Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Bagaimana Menilai Hak Eksklusif ?

Entri oleh sultanmuzaffar 22 December 2008 5 komen


Farid pulak yang posing...
Masih lagi ceria...
Masih lagi ceria kerana keadaan masih lagi terkawal
Namun ada yang dibelakangi...

Mujur sirih junjung ni tak jatuh terjerombab atas tangga !
Kami ada harga diri ! Jangan halang tugas kami !
Mawi : Alhamdulillah, semuanya selesai.
Ekin : Belumlah bang. Ada orang lagi tunggu kat luar tu !

Yang kat luar kenapa tak masuk ? Ohhh ! Tak berbaju Melayu !
Siapa yang tunggu kat luar tu bang ?
Boleh duduk tak nih ? Takde pass tak boleh duduk !

Dunia Atlantis Mabul-Sipadan II Bahagian Pertama

Entri oleh sultanmuzaffar 15 December 2008 2 komen

Apakah nasib yang bakal menimpa kampung-kampung kecil ini apabila kerajaan meneruskan projek Mabul Oceanarium ? Cukuplah !!
Aman dan Tenang







Manta Ray I
Manta Ray II








Nemo ?

Pemenang Festival Film Indonesia 2008

Entri oleh sultanmuzaffar 14 December 2008 2 komen

Pemenang Festival Film Indonesia 2008 telah pun diumumkan baru-baru ini. Berikut merupakan senarai pemenang. Saya akan pastikan untuk menonton filem Fiksi.

Film (Filem Terbaik)
3 Doa 3 Cinta
Claudia/Jasmine
Fiksi (Pemenang)
• May
Under the Tree

Skenario Cerita Asli (Lakon Layar / Cerita Asal Terbaik)
• Awi Suryadi (Claudia/Jasmine)
• Dirmawan Hatta (May)
• Joko Anwar/Mouly Surya (Fiksi) (Pemenang)
• Nurman Hakim (3 Doa 3 Cinta)
• Upi (Radit & Jani)

Penyutradaraan (Pengarah Terbaik)
• Garin Nugorho (Under the Tree)
• Mouly Surya (Fiksi) (Pemenang)
• Rachmania Arunita (Lost in Love)
• Upi (Radit & Jani)
• Viva Westi (May)

Pemeran Utama Pria (Pelakon Lelaki Terbaik)
• Aming (Doa yang Mengancam)
• Donny Alamsyah (Fiksi)
• Nicholas Saputra (3 Doa 3 Cinta)
• Vino G. Bastian (Radit & Jani) (Pemenang)
• Yama Carlos (May)

Pemeran Utama Wanita (Pelakon Wanita Terbaik)
• Ayu Laksmi (Under the Tree)
• Fahrani (Radit & Jani) (Pemenang)
• Jenny Chang (May)
• Ladya Cheryl (Fiksi)
• Pevita Pearce (Lost in Love)

Pemeran Pendukung Pria (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik)
• Dwi Sasono (Otomatis Romantis)
• Lukman Sardi (Kawin Kontrak)
• Oka Antara (Ayat-ayat Cinta)
• Tio Pakusadewo (May)
• Yoga Pratama (3 Doa 3 Cinta) (Pemenang)

Pemeran Pendukung Wanita (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik)
• Aryani Kriegenburg Willems (Under the Tree) (Pemenang)

• Ira Maya Sopha (Claudia/Jasmine)
• Poppy Sovia (The Butterfly)
• Tutie Kirana (May)
• Tizza Radia (Claudia/Jasmine)

Tata Sinematografi (Sinematografi Terbaik)
• Ical Tanjung (May) (Pemenang)
• Ical Tanjung (Radit & Jani)
• Nayato Fio Nuala (The Butterfly)
• Yadi Sugandi (Under the Tree)
• Yunus Pasolang (Fiksi)

Tata Artistik (Penataan Seni Terbaik)
• Budi Riyanto (Under the Tree) (Pemenang)

• Eros Eflin (May)
• Eros Eflin/Vida Sylvia (Fiksi)
• Koesnadi W.S. (The Butterfly)
• T. Moty D. Setyanto (Kuntilanak 3)

Penyuntingan (Penyunting Terbaik)
• Andhy Pulung (Under the Tree)
• Muchamad Ichsan (Fiksi)
• Sastha Sunu (3 Doa 3 Cinta)
• Wawan I. Wibowo (May)
• Yoga Krispatama (Claudia/Jasmine) (Pemenang)

Tata Musik (Penata Muzik Terbaik)
• Aksan Sjuman (Lost in Love)
• Anto Hoed/Melly Goeslaw (The Butterfly)
• Djadug Ferianto (3 Doa 3 Cinta)
• Kadek Suardana/Wiwiek Soedarno (Under the Tree)
• Zeke Khaseli (Fiksi) (Pemenang)

Tata Suara (Penata Audio Terbaik)
• Adityawan Susanto (Under the Tree)
• Edo Sitanggang/Suhadi (Radit & Jani)
• Khikmawan Santosa (3 Doa 3 Cinta)
• Satrio Budiono (May) (Pemenang)
• Satrio Budiono/Yusuf A. Patawari/Aufa Ariaputra (Fiksi)

Film Pendek (Filem Pendek Terbaik)
• A Kite (Sutradara : Achmad Rofiq)
• Cheng Cheng Po (B.W. Purbanegara) (Pemenang)
• Daun Terus Melayang (Rahabi Mandra)
• Hanung Ing Larung (Hery Sasongko)
• Ibu dan Anak-anakku (Wicaksono Wisnu)
• Nyawa-nyawa Mendamaikan Persada (Robby Ertanto)

Film Dokumenter (Dokumentari Terbaik)
• Catatan Terakhir dari Nusakambangan (Sutradara : Moriza dan Nurshinta)
• Ritus Swara Djaduk (Hari Suryanto)
• Tarianku Negeriku (Musa Tambunan)
• The Conductor (Andibachtiar Yusuf) (Pemenang)
• Ubud, Antara Tradisi dan Pariwisata (Harmens Tahir)

Perihal Muallaf dan Gala TV

Entri oleh sultanmuzaffar 08 December 2008 4 komen

Ada dua cerita yang terpapar dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam. Satu berkenaan Muallaf dan satu lagi berkenaan Gala TV. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen, cuma menyarankan kepada pembaca blog ini untuk membacanya. Harus diakui saya telah pun menonton filem Muallaf yang besar kemungkinan tidak ditayangkan di Malaysia dan merupakan antara tenaga belakang tabir yang terlibat secara langsung dengan program Gala TV. Komen yang berlebihan mungkin akan menyinggung banyak pihak.

ARKIB : 07/12/2008

Muallaf menyinggung orang Islam?

Oleh KAMIL MASLIH dan ARIF NIZAM ABDULLAH
(Yang menonton Muallaf di Singapura baru-baru ini)

"MEMANG patut tak lepas di Malaysia," komen spontan sebaik kami selesai menonton filem Muallaf di The Picturehouse, The Cathay Singapura semasa hari pertama tayangannya pada 29 November lalu.

Muallaf, filem kelima arahan Yasmin Ahmad belum ditayangkan di negara ini tetapi sudah dapat ditonton di negara itu.

Sehingga hari ini, filem arahan pengarah kontroversi itu terus tersadai di Lembaga Penapisan Filem (LPF) atau dalam bahasa halus tidak diluluskan tayangannya di Malaysia.

