Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Kampong Nekmat Ning Baizura & Omar Sharif

Entri oleh sultanmuzaffar 03 February 2008 0 komen

Dari : http://sultanmuzaffar.wordpress.com/

(ANCHOR)

Hajat Ning Baizura dan suami, Omar Sharif untuk membangkitkan suasana kampung dalam meraikan majlis persandingan mereka...menjadi kenyataan.

Malam tadi, Dewan Utama Pusat Pameran Dan Konvensyen MATRADE di Jalan Duta telah ditransformasi menjadi Kampong Nekmat.

(VT)

Lengkap dengan rumah kayu, basikal tua, malah vespa sebagai props, kehadiran tetamu disambut dengan reban kambing, titi serta kolam ikan di dalam dewan.

Kemeriahan majlis persandingan ning dan omar jelas terasa apabila sebahagian hadirin dijemput duduk bersila dan bersimpuh menikmati juadah enak yang disediakan.

Tanpa terikat kepada protokol dan formaliti, tetamu bebas untuk bergerak dan berbual, malah menari mengikut irama orkestra kampung.

Ada joget lambak, malah ada juga acara melatah!

Sebagai raja dan ratu sehari, Ning dan Omar menukar tiga helai persalinan.

Persalinan pertama, songket biru disarung untuk acara menepung tawar.

Pasangan romantis ini kemudiannya mengenakan persalinan kedua ala tradisi Jawa untuk menyempurnakan acara suap-menyuap.

Dan persalinan ketiga untuk acara memotong kek.

Selain saudara-mara dan para peminat Ning, majlis persandingan ini juga diserikan kehadiran ramai rakan selebriti.

Antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Syafinaz, Linda Onn, Yasmin Ahmad dan Farawahida.

Mereka juga tidak lokek menyumbang suara secara sukarela buat pengantin.

Buat Ning Baizura dan Omar Sharif, Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia ke akhir hayat. //

Nota SM : Tahniah ! Saya sukakan suasana persekitarannya. Saya sukakan keintiman lokasi majlis tersebut ! Saya sukakan rekaan setnya ! Cuma saya tidak sukakan udang masak tempoyak. Eww !
































Foto dari Kamera Gala TV, Astro AWANI

Foto dari CheddYusoff.com

Legenda Sheila Majid

Entri oleh sultanmuzaffar 02 February 2008 2 komen

(ANCHOR)
Setelah lebih enam tahun tidak muncul mengadakan konsert solo, Ratu Jazz negara...Sheila Majid memukau penonton dengan sebuah persembahan yang bertenaga dan penuh elegan semalam.

(VT)
"Sheila Majid In Concert" yang dianjurkan oleh IJN Foundation diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri.

Persembahan muzikal konsert yang berlangsung selama lebih dua jam itu diketuai oleh Acis selaku pengarah muzik bersama 12 pemuzik dan penyanyi latar.

Memulakan persembahan dengan lagu "Warna", sheila tampil anggun dengan dua gaun sepanjang konsert tersebut.

Uniknya sheila apabila penonton turut menyanyi bersamanya dalam rangkaian lagu-lagu seperti "Pengemis Muda", "Memori", "Gemilang", "Antara Anyer Dan Jakarta", "Ratu", "Ku Mohon", "Tua Sebelum Waktunya", "Aku Cinta Padamu" dan rangkaian lagu-lagu Tan Sri P.Ramlee.

Sheila menamatkan persembahannya dengan lagu "Sinaran" yang membuatkan seluruh dewan bergema dengan tepukan.

Menunaikan permintaan penonton, Sheila Majid kembali ke pentas membawakan lagu "Legenda" yang merupakan lagu "trademark" beliau sambil montaj wajah-wajah Perdana Menteri Malaysia ditayangkan.

IJN Foundation merupakan sebuah badan yang ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul dana untuk pembangunan institut jantung negara dan kebajikan pesakit jantung Malaysia.

Malam ini merupakan malam terakhir konsert tersebut diadakan dan bakal dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri.//