuk 2 jam lagi. Namun demikian, Pengarah Teknikal dan Pereka Tatacahaya bijak mencuri tumpuan penonton dengan memberi sentuhan cahaya yang saya kira terbaik. Selain menikmati persembahan, penonton dihidangkan dengan resepi cahaya yang amat mengkagumkan. Penggunaan pentas hidraulik dan siaran multimedia sedikit sebanyak mengurangkan kebosanan segmen Mengadap Rebab.

Arahan dan Lakonan
Pujian harus saya lontarkan buat Pengarah persembahan ini. Beliau bijak menangani persembahan ini. Kalau dahulunya, persembahan makyong dianggap satu persembahan yang membosankan, lesu dan tidak bermaya, kini beliau telah mengangkat persembahan makyong menjadi satu persembahan yang telah hilang lapuknya.

Memetik tulisan Luqman Hakim di akhbar Utusan Malaysia keluaran 25 Ogos 2003, “Sebagai persembahan yang dibawa ke ruang pementasan secanggih Dewan Sari, makyung Raja Tangkai Hati perlu memperlihatkan satu revolusi dalam pementasan agar ia benar-benar diyakini.”.

Pujian wajar diberikan kepada Juhara Ayob yang beraksi cemerlang sebagai Puteri Cempaka Emas dan jelmaan Puteri Bota. Beliau beraksi begitu cemerlang. Lakonan beliau dikawal dengan baik. Pengalaman beliau bermain teater sejak 1991 telah dipergunakan sepenuhnya untuk pementasan ini. Begitu juga dengan Norsiah Mohd Yatim yang telah menggunakan pengalaman 20 tahun beliau dalam bidang seni di pentas Istana Budaya.

Suntikan humor yang digunakan di dalam persembahan ini menjadi lalu menjadikan satu persembahan makyong ini tidak membosankan. Namun begitu, adakalanya beberapa pelakon pembantu kelihatan cuba menonjolkan diri melebihi pelakon utama. Agak melucukan dengan penggunaan dialog yang menyelitkan perkataan “SMS”, “shut up”, “prepaid” dan “afundi” sebagai suntikan humor.

Aspek Teknikal
Saya terlalu kagum melihat tatacahaya yang dicipta oleh Abdul Jalil Ngah. Kesan dramatik yang diwujudkan berjaya sampai kepada penonton. Pencahayaan di satu babak terlalu spektakular saya kira. Unsur kekaguman begitu terserlah di dalam pementasan ini. Lebih mengkagumkan, ia hanyalah sebuah persembahan makyong. Saya begitu kagum.

Melihatkan penggunaan sidang video menonjolkan unsur-unsur multimedia di dalam persembahan ini. Secara tidak langsung, pementasan ini mendidik penonton tentang apa itu teknologi maklumat serta teknologi terkini yang ada di Malaysia.

Rekaan pentas yang minimal tetapi penggunaannya dimanafaatkan sepenuhnya. Pentas hidraulik yang seringkali menimbulkan masalah memberikan kerjasama yang baik untuk persembahan kali ini. Kostum juga turut memainkan peranan yang penting untuk memantapkan persembahan tersebut.

Secara keseluruhannya, kekuatan teknikal berjaya memberi satu nafas baru kepada sebuah pementasan makyong. Kekaguman teknikal berjaya dirangkumkan untuk menjadikan pementasan ini begitu cemerlang. Tahniah saya ucapkan buat Tenaga Produksi Makyong Raja Tangkai Hati !

Entri oleh sultanmuzaffar 27 August 2003 0 komen

Keputusan Web-Poll Akademi Fantasia

Siapakah pelajar perempuan yang anda rasa paling cantik ? [1340 votes total]

Atie (333) 25%
Azza (199) 15%
Liza (359) 27%
Nana (208) 16%
Nija (64) 5%
Rosma (177) 13%

Siapakah pelajar lelaki yang anda rasa paling kacak ? [1248 votes total]

Adifashla (327) 26%
Azizi (22) 2%
Burn (38) 3%
Khai (379) 30%
Sahri (54) 4%
Vince (428) 34%

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Drama Merdeka ERA 6

Setelah memberi mereka peluang selama 5 episod, saya tidak dapat menunggu lebih lama lagi untuk memberi komen tentang lakonan mereka. Saya merasakan lakonan mereka tidak menepati mutu lakonan yang sebenarnya. Lakonan mereka tidak menjadi dan intonasi dialog mereka tidak menepati maksud dialog. Saya tidak perlu menilai ekspresi wajah kerana hanya berdasarkan intonasi sudah cukup untuk saya membuat penilaian tentang ekspresi wajah mereka. Lagipun yang dinilai adalah lakonan drama radio mereka.

Saya mencadangkan agar mereka perlu diberi sedikit masa untuk melatih skill lakonan mereka. Saya merasakan lakonan Atie sebagai Siti tidak dikawal dengan baik. Intonasi Adifashla sebagai Samad juga jauh tersasar. Yang wajar dipuji hanyalah lakonan Sahri dan Nija sebagai Pencerita. Namun demikian, perjalanan mereka masih panjang dan terlalu banyak yang harus dipelajari.

Jangkamasa drama yang pendek menyebabkan konsentrasi penonton adakalanya terganggu dan mesej yang ingin disampaikan oleh penulis skrip tidak sampai kepada penonton. Saya akan terus memberi komen yang membina untuk mereka dari masa ke semasa.

Episod kali ini menceritakan tentang Siti yang bingung memikirkan Ah Boon yang akan berpindah. Turut diselitkan adegan bila mana Siti terperanjat apabila melihatkan Ah Boon berpakaian seperti seorang Komunis dan sedang menyiksa salah seorang penduduk tempatan. Samad menasihatkan Siti agar lebih berhati-hati dan mungkin ada muslihat di sebalik kelakuan Ah Boon. Pada satu hari, Ah Boon datang ke rumah Siti.

Entri oleh sultanmuzaffar 26 August 2003 0 komen

Live Music Concert - Poems For The World

Konsert Live Music “Poems For The World” dengan tema Love & Peace for All berlangsung pada 22 Ogos 2003 di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur dengan menjanjikan sesuatu yang baru kepada penonton.

Konsert tersebut dibarisi nama-nama besar di dalam industri muzik Malaysia dan Indonesia selain daripada pelakon terkenal filem “Ada Apa Dengan Cinta”. Nama seperti Zainal Abidin, VE, Prof Dr. Wan Zawawi, Mahadzir Lokman, Fazley, Ruth Sahanaya, Reza Artamefia, Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra merupakan nama-nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Mereka terlalu hebat di dalam bidang masing-masing.

Komen keseluruhan
Pertama kali memasuki dewan persembahan, melihatkan rekaan set yang hambar menyebabkan hati terdetik, “apakah ini satu persembahan yang bertaraf antarabangsa ?”. Namun demikian, apabila persembahan bermula, rekaan tatacahaya yang terbaik menyebabkan dewan serta latar belakang pentas yang kosong menjadi hidup. Teknik letupan serta cahaya yang menghidupkan suasana malam tersebut. Penggunaan muzik iringan live ternyata benar-benar memukau tetapi sayangnya tirai menjadi penghalang pamdangan penonton. Kehebtan mereka tidak dapat ditonton walaupun telah memberikan persembahan yang cemerlang. Lebih menyedihkan nama pemain muzik tidak tertera di dalam buku cenderamata. Kekuatan persembahan ini merupakan permainan muzik live oleh mereka dan sumbangan mereka sewajarnya diiktiraf.

Gabungan lima unsur seni iaitu seni tari, seni teater, seni muzik, seni tampak dan seni layar dijalin menjadi satu persembahan untuk membawa makna kesedaran dan keinsafan kepada penonton.

Konsert tersebut dibahagikan kepada empat segmen yang membawa makna kemanusiaan (humanism), suara keamanan (voice of peace), cinta dan keamanan (love and peace) dan satu dunia (one world).

PFTW
Persembahan dimulakan dengan sebuah pentomin oleh kanak-kanak dari Yayasan Pendidikan Cheras. Gerak tari yang amat meyakinkan menerapkan unsur moral serta kesedaran akan peri pentingnya kanak-kanak sebagai generasi masa depan.

PFTW
Persembahan puisi oleh Prof Dr Wan Zawawi benar-benar memukau. Beliau menyanyikan lagu yang membawa lirik yang benar-benar membawa mesej kemanusiaan. Kami berjalan ke arah yang tenang, Kami melangkah dari malam gersang, Kami yang bebas dari dataran kering. Kehebatan beliau memetik gitar amat baik.

PFTW
Persembahan Zainal Abidin seorang yang layak digelar penghibur membawakan lagu Dua Dunia yang diadaptasi dari lagu tema filem Tarzan. Iringan muzik sewaktu persembahan konsert ini amat cemerlang. Kumpulan muzik berjaya membawakan lagu dengan baik sekali, tetapi sayangnya terdapat tirai yang melindung pandangan penonton dari melihat mereka beraksi cemerlang.

PFTW
Segmen suara keamanan menampilkan Mahadzir Lokman yang melagukan puisi keramat Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang iaitu Kekasih. Dalam banyak-banyak versi lagu Kekasih, inilah lagu puisi Kekasih yang terbaik pernah saya dengar.

PFTW
Reza Artamevia menyanyikan 3 buah lagu termasuk sebuah lagu bertajuk Dia dendangan asal oleh Sheila Majid. Kehebatan vokal beliau tidak wajar dipertikaikan. Lebih menarik ialah penataan cahaya yang menyerlah penampilan beliau di atas pentas. Penari iringan juga tidak kurang hebatnya yang telah dikoreografkan oleh Jecko Simpo, Siti Ajeng Soelaiman, Norjayadi Jasan dan Suhaimi Magi.

