Diari Akademi Fantasia 01-04
Bob Curi Perhatian
Bob pandai untuk mencuri perhatian kamera. Sifat ceria beliau di Akademi Fantasia memang disenangi oleh semua pelajar. Bob gemar untuk berjenaka sesama sendiri dan juga dengan Ramli MS. Di meja makan, mereka berjenaka dan Adam sedang sibuk berlatih lagunya di satu sudut.
Memanglah I lembut !
Kenyataan Anding sewaktu di dapur ini tidaklah mengejutkan. Siapa Anding bukan soalnya.
Hadiah misteri
Mereka menerima sebuah bungkusan untuk dikongsi bersama. Apabila dibuka, sebuah alat penimbang yang ada di dalam bungkusan tersebut. Masing-masing perlu menimbang berat badan masing-masing. Ada yang 36kg, ada yang 96g dan sebagainya.
Berat Edlin ialah sekitar 43kg tetapi beliau tidak berapa sukakan berat badannya kerana disifatkan tidak sesuai untuk ketinggiannya.
Weblog Afundi Online Sekarang !: http://www.afundi.com/weblog.php
Penasihat Residen
Encik Julian Kennedy masih kelihatan kaku dan tidak berapa serasi dengan para pelajar Akademi Fantasia. Kemahiran berbahasa beliau juga agak kekok. Seringkali beliau berbicara dengan bahasa Inggeris. Tidak salah, jika para pelajar lain dapat berinteraksi dengan beliau dengan bahasa Inggeris juga. Sekurang-kurangnya kemahiran berbahasa pelajar dapat ditingkatkan.
Mas dan Permata Biru
Mas berusaha gigih untuk menghafal lagu Permata Biru. Rakan-rakannya turut membantu. Saya lihat Zahid sudi menghulurkan bantuan kepadanya. Sifat Zahid yang agak selamba cuba untuk meredakan keresahan Mas. Cuba juga beliau membuat lawak dan Mas juga cuba untuk menjawab jenaka tersebut. Kelihatan agak tawar dan tidak ikhlas kerana beliau keresahan.
Anding turut membantu Mas dengan memberitahunya tentang cara beliau menghafal lagu. Caranya ialah beliau menyanyi berulang-ulang kali sehingga melodi lagu tersebut masuk ke dalam kepala. Beliau akan menyanyikan lagu tersebut sehingga sudah biasa. Itu cara menghafal yang bagus. Mas boleh mempraktikkannya.
Forum Komuniti Online Sekarang !: http://www.afundi.com/komuniti
Siti Hajar dan Pelajar
Zahid agak bagus membawakan lagu tersebut. Cuma perlu lebih bersemangat. Zahid nampak seperti tidak bermaya dan menunjukkan semangat yang kuat untuk membawakan lagu tersebut. Beliau agak selamba mungkin selesa dengan lagu tersebut.
Edlin juga sudah menampakkan perubahan pada mutu vokal beliau. Beliau perlu memperbaiki mutu persembahannya pula. Lagu rancak itu memerlukan beliau menari. Selepas ini bolehlah mempelajari koreografinya pula.
Adam masih berada di takuk yang lama, atau lebih mudah jika saya katakan Adam semakin menyimpang jauh. Lagu tersebut adalah sebuah lagu yang mudah tetapi telah diberatkan oleh Adam. Keynya sengaja ditinggikan dan beliau kelihatan sukar di bahagian tinggi. Teknik pernafasan beliau dan kawalan vokal perlu dipelajari dengan lebih tekun oleh beliau untuk terus berjaya.
Kaer semakin selesa dengan lagu tersebut. Pada ketika ini, beliau telah banyak membuat perubahan pada lagu tersebut. Beliau berani bereksperimen terhadap lagu tersebut. Berani untuk mencipta kelainan pada lagu tersebut.
AFChat Sekarang !: http://www.technerd.net/ircstats/channelspy.php
Koreografi
Memang sukar. Gerakan yang pantas dan tajam amat memerlukan pemikiran yang fokus untuk menghafal langkah koreografi tarian. Saya akui memang sukar terutamanya dalam masa yang semakin singkat. Lebih-lebih lagi Corrie merupakan seorang guru yang agak tegas dan bersifat perfectionist. Lebih menyukarkan kepada para pelajar.
Penasihat Residen Perempuan
Seperti Julian, beliau juga kelihatan kaku di hadapan kamera. Sesetengah pelajar lebih hebat di kamera berbanding beliau. Khabarnya Farah mengetuai kumpulan pelajar perempuan minggu ini. Beliau perlu untuk menjaga kebajikan pelajar lain terutamanya dalam soal laundry.
Saya puji kecekalan Mas berusaha gigih untuk lagu tersebut. Beliau saya akui dalam kerinduan. Wajahnya kosong. Tuturkatanya jelas hanya sekadar menyedapkan hati. Beliau seharusnya lebih berkeyakinan tinggi untuk menempuh cabaran pertama ini. Jika Mas menganggap menghafal lagu satu masalah besar, beliau perlu menempuh satu lagi halangan besar dalam menghafal koreografi tarian. Beliau perlu lebih cekal dan bersemangat waja.
Setakat 11.58 malam, kosong AFUNDI. Semangat saya masih kuat !
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 2
oleh Nizam Zakaria
Gundutz ketawa sendiri di hadapan komputernya. Kak Leha kerani yang sedang duduk di hadapannya jeling-jeling. Dia tak paham kenapa Gundutz mengilai seperti kucing yang dipijak ekornya, sedangkan kerjanya sebagai kerani pentadbiran bukannya kelakar sangat.
Di tempat kerjanya, Gundutz masuk ke dalam sebuah forum dalam Internet yang terkenal sebagai tempat untuk mencari gosip-gosip terbaru para artis. Dalam forum-forum seperti ini lah, tempat yang terbaik untuk mengumpat, tabur fitnah, melepaskan geram, meluahkan perasaan tidak puas hati dan pusat terapi Internet bagi mereka yang tak cukup wang untuk mendapatkan perkhidmatan pakar sakit jiwa profesional.
Dalam Forum ini, Gundutz terkekeh-kekeh membaca tajuk gosip terbaru: “Siapa Peserta AI Lelaki Ditemani "Boyfriend"?” Kini timbul pula kontroversi mengenai Indra – satu perkara yang sudah lama diketahui Gundutz melalui pengamatan sendiri, tetapi sibuk diperkatakan dalam forum ini seolah-olah ia adalah penemuan terbesar manusia selepas manusia mula-mula memijak kaki mereka di atas permukaan bulan :
Siapa Peserta AI Lelaki Ditemani "Boyfriend"?
Ni.. sebelum nenek nak menggosip ni... nenek nak terangkan sikit... Tajuk gossip ni " Peserta AI Lelaki Ditemani "Boyfriend"?. Tu korang nampak tak tanda soal tu? (?????). Hah, kalau korang pass SPM dulu korang tau kan maknanya??? Maknanya, kesahihan gossip ini masih boleh dipertikaikan.
Nenek pun masih ragu-ragu lagi samada nak gossip atau tak.. apa kata kalau nenek buat teka teki jerr? (Hah.. mesti ramai yang mengamuk tuu).. Teka teki lagi!!!!!
Apa-apa pun (kata Azizi AI), nenek nak cerita juga. Ni pasal sorang peserta AI2 la. Jantan ni nampak macho kalau tengok luar tu... Tapi menurut "ahli nujum" nenek (Macam Zubir pulak nenek ni ye?), jantan ni mempunyai 'boyfriend"!!!!
Hari tu, adalah sumber-sumber nenek ni pi audition sekali dengan budak AI ni, katonya dier nampak budak AI ni pi audition ditemani sorang jantan dengan "kemesraan yang melampau"... Errkk.. Tak berani nenek nak gossip lebih-lebih.
Betui atau tak tu..tak pastilah pulak......
Nenek permisi dulu...
Nenek Kebayan
Gundutz mengamati pula gambar Indra yang dikatakan mesra bersama “teman lelaki”nya yang ada disertakan di dalam forum yang sama. Gundutz mencebik benci. Gundutz benci, tetapi gambar itu ditatapnya lama-lama.
Abang Besar: Azmil, hari ini ada assignment baru untuk you. Kita ada strategi baru untuk damage control si Indra tu. You saw the memo we sent you this morning, kan? Jadi, kita akan cuba ambil footage dia dengan mana-mana peserta wanita, kita akan cuba jadikan mereka couple. You cakap jer “Bunga Bunga Cinta” mula berputik or something like that. Alah, you know lah Malaysian viewers will go for this kind of crap. You feed them with nonsense also they will think it's for real. Boleh yer Azmil!
Err... What do you mean you want that boy's phone number?
Kakak Besar: Azmil, hari ini kitaorang nak bagi surprise kat para pelajar. Kita orang nak hadiahkan mereka alat timbang berat. Ye lah, bukan semua orang dilahirkan ala-ala “figuah” macam you. Bukannya apa nok, kalau chubby sangat nanti, macam mana orang nak minat. Lagipun, kuota chubs kita dan penuh, si Boboy tu pun dah cukup. Ye lah, tahun lepas si Normah yang berisi sikit tu pun orang dah jadikan isu! Pelajar-pelajar perempuan semua kena kurus-kurus, macam si Fyrul tu. Oh dear! I selalu terlupa si Fyrul tu pelajar Lelaki. Ye lah, with all that fashion design thingee and him going to the audition half drag pakai kimono, I keep on forgetting. Thanks for reminding me, Azmil!
Zurina terasa penat setelah melakukan latihan menari dengan Guru Seni Koreografi, Carey. Langkah-langkah tarian yang diajar oleh Carey terlalu pantas dan rumit baginya, walaupun beliau adalah seorang pandai menari tarian tradisional. Zurina walau bagaimanapun, mampu mengingati langkah-langkah tarian yang telah diajar dengan pantas, jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain.
Dara sebagai contoh, mengalami masalah yang besar untuk mengikuti kelas tarian. Staminanya rendah. Belum sampai sepuluh minit menari, dia sudah tercungap-cungap. Tetapi dia terus gigih untuk berlatih. Langsung dia tidak mengadu kepada sesiapapun tentang masalahnya ini, kecuali kepada Indra sewaktu mereka sedang sibuk mencuci pinggan bersama.
“You pandai menari lah.” Puji Dara dengan perlahan kepada Indra. Kalau boleh, dia tidak mahu sesiapapun tahu akan perbualannya ini dengan Indra.
“I biasa aja.” Ujar Indra. Dia menjeling ke arah cermin untuk memastikan rambutnya yang tercacak-cacak dan yang perlu digel serta didandan selama 15 minit itu tetap “maintain” rapi. “I cuba belajar mana yang patut. Tapi badan I sakit-sakit lah.”
“Samalah macam I!” Kening Dara terkerut manja. “Lelaki macam you pun sakit-sakit jugak ke? Lembutlah you ni” Seloroh Dara sengaja mahu berjenaka.
“Memanglah I lembut!” Jawab Indra dengan spontan dan bersahaja.
“Ermm...” Dara tidak dapat menyambung lagi. Dia tersenyum tawar. Dia tidak menyangka akan menerima jawapan tersebut dari Indra. Dara kemudian hanya mampu terus berdiam sambil memerhatikan Indra yang terus membasuh pinggan dengan tekun.
Selepas selesai membasuh pinggan, Indra terus pergi ke ruang rehat. Dia ingin berlatih menyanyi lagi. Dia mempunyai masalah dengan alat pemain cekera padatnya. Ada sahaja yang tidak kena.
“Kenapa tu?” Tanya Zurina sewaktu melihat Indra menggaru-garu dahinya (dia tak boleh garu kepalanya kerana set rambutnya kena sentiasa “maintain”).
“Entah... something wrong dengan CD player ni.” Jawab Indra sambil memandang tepat kepada Zurina.
Zurina mengambil alat pemain cekera padat itu dari Indra. Dia memerhatikannya betul-betul. Dia mendapati Indra tidak memprogramkan alatnya dengan betul. “Begini caranya. You tekan butang ini, nanti bassnya akan kuat sikit. Kalau you set kat sini pula, dengan tekan butang ni, lagu yang you pilih ini akan repeat sendiri.”
Indra senyum sambil mengucapkan terima kasih kepada Zurina. Zurina pula membalas senyumannya dengan ikhlas.
Pada waktu itu, entah mengapa, Zurina teringatkan pula kepada bekas kekasihnya, Khairi, bekas pelajar Akademi Impiana pada musim lepas. Khairi telah meninggalkannya setelah beliau keluar dari Akademi Impiana sebagai pemenang tempat kedua dan mencapai impiannya menjadi seorang artis yang glamor.
Zurina ditinggalkannya begitu sahaja.