Ini kerana Yasmin dikatakan enggan mematuhi arahan badan penapis itu supaya memotong beberapa adegan penting yang boleh mencetuskan sensitiviti agama di negara ini.

Peliknya, sambutan di Singapura begitu memberangsangkan apabila tayangan hari pertama penuh sesak sehinggakan penonton perlu membuat tempahan awal bagi mengelak kehabisan tiket.

Barangkali bagi penonton di sana, tarikan utama Muallaf adalah kerana hampir keseluruhan dialog dalam filem itu menggunakan bahasa Inggeris.

Sepanjang menonton filem ini, kami mencari kewajaran di mana letaknya kekhilafan Muallaf hingga dihukum sedemikian.

Jawapannya ditemui cukup mudah. Menerusi Muallaf, Yasmin semakin berani menongkah arus untuk mengangkat isu agama sebagai lambang perjuangannya dalam bidang seni.

Persoalan itu timbul berikutan sejauh mana sensitiviti agama diusik Yasmin yang memang terkenal dengan filem-filemnya yang melangkau budaya masyarakat Melayu seperti Sepet dan Gubra.

Bukan tidak pernah persoalan mengenai toleransi serta keterbukaan antara agama ditonjolkan di layar perak seperti Ridley Scott dalam filem berjudul Kingdom of Heaven. Nilai kemanusiaan merupakan keutamaan pengarah British itu berbanding perjuangan agama kerana kesudahannya, manusia sendiri yang akan mencorakkan perjalanan agama yang didukung mereka.

Dengan mengambil situasi peperangan yang mana berlaku konflik antara agama, Scott meletakkan harapan kepada kedamaian bersandarkan rasa toleransi manusia.

Menarik mengenai Muallaf pula, Yasmin tidak mengambil latar peperangan ataupun konflik yang sedia menjadi kelaziman untuk sesebuah filem yang ingin menegakkan perjuangan.

Pengarah kelahiran Muar, Johor itu memilih sebuah bandar raya Ipoh yang tenang dan kaya dengan keindahan landskap bangunan kolonial.

Dia juga memaparkan sikap masyarakat yang langsung tiada berbalah semata-mata mencintai kedamaian.

Dalam Muallaf, Yasmin menempatkan masyarakat berbilang agama dapat hidup dengan saling toleransi. Suntikan realiti yang diberikan pastinya memberi kesan namun persoalan samar yang diwujudkan terlalu halus sehingga mengguris hati dan sensiviti masyarakat khususnya Islam yang menjadi majoriti di negara ini.

Hampir semua watak utama di dalam filem Muallaf dilihat mahu mencari serta menegakkan kebenaran menerusi agama masing-masing.

Watak Rohana yang dibawa Sharifah Amani dan watak Rohani yang dibawa adiknya, Sharifah Alesha, masing-masing ingin mencari kebenaran daripada agama Islam yang menjadi junjungan mereka.

Mereka berpegang teguh terhadap agama Islam namun mereka juga mengeluh kerana jiwa mereka kosong dalam pengisiannya. Mereka berdua bagaimanapun dapat bersahabat baik dengan watak-watak lain dalam cerita ini yang berbeza agama terutamanya Brian dan Brother Anthony (paderi).

Perbincangan agama yang dirungkai mungkin terlalu ironi sehingga Rohani yang masih bersekolah dapat berhujah dengan menghafal ayah-ayat dari kitab Injil.

Yasmin memang menyusun baik kisahnya namun kewajaran daripada adegan serta dialog yang dipaparkan pasti menimbulkan kekeliruan bagi mereka yang cetek mengenai agama.

Hala tuju dari filem Muallaf ini pasti bertunjangkan kepada watak Brian yang dilihat sebagai insan yang paling kosong dalam jiwanya. Dia yang pernah mengalami trauma sewaktu kecil adalah titik tumpu kepada perjalanan filem ini.

Kecenderungannya adalah pada agama Islam namun dia datang daripada keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian Katolik.

Keindahan Islam yang dilihat Brian, begitupun tidak datang terlalu menjurus kepada bentuk agama Islam itu sendiri, namun lebih kepada nilai kemanusiaan daripada Rohana dan Rohani.

Tidak dapat dinafikan, Yasmin telah memberikan hasil karya seninya yang terbaik menerusi Muallaf. Susunan plot filemnya itu seperti biasa adalah terlalu tenang berbanding sensitiviti ataupun kisah tersirat yang cuba dibawanya. Muallaf tidak boleh dikatakan sebagai filem dramatik, kerana unsur- unsur drama telah disunting dengan pantas.

Malah adegan Sharifah Amani yang terpaksa dibotakkan rambutnya hingga menjadi bahan sensasi pihak media boleh dikatakan tidak lebih daripada subplot semata-mata dan langsung tidak memberi kesan yang besar terhadap Muallaf.

Kebijaksanaan Yasmin adalah kepada ketelitian terhadap perkara-perkara yang orang sentiasa terlepas pandang dan kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya dalam Muallaf. Malah setiap watak walaupun berperanan kecil tetap memberi kesan kepada perjalanan cerita Muallaf.

Dialog-dialog yang diberikan adalah tajam dan mampu memberi kesan di atas mesejnya yang tersurat dan tersirat. Mengambil daripada realiti dengan melontarkan pandangan mengenainya, Muallaf hanya memberikan persoalan bersama jawapan yang masih belum selesai.

Dari segi kemanusiaan, Muallaf adalah sebuah filem yang cukup indah kerana penuh nilai kasih sayang dan rasa saling memahami. Keinsafan adalah pada setiap manusia mengenai perkara ini, namun dukungan liberal yang terlampau halus dan mendalam inilah yang mengakibatkan garis terang yang memisahkan setiap agama bagai terkabur.

Sebagai seorang muslim, Yasmin gagal memberi keindahan sebenar mengenai wajah agama Islam yang menuntut jalan yang lurus. Imej Muallaf yang dilontarkannya adalah terlalu mengecewakan. Ini kerana terlalu banyak perkara yang diambil ringan maksudnya berbanding kesannya terhadap agama Islam.

Sewajarnya difahami, subjek agama yang diangkat dalam Muallaf tidak sepatutnya diletakkan dalam medium seni yang tidak pernah begitu jelas justifikasinya.

Semua pengarah melakukan kesilapan dan kesilapan Yasmin cuba menunjukkan semua agama menyuruh melakukan kebaikan dan dia mahu menyamaratakan semua agama untuk kelangsungan hidup. Realitinya, Islam tidak pernah sama dengan mana-mana agama!

ARKIB : 07/12/2008

Tidak puas hati dengan penyampai Gala TV

SAYA ingin mengucapkan Syabas kepada Astro Awani sempena setahun bersiaran. Pujian patut diberikan kepada para penyampai yang berkaliber dan berpengalaman.

Walau bagaimanapun saya ingin melahirkan perasaan tidak puas hati dengan ketiga-tiga pengacara slot Gala TV kerana kelemahan yang ketara dalam penyampaian mereka.

Yang amat membosankan saya adalah ketidakfasihan pengacara dalam menyampaikan berita kerana terlalu kerap tersasul.

Bertambah menyakitkan lagi dengan gaya badan dan kepala seperti dihayun dengan tangan berkepak seperti ayam yang nak bergaduh.