PFTW
Penantian penonton akhirnya terbalas apabila muncul Nicholas Saputra di pentas persembahan mendeklamasikan puisi bertajuk Gunung dan Sungai karya Pablo Neroba. Populariti aktor kacak ini menjadi tunjang kekuatan persembahan konsert ini.

PFTW
Seketika kemudian, muncul Dian Sastrowardoyo mendeklamasikan sajak yang bertajuk Ini Bukan Dongeng hasil karya Aspar Panturusi dengan penuh berkesan. Kekuatan persembahan Dian adalah elemen spektakular yang disuntik dalam persembahan beliau. Persembahan beliau nampak begitu cemerlang serta koreografi yang menarik. Kemunculan beliau yang diusung masuk dari luar pentas amat menarik.

PFTW
Kemunculan VE mendendangkan beberapa buah lagu saya kira merupakan satu pendedahan buat mereka. Namun demikian, mereka saya kira telah berjaya menarik segolongan peminat untuk terus menonton persembahan mereka dari awal sehingga akhir. Elemen anak muda perlu disuntik untuk persembahan sedemikian untuk menarik golongan anak muda menghargai karya seni sebegini. Tanpa mereka, agak sukar untuk melihat dewan penuh dengan penonton yang kebanyakannya dari golongan kelas atasan yang rata-rata hanya meminati Ruth Sahanaya, Zainal Abidin yang mewakili golongan penyanyi yang sudah berumur dan mempunyai nama besar dalam industri.

PFTW
VE kemudian berganding dengan Reza Artamevia mendendangkan lagu Biarkan Menjadi Kenangan sebagai mengakhiri segmen suara keamanan. Gandingan vokal mereka amat cemerlang.

PFTW
Segemen cinta dan keamanan dimulakan dengan persembahan bertenaga dari Zainal Abidin. Penyanyi yang sinonim dengan lagu Hijau ini mendendangkan lagu Garam, Gaia dan Pantun. Gaia merupakan sebuah lagu terbaru dari beliau. Kebolehan beliau berkomunikasi dengan penonton membuktikan beliau seorang penghibur yang berjaya. Bukan sekadar topik hiburan, malah beliau mampu untuk membincangkan senario ekonomi Malaysia. Kepetahan beliau berkomunikasi merupakan satu yang harus saya puji.

PFTW
Kemunculan Ruth Sahanaya memang ditunggu-tunggu. Beliau mendendangkan beberapa lagu popularnya seperti Keliru, Tak Ku Duga dan sebuah lagu siulan ramai iaitu Kaulah Segalanya. Beliau turut mendendangkan dua buah lagu terbarunya iaitu Maafkan Kepergianku dan Ku Tergoda dengan baik.

PFTW
Sebagai mengakhiri segmen cinta dan keamanan, muncul pasangan popular Nicholas Saputra dan heroinnya Dian Sastrowardoyo mendeklamasikan sajak bertajuk Tanah Airku karya penyair terkenal Indonesia Jose Rizal Manua. Mereka muncul berpakaian tradisional Jawa.

PFTW
Segmen satu dunia bermula dengan kesilapan teknikal. Masalah gangguan pembesar suara menyebabkan konsentrasi penonton terganggu. Ruth Sahanaya dan Reza Artamevia berpadu suara dengan VE menyampaikan lagu Imagine. Tanpa persediaan yang cukup, sorotan lampu spot kelihatan kelam-kabut mengikut pergerakan penyanyinya menjadikan penglihatan penonton terganggu.

PFTW
Sebelum mengakhiri persembahan segmen satu dunia, Fazley mengambil giliran untuk muncul di pentas. Saya terpinga-pinga. Di manakah hebatnya penyanyi ini yang layak untuk mengambil giliran terakhir muncul untuk membuat persembahan ? Saya tertanya-tanya. Persembahan beliau jelas tidak kena dengan konsep konsert tersebut. Itu belum diambil kira kehebatan beliau menyanyi secara live. Saya sendiri tidak dapat mengaitkan signifikan lagu Hari Minggu dan Beautiful Maria dengan segmen satu dunia. Penampilan beliau kelihatan dibuat-buat ditambah dengan persembahan di skrin yang menampilkan imej beliau sejak kecil hingga dewasa. Saya masih belum dapat mencari kesesuaiannya lagi akan kewujudan videoclip tersebut. Pakaian ala-ala The Matrix nampak memualkan dan imej di skrin lebih mendukacitakan. Namun demikian, jika beliau terpilih kerana role-model penyanyi muda yang berpendidikan tinggi, memang sewajarnya beliau layak untuk mengisi kekosongan tersebut.

PFTW
Persembahan terakhir merupakan bacaan puisi oleh YB Senator Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Amir Rifaat mewakili Yayasan Pendidikan Cheras dan Fazley.

Konsert Poems For The World merupakan sebuah konsert amal anjuran Mahligai Satu Entertainment yang bertujuan untuk mengutip dana bagi mengisi Tabung Yayasan Pendidikan Cheras. Kehadiran Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail menjadikan konsert tersebut lebih bermakna.

PFTW
Lagu We Are The World menutup persembahan konsert tersebut. Seperti kekurangan lagu yang sesuai untuk didendangkan sebagai mengakhiri persembahan tersebut.

Konsert ini akan disiarkan di saluran NTV7 pada 1 September 2003.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Drama Merdeka ERA 5

Siti mengucapkan terima kasih kepada Ah Boon kerana telah menyelamatkan beliau dan adiknya Samad. Namun begitu, Ah Boon masih berasa terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan Nek Jenab. Siti redha dengan takdir yang berlaku dan mengucapkan syukur kerana Samad terselamat.

Ah Boon bertemu Siti untuk memberitahu beliau tentang hasrat keluarganya untuk berpindah dari kampung tersebut kerana tidak tahan dengan ugutan komunis yang berterusan memintanya menyertai mereka.

Siti tidak dapat berbuat apa-apa. Beliau mengucapkan terima kasih kerana Ah Boon telah melakukan yang terbaik buatnya. Walaupun berat hati, beliau terpaksa melepaskan Ah Boon pergi kerana tidak mahu Ah Boon menderhaka terhadap keluarganya.

Ah Boon menceritakan tentang serang hendap yang telah berlaku di sebuah Balai Polis. Ah Boon turut memberitahu yang Atan besar kemungkinan berada di dalam keadaan yang tidak selamat. Dalam kesedihan, Siti memberitahu mengapa ini harus terjadi sedangkan hatinya sudah mula dapat menerima kehadiran Atan di dalam hidupnya.

Dalam tidak sedar, Ah Boon juga sebenarnya menaruh perasaan terhadap Siti.

p/s:- Ulasan Konsert Poems For The World di PWTC sedang dalam pembikinan.

Entri oleh sultanmuzaffar 25 August 2003 0 komen

Drama Merdeka ERA 3

Atan dan Siti masing-masing memendam perasaan walaupun jauh di sudut hati mereka saling suka-menyukai. Atan perlu berkorban demi untuk keselamatan negara. Atan meminta Ah Boon agar dapat menjaga Siti Salmah. Namun demikian Siti tidak dapat menghantar pemergian Atan. Atan memberi satu pemberian kepada Siti yang perlu disimpan oleh Ah Boon

Flashback
Sewaktu Siti dan Nenek baru pulang dari sawah, pergelutan berlaku dengan seorang Komunis. Komunis tersebut berkehendakkan beras. Siti dan Samad bergelut kerana beras tersebut. Tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan. Kini tinggal Siti sahaja yang perlu untuk menjaga adiknya Samad.

Drama Merdeka ERA 4

Apabila Ah Boon terdengar bunyi tembakan dan beliau cuba untuk menyelamatkan Siti. Menyedari Atan telah mengamanahkan beliau untuk menjaga Siti. Namun demikian, ibu bapa Ah Boon membantah. Ah Boon terus berdegil dan bergegas ke rumah Siti.

Nenek Jenab tidak dapat diselamatkan. Namun demikian, Samad berjaya diselamatkan. Ah Boon menyalahkan dirinya kerana tidak dapat menyelamatkan Nenek Jenab.

p/s:- Tahukah anda bahawa pada 1 April 1999 berkuatkuasalah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Akta ini sebenarnya digubal dan dikuatkuasakan bagi menggantikan Akta Komunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988. Akta Penyiaran yang disebut dalam Pancaindera keluaran semalam telah pun dihapuskan sebenarnya. Saya memaafkan penulisnya jika beliau tersasul lagi.

sultanmuzaffar: Di dalam proses menyiapkan artikel berkenaan isu plagiat di Media Hiburan. Saya sedang sibuk mengumpul bahan untuk dimuatkan di dalam weblog ini.

Entri oleh sultanmuzaffar 22 August 2003 0 komen

Mak Yong Raja Tangkai Hati
Panggung Sari Istana Budaya
22 – 26 Ogos 2003
8.30 malam
Tiket : RM21, RM31, RM51, RM76, RM101
Istana Budaya

Sinopsis
Mak Yong Raja Tangkai Hati mengisahkan pelayaran Raja Tangkai hati dan permaisurinya, Puteri Cempaka Emas serta dua orang anaknya iaitu Malim bisnun dan Malim Bongsu yang pergi belayar ke negeri Sekota Batu.

Semasa pelayaran tersebut, mereka telah diganggu oleh Puteri Bota yang jahat. Puteri Bota yang berhasrat ingin menjadi permaisuri Raja Tangkai Hati amat berdendam dengan Puteri Cempaka Emas telah berkahwin dengan Raja Tangkai Hati.

