Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).
Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Awal bulan Ogos, saya, Badrul (ops ! Badrul tiada...), Shonny, Kudsia, Tina, Karl, Sham, Azni, Nik (yang popular angkara email...), Su, Yin Yin, Joe, Pricilla dan beberapa orang lagi kawan Jurassic Park telah bertandang ke kenduri Shah VE (bila nak tukar status). Ops ! Kenduri Tanty Astro. Kalau ikutkan hati bukannya nak blog sangat, pasal Shah cakap dia tak mau kecoh-kecoh. Lagi pun tak mau lah blog ini penuh dengan cerita artis yang tiada kaitan dengan saya. Oleh kerana Shah VE mengambil Tanty sebagai isterinya, maka saya pun minta kebenaran dari Tanty petang tadi untuk letak gambar mereka di sini. Tanpa perlu melalui pengurus Shah, saya mendapat kebenaran lisan dari Tanty. Saya hanya merakamkan gambar kedua pengantin sewaktu berjalan masuk ke Dewan. Gambar mereka di pelamin saya tidak ambil. Kena hormat majlis orang. Lagi pun pelamin mereka besar sangat kerana ada 2 pasang pengantin. Adik Tanty pun bersanding malam yang sama. Selepas menjalani rutin biasa menghadiri sesuatu majlis perkahwinan, kami pun pulang...
Sepia : Tanty Senyum, Shah Control
Blur : Jeling I
Raja Sehari I
Raja Sehari II
Blur : Jeling II
B&W : Happy Ending
Nota : Ada sebab kenapa gambar-gambar yang dirakamkan sengaja diedit menggunakan beberapa teknik. Saja nak test skill Photoshop.
Nota II : Tapi kan, kat Myspace Shah masih In Relationship, belum tukar Married. Hahahaha.
Nota III : Hari ini, Selasa merupakan Ulang Tahun Pertama Perkahwinan Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' Khalid Mohd Jiwa...
Madu II : Adaptasi Teknik Layar Ke Pentas Yang Bijak !
Hujung minggu lepas saya meluangkan masa untuk menonton teater setelah agak lama mendiamkan diri dari dunia teater. Sekali-sekala bertemu rakan-rakan teater di lokasi teater yang agak kurang popular di kota Kuala Lumpur tentulah banyak cerita yang boleh dikongsi bersama.
Bertempat di Stor Teater Dewan Bahasa Pustaka, sebuah teater dari produksi Teater Ekamatra yang diterbangkan khas dari Singapura telah dipersembahkan dengan jayanya. Teater bertajuk Madu II arahan Rohaizad Suaidi telah ditulis oleh seorang penulis karya teater yang prolifik, Alfian Sa’at.
Serba sedikit latar belakang kedua-dua tulang belakang produksi teater tersebut bermula dengan Rohaizad Suaidi yang saya kutip dari buku cenderamata menyatakan Rohaizad menetap di Amerika Syarikat selama 8 tahun di mana beliau menuntut ilmu di Universiti Haiwaii dan kemudiannya mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teater dan Tarian. Kemudiannya beliau menetap di Baltimore, Maryland selama 4 tahun untuk memperoleh Ijazah MFA dalam bidang Teater. Turut mencurahkan jasanya dengan mengajar kursus lakonan dan teater di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia dan Amerika Syarikat. Sekembalinya dari Singapura pada awal tahun 2007, Rohaizad kini bertugas sebagai pensyarah separuh masa di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE). Rohaizad pernah mengarahkan Teater OPS Ophelia : Sabuah Fesyen Opera.
Sementara Alfian pula merupakan salah seorang daripada Pengarah Artistik Teater Ekamatra. Karya Inggeris beliau yang telah dicetak termasuklah One Fierce Hour, Corridor, 12 Short Stories dan A History of Amnesia. Antara karya pentas beliau yang telah diterbitkan oleh Teater Ekamatra termasuk Anak Bulan di Kampung Wa’ Hassan, Madu II, Tapak 7 The Miseductation of Minah Bukit, Causeway dan Mengapa Isa. Pada tahun 2001, Alfian telah dianugerahkan Anugerah Seniman Muda oleh Persatuan Seni Kebangsaan.
Madu II mengisahkan pergelutan dua wanita yang bukan sahaja berkongsi suami, malahan terpaksa juga berkongsi rumah. Bila suami bekerja, kedua-dia wanita mula bertikam lidah dan mengutuk antara satu sama lain. Perbuatan rutin ini merupakan satu permainan yang tidak akan sudah dan tidak akan ada pemenang.
Dibarisi oleh pelakon televisyen yang tidak kurang hebatnya di Singapura iaitu Mastura Ahmad dan Seri Wahyuni Jaes, kedua-duanya merupakan pemenang Pelakon Terbaik Pesta Perdana. Mereka hanya bermain di atas pentas empat segi dan telah membawa penonton ke dalam dunia mereka untuk merasai warna-warna hidup bermadu yang berlatarkan set pelamin. Pelamin ! Satu beban berat yang pasti akan ditanggung oleh setiap masyarakat Melayu.
Isu yang dibawa oleh Madu II adalah isu biasa yang berlaku di kalangan masyarakat Melayu. Hidup bermadu ! Manis tetapi pahit. Membawa isu tersebut ke pentas teater bukan satu tugas mudah. Silap langkah sesebuah persembahan teater itu akan menjadi satu syarahan panjang yang tiada penghujungnya. Isu sensitif seperti poligami dalam masyarakat Melayu hari ini telah diangkat oleh Rohaizad ke pentas teater dalam sebuah persembahan yang santai tetapi cerita utama yang ingin disampaikan oleh penulisnya terbenam dalam benak penonton.
Dibekalkan dengan dua pelakon yang kekal di atas pentas sepanjang masa persembahan teater, tanpa sedikit lelah dapat dilihat kredibiliti mereka yang sungguh mengagumkan. Lakonan mereka penuh bersahaja dengan membawa penonton menyusuri kehidupan bermadu mereka. Dalam tawa ada duka, dalam senyum ada sengsara, dalam cemburu ada simpati. Hebat benar lakonan mereka. Masa 75 minit terasa begitu singkat.
Saya benar-benar tertarik dengan gaya pengarah Rohaizad kali ini. Dengan tema yang sama dalam persembahan terdahulu iaitu wanita. Dalam Ops Ophelia, Rohaizad membawa penonton menyusuri rentetan kejadian wanita dari kecil sehingga dewasa tetapi dalam Madu II hanya berkisar kepada salah satu permasalahan wanita iaitu hidup bermadu.
Tentu anda semua masih ingat filem Madu Tiga karya dan arahan Tan Sri P.Ramlee. Naskhah layar perak itu sebenarnya telah menjadi inspirasi kepada penulis untuk menghasilkan Madu II. Segala elemen ada dalam Madu Tiga dan begitu juga kaedah arahan yang telah digunakan oleh Rohaizad untuk Madu II. P.Ramlee menjentik dalam jenaka, geraknya penuh sinis, tutur katanya penuh makna. Begitu juga Rohaizad yang membawa gaya tersendiri dalam mengadaptasi kesemua elemen yang telah dibawa oleh P.Ramlee ke dalam Madu II. Rohaizad turut menggunakan klip audio dari filem Madu Tiga. Babak perbualan Jamil dan bapa mertuanya turut diselitkan dalam lakonan kedua-dua pelakonnya.
Antara adegan yang paling saya ingati adalah adegan penamat teater ini. Buktinya boleh dilihat pada gambar yang sempat saya rakamkan. Satu adegan yang sungguh mengejutkan. Persembahan teater ini bermula dengan permainan lampu pada pelamin yang memberikan kesan filem hitam putih pada pelamin dan kemudian ditamatkan di atas pelamin dengan tertera perkataan TAMMAT. Kalau filem buat macam tu memang sudah meletup !
Tahniah kepada tenaga produksi Teater Ekamatra kerana telah memberi nyawa kepada teater Melayu yang sebenar-benarnya. Penataan cahayanya juga bagus. Penataan bunyinya juga hebat. Bukan mudah untuk menggabung-jalinkan antara lakonan teater di pentas dengan klip audio dari filem Madu Tiga jika tanpa latihan yang cukup.
Saya benar-benar terhibur menonton teater ini dan khalayak penggemar seni teater Melayu yang telah ketinggalan untuk menyaksikan teater ini adalah sesuatu yang amat merugikan.
Bila agaknya Rohaizad nak buat OPS Ophelia II : Sabuah Akademi Fesyen ?
Memori Foto Teater Madu II
Perhatikan periuk nasi di tepi pelamin. Simbol kepada Nasi Kangkang !
Madu II pun ada Oprah Show !
Konfrontasi Dua Madu !
Apakah pengakhir Teater Madu II ?
Bermula dan Berakhir di Pelamin, TAMMAT !
Rohaizad Suaidi, Pengarah Teater Madu II
Pak Hassan Muthalib, Benjamin McKay & Rohaizad Suaidi berbincang "So, what do we do with P. Ramlee's legacy in the 21st century?"
Betul ke graduan Malaysia memilih pekerjaan ? Betul ke ramai graduan Malaysia kini sedang menganggur ? Kalau mereka menganggur, mesti ada sebabnya.
Saya masih ingat lagi sewaktu didedahkan dengan apa itu IT. Satu ketika dulu semuanya IT. IT sana, IT situ, IT sini. Sana situ sini IT. Cinta IT. Celik IT. Buta IT. Pendek kata semuanya IT. Pada waktu tersebut masih tidak ramai yang berani mengambil jurusan IT. Saya antara di kalangan yang sedikit waswas, tetapi memberanikan diri.
Tiba-tiba IT BOOM ! Satu Malaysia bersembang tentang IT. Di kedai kopi cerita IT, di parlimen berdebat tentang IT, di tembok tepi jalan pun bersembang tentang IT. Siti Nurhaliza pun menyanyi lagu Cinta IT. Kalau dulu bila cakap “saya ambil jurusan IT” terpaksa diterangkan apa makna IT. Terutamanya kepada warga emas. Tapi kini bila sebut IT, semua orang tahu apa itu IT.