Zurina ditinggalkannya begitu sahaja selepas beliau mendapatkan kontrak membuat album. Zurina terus ditinggalkannya apabila beliau dapat dilihat di dalam iklan TV telefon bimbit yang meniru bulat-bulat iklan telekomunikasi yang kedua-duanya menjadi penaja utama Akademi Impiana musim terbaru ini.
Zurina ingat lagi kepedihan hari demi hari yang terpaksa dilaluinya menangis seorang diri mengenangkan nasib yang menimpanya. Zurina merasakan dirinya seperti ditipu. Setelah setia menunggu kepulangan Khairi kepangkuannya, tiba-tiba beliau ditinggalkan begitu sahaja.
Tuhan sahaja dapat merasakan apa yang terpaksa dilaluinya pada Akademi Impiana musim yang lepas ketika Khairi “dijodohkan” dengan Normah, peserta Akademi Impiana yang telah menimbulkan kontroversi yang hebat di seluruh negara setelah beliau disingkirkan dahulu.
Hatinya terasa seperti dihiris-hiris. Jiwanya seperti disiat-siat apabila dia melihat hubungan Khairi yang semakin rapat dengan Normah di kaca TV. Lebih teruk lagi apabila pihak media seolah sengaja membesar-besarkan kisah hubungan kedua pelajar ini.
Banyak kali Zurina tertanya-tanya mengapa Khairi tidak pernah memberitahu kepada penonton dan kepada pihak media bahawa dia sudah berpunya, sedangkan, mereka telah bersama-sama pergi ke sesi uji bakat Akademi Impiana musim pertama (tetapi sayangnya, Zurina tidak terpilih di atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh pihak penganjur). Mereka telah bersama-sama bertungkus lumus untuk memastikan bahawa cita-cita mereka untuk menjadi pasangan glamor bahagia seperti Nurul dan Ajai akan terlaksana kelak.
Tetapi janji hanya tinggal janji. Impian hanya tinggal mimpi. Zurina ditinggalkan Khairi pergi apabila impiannya sendiri dapat dicapainya.
Sejak ditinggalkan, Zurina berjanji kepada dirinya bahawa dia akan melakukan segala-gala yang termampu olehnya untuk memberitahu kepada Khairi bahawa dia juga mampu terkenal tanpanya. Apabila Zurina menerima berita bahawa beliau telah dipilih sebagai pelajar Akademi Impiana yang terbaru, beliau terus yakin bahawa ini adalah satu alamat yang jelas bahawa, saat-saat Khairi merangkak kembali untuk menagih cinta darinya akan tiba juga akhirnya.
Pagi tadi, Zurina telah diberitahu oleh Abang Besar dan Kakak Besar agar merapati Indra. Mereka perlu dilihat kelihatan bersama untuk tujuan promosi rancangan Akademi Impiana. “Penonton suka benda-benda macam ni.” Kata Kakak Besar kepadanya. Zurina akhirnya bersetuju, itu pun setelah berfikir panjang – beliau hanya dapat membuat kata putus setelah Abang Besar menyatakan kepadanya bahawa peluangnya ke peringkat Separuh Akhir akan lebih cerah jika beliau digandingkan dengan Indra.
Zurina terpaksa mengambil sedikit masa untuk berfikir, kerana beliau tahu Indra mempunyai seorang “sahabat” yang rapat dengannya. Zurina sendiri pernah melihat mereka bersama. Kalau boleh, Zurina tidak mahu apa yang pernah dilaluinya ketika beliau bersama dengan Khairi dahulu dilalui oleh “sahabat” Indra. Tetapi Zurina terpaksa melakukannya juga. Kerana Zurina mahu menang.
Zurina ingin buktikan kepada Khairi bahawa beliau juga mampu menjadi terkenal. Beliau juga mampu menjadi lebih glamor dari Normah yang dikatakan digilai oleh Khairi yang “taste”nya berubah meminati gadis-gadis yang montok setelah dia menjadi semakin terkenal...
“Eh nok... ko perasan tak? Kalau nak tahu mana satu bukan gayah antara peponen yang ada ni. Kita tengok jer mana satu yang tak pandai joget.” Getus Gundutz sambil menepuk bahu Timah dengan lembut.
“Macam-macam lah kau ni pondan! Ada jer tak kena tau!” Timah mengomel sambil menjeling.
“Eh, betul apa kata hem ni! You tengok si Fyrul tu, joget tak hengats. Dia ingat BB ke? Siap dengan goyang kepala segala!”
“Kau jeles dengan dia sebab kau sendiri joget berterabur, kan?”
“Hello, hem kalau nak jadi ratu kebaya merangkap ratu joget bila-bila masa jer tau! Kau nak tengok hem joget ke? Hem boleh buktikan sekarang!” Gundutz mula menggerak-gerakkan tangannya dengan penuh longlai seolah sedang memulakan tarian Inang.
“Kuruskan badan kau tu sikit, okay! Baru aku boleh percaya!” bentak Timah. “Tengok macam aku ni... kurus jer!”
“Kau kurus sebab selalu makan hati dengan laki kau mat rempit tu! Dok pinjam duit memanjang! Mesti dia guna nak spedo betina lain, kan?”
“Molot kau memang lahanat kan? Langsung takde insurans!”
“Biasserrrlehhhh! Molot Ratu!”
“Apa-apapun... Perut you tu kempiskan sikit dulu. Diorang tak nak ambik kau jadi peserta AI sebab diorang takut ada wartawan buat cerita AI ambil peserta lelaki bunting. Perut kau kan ala-ala perut pompuan mengandung empat bulan!”
“Choiiii!” Gundutz menepuk bahu Timah dengan manja. “You ingat senang ke nak kuruskan badan? Tengok jer berat Si Boboy tu dulu. Dulu paling ringan berat dia 86. Sekarang terus naik 96. I rasa, bila habis Akademi Impiana ni, mesti berat dia makin naik kan? Ye lah, hari-hari makan jer. Makan sponsor pulak tu!” ujar Gundutz. Dia terus mengunyah-ngunyah keropok ubi Makcik Rahmah yang duduk di tingkat bawah flatnya.
Di dalam kepalanya, Gundutz bercita-cita untuk kuruskan badan. Ye lah, mana tahu jika Akademi Impiana ketiga nanti dia akan dipilih kerana bertubuh kurus seperti Azam dan Fyrul. Tak apa, dia yakin dia boleh melakukannya. Mulai esok, dia akan mula berjogging selepas pulang ke pejabat dan sebelum bermulanya rancangan Akademi Impiana ini bermula.
Kakak Besar: You rasa si John okay ke sebagai Penasihat Residen Lelaki? Bagaimana pula dengan Rosnani?
Abang Besar: They don't have charisma... We have to admit that. Si John tu, asyik-asyik tersasul speaking London. But one thing for sure, dia tak lah se-”motherly” macam Cik Tahar kita tu.
Kakak Besar: And... takdelah diorang nak panggil si John tu “Cik John” pulak lepas ni, kan? He's too damn stiff to be called a “Cik”. I think, lebih-lebih pun dia akan dipanggil: “Encik John”.
Abang Besar: Damn! Now I really miss Cik Tahar. I really like listening to him membebel. So campy one! Macam Richard Simmons on a bad day, kan?
Kakak Besar: I'm sure si John tu tak akan membebel macam Cik Tahar kita. I think we can leave that to Rosnani.
Abang Besar: You think so? I tengok dia pun kaku jer.
Kakak Besar: Tu lah, I dah cakap siang-siang suruh cari candidate yang sewaktu dengan Cik Tahar tu? You tak nak dengar kan? Sekarang apa dah jadi? You know these people are good at what they are doing!
Abang Besar: Hmmm....
Diari Akademi Fantasia 01-03
Kelas Mengempiskan Perut Siti Hajar
Hari ini kelas nada suara jadi kelas mengempiskan perut. Bukannya tidak penting, secara tidak langsung pelajar didedahkan dengan pergerakan tubuh badan dalam menghasilkan vokal yang baik. Tubuh mesti bekerja untuk mengawal pernafasan dan hasilnya bunyi yang baik.
Rahang perlu bekerja untuk menghasilkan suara yang baik. Tetapi pergerakannya bukan kerana dipaksa. Walaupun dibuat dalam keadaan tenang, tenaga juga perlu dikawal.
Penghasilan vokal dan bubbling oleh Adam dan Kaer masih keras, kata beliau.
Mereka juga turut didedahkan dengan cara membaca yang betul. Aktiviti ini penting untuk menghasilkan sebutan yang jelas. Walaupun cara membaca ini nampak pelik tetapi ia penting. Pergerakan rahang dikawal untuk sustain pernafasan dan hasilnya bunyi yang dikeluarkan dari tempat yang betul.
Linda boleh menyanyikan lagu Tak Tahan Lagi dengan baik sekiranya beliau tidak terikat dengan stail penyanyi asal. Placement vocal beliau diperbetulkan oleh Siti Hajar.
Weblog Afundi Online Sekarang !: http://www.afundi.com/weblog.php
Bunga Bunga Cinta ? Tolonglah !
Semangat kerjasama di antara pelajar telah mula ditunjukkan di dalam Akademi Fantasia. Kita dapat melihat Mas mendapatkan bantuan Farah dalam mendapatkan key yang betul dalam nyanyiannya.
Adam masih perlu mencari identitinya yang tersendiri. Jelas saya teringatkan Yusry sewaktu beliau menyanyikan lagu tersebut. Beliau harus ingat nasihat Ramli MS tentang idola. Idola penting untuk semangat, tetapi kita perlu melebihi idola kita sendiri.
Fitri juga mula selesa dengan lagunya. Sudah kedengaran sedikit vokalnya. Berikan beliau sedikit masa untuk meyakinkan saya lagi. Edlin masih kedengaran kasar. Tidak banyak perubahan.
Anding dan Zarina saling tolong-menolong. Inikah bunga-bunga cinta yang dimaksudkan oleh Aznil ? Tolonglah ! Kaer telah berjaya membuktikan dirinya bukan blur seperti yang disangkakan. Beliau mempunyai vokal yang enak didengar. Yang perlu dilihat pada Kaer ialah stail nyanyiannya yang cuba melarikan diri dari identiti penyanyi asalnya. Memang jelas berbeza dengan stail Glenn.
Forum Komuniti Online Sekarang !: http://www.afundi.com/komuniti
Kelas Vokal Adnan Abu Hassan
Linda sudah mula kelihatan konfiden dengan lagunya. Mutu vokalnya sudah mula terserlah. Suaranya agak baik. Adam masih perlu mencipta identiti tersendiri. Vokal beliau baik tetapi masalah beliau ialah identiti. Kaer sudah berjaya mendapatkan stailnya sendiri untuk lagu Januari. Nurul juga telah menghasilkan satu latihan yang agak baik. Zahid masih selamba. Bob mempunyai lenggok vokal yang baik dan mendapat tunjukajar dari Cikgu Adnan.
Susah Gila Koreograf !
Memang saya akui koreografi tarian Menuju Puncak memang sukar. Saya akui itu. Saya dapat melihat pelajar lelaki tidak menghadapi masalah besar dalam menghafal langkah dengan cepat. Ini berbeza dengan Mas. Beliau menghadapi sedikit masalah menghafal langkah. Bukan kerana beliau tidak boleh menari tetapi kerana beliau agak lambat sedikit menghafal gerak tari. Mungkin sebelum ini beliau sudah biasa menari secara berseorangan dan kini menari dalam kumpulan tentunya satu pengalaman yang baru.
AFChat Sekarang !: http://www.technerd.net/ircstats/channelspy.php
Sewaktu kelas tarian atas inisiatif sendiri, Fitri dan Adam akan bertindak sebagai ketua Satu strategi yang baik. Saya dapat melihat Mas cuba sedaya upaya untuk mengikut rakan-rakannya. Zahid pula saya lihat suka bermain-main. Beliau tidak serius sewaktu latihan.
Kaer dan Piano
Satu lagi kelebihan Kaer ialah beliau boleh bermain piano dengan baik. Sama-sama mereka menyanyi lagu Sonata Musim Salju dengan diiringi petikan piano oleh Kaer.
Yahoogroups
Adam
Anding
Bob
Edlin
Farah
Fitri
Kaer
Linda
Mas
Nurul
Zahid
Zarina
Diari Akademi Fantasia 01-02
Informasi Penting untuk Huzz
Informasi penting tentang Akademi Fantasia yang perlu diketahui oleh Huzz iaitu pelajar lelaki dan pelajar perempuan memasuki Akademi Fantasia melalui pintu yang berlainan. Ini membuktikan mereka tinggal berasingan.
Mereka diperkenalkan kepada Encik Julian. Khabarnya Penyelaras. Apa yang diselaraskan pun saya tidak tahu. Tugas-tugasnya menggantikan tugas Encik Baha mungkin.
Selesai bersarapan, mereka perlu berhadapan dengan Pengetua dan tenaga pengajar. Mereka diberikan lagu-lagu untuk Konsert I hujung minggu ini. Sekarang tibalah masa untuk bekerja, kata Ramli MS.