Puteri Bota telah menggunakan ilmu pukau kepada semua anak-anak kapal Raja Tangkai Hati kecuali Puteri Cempaka Emas dan anak-anaknya. Dengan kuasa hikmat yang dimilikinya, Puteri Bota menukarkan dirinya menjadi sekuntum bunga.

Puteri Cempaka Emas kemudiannya memetik bunga tersebut setelah dirayu oleh anaknya. Akibatnya, beliau pengsan apabila terkena racun bunga jelmaan tersebut. Puteri Bota bertindak melarikan beliau dan menyembunyikannya ke suatu tempat yang jauh dan disumpah menjadi separuh manusia. Seterusnya Puteri Bota menyamarkan dirinya menjadi Puteri Cempaka Emas. Raja Tangkai Hati tergamak membuang kedua-dua puteranya ke dalam laut setelah puteranya tidak mengaku puteri jelmaan itu sebagai bonda mereka.

Malim Bisnun dan Malim Bongsu akhirnya telah diselamatkan oleh seorang tua. Hasil pertolongan Mak Ikan Jerung, kedua-dua putera ini berjaya di bawa ke negeri Sekota Batu untuk berjumpa nendanya berdua, Raja Besar Sekota Batu. Mereka menceritakan bencana yang menimpa bonda mereka iaitu Puteri Cempaka Emas.

Dapatkah kedua-dua putera ini menyelamatkan bonda mereka ? Berjayakah Puteri Bota menawan hati Raja Tangkai Hati ?

Pelakon
Zuliana Zainal Abidin – Raja Tangkai Hati
Juhara Ayob – Puteri Cempaka Emas
Norsiah Mohd Yatim – Puteri Bota
Yuni Nor Letty Bachok – Malim Bisnun
Mardiana Ismail – Malim Bongsu
Roszilawati Ab Rahim – Raja Besar
Abd. Wahab Othman – Peran I
Wan Kanari Ibrahim – Peran II
Nik Sayyidah Fatihan Yazib – Raja Besar Sekota Batu
Hushairi Husain – Peran Tua Sekota Batu / Tok Wan Nakhoda
Kumaresh a/l Anggamuthu – Peran Muda Sekota Batu
Mohd Kamarulzaman Taib – Dewa Betara Raja
Shariful Akma Abdullah – Mak Ikan Jerung

Tenaga Kreatif Produksi
Prof. Dr. Ghulam Sarwar Yousof – Penilis Skrip Asal
Norzizi Zulkifli – Pengarag / Olahan Skrip
Sabzali Khan Gulihandan – Pengarah Artistik
Abdul Jalil Ngah – Pereka Tata Cahaya
Fatimah Abdullah – Pembimbing Mak Yong & Tari
Irwan Ismadi Sharim – Pereka Set / Props
Nur Afifi Mohamed Taib – Pereka Kostum

Selamat Menonton !

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Drama Merdeka ERA I

Pengenalan : Drama ini akan di keudarakan setiap hari pada jam 8.30 pagi dan ulangannnya pada jam 8.45 malam. Drama Merdeka ERA ini akan dilakonkan oleh 12 pelajar Akademi Fantasia.

Sinopsis :
ERTI SEBUAH PENGORBANAN
Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis remaja, Iera yang terjerat dalam dilemma percintaan tiga segi antara dirinya dan dua orang jejaka. Lantas dia mengadu pada opahnya tentang masalah yang dihadapinya. Opah yang mendengar kesulitan cucunya cuba membantu Iera dengan menceritakan kisah silam yang pernah dilaluinya di zaman keganasan komunis.
Drama ini cuba memaparkan penderitaan pada zaman keganasan komunis di Kampung Sungai Siput yang telah membawa pengisytiharan darurat ke seluruh negara. Watak utama dalam drama ini ialah Siti Salmah yang merupakan seorang wanita, yang mempunyai semangat juang yang cukup kental dalam memperjuangkan martabat bangsa. Dalam masa yang sama juga, Siti Salmah dicintai oleh dua orang sahabat baiknya, iaitu Atan dan Ah Boon. Pengorbanan yang cuba ditonjolkan dalam drama ini bukan sahaja dalam percintaan dan persahabatan malah amat penting dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Keseluruhannya drama ini diselitkan dengan semua elemen, iaitu unsur tragis, semangat juang, persahabatan, percintaan dan perpaduan kaum antara penduduk Sungai Siput.

Barisan pelakon :
Vince - Ah Boon
Nana - Opah
Rosma - Iera
Atie - Siti
Khai - Atan (Hassan)
Nija - Nek Jenab/Pencerita
Adi - Samad
Shari - Bapa Ah Boon/Pencerita
Aza - Mak Ah Boon
Azizi - Komunis
Liza - Mak Milah
Burn - Muthu


Drama ini dibuka apabila Ira berada di rumah neneknya dan beliau menceritakan mengenai dilemanya untuk memilih pasangan yang sesuai dengannya. Lalu neneknya teringat akan kisah yang
berlaku pada tahun 1948 di sebuah kampung di Sungai Siput. Ketika itu Siti dan Atan sedang bermadu kasih di tepi sebuah sungai di mana Siti, menyuarakan kebimbangannya akan suasana darurat ketika itu. Manakala Atan pula mencurahkan perasaan hatinya kepada Siti.

Apa yang akan berlaku seterusnya ?

Terima Kasih VAD yang mendengar ERA pada hari ini.
Laman Rasmi : Drama Merdeka ERA

Entri oleh sultanmuzaffar 21 August 2003 0 komen

Tingginya Menyapu Awan

Sinopsis
Tingginya Menyapu Awan membawa permasalahan sekumpulan manusia gelandangan yang hidup dalam satu “keluarga besar” di satu penempatan setinggan di pinggir kota. Di sebalik kemiskinan, kesukaran dan kemelaratan ironisnya “keluarga” ini hidup dalam suasana harmoni, saling bergantung antara satu sama lain, sering mengambil berat masalah sesama mereka dan mempunyai perasaan kemanusiaan yang tinggi.

Seorang tua yang tidak diketahui asal usul dan keluarganya, sedang nazak dan hanya menanti masa untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir. Namun, keingin yang kebetulan diucapkannya di hadapan “keluarga besarnya” itu, iaitu untuk meminum seteguk susu dan merasai buah segar, menyebabkan “keluarga” itu bersusah payah untuk menunaikan keinginan tersebut. Si pengemis yang sering menghadapi masalah mengisi perutnya sendiri, akhirnya berjaya mendapatkan buah anggut dan susu untuk orang tua itu. Tetapi kemunculan seorang ibu dengan seorang anak gadisnya yang terencat akal kemudiannya telah merosakkan keadaan.

Susu dan anggur yang dicarikan untuk orang tua yang nazak dihabiskan oleh si gadis yang terencat akal. Si pengemis, si buta dan rakan-rakannya kecewa sekali. Namun kehadiran kedua-dua beranak itu menimbulkan satu kejutan, apabila mereka rupa-rupanya mempunyai pertalian dengan orang tua yang sedang nazak itu. Situasi berubah seluruhnya dan watak-watak terus berkomplikasi melalui persoalan-persoalan tentang marah dan dendam, kehidupan dan kematian, syurga dan neraka, kemanusian dan kewujudan, kesilapan dan takdir….

Déjà vu
Menonton teater ini umpama déjà vu. Satu-satu kenangan muncul dalam petak fikiran. Tidak dapat tidak saya pasti akan membandingkan persembahan teater ini dengan apa yang pernah saya tonton beberapa tahun yang lampau. Dengan tajuk teater yang sama, tetapi pelakon yang berbeza latar belakang mengangkat naskah karya Malina Manja. Keistimewaan Tingginya Menyapu Awan mengangkat suasana surealisme dan menerapkan persoalan eksistensialisme yang dikatakan sebagai teras karya absurd dalam acuan realisme. Teater ini merupakan teater penilaian untuk pelajar-pelajar Tahun Kedua Jurusan Teater Akademi Seni Kebangsaan yang bakal mewarnai dunia teater Malaysia satu hari kelak.

Persoalan hidup, mati, syurga, neraka, takdia akan menjadi topik hangat sekiranya manusia dilanda kekecewaan. Itu saya kira mesej teater ini. Manusia akan mempersoalan tentang keadilan jika keadilan tidak berpihak kepada mereka. Begitu juga dengan takdir.

Pengarahan
Ahmad Yatim merupakan satu nama besar dalam bidang teater. Kehebatan beliau di pentas teater tidak wajar dipertikaikan. Sejak akhir-akhir ini beliau agak sinonim dengan pementasan teater bercorak komedi. Saya kira beliau amat berjaya mengangkat sebuah karya bermesej serius dalam nada komedi. Beliau berjaya meyakinkan saya bahawa dalam karya komedi biarlah sebuah komedi bermesej. Itu yang menyebabkan saya amat kagum dengan beliau. Sejak Alang rentak Seribu hinggalah Tingginya Menyapu Awan kerja-kerja beliau amat mengkagumkan. Mesej teater ini benar-benar mengesan untuk saya yang telah menonton teater ini sebanyak tiga kali dari kumpulan yang berbeza.

Teater ASK
Barisan pelakon Teater Tingginya Menyapu Awan

Lakonan
Keseluruhannya lakonan para pelajar Akademi Seni Kebangsaan ini agak baik. Mereka mempunyai vokal teater yang mantap. Saya harus puji lakonan Ku Mohd Yusri Ku Abdul Rahman yang memegang watak Jumal. Vokal beliau amat baik dan adakalanya vokal teater beliau nampak lebih menonjol dari pelakon-pelakon yang lain. Secara tidak langsung nampak tidak seimbang di atas pentas. Beliau merupakan memenang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Festival Teater Kuala Lumpur yang berlangsung sekitar bulan April untuk teater Sidang Keadilan. Kehebatan pemegang watak Badi dan Suman juga seharusnya saya puji. Sallehuddin Abu Bakar dan Mohd Eyzendy Md Aziz mampu merentap kebencian penonton tetapi menjadi suka akhirnya kepada watak tersebut.