Slot temuramah bersama tetamu undangan juga amat 'menyeksakan'.

Saya sebagai peminat setia Astro Awani berharap pendapat saya ini diterima sebagai kritikan membina demi kejayaan Astro Awani seterusnya.

l zolkiflibidin.


Komen DZMSOnline

We are so agree with Zolkiflibidin. We love Awani and watch most of the programmes. But somehow we think the management of Awani is torturing us all by putting these 3 worst tv hosts ever in mankind history as Gala TV Host. Not only they don't have the charisma, the face & all, they also don't have that tone. Many ears have been bleeding watching Gala TV ever since this program was brought on air. Well.. we actually think, the lady host is not so bad. But the other 2 guys, oh my goodness. What are they thinking ? We love the content of this programme & we seriously dying to watch Gala TV day to day basis, but please lah find better hosts. I wonder if they were trained by Suhaimi Sulaiman ? Or did Suhaimi Sulaiman was the person responsible in recruiting them as TV Host? Thats terrible lah..

By the way, we love Awani. We urge everyone to watch this channel 501. We love it because it is so CNN Malaysia Version. We love watching news !!

What else we want to say ? Ok lets just comment Awani's Host for once.


Who we like :

Suhaimi Sulaiman especially when he do interview regarding politic. I don't think anybody could take his place.

Dangsuria because she have the most pleasant voice & personality. Dangsuria is legend ok !

Ashwad because he is the best news reader at the moment & he is so fresh & young people like us are proud to see him reading news gracefully. He will stay forever like Suhaimi Sulaiman.

Rizal Zulkapli because his SSSSS pronunciation is so out of the world & thats unique. Plus he looks moody & fierce so sesuai la baca business news.. Business Awani.

Kamarul Bahrin because we love listening to his Malay & English interview on Sudut Pandang. He looks intelligent too !

Linawati because she looks so sophisticated & we love sophisticated woman. And she host WW very well too !
Ellia Raini because she have a unique sharp voice to ensure we watch her read ! Weird voice but still acceptable. And we love her brown hair now ! So in !

The Tudung girl who always read Awani Global. I dunno her name. Lets make her famous la !

Dino Omar only when he do the Temujanji Show, The live audience interview thinggy. We hate listening to him reading news because somehow his tone is off-macho. Gayish maybe. We hate it. Dino can't read serious-long news text..
Zulhilmi because he do that woman program WW with Dangsuria & Linawati. Zul still look shy but we believe there is potential in him so we want to give him chance. lol

Who we don't like :
Syazwan Zakaria because his tone is so trying too hard and we tried our best to accept him but its not working. No charisma. A no no no. We think previous host, Afidah Selamat did better & more convincing. This Syazwan have no feel at all.

Azman Yusof because he moves his head like he makan leher ayam everyday. And his voice is so sengau. He should try other job but not hosting. Please please.
We are okay with the rest of Awani's Host not mentioned above.


Well, thats all. So sorry if you don't like this post. As a big fan, this is what we feel. Awani is so informative. We no longer need to watch Buletin Utama & all anymore...

Siapa Yang Bersalah ? Penyampai Berita Atau Pelapor Berita ?

Entri oleh sultanmuzaffar 07 December 2008 3 komen

Jumaat lepas saya ada terbaca kolum Dengarlah dalam akhbar Berita Harian yang bertajuk “Aizat ajuk gaya nyanyian Nubhan?” Pada mulanya saya percaya dengan apa yang telah dilaporkan. Walaupun ianya satu gossip cuma bezanya nama mereka yang terlibat terpapar dengan jelas, saya cepat percaya. Kata orang kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang kan. Atau pun dalam keadaan sekarang kalau tiada air, masakan tanah boleh menggelongsor kan. Atau kalau tiada hulur, masakan projek boleh lulus kan.

Namun setelah mendapat tahu cerita dari mereka yang berada di tempat kejadian selain menonton sendiri klip video yang telah dirakamkan pada malam kejadian, persepsi saya berubah. Ada bukti, maka saya berhak untuk mengubah persepsi saya.

Berdasarkan laporan gossip yang telah ditulis oleh Normah Becok, cerita buruk telah pun tersebar walaupun secara tidak tanpa niat. Kesilapannya cuma satu iaitu tidak mendapatkan komen dari pihak yang lain dan hanya berdasarkan komen dari pihak yang satu lagi sahaja.

Itu sebabnya REFORMASI wartawan hiburan perlu dilakukan. Saya yang bermula sebagai blogger juga perlu didedahkan dengan ilmu kewartawanan kerana saya tidak pernah terdidik dengan asas-asas kewartawanan. Saya menjadi wartawan dengan lesen blogger. Mungkin juga kerana telah terlalu lama, kita terlupa. Sebagai manusia biasa, lupa adalah perkara biasa bukan. Tidak salah menjadi pelupa.

Saya sebagai blogger juga pernah terlupa. Apabila diangankan dengan populariti, manusia cepat terlupa. Apabila sudah menggapai bintang di langit, kita terlupa rumput di tanah. Pernah beberapa kali saya terlupa tujuan asal menulis blog dan didesak oleh angan-angan kosong dari pembaca, saya tersilap langkah. Mujur juga ada orang di sekeliling yang cepat menarik saya ke tanah.

Berbalik kepada topik asal saya ialah laporan yang ditulis oleh Normah Becok seperti yang tertera di bawah.

Aizat ajuk gaya nyanyian Nubhan?
Oleh Normah Becok

SEBAIK saja Cik Normah mengangkat telefon yang berdering di tengah kesunyian malam, Cik Normah terdengar nada suara sebak dan teresak-esak daripada pemanggil di hujung talian. Si pemanggil ini hanya dikenali sebagai `Miss Bling Bling'.

Walaupun sebenarnya Cik Normah waktu itu sedang ingin melelapkan mata,namun kerana `Miss Bling Bling' ini hendak menyampaikan sebuah cerita sensasi, jadi Cik Normah gagahkan diri melayan panggilan itu.

Kata si wanita ini, dia sudah menyaksikan sebuah kejadian yang sepatutnya tidak berlaku untuk acara seperti itu.

Dalam nada penuh emosi, Miss Bling Bling berkata bintang program realiti yang kini semakin kurus, Aizat sudah memalukan seorang lagi bintang realiti iaitu Nubhan sewaktu sesi soundcheck untuk kategori Balada yang akan dipertandingkan malam ini.

Katanya, Aizat diminta untuk menggantikan Nubhan memandangkan penyanyi dari Kuala Pilah itu tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan kerja di tempat lain dan perkara itu sudah pun mendapat persetujuan penganjur.

Sebelum itu, pihak pengurusan Nubhan sudah pun menyediakan penyanyi stand in, yang juga ahli kelab peminat Nubhan. Namun disebabkan pihak produksi mahukan pengganti yang boleh menyanyi, maka mereka meminta Aizat untuk menyampaikan lagu Ada Untukmu itu.

Masalahnya, sewaktu menyanyikan lagu itu, Aizat kedengaran mengubah suaranya menjadi suara `angsa', suara yang sering dikaitkan dengan Nubhan sewaktu dia masih dalam AF.

Ketika ditanya mengapa dia berbuat begitu, cerita `Miss Bling Bling', Aizat membalas pertanyaan itu dengan ketawa.