Bila tamat pengajian, bilangan graduan IT masih lagi boleh demand. Masa itu bilangannya masih tidak ramai. Sekarang, bilangan graduan yang lulus dengan cop IT berlambak. Pandang kiri nampak graduan IT, pandang kanan nampak graduan IT, pusing belakang pun nampak graduan IT.
Bila terjadinya lambakan tersebut, maka bilangan pekerjaan untuk graduan IT semakin kecil. Hanya yang terbaik berpeluang untuk mendapat kerja. Kalau setakat lulus Kelas Ketiga memang sukar untuk mendapat pekerjaan.
Apakah pengangguran yang disebabkan permintaan melebihi penawaran ini adalah sesuatu yang sememangnya diingini ? Tentu sekali tidak. Tetapi itulah yang telah berlaku dan sedang berlaku.
Graduan IT bukan memilih pekerjaan tetapi kurangnya pekerjaan yang bersesuaian dengan taraf kelayakan pendidikan mereka.
Itu cerita IT. Bagaimana pula dengan graduan yang mengambil kursus yang pelik-pelik seperti Kejuruteraan Kimia, Geologi, Teknologi Makanan dan sebagainya ? Pasti lebih menyulitkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan.
Kalau dilihat pada trend sekarang, bidang pekerjaan yang ditawarkan banyak menjuruskan kepada bidang pengurusan. Satu Malaysia nak jadi Pengurus. Nak jadi BOSS ! Siapa yang tidak mahu ?
Soalnya sekarang apabila tiada pekerjaan yang mampu mereka peroleh dalam waktu yang terdekat, apakah mereka berani mengambil risiko ? Keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru tentunya memerlukan keyakinan diri yang tinggi.
Saya sendiri tidak berani untuk terjun ke bidang penyiaran tanpa keberanian dan keyakinan yang tinggi. Lebih-lebih lagi telah begitu selesa dengan bidang pendidikan selama hampir 7 tahun. Satu lagi masalah ! Selesa berada di zon selamat atau dalam Bahasa Inggerisnya ”comfort zone”. Siapa yang berani untuk berhijrah ke satu dunia yang masih belum tentu masa depannya. Lebih baik duduk selesa di tempat lama.
Apa yang patut dilakukan ? Kita perlu berusaha untuk merubah nasib kita sendiri. Dengan adanya teknologi moden seperti Internet yang telah banyak merubah pemikiran dan kehidupan masyarakat, sedikit sebanyak trend permintaan pasaran pekerjaan boleh diketahui oleh bakal-bakal graduan dan juga pihak Kerajaan.
Di peringkat awal graduan melangkah ke gerbang pekerjaan mereka tentunya sering disogokkan dengan persoalan ”ada pengalaman tak?”, ”berapa tahun pengalaman?” Kadang-kadang sebagai majikan mereka tidak sedar, merekalah yang sepatutnya memberikan pengalaman tersebut. Lebih-lebih lagi untuk graduan yang masih hijau yang tidak tahu mengarahkan masa depan mereka.
Allyhunt menawarkan peluang tersebut yang baru sahaja melangkah untuk memberikan panduan kepada bakal graduan dalam mencari hala tuju mereka. Peluang tersebut telah ditawarkan oleh Allyhunt melalui portal Allyhunt.com. Graduan boleh berkampung di portal tersebut untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka dan majikan juga boleh meninjau bakat-bakat baru yang ada untuk mereka beri peluang dan menggilap bakat tersebut.
Kini semuanya terletak di tangan majikan. Beri peluang kepada graduan universiti untuk membuktikan kebolehan mereka. Berikan mereka pengalaman dan bukannya menerima mereka hanya dengan pengalaman.
Sebagai pencari kerja, menggunakan portal Allyhunt amat mudah. Daftarkan diri anda untuk memohon atau mencari pekerjaan dengan hanya menekan satu butang “Apply”. Dengan teknologi yang telah disediakan di hadapan anda, proses mencari pekerjaan menjadi semakin mudah berbanding dengan proses yang terdahulu.
Masih ingat lagi pada zaman dahulu kala, proses mencari kerja memakan masa yang agak lama. Anda perlu menyelak akhbar-akhbar utama setiap pagi. Kalau bernasib baik, ada begitulah sebaliknya. Proses tidak terhenti di situ sahaja. Anda perlu menaip surat dan kemudian poskan permohonan anda. Masa habis begitu sahaja. Anda juga perlu tunggu untuk mendapatkan maklum balas sama ada permohonan anda diterima atau pun tidak. Menyulitkan bukan ? Tidak dengan Portal Allyhunt !.
Tanpa perlu menyelak akhbar untuk mencari jawatan-jawatan yang sesuai, melalui portal Allyhunt email akan dihantar kepada anda untuk menyenaraikan jawatan-jawatan yang difikirkan bersesuaian dengan kelayakan anda. Allyhunt akan menjadi rakan yang akan membantu anda mencarikan pekerjaan yang bersesuaian untuk anda pada setiap masa.
Anda kini tidak perlu menunggu lebih lama untuk mendapat tahu sama ada permohonan anda diterima atau pun tidak. Jika permohonan anda belum berproses perkataan “Unprocessed” akan tertera. Anda boleh tersenyum bila perkataan “Prescreen” tertera pada permohonan anda kerana permohonan anda sudah diterima oleh bakal majikan anda dan kini mereka sedang membuat penilaian. Hidup anda sekarang tidak lagi dibelenggu tanda tanya.
Jika anda sibuk, anda tidak perlu mendaftar diri ke dalam portal untuk melihat status permohonan anda, Allyhunt akan memberikan anda maklumat terkini berkenaannya melalui email sama ada permohonan anda ditolak atau pun diterima. Semuanya dengan PERCUMA !
Untuk mereka yang tidak begitu aktif mencari pekerjaan, peluang untuk bertukar kerja sentiasa ada apabila pihak bakal majikan akan sentiasa mencari calon-calon yang bersesuaian untuk jawatan yang mereka tawarkan. Mana tahu jika tawaran itu datang dari syarikat yang lebih besar.
Anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah IPOD jika anda menyertai Portal Allyhunt sebagai jobseeker dan berikan petikan terbaik tentang pekerjaan atau jenaka yang berkaitan dengannya. Anda akan lebih bernasib baik sekiranya menjadi “referrer” yang bertuah untuk memenangi 2 tiket pergi balik ke Hong Kong.
Allyhunt boleh terbangkan anda ke Hong Kong secara PERCUMA dan kembali membawa jawatan idaman anda !
Nota : SMS Yasmin Ahmad Lagi..."Salaam. Msian Embassy in Philippines just called FINAS. "Mukhsin" won Best Asian Feature Film at CINEMANILA International Film Festival (28 Jul - 8 Aug). Allah is great !"
50 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menyambut Ulang Tahun ke 50 Kemerdekaan Malaysia
Saya terpanggil untuk merealisasikan perkara nombor 49 yang telah disenaraikan oleh blogger Jeck Hong. Dan jika anda berani untuk merealisasikan perkara nombor 49 yang disenaraikan oleh saya, hadiah akan diberikan untuk anda !
Sebelum anda baca senarai yang ada, tonton iklan Merdeka oleh Petronas untuk tahun ini yang telah dihasilkan oleh Leo Burnett kelolaan Yasmin Ahmad. Bangsa MELAYU khasnya dan rakyat MALAYSIA amnya, sila dalami dan fahami makna mendalam yang terpapar dalam iklan tersebut.