Sebagai pelajar Akademi Seni Kebangsaan, masih banyak yang perlu mereka pelajari. Dari segi teori, mungkin sudah banyak yang mereka pelajari, tetapi apabila beraksi di pentas mereka tidak mempraktikkan apa yang dipelajari. Contohnya disiplin pentas, saya pasti sejak di Tahun Pertama sudah dididik apa itu disiplin pentas . Pelakon-pelakon yang berlegar-legar di belakang pentas adakalanya mengganggu konsentrasi penonton. Begitu juga dengan penguasaan ruang lakon. Menghalang ruang lakon pelakon lain merupakan satu kesalahan teater yang amat besar. Mutu vokal tidak perlu saya pertikaikan. Amat baik.

Tatacahaya
Penggunaan tatacahaya yang minima amat sesuai dengan mood teater ini. Tatkala muncul watak roh, penggunaan cahaya yang menimbulkan mood seram saya kira amat berjaya. Lebih meyakinkan apabila roh di dalam rumah kayu tersebut nampak jelas dengan idea teknikal yang mengkagumkan. Saya tidak hairan jika mereka mampu melakukan sesuatu yang luar biasa untuk adegan ini kerana kesemua mereka terdidik dengan asas ilmu teater yang baik.

Produksi
Rekaan set yang dipertontonkan dalam teater ini tidak nampak setinggannya walaupun kosnya kelihatan agak besar. Terlalu sempurna untuk menjadi sebuah perkampungan setinggan di pinggir kota. Rekaan set sebuah setinggan yang saya kira masih berjaya dan diingati sehingga sekarang tentunya dari teater Tanah Bernanah.

Saya berharap agar satu hari kumpulan saya sendiri iaitu Akar Gita Estetika akan mementaskan teater ini dengan membariskan pelakon-pelakon lama yang pernah menghidupkan watak Jumal, Badi, Suman, Buta, Untung, Gayah dan Melur. Siapa yang terasa pernah menghidupkan watak-watak tersebut, sila bersedia dari sekarang.

Tahniah saya ucapkan pada kumpulan produksi teater Tingginya Menyapu Awan.

ACARA SEDANG BERLANGSUNG
Sebuah filem independen arahan NAM RON
Tajuk : GEDEBE
Lakonan : Along Md Ezendy, Zul Huzaimy Marzuki, Hairul Anuar Harun dan lain-lain
Tarikh : 15-25 Ogos 2003
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Kuliah, Tingkat 4, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur
Tiket : RM10

ACARA AKAN DATANG
Istana Budaya mempersembahkan
Tajuk: Makyong Raja Tangkai Hati
Tarikh : 22-26 Ogos 2003
Masa : 8.30 malam
Lakonan : Zuliana Zainal, Juhara Ayob, Norsiah Mohd Yatim, Yunie Nur Letty dan lain-lain
Arahan : Norzizi Zulkifli
Tiket : RM21, RM31, RM51, RM76, RM101

Entri oleh sultanmuzaffar 20 August 2003 0 komen

PEJUANG GERILA ? FORCE 136
oleh Nakli
boleh dihubungi melalui e-mail

Force 136
Sempena bulan kemerdekaan, pelbagai aktiviti kesenian telah diadakan terutamanya teater. Pada tahun ini, konsep Festival Teater Malaysia telah diperkenalkan dimana pelbagai kumpulan teater mengambil bahagian. Disamping itu, terdapat persembahan fregmen monodrama dan aktiviti seni pentas yang lain seperti wayang kulit dan boria bertempat di MTC, Jalan Ampang. Saya berkesempatan menonton Pementasan Di Raja Teater Perjuangan Harimau Malaya Force 136 karya Prof. Dato Dr Wan Hashim Wan Teh oleh Teater Rimba UKM bermula dari 1hb Ogos 2003 hingga 3hb Ogos 2003 bertempat di Auditorium DBKL. Kumpulan yang dipimpin oleh Mohd Diani Haji Kasian bukan kumpulan baru dalam pentas teater, tetapi ahli-ahli dalam kumpulan sering bertukar wajah setiap tahun kerana semuanya terdiri dari pelajar-pelajar UKM. 'Patah tumbuh hilang berganti', inilah kelebihan yang ada pada Teater Rimba dimana ia masih kekal sebagai satu kumpulan yang aktif dan kreatif juga berjaya di peringkat Pekan Teater dan Festival Seni Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM). Syabas !

Teater ini telah dipentaskan untuk kali yang ke-4 dan yang ke-2 di Auditorium DBKL. Walaupun percubaan oleh pihak UKM untuk mementaskan teater sejarah ini di Istana Budaya gagal atas alasan tidak ada peruntukan dan kalendar pementasan di Istana Budaya telah penuh, ia masih diteruskan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan ditaja oleh PNB dengan kehadiran DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong juga Canselor UKM iaitu Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan. Saya yakin jika pementasan ini diberi peluang di Istana Budaya, akan dapat menarik lebih ramai penonton itupun jika kalendar tahunan Istana Budaya masih terdapat kekosongan walaupun teater Alang Rentak Seribu telah dipentaskan untuk kali kedua pada tahun ini !.

Force 136
Hampir kesemua pelakon dan tenaga produksi adalah muka baru dalam seni teater dan latar pendidikan mereka adalah dalam bidang Sains, Pengurusan Perniagaan dan Pendidikan. Teater ini masih mengekalkan pelakon utama iaitu Dato' Jins Samsuddin sebagai Kolonel Fujiyama, Jalil Hamid sebagai Pengulu Keroh dan Raja Azura sebagai Bunga disamping beberapa watak pembantu seperti Prof. Madya Dr Mohamad sebagai Leftenan Kolonel Peter Dobree, Ahmad Pharmy sebagai Sarjan Ariffin, Akmal sebagai Leftenan Mohd Nor Rani dan Siti Syarina sebagai Puteh.

Kedapatan beberapa perubahan dan penambahan adegan dan babak dalam teater ini berbanding pementasan sebelumnya. Aksi pelakon tidak mengecewakan jika kita lihat dari segi pengalaman yang ada pada mereka yang terlibat. Keseluruhan persembahan yang kadang kala meresahkan emosi penonton dapat diperbaiki seperti adegan awal Harimau Malaya lakonan Prof Dato Dr Wan Hashim Wan Teh memberi ucapan kepada pejuang gerila Force 136 dengan dialog yang meleret-leret dan tidak penting seperti 'hidung mancung', babak percintaan Haryati dengan Leftenan Mohd Nor Rani, adegan siaran Radio All India di rumah Penghulu Keroh dan tayangan video Harimau Malaya berucap yang saya kira boleh diringkaskan dialognya dan aksi wakil dari Patani yang saya rasa tidak perlu ditambah dengan dialog 'sambal tempoyak'. Keletah Bunga anak kepada Batin Pisang lakonan Raja Azura sedikit sebanyak telah berjaya menghidupkan dan menceriakan suasana cerita yang pada keseluruhannya agak hambar.

Penggunaan video untuk pementasan akan memberikan kesan emosi dan klimaks jika visual yang dipaparkan menunjukkan kesan-kesan dramatik yang hebat terutamanya adegan perang. Disini dapat dilihat tidak ada kesungguhan untuk membuat kajian, ulangkaji atau rujukan untuk mendapatkan sumber visual suasana perang yang 'sebenar'. Timbul persoalan, adakah setiap babak dan adegan yang dijamukan pada penonton adalah titik peluh tenaga produksi yang rata-ratanya masih memerlukan bimbingan atau hasil kerja kreatif sang pengarah? Jika teater ini diberi peluang untuk dipentaskan sekali lagi, adalah lebih baik jika adegan perang itu dilakonkan secara 'live' di atas pentas dan ini perlu dibantu dengan pentas atau ruang lakon yang sesuai. Istana Budaya ?

Force 136
Walaupun teater ini terikat dengan fakta sejarah dan kehendak penulis skrip yang mahu mencorak pementasan ini, Mohd Diani Haji Kasian dilihat seperti tidak berupaya untuk mengawal atau mengarah teater ini dalam bentuk yang beliau kehendaki. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memberi perhatian pada aspek etika pentas, pelakon mengawal ruang, pergerakan pelakon keluar dan masuk pentas, dan karakter beberapa pelakon seperti watak Batin Pisang lakonan Anwar Mohd Zulkifli di mana aksi lucunya kadang kala dilihat seperti dibuat-buat dan kadang kala dia seperti tidak yakin dengan dialog yang dilontarkan. Beberapa faktor inilah yang saya lihat Mohd Diani Haji Kasian yang diangkat sebagai pengarah, aktivis dan pengkritik teater, gagal untuk beliau halusi dan perbaiki.

Walaupun teater ini telah dipentaskan untuk kali yang ke-4, tetapi ini tidak bermakna sang pengarah dengan sewenang-wenangnya tidak memberi perhatian asas bermain di atas pentas. Jika pada awal latihan sebelum pementasan, faktor-faktor ini diberikan perhatian secukupnya, sudah pasti teater ini dapat memberikan impak pada emosi penonton dan bukannya dilihat seperti pelakon-pelakon memberi arahan sesama sendiri dalam mengawal ruang lakon di atas pentas. Celaru !

Force 136
Disini, peranan pengarah dilihat sebagai faktor kritikal dalam menjayakan sesuatu pementasan dan bukan hanya sekadar 'melepaskan batuk ditangga'. Teater adalah kerja kumpulan dan hasil kerja tidak terletak pada seseorang individu. 'Lembu punya susu, sapi dapat nama'!.

Ulasan sultanmuzaffar: Saya pernah menonton persembahan ini sewaktu kali kedua ia dipentaskan iaitu di Auditorium DBKL. Saya merasakan ia merupakan satu persembahan yang agak membosankan dengan setiap perincian ilmu sejarah yang disogokkan kepada penonton tanpa ada elemen hiburan sekaligus melenakan mata penonton. istana Budaya pernah menghidangkan kepada khalayak Malaysia sebuah teater sejarah yang meleret-leret iaitu Merdeka, Merdeka, Merdeka. Tanpa disuntik elemen hiburan, maka mata penonton lebih mudah dibuai lena dan lebih mendukacitakan persembahan tersebut memakan masa hampir 3 jam. Penggunaan multimedia dalam teater Force 136 wajar saya puji walaupun adakalanya penggunaannya nampak tidak sesuai dengan zaman tersebut. Semangat kumpulan ini ingin mementaskan karya mereka di pentas Istana Budaya memang mengkagumkan. Semangat mereka merupakan semangat anak muda yang ingin membuktikan mereka mampu bermain di pentas bertaraf dunia itu. Terlalu banyak yang harus diperbaiki sebelum mampu berentak di pentas Istana Budaya. Mereka perlu melakukan sesuatu untuk menyuntik elemen hiburan pada satu karya sejarah seperti ini. Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah dengan Merdeka, Merdeka, Merdeka !

APA ADA DI MATICS JALAN AMPANG ?
Produksi : Teater Moden Akademi Seni Kebangsaan
Tajuk : Tingginya Menyapu Awan
Karya : Malina Manja
Arahan : Ahmad Yatim
Tarikh : 20 Ogos 2003
Jam : 8.30 malam
Tempat : Auditorium Tunku Abdul Rahman, MTC
Pelakon : Fatin Erna Siregar, Eyzerddy Aziz, Ku Mohd Yusri, Sallehuddin Abu Bakar, Ismaliza Ishak, Zulmabri Rahman dan Norsahlina Md Shah
Tiket : RM10

Entri oleh sultanmuzaffar 19 August 2003 0 komen

BALING BOLING AGE 2003

Keputusan

Johan - Team 1 yang dianggotai oleh Shahir, Faris dan Ajeem dengan jatuhan pin sebanyak 1346
Naib Johan - Team 6 yang dianggotai oleh pembaca weblog sultanmuzaffar iaitu Ayu, Elly dan Hosaini dengan jatuhan pin sebanyak 1275
Ketiga - Team 5 yang dianggotai oleh Ee, Madi dan Slam dengan jatuhan pin sebanyak 1187
Team Paling Koro - Team 4 yang dianggotai oleh Lody dari Bank Negara, Ellin dan Zarey dari Desa Pandan dengan jatuhan pin sebanyak 683
Team Paling Happening - Team 8 yang dianggotai oleh Black, Mat 10 dan Bozo

Untuk hadiah Individu pula:
Ajeem dengan jatuhan pin sebanyak 506
Wakil paralimpik Bozo dengan jatuhan pin sebanyak 486
Faris dengan jatuhan pin sebanyak 483

Keputusan Penuh Mengikut Ranking
Team 1 yang dianggotai oleh Shahir, Faris dan Ajeem dengan jatuhan pin sebanyak 1346
Team 6 yang dianggotai oleh Elly, Ayu dan Hosaini dengan jatuhan pin sebanyak 1275
Team 5 yang dianggotai oleh Ee, Madi dan Slam dengan jatuhan pin sebanyak 1187
Team 7 yang dianggotai oleh Atok, Azwa dan ZPi dengan jatuhan pin sebanyak 1171
Team 8 yang dianggotai oleh Black, Bozo dan Mat 10 dengan jatuhan pin sebanyak 1144
Team 3 yang dianggotai oleh Anis, Mokhtar dan Sham dengan jatuhan pin sebanyak 1090
Team 2 yang dianggotai oleh Aidi, Fendi dan Tasya dengan jatuhan pin sebanyak 860
Team 9 yang dianggotai oleh sultanmuzaffar, Anis, Is dan Diana dengan jatuhan pin sebanyak 837
Team 4 yang dianggotai oleh Lody, Ellin dan Zarey dengan jatuhan pin sebanyak 683

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang !

Merdeka
Acara Akan Datang :
Merdeka Anak Muda
Apresiasi Puisi dan Eksperimental Muzik Merdeka
Hari : Sabtu
Tarikh : 13 September 2003
Jam : 8.30 malam
Tempat : Amphiteater MTC, Jalan Ampang

Merdeka
Mari kita meraikan Malaysia Merdeka bersama-sama. Apa alasan anda untuk tidak turut serta menyaksikan acara hebat ini ?

Gambar adalah ihsan dari www.syokmedia.com. Terima kasih !

Entri oleh sultanmuzaffar 18 August 2003 0 komen

Pesanan Anda Untuk Pelajar Akademi Fantasia

Setelah seminggu berlalu, terlalu banyak cerita yang didedahkan berkenaan pelajar Akademi Fantasia. Masing-masing mempunyai karekter masing-masing untuk terus membawa diri. Mampukah mereka membawa diri mereka. Kontrak selama satu tahun mungkin begitu berharga buat mereka, tetapi perlu kita ingat setahun adalah masa yang terlalu singkat untuk mereka terus berpaut pada satu kontrak yang bukannya untuk mereka seorang tetapi seramai 12 orang semuanya. Sudah banyak kali berlaku, kontrak yang ditandatangani hanya pada kertas tetapi hasilnya tiada. Itulah yang banyak terjadi kepada banyak pemenang Sinaran Passport Kegemilangan, yang tinggal hanya trofi di dalam almari hiasan mereka, tetapi hasilnya iaitu album masih tiada. Harus diingat, kemenangan mereka adalah kerana undi peminat.

"Rancangan popular di TV3 itu juga menggunakan khidmat juri awam walaupun tidak mengetepikan juri profesional. Rancangan itu juga sama dengan Akademi Fantasia... kerana berjaya melahirkan bintang yang digilai ramai walaupun bakat nyanyian masih tidak dapat mengatasi kualiti juara Bintang RTM."

Saya mengakui ada kebenaran dengan kata-kata oleh Huzz yang disiarkan di dalam Pancaindera semalam. Kata-kata ini akan lebih bermakna sekiranya kita dapat melangkaui masa 20 tahun ke hadapan dan melihat masa depan pelajar-pelajar tersebut. Jika pada tahun 2023, nama seperti Vince, Nija, Sahri, Rosma sekadar menyebut beberapa nama masih berada di pesada seni, maka barulah saya mengakui yang Akademi Fantasia mampu melahirkan penghibur yang populariti mereka mampu mengatasi Senario dan kehebatan vokal mereka mampu mengatasi mutu vokal Sudirman, Jamal Abdillah antara Juara Bintang RTM yang masih sinonim sehingga sekarang. Pada pandangan saya, adalah lebih sesuai sekiranya Akademi Fantasia menjadi platform penyatuan dua formula dalam Sinaran Passport Kegemilangan dan Bintang RTM. Formula populariti dan kualiti disatukan menjadi Akademi Fantasia.

Bintang RTM sudah membuktikan mereka mampu melahirkan penghibur bersuara emas yang kekal sehingga kini, tetapi kita kena sedar yang Bintang RTM telah wujud sejak 25 tahun yang lalu. Akademi Fantasia masih terlalu baru untuk dinilai. Sekurang-kurangnya kita memerlukan masa setahun untuk melihat apa yang akan jadi dengan kontrak yang telah ditandatangani oleh para pelajar.

Adi
Pakej yang anda ada itulah merupakan aset utama anda. Seperti kata Kudsia anda boleh jadi hearthrob para remaja. Saya lebih suka menggunakan perkataan idola remaja. Para remaja boleh menggunakan anda sebagai idola mereka sebagai sumber inspirasi dalam bidang akademik. Kelebihan ilmu kejuruteraan yang anda ada mesti anda manafaatkan. Anda perlu menggerakkan minda para remaja bahawa kelebihan ilmu yang lebih dipandang di mata masyarakat.

Atie
Saya merasakan bidang lakonan lebih sesuai dengan anda. Bidang nyanyian bukan bidang anda walaupun anda telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang penyanyi yang baik. Saya pernah menerima maklumbalas yang positif tentang lakonan anda. Tidak mustahil satu hari kelak, impian anda untuk berlakon dengan Rosyam Noor di dalam sebuah filem menjadi kenyataan.

Azizi
Kemenangan anda telah membuktikan yang pengundi Malaysia agak bijak memilih. Dengan kekurangan yang ada pada diri anda, anda masih boleh muncul sebagai pemenang Tempat Ketiga. Tahniah ! Gunakan pengalaman yang anda perolehi di Akademi Fantasia sebaik mungkin dan juga manafaatkan pengalaman seni anda sewaktu menjadi penyanyi di kelab-kelab malam

Azza
Bidang pengacaraan sesuai untuk anda. Keterampilan yang anda ada sesuai menarik peminat untuk menonton rancangan tersebut. Sifat pemalu yang ada pada diri anda juga mampu membuatkan kaum ibu berangan-angan ingin menjadikan anda menantu mereka. Saya hanya ingin mencadangkan agar anda menghadiri Kelas Tutur Awam (Public Speaking) kerana gaya anda berbicara di hadapan kamera nampak terlalu meleret-leret. Sifat manja itu terlalu berlebihan dan nampak tidak sesuai. Keyakinan anda perlu dibina untuk menjadi seorang pengacara yang baik.