"Sedih aku Cik Normah, bila Aizat buat begitu. Seolah-olah dia memang sengaja hendak memperli Nubhan," luah `Miss Bling Bling' sambil menangis.

Terdiam Cik Normah, tak tahu nak cakap apa bila mendengarkan Miss Bling Bling terus menangis tersedu-sedu mengenangkan artis kesayangannya itu dimalukan di khalayak ramai. Nantilah, kalau Cik Normah berkesempatan jumpa dengan Aizat, Cik Normah akan tanya mengenai perkara ini kepada dia ya, `Miss Bling Bling'.

Rakaman video yang dilakukan oleh salah seorang blogger yang berada di tempat kejadian telah membuktikan yang Aizat tidak bersalah. Namun siapakah pula yang bersalah ? Tidak perlu menunding jari untuk mencari siapa yang salah. Cukup sekadar peringatan untuk semua, jangan cepat mempercayai apa yang tertulis di dada akhbar mahu pun di skrin komputer anda menerusi laman blog.



Apa pula reaksi penyampai maklumat kepada Normah Becok setelah mendapat tahu lagu Aizat berjaya ke Anugerah Juara Lagu sedangkan lagu Nubhan tidak berjaya. Takut pula kalau amarahnya semakin marak dan dendamnya semakin membara. Bawa bersabar ya !

Saya difahamkan untuk mendapatkan reaksi balas akhbar tersebut akan mendapatkan komen dari Aizat sendiri. Mungkin akan keluar dalam minggu hadapan.

Keluar dari topik tersebut, saya mahu berkongsi dengan pembaca apa yang telah saya lakukan semalam. Saya bersama beberapa rakan telah menjalani satu latihan penyesuaian diri. Kami menyelam di sebuah kolam renang berhampiran Kuala Lumpur.

Sekali sekala hilangkan gian menyelam. Seronok pula menyelam di dalam kolam renang. Tenang tanpa arus yang selalu menyesatkan penyelam. Saya akan kembali ke sana lagi minggu hadapan. Yahoo !!

Separuh Akhir - Balada : Anugerah Juara Lagu 2008

Entri oleh sultanmuzaffar 05 December 2008 2 komen

Pilihan sultanmuzaffar

Memang susah untuk buat pilihan. Semua lagu hebat-hebat belaka dan pastinya saingan sangat sengit tahun ini untuk memilih 4 lagu ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu tahun ini. Pilihan saya pastinya lagu Sampai Syurga oleh Faizal Tahir selain lagu Teman Terulung oleh Anuar Zain. Tidak ketinggalan akan memberikan saingan ialah lagu Ada Untukmu oleh Nubhan.

Kita tunggu saja apa pula penilaian juri malam ini.

Sampai Syurga – Faizal Tahir
Dingin – Ziana Zain
Ada Untukmu - Nubhan
Teman Terulung – Anuar Zain
Sejauh Ini – Dina MI
Cuba – Faizal Tahir
Cinta Terhalang - Bob
Bila Nak Saksi - Spider
Tanpa - Sixth Sense
Hanya Di Mercu – Ayu OIAM
Lagu Kita - Aizat
Bila Terasa Rindu - Dafi

Pilihan Juri
Hanya Di Mercu – Ayu OIAM
Sampai Syurga – Faizal Tahir
Bila Nak Saksi - Spider
Lagu Kita - Aizat
Cuba – Faizal Tahir

Gemuk Girls Sarat Politik

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Semalam saya pergi menonton teater Gemuk Girls yang kini sedang dipentaskan di Pentas 2, KLPAC. Tidak seperti kebiasaan, saya tidak membawa krew penerbitan malam itu kerana saya bercuti. Saya pasti tidak ada krew yang akan pergi menonton teater ini sepanjang saya bercuti. Bukan kelas mereka.

Rasanya amat berbeza antara pergi menonton sahaja dan pergi menonton sambil bekerja. Saya lebih tenang menonton walaupun ramai juga yang bertanya kenapa saya tidak membawa krew. Saya jawab, saya bercuti dan penjelasan panjang biar saya simpan saja.

Sewaktu berada di Singapura bulan Oktober lepas, kami terlepas pementasan ini. Waktu itu, pementasan tersebut masih dalam kategori Akan Datang. Memang rasa sungguh rugi kerana tidak bernasib baik dapat menonton pementasan ini. Saya kenal salah seorang pelakonnya iaitu Siti Khalijah yang pernah saya tonton persembahan monolog “How Did The Cat Get So Fat”nya di Central Market Annexe beberapa bulan lepas. Oleh itu pementasan Gemuk Girls tidak wajar saya lepaskan apabila ia dipentaskann di sini.

Teater Gemuk Girls dibintangi oleh tiga pelakon berkarisma seperti Aidi 'Alin' Mosbit, Najib Soiman dan Siti Khalijah. Ia membongkar rahsia pemasalahan yang melanda bangsa, jantina, hak asasi manusia dan politik yang berlaku di Singapura dan Malaysia. Kenapa saya kaitkan Malaysia kerana jalur masa pementasan ini turut melibatkan sewaktu Singapura masih lagi bersama Malaya waktu itu.

Sejarah politik yang berlaku di Singapura diimbas kembali dengan kisah pergelutan dua wanita…Kartini yang memegang peranan sebagai ibu dan Juliana yang memegang peranan sebagai anak berhadapan dengan kepiluan sejarah yang memaksa mereka terpisah dengan ayah masing-masing dek kerana peraturan kerajaan ketika itu.

Satu persamaan antara Malaysia dan Singapura yang masih kekal hingga kini ialah ISD dan ISA. Di sini kita menggelarkan akta zalim itu dengan nama Internal Security Act dan di Singapura mereka menggelarkannya Internal Security Department. Kedua-duanya masih digunakan hingga kini oleh kerajaan masing-masing.

Sedar atau tidak, akta tersebut telah memporak-perandakan banyak institusi kekeluargaan baik di Singapura dan Malaysia. Apabila pementasan tersebut dipentaskan di Malaysia, saya sebagai penonton masih boleh memahami jalan cerita yang cuba disampaikan. Adakalanya menitiskan air mata kerana sambil berlayar dengan cerita tersebut saya mengaitkannya dengan apa yang berlaku di sini.

Menariknya apabila persembahan ini cuba memperlihatkan bagaimana sebuah keluarga sebenarnya dari dua generasi berhadapan dengan kenangan yang pahit dibelenggu akta zalim itu dan akibat daripada keputusan yang telah diambil oleh mereka. Kita juga akan mengambil jalan yang sama jika terpaksa berhadapan dengan masalah tersebut.

Kita dapat melihat bagaimana utuhnya seorang wanita Melayu muda yang memasang impian untuk menjadi Perdana Menteri Singapura dan ibunya yang dilanda trauma berhadapan dengan tragik kehidupan setelah bapanya ditahan tanpa perbicaraan kerana disyaki terlibat dengan komunis lewat tahun 1960an.

Antara tiga pelakon berkarisma yang terlibat dalam pementasan ini pastinya kekuatan utama terletak pada watak lelaki yang dipegang oleh Najib Soiman. Wataknya amat berat sebagai tahanan yang dilanda dilemma sama ada untuk mengaku atau pun tidak demi mendapatkan secebis kebebasan. Tidak cukup dengan itu beliau perlu berhadapan dengan dilemma yang melanda keluarganya.