Weblog Afundi Online Sekarang !: http://www.afundi.com/weblog.php
Lagu Baru
Fitri – Jerat oleh Harvey Malaiholo
Anding – Jika Kau Bercinta Lagi oleh Alleycats
Kaer – Januari oleh Glenn
Bob – Wajah Kesayangan Hamba oleh Hail Amir
Zahid – Percayakan Siti oleh Exists
Adam – Jangan Lafazkan oleh KRU
Farah – Seandainya Masih Ada Cinta oleh Dayang Nurfaizah
Zarina – Mencintaimu oleh Kris Dayanti
Edlin – Bintang Hati oleh Amy Mastura
Nurul – Sejak Ku Bertemu Padamu – Sanisah Huri
Mas – Permata Biru oleh Ella
Linda – Tak Tahan Lagi oleh Melly Goeslow
Kesemua pelajar rata-rata mendapat lagu kesukaan mereka. Agak baik untuk menaikkan semangat mereka. Lagipun ini Konsert I, untuk mereka menyesuaikan diri dan membiasakan diri mereka. Kita tunggu konsert-konsert yang akan datang agar mereka dapat diuji dengan lagu-lagu yang bukan kegemaran mereka.
Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengatasi penyanyi asal lagu tersebut. Hanya terdapat satu Siti Nurhaliza, satu Sudirman, satu Jamal Abdillah. Tiada dua di dalam industri seni hiburan. Oleh yang demikian, setiap pelajar perlu menjadi diri sendiri tanpa terikut-ikut gaya penyanyi asal.
Menyanyi dan berlakon adalah seni. Tanpa seni, orang tidak dapat merasainya. Mempersembahkan sebuah persembahan tanpa terikut-ikut gaya penyanyi asal juga satu seni. Secara tidak langsung pelajar memberikan satu warna baru kepada lagu tersebut. Sama ada penonton menerimanya atau menolaknya bergantung kepada bagaimana seni itu dipersembahkan.
Forum Komuniti Online Sekarang !: http://www.afundi.com/komuniti
The Other Side of Ramli MS
Agak janggal melihat gelagat Ramli MS yang mesra untuk didekati. Ini berbeza dengan sifatnya sebelum ini. Nampak perubahan yang agak ketara pada beliau. Tidak nampak fatherly tetapi lebih sebagai seorang kawan. Bob nampaknya sudah macam ada pertalian rapat dengan beliau.
Spontan
Bob mempunyai vokal yang agak merdu. Agak sedap beliau mendendangkan lagu Wajah Kesayangan Hamba. Zahid juga agak selesa mendendangkan lagu Percayakan Siti. Adam perlu mencari identiti sendiri ketika mendendangkan lagu Jangan Lafazkan. Saya sedar beliau meminati KRU, tetapi tidak perlu mengikut gaya KRU menyanyikan lagu tersebut. Pergerakan beliau juga ada iras-iras KRU. Anding kelihatan tidak konfiden menyanyikan lagu Jika Kau Bercinta Lagi. Begitu juga Fitri. Sudah dua kali Fitri gagal meyakinkan saya. Jangan nanti beliau digelar Atie in the making. Kaer mempunyai falsetto yang baik dan lagu Januari merupakan lagu yang diminati oleh beliau. Beliau selesa dengan lagu tersebut.
Vokal Edlin agak kasar dan lagu itu bukanlah lagu yang sesuai untuk beliau. Bintang Hati tidak ceria di tangan beliau. Mas selesa dengan lagu rock tetapi lagu tersebut agak tinggi. Sebelum ini beliau menyanyi tanpa ilmu, diharapkan dengan ilmu yang diperolehi di minggu akan datang, beliau akan mendendangkan lagu Permata Biru dengan baik. Nurul juga mempunyai mutu vokal yang agak baik. Linda mungkin tidak selesa dengan lagu tersebut. Vokal Linda kedengaran ada stail soprano seperti Ning Baizura. Tidak semua lagu sesuai dibawakan oleh beliau. Zarina mula menunjukkan skil beliau. Sedikit tersasar walaupun telah berusaha keras untuk menyanyikan lagu tersebut. Lagu Mencintaimu agak tinggi dan beliau kelihatan over-confident. Farah mendendangkan lagu Seandainya Masih Ada Cinta dengan baik.
AFChat Sekarang !: http://www.technerd.net/ircstats/channelspy.php
Drama
Fauziah Nawi memang agak cenge kata orang Kedah. Garang kata orang Melayu. Adakalanya beliau memotong percakapan pelajar sehingga pelajar tidak sempat menjawab soalan yang diberikan. Adakalanya juga, dia yang soal, dia yang jawab. Tahun ini tenaga-tenaga pengajar agak garang juga dan pernah mempunyai track record memarahi pelajar. Agak bagus untuk pelajar agar mereka sedar tidak mudah untuk menjadi penyanyi.
Modal ibubapa yang digunakan oleh Fauziah Nawi kena kepada Mas. Mas yang datang dari tawau tentunya merasa sedih apabila diperingatkan tentang ibunya di Akademi tersebut. Orang baru pertama kali berjauhan dengan keluarga tentulah teringat-ingat macam pertama kali masuk asrama.
Adam Leads The Dance !
Koreografi Menuju Puncak musim ini agak berbeza dan lebih menarik. Adam mengambil peluang mengetuai rakan-rakannya belajar koreograf lagu tersebut. Satu inisiatif yang baik dan pandai mengambil peluang yang ada.
Kedudukan terkini setakat 10 malam
Adam 16%
Anding 8 %
Bob 5%
Edlin 5%
Farah 5%
Fitri 7%
Kaer 10%
Linda 22%
Mas 6%
Nurul 6%
Zahid 5%
Zarina 5%
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 1
oleh http://nizamzakaria.blogspot.com
Biodata Peserta-peserta Akademi Impiana
Mohd Zaidi Badaruddin ZAIDI 23, Kuala Lumpur
Peminat lagu-lagu "hip hop" yang bermula dengan kompang dan marhaban. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga 5 adik beradik. Seorang yang suka berbual, dan mudah berkawan dengan sesiapa sahaja. Suka bermain bola dan hadiah harijadinya yang paling ideal adalah seekor arnab...
Ahmad Azam b Mohd Seman AZAM 21, Kota Kinabalu, Sabah
Sekali pandang, mungkin akan dianggap sebagai lelaki lembut yang “kekwat” atau sombong. Realitinya beliau seorang yang penyayang, emosi dan berjiwa sentimental. Seorang peminat setia KRU dan mempunyai kumpulan sendiri yang diberi nama "Po n EN", dan beliau bercita-cita besar untuk berjaya dalam bidang hiburan. Anak Bajau ini adalah anak sulung dari 3 adik-beradik. Dia gemar memakai pakaian yang ranggi mengikut fesyen semasa.
Yusri Yusof BOBOY 23, Limbang, Sarawak
Anak pertama dari 3 adik beradik ini sangat manja dengan ibunya. Suka senyum, beliau juga suka bergurau dengan bertepuk tampar. Pandai menulis lirik lagu. Fobianya dengan lipas dan labah-labah dan boleh menjerit-jerit macam perempuan gila jika bertemu dengan kedua-dua serangga ini. Berhasrat untuk menguruskan badan, serta melenyapkan imej lelaki lembutnya ketika dalam Akademi Impian.
Mohd Fyrul Din FYRUL 25, Kuala Lumpur
Seorang yang suka berceloteh serta mencari kenalan melalui Internet. Agak cerewet ketika membeli belah terutamanya ketika membeli kain untuk dibuat baju. Anak ketiga daripada 4 orang adik-beradik ini mempunyai bakat semula jadi dalam hal jahit menjahit, lantas meneruskan minatnya ini dengan mereka pakaian. Pernah mewakili Malaysia sehingga ke Paris, Perancis untuk mengikuti kursus rekaan fesyen 2000. Walaupun lembut, beliau suka menonton acara renang dan ragbi dan gimnastik lelaki.
Nik Khir Nik Hazami KHIR 19, Petaling Jaya, Selangor
Seluruh keluarganya berkecimpung dalam bidang kejuruteraan. Beliau seorang yang sopan ketika makan dan suka ditemani teddy bear atau abang angkatnya ketika tidur. Anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Beliau adalah seorang yang manja dan pemalu terutama kepada orang yang lebih tua darinya. Pernah menjadi johan dalam peraduan melukis di sekolahnya dahulu.
Badin Indrawani Zaidi INDRA 21, Kuching, Sarawak
Anak bongsu dalam keluarga 4 orang ini sangat manja kepada ibunya dan seorang kawan lelakinya, seorang model dan penari sambilan yang dikenalinya melalui chatting. Seorang yang kadang-kala kelihatan tergedik-gedik ini mudah didekati tetapi amat sensitif serta emosi. Sukakan glamer, Indra bercita-cita menjadi seorang penyanyi terkenal.
Dara Zain DARA 19, Kuala Lumpur
Seorang yang peramah dan pandai mengambil hati. Seperti Fyrul, Dara juga seorang peminat setia Pasukan Ragbi Lelaki Kebangsaan. Penulis kegemarannya adalah Huzz. Seorang yang tegas dan berpemikiran terbuka. Anak kedua dari 4 adik beradik. Beliau gemar berkaraoke.
Adlina Abdul Rahman ADLINA 21, Melaka
Anak pertama dari 3 orang adik beradik. Seorang panas baran walaupun kelihatan ayu. Cepat emosi, terutamanya jika ada sesiapa yang bertanyakan kepadanya mengapa wajahnya kelihatan putih terkupas dek terlalu kerap memakai krim pemutih. Berasa bangga kerana satu-satunya pelajar AF yang pernah menuntut di luar negeri. Sangat sensitif dan mudah menangis.
Nur Abd Hamidi NUR 22, Kuching, Sarawak
Wajahnya seiras Fauziah Latif, gayanya semanja Ella. Terlalu manja sehingga nampak mengada-ngada. Pakar memasak telur goreng dan mee segera. Menyimpan impian menjadi seorang diva. Anak sulung dari 6 adik beradik.
Isma Sazali SIA 23, Tawau, Sabah
Walaupun bekerja sepenuh masa membakar sate untuk membantu keluarganya, beliau tetap mempunyai cita-cita besar untuk menjadi pelakon. Seorang yang mesra dan manja, beliau teringin untuk melakonkan watak-watak jahat dalam filem.
Zurina Zainudin ZURINA 20, Johor Bahru
Pandai menyanyi dan menari lagu-lagu tradisional. Seorang yang keras kepala dan panas baran walaupun kelihatan lemah lembut. Suka berkawan dengan sesiapa sahaja tidak kira jantina dan usia. Jika ada masa lapang, beliau suka menonton wayang dan bermain snooker.
Lina Nawawi LINA 21, Ranau, Sabah
Anak kelapan dari 7 orang adik beradik ini menetap di kampung Tudanang, sebuah kawasan pendalaman di Ranau, Sabah. Beliau pandai bermain gitar. Berperwatakan selamba, beliau seorang yang suka bergaul, berkawan dan peramah.
Novel Bersiri Akademi Impiana: Bahagian 1
“Vencissss!” Dilalaknya kuat-kuat. Si Gundutz masih marah. Matanya merah seperti mahu menangis. Pada bulan lepas, dia menunggu-nunggu adiknya, kawan baiknya Timah, guru vokalnya di Cheras dan Mei Lin, tuan punya salon di tempat dia selalu pergi mewarnai rambutnya agar datang kepadanya dan memberitahunya bahawa dia telahpun di pilih sebagai peserta Akademi Impiana.
Selewat tiga minggu yang lepas, apabila Timah menemuinya untuk meminjam duit, Gundutz masih beria-ia menunggu Timah menyerahkan sampul surat yang memberitahu bahawa dia dipilih sebagai peserta Akademi Impiana. Sebelum pergi menemui Timah, Gundutz awal-awal lagi sudah menanguk ke salon Mei Lin untuk memastikan agar warna rambutnya tetap perang dan nampak seperti telah dibuat mengikut teknik rebonding. Apabila dia pergi menemui Timah di warung Pak Hassan yang letaknya berdekatan dengan flatnya di Pandan Indah, matanya melihat-lihat jika ada kamera yang tersembunyi yang akan merakamkan aksi lakonan terkejutnya apabila si Timah memberitahunya bahawa dia ada membawakan berita baik yang bakal merubah hidupnya.
Tetapi, Timah datang dengan tangan kosong pada hari itu. Tak ada kamera tersembunyi. Tidak ada sampul surat misteri. Tidak ada harapan untuknya menjadi glamer. Tidak ada “Jika anda meminati saya, sila SMS, AINDI GUNDUTZ”. Tidak ada. Tidak Ada.
Rupa-rupanya, si Timah sememangnya mahu berjumpa dengannya sebab dia nak pinjam duit darinya untuk beri kepada boyfriendnya, Rahmat - mat rempit dari Gombak yang sedang kesempitan wang itu.
Gundutz kecewa. Sudah entah berapa banyak audition rancangan TV yang disertainya. Mula-mula dia cuba masuk rancangan Bintang RTM. Tetapi tidak berjaya, sebab orang-orang RTM takut melihat dia menyanyi sebijik macam suara Siti Nurhaliza. Kemudian, rancangan Who Will Win pula dicubanya. Tak boleh juga, kerana ada orang Dalam NTV7 kata muka dia ada iras-iras Zaini Ahmad "on a bad hair day and when he's 50 kilograms heavier". Rancangan Audition pula menolaknya mentah-mentah, sebab kuota untuk peserta "lelaki lembut" sudah dipenuhkan (dan mereka masih lagi mencari peserta-peserta lelaki keras yang tidak kunjung tiba). Malaysian Idol tidak mahu menerimanya, tetapi hampir-hampir mahu menjadikannya William Hung versi Malaysia, tetapi tak jadi, kerana takut dituduh meniru konsep Amerika, jadi perkara ini dilupakan sahaja, walaupun Gundutz tak kisah dikenali sebagai "William Hung Malaysia", kerana yang penting baginya, dia boleh jadi terkenal!
“Vencisssss! Hanjengs sangat tau!” Gundutz menjerit-jerit setiap kali promo peserta baru Akademi Impiana ditayangkan di kaca TV...
Abang Besar: Azmil, jangan lupa beritahu kepada penonton bahawa peserta lelaki dan perempuan gunakan pintu berbeza... Tak nak pulak nanti akaq wartawan hiburan kita tu kata peserta lelaki perempuan bercampur gaul tidur sekatil dan sebagainya. Kau tahulah diorang ni kan tak ada kerja lain. Suka saja buat kontroversi tak perlu tu semua. Suka sangat tabur fitnah!
Kakak Besar: Oh ya, Azmil. Boleh tak kalau you jangan pakai your tinted glasses tu on today's show. I dah bagitahu make-up artist suruh touch up your eye bags and use industrial strength foundation on you. Tak nampak lah eye bags you tu nanti. Lepas make-up mampan tu, I'm sure you look like budak baru keluar U. Kalau tergedik-gedik pun tak kisah. Boleh ya, Azmil!
Selepas makan sarapan, Zaidi masuk ke dalam tempat berkumpul. Beberapa peserta lain sudah mencari tempat untuk duduk di ruang tamu. Mereka menunggu masa untuk pengetua Akademi Impiana, Ramlee OS menyerahkan tajuk lagu yang akan dibawa mereka dalam konsert Akademi Impiana yang pertama.
Buat kali pertama, Zaidi melihat pengetuanya melakukan kerjanya pada hari pertama pengajiannya. Pada mulanya, dia memikirkan bahawa pengetuanya yang berasal dari Singapura itu adalah seorang yang garang, tetapi sebaliknya. Rasa hormatnya kepada pengetuanya itu semakin bertambah, walaupun sudah lama dia mengagumi keikhlasan pengetuanya itu ketika memberikan pendapat. Bagi Zaidi, dia lebih suka menerima teguran yang ikhlas dan membina dari pengetuanya itu, dari mendengar komen Pengkritik Tetap Akademi Impiana, Kamsiah Kahar yang hanya tahu memuji memanjang, walaupun pelajar banyak melakukan kesilapan ketika menyanyi.
Kini, satu persatu, nama-nama pelajar dipanggil untuk menerima fail yang terkandung lirik, nota dan CD lagu yang diberikan kepada mereka. Zaidi berdoa agar dia menerima lagu yang senang dibawanya.
Fyrul: Jerat, Harvey Malaiholo
Indra: Jika Kau Bercinta Lagi, Alleycats
Khir: Januari, Glenn
Boboy: Wajah Kesayangan Hamba, Hail Amir
Zaidi: Percayakan Siti, Exists
Azam: Jangan Lafazkan, KRU
Dara: Seandainya Masih Ada Cinta, Dayang Nurfaezah
Zurina: Mencintaimu, Kris Dayanti
Edlina: Bintang Hati, Amy Mastura
Nur: Sejahku Bertemu Padamu, Sanisah Huri
Sia: Permata Biru, Ella
Lina: Tak Tahan Lagi, Melly Goeslow
Zaidi diberi lagu hits Percayakan Siti oleh Exists. Dia tersenyum menerima lagu ini walaupun lagu ini bukanlah lagu kegemarannya. Zaidi berkali-kali memberitahu kepada dirinya bahawa dia akan cuba sedaya mampu untuk membuktikan kepada semua bahawa dia sememangnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.
“Boboy, boleh terai nyanyi lagu you dapat tu? Kita semua nak dengar.” Ujar Ramlee OS kepada Boboy nampak terkejut. Dia tersenyum manja sambil membuka failnya. Dia berdiri di hadapan Ramlee, lantas menyanyikan lagunya.
Boboy tidak dapat menyanyikan lagunya dengan betul. Suaranya, walaupun lunak kedengarannya, masih kurang yakin membawakan lagu lama nyanyian Hail Amir itu.
“Zaidi, cuba you nyanyi pulak.” Ujar Ramlee dengan nada yang tenang. Zaidi mengangguk perlahan walaupun jiwanya gemuruh.
Zaidi cuma menyanyi, tetapi banyak rasanya kesilapan yang dilakukannya ketika menyanyi. Wajahnya sedikit pucat. Dia takut dimarahi, tetapi Ramlee hanya duduk diam sambil mendengar dengan khusyuk. Zaidi rasa serba salah. Setelah selesai menyanyi, dia kembali duduk. Dia tidak berani menatap wajah pelajar-pelajar lain. Lebih-lebih lagi kepada Azam yang dengan penuh yakin menyanyikan lagu KRU yang telah lama dihafalnya itu.
Dalam kelas Puan Ogy Nawawi, para pelajar ditanya jika mereka mempunyai apa-apa masalah dengan lagu yang diberikan kepada mereka. Pelajar-pelajar nampaknya banyak mendiamkan diri mereka. Mereka kelihatan penat. Zaidi tidak mahu menampilkan dirinya seperti pelajar-pelajar lain. Pada pagi itu, Indra sebagai contoh, duduk di tengah-tengah dalam kelas vokal yang dikendalikan oleh Puan Siti Hawa. Dari awal lagi Zaidi sudah dapat melihat bahawa Indra dan Azam seboleh-bolehnya mahu diri mereka menonjol. Zaidi seboleh-bolehnya tidak mahu mempunyai sikap seperti itu. Dia tidak mahu gila glamour. Itu bukan satu perkara yang dicarinya atau tujuan utamanya untuk menjadi pelajar Akademi Impiana.
Di dalam kelas Puan Siti Hawa pagi tadi, banyak juga perkara baru yang Zaidi pelajari. Sebagai contoh, dia dapat melihat bahawa beberapa orang rakannya memang pandai penyanyi, tetapi dari segi teknik, mereka masih mentah lagi. Zaidi suka ke kelas Puan Siti Hawa, walaupun beliau mempunyai reputasi seorang tenaga pengajar yang garang, tetapi tidaklah segarang Puan Ogy yang sedang mengajar kelasnya sekarang...
“Saya tak faham...” Ujar Sia perlahan. Hanya dia sahaja yang berani bertayakan soalan kepada Puan Ogy.
“Apa yang kamu tak faham?” Tanya Puan Ogy tanpa senyum.
“Liriknya... Saya tak faham langsung. Saya takut tak boleh bawak.”
“Apa yang kamu tak fahamkan lagi?” tanya Puan Ogy dengan nada marah. Kemudian dia menyuruh Sia membaca lirik Permata Biru.
Permata biru usah biarkan dirimu
Disaluti lumpur dan debu kota
Permata biru berhati-hatilah selalu
Usah kau lontarkan dirimu ke lembah hina
“Apa lagi kamu tak faham? Benda ni kan senang nak faham!” Mata Puan Ogy terbeliak seketika.
“Saya tidak faham tentang kehidupan kota besar. Saya tak tahu kehidupan di sana.” Jelas Sia dengan ikhlas. Tatkala mendengarkan penjelasan Sia, Zaidi berfikir jauh buat seketika. Sebagai anak kota, dia sendiri tidak pernah mengalami kehidupan jauh di pendalaman. Adakah dia mampu membayangkan dirinya sebagai seorang anak kampung ketika menyanyikan lagu-lagu yang memerlukan penghayatan seorang anak desa? Adakah penghayatan lagu itu penting ketika menyanyi? Perkara ini ingin benar ditanyakannya kepada Puan Ogy, tetapi dia segan. Jadi dia hanya mendiamkan dirinya sahaja pada waktu itu.
“Tapi tak kan lah kamu tak tahu makna lumpur... debu tu semua!” Suara Puan Ogy menyengat. Kemudian dia meneruskan lagi dengan berleter tentang nasihat ibu dan bapa dari kampung kepada anak-anak mereka yang berhijrah ke kota. Sia menangis, walaupun dia bukan peserta pertama yang menangis. Zurina sudah siang-siang lagi sudah menangis sejak pagi tadi dalam kelas Cikgu Fahmah.
“Eh nok, hem meluatz lah tengok pompuan-pompuan ni asyik-asyik menangis. Takde kerja lain ke nok? Takde teknik lain ke yang harus diorang gunakan untuk pancing undi?” tanya Gundutz marah-marah kepada Timah. Tangannya meramas-ramas bantal busuknya dengan perasaan benci.
“Eh rilek lah beb! Diorang nak nangis ke, nak apa ke... tu hak diorang.” Ujar Timah sambil menjeling ke arah jam di dinding. Sekejap lagi dia terpaksa keluar dari rumah Gundutz untuk memulakan shift kerjanya di kilang. Nampaknya, hari-hari dia terpaksa mendengar keluhan si Gundutz semata-mata untuk mengikuti rancangan Akademi Impiana ini.
“Eleh, peserta-peserta Akademi Impiana ni bukannya ada bakatpun. Harapkan muka jer. Dinch taste hem pulak tu!”
“Eh, ramai yang hensem apa?”
“Hello, kalau hensem, kau hengat diorang minat pompuan ke? Nak nak pompuan kilang macam kau!”
"Hek elleh! Aku dah ada bf lah beb!"
"Alah, diorang ni kebanyakkannya adik-adik lah, nok!"
“Aku tak nak dengar ler cakap kau ni, Mengarut jer! Pandai jer nak fitnah orang yang bukan-bukan. Apa-apapun, aku minat kat Fyrul dan Indra. Cute kan diorang!”
“Choiiii lesbian lah kau ni, Timah!” Gundutz menjeling benci. Timah pula buat-buat tak dengar.
Diari Akademi Fantasia 01-01
Dah demam satu Malaysia ? Tekan R di alat kawalan jauh anda untuk kedudukan terkini undian Akademi Fantasia.
Pertama kali di Akademi Fantasia
Inilah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke Akademi Fantasia. Anding kelihatan terkejut dengan reka dalaman bangunan tersebut.
Bob berjalan selamba terlupa untuk bersalam dengan Cikgu Fatimah. Kemudian kembali semula setelah diingatkan oleh Cikgu Fatimah.
Saya suka dengan kata-kata Ramli MS. Kemudahan yang ada di Akademi Fantasia sungguh sempurna. Oleh yang demikian jangan mensia-siakan peluang yang ada. Cuba kita bayangkan, Siti Nurhaliza dahulu sebelum berjaya pun tidak mendapat kemudahan sedemikian rupa. Wajar rasanya pelajar Akademi Fantasia berterima kasih dan membalasnya dengan belajar bersungguh-sungguh untuk mengecap kejayaan di hari-hari akan datang. Yang penting ikut resmi padi.
Mereka kemudiannya di bawa ke Bilik Latihan Vokal. Mereka disuruh duduk dan mencuba kerusi yang ada di situ. Saya suka melihat Adam cepat-cepat memilih kerusi yang paling tengah di hadapan. Ada semangat ingin belajar yang ditunjukkan di situ.
Dapat juga kita melihat latihan vokal mereka walaupun sekejap. Cikgu Siti Hajar berkata para pelajar melakukan dengan mudah tetapi salah. Tidak mengapa, kelas pertama. Banyak yang perlu dipelajari selepas ini. Semua orang boleh menyanyi, tetapi menyanyi dengan teknik, perlulah masuk Akademi Fantasia untuk mempelajarinya.
Di bahagian tengah merupakan ruang untuk latihan tarian dan seni persembahan. Mereka kemudiannya di bawa masuk ke bilik Pengetua. Ramli MS mengingatkan mereka agar menghindari dari masuk ke bilik tersebut.
Hormat
Saya dapat melihat pertalian sudah semakin mesra antara Ramli MS dengan para pelajar. Ramli MS yang kita kenal agak serius sudah boleh dibawa bergurau oleh Bob. Namun demikian sikap hormat masih ditunjukkan oleh para pelajar. Walaupun dalam takut-takut mereka agak berani untuk menceriakan sedikit keadaan. Saya agak respect dengan perwatakan para pelajar Akademi Fantasia kali ini. Agak berani dan mampu membuatkan tenaga pengajar mengikut rentak mereka tetapi masih terkawal. Adakalanya terlalu mengikut kata juga tidak elok.
Menulis Nama
Mereka perlu menulis nama di hadapan dan di belakang. Kaer perlu menghasilkan sesuatu yang baik kerana beliau seorang arkitek.
Pertama kali juga melihat mereka makan bersama. Ada yang pakai tangan dan ada yang pakai sudu dan garfu. Zarina dan Farah makan dengan tangan. Yang lain saya tidak pasti.
Nurul kemudiannya mencuci pinggan, begitu juga Fitri, Adam, Edlin dan Anding. Mengambil inspirasi dari Azza di Akademi Fantasia I.
Murung
Seperti biasa, emosi mereka cuba diuji oleh Cikgu Fatimah. Sesi sebegini memang selalu dijalankan sewaktu Kem Motivasi sebelum SPM. Mereka perlu menutup mata dan kemudiannya akan cuba dibayangkan dengan kesusahkan ibu-bapa, semangat mereka, harapan keluarga, bagaimana susahnya ibu-bapa mencari rezeki, keluarga yang ditinggalkan dan lain-lain lagi.
Zarina menjadi pelajar pertama menangis di Diari Akademi Fantasia. Hampir kesemua pelajar perempuan menangis.
Koreografi Tarian Corrie
Memang susah. Tetapi itu cabaran utama di Akademi Fantasia. Kita dapat lihat satu yang berbeza dari koreografi tarian oleh Linda Jasmi. Agak segar. Saya rasa lebih sukar dari koreografi di Akademi Fantasia I.
Nasihat Corrie mudah sahaja. Jangan malas. Tangan mesti bekerja. Seperti kelas Latihan Vokal, tubuh badan harus bekerja untuk menghasilkan vokal yang baik. Sama juga dengan kelas Tarian. Jangan cuba menipu diri sendiri. Memang perlu cepat tetapi jangan menipu. Lagipun baru hari pertama, banyak yang perlu dihafal. Terlalu awal untuk dinilai.
Tirai Akademi Fantasia II
Dalam episod kali ini, para penonton dibawa melawat ke banglo Akademi Fantasia. Menggunakan warna korporat Akademi Fantasia iaitu biru dan kuning, banglo tersebut masih dalam proses pengubahsuaian. Banglo tersebut terletak di Country Heights Kajang. Kagum melihat banglo tersebut.
Penonton juga dibawa melihat sewaktu hari Pendaftaran iaitu pada 22 Mei 2004.
Saya amat kagum melihat rekabentuk banglo tersebut termasuk rekaan dalamannya. Amat menakjubkan. Segala-galanya ditaja tidak seperti di Akademi Fantasia musim pertama. Di Akademi Fantasia II, para penaja datang seperti air. Sehingga sabun mandi juga ditaja.
Seperti OPs OPHELIA, saya amat mengharapkan para penaja akan datang semasa OPs II dan yang paling utama ialah sewaktu OPs III di Singapura nanti. Yang penting, para pelakon dan tenaga produksi OPs OPHELIA perlu mempersembahkan sebuah persembahan yang gemilang bermula minggu hadapan iaitu 16-27 Jun.
Reality TV vs Reality Online: OPs OPHELIA: A Fashion Opera
Bilik latihan vokal berkonsepkan warna merah, manakala bilik diskusi berwarna kuning. Manakala bilik latihan tarian berwarna biru. Yang menarik, bilik-bilik tersebut banyak cermin untuk memudahkan sesi rakaman dijalankan. Ada hidden-camera yang akan diletakkan di belakang cermin-cermin tersebut. Bilik Pengetua pula berkonsepkan kayu. Agak antik. Dewan makan berlatarkan warna hijau dan biru turqoise. Ruang tamu Akademi Fantasia berlatarkan warna kuning cair. Yang menarik ada satu ruang lepak yang ditaja oleh Coke.
Bilik tidur lelaki berlatarkan warna jingga dan bilik perempuan berlatarkan warna biru.
Sesi fotografi untuk tujuan promosi telah pun dijalankan. Rata-rata mereka bergaya di hadapan kamera dengan baik. Sementara itu, pemeriksaan kesihatan juga telah dijalankan di Subang Jaya Medical Centre.
Pelajar-pelajar tersebut kemudiannya dibawa membeli-belah dan ke Putrajaya. Acara ke Berjaya Times Square benar-benar menarik saya ke sana. Saya sendiri belum pernah sampai ke pusat membeli-belah terbaru di Kuala Lumpur itu. Teringin juga nak naik roller-coaster yang ada di situ. Zarina sampai muntah dan Nurul serta Edlin sampai menangis. Mesti ada sesuatu yang menarik di situ. Amacam PFS dan kawans, berani ?
Para pelajar juga diperkenalkan dengan tenaga pengajar di Akademi Fantasia. Mereka terdiri dari Adnan Abu Hassan, Fatimah Abu Bakar, Linda Jasmine, Siti Hajar, Corrie Lee, Dr Sher Kawi dan Pengetua AF Ramli MS.
Yang pertama kali penonton kenal ialah Roslina Hassan iaitu Penasihat Residen. Tidak saya ketahui sama ada beliau juga merupakan Penasihat Residen untuk pelajar lelaki atau pun hanya untuk pelajar perempuan.
Mereka juga turut didedahkan dengan prosedur teknikal yang melibatkan produksi sesebuah rancangan. Mereka diajar cara-cara menggunakan pembesar suara dan proses penyelenggaraannya.
Mereka juga diperkenalkan dengan Ketua Solekan dan Busana ASTRO untuk sesi pengenalan tentang cara-cara berpakaian.
Mulai esok, demam kembali. Menuju Puncak !
Tanda-Tanda Demam Akademi Fantasia Anda Kembali
1. Tergerak hati ingin mengecat rumah anda dengan warna-warna terang seperti banglo Akademi Fantasia
2. Tergerak hati ingin mencuba roller-coaster di Berjaya Times Square.
Trek Selebriti
Semalam merupakan kali pertama saya mendengar mereka menyanyi dan juga melihat sedikit perwatakan mereka.
Ada di antara mereka yang masih malu-malu dengan kamera, ada di antara mereka yang terlalu friendly dengan kamera. Juga dilihat yang sudah mempunyai teman rapat. Ada juga yang berusaha keras untuk menonjolkan diri. Secara keseluruhan mereka sudah mengetahui tujuan pertandingan ini. Oleh yang demikian, strategi penonjolan diri juga perlu untuk memastikan kemenangan mereka.
Kaer
Saya nampak beliau seorang yang masih mengawal diri. “Reserved” Tidak terlalu menonjolkan diri. Seperti Adifashla dalam Akademi Fantasia musim lalu. Beliau perlu melakukan sesuatu untuk mengumpan undi penonton. Kata beliau, sewaktu mendiamkan diri, beliau berfikir. Beliau lebih suka berfikir. Saya gemarkan personaliti yang agak pendiam.
Personaliti 4/5 bintang
Persembahan 3/5 bintang
Farah
Saya kira persembahan singkat beliau semalam agak hebat. Saya suka mendengarnya. Saya nampak ada kelainan dalam persembahan beliau.
Personaliti 4/5 bintang
Persembahan 5/5 bintang
Zahid
Perwatakan beliau agak selamba. Beliau juga harus memikirkan cara yang betul menjawab soalan. Jawapan yang silap adakalanya membawa interpretasi berbeza kepada penonton. Beliau menggemari imej rappers dan suka kepada lagu berentak rock. Saya suka mendengar beliau menyanyi lagu rock. Ada karisma.
Personaliti 4.5/5 bintang
Persembahan 4/5 bintang
Nurul
Saya tdak gemar seseorang yang kuat menangis. Dan Nurul ialah orangnya. Sama seperti Nana dahulu, memang saya tidak gemarkan sifat tersebut. Walau sebagaimana jujur pun tangisan itu tetap dianggap bertujuan mengumpan undi penonton.
Personaliti 1/5 bintang
Persembahan 3/5 bintang
Fitri
Saya kasihan melihat beliau. Beliau banyak mengawal dirinya di hadapan kamera. Saya melihat beliau sama seperti Azizi di tahun lepas. Rakan-rakan Azizi sendiri telah menyatakan bahawa sikap Azizi di Akademi amat berbeza dengan sikapnya di banglo. Saya pasti inilah yang akan terjadi kepada Fitri. Beliau perlu membuktikan bakat nyanyiannya sama hebat untuk menukat persepsi penonton.
Personaliti 1/5 bintang
Persembahan 1/5 bintang
Linda
Beliau amat berbakat. Datang dari jauh untuk mengejar impian menjadi realiti. Beliau akan mendapat undi yang agak tinggi jika faktor simpati menjadi taruhan. Saya mengandaikan beliau sama seperti Siti Nurhaliza. Bakal seorang penyanyi yang datang dari pedalaman, semata-mata untuk mencari rezeki dengan menjadi penyanyi. Bakat nyanyian beliau juga agak berlainan dari peserta lain. Selain daripada itu, bakat bermain gitar juga menjadi kelebihan kepada beliau.
Personaliti 5/5 bintang
Persembahan 5/5 bintang
Adam
Kali pertama melihat beliau di Tirai Akademi I, saya tidak berapa menyukainya. Setelah melihat dalam Tirai Akademi II, saya sudah mula dapat menerimanya. Beliau juga sama seperti Kaer yang agak reserved dan pendiam. Bakat beliau rapping agak bagus. Kepetahan beliau menyanyikan lagu bahasa Inggeris juga nampak ada kelainan.
Personaliti 3.5/5 bintang
Persembahan 4.5/5 bintang
Mas
Wajah kampungnya nyata boleh mengumpan undi penonton. Jika dijual modal pengipas sate, pasti laku. Melihat montaj AF, saya suka dengan gaya beliau menari. Jelas selamba dan konfiden. Itu saya rasa kelainan beliau. Beliau perlu banyak bergaul dengan rakan-rakan yang lain.
Personaliti 3/5 bintang
Persembahan 2/5 bintang
Anding
Beliau sering tampil dengan pakaian yang unik dan berbeza setiap kali di hadapan kamera. Ada sahaja stail yang ingin ditunjukkan. Dari segi personaliti, saya masih kurang menggemarinya.
Personaliti 3/5 bintang
Persembahan 2/5 bintang
Zarina
Beliau harus mencari identitinya sendiri. Cara nyanyiannya tampak jelas meniru Kris Dayanti. Pertama kali saya mendengar lagu tersebut saya sudah dapat mengagak bunyinya. Apabila melihat gaya pertuturannya dan gaya percakapannya ada iras-iras Khai. Wajahnya juga tersilap pandang ada seperti Rosma.
Personaliti 4/5 bintang
Persembahan 3.5/5 bintang
Bob
Sama seperti Fitri, Bob menghadapi masalah yang sama. Bezanya Bob tidak terlalu mengawal diri seperti Fitri. Bob agak berani mati. Jenis yang agak selamba. Tetapi beliau tidak perlu terlalu menonjolkan diri. Mungkin sedar akan kekurangan yang ada pada dirinya.
Personaliti 3.5/5 bintang
Persembahan 4/5 bintang
Edlin
Saya akui nyanyian beliau hebat. Personaliti beliau juga masih belum ada identiti tersendiri. Beliau perlu mengurangkan tangisan untuk mendapatkan undi. Bakat nyanyian beliau sahaja sudah mencukupi. Saya terpesona dengan nyanyian beliau.
Personaliti 4/5 bintang
Persembahan 4/5 bintang
Pandangan Pertama SM
Linda 5/5
Farah 5/5
Adam 4.5/5
Edlin 4/5
Bob 4/5
Zahid 4/5
Zarina 3.5/5
Nurul 3/5
Kaer 3/5
Mas 2/5
Anding 2/5
Fitri 1/5
Disclaimer: Akan berubah setelah melihat persembahan mereka kelak. Maaf sekiranya tidak menepati selera anda kerana ini selera pertama saya. Adakalanya pembaca tidak faham dan berkeras mahu saya mengikut selera mereka.
AF2: Sekilas Pandang (Sesudah Tirai AF2)
oleh http://javardkent.blog-city.com/
Sepanjang hujung minggu lepas Javard berpeluang mengenali ke12 peserta AF2 dengan lebih baik lagi melalui Trek Selebriti dan Tirai AF. Puas hati jugak ah sebab dapat mengenali peserta dengan lebih mendalam dan dapat merubah persepsi awal javard.
Javard tidak menyenaraikan nama setiap peserta berdasarkan kedudukan sebaliknya setiap minggu Javard akan membahagikan mereka kepada tiga zon iaitu Zon Selamat, Zon Tengah dan Zon Bahaya.
ZON SELAMAT
Zon selamat ini selalunya menonjolkan kecemerlangan pelajar. Jikalau pelajar berjaya menonjolkan kelainan dan kehebatan, mereka akan di kategorikan di bawah kategori ini.
Linda
Bagi javard Linda adalah seorang peserta yang cemerlang. A Good package, good voice control dan boleh membawakan lagu yang berbahasa asing. Mungkin terlalu awal tapi Javard dapat rasakan dia antara early favourites. Kedudukan beliau di perkukuhkan lagi dengan sokongan Kampung beliau dan asal-usul beliau. Linda tak akan terkeluar minggu pertama.
Zahid
Mungkin ramai yang terkejut Zahid di letakkan sebagai Zon selamat tapi dalam rancangan Tirai, Zahid kelihatan bergaul dengan ramai peserta. Walaupun dia kelihatan urban, dia nampak seorang yang ikhlas nak menyanyi. Imej rapper beliau di sulami dengan pengalaman nasyid beliau mungkin works for the audience. Zahid belum buat orang benci beliau. segmen hos bersama Farah itu di lakukan beliau dengan baik.
ZON TENGAH
Kategori ini akan meliputi pelajar yang melakukan persembahan yang baik tetapi gagal menyerlah. Namun kedudukan pelajar selamat kerana ada peserta lain yang gagal memberikan yang terbaik.
Fitri
Javard mungkin akan categorize Fitri sebagai seorang metroseksual tetapi sebagai seorang fesyen designer, Fitri kelihatan agak selebet dari segi pakaian. Kerana ketidak kemasan itu, Fitri kelihatan terlalu normal dan gagal menyerlah minggu ini. Tapi saya rasa Fitri bukan di paras bahaya sebab glongan peminat beliau masih besar.Keistimewaan Fitri adalah his imej jadi beliau perlu tonjolkan imej itu.
Farah
Farah tak menyerlah sangat. This is good. Awal-awal ‘fly under the radar’. Jangan tunjuk berlagak sangat. Tapi ramai dah dengar suara dia yang agak merdu. Farah kena lebih menonjol sikit sebab takut Farah ni senang di lupakan.
Adam
Adam ni cool. An excellent rapper. Kalau dia dapat rap macam tu dalam AF, Kudsia Kahar memang akan salute diction beliau. Masih nampak malu-malu tapi ini bagus supaya orang tak benci.
selanjutnya di http://javardkent.blog-city.com/
AF2: Keikhlasanmu
oleh http://javardkent.blog-city.com/
Dalam segala show yang Javard tontoni, tak pernah lagi Javard tengok crowd yang segila Akademi Fantasia. Hubungan peserta dengan penonton hanya melalui persembahan dan perwatakan one sided telah berjaya menghubungkan penonton kepada peserta. Kenapa kita jadi gila sangat bila menonton. Kenapa kita menangis bila menonton. Connection dan chemistry itu wujud tanpa perlu ada direct communication. Inilah namanya social interaction theory. Seolah-olah Vince dulu kawan kita, seolah-olah nija itu adik bongsu kita.
Tak pernah ada rancangan televisyen yang berjaya melakukan ini. Kejayaan AF adalah kerana penonton. Ramalan Javard, musim ke-2 ini tak akan gagal kerana build-up demam rancangan ini memang antara yang paling hebat pernah javard lihat. Lagi-lagi penonton nak, Astro buat penonton menanti, mengidam dan bermimpi bilakah AF2 akan kembali. Astro telah mendahagakan kita kerana mereka perlu memfranchisekan rancangan ini dgn baik. Jikalau AF2 telah dimulakan terus selepas AF pertama dahulu, demamnya tak mungkin sama dan kebosanan pula akan berlaku. Jadi apa yang di praktikkan oleh AF Indosiar tak semestinya merupakan langkah yang terbaik. Rancangan Survivor yang menjadi kegilaan dunia dulu kian hilang taringnya dan musibah ini pasti akan berlaku jikalau Astro tidak ‘create the wants’. Permainan melambatkan proses ini akan menjadikan penonton semakin liar dan rakus apabila mengundi esok.
Penonton AF terlalu istimewa. Yang ingin javard ucapkan terima kasih adalah kepada keluarga Vince yang memulakan fenomena membawa Sepanduk . Sepanduk ini mungkin hanyalah di anggap sebagai penyeri sahaja namun efek sepanduk ini dari awal mungkin menjadi factor motivasi yang cukup kuat kepada peserta. Keluarga Vince di awal konsert pertama dulu telah membawa sepanduk yang cukup adil mengucapkan good luck dan congratulations kepada kesemua peserta dan nama setiap individu di letakkan. Ini menjadi motivating factor. Selepas itu kelihatan keluarga Burn dan nana turut serta menjadikan fenomena kian berkekalan. Keluarga Nija dari sekadar sekeping kertas fotostat telah bertukar menjadi ‘bunting’ yang di tempah khas lagi.
selanjutnya di http://javardkent.blog-city.com/
Rumah mewah AF
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
BERSEDIA...Ketua Program Astro, Zainir Aminullah dan Sufian yakin AF musim kedua lebih menarik
MELIHAT kediaman baru para pelajar Akademi Fantasia musim kedua yang akan mula dihuni pada hari ini (5 Jun), ramai wartawan melahirkan rasa kekaguman mereka.
Banglo yang terletak di Kajang Country Heights, Sungai Ramal, Selangor itu diubah suai dengan belanja berjumlah RM200,000. Bangunan tersebut asalnya milik Australian International School, sudah ditinggalkan lebih setahun lalu.
Pada rancangan musim pertama, para pelajar AF ditempatkan di dua banglo mewah terletak di Mines Resort, Seri Kembangan. Sebuah banglo untuk pelajar lelaki dan satu lagi untuk pelajar perempuan.
Walaupun cantik dan selesa namun ia tidak sehebat penempatan baru yang lebih besar dan dilengkapi kemudahan lain seperti surau, bilik perjumpaan guru, bilik pengetua, ruang kelas tarian dan seni persembahan yang besarnya separuh padang bola sepak juga gimnasium mini.
Tidak cukup dengan itu, AF musim kedua juga bertuah kerana banyak penajaan yang diterima daripada perabot, hiasan rumah sehinggalah kepada sabun mandian.
Terdengar juga ada antara rakan wartawan berbisik, jika peserta kali ini tidak berterima kasih kepada pihak Astro atau bersikap meminta-minta, mereka tidak pandai bersyukur dan menghargai pengorbanan yang cuba dibuat oleh penerbit rancangan itu.
Malah ada yang melahirkan pendapat kepada Penerbit Eksekutif Akademi Fantasia, Sofian Abd Rahman dan Shahila Harun Shah bahawa produksi rancangan itu terlalu memanjakan para peserta sedangkan mereka belum lagi bergelar artis.
CANTIK...banglo mewah AF yang siap diubah suai
Selain tajaan yang disenaraikan di atas, peserta terpilih hanya dibenarkan membawa sebuah beg kecil ke rumah baru mereka kerana kelengkapan seperti kasut, baju dan keperluan lain turut disediakan memandangkan banyak pihak sudah memberikan persetujuan untuk menaja.
“Saya percaya apabila mereka tersingkir daripada rancangan ini, peserta akan membawa pulang tiga hingga empat beg. Kami juga membayar elaun kepada peserta jika mereka mahu membeli keperluan lain,” jelas Sofian kepada wartawan yang dibawa khas untuk melihat sekeliling kediaman.
Bercerita mengenai penempatan baru itu, jelas Sofian sewaktu mereka menemui rumah itu, keadaannya begitu buruk kerana dibiarkan begitu lama. Perbelanjaan besar dikeluarkan untuk membaik pulih dan membina ruang yang diperlukan.
“Bukan kami memanjakan para peserta sebaliknya ia keperluan kepada mereka. Para pelajar perlu berada di dalam keadaan selesa. Dan kelebihan yang diperoleh ini adalah rezeki mereka juga.
“Pengubahsuaian kediaman ini mengambil masa tiga minggu, bermula daripada tawaran tender, kerja pembersihan sehinggalah kepada pemasangan dinding, cat dan hiasan dalaman,” jelasnya ringkas.
LENGKAP...sebahagian perabot di ruang tamu ditaja
Gambar ZAHARIN HAYON.
Namun kali ini pelajar lelaki dan perempuan akan ditempatkan dalam satu rumah dan tingkat yang sama, bagaimanapun ia dipisahkan oleh dinding dan pintu siap dikunci rapi.
Kedua-dua asrama itu menggunakan pintu dan tangga keluar masuk berasingan, manakala tingkap telah dipasang jeriji dan dilapisi skrin filem lut sinar. Astro juga melantik syarikat pengawal keselamatan khas untuk menjaga keselamatan peserta.
Menyentuh tentang proses kerja-kerja rakaman, jelas Sofian segalanya akan bermula sebaik saja pelajar masuk ke dalam kediaman baru. Seramai 25 orang krew akan bertugas seawal jam 7 pagi sehingga 10 malam. Dan dalam satu-satu masa seramai 50 hingga 70 tenaga pekerja akan diperlukan.
“Bagi memantapkan lagi rancangan ini pihak Astro telah menambah 12 lagi buah kamera yang dibeli dari Australia untuk diletakkan di setiap ruang bagi merakamkan gelagat para pelajar.
“Kami beroperasi di dalam empat bilik utama di ruang ‘basement’ iaitu bilik kawalan, bilik audio, hos links di mana penggambaran segmen hos dijalankan dan bilik solek juga pakaian,” ujarnya.
KEMAS...suasana dalam bilik tidur peserta perempuan
Akademi Fantasia musim kedua yang diterbitkan oleh stesen televisyen berbayar Astro akan mula disiarkan menerusi saluran Astro Ria sehari selepas para pelajar mendaftarkan diri ke kediaman baru mereka (6 April).
Jika pada musim pertama rancangan Diari Akadami hanya disiarkan sekali iaitu jam 8.00 malam dan ulangannya jam 11.30 malam, tetapi kali ini ia disiarkan sebanyak dua kali bermula jam 12.00 tengah hari dan 8.00 malam. Ulangan kedua-dua Diari itu boleh ditonton pada jam 11.30 hingga 12.30 malam.
Harian Metro
Memori Akademi Fantasia 05
Tiada nasihat yang paling beharga kepada para pelajar Akademi Fantasia kecuali nasihat dari tenaga pengajar. Saban hari kita melihat kemesraan, kesedihan yang datang dari Akademi Fantasia.
Weblog Afundi Online Sekarang !: http://www.afundi.com/weblog.php
Terus Mencari Ilmu
Mereka diingatkan agar terus mencari ilmu. Dunia semakin luas. Apa yang ada di luar sebenarnya lebih banyak. Cabaran yang ada di luar sebenarnya lebih hebat. Mereka sedar atau tidak. Apa yang mereka tempuhi sekarang hanya kecil sahaja berbanding apa yang ada di luar sana. Mereka sendiri tidak menyedari akan fenomena luar biasa yang berlaku di luar sana setelah terkurung selama sembilan minggu. Tanpa mengetahui bagaimana hebatnya kegilaan di luar mereka terus menjadi diri mereka sendiri dan disayangi oleh semua orang.
Role Model
Kata Cikgu Adnan, mereka ialah bakal role model Malaysia. Sejauh mana kebenaran kata-kata tersebut. Saya belum nampak ciri-ciri tersebut ada pada mereka. Kehebatan mereka belum cukup terserlah. Masih jauh perjalanan mereka.
Selama sembilan minggu, penonton mengikuti perkembangan bakat mereka. Secara tidak langsung, penonton rancangan tersebut membesar bersama mereka. Penonton menjadi sahabat mereka, walaupun kita tidak mengenali mereka. Oleh yang demikian, jangan sombong dengan peminat anda.
Forum Komuniti Online Sekarang !: http://www.afundi.com/komuniti
Untuk menjadi seorang artis yang serba boleh dan disegani, disiplin juga perlu dijaga. Keangkuhan diri dan ego perlu diturunkan. Perkataan angkuh tidak sepatutnya ada dalam kamus seorang artis. Mereka harus sedar, tanpa mereka yang mengundi, artis Akademi Fantasia tidak wujud.
Pengkritik
Kata Cikgu Adnan lagi, di peringkat awal tentu ada yang tidak menyukai kita. Jangan membuat musuh dengan mereka. Try to be with them. Mereka perlu menerima kritikan dengan fikiran terbuka. Ada baiknya menerima kritikan, ambil yang baik. Orang yang mengkritik dan memberi cadangan kepada kita ada kerana mereka sayangkan kita dan ingin melihat pelajar Akademi Fantasia maju dan terus berkembang.
Tetapi sayangnya peminat mereka yang melampau. Seakan-akan artis kesayangan mereka tidak boleh dikritik. Mereka sukar untuk menerima pembaharuan dan cadangan-cadangan bernas dengan fikiran terbuka. Minda mereka disempitkan dengan sifat kolot yang tidak bertempat.
AFChat Sekarang !: http://www.technerd.net/ircstats/channelspy.php
Selalu Bertanya
Sebagai artis baru juga mereka perlu menanam sikap suka bertanya. Agak dapat berkongsi ilmu. Dengan bertanya sahajalah, kita dapat meluaskan pengetahuan kita.
Dipilih dan Dilatih
Mereka dipilih dan dilatih. Itu bezanya mereka dengan artis yang lain. Hubungan mereka dengan penonton sebenarnya amat dekat. Lebih-lebih lagi peminat mereka.
Menuju Puncak
Klip dari Konsert 1. Masing-masing seperti benih yang baru hendak hidup. Menuju Puncak yang paling off-key pernah saya dengar. Tengok sahaja pada tarian keras Vince. Amat melucukan. Konsert ini merupakan konsert bila mana Liza sepatutnya tersingkir tetapi diserap semula. Baju kupu-kupu Liza juga akan menjadi ingatan dalam konsert ini. Atie yang hampir tersungkur di penghujung lagu.
Vince, you have the power ! Atie, Nija & Azza, anda telah memilih jalan anda sendiri dan berusaha lebih gigih untuk membuktikan yang jalan yang anda pilih itu betul. Adi, Sahri & Burn, sabar menanti kelahiran album sulung anda. Nana, keep up the good work. Pendengar sudah mula menerima kehadiran suara anda setiap hari. Rosma, teruskan mencari ilmu. Usia masih muda dan banyak yang belum anda tempuh. Azizi, be strong ! Khai, anda berbakat dan ini masanya untuk anda buktikan yang bakat mengatasi populariti. Liza, gunakan akal fikiran dan budi bicara sendiri dalam merancang karier anda. Mohon pandangan lain agar keputusan yang anda buat benar-benar bernas.
Saya bangga dengan mereka di Akademi Fantasia I. Mereka pencetus kegilaan para remaja bahkan golongan tua. Mereka akan sentiasa dekat dengan saya. Mereka sahabat saya.
p/s: Maaf, terlupa bukan kerana benci tetapi kerana sayang. :)
Memori Akademi Fantasia 04
Ada apa yang ingin diceritakan ? Saya merasakan kelas lakonan ini merupakan antara kelas terawal yang dijalankan. Minggu-minggu awal.
Antara Vince dan Azza, kedua-duanya kekok berlakon. Vince mungkin kerana tidak petah berbahasa Melayu dan Azza mungkin tidak biasa berlakon.
Weblog Afundi Online Sekarang !: http://www.afundi.com/weblog.php
Saya suka dengan lakonan natural Nana. Nana tidak banyak bergantung kepada skrip. Beliau bijak mencipta dialog-dialog spontan dan petah berbicara. Hari ini beliau telah pun menjadi salah seorang Penyampai ERA.
Sesi seterusnya mungkin nampak macam main-main. Saya kira sesi tersebut dijalankan untuk membuang rasa malu dan proses let it go. Saya suka dengan pertelingkahan antara Rosma dan Burn. Nampak natural.
Mandi Nemo
Tidak banyak beza antara klip yang biasa kita lihat dengan klip yang kita tonton tadi.
Forum Komuniti Online Sekarang !: http://www.afundi.com/komuniti
Skandal
Saya dapat merasakan Vince antara pelajar yang bijak menggunakan kamera. Beliau tahu di mana kamera dan berbicara dengan kamera untuk menarik perhatian penonton. Aksi beliau dengan Liza sengaja dibuat agar klip tersebut disiarkan.
Cinta Di Akhir Garisan
Persembahan di akhiri dengan lagu Cinta Di Akhir Garisan.
AFChat Sekarang !: http://www.technerd.net/ircstats/channelspy.php
Akademi Fantasia in English !: http://daranaga.weblogs.us/
AF2: Strategi dan Interpretasi
oleh http://javardkent.blog-city.com/
Strategi merupakan satu factor penting dalam sebarang reality tv . Walaupun kita ingat satu pertandingan nyanyian seperti AF tidak memerlukan strategi, memang kita tersilap. American idol yang kita tidak dapat lihat kehidupan harian mereka adalah suatu permainan strategi. Sebagai contoh, Jasmine Trias memakai bunga di kepala di anggap sebagai symbol kebangaan Hawaii. Dengan itu beliau berjaya mencuri undian Hawaii, Apabila rakan senegeri beliau tewas, undian Hawaii sebulat-bulatnya untuk Jasmine. Vokal beliau sememangnya tidak sampai ke tahap top three, namun strategi beliau menjadi. Tangisan beliau setelah konsert ‘final four’ telah meraih undi simpati menjadikan La Toya yang lebih layak tewas kerana tidak menonjolkan personality diri beliau.
Inikan pula AF yang dapat kita lihatkan kehidupan harian para pelajar kerana seperti kita tahu, undian bukanlah hanya di malam penentuan. Di dalam artikel awal Javard, Javard mengatakan perkara yang pelajar AF2 perlu tahu. Itu semua adalah strategi untuk memancing undi. Mungkin ada yang setuju dan ada juga yang memberikan pandangan yang sebaliknya. Namun kita jadikan ruang ini sebagai medan untuk kita lihat mengapa setiap pelajar tewas. Antara target mingguan Javard adalah untuk menganalisa mengapa setiap pelajar gagal untuk memancing undi.
Episod hari Selasa Memori AF (31 may 2004) telah menunjukkan satu episod khas mengenai strategi dan kita dapat lihat bagaimana Burn menganggap bahwa untuk beliau maju, beliau harus kelihatan lebih intim dengan Nana. Suatu strategi yang baru terang-terang kelihatan kini.
Strategi Cinta
Sememangnya merapatkan individu adalah langkah yang strategic. Ramai yang mengatakan bahwa liza selamat kerana kisah cinta beliau dengan Vince. Namun javard berlainan pendapat. Liza selamat kerana trend pengundi. Liza selalu berada di antara tangga terakhir. Pengundi akan cuba menyelamatkan Liza dan yang menjadi mangsa adalah mangsa di zon tengah yang selalunya di lupakan. Ini terbukti melalui pemergian Azza, Adi, Burn dan Nana.
Berbalik kepada kisah cinta, meyelamatkan pelajar mungkin benar tapi dari pengalaman AF pertama ianya berbeze. Ingatkah semua jikalau di lihat di peringkat awal Vince telah di kenengkan dgn Atie dan ini terbukti apabila mereka di pasangkan sewaktu nyanyian Sandarkan Pada Kenangan. “Power Couple” tidak wujud dalam AF1. Pengundi Malaysia lebih suka memisahkan “Power Couple”. Azza-Adi, Nana-Burn, Rosma-Khai, Vince-Atie semuanya tersungkur di separuh pertama lagi. Dengan itu tak semestinya jalinan cinta itu akan menjanjikan sesuatu, lebih-lebih lagi jikalau “Power Couple” itu di anggap tidak sesuai, sebagai contoh, Khai-Rosma (bukan pandangan Javard). “Power Couple” di anggap sebagai suatu kuat. Kalau di bandingkan dalam Survivor, “Power Couple” selalunya berjaya dan ini kita dapat lihat menerusi Survivor apabila Amber-Rob berjaya menjuarai All-Star Survivor.
Buat pelajar AF2, tak semestinya kisah percintaan akan menjanjikan kemenangan atau mara ke final five. Jikalau pasangan yang di pilih tidak di anggap sesuai oleh pengundi, mungkin beg anda yang akan di tarik pula. Cinta memang boleh cinta tapi interpretasi penonton yang akan bertukar menjadi undi.
Strategi Tangisan
Menangis telah menyelamatkan Jasmine Trias dan menangis juga telah menyelamatkan Nana pada AF1 seperti yang kelihatan dalam memori AF hari Rabu 2/6/2004. Namun senjata menangis ini tak menjanjikan kemaraan yang berterusan. Mengikut trend rancangan reality TV, tangisan akan berhasil hanya untuk satu peringkat masa yang pendek.
Tangisan Nana kelihatan ikhlas sewaktu menyanyikan halaman cinta dan sewaktu Burn di gugurkan dan pengundi memberi undi simpati kepada Nana namun apabila Rosma di gugurkan minggu seterusnya, Nana menjadi mangsa ‘bengang’ pengundi. Akibatnya dalam sekelip mata, “Malaysia’s Sweetheart’ ini telah bertukar watak menjadi ‘ibu tiri’ yang bengis yang tidak berhak menjadi seorang peserta AF. Begitu juga yang berlaku apabila LaToya London digugurkan, hilang segala senyuman manis Jasmine Trias, hilang keceriaan beliau, beliau terus di cerca dan di keji. Yang sedihnya, bukan salah mereka, salah pengundi. Menangis boleh, tapi jangan over.
Vince adalah seorang yang cukup selektif untuk menangis dan menangis kena pada situasinya. Seorang yang tidak di lihat begitu rapat dgn Rosma, berguguran air mata apabila sedih kerana bakat Rosma di padamkan dengan begitu cepat. Vince di anggap sensitive dan di ibaratkan sebagai Abg Long. Tangisan atie di anggap over dan lebih –lebih. Berapa banyak tangisan yang cukup? Kena betul pada tempatnya. Ingat air mata itu berharga, gunanya dengan ikhlas dan bila perlu.
selanjutnya di http://javardkent.blog-city.com/
Memori Akademi Fantasia 03
Kena Marah
Klip Nana dimarahi Cikgu Siti Hajar merupakan antara klip yang menjadi trademark Akademi Fantasia. Klip tersebut akan sentiasa diingati kerana bukan mudah untuk mengharungi cabaran sebagai seorang anak seni. Bukan anak seni, tetapi artis.
Jika saya mengulas kembali klip ini pastinya membosankan kerana telah beberapa kali diulangsiar kepada anda. Saya ingin berkongsi pengalaman sebagai seorang penggiat seni teater. Cabarannya hampir serupa. Masa yang tidak mencukupi. Tempoh latihan yang tidak panjang. Kekangan kewangan. Bekerja dengan orang-orang baru. Tiada pengalaman.
Masalah utama Nana ialah beliau membekukan pemikirannya. Perkataan tidak boleh sentiasa berada di dalam otaknya. Beliau tidak sukakan lagu tersebut. Tidak berpuas hati mendapat lagu tersebut. Itulah antara masalah yang dihadapi oleh Nana dan rakan-rakannya.
Cikgu Siti Hajar turut menasihati beliau tentang pentingnya berfikiran positif. Saya paling suka kenyataan yang dibuat oleh Cikgu Siti Hajar tentang konsert tajaan. Diberi masa satu bulan, perlu menghafal 15 lagu. Bukan lagu sendiri. Hendak tak hendak, perlu kita ambil. Kerana itu periuk nasi kita. Mahu tidak mahu kita perlu menghasilkan yang terbaik. Beri persembahan yang hebat untuk memuaskan hati penonton.
Alasan Demi Alasan
Saya curi senario yang baru berlaku minggu lepas. Konser Gemilang Cahaya di Jakarta. Sama sahaja. Sebuah konsert tajaan. Diberi masa 4 hari, perlu hafal 5 lagu mengikut pelajar. Bukan lagu sendiri. Hasilnya bagaimana ? Selesai konsert, bermacam-macam alasan yang diberikan. Lirik sampai lewat, tiada CD, hanya dibekalkan mini kompo, lirik cari di internet sendiri dan sebagainya.
Mana cabarannya ? Menjadi artis bukan satu kerja mudah. Jangan mimpikan semua tersedia di hadapan mata. Kalau iya pun akan tersedia di hadapan mata, perlu dimulakan dengan usaha. Kejayaan yang diperolehi oleh Siti Nurhaliza sekarang bukannya turun dari langit tanpa usaha. Semuanya hasil usaha gigih.
Alasan demi alasan kita dengar selepas selesai konsert tersebut. Tapi itulah cabarannya. Salah satu cabaran yang akan mereka hadapi untuk menjadi popular dan berjaya.
Semacam mereka sendiri terlupa akan nasihat Cikgu Siti Hajar yang mereka terima sewaktu di Akademi Fantasia.
Kaunselor Yang Hebat
Saya tabik dengan Cikgu Fatimah. Cara beliau kaunseling Nana memang bagus. Sifat keibuan itu jelas pada diri beliau. Wajar sekali di Akademi Fantasia II ini beliau menjadi Penasihat Pelajar.
Beliau bijak “tackle” masalah pelajar dan memberikan jalan penyelesaiannya tanpa ragu. Beliau tidak membelakangkan pelajar lain tetapi sebaliknya beliau menasihatkan Nana agar menggunakan kelebihan yang ada pada diri beliau dengan sebaiknya.
Tidak cukup dengan itu, beliau menyarankan kepada Nana agak mendapatkan bantuan rakan lain. Mendengar Rosma yang telah pun menghafal lagu tersebut, Nana perlu menggunakan kelebihan yang ada pada Rosma untuk menyampaikan lagu tersebut. Itulah salah satu strategi nyanyian. Bukan sekadar memancing undi penonton punya strategi, nyanyian juga punya strategi.
Saya suka dengan kenyataannya tentang Anita Sarawak. Anita Sarawak telah menggunakan kelebihan yang ada pada beliau untuk menarik minat penonton. Anita sendiri bukannya penyanyi yang baik tetapi penghibur yang hebat. Vokalnya biasa sahaja tetapi persembahan dan showmanship beliau hebat. Nana juga begitu. Vokal tidaklah sedap sangat tetapi dengan memantapkan showmanship tentunya persembahan beliau akan kelihatan hebat.
Kita perlu melakukan sesuatu dengan penuh keyakinan. Biar silap tetapi kita mesti tampak yakin. Cikgu Siti Hajar sebagai seorang guru seni lakon menilai setiap persembahan berdasarkan apa yang dilihatnya menarik dan sedap didengar. Asalkan persembahan itu menarik di matanya atau di telinganya sudah cukup baik.
Sebagai seorang yang bukan ahli muzik lulusan Jerman, saya menilai muzik berdasarkan pendengaran. Yang sedap saya puji. Yang tidak elok saya tegur.
Halaman Cinta
Satu ketika dahulu saya pernah menyenaraikan lagu Halaman Cinta persembahan Nana menduduki tangga ke 100 dalam Top 100 Persembahan Akademi Fantasia .
Malam ini saya menukar kedudukannya menjadi tempat 90 menggantikan lagu Ops I Did It Again. Agak menarik juga persembahan Nana, cuma di akhir lagu beliau tidak dapat menahan perasaan sedihnya.
Memori Akademi Fantasia 02
Kata SM: Tiada yang menarik. Sepanjang hampir 30 minit berkisar tentang strategi Burn dan Nana untuk mengumpan undi penonton.
Kata nemos: Ruben dan Nana nyata takde special relationship. Romantik Khai dgn Rosma adlh romantik abg dgn adik (kata ruben la). So,means takde apa2 juga. Vince tak romantik lgsg dan Vince jg tidak berapa setuju strategi adegan romantik digunakan utk menarik afundi penonton (kata ruben lg). So,hubungan Vince dgn Liza jg tidak pernah wujud sebenarnye. Wakakaka....kene tipu rupanya...tmsk aku juga la.
Nyata ada benarnya komen tersebut. Rancangan ini penuh strategi, siapa yang terpancing dengan strategi tersebut akan terus dibuai fantasi. Maka wujudlah fantasi telenovela yang mengaitkan Khai dan Rosma, Burn dan Nana, Vince dan Liza. Kita tentu masih ingat, Vince pernah mengatakan, mereka diarahkan melakukan sesuatu kerana setelah Rosma tersingkir, Khai keseorangan dan telenovela perlu diteruskan. Maka wujudlah Vince dan Liza. Di luar sama ada benar atau tidak, hanya mereka yang tahu. Kan Vince kan ! kan ! kan ! :)
Ada juga salahnya komen nemos tersebut kerana tidak semua strategi hanya pura-pura. Berdasarkan kata-kata Encik Baha, mereka perlu menggunakan kelebihan yang mereka ada untuk dijadikan strategi. Kelebihan yang mereka ada itu adalah asli dan bukan yang dibuat-buat. Orang kenal Vince kerana kelakarnya, memang itulah yang sebenar-benarnya. Orang kenal Nana kerana sensitifnya. Sifat-sifat itu amat sukar untuk dibuat-buat.
Di penghujung, lagu Hanya Memuji disiarkan kembali.
Dah Demam ?
APA PELAJAR AF2 PERLU TAHU?
oleh http://javardkent.blog-city.com/
Sememangnya pelajar AF2 yang terpilih ni mempunyai karekteristik mereka yang tersendiri. Is it good? Apakah kriteria yang perlu diketahui oleh para pelajar untuk memancing undi?
Berjaga-jaga dengan ‘urban trap’ – pengundi Malaysia tidak berapa menggemari mereka yang menunjukkan bahwa mereka ini adalah dari golongan orang kaya ataupun yang berada. Zahid, Edlin, Fithri dan Kaer harus berjaga-jaga untuk tidak jatuh dalam perangkap ini. Adalah lebih baik jikalau mereka lebih rendah diri dan membiasakan diri mereka. Jangan bertutur banyak dalam bahasa inggeris kerana ini mungkin akan menginterpertrasikan anda sebagai berlagak.Walaupun Vince merupakan seorang peserta ‘urban’ namun beliau berjaya menonjolkan sifat selamba beliau yang boleh di terima oleh semua golongan.
The ‘Ramlah Ram’ story – pengundi kita adalah suata kumpulan pengundi yang emosional. Adalah lebih baik untuk mengundi peserta yang mempunyai jalan cerita yang menyayat hati. Sebagai contoh gadis atau lelaki kampong yang berjaya. Linda dan Mas mempunyai advantage dari sudut ini. Kalau boleh peminat ingin mereka berjaya. Cerita sebegini menjadikan tajuk media lebih menarik. Sebagai contoh sewaktu Fantasia Barrino yang merupakan ibu tunggal di nobatkan sebagai American Idol. Begitu juga Zarina yang mengatakan bahwa niat beliau menyertai pertandingan adalah untuk membantu keluarga. Namun zarina harus berjaga-jaga untuk tidak overplay statement beliau kerana mungkin berbunyi seperti rekod pecah dan hilang keikhlasan.
Yakin Boleh – Confidence is good tapi overconfidence kills! Itulah kata-kata Ramli M.S. memang bagus mempunyai keyakinan diri, namun begitu pengundi Malaysia masih menyamakan keyakinan diri dengan berlagak. Kerana sifat semulajadi orang Asia yang pemalu, pengundi boleh menerima mereka yang penuh rasa rendah diri. Anding mungkin kelihatan agak confident, begitu jugak Fithri dan Zahid dan ini mungkin menjerat mereka jikalau tidak terkawal dari awal.
Manja – Manja Nija memangnya klasik dan boleh di terima ramai sehingga beliau menjadi calon favourite sewaktu konsert akhir dulu. Namun ada jugak manja yang boleh buat pengundi menyampah. Pelajar perlu tahu bermanja yang tidak melampau. Dari apa yang kelihatan, Nurul telah mula menunjukkan imej manja namun imej manja beliau boleh di salah tafsirkan sebagai mengada dan dengan itu akan effect kedudukan beliau dalam Akademi. Manja berpada-pada.
Teamwork – sikap kerjasama itu penting. Tidak berlagak, dan senantiasa bertolak ansur. Itulah yang memisahkan reality tv Malaysia dan reality tv barat. AF membuka lembaran bahwa tidak perlunya hasad dengki untuk berjaya, namun itu kumpulan pertama. Masih ingat bila Vince dan Liza saling Bantu-membantu. Mereka yang emosional dan panas baran mungkin perlu lebih berhati-hati seperti Edlin dan Anding.
selanjutnya di http://javardkent.blog-city.com/
Memori Akademi Fantasia 01
Seperti yang dijanjikan, ASTRO menayangkan klip yang belum pernah kita saksikan. Ini baru janji yang ditunaikan. Bukan omong-omong kosong Imbasan Akademi Fantasia ntv7. Kita sama-sama mengenali watak-watak mereka dalam Akademi Fantasia. Kita sudah biasa menontonnya apabila saban hari kita tonton di Saluran 15. Ada juga yang merakamkannya. Yang kita saksikan malam tadi adalah satu yang berbeza. Yang belum pernah kita saksikan. Tiba-tiba kerinduan itu datang kembali. Chewah…jiwang seh !
Weblog Afundi Online Sekarang !: http://www.afundi.com/weblog.php
Urut
Seronok melihatkan gelagat Vince bermain dengan Pooh. Secara sedar atau tidak, baru episod pertama, saya sudah dapat menjangkakan yang Vince sememangnya seorang yang bijak mengatur strategi bermain di dalam Akademi Fantasia. Memang benar itu kelebihan beliau dan beliau telah menggunakannya semaksima yang mungkin.
Yang telah kita lihat adalah mereka beratur panjang mengurut badan rakan masing-masing. Rupanya ia bermula dengan Burn mengurut Nija dan Nana mengurut Sahri. Vince terus mengajak rakannya membuat bulatan untuk membuat circle massage.
Semasa urut, kita dapat melihat Liza duduk di tepi melihat gelagat rakan-rakannya. Mungkin tidak berapa biasa dengan situasi tersebut. Lagipun waktu itu adalah antara minggu-minggu awal di Akademi.
Nana kemudiannya mengurut Burn dan meminta Sahri ke tepi. Burn cemburu mungkin.
Ketika itu Adi hanya terbaring di tepi dengan Pooh. Rindukan Azza mungkin.
Luka
Yang telah kita lihat ialah adegan Nija menjerit apabila lukanya sedang dipegang oleh Atie. Yang kita belum lihat ialah hampir kesemua pelajar datang berkumpul melihat Nija menjerit. Kesemuanya ingin menolong.
Atie yang pertama datang melihat luka di kaki Nija. Mendengar Nija menjerit, satu banglo kecoh. Mungkin juga satu Mines. Vince kelihatan cuba memberikan CPR ke atas Nija. So sweet. Khai pula kedengaran menjerit “push, push, push” kononnya Nija hendak bersalin. Vince menjerit “It’s a beautiful baby boy !” Dan Vince pula membuat bunyi bayi sedang menangis.
“Ini baru sikit, belum beranak lagi.” kata Khai.
Atie yang diwawancara oleh Vince menjawab yang Nija ada harapan untuk terus hidup. Adegan itu melihat Sahri bertindak sebagai Doktor dan Atie sebagai jururawat.
Sahri menjawab yang pada mulanya beliau menjangkakan Nija hanya ada peluang 40-60 untuk terus hidup.
Nija yang berpeluang untuk hidup akan meneruskan dengan amal ibadat dan bertaubat, katanya.
AFChat Sekarang !: http://www.technerd.net/ircstats/channelspy.php
Dodoi
Menyanyikan lagu Belaian Jiwa sambil mendodoikan Nemo di pangkuannya. Perempuan mana tengok yang tidak cair. Tiga SMS saya terima sewaktu adegan ini. “So cute !”, “Cutenya Vince dodoikan Nemo” dan “Cutenya Vince”. Saya hantar satu ! ?
Cengkeduk
Vince lagi bermain dengan Nemo. Mengacah-acah Nemo dengan makanan sambil terdengar Atie menyanyi lagu Save The Best For Last. Sungguh klasik !
Just imagine ! Bila kita terdengar sahaja suara menyanyi lagu-lagu tertentu kita sudah boleh mengagak itu minggu keberapa. Bukan ? Macam lagu Save The Best For Last, kita tentu tahu itu minggu ketiga. Minggu Adi tersingkir dari Akademi Fantasia.
Berbalik pada cerita Vince dan cengkeduk tadi, acah punya acah punya acah. Last-last dia yang makan. Kurang asam punya budak.
Vince yang agaknya pertama kali makan dengan cengkeduk tidak reti menyebut cokodok. SM, erti bukan reti !
Vince turut membuat pengakuan di confession camera tentang microwave yang telah meletup semalam kerana eksperimen beliau meletakkan cokelat di atas kuih bom. Kerana kecuaian tersebut, microwave telah berasap. Beliau telah dilarang daripada menggunakan microwave.
Forum Komuniti Online Sekarang !: http://www.afundi.com/komuniti
Control
Sedang mereka duduk santai di ruang tamu, mereka bercerita tentang Azizi yang khabarnya di rumah amat bising dan gamat. Ini berbeza dengan perwatakannya di Akademi yang dikelilingi dengan banyak kamera.
"Aku cubit kau", sambil mengajuk perlakuan Azizi.
Vince beberapa kali mengusik Azizi. Azizi kononnya control macho. Biasalah tu memang susah nak control terutamanya bila on camera.
Ramai yang ada ketika itu, Vince, Rosma, Khai, Nana, Burn, Azizi, Liza dan Atie. Mana Adi dan Sahri ? Boleh buka file CSI ni !
Korset
Ada satu baju, Encik Baha bawa. Mereka kena try. Sahri kena try. Nampak sedikit kurus. Burn kena try. Encik Baha mencadangkan agar disertakan bunga merak untuk Burn. Adi pun kena try. Encik Baha mengetatkan di bahagian pinggang. Rasanya kena bagi korset untuk Adi.
Jelingan Manja
Memang lagu ini di Konsert 7 merupakan antara persembahan terbaik di Akademi Fantasia. Melihat Nija menyanyikan lagu ini dengan penuh attitude amat menarik.