Burn
Anda mempunyai mutu vokal yang baik. Keramahan anda juga membuka mata saya bahawa anda seorang yang mudah untuk didekati. Ingatan anda terhadap siapa saya juga agak mengejutkan. Bidang nyanyian merupakan bidang yang sesuai untuk anda. Anda juga mempunyai banyak pengalaman. Sebenarnya menyanyikan lagu berentak R&B lebih senang berbanding menyanyikan lagu berentak rock yang amat sukar untuk dikawal dinamiknya. Kelebihan anda di situ. Teruskan !

Khai
Vokal anda juga baik. Tapi sayang stamina anda masih rendah tahapnya. Teknik pernafasan untuk penyanyi rock memang berbeza. Saya juga ingin mencadangkan kepada anda agar pergi menuntut ke Sekolah Vokal. Anda telah membuat satu keputusan drastik dalam hidup anda untuk berhenti kerja dan meneruskan karier dalam bidang seni. Satu keputusan berani !

Liza
Anda bernasib baik. Saya seperti Ramli MS mencadangkan kepada anda untuk pergi ke Kelas Vokal sebagai susulan akan apa yang telah anda pelajari di Akademi Fantasia. Jangan malu ! Eera Fazira pun dulu masuk Sekolah Vokal. Syafinaz penyanyi bersuara soprano Malaysia mempunyai suara demikian kerana latihan dan bukannya datang secara semulajadi. Oleh itu anda jangan malu untuk pergi ke Sekolah Vokal.

Nana
Banyak yang mengutuk kemunculan anda di Akademi Fantasia, termasuk saya. Anda telah membuktikan bahawa anda ada aura untuk menjadi seorang penghibur terkenal pada Kemuncak Konsert Akademi Fantasia yang baru lepas. Kepetahan anda berbicara serta keceriaan anda menjadi aset yang penting untuk anda. Yang terbaru dengar-dengarnya anda telah dilamar untuk menjadi DJ. Kebenarannya saya belum boleh pastikan. Pengikut anda ramai. Pengikut yang sedia ada juga pengikut yang baru celik setelah melihatkan keterampilan anda pada minggu sudah.

Nija
Keceriaan anda harus dikekalkan. Orang kata, orang rock ni selamba ! Anda tidak hipokrit di layar skrin TV. Teruskan attitude tersebut tetapi jangan terlalu terlampau. Anda harus menjadikan kisah yang pernah berlaku kepada Ella satu ketika dahulu sebagai pengajaran. Sifat ceria dan manja Ella sering disalah-anggap. Anda boleh meneruskan attitude yang anda ada sekarang tetapi jangan berlebihan.

Rosma
Terlau banyak cerita yang saya dengar berkenaan anda. Kebenarannya saya sendiri tidak dapat mengesahkannya. Ada yang mengatakan anda sudah besar kepala kerana publisiti yang anda perolehi sewaktu penyingkiran anda membuatkan anda lupa diri. Kehebatan yang saya tunggu sewaktu Kemuncak Konsert juga tidak menjadi kenyataan. Anda merupakan Siti Nurhaliza In The Making. Vokal anda ada kelas tersendiri. Umur anda masih muda dan masih terlalu jauh perjalanan anda. Banyak yang boleh anda timba untuk ilmu masa depan. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Sahri
Kehebatan vokal anda merupakan aset utama anda. Jangan jadikan vokal anda hanya sesuai untuk lagu-lagu iklan. Anda berpotensi untuk menjadi terkenal kerana kemantapan vokal anda. Saya amat risau sekiranya karier anda hanya berakhir di lagu-lagu iklan.

Vince
Kehebatan vokal anda tiada tandingan. Nasihat saya anda perlu menguasai Bahasa Malaysia dengan baik untuk lebih berjaya. Anda sudah ada peminat tersendiri yang akan sentiasa menyokong anda. Teruskan !

Anda boleh menulis pesanan anda di dalam Comment dan saya akan menyiarkan posting yang sesuai di sini kelak. Terima kasih !

Komen Pembaca

To Sahri.. you got the talent.. saya harap agar anda mengandakan usaha anda agar terus berjaya.. suara ada cukup menyakinkan. Jangan terlalu merasa rendah diri dgn diri anda..
Be yourself.. And keep your feet on the ground!!

pakukarat | Email | Homepage | 08.18.03 - 1:46 pm | #


Pesanan2 :
Vince dan Nana - pakai braces cam sheila majid tu...baru cun
Liza - masuk kelas performance untuk hilang malu (macam atie bagus)
Nija - u rock girl - yang paling berpakej milenium - not ordinary girl. cuma improve english sikit, boleh lawan cokelat indonesia
khai - improve vokal, jangan pose kat Remaja.
adi - sama, jangan pose kat Remaja nanti saham jatuh. belajar dari Khai untuk jadi cool.
zizi - jangan terlalu merendah diri, nanti orang bosan.
rosma - ikut cara zizi.azza - sama cam SM, buang skit manja.
atie - boleh jadi Hunny Bunny punya side kick. cuma jangan nangis banyak sgt.
sahri - improve on ur appearance - u can be big-sized, but you can look good. macam Rubern dalam American Idol.
Burn - kena hayati lagu2 lain-tak boleh nyanyi syok sendiri..

antu | 08.18.03 - 1:58 pm | #

As`kum n Hi! nape laa hari ni asik nak send komen kat SM nyer weblog nihs. isk isk dah terkena demam SM agaknye . yg lain Eda x mau komen, emm... tp secara jujur, Eda katakan, semasa lihat final konsert AF yg lepas (hanya lihat di TV), rase cam x 'best' jer tenguk rosma. emm... nampak cam ade ala² cam x ikhlas pada rakan²nya. dgn kata lain cam 'eksen'. mungkin penilaian Eda ni silap, yeplah, hanya lihat di kaca TV. tp nampak lain benar. ingat Eda jer rase cam tu, tp rupenyer my sis pun cakap cam tu. harap sgt penilaian Eda ni salah. Rosma ade bakat n potensi dlm dunia hiburan, sayang sekali kalau publisiti yg die trime buat die 'lupe diri'. ape-ape pun GOOD LUCK utk semua pemenang n peserta AF yg lain. Eda sebagai 'pemerhati' dunia hiburan tanah air, sentiasa memberikan sokongan kepada anda sekalian

Eda | Email | 08.18.03 - 2:32 pm | #

Saya rasa SM dah menilai dgn baik sekali kemampuan dan arah tuju yg patut diambil oleh bekas2 pelajar AF musim pertama. Saya cuma ingin menambah sedikit sahaja berkenaan beberapa pelajar:Saya rasa selain berlakon, Atie juga sesuai utk menjadi pengacara. Cara beliau bercakap tanpa henti amat matang sekali dan menarik. Saya juga sebenarnya merasakan beliau amat sesuai jika menjadi pengacara rancangan kanak2. Anda semua tentu masih ingat cara Atie present kad hari bapa utk bapanya di depan kamera. Saya seperti sedang melihat seorang pengacara rancangan kanak2 sedang memegang kad/lukisan yg dihantar oleh penonton kecil rancangan tersebut sambil beliau membacakan ucapan atau memberi komen. Perwatakannya yg ceria dan wajahnya yg cute dan friendly mmg boleh menarik perhatian hati kanak2 utk tunggu depan tv setiap hujung minggu bersama Kak Atie..!

Azza mmg sesuai juga jadi pengacara. Tak sangka juga kerajinan beliau mengemas dan mencuci pinggan mangkuk di akademi akhirnya membawa beliau ke rancangan 'kedapuran' iaitu Sari Rasa.

Burn agak tenggelam di akhir2 ini tetapi bakat yg beliau ada membolehkan beliau utk terus berjuang asalkan ada kemahuan dan kesungguhan.

Liza mempunyai suara yg 'gemersik' menurut kata Ramli MS. Saya juga percaya yg vokalnya masih boleh diasah. Bakat tarian Liza adalah satu strong point bagi beliau. Liza hanya perlu memperbaiki komunikasi dgn penonton kerana saya rasa sikap malu Liza membataskan kemahiran berkomunikasinya secara lebih terbuka dan santai.

Nana sebenarnya mempunya personaliti yg agak "strong". Walaupun dia mudah tersentuh, tapi ketabahan hatinya dan minat beliau dlm bidang muzik telah membawa beliau melalui segala keperitan dlm dunia hiburan. Bolehlah saya katakan bahawa persembahan Nana ketika konsert akhir dgn lagu I Will Survive adalah menggambarkan dirinya, kekuatan yg ada dlm dirinya dan karisma yg tidak terdapat pada kebanyakan artis2 lain.Nija juga mempunyai bakat seni yg bagus dan boleh digilap lagi. Tidak dinafikan juga karektor beliau banyak membuatkan kita berasa senang apabila melihat beliau.

Nija antara yg paling banyak membuatkan saya ternanti2 diary AF setiap hari di depan tv.

Rosma jelas mempunya suara yg baik. Saya juga berharap agak dia tidak sombong/besar kepala seperti yg heboh diperkatakan kerana bakat yg ada akan dipersiakan jika seseorang artis itu tidak menjaga penampilannya terutama ketika berada di tempat awam dan bersama peminat. Saya juga terkilan kerana Rosma ada menyatakan bahawa dia tidak suka pada seorang pelajar lelaki(kenyataannya selepas terkeluar dari AF). Sepatutnya tidak ada sesiapapun yg patut mengeluarkan kenyataan sebegitu walaupun jika ianya adalah kebenaran. Ini kerana perlukah kenyataan itu dikeluarkan? Azizi mempunya suara yg unik. Beliau mmg berbakat tetapi kadangkala komunkasinya agak meleret2. Komunikasi mmg baik utk interaksi yg baik dgn penonton tetapi jika ianya tidak dilakukan dgn baik atau ianya dibuat berlebihan, ia mungkin akan m

Azlan | 08.18.03 - 2:52 pm | #

Azizi mempunya suara yg unik. Beliau mmg berbakat tetapi kadangkala komunikasinya agak meleret2. Komunikasi mmg baik utk interaksi yg baik dgn penonton tetapi jika ianya tidak dilakukan dgn baik atau ianya dibuat berlebihan, ia mungkin akan membosankan pula. Cuba perbaiki lagi.Suara Adi juga unik dan saya pasti cara beliau menyampaikan lagu semasa konsert final telah membuatkan ramai penonton terutamanya anak2 gadis berlinangan air mata. Beliau juga mempunya karisma tersendiri seperti Nana dan boleh pergi jauh.Untuk Sahri, Khai dan Vince, anda mmg mempunyai vokal yg mantap dan showmanship yg menarik dan bertenaga. Teruskan berusaha utk memperbaiki kelemahan yg ada agar anda dapat menjadi antara bintang yg sinarnya sentiasa bercahaya.Azlan | 08.18.03 - 2:53 pm | #

Pada ASTRO didiki mereka lagi, jadikan mereka semua artis ASTRO yang dapat memikat penonton, semua mereka sudah ada 'peminat' mereka tersendiri, setelah di didik dengan lakonan, nyanyian dan tarian, memang ditunggukan sekiranya ASTRO berani menerbitkan VCD filem muzikal ala GREASE atau Saturday Night Fever.

biaRS | Email | 08.18.03 - 3:00 pm | #

this is for Vince - you have a well trained voice. i think your strong point is yr ability to improvise on the tunes, such that each verse you sing is a fresh version and not a repetition. and very pleasant ad-lib too. however, you tend to sound a little out of breath sometimes and that affected the mood for the listener, esp if it's a ballad. imho, when singing a ballad your voice should sound smooth and silky. looking forward to hear you sing more. all the best.untuk sahri - what can i say? tuhan telah menganugerahkan sahri dengan suara yang amat merdu. tapi kalau sahri "macho" sikit lagi, saya rasa nanti lagi ramai peminat jangan lupa diri, dan semoga sahri berjaya.

riza | Email | 08.18.03 - 4:51 pm | #

Adi: memang anda mempunyai pakej yg bagus.. suara beshhh.. takder penyanyi sore mcm dier nihh.. tapi komunikasi dan gerak-geri atas pentas mesti kena kawal.. jgn buat ala2 macho sampai ade scene yg nmpk dibuat2 dan membuat penonton menyampah... kerana kat dalam Diari akademi.. anda pendiam plak.. lebih diam(malu?) dari Khai tuh.. so be urself Adi.. the true you is better.. 'dan dalam kawalan suara memang lebih terkawal ler dari Khai, so harap2 anda berjaya dlm bidang seni ni.. album anda lah yg paling aku nanti2kan..selitkan lagu Keping2 tu yerr.. All the best, ikhlas dari Zam

Khai: Ur decision on leaving ur job is a tough one to make mate! Prayers for u!! Mudah2an berjaya didalam persada seni.. its a tough world out there! Anda mesti terus berusaha memperbaiki mutu kawalan suara anda.. kerana I really want to hear u throw a high note tanpa keluar serak2 voice tuh.. Rupa kebudak2an (boyish), photogenic look yg anda ada is ur greatest asset, ur smile as well.. the boy-next-door look.. semaser ngk persembahan 'Dambaan pilu' with the video clip.. aku yakin laa..anda mampu menarik perhatian ramai dilayar perak!! So, kalau ade offer dari syarikat perfileman, ambik.. aku nak tgk ngan awek aku..okk.. Ikhlas dari Zam

Rosma:Me n my family love u to bitsss.. tapi kebelakangan ni asyik dengar berita mengenai tabiat anda..sombong?? betul ker.. plz dont..tanpa peminat siapa lah anda?? Mungkin Rosma masih belum pandai bergaul dengan peminat.. Rosma kena senyum lebih..ahh ikutkan style Khai..biler peminat tgk..senyum jerr.. dulu Rosma ader tegur Khai kerana mulut tak bukak biler nyanyi.. sekrg giliran Rosma plak tgk cara Khai senyum.. smile and the world will smile at u!! walauponn anda tidak dpt melayan .. beri sahaja senyuman yg ikhlas.. atau Rosma migraine lagik ker kerana terlalu ramai peminat nak kena layan? tak tahu laaaa.. anyway, Rosma punyer voice memang besshh ler.. kawalan suara tak yah nak kata lagikk..memang baguss.. tapi kena pandai memilih konsep album kalau ade offer nanti, sebab ingat, kalau sore sedap, lagu2 tak.. tak sorang ponn yg beli!! We love u Rosma.. pandai2 jaga diri tau.. Ikhlas Zam.

Nana: The Girl with the attitude! U go gurl!! Paling cute n cantik di akademi! beshhh.. suara memang besshh walaupon ader pitching prob.. I want to see u act!! Jgn pose kat tepi kolam kat Mangga yer.. Ikhlas Zam.Yg lain2.. all the beshh of luckk..

P/S: JGN POSE KAT TEPI KOLAM RENANG KAT MAJALAH MANGGA.. PLZ PLZ NOOOOO!!!!

zam | Email | 08.18.03 - 6:46 pm | #


Pesanan untuk :

1. Azza - kurangkan sifat manja dan cakap meleret-leret macam pelat-pelat pulak kekadang.- banyak baca buku untuk tambah pengetahuan- sesuai jadi model iklan dan catwalk, peragaan fesyen di majalah, pengacara rancangan kanak-kanak sahaja, pelakon.

2. Adi- kena be more natural ketika on stage.- sesuai jadi penyanyi sahaja.

3. Atie- kena banyak membaca walaupun UiTM grad.- sesuai jadi pengacara rancangan masakan dan rancangan kanak-kanak sahaja, berlakon atau ganti Eja dalam Roda Impian.

4. Rueben- jangan biarkan sesiapa mempergunakan anda, jika anda tidak biarkan ini berlaku tempoh hari, mungkin anda dapat bertahan lebih lama di AF- sesuai nyanyi di club

5. Rosma- mesti lebih belajar mengawal emosi dan ekspresi wajah serta intonasi suara ketika bercakap, sebab anda nampak sombong (walaupun saya yakin sebenarnya anda nak cover anda punya gelabah)- sesuai jadi penyanyi sahaja, boleh pergi jauh dengan bimbingan dan nasihat yang betul.

6. Nana- jangan ulangi tayang-tayang pusat dan tindik kat mata tu lagi. - jangan ulangi perbuatan tergedik-gedik- anda mesti kawal tingkah-laku anda sebab anda berbakat besar, rugi kalau anda tersisih hanya kerana orang meluat atau tersalah tafsir dengan tingkah-laku anda.- sesuai jadi penyanyi lagu-lagu rancak (dance music), jadi pelakon, jadi pengacara rancangan seperti Beat TV dan Muzik@Ria, jadi model peragaan fesyen di majalah, jadi DJ radio, jadi VJ tv. Wow you really got the package..so terima kritikan dengan tabah, jangan lupa diri, insyallah anda boleh jadi lebih popular dari juara AF dan top 5 AF.

7. Sahri- kena turunkan berat badan lagi ataupun sekurang-kurangnya jadikan ia pejal macam Ferhad, pergi gym lah `kay.- kena jaga penampilan kulit muka- kena gunakan fesyen yang sesuai dengan fizikal anda sahaja, dapatkan nasihat pakarlah tu..- sudah tentu sesuai jadi penyanyi, penyanyi dan penyanyi.

8. Liza- kena banyak baca buku untuk tingkatkan pengetahuan- kena masuk kelas vokal, mesti, wajib- sesuai jadi penyanyi lagu-lagu yang membolehkan anda menari (lagu-lagu yang catchy, lagu irama Malaysia pun boleh jugak), berlakon dan jadi model segala macam sebab you`ve got the look.

9. Nija- be just the way you are.- jangan terlampau merendah diri kadang-kadang sampai nampak macam anda kuno sangat pulak (walhal anda sebenarnya tak gitu)- sesuai jadi penyanyi (saya rasa semua lagu anda boleh belasah, you rock gurl, tak sabar nak tengok anda buat concert yang rock giler, tapi jangan over tau...)

10. Azizi- jangan asyik terlampau merendah diri, you are not that bad, okay aper!- just make sure kalau you nak keluar, mesti pakai foundation and face powder to cover your scar, after that you`ll look okay, dan tak payah layan lagi persoalan tentang rupa ni semua.- sesuai jadi penyanyilah, apa lagi kan. Boleh buat album, dan teruskan juga nyanyi kat corporate and dinner shows yang boleh buat duit tu..

11. Khai- kena masuk kena masuk kelas vokal sebagaimana yang Ramli MS suruh tu. Lagipun memang betul suara anda unik, walaupun part yang serak-serak tu..ramai orang suka.- kalau show yak payah buat spin-spin tu takut patah tengkok nanti, ramai orang sayang you ni.- kasilah Nemo rehat, tinggalkan dia kat rumah, kesian dia, let him have a normal animal life.- sesuai jadi penyanyi, pelakon dan segala macam model.

12. Vincent- kena belajar Bahasa Melayu. - kena memahami lagi komuniti Melayu dan cita rasa mereka dengan lebih mendalam lagi.- sesuai jadi penyanyi, boleh host program di mana anda bintang utama yang menyanyi dan bersketsa.