Skrip teater ini digabung jalin dari pelbagai bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin mendekatkan saya lagi dengan persekitaran sebenar Singapura. Jangan terkejut jika pelakon Melayu boleh berbahasa Mandarin dengan cukup lancar sekali seolah-olah saya sedang menyaksikan pelakon berbangsa Cina melakonkan watak tersebut.

Melihatkan tajuknya iaitu Gemuk Girls kita pasti mengharapkan ia sebuah pementasan komedi menjenakakan golongan perempuan bersaiz besar tetapi sebaliknya ia berlaku. Teater ini tidak sekadar cuba menjenakakan keadaan perit ketika itu tetapi bercerita kisah yang lebih besar waktu itu iaitu politik sekaligus menjadikan jenakanya jenaka hitam. Kita ketawa tetapi mentertawakan diri sendiri. Perit bukan ?

Melihatkan kepada pergolakan politik yang dibahaskan dalam pementasan ini menjadikan ianya hanya sesuai ditonton oleh golongan yang matang. Kanak-kanak dan golongan bimbo yang kuat berangan tidak sesuai menonton teater ini.

Saya turut terpegun melihatkan peralihan set yang berlaku secara rapi di hadapan saya. Tujuh petak di landasan rel beralih cukup baik menjadikan perubahan set dibuat dengan baik. Tidak pernah saya lihat pementasan yang menggunakan idea sebegitu. Pereka set untuk teater tersebut ialah Vincent Lim, manakala Penata cahayanya pula ialah Helmi Fita.

Ada beberapa kali pementasan hanya dapat ditonton menerusi layar putih yang menjadi penghias di bahagian pentas. Rakaman secara langsung menerusi video dipancarkan ke skrin tersebut. Saya hampir pasti ia dilakukan dengan cemerlang oleh Loo Zihan. Tahniah !

Naskhah teater ini ditulis oleh Haresh Sharma dan diarahkan oleh Alvin Tan merupakan terbitan The Necessary Stage yang bertapak di Singapura. Sewaktu pementasan ini dibuka di Singapura pada 28 Oktober lepas ianya habis dijual. Mulai 4 hingga 7 Disember ini ia dipentaskan di Pentas 2, KLPAC.

BRAND’S Blogger Challenge : Kami Tewas

Entri oleh sultanmuzaffar 04 December 2008 3 komen

Seperti yang telah saya umumkan dalam entri sebelum ini saya dan beberapa blogger seperti RedMummy, KYSpeaks, Suanie dan BabeInThe City telah berada di Singapura dalam tempoh yang agak singkat untuk mewakili Malaysia ke satu pertandingan menguji Mental Performance di sana.

Saya akui tatkala mendapat jemputan tersebut saya menerimanya secepat mungkin. Ia merupakan satu pertandingan yang unik untuk menguji minda di antara blogger. Lebih menarik ia melibatkan blogger dari Malaysia dan Singapura.

Minda kami diuji dalam 7 pusingan persaingan yang sengit. Ada Mind Concentration, Sentence Trivia, Word Boggle, Mathematics, Memory dan beberapa lagi. Dalam beberapa pusingan kami sudah mendahului namun nasib tidak menyebelahi kami apabila kami tewas dengan 7 mata di pusingan terakhir.

Pasukan Singapura menang apabila mengumpul 54 mata dan kami hanya mengumpul 47 mata. Kami membawa pulang hadiah wang tunai 600 Dolar Singapura dan barangan BRAND’S yang lebih banyak dari barangan yang saya dapat dua minggu sebelum ke Singapura.

Itu hanya perkara sampingan yang ingin saya sampaikan menerusi entri ini, namun perkara pokoknya ialah pertandingan tersebut mampu untuk mengeratkan lagi hubungan blogger di antara dua negara. Walaupun ia diadakan hanya melibatkan dua negara tetapi setidak-tidaknya kami berpeluang untuk bertemu empat mata dengan mereka yang selama ini tidak kami kenali malah tidak pernah membaca blog mereka.

Pertemuan sebegini wajar dipanjangkan lagi dengan melibatkan banyak negara. Setidak-tidaknya blogger di seluruh ASEAN. Di pertemuan itu nanti tidak hanya pertandingan menguji minda boleh diadakan, malah perbincangan di antara blogger juga boleh diadakan.

Kami blogger di Malaysia mahu juga mengetahui apa masalah yang melanda blogger di Singapura. Masalah yang dihadapi oleh blogger di setiap negara pastinya berbeza. Dalam pertemuan itu kita boleh bertukar-tukar pandangan dan mendapatkan maklumbalas yang pelbagai pastinya.

Pertemuan boleh berlangsung tidak hanya sehari seperti yang berlaku di Singapura tetapi boleh melibatkan banyak hari dengan pengisian yang pelbagai dan memberikan manafaat kepada blogger di rantau ini.

Lebih-lebih lagi kepada blogger yang rata-ratanya terdiri daripada golongan generasi muda yang murah dengan idea. Bukankah lebih seronok jika pertemuan tersebut tidak berlangsung dalam suasana yang tergesa-gesa seperti yang berlaku di Singapura.

Sewaktu saya diwawancara oleh seorang penyampai radio Warna 94.2FM setelah menerima kekalahan saya ada cadangkan perkara yang sama. Sayang pertemuan yang sepatutnya menjadi lebih menarik tetapi hanya diisi dengan pertandingan menguji minda.

Salah satu soalan yang dilontarkan sewaktu pertandingan menguji minda itu ialah 18 H on a G C dan 12 S of t Z. Google lah. Ada banyak di internet !

Cerita terperinci banyak diulas oleh blog-blog di bawah.

BRAND's

Blogger Singapura
Eastcoastlife - http://eastcoastlife.blogspot.com/
Sheylara - http://sheylara.com/

Blogger Malaysia
KYSpeaks
Red Diva
KK
Suanie
Sultan Muzaffar

Nota : Saya sempat menonton filem Muallaf di The Picturehouse yang dengarnya tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Nominasi Festival Film Indonesia 2008

Entri oleh sultanmuzaffar 02 December 2008 1 komen

Festival Film Indonesia 2008 bakal berlangsung pada 12 Disember ini di Bandung. Berikut merupakan senarai lengkap nominasi FFI 2008 yang diumumkan oleh Ketua Dewan Juri Niniek L. Karim di Pusat Perfilman H.Usmar Ismail (PPHUI).

Nampaknya jenama filem yang begitu popular di Malaysia iaitu Ayat Ayat Cinta tidak terpilih untuk kategori Filem Terbaik mahu pun beberapa kategori utama yang lain. Filem bertajuk May menerima pencalonan paling banyak. Menariknya penggambaran filem ini turut dilakukan di Genting Highlands dan Kuala Lumpur seperti yang tertera di IMDB. Mungkinkah pembikin filem ini atau setidak-tidaknya pelakon filem ini bakal menerima gelaran Datuk tidak lama lagi. Ironinya Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk kerana melakukan penggambaran filemnya di Melaka.

Buat para pembaca, dalam kurungan saya sertakan nama yang biasa digunakan di Malaysia.