1. Pandu ke kawasan Tasik Titiwangsa dan naiklah Eye Of Malaysia dan menikmati keindahan bandar raya Kuala Lumpur dari atas. 2. Makan di Restoran Berputar Sri Angkasa di puncak Menara KL. 3. Berikan bunga berwarna merah kepada orang yang paling anda kasihi. Bukan ROS, berikan BUNGA RAYA. 4. Membeli belah di KLCC dan nikmati keunikan seni bina Bangunan Berkembar Petronas. 5. Bila anda membeli-belah, Beli Barangan Buatan Malaysia. 6. Jogging dari satu hujung ke penghujung Jambatan Pulau Pinang. Tidak kira subuh atau tengah hari atau petang. 7. Pergi ke Tugu Negara, baca tulisan yang tertulis di tugu tersebut dengan kuat dan bertafakur selama 50 minit. (atau 50 saat jika cuaca terlalu panas) 8. Tiru ”patung manusia” yang terdapat di Tugu Negara tersebut dan ambil gambar. 9. Tampal, paku Bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di atas kereta anda. 10. Lawat Muzium Negara dan belajar sejarah Malaysia di sana. 11. Isi minyak kereta anda dengan minyak Petronas. 12. Bersihkan tandas awam yang terdekat dengan tempat anda tinggal. 13. Pakai jersi pasukan bola sepak negara untuk satu hari. 14. Daki Gunung Kinabalu dan pacakkan Jalur Gemilang di puncaknya. Jika anda terlalu malas, pergi saja ke Bukit Bendera dan lakukan yang sama. 15. Lawat mercu tanda bangsa yang lain. (contoh : Cina melawat ke Batu Caves, Melayu melawat ke Kek Lok Si, India melawat Masjid Negara) 16. Lafazkan Rukun Negara dengan penuh bermula dengan ”MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar...” 17. Tulis kembali lirik lagu kebangsaan (Negaraku) tanpa merujuk mana-mana. Lagu Negaraku bukan Negarakuku. 18. Berdiri tegak bersama kawan-kawan anda dan nyanyikan lagu Negaraku dengan penuh perasaan bangga. 19. Cari di manakah lokasi Bapa Malaysia melaungkan ”MERDEKA” 50 tahun dahulu dan kira berapa kali 20. Pergi ke lokasi di mana Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah melaungkan ”MERDEKA” dan laungkan dengan ton, gerak tubuh dan jumlah yang sama, 21. Hidangkan makanan kegemaran ramai Malaysia (contoh Nasi lemak, Roti Canai, Bak Kut Teh, Putu Mayam dan lain-lain) 22. Makan HANYA makanan Malaysia. (Bukan Fish & Chip, Beef Steak, Tom Yam) 23. Buat Teh Tarik sepanjang 20cm. (Kalau ada keupayaan, buat 50m) 24. Cari kebocoran yang ada di rumah anda. Jangan baiki, cari sahaja. 25. Tulis esei dalam Bahasa Malaysia (Bukan Bahasa Melayu, MALAYSIA) tidak lebih dari 350 patah perkataan bertajuk “Mengapakah Kerajaan Malaysia Adalah Kerajaan Terbaik di Dunia?” 26. Pergi ke puncak bukit atau gunung (Bukit Bintang / Gunung Ledang pun boleh), dan jerit “Malaysia Boleh !” sebanyak 50 kali. 27. Cari makna dan hafal maksud-maksud di sebalik warna-warna Jalur Gemilang. 28. Cari dan hafal apakah nama bintang yang terdapat pada Jalur Gemilang dan dapatkan maknanya sekali. 29. Lukis Jalur Gemilang dengan sempurna. (Kalau boleh lukis bintang 14 segi dengan tangan lagi baik) 30. Muat turun mp3 Jalur Gemilang dan nyanyikan lagu tersebut. (Ya, Jalur Gemilang ada lagunya yang tersendiri yang dicipta oleh Pak Ngah dan lirik oleh Siso Kopratasa) 31. Belajar menyanyi lagu ”Keranamu Malaysia”. Tapi itu lagu tema tahun lepas. Tahun ini belajar menyanyi lagu ”Malaysiaku Gemilang”. 32. Belajar menyanyi lagu ”Sejahtera Malaysia”. Lagu ini bukan lagu kegemaran saya, lagu ”Setia” nyanyian Francesca Peters merupakan lagu kegemaran saya. Sebelum Berita Perdana mesti ada lagu ini. 33. Belikan secawan kopi untuk pasukan polis sebagai tanda anda menghargai usaha dan dedikasi mereka menjaga keamanan dan kesejahteraan negara. 34. Pandu Proton Saga sejauh 50km. (jika anda tiada Proton Saga, sila gunakan teksi Proton Saga) 35. Tonton sekurang-kurangnya SATU filem P.Ramlee. (beli yang original atau tonton Astro PRIMA) 36. Beli album Siti Nurhaliza dan dengar kesemua lagunya. (BELI, jangan muat turun) 37. Jangan tonton siaran televisyen antarabangsa seperti CNN, HBO & ESPN untuk satu hari. Hanya tonton saluran televisyen tempatan (Astro RIA & Astro PRIMA sahaja…hahaha) 38. Cari dan hafal nama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri. Juga dapatkan dari negeri mana mereka berasal. 39. Senaraikan nama-nama Yang di-Pertuan Agong dan dari negeri mana mereka berasal bermula dengan Tuanku Abdul Rahman (Nota : Ada perbezaan antara Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Abdul Rahman. Mereka berkongsi nama yang sama) 40. Lukis bendera rasmi Yang di-Pertuan Agong. Jika anda tidak tahu kewujudannya, sila cari. Pergi ke Istana Negara) 41.Lawat tempat permakaman 3 bekas Perdana Menteri Malaysia. (anda boleh ke Makam Pahlawan berdekatan dengan Masjid Negara untuk melawat Tun Razak dan Tun Hussein Onn tetapi anda perlu ke Makam Diraja Langgar untuk melawat Tunku Abdul Rahman). 42. Hanya untuk SATU hari sahaja, panggil ibu bapa dengan panggilan “Malaysia” kerana anda ANAK MALAYSIA. 43. Pakai pakaian yang ada warna-warna kebangsaan. Anda juga boleh mengecat muka anda dengan warna-warna tersebut. 44. Gunakan Bahasa Malaysia untuk SATU hari sahaja. 45. Senaraikan kesemua model Proton bermula dengan Proton Saga dan diakhiri dengan Satria NEO. Tidak lama lagi ada lagi satu yang baru. Orang cakap Proton Persona. 46. Tulis senarai ahli Kabinet Malaysia bermula dengan Perdana Menteri. 47. Cari dan fahamkan fungsi Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 48. Siapkan dan bakar satu kek dan letakkan 50 lilin berwarna merah,pitih,biru atau kuning dan nyanyikan lagu Happy Birthday to Malaysia. Ops ! Allah Selamatkan Malaysia ! 49. Tulis kembali senarai-senarai ini dalam tulisan Jawi. Siapa boleh, saya bagi hadiah ! Serius nih ! (Asal : Terjemah senarai ini ke Bahasa Malaysia) 50. Senaraikan lagi 50 perkara yang boleh anda lakukan untuk menyambut Ulang Tahun ke 50 Kemerdekaan Malaysia.
Kita sudah ada PEMENANG !! Frizdan ! Tahniah ! Sila muat turun link untuk lihat hasil kerja yang telah dilakukan oleh Frizdan.
Hari ini telah banyak kemajuan yang berlaku kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Kesan kemajuan ini telah merebak ke seluruh negara. Pengaruhnya turut melanda di kalangan remaja yang rata-rata merupakan generasi muda yang akan mewarisi kemajuan negara di masa akan datang.
Apa lagi kemajuan yang boleh dicipta untuk kita sebagai rakyat Malaysia menyusur gelombang kemajuan yang semakin berkembang dari hari ke sehari ? Tentunya ada banyak idea yang di luar batas pemikiran manusia normal yang boleh dijanakan untuk bergerak seiring dengan kemajuan yang ada. Astro mengambil inisiatif untuk mencari di serata Malaysia siapakah yang mampu memikul gelaran Technologenius! Idea yang terhasil mestilah yang mampu untuk merentas garis sempadan dan berguna untuk masyarakat khasnya golongan remaja.
Jika anda benar-benar yakin mempunyai idea-idea bernas, asli serta mempunyai ciri-ciri inovatif yang mampu untuk membuat perubahan kepada kehidupan manusia dan komuniti, inilah peluang anda untuk berkongsi idea bijak anda itu kepada DUNIA !
Jika idea anda terpilih, anda merupakan antara lima idea yang terbaik kerana hanya lima idea yang terbaik sahaja yang akan dipilih dan mereka yang bertuah akan diterbangkan ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri Global Forum on Youth and ICT.
Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis sidang media dan diikuti dengan Festival Astro Technolgenius pada 11 September 2007.
Untuk melengkapkan persediaan anda di Geneva, Astro akan menerbitkan lima idea yang terbaik dalam bentuk video untuk dipertontonkan di Global Forum on Youth and ICT yang akan berlangsung pada 24-26 September depan.
Anda tidak akan hanya berada di Geneva selama dua hari tetapi akan berada di sana selama satu minggu dan berpeluang untuk melawat tempat-tempat menarik di sana sehingga 2 Oktober 2007.
Sayang sekali saya sudah berumur 33 tahun dan TIDAK LAYAK untuk menyertai peraduan tersebut. Kalau saya berumur 23 tahun sekalipun masih TIDAK LAYAK kerana merupakan kakitangan penganjur. Anda LAYAK untuk berkongsi idea-idea bijak anda sekiranya anda berumur 18-25 tahun. Ayuh ! Cari rakan-rakan terbaik dan terbijak anda dan buat satu kumpulan yang tidak melebihi 4 orang dalam satu kumpulan.
Idea anda hendaklah menjurus kepada SALAH SATU atau LEBIH topik-topik yang berkaitan PENDIDIKAN, KESIHATAN, USAHAWAN atau PENTADBIRAN KERAJAAN.
Anda boleh guna Bahasa Malaysia atau pun Bahasa Inggeris walaupun anda sebenarnya akan terbang ke Geneva, Switzerland. Tulis apa-apa bahasa dan tidak melebihi 500 patah perkataan.
Satu lagi peringatan ialah anda mestilah mempunyai Pasport Antarabangsa dan bersedia untuk berpuasa di Geneva pada 22 September hingga 2 Oktober. Sanggup ?
Untuk maklumat lanjut berkenaan Astro Technologenius, anda boleh klik di sini. Cepat ! Muat turun borang penyertaan dan bersedia untuk terbang ke GENEVA !
[Bahasa Inggeris] Information and communication technologies (ICT) has come so far in improving our lives and Astro is looking for Technologeniuses who can push the boundaries even further.
If you have a brilliant, original or innovative idea on ICT and how it can help better your life and our community, this is your chance to share your idea.
Only the five most brilliant ideas will be selected. If your idea gets selected Astro will fly you to Geneva, Switzerland for the Global Forum on Youth and ICT.
The winners will be announced at a press conference which will be followed with an Astro Technologenius Festival on the 11th of September 2007.
Astro will produce the five winning ideas in a video presentation for you to show during the Global Forum on Youth and ICT taking place on the 24th-26th September. On top of this, the winners will also spend a few more days exploring the sights and sounds of Geneva till the 2nd of October.
Dalam pada itu sesiapa yang berminat dengan seni TEATER, hujung minggu ini akan diadakan sebuah persembahan Teater yang bertajuk MADU II yang akan dipentaskan oleh Teater Ekamatra dari Singapura.
TempatStor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur Tarikh/Masa10 & 11 Ogos 2007, 8.30 malam & 11 Ogos 2007, 3.30 petang
Menariknya selepas persembahan teater pada sebelah malam akan diadakan satu forum yang bertajuk "Poligami, Islam & Hak Isteri" pada 10 Ogos dan sebuah lagi forum yang membincangkan tentang Seniman Agung P.Ramlee bertajuk "So, what do we do with P.Ramlee's legacy in the 21st Century?" bersama Benjamin McKay, Zahim Albakri & Hassan Abd. Muthalib.
[Bahasa Inggeris] MADU II by Teater Ekamatra, Singapore at Stor Teater, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur 10th & 11th August 2007, at 8.30pm & 11th August 2007 at 3.30pm
Fri 10 August night's staging will be followed by a FORUM: "Poligami, Islam, & Hak Isteri". Speakers include Toni Kassim & Al Mustaqeem.
Sat 11 August night’s staging will be followed by a FORUM: "So, what do we do with P. Ramlee's legacy in the 21st century?" Speakers: Benjamin McKay, Zahim Albakri & Hassan Abd Muthalib Topik-topik FORUM:
1. Apakah filem-filem P Ramlee (khususnya filem-filem "masyarakat" beliau yg dikeluarkan sekitar awal tahun 1960an hingga ke awal 1970an seperti MADU TIGA) masih relevan kpd penonton hari ini?
2. Apakah kedudukan filem-filem p. ramlee dlm masyarakat hari ini?
3. Adakah kajian-kajian terbaru (film studies, film criticism) tentang filem-filem P Ramlee?
4. Premis: ramai penonton filem P Ramlee dari golongan masy Melayu (di Spura ataupun Malaysia) yg cukup kenal dgn filem-filem komedi beliau hinggakan mungkin "buta" kpd mesej-mesej yg dpt "dibaca" dlm filem-filem ini.
5. Isu: apakah pandangan tentang usaha-usaha utk menilai atau "membaca" semula mesej-mesej dlm filem-filem P Ramlee? Contohnya, drama teater Alfian Sa'at, MADU II, yg mengkritik & menyoal "kekelakaran" & kelucuan disebalik adegan-adegan dlm filem MADU TIGA?
MADU 11 First staged on 27th Nov 1998 & later toured to KL in Jun 2001, MADU II was presented as part of the double-bill Bulan Madu’ with ‘Anak Bulan di Kg Wa’ Hassan.’ Written by the prolific young Sporean bilingual playwright/poet & NAC young artists award winner, Alfian Sa’at, the performance will feature 3 of contemporary Spore Malay theatre & TV’s most creative & versatile director & actors.
MADU II touches on the issue of polygamy in a modern Malay household. The play excavates the struggle of 2 women who not only share a husband, but also live under one roof. While their husband is away, both women exchange remarks & curses; & find themselves lost in a game where the instructions need a complete revision.
MADU II will be directed by theatre practitioner & theatre lecturer Rohaizad Suadi, & performed by award winning TV actresses Mastura Ahmad & Sri Wahyuni Jaes.
MADU II is a well-crafted light-hearted yet poignant look at the sensitive & difficult issue of polygamy in modern Malay marriage
Quotes
“…an engaging piece.” Hong Xinyi – Straits Times
“A clever work, displaying the claustrophobia of housewifery as much as the subtle competition for possession of a spouse.” Ng Yi-Sheng – The Flying Inkpot
Antara blog yang terpilih ialah : 1. Thousand Words: Snapshots of Life 2. Why Must Visit Malaysia? 3. Ayer Hitam 4. The Digital Awakening 5. Running With Passion 6. kongkay1 7. Dari Jiwa Rasa... 8. Emila's Illustrated Blog 9. Kuching-Catscity 10. Guide to Malaysia 11. as I travel 12. dari isi hati pandangan mata dan rakaman lensa seorang sultanmuzaffar 13. Nadai Nama Nama 14. Travelling Around Malaysia, Trekking the Mountains of Malaysia 15. AKEE'S CARTOONS 16. Tropical Bloom 17. ashlight's Lair 18. Simple Destinations 19. chedd eddie yusoff berkata kata 20. 83000 Batu Pahat
Ada beberapa nama blog yang sememangnya saya sudah kenal sejak beberapa tahun yang lalu. Antaranya sahabat istimewa saya Peter Tan, sahabat kroni Akademi Fantasia saya Chedd Yusoff dan sahabat Geng Jurnal saya Dari Jiwa Rasa. Kalau terasa dah lama tidak mengundi, boleh lah mengundi untuk saya dan sahabat-sahabat saya dengan klik butang di bawah ini. Terima kasih...
Dalam pada itu, saya juga turut terpilih sebagai Nuffnang Featured Blogger untuk bulan Ogos. Saya ada menulis sedikit pengalaman dan boleh juga dianggap sebagai introduksi kepada blogger yang bernama sultanmuzaffar. Ada juga gambar-gambar yang tidak pernah anda lihat di sini saya letakkan di sana.
OK lah. Ada kerja tergempar yang perlu disiapkan. Untuk pengetahuan semua sekarang saya tidak hanya jaga RIA dan PRIMA, tetapi nampaknya kena juga jaga untuk ARUNA, KIRANA dan CERIA. Cool kan ? Ya cool ! Macam nak pecah kepala ini jaga 5 saluran sekaligus.
Que Haider belum layak untuk dapat title pelakon prolifik
Kenapa badan Bront swing kiri kanan ? Rasa macam nak paku kan badan dia kat dinding.
Dynaz, Itu bukan Tamam. Itu Baharuddin Hj. Omar atau lebih dikenali sebagai Anjang Aki.
Kejap Tentang Bulan, kejap Mukhsin. Dynaz tak buat research ke ? Mujur ada ear-piece.
Malam Anugerah Festival Filem Malaysia 20
Segmen Evolusi adalah satu idea yang bagus walaupun ia bukanlah idea yang baru kerana Oscar sering menggunakan idea ini untuk melihat kemajuan yang telah mereka tempuhi. Tetapi apabila ia cuba diaplikasikan oleh penggiat perfileman tempatan ia semacam telah memalukan industri itu sendiri.
Tatkala Yusry KRU bercerita tentang evolusi penggunaan teknologi dan kesan khas dalam filem hanya sekadar menyebut filem Orang Minyak dan Pontianak. Itu hanya permulaan. Mana evolusinya ? Bermula dengan P.Ramlee ke Datuk Jins Shamsuddin membawa ke Aziz M.Osman, Mohd Aliff Najmi hingga ke Yusry KRU. Nama-nama filem seperti Mat Gelap, Mat Som, Silat Legenda, XXRay 1, XXRay 2, Fantasi tidak disebut. Jadi evolusinya kita tinggalkan. Dalam waktu yang singkat, tidak banyak maklumat yang dapat dikongsi bersama dengan penonton.
Begitu juga dengan evolusi filem berunsurkan patriotik. Kosong. Bukan sekadar Embun dan Bukit Kepong, ada banyak lagi seperti Yasin, Jasmin, Leftenan Adnan dan macam-macam lagi. Tanpa makna. Evolusi filem box-office ? Apakah hanya filem Datuk Yusof Haslam ? Bagaimana dengan filem arahan Aziz M.Osman ? Evolusi busana, apa sudah jadi ? Sejarah perubahan busana dalam tempoh 50 tahun tentunya menarik untuk dipertontonkan kepada penonton. Evolusi lakon layar ? Tiada guna. Sekadar buang masa. Tunjuklah storyboard zaman dulu dengan storyboard zaman sekarang.
Keputusan ? Ini barisan juri yang telah dipilih untuk memilih yang terbaik pada tahun ini.
Yusof Haslam - Ketua Juri Mahadi J Murat - Pengarah Filem Panshah - Penerbit Filem Rohani Hashim - USM Saodah Ismail - Media Abdul Wahab Hamzah - Pengkritik Filem Tuan Syed Mohamad Syed Hassan - Pekerja Filem
Saya tidak begitu terkejut dengan keputusan yang telah diumumkan. Kecewa pun tidak. Semuanya sudah pun dijangkakan setelah melihat senarai barisan juri. Mula-mula apabila melihat barisan juri, rasa macam tidak mahu menonton pun ada. Tapi saya gagahkan juga mana tahu kalau-kalau ada keajaiban berlaku malam itu. Ada lah beberapa keajaiban yang berlaku malam tersebut.
Anugerah Juri Memaparkan kritikan sosial dalam sebuah karya komedi - Zombie Kampung Pisang Usaha gigih kerana mengaplikasikan CGI dalam pembuatan filem - Cicak Man Usaha berterusan dlm memaparkan budaya masyarakat setempat – Nana Tanjung
Pengarah Harapan – Zarina Abdullah (Chermin) Filem Box-Office - Jangan Pandang Belakang Filem Digital Terbaik – Chalanggai Filem Pendek Terbaik – Pintu Filem Animasi Terbaik - Helping Hand Filem Dokumentari Terbaik – Jejak Rasul Poster Terbaik – The Red Kebaya
Filem Terbaik (Bukan Bahasa Malaysia) – Possessed Pereka Kostum/Busana Terbaik – The Red Kebaya Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Mohd Shafie Naswip (Mukhsin) Lagu Tema Terbaik – Cicak Man Pelakon Harapan Wanita - Natasha Hudson (Chermin) Pelakon Harapan Lelaki - Azizan Nin (Cinta Terakhir)
Pelakon Wanita Terbaik (Dalam Watak Pembantu) – Azean Irdawaty (Waris Jari Hantu) Pelakon Lelaki Terbaik (Dalam Watak Pembantu) – Datuk Rahim Razali (Cinta) Penataan Bunyi Terbaik – The Red Kebaya Penataan Seni Terbaik – Puaka Tebing Biru Skor Muzik Asal Terbaik – Waris Jari Hantu Penyunting Terbaik – Cinta Lakon Layar Terbaik - Cinta Cerita Asal Terbaik – Waris Jari Hantu Sinematografi Terbaik – Puaka Tebing Biru Pelakon Wanita Terbaik – Vanidah Imran (The Red Kebaya) Pelakon Lelaki Terbaik – Rusdi Ramli (Waris Jari Hantu) Pelakon Veteran Lelaki – Kuswadinata Pelakon Veteran Wanita – Salmah Ahmad Pengarah Terbaik – Shuhaimi Baba (Waris Jari Hantu) Filem Terbaik - Cinta
Agihan Waris Jari Hantu - 5 Cinta - 4 The Red Kebaya - 3 Chermin - 2 Cicak Man - 2 Puaka Tebing Biru - 2 Jangan Pandang Belakang - 1 Possessed - 1 Mukhsin - 1 Cinta Terakhir - 1 Zombie Kampung Pisang - 1 Nana Tanjung - 1
Keputusan penuh boleh didapati di Filem Kita dan Sinema Malaysia. Walaupun di Sinema Malaysia masih belum dikemaskinikan. Banyak blog yang menyenaraikan Azizan Nin menang sebagai pelakon Nana Tanjung. Sejak bila pula Azizan Nin berlakon Nana Tanjung ? Setahu saya dia pelakon Cinta Terakhir.
Nota : Besar tanda PUAS HATI ! Yang font biasa, biasa-biasa saja. Keputusan FFM20 harus diterima dengan hati terbuka kerana secara tidak langsung Allah telah melindungi Yasmin Ahmad dari sifat riak. Alhamdulillah.
Walaupun mungkin akan tewas di bumi sendiri, Mukhsin menang Anugerah Perak di Jogja-NETPAC Asian Film Festival yang berlangsung sebentar tadi. Festival tersebut berlangsung pada 28 Julai hingga 2 Ogos di Jogjakarta, Indonesia. SMS kiriman Yasmin Ahmad benar-benar mengubat kekecewaan kegagalan filem tersebut mengungguli pelbagai kategori di Festival Filem Malaysia yang akan berlangsung Sabtu ini.
Filem dari Iran yang bertajuk Crossing The Dust berjaya menggondol Anugerah Emas di festival filem tersebut.
Selepas Berlin dan sebentar tadi Jogjakarta, apakah esok di Pulau Pinang bakal menjadi milik Yasmin Ahmad juga ? Berhenti berharap...
Dari 23 filem yang dipertandingkan, saya hanya sempat tonton 10 filem yang mana 7 filem di pawagam dan 3 filem melalui VCD. Saya kaki wayang tapi sejak akhir-akhir ini sudah jarang dapat peluang menonton wayang. Transformer pun baru saya tonton hari Isnin lepas. Jadinya untuk bercakap mengenai calon-calon yang bertanding tentulah kurang adil.
Dari senarai pencalonan nampak Waris Jari Hantu mengungguli jumlah pencalonan dengan 12 pencalonan. Diikuti dengan filem Cinta dan The Red Kebaya yang mendapat 10 pencalonan dan Chermin dengan 9 pencalonan.
Dari 13 filem yang mendapat pencalonan apa-apa kategori, saya telah menonton 10 daripadanya kecuali Syaitan, Possessed dan Tentang Bulan.
Waris Jari Hantu (12) Cinta (10) The Red Kebaya (10) Chermin (9) Cicak-Man (6) Sumo-Lah (6) Puaka Tebing Biru (5) Jangan Pandang Belakang (4) Mukhsin (4) Tentang Bulan (4) Syaitan (2) Possessed (1) Zombi Kampung Pisang (1)
Saya tidak terbang ke Pulau Pinang kali ini. Sekadar menonton dari rumah. Siaran Langsung Festival Filem Malaysia 20 akan ditayangkan pada 4 Ogos ini di Astro RIA mulai jam 9 malam. Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Zally Hussein, Noryn Aziz, Aznil Nawawi, CUCI, Aizat AF5, Deja Moss, Azlina Aziz, Liza Aziz, Mila AF5, Ajai, Jaclyn Victor, Datuk Aziz Satar, AC Mizal, Fauziah Ahmad Daud dan Raja Azura. Penyampai anugerah pula terdiri daripada Datuk Yusof Haslam, Farid Kamil, Maya Karin, Afdlin Shauki, Vanida Imran, Rusdi Ramli, Nasha Aziz, Khatijah Tan, Rosyam Nor, Sazzy Falak, Que Haidar, Nanu Baharuddin, Hans Issac, Umie Aida, Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Jalaludin Hassan dan ramai lagi.
Selain daripada itu ada beberapa program berkaitan yang turut disediakan untuk penonton Astro RIA.
1. Gempak FFM20 Episod 1, 31/7, jam 11.00 malam 2. Gempak FFM20 Episod 2, 01/8, jam 11.00 malam 3. Gempak FFM20 Episod 3, 02/8, jam 11.00 malam 4. Gempak FFM20 Episod 4, 03/8, jam 10.00 malam 5. Karpet Merah Festival Filem Malaysia Ke-20, 4 Ogos, jam 8.00 malam 6. Festival Filem Malaysia Ke-20, 4 Ogos, jam 9.00 malam
FILEM TERBAIK
Jangan Pandang Belakang (2007) Genre: Seram, Ngeri
Tentang Bulan (2006) Genre: Drama, Komedi
Nana Tanjung (2006) Genre: Cinta, Komedi
Cinta (2006) Genre: Cinta
Mukhsin (2007) Genre: Komedi, Drama, Cinta
Puaka Tebing Biru (2007) Genre: Ngeri, Seram
Syaitan (2007) Genre: Ngeri
Zombie Kampung Pisang (2007) Genre: Seram, Komedi
Cicak-Man (2006) Genre: Aksi, Komedi
Diva (2007) Genre: Muzik, Drama
Haru Biru (2007) Genre: Drama
Waris Jari Hantu (2007) Genre: Ngeri, Drama
Seed Of Darkness (2006) Genre: Seram
Cinta Yang Satu (2007) Genre: Cinta
Chermin (2007) Genre: Seram, Ngeri
Cinta Terakhir (2007) Genre: Cinta
Misi 1511 (2006) Genre: Aksi, Komedi
Orang Minyak (2007) Genre: Ngeri, Seram
Possessed (2006) Genre: Ngeri, Seram
Sumo-Lah (2007) Genre: Drama, Komedi
The Red Kebaya (2006) Genre: Drama
Budak Lapok (2007) Genre: Komedi, Animasi
Qabil Khushry Qabil Igam (2007) Genre: Drama
5 CALON BAGI PENGARAH FILEM TERBAIK
Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah
Ahmad Idham Filem: Tentang Bulan
Shuhaimi Baba Filem: Waris Jari Hantu
Yasmin Ahmad a Filem: Mukhsin
Zarina Abdullah Filem: Chermin
5 CALON BAGI PELAKON LELAKI TERBAIK
Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah
Pierre Andre Filem: Jangan Pandang Belakang
Ramli Hassan Filem: The Red Kebaya
Rosyam Nor Filem: Syaitan
Rusdi Ramli a Filem: Waris Jari Hantu
5 CALON BAGI PELAKON WANITA TERBAIK
Maya Karin a Filem: Waris Jari Hantu
Nasha Aziz Filem: Puaka Tebing Biru
Natasha Hudson Filem: Chermin
Sharifah Amani Filem: Cinta
Vanida Imran Filem: The Red Kebaya
5 CALON BAGI LAKON LAYAR TERBAIK
Shuhaimi Baba / Halina Samad Filem: Waris Jari Hantu
Mira Mustaffa / Ara a Filem: Cinta
Zarina Abdullah Filem: Chermin
Ahmad Idham Filem: Tentang Bulan
Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah
5 CALON BAGI CERITA ASAL TERBAIK
Shuhaimi Baba Filem: Waris Jari Hantu
Mira Mustaffa / Ara Filem: Cinta
Zarina Abdullah Filem: Chermin
Yasmin Ahmad a Filem: Mukhsin
Shariman Shafie Filem: Tentang Bulan
5 CALON BAGI SINEMATOGRAFI TERBAIK
Y. M. Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin Filem: The Red Kebaya
Khalid Zakaria Filem: Puaka Tebing Biru
Roszali Samad Filem: Chermin
Abang (Indra Che Muda) Filem: Jangan Pandang Belakang
Madnor Kassim a Filem: Cinta
5 CALON BAGI PENYUNTING TERBAIK
Akashdeep Singh a Filem: Cinta
Faizul Mohd Noh / Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah
Ahmad Mustapha Filem: Jangan Pandang Belakang
Zarina Abdullah Filem: Chermin
Kamarudin Abu Filem: Waris Jari Hantu
5 CALON BAGI SKOR MUZIK ASAL TERBAIK
Shamsul Cairel Filem: Waris Jari Hantu
Adeline Wong Filem: Chermin
Edry (KRU) Filem: Cicak-Man
Zul Mahat Filem: Syaitan
S. Atan Filem: The Red Kebaya
5 CALON BAGI PENATAAN SENI TERBAIK
Yusry KRU Filem: Cicak-Man
Nazrul Asraff Filem: Puaka Tebing Biru
Andy Sulaiman Filem: Chermin
Aida Buyong / Kamarul Nizam Filem: Waris Jari Hantu
Tee Kim Filem: Cinta
5 CALON BAGI PENATAAN BUNYI TERBAIK
Daniel Tang Filem: Chermin
Edry (KRU) Filem: Cicak-Man
Azman Hassan Filem: Puaka Tebing Biru
Addaudio Ex Sdn. Bhd. Filem: The Red Kebaya
Ibrahim Elias Filem: Waris Jari Hantu
5 CALON BAGI PELAKON LELAKI TERBAIK (DALAM WATAK PEMBANTU)
Aznil Nawawi Filem: Cicak-Man
Patrick Teoh Filem: Sumo-Lah
Rashid Salleh Filem: Waris Jari Hantu
Dato' Haji Rahim Razali a Filem: Cinta
Zahim Albakri Filem: The Red Kebaya
5 CALON BAGI PELAKON WANITA TERBAIK (DALAM WATAK PEMBANTU)
Azean Irdawaty Filem: Waris Jari Hantu
Deanna Yusoff Filem: Chermin
Nanu Filem: Cinta
Mak Mah a Filem: Jangan Pandang Belakang
Samantha Schubert Filem: The Red Kebaya
5 CALON BAGI PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
Fatin Nur Afifah Filem: Tentang Bulan
Mohd Addy Ashraf Filem: Tentang Bulan
Mohd Syafie Naswip a Filem: Mukhsin
Nik Adruce Filem: Tentang Bulan
Sharifah Aryana Filem: Mukhsin
5 CALON BAGI LAGU TEMA ASAL TERBAIK
Ajai / Sharon Paul a Filem: Waris Jari Hantu
Tam Spider Filem: Cicak-Man
Pacai / Afdlin Shauki Filem: Sumo-Lah
Nurzaidi Filem: Puaka Tebing Biru
S. Atan Filem: The Red Kebaya
5 CALON BAGI PEREKA KOSTUM / BUSANA
Shamsu Yusof Filem: The Red Kebaya
Shada Filem: Sumo-Lah
Dee Hasnan Filem: Waris Jari Hantu
Moon Filem: Cinta
Izatt a Filem: Cicak-Man
5 CALON BAGI POSTER TERBAIK
Possessed (2006) Genre: Ngeri, Seram
Mukhsin (2007) a Genre: Komedi, Drama, Cinta
Cinta (2006) Genre: Cinta
The Red Kebaya (2006) Genre: Drama
Zombie Kampung Pisang (2007) Genre: Seram, Komedi
DIGITAL FILEM TERBAIK
The Bird House (Naio Wu) (2007) Genre: Drama
Chalanggai (Dancing Bells) (2007) Genre: Keluarga, Drama
Setelah dibuat pengiraan secara kasar, Mawi masih mengungguli pencalonan Anugerah ERA 2007 yang akan disiarkan secara langsung di Astro RIA dan ERA pada 8 September ini dengan 5 pencalonan dalam 4 kategori. Mengekori dekat ialah Diddy dengan 4 pencalonan juga dalam 4 kategori.
Nampaknya tahun ini pencalonan didominasi oleh bintang-bintang Akademi Fantasia. Mila AF5 mengungguli barisan artis wanita apabila tercalon dalam 3 kategori manakala pasangannya Ebi AF5 dengan 2 pencalonan dalam 2 kategori. Siti Nurhaliza masih hebat dengan 2 pencalonan begitu juga Faizal OIAM, Fiq, Adam AF2, Haziq AF4 dan Misha Omar.
Kemana perginya nama Mawi dalam kategori Vokal Lelaki Pilihan ? Itu yang menjadi persoalannya. Kategori tersebut menampilkan nama-nama baru dalam bidang muzik seperti Diddy, Faizal AF4, Yazer AF3 dan Akhil Hayy termasuk Sifu M.Nasir menwakili artis senior.
Dengan lebih kurang 56,000 undian yang merangkumi 55,554 undian online dan 896 undian akhbar/faks, berikut merupakan finalis Anugerah ERA 2007.
Kategori Artis Harapan Pilihan Diddy Ebi AF5 Faizal OIAM Fiq Mila AF5
Kategori Vokal Wanita Pilihan Farhan AF4 Jaclyn Victor Mila AF5 Siti Nurhaliza Velvet AF4
Kategori Vokal Lelaki Pilihan Akhil Hayy Diddy Faizal AF4 M.Nasir Yazer AF3
Kategori Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan Adam AF2/Farah AF2 Diddy/Yanie Irwansyah/Acha Septriasa Jamal Abdillah/Mawi Misha Omar/Andy Flop Poppy
Kategori Band Pilihan Dewa Estranged Samsons Sofaz Spider
Kategori Irama Global Pilihan Gurindam Anak Muda – Haziq AF4 Joget Cinta Sakti – Rosma AF1/Haziq AF4 Melodi Ahlan – Waheeda Nafas Cahaya – Misha Omar Samudera – Nora
Kategori Lagu Nasyid Pilihan 7 Hari – Rabbani Al-Jannah – Mawi Manusia Lupa – Akhbar/Yassin Taubat – Radja Tawakkal – Raihan
Kategori Artis Inggeris Tempatan Pilihan Atimet/Ruffedge Burn AF1 LO Point Blanc/Jaclyn Victor Sasi The Don/Apache Indian
Kategori Lagu Rock Pilihan 3 Malam Tanpa Bintang - Fiq Dewi – Dewa Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) – Jinbara Itu Kamu – Estranged Mahakarya Cinta – Faizal OIAM
Kategori Lagu Pop Pilihan Angan Dan Sedar – Mawi Hilang – Diddy Pastikan – Siti Nurhaliza Persis Mutiara – Mila AF5 Sinar Cinta – Ebi AF5
Kategori Pilihan Kaki Wayang Cicak Man – KRU Communication Cinta – Grand Brilliance Jangan Pandang Belakang – Metrowealth Movies Production Mukhsin – Grand Brilliance Zombi Kampung Pisang – Tayangan Unggul
Kategori Video Muzik Pilihan Joget Lambak – Adam Kian – Mawi Langit Biru – Mawi Professor Klon – Aznil Hj. Nawawi Rama-Rama – Ella
Hari Jumaat selepas tamat waktu bekerja saya memenuhi undangan Datin Seri Tiara Jacquelina ke majlis pelancaran The Borneo Rainforest Cafe di Sunway. Dulu lokasi kafe tersebut merupakan Canai & Such. Kini sudah menjadi milik The Borneo Rainforest Cafe. Turut bersama saya pada malam itu ialah Suanie, KY, TVSmith dan Leen Nation.
Saya suka suasana yang dipersembahkan kepada pengunjung. Suasana malam di tempat yang terbuka memang menyamankan, jangan hujan cukup. Ada lebih kurang 8 gerai dan pengunjung ke kafe tersebut boleh memilih mana-mana gerai yang ada.
Jika bosan-bosan, ada muzik yang boleh menghiburkan pengunjung. Malam itu muziknya agak istimewa kerana ada live band. Persembahan muzik fusion tradisional mereka sungguh mengagumkan. Dengan gabungan sape dan beberapa alatan muzik tradisional, aura Borneo boleh dirasai.
Malam itu ada lebih kurang 100 hidangan terbaik Malaysia seperti ketam bakar, lamb chop, tiram, nasi kerabu, otak-otak, char koay teow, nasi lemak dan laksa Sarawak. Saya makan nasi lemak. So tipikal Melayu kan. Dah lah pagi makan nasi lemak, malam-malam pun makan nasi lemak. Memang terasa lemaknya dan garing ikan bilisnya. Ada pelbagai jenis minuman terhidang untuk pengunjung. Yang paling saya suka ialah teh serai dan air selasih. Saya ingatkan air kacang soya.
Oleh kerana malam itu merupakan malam pelancaran, maka ramai juga artis yang ada pada malam tersebut. Antaranya Sofea Jane dan suami, Datuk Siti Nurhaliza dan suami serta anak. Adib tiada. Hanya yang bongsu sahaja. Mungkinkah Siti Nurhaliza akan terlibat dalam produksi My Name Is Remy? Kita tunggu sahaja. Chedd, salah seorang pelakon yang terlibat tetap menutup mulutnya tidak mahu memberikan sebarang bayangan.
Jika anda berpeluang untuk berada di sekitar Sunway, boleh singgah ke sana.
Nota : Sempena minggu Festival Filem Malaysia 20, saya telah meletakkan trailer filem-filem yang dicalonkan di playlist FFM YouTube Astro Malay Programming. Tonton trailer filem tersebut di bahagian atas tengah blog ini. Di situ sekarang merupakan Promo TV blog sultanmuzaffar yang akan dikemaskinikan setiap hari.
Saksikan Telemovie Wali 27 Julai ini 10 malam di Astro RIA
Telemovie WALI Day Friday Date 27th July 2007 Time 10.00pm
When Faizal ask for Wani’s hand in marriage, she had to find her father to bless her marriage. Imagine Wani’s reaction when she discovered that her father, Hamzah aka Madam Zaza is a drag queen! When her father was introduced to Faizal’s family...
Wani (Rita Rudaini) yang ingin mengahwini jejaka pilihan hatinya Faizal (Norman Hakim)dan harus mencari ayahnya untuk mewalikan pernikahannya. Namun demikian, Wani berhadapan dengan kekeliruan apabila dia akhirnya bertemu dengan ayahnya Hamzah aka Madam Zaza (Ahmad Tarmimi Siregar) yang juga keliru dengan identiti dirinya.Wani cuba untuk menerima hakikat namun apabila diperkenalkan dengan keluarga Faizal...
Stars Rita Rudaini, Norman Hakim, Liza Othman, Mimi Zarina, Yusni Jaafar, Aznah Hamid and Rahim Jailani.
So, what are you waiting for? Make way for the Queen Bee on 27 July, Friday, 10pm exclusively on Astro RIA
Nampaknya trend dalam dunia web akan menjadi lebih berselirat macam imej di atas ini. Berdasarkan peta keretapi bawah tanah di Jepun, terlahir satu imaginasi kita akan apa yang akan berlaku di masa akan datang. Nanti saya kemaskini apakah teknologi-teknologi sedia ada yang saya gunakan buat masa kini. Saya mahu study web trend map ini minggu ini. InsyaAllah.
Berpeluang untuk menonton rough cut Muallaf semalam di pejabat Yasmin Ahmad. Gulp ! Malaysia sudah lama mengamalkan kebebasan beragama di negara ini, tetapi sudah terbukakah kita untuk membenarkan diri kita menerima elemen-elemen agama lain dalam hidup kita ? Itu persoalannya. Ajami mewawancara Yasmin Ahmad selepas tayangan semalam, layar ke blog Ajami untuk baca wawancara tersebut.
Entri ini tiada kena mengena dengan hubungan baru yang melibatkan seorang kakitangan baru yang telah mengambil alih tempat seorang kawan. Jangan spekulasi ya !
Sejak kebelakangan ini banyak cerita di dada-dada akhbar dan juga gosip-gosip di Internet yang heboh memperkatakan tentang Siapa Mereka ?. Ternyata rahsia yang tersimpan begitu lama nampaknya mula terbongkar satu-persatu. Seperti hangatnya spekulasi Pengetua Akademi Fantasia, begitu jugalah yang berlaku kepada barisan Penyampai Baru di Stesen Radio Nombor Satu, ERA! Ampu jangan tak ampu !
Akhirnya terjawab sudah pada pagi hari Jumaat yang lalu apabila Khairil Rashid yang merupakan gandingan terbaik Kieran akan mengundurkan dirinya dari stesen radio tersebut. Ke mana hala tujuan Khairil terus menjadi spekulasi selepas terjawabnya spekulasi akan berlakunya perpecahan kepada gandingan yang lebih dikenali sebagai KnK itu. Itu persoalan yang masih belum terjawab.
Dalam nada sedikit sebak, Khairil mengumumkan pengundurannya di penghujung segmen Pagi Di ERA yang merupakan segmen pagi radio paling popular di Malaysia. Gandingan Fara Fauzana dan Faizal Ismail pun belum dapat mengalahkan mereka.
Nampaknya rombakan bukan sekadar melibatkan segmen pagi tetapi turut melibatkan segmen malam apabila penyampai Nila Kurnia turut mengumumkan pengundurannya pada malam yang sama. Ke mana pula arah tujuan Nila Kurnia ? Ada cakap-cakap Internet yang mengatakan beliau akan berpindah ke stesen radio yang agak matang audiensnya iaitu Sinar. Sama ada benar atau tidak, belum dapat saya pastikan.
Selepas tersebarnya berita gelombang perubahan ini, nyata akhbar dan Internet menjadi sumber untuk mendapatkan sumber-sumber sahih mengenai berita tersebut. Ada juga yang membuat spekulasi. Nama seperti Yasmin Hani, Cheryl Samad, Sazzy Falaq, AC Mizal, Aznil Nawawi, Jimmy Shanley dan Raja Azura disebut-sebut bakal mengambil alih tempat-tempat mereka yang dipindahkan. Satu Malaysia tahu mereka pernah menjayakan beberapa segmen percubaan bersama Penyampai sedia ada. Percubaan tersebut yang pada mulanya dilihat sebagai tujuan promosi nampaknya telah mencetuskan polemik yang lebih besar lagi. Mulut dan tangan tidak berhenti berbicara. Bermacam-macam andaian dibuat.
Sama ada perubahan yang akan dibuatkan mampu melonjakkan kembali rating audiens pendengar ERA harus sama-sama kita tunggu. Apakah perubahan yang akan dibuat itu bakal memberikan satu nilai tambah bukan sahaja kepada pendengar radio tetapi juga kepada penonton program Melayu Astro.
Sebenarnya saya sudah lama tertarik dengan gaya saingan Astro yang mengeksploitasi bakat TV dan Radio mereka untuk menyeimbangkan populariti kedua-dua medium tersebut. Buat apa kita guna bakat luar dari kita-kita sahaja. Gunakan sumber yang ada di sekeliling kita. Tentu ada bakat yang masih belum digilap dan inilah masanya untuk memperluaskan lagi pengaruh nama mereka di antara kedua-dua medium tersebut.
Bakal muncul, medium Internet yang pastinya akan memberikan kesan yang bukan sedikit kepada pendengar radio, penonton TV dan pelayar Internet. Sudah pasti !
Apakah yang cuba dilakukan oleh ERA khususnya ? Sama-sama kita tunggu gelombang perubahan yang akan berlaku Isnin ini.
Terima kasih kepada Khairil yang telah banyak menceriakan suasana setiap pagi saya dalam perjalanan ke pejabat. Gandingan Khairil dan Kieran telah membuatkan setiap pagi saya menjadi lebih bersemangat dan lebih segar. KnK telah pun menjadi satu jenama di setiap isi rumah ! Jenaka santai mereka pasti akan terus diingati !
Siapa Mereka?, sila buat tekaan anda.
Dalam pada itu, persiapan sedang giat dijalankan untuk acara esok petang. Bukan selalu dapat peluang meluahkan pendapat di hadapan orang awam dan inilah peluangnya tiba lagi. Khabarnya Nataniel Tan akan turut hadir pada petang itu.
Blogging: Friends or Foe (Sahabat atau Seteru)
Tarikh22 Julai 2007 (Ahad) Masa2 petang LokasiShah’s Village Hotel PJ (bersebelahan A&W, PJ), Stesen LRT Taman Jaya
Hidangan ringan dan sijil disediakan. Kehadiran adalah percuma.
PenganjurAnwar Ibrahim Club (AIC) & Blog Bugs Penaja Friedrich Naumann Foundation
Sila hubungi Rahimi Osman di talian 012-2676500 untuk pengesahan kehadiran.
Jumpa anda di sana esok.
Astro RIA & HITZ.TV
PRESENTS
TOGEL
Jangan Togel, which loosely translates as “Hang on to your shirt!”, may already be a familiar phrase for the football-mad youth of Malaysia. It refers to an unspoken rule whereby the first team to concede a goal must take off their shirts, or play ‘togel’.
In a celebration of this distinctive trait of street football culture in Malaysia, Nike recently collaborated with some of the most creative, homegrown talents such as up-and-coming film director Kubhaer Jethwani, indie band Seven Collar T-Shirt and illustrator Leman.
TOGEL takes us up, close and personal with KL’s football mad youths. It follows the real lives and dreams of 3 boys whose passion for football are probably the only that keeps them going:
· Alvin. A 17 year-old form USJ playing for one of the top junior futsal teams in the country · Jobless and unable to get into college, nothing is going right for Hafiz, 19. Hopefully, football will put things right for him. · Dealing with real life issues at 16 is tough. But when you have a real gift like Sharvin does, you have to stay focused on your goals.
Do not miss Nike’s Togel Documentary, this 22nd July, Sunday at 4pm on Astro RIA and Hitz.TV
Bagaimana rasanya bila seorang blogger hidup selama enam hari tanpa internet ? Jawapannya mudah. AMAN ! Hidup tanpa internet dan dalam waktu yang sama menghabiskan masa bercuti adalah satu yang paling menyenangkan.
Jarang sekali berpeluang untuk bercuti dan enam hari cuti yang diambil hanyalah dari sepuluh hari yang mana saya bekerja selama 10 minggu untuk Akademi Fantasia. Masih ada lagi 8 hari cuti tanpa rekod yang boleh diambil sempena Raja Lawak Astro dan 4 hari lagi dari Akademi Fantasia 5. Cuti tahunan masih belum terusik walaupun sudah masuk pertengahan tahun.
Enam hari saya melakukan proses nyahtoksik ion-ion negatif dari badan. Lega. Kembali ke pejabat walaupun kerja tetap menunggu, hati kembali tenang. Memang puas hati. Jejak saja ke Kuala Lumpur, saya cari internet. Hahaha.
Hah ! Siti Nurhaliza kena pukul ? Hah ! Ning Baizura nak bertunang ? Hah ! Helikopter Nuri terhempas ? Hah ! Anak Gemilang Malaysia dapat perhatian bloggers ? Macam-macam yang berlaku sepanjang enam hari saya tiada dalam negara. Betul kata Ted, bumi akan terus berpusing. Kita buat sajalah apa yang patut kita buat.
Cuti tersebut memang telah dirancang sejak awal. Dirancang antara IKON Malaysia Separuh Akhir dan IKON Malaysia Akhir juga di antara ruang kosong Potret Anak Gemilang Malaysia dan pengumuman Top 10 Tokoh Anak Gemilang Malaysia. Tak sangka pula ruang kosong itu dikejutkan dengan entri-entri blog yang berbicara tentang program tersebut.
Tidak dinafikan ada kebenaran komen-komen tersebut, ada juga komen-komen yang tersasar. Sekurang-kurangnya mereka turut memberikan perhatian mereka kepada program tersebut khususnya dan impak yang akan berlaku secara amnya.
Bukan sesuatu perkara yang mudah untuk menghasilkan program seperti Anak Gemilang Malaysia. Impaknya besar. Macam-macam boleh berlaku. Persepsi masyarakat terhadap pelbagai perkara boleh berubah jika langkahnya tidak teratur.
Kota Beijing
Penerbangan ke Beijing dari KLIA tertangguh selama 2 jam angkara aerobridge yang jatuh dari pesawat. Penerbangan ke Beijing mengambil masa selama 5 jam 30 minit. Mendarat di Beijing tepat jam 5 petang. Hari pertama di kota Beijing agak meletihkan kerana kesuntukan masa. Cuaca di Beijing agak panas dan lebih kurang cuaca di Kuala Lumpur sahaja.
Lapangan Terbang Utama Beijing
Restoran Muslim di Beijing
Restoran Muslim di Beijing
Pertunjukan Akrobatik
Walaupun dalam keadaan takut-takut merakamkan gambar di atas kerana peraturan tidak membenarkan rakaman gambar dibuat semasa persembahan, terhasillah gambar seperti di atas. Aksi pemain akrobatik sedang melayangkan badannya agak sukar dirakamkan dengan sebuah kamera yang tidak canggih.
Sekarang Jingjing dah ada kawan baru. Nama dia Huanhuan, Beibei, Nini dan Yingying. Walaupun saiz mereka berbeza, tapi hati mereka baik. Mereka ialah maskot Sukan Olimpik 2008 di Beijing.
Sudah lama Jingjing tidak bercuti. Oleh itu untuk melepaskan sisa-sisa lelah Akademi Fantasia 4, Raja Lawak Astro dan Akademi Fantasia 5, Jingjing akan terbang bercuti selama satu minggu. Harap-harap tiada yang mengganggu. IKON Malaysia ke, Anak Gemilang Malaysia ke, Wazzup Mila? ke, Muallaf ke semua tidak dapat Jingjing dipenuhi. Rasa rugi juga tak dapat pergi tengok Muallaf. :(
Awal minggu ini saya dikejutkan dengan satu email. Saya tidak pernah kenal siapa penghantarnya. Saya hanya sekadar borak-borak kosong sahaja. Tiba-tiba meminta saya untuk menelefonnya kembali. Mungkin ada sesuatu yang penting. Saya telefon kembali. Beliau nyatakan hasratnya.
Saya tidak pasti sama ada mahu gelak atau tersenyum sendiri. Nak gelak takut kawan baru saya ini terasa atau kecil hati. Hasratnya agak unik. Kenapa saya kata unik ?
Pemanggil : Muz, tolong aku !
SM : Tolong apa?
Pemanggil : Kawan aku mengandung !
SM : Ahh sudah ! (Apa aku nak buat ni ? Aku tak nak bersubahat ! Hahaha) Macam mana dia boleh mengandung ? (Aku sendiri tak tahu macam mana boleh terkeluar soalan bodoh tu!)
Pemanggil : Kau je yang boleh tolong aku. Dia mengidam.
SM : (Dalam kepala aku dok pikir makanan yang aku kena tolong carikan) Mengidam nak makan apa ? (Ya lah ! Kalau mengidam mesti lah makanan kan ?)
Pemanggil : Bukan makanan. Dia nak medalion Mawi !
SM : HAH ! Nak apa ??? (buat-buat terkejut sambil gelak dalam hati!)
Pemanggil : Dia nak MEDALION MAWI !
SM : (Gelak dalam hati !) Nak buat apa medalion Mawi ? Bukan boleh makan !
Pemanggil : Mana aku tahu. Dah dia nak.
SM : Dia dah berapa bulan sekarang ?
Pemanggil : 8 bulan.
SM : OK. Lama lagi. Aku call balik minggu depan. Isnin dapat kot. (Dalam kepala aku terbayang muka BadrulAfterSix yang amat kamceng dengan Kak Ita.)
Pemanggil : TQ. Janji sebelum bersalin lah.
SM : (Aku tahu lah orang mengidam mesti nak sebelum bersalin ! Selepas bersalin dia nak lain.)
Tadi saya pergi ambik medalion Mawi dari Shidah di KLCC. Ya ! SM pergi ambil medalion Mawi dari MawiFC. Saya buat pengakuan ! Tadi juga saya jumpa kawan baru saya itu dan berikan medalion Mawi yang dia hendak. Saya tidak beli satu sahaja. Saya beli TIGA. Satu untuk perempuan mengandung, satu untuk kawan baru saya itu (yang dalam diam-diam nak satu jugak) dan satu lagi untuk SAYA. Hahaha. Dah alang-alang kan. Apa salah aku beli satu. Boleh simpan dalam wallet, buat ibu duit. Hahaha. Mana tahu dengan kuasa Allah boleh jadi kaya macam Mawi.
Aku tak kira, anak kawan kau nanti, kena letak nama Mawi Muzaffar !! Hahaha !
Nota : Jumaat ini jam 9 malam di Astro RIA, Mawi akan bertandang di AC Di Sini untuk meleraikan segala kekusutan yang berlaku minggu ini. Jingjing tengah sibuk mendaki The Great Wall Of China hari tu! Jingjing uga nak ucapkan Tahniah kepada Mawi untuk IKON Malaysia Akhir !
Gerhana Ska Cinta KO Farah KO Flop Poppy OK Dayang OK OAG OK Reshmonu KO May KO Mawi KO Jaclyn Victor OK Jinbara OK
Nota : Apa lagi agaknya cerita yang boleh dikongsi bersama untuk entri-entri akan datang ? Saya akan mengimbau kembali kenangan sewaktu Reformasi (berhadapan dengan FRU), Sukan Komanwel 1998 (bangganya jadi rakyat Malaysia), Peristiwa Memali (menonton Combat secara langsung di TV Malaysia), Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 (permulaan kepada Sukom 98), Wawasan 2020 diperkenalkan (apa itu wawasan?), satu Malaysia bergelap (study guna lilin), Y2K (berjaga depan PC), Tower 2 Twin Tower (September 11), Tsunami atau apa saja yang ingin anda ceritakan. Mana tahu kalau-kalau ada yang anda ingatkan...
Sekitar tahun 1998. Darah masih manis. Usia lewat graduan universiti. Semangat membara. Baru saja empat bulan mengenal erti gaji sendiri. Ketika itu, bulan September. Gelombang reformasi melanda Malaysia. Dalam negara sedang sibuk membuat persiapan terakhir Sukan Komanwel yang akan berlangsung 11 September, pada 2 September 1998 Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Negara kecoh ! Rakyat memberontak !
Ini rahsia yang saya simpan dari pengetahuan ramai. Antara kawan-kawan yang turut menjadikan rumah kami tempat lepak pada waktu tersebut merupakan anak lelaki kepada seorang Menteri Kabinet pada waktu tersebut. Oleh itu gosip-gosip keretakan hubungan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri waktu itu telah kami ketahui. Kami mengetahuinya lebih awal. Lupakan soal itu. Bertitik-tolak dari kes pemecatan tersebut, berlakulah gelombang reformasi yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Setiap hujung minggu merupakan hari yang memeritkan di Kuala Lumpur. Jalan banyak ditutup. Kedai juga ditutup awal. Keadaan negara menjadi huru-hara seketika.
Rakyat keluar berdemonstrasi di Dataran Merdeka. Lori-lori FRU di merata-rata kawasan sekitarnya. Pasukan FRU membawa belantan dan perisai. Lori penyembur air juga kelihatan. Itu situasi yang normal pada waktu tersebut. Satu hujung minggu saya ingin merasai bagaimana perasaan rakyat keluar berdemonstrasi. Kami meletakkan kereta di SOGO. Lalu berjalan ke Dataran Merdeka. Orang ramai merata-rata. Ada orang awam ada juga yang turun benar-benar untuk berdemonstrasi. Saya dan kawan-kawan hanya ingin melihat.
Bergerak perlahan-lahan ikut kelompok demonstrator ke Dataran Merdeka. Dari SOGO kami melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman hinggalah ke Panggung Coliseum. Melintas ke DBKL. Sudah ramai orang di sana. Jalan di hadapan Dataran Merdeka sudah ditutup. Kami hanya lihat pasukan FRU berada di penghujung jalan penutup Dataran Merdeka. Mereka arahkan kami agar bersurai. Kelompok di hadapan mungkin sedang berbincang sesuatu dengan pihak polis. Kami masih di tepi DBKL. Semangat saja membara tetapi tidak berani untuk meneruskan perjalanan ke depan. Sekadar memerhati dari jauh. Kami sendiri tidak mendengar butir-butir perbincangan.
Tiba-tiba kami lihat ramai orang bertempiaran lari. Lori penyembur air sudah mula menyemburkan air ke arah orang ramai. Kami lihat dari jarak kami berada polis FRU masih lagi jauh. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba mereka berada dekat dengan kami. Dikejarnya kami. Kami lari bertempiaran hingga terpisah. Saya lari ikut jalan belakang Coliseum hingga SOGO. Tanpa kenal erti penat. Jauh jugak. Sempat juga merasa bagaimana air semburan tersebut kena ke baju. Mujur bukan belantan.
Itu kali terakhir saya ke Dataran Merdeka untuk cuba-cuba belajar berdemonstrasi. Beberapa hari selepas itu, pada hari Ratu Elizabeth 2 berada di Kuala Lumpur untuk majlis penutupan Sukan Komanwel, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Anehnya semangat yang membara di Dataran Merdeka hilang bila menjadi bangga dengan usaha Malaysia khususnya Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamed (sekarang Tun) di majlis penutupan Sukan Komanwel yang penuh gilang-gemilang.
Memoir Untukmu Malaysia (Bhg.1) Di Mana Anda Berada Ketika...?
Tahun ini merupakan tahun yang penting untuk Malaysia. Sudah masuk 50 tahun kemerdekaan negara kita. Apa yang telah kita sumbangkan kepada negara kita ? Apa pula sumbangan negara kepada kita ?
Saya tergerak untuk menulis tentang apa yang telah berlaku di negara kita setelah 33 tahun saya menghuni di bumi ini. Walaupun ramai yang kini sedang sibuk mengail atau menubaikan di laut, saya lebih gemar untuk menggoyang kaki (OK lah, kadang-kadang menjahit !). Saya pegang pada satu prinsip. Jika mahu betul-betul melawan gelora, biarlah lawan kita itu seekor jerung dan bukannya seekor ikan bilis.
Saya telah menghirup udara Malaysia selama 33 tahun. Sepanjang tempoh tersebut tentunya banyak cerita yang telah berlaku di sekeliling saya. Anda masih ingat bila kali pertama anda membaca surat khabar ? Saya masih ingat. Masa saya kecil-kecil dahulu, keluarga saya hanya membeli surat khabar New Straits Times. Saya tidak pernah mahu baca. Sampailah pada satu ketika heboh tentang pembunuhan Datuk Mohd Taha Talib menjelang Pilihanraya Umum tahun 1982. Tatkala bermulanya perbicaraan yang turut melibatkan seorang menteri tersebut, saya mula membaca akhbar Utusan Malaysia dan kadang-kala NST. Memang seronok membaca prosiding mahkamah. Sekarang pun saya baca juga. Ikut-satu persatu. Dengan membaca akhbar ketika itu, bermacam-macam cerita boleh kita tahu secara terperinci kerana semuanya diselongkar kepada umum. Zaman dulu-dulu seorang Menteri pun boleh dihadapkan ke mahkamah. Tidak seperti sekarang yang sistem tersebut sering dicabar dengan pelbagai macam halangan.
Itu kisahnya bagaimana saya berminat untuk membaca akhbar. Hari ini setiap hari saya akan meluangkan masa untuk membaca akhbar-akhbar yang ada. Bukan satu, bukan dua tetapi tujuh. Semuanya kerana tugas. Saya ada Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Malay Mail, The Star dan mStar. Mana pergi NST ?
Menariknya bila hari ini akhbar-akhbar tersebut turut memberikan fokus kepada prosiding perbicaraan yang berprofil tinggi. Mungkin juga minat saya terhadap akhbar lebih mendalam bila adanya prosiding-prosiding mahkamah seperti hari ini. Saya masih ingat lagi waktu perbicaraan Mona Fendy dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akhbar masih memainkan peranan yang penting walaupun gelombang blog sedang melanda Malaysia. Dalam akhbar saya masih boleh membaca setiap perkataan yang diperkatakan di mahkamah berbanding dengan membaca blog.
Itulah kisahnya...
Nota : Apa lagi agaknya cerita yang boleh dikongsi bersama untuk entri-entri akan datang ? Saya akan mengimbau kembali kenangan sewaktu Reformasi (berhadapan dengan FRU), Sukan Komanwel 1998 (bangganya jadi rakyat Malaysia), Peristiwa Memali (menonton Combat secara langsung di TV Malaysia), Sukan SEA Kuala Lumpur 1989 (permulaan kepada Sukom 98), Wawasan 2020 diperkenalkan (apa itu wawasan?), satu Malaysia bergelap (study guna lilin), Y2K (berjaga depan PC), Tower 2 Twin Tower (September 11), Tsunami atau apa saja yang ingin anda ceritakan. Mana tahu kalau-kalau ada yang anda ingatkan...
Seminar Blogs "Friends or Foe"
Tarikh : 22 Julai 2007 Hari : Ahad Masa : 2 petang Tempat : Shah's Village Hotel PJ (sebelah A&W, PJ) Stesen LRT Taman Jaya Peta di sini
Panel : 1. Soon Li Tsin (Malaysiakini) 2. Jemeriah Foo (Best Chinese Blog) 3. sultanmuzaffar (boleh ke aku cakap English ni ?)
Jom makan FREE !!
Anjuran : Blog Bugs Tajaan : Friedrich Naumann Foundation