*Keseluruhannya, semua bekas pelajar AF1 kecuali Vince dan Rueben, perlu ikuti kelas Bahasa Inggeris untuk komunikasi.

**Kesemuanya perlu diberi kelas "grooming" oleh Astro bagi mempelajari cara-cara bercakap, berjalan, etika makan-minum, etika menghadiri majlis, cara berpakaian yang betul dan lain-lain lagi, tanya SM lah pasal dia expert benda-benda ni semua.

***Astro perlu mengekalkan pengundian sepenuhnya oleh pengundi melalui SMS, kerana itulah yang mendatangkan kelainannya Akademi Fantasia ini.

fay-fay | Email | 08.18.03 - 9:22 pm | #

azza - anda harus belajar cara berkomunikasi dengan lebih baik. anda harus pandai berinteraksi dengan org ramai. anda juga mempunyai daya penarik, jadi anda sentiasa harus pandai menjaga imej anda. jika anda berminat dgn nyanyian, anda boleh belajar teknik menyanyi dgn lebih baik lagi, kerana anda mempunyai vokal yg boleh diperbaiki.

adi - anda mempunyai suara yang baik. anda harus juga menjaga attitude anda. anda harus perbaiki cara nyanyian anda supaya tidak nampak terlalu 'over'. anda juga banyak meluangkan masa bersama peminat, dan sekali gus dengan cara itu membuatkan ramai peminat tetarik dengan anda.

atie - jelas sekali, anda mempunyai daya penarik. anda juga pandai berkomunikasi & bertutur dengan baik sekali. bakat anda mmg lebih kepada dunia lakonan. anda cuma kelihatan terlalu kaku apabila berada di hadapan org ramai. terutama apabila berdepan dengan kamera.

burn - anda sememangnya mempunyai vokal yg amat bagus. cuma, sekiranya anda hendak mendalami dunia hiburan.. anda haruslah belajar teknik @ asas menari dengan lebih banyak walaupun anda lebih berminat dgn lagu yg berkonsep slow. tarian tetap penting jika anda hendak membuat sesuatu persembahan.

rosma - vokal? tidak perlu dikomenkan lagi. mmg tak dinafikan anda mempunyai vokal yg bagus. anda hanya perlu melengkap 'pakej' anda. ini termasuklah ATTITUDE. anda tetap tidak akan berjaya jika mempunyai vokal yg bagus tetapi mempunyai masalah untuk menjaga attitude.

nana - anda mempunyai daya penarik!. imej anda boleh jadi ikutan anak-anak muda sekiranya anda pandai menjaga imej anda itu. bidang untuk anda ceburi adalah sangat luas. anda boleh menceburi bidang modelling,nyanyian,lakonan atau menjadi host. anda tiada masalah dalam berkomunikasi.sahri - vokal mantap. imej? anda boleh teruskan imej anda yg begini utk ceburi bidang hiburan. just be yourself! attitude juga harus dijaga. nampaknya, anda juga tiada masalah untuk berkomunikasi denagn orang ramai.

liza - u must have your own personality! kebanyakan lagu yg anda nyanyi tidak menggambarkan diri anda. anda cuma menyanyikan lagu itu mengikut versi penyanyi asal tanpa berani mencuba untuk mengubah gaya nyanyian. anda juga harus lebih pandai berkomunikasi. jangan teragak-agak. anda juga mempunyai daya penarik anda yg tersendiri.

nija - sense of humour anda telah berjaya memikat ramai peminat. anda mempunyai persolaniti tersendiri. vokal anda juga mantap!. anda nampaknya tidak mempunyai masalah dalam berkomunikasi.anda cuma harus lebih mengetahui ttg dunia luar dengan lebih byk lagi supaya anda mempunyai banyak pengalaman.

azizi - anda harus be sporting sometimes. anda tidak perlu jadi terlalu serius. anda juga mempunyai vokal yg bagus. jangan terlalu merendahkan diri. anda harus yakin dengan apa yg anda ada. cerialah selalu seupaya org tidak berpendapat anda meminta simpati. anda pandai berkomunikasi dan bertutur dengan baik.

khai - anda mempunyai personaliti tersendiri. sifat penyayang anda terhadap nemo telah membuatkan ramai peminat tertarik kepada anda. anda juga mempunyai vokal yg bagus. anda mmg sesuai menjadi penyanyi. anda sudah bijak 'memeriahkan' persembahan anda.vince - rasanya anda sudah cukup berbakat tentang dunia hiburan. pandai membuat lagu adalah salah satu kelebihan utk anda lebih maju dalm industri hiburan. anda pandai berkomunkasi. anda juga berani cuba @ melakukan sesuatu yang baru dan berlainan.

EdOt_gURL | Email | 08.19.03 - 12:23 am | #

KOmen aku...camnielah...ringkas je.

VINCE: 'Kasi je apa lagu mesti dia boley bawak'...Bakat versatile Vince sebagai penghibur melayakkan Vince menjadi penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara, model, komposer dan pemain muzik pada masa yg sama... Yang penting Vince masih maintain kan sikap down-2-earth meskipun dibekalkan dgn good look, marvellous voice dan title sbg Juara Akademi Fantasia. Tahniah dan teruskan usaha anda. Ada bakat yang boleh dibawa ke peringkat antarabangsa. Good luck.

KHAI- kenalah asah sikit suara tu terutamanya bila nak nyanyi nada tinggi dan menggunakan forsetto (betul ke aku eja nie?). Stamina kena jaga, barulah tak 'pancit' macam dekat nak last2 'Seberapa Pantas' hari tu. Anyway seperti Vince, Khai berkebolehan menguasai pentas dan show dgn baik seperti yg ditampilkan dlm lagu 'Aladdin'.

SAHRI- Good voice, have talent menjiwai lagu2 yg sensitif dan boleh menitiskan air mata. Cuma kena amalkan diet sikit...takleh makan banyak2 sangat kek coklat lagi tau!

NANA- She has proven that she had survived setelah pelbagai kutukan datang menimpanya sebelum nie. Karektor cerianya membuat dia sesuai jadi DJ atau VJ. Kalau buat album, kena bawa lagu2 yg sesuai ngan suaranya.AZIZI- Show dan suara bagus...tapi jangan la terlalu rendah diri sangat. Kalau nak keluar, pakai foundation...barulah dapat tingkatkan keyakinan dalaman tu.

NIJA- Attitude bagus. Manja tapi tak mengada. Brutal tapi masih ada ciri feminin. Harap dapat membuat banyak latihan pernafasan, sebab terkadang lepas gak part yg sumbang satu dua.

LIZA- Sikap gigih dan fokus dalam setiap kelas untuk memperbaiki dirinya, adalah satu strong point yang dia boleh berjaya di atas kesungguhan yg ditunjukkan. Plus, dia mudah menerima tunjuk ajar dan cepat faham. Dia boleh menjadi seperti Fauziah Latiff jika rasa malu2nya tu dpt dikurangkan...

ADI- Kekadang over sikit, tapi penghayatan dalam lagu ACKDD masa konsert final best. Cuma suara tu boleh diperbaiki lagi dengan teknik2 yang sepatutnya...

ROSMA- Versatile juga seperti Vince. Boleh bawak segala irama, rancak dan tradisional dengan bersungguh2. Walaupun ramai yg kondem personalitinya, tapi itu lumrah alam la...biasala, nobody's perfect... At least dia dia dikurniakan vokal semulajadi yg merdu dan mantap. Tarian dan lakonan pun OK.

AZZA- Personaliti manja, baik dan lurusnya memikat. Tapi vokal, kena asah lagila...

ATIE- Walaupun vokal 'hancus' skit, ada bakat pengacara, terutama rancangan kanak2.

BURN-Orangnya laid-back dan cool...tak banyak songeh dan selalu dilihat sebagai 'peacemaker' dan memberi nasihat2 bernas pada kawan2. Boleh jadi penyanyi rap/R&B yg bagus. Tapi bab tarian tu kenalah polish sikit...takleh la nari tegak je...

WackyAsh | Email | 08.19.03 - 12:37 am | #


Saya setujulah amat dengan pendapat zam & fay-fay.

Astro please jaga all the 12 pelajar especially during the contract.They are all very talented.Beri peluang merekamenceburi semua bidang yang bersesuaiantapi jangan beri mereka pose di majallah mangga kat tepi kolam renang. Kena jaganama. I hope they all kat cit-cat azwan pun tak di suruh pakai bikini (yg perempuanlah).They should be given extra classes lagi to improve themselves.Apa-apapun I'm proud of Astro kerana beri peluang kepada mereka tanpa mengira rupa paras & fizikal walaupunpackage juga penting tapi ia boleh dibentuk kalau kena gayanya.Syabas sekali lagi kepada semua pelajarAkademi terutamanya my favaourite,

Azizi & Sahri. Buktikan anda berdua mampu dan boleh bertahan di bidang yang amat mencabar ini.Tahniah!

aidid6 | Email | 08.19.03 - 11:13 am | #

well, since akedemi fantasia omy mmg selalu baca weblog SM and salute, very impressive. good work. i want to say that i think all 12 students did well, maybe some are better then others. cuma i nak tegur sikitla, i saw them masa kat planet hollywood hari tu. nana, khai, burn, vince semuanya nampak very sincere and friendly. cuma yang i rasa kurang selesa is rosma. i really don't know how to put it in words, from the look in her eyes you can see that she's faking it.macam mana i nak tulis pun i tak tau but i hope, really hope she'll be more careful, the way she carry herself. she has the potential to be a star so she sould act like one.nana was splendid. sesiapa yang pernah kutuk dia akan menyesal sebab she is a very nice person. really!anyway, to the rest, be true and you'll survive..

omytummy | 08.19.03 - 2:54 pm | #