Film (Filem Terbaik)
3 Doa 3 Cinta
Claudia/Jasmine
Fiksi
• May
Under the Tree

Skenario Cerita Asli (Lakon Layar / Cerita Asal Terbaik)
• Awi Suryadi (Claudia/Jasmine)
• Dirmawan Hatta (May)
• Joko Anwar/Mouly Surya (Fiksi)
• Nurman Hakim (3 Doa 3 Cinta)
• Upi (Radit & Jani)

Penyutradaraan (Pengarah Terbaik)
• Garin Nugorho (Under the Tree)
• Mouly Surya (Fiksi)
• Rachmania Arunita (Lost in Love)
• Upi (Radit & Jani)
• Viva Westi (May)

Pemeran Utama Pria (Pelakon Lelaki Terbaik)
• Aming (Doa yang Mengancam)
• Donny Alamsyah (Fiksi)
• Nicholas Saputra (3 Doa 3 Cinta)
• Vino G. Bastian (Radit & Jani)
• Yama Carlos (May)

Pemeran Utama Wanita (Pelakon Wanita Terbaik)
• Ayu Laksmi (Under the Tree)
• Fahrani (Radit & Jani)
• Jenny Chang (May)
• Ladya Cheryl (Fiksi)
• Pevita Pearce (Lost in Love)

Pemeran Pendukung Pria (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik)
• Dwi Sasono (Otomatis Romantis)
• Lukman Sardi (Kawin Kontrak)
• Oka Antara (Ayat-ayat Cinta)
• Tio Pakusadewo (May)
• Yoga Pratama (3 Doa 3 Cinta)

Pemeran Pendukung Wanita (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik)
• Aryani Kriegenburg Willems (Under the Tree)
• Ira Maya Sopha (Claudia/Jasmine)
• Poppy Sovia (The Butterfly)
• Tutie Kirana (May)
• Tizza Radia (Claudia/Jasmine)

Tata Sinematografi (Sinematografi Terbaik)
• Ical Tanjung (May)
• Ical Tanjung (Radit & Jani)
• Nayato Fio Nuala (The Butterfly)
• Yadi Sugandi (Under the Tree)
• Yunus Pasolang (Fiksi)

Tata Artistik (Penataan Seni Terbaik)
• Budi Riyanto (Under the Tree)
• Eros Eflin (May)
• Eros Eflin/Vida Sylvia (Fiksi)
• Koesnadi W.S. (The Butterfly)
• T. Moty D. Setyanto (Kuntilanak 3)

Penyuntingan (Penyunting Terbaik)
• Andhy Pulung (Under the Tree)
• Muchamad Ichsan (Fiksi)
• Sastha Sunu (3 Doa 3 Cinta)
• Wawan I. Wibowo (May)
• Yoga Krispatama (Claudia/Jasmine)

Tata Musik (Penata Muzik Terbaik)
• Aksan Sjuman (Lost in Love)
• Anto Hoed/Melly Goeslaw (The Butterfly)
• Djadug Ferianto (3 Doa 3 Cinta)
• Kadek Suardana/Wiwiek Soedarno (Under the Tree)
• Zeke Khaseli (Fiksi)

Tata Suara (Penata Audio Terbaik)
• Adityawan Susanto (Under the Tree)
• Edo Sitanggang/Suhadi (Radit & Jani)
• Khikmawan Santosa (3 Doa 3 Cinta)
• Satrio Budiono (May)
• Satrio Budiono/Yusuf A. Patawari/Aufa Ariaputra (Fiksi)

Film Pendek (Filem Pendek Terbaik)
• A Kite (Sutradara : Achmad Rofiq)
• Cheng Cheng Po (B.W. Purbanegara)
• Daun Terus Melayang (Rahabi Mandra)
• Hanung Ing Larung (Hery Sasongko)
• Ibu dan Anak-anakku (Wicaksono Wisnu)
• Nyawa-nyawa Mendamaikan Persada (Robby Ertanto)

Film Dokumenter (Dokumentari Terbaik)
• Catatan Terakhir dari Nusakambangan (Sutradara : Moriza dan Nurshinta)
• Ritus Swara Djaduk (Hari Suryanto)
• Tarianku Negeriku (Musa Tambunan)
• The Conductor (Andibachtiar Yusuf)
• Ubud, Antara Tradisi dan Pariwisata (Harmens Tahir)

BRAND'S Blogger Challenge

Entri oleh sultanmuzaffar 01 December 2008 1 komen


Saya bersama beberapa blogger yang dipilih oleh BRANDS untuk berada di Singapura pada 2 Disember hingga 3 Disember ini. Oleh kerana tempoh yang agak singkat di sana, saya akan cuba menonton filem Muallaf di The Picturehouse. Muallaf besar kemungkinan tidak akan ditayangkan di Malaysia. Oleh itu saya perlu menonton filem itu di sana.

Harapnya pasukan dari Malaysia akan menang di Singapura dalam pertandingan 3 Disember ini.

Johan Piala Seri Endon 2008

Entri oleh sultanmuzaffar 27 November 2008 1 komen







Teater Monolog "Cinta Julia" di Stor Teater DBP

Entri oleh sultanmuzaffar 25 November 2008 0 komen

Hati semakin retak seribu....
arjunaku..
hanya sejenak kau sempat menjadi kekasihku...
ternyata kau bukan.....
Di manakah kan ku temui kamu.....
Di tempat Adam dan Hawa ditemukan.....
Di tempat kekasihku disemayamkan....
Maafkan aku...
wahai kekasih maha agung...
dengan kehendakmu
aku akan datang bertamu...
hanya kau di hatiku dan
temukanlah aku dengan
bias di wajahmu ..DI RUMAH HATIKU...

Teater monolog lakonan Fauziah Nawi dan arahan Iryanda Mulia Ramly ini akan dipentaskan sehingga 2 Disember 2008 di Stor Teater DBP. Mari saksikan beramai-ramai.







Tanda & Petanda Dalam 'WAYANG' Arahan Hatta Azad Khan

Entri oleh sultanmuzaffar 24 November 2008 1 komen



oleh Hassan Abd Muthalib

"….dan masyarakat akan memilih filem yang ringan dan longgar pemikirannya, walaupun ia sebuah karya yang bangang dan cetek pemikirannya. " - Amyikram Ismail

"Filem itu spiritual." – U-Wei Hajisaari

"Seni semakin hilang spiritualnya. " - Andrei Tarkovsky.

"Seni itu kerja Tuhan" – Tan Sri P Ramlee

Dikatakan bahawa filem yang baik mempunyai tiga kriteria: ia mesti menghiburkan; ia perlu memperkatakan sesuatu dan juga memaparkan budaya setempat. WAYANG arahan Hatta Azad Khan (kini diputar di pawagam GSC), memenuhi ketiga-tiga kriteria ini. WAYANG mengusulkan banyak perkara. Di antaranya: cinta; kasih sayang; keluarga; pertembungan budaya; jurang di antara generasi muda dan tua, yang lama dan yang baru, dan yang tradisional dan yang mahukan perubahan. Juga ia bercakap tentang manusia yang kasar dan yang berlembut, tentang peranan setiap manusia di bumi; tentang takdir - dan paling menarik (and secara amat tersirat), tentang apakah itu Sinema dan ke manakah hendak dibawa Sinema Malaysia oleh para penglibat di institusi pengajian tinggi di Malaysia, khususnya UiTM melalui Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT) yang bertempat di Puncak Alam, Selangor Darul Ehsan - sebuah 'kampung' terpencil yang terletak jauh dari kegiatan industri perfileman di Kuala Lumpur.

Semua tema ini disampaikan Hatta (kini Dekan FACT), melalui watak-watak di sebuah kampong di Kelantan yang terletak jauh dari arus pembangunan. Antara watak-wataknya adalah: Awang Lah (Eman Manan), Jusoh (Wan Kenari), Awi (Zul Huzaimy), Melor, (Mas Muharni), Pak Ku (Mazlan Tahir), Mak Esah (Ida Nerina). Jika diteliti, watak dan perwatakan mereka juga ada parallel dengan watak-watak wayang kulit, antaranya: Sri Rama (hero), Siti Dewi (heroin), Rawana (penjahat), Wak Dogol (pelawak), dan juga sepasang kekasih (yang mana lelakinya memegang sebuah gitar yang menyamai Awi yang selalu bersama gitarnya).

Sepanjang kehidupan manusia dalam dunia, dua watak sentiasa wujud dalam mana-mana masyarakat, ia itu, watak Peladang (yang menghidupkan) , dan Pemburu (yang membunuh). Awang, Awi dan Melor'menghidupkan' patung yang kaku. Mereka tidak bercakap tentang ugama, hanya mahu menghiburkan orang ramai. Seperti Sri Rama dan Siti Dewi, mereka berwatak positif dan membina. Jusoh pula dengan megah, bercakap tentang hukum akam tetapi cuba 'membunuh' melalui fitnah dan akhirnya, memusnakanh panggung wayang kulit dengan membakarnya. . Maka ternyata, perwatakan Jusoh adalah sama seperti Rawana.

Tanda dan Petanda pada Alam dan Filem

Dalam kitab suci Al-Qur'an, terdapat beberapa ayat yang menyebut bahawa di langit dan di bumi ada tanda-tanda (yang menjadi petanda) bagi mereka yang memahaminya. Kerana Allah menjadikan manusia itu lalai, tentunya ada manusia yang tidak dapat melihat tanda-tanda (ikon) yang bersifat petanda (indeks dan simbol). Kata U-Wei Hajisaari, filem itu bersifat spiritual. Andrei Tarkovsky, pengarah tersohor Rusia, pula mengatakan seni di zaman ini, semakin hilang sifat spiritualnya. Usia filem kini mencecah 115 tahun. Filem itu bersifat seni, maka kerana itu ia dapat bertahan sekian lama. Antara seni yang terdapat dalam filem ialah: seni sinematografi, mise-en-scene (susunana elemen-elemen dalam frem), rekabentuk produksi, suntingan, bunyian dan lakonan. Ini sekaligus mewajarkannya diajar di institusi pengajian tinggi. Tetapi jika hanya mahu mengetahui produksi filem, ikut saja mana-mana syarikat produksi filem. Lama-kelamaan, pasti jadi seorang 'pakar' seperti kebanyakkan mereka yang terlibat dalam industri dari tahun 1950-an sehingga sekarang. Namun mereka ini hanya pakar dari aspek teknikal sahaja dan tidak mampu menjadi pencipta.

Seorang pencipta adalah ahli fikir. Mindanya luar biasa, yang bersandarkan ilmu, Di antaranya: ilmu mengenai tamadun yang merangkumi bidang psikologi, sastera, musik, budaya dan falsafah. Dalam hal ini, apakah institusi pengajian tinggi di Malaysia sudah berada di landasan yang betul sekarang dalam bidang pengajaian filem? Jika pengajian filem dikelirukan dengan bidang komunikasi dan pemasaran semata-mata kerana melihat filem hanya sebagai perniagaan, maka amatlah malang bagi Sinema Malaysia! Komunikasi dan pemasaran hanya sebahagian daripada pengajian filem. Di institusi pengajian tinggi, filem mesti diajar dari sudut ilmu filem. Ternyata begitu ramai kapitalis kini (termasuk ahli akademik) yang menjadi pembikin filem di Malaysia yang lupa bahawa mereka sebagai orang Islam, juga bertanggung- jawab untuk meningkatkan minda penonton. Sebagai khalifah Allah di muka bumi, mereka tergolong dalam kumpulan yang sepatutnya mengajak kepada kebaikan. Tetapi sebaliknya, mereka memaparkan manusia Melayu yang begitu buruk perangai dan pertuturannya, yang mempunyai wajah yang artificial dan dua dimensi dan membawa cerita-cerita yang lebih fantasi daripada Hikayat Merong Mahawangsa and Raja Bersiong!

Pada pandangan saya, inilah antara perkara yang diperkatakan dalam WAYANG. Maka sekuen yang melibatkan UiTM dalam WAYANG bukanlah sekadar publisiti atau propaganda tetapi mempunyai kaitan serta ada relevannya. Perkara yang hampir sama sudah diperkatakan oleh Mamat Khalid dalam Kala Malam Bulan Mengambang di mana Mamat mempersoalkan arah tujuan industri filem tempatan yang tidak ada peningkatan jika dibanding dengan industri filem Melayu pada tahun 1950-an.

Imej Pertama Imej yang Bermakna

Naratif sesebuah filem bergerak melalui nahufilemnya (syot, sudut kamera, dsbnya) yang kemudian terbentuk menjadi bahasa filem. Jika susunan ini dibuat oleh orang yang mempunyai ilmu filem yang sebenar, maka bahasa filem itu akan membolehkan penonton memahami maksud dan nawaitu seseorang karyawan secara yang tersurat mahu pun yang tersirat. Perhatikanlah imej-imej pertama di dalam mana-mana filem dari luar negara (dan segelintir filem Malaysia). Imej pertama selalunya bersifat 'kapsul', yang memberi gambaran tentang apakah cerita yang akan ditontonkan nanti. Imej pertama dalam WAYANG menampak-an penonton duduk bersila di atas tanah, sedang khusyuk menyaksikan persembahan wayang kulit. Mengapakah imej ini dipilih Hatta untuk memulakan ceritanya? Hatta pernah berkata, beliau tidak akan buat karya yang memeningkan kepala, yang akan sukarkan penonton untuk memahaminya. Maka bagi Hatta, sebuah karya mesti pentingkan audiennya tapi tidak pula merendah-rendahkan pemikiran mereka. Sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ang berdasarkan karya teater beliau bertajuk Syyy! bertahan selama 18 tahun di televisyen – satu jangkamasa yang luar biasa. Tentunya tidak ada apa-apa yang sukar difaham khalayak melalui watak dan situasi yang direkanya. Maka Hatta gunakan pendekatan yang sama dalam WAYANG.

Imej kedua (selepas penonton tadi) adalah visual Awang Lah di belakang kelir. Syot Awang diambil dari belakang, memperlihatkan kelir putih di hadapannya. Dalam bahasa filem, syot dari belakang adalah petanda negatif tapi dalam konteks cerita ini, lain tafsirannya. Bagi saya, ia berfungsi sebagai petanda - bahawa filem WAYANG sebenarnya bukan mengenai seorang dalang atau persembahan wayang kulit tetapi ianya lebih luas dari itu. Saya melihat salah satu lapisan dalam WAYANG adalah mengenai Sinema. Sinema memaparkan manusia dan kondisi mereka maka dengan itu, Hatta mengajak kita melihat diri kita dalam watak-watak rekaannya dan apakah kaitannya dengan watak-watak dalam persembahan wayang kulit itu. Apakah ini semua juga bukan petanda di bumi (diri manusia) and di langit (di kelir dan layar perak)?

Antara petanda yang dipersembahkan Hatta melalui mise-en-scenenya ialah paparan kelir yang sentiasa berdekatan (proximity) dengan Awang serta Awi dan Melor tetapi tidak pada watak-watak lain. Awang, Awi and Melor 'menghidupkan' watak and cerita yang mampu menjadi petanda kepada audien. Di samping itu, Awang, Awi and Melor turut menjadi 'pelakon' di sebalik tabir. Apabila Awang terbatuk-batuk and tak dapat teruskan persembahannya, dengan pantas diambilalih oleh Melor and Awi. Penonton tak sedar tentang 'drama' di sebalik kelir kerana Awi and Melor cekap melakukan kesinambungan melalui nada and cerita. Dalam istilah orang Barat: 'The show must go on.' Awi dan Melor sudah mampu untuk meneruskan kisah Sri Rama dan Siti Dewi. Tapi bagaimana pula dengan kisah cinta mereka berdua? Bagaimanakah Awi mahu lafaz perasaan cintanya terhadap Melor? Maka Awi 'melihat' pada watak Sri Rama dan Siti Dewi. Alam realiti dan alam fantasi dijadikan satu. Di sini, Hatta utarakan satu lagi pemikiran: apakah seni mencerminkan realiti atau pun realiti mencerminkan seni? Awi gunakan kiasan untuk merisik perasaan Melor terhadap dirinya. Maka cita-cita Awi untuk reka cerita wayang kulitnya sendiri sudah terhasil. Tak perlu dia bergantung ada cerita Awang Lah semata-mata. Terbukti juga kata-kata Awang Lah bahawa murid selalunya akan jadi lebih baik dari guru.

Wayang Kulit dan Sinema

Apakah mahu diperkatakan lagi oleh Hatta Azad Khan tentang Sinema melalui seni wayang kulit? Penonton wayang kulit (dalam filem WAYANG) tidak tahu apa yang berlaku di sebalik kelir atau pun tentang perbuatan keji Jusoh terdapat Awang. Semua ini hanya dilihat penonton filem WAYANG (ini disebut sebagai dramatic irony). Bila Awi dan Melor mainkan wayang kulit di UiTM, dua pelajar mengintai di belakang kelir untuk melihat bagaimana patung wayang kulit dimanipulasi (perkara sama berlaku pada tahun 1897 di Kuala Lumpur bila filem ditayangkan buat pertama alinya di Petaling Street!). Para pelajar bukan saja menjadi penonton tetapi kini tahu juga mekanisma yang melahirkan imej di kelir. Mereka ini berbeza daripada penonton biasa yang hanya melihat persembahan. Para pelajar mengenali kedua-dua alam, maka tentunya sebagai pencipta nanti, mereka akan bawa perspektif yang berbeza (seperti Awi). Seni sentiasa melalui proses evolusi dan evolusi itu akan membolehkannya ia bertahan.

Bagi Hatta, institusi pengajian tinggi boleh mainkan peranan ini di samping boleh bersaing dengan budaya popular. Manusia-manusia seperti Awi dan Melor (orang-orang muda di zaman yang menuntut pembaharuan) menjadi lambang perubahan ini. Awi, walaupun menggunakan proxy, adalah dalang yang sudah mengenali dirinya. Sebagai kebanyakkan pengarah filem, Hatta bukan sahaja melontarkan idea-idea ini melalui WAYANG tapi sudah pun bertindak melakukan sesuatu untuk merealisasikannya di FACT, UiTM melalui Program Karyawan Tamu.. Tapi soalan yang timbul pula: di manakah dalang-dalang tersohor – ia itu, ahli tadbir dan pensyarah (yang sudah mengenali diri) yang mampu meneruskan usaha ini di masa akan datang? Mampukah mereka melahirkan murid yang akan jadi lebih baik daripada guru?

Saya juga melihat watak Jusoh sebagai mewakili golongan yang tidak setuju dengan karya yang digelarkan mereka, 'filem seni' atau 'filem artistik' (istilah-istilah rekaan mereka yang tidak terdapat dalam pengajian filem). Jusoh menganggap ia mahir dalam soal gama and berhak menghukum kerja-kerja orang lain yang dia tidak setuju. Tindakannya membakar panggung wayang kulit saya lihat sebagai petanda mengenai golongan yang membawa keburukan melalui filem yang dangkal di segi pemikiran dan cerita yang remeh temeh yang akhirnya akan memusnahkan Sinema Malaysia.

Filem sebagai Rahmat Dari Tuhan

Kata Andre Bazin, ahli falsafah Perancis pada tahun 1940-an, layar perak ibarat sebuah tingkap di mana penonton mengintai watak dan perwatakan manusia yang mencerminkan watak penonton itu sendiri. Teguh Karya, pengarah tersohor Indonesia pula meletakkan audien di layar. Katanya, sekiranya mereka dapat lihat diri mereka pada watak-watak yang direkanya, maka dianggap dia berjaya dalam karyanya.

Imej di layar dilakar dan disusun (disebut istilahnya sebagai mise-en-scene) . Setiap satu adalah tanda yang menjadi petunjuk tentang sesuatu yang lain.. Sekiranya setiap satu yang Tuhan jadikan itu mempunyai sebab dan berfungsi sebagai petanda, maka apakah itu Sinema dan apakah fungsinya? Andre Bazin dan Teguh Karya sudah memberi pendapat mereka. Tapi dalil tetap diperlukan..

Sinema adalah penemuan yang paling hebat dalam sejarah dan tamadun manusia. Syot pertama yang diambil pada tahun 1894 adalah syot seorang yang bersin. Tentunya ada yang mengatakan semasa itu, "(God ) bless you" (budaya orang Kristian). Jika orang Islam bersin, ia akan mengatakan, "Alhamdulillah" (kepujian ke atas Allah). Dua ugama yang berbeza tapi kedua-duanya menyebut nama Tuhan. Apabila Adam dijadikan, perkara yang pertama dilakukannya adalah bersin. Nabi Adam memuji Tuhan (kerana menjadikannya) . Apakah syot filem yang pertama, ia itu, orang yang bersin itu merupakan satu petunjuk tentang peranan sinema dan kaitanya dengan tamadun manusia? Bahawa filem itu adalah satu rahmat dari Tuhan?

Kata Ayatollah Khomeini, ulama besar Iran satu masa dulu, filem itu satu manifestasi budaya dan harus diguna untuk mendidik manusia. Karyawan filem juga tergolong dalam kumpulan yang mengajak manusia membuat kebaikan melalui watak-watak and cerita yang direka mereka. Dalang wayang kulit dari zaman ke zaman telah menghibur, memperkatakan tentang sesuatu isu dan memaparkan budaya setempat. Hatta Azad Khan sudah melakukannya melalui WAYANG. Bagaimana dengan graduan dan bakal graduan institusi pengajian tinggi yang bakal jadi karyawan filem Malaysia?

Syot terakhir dalam WAYANG adalah bayang wajah patung Sri Rama. Ia tidak bergerak, matanya tak berkelip, terus memandang. Selama beratus tahun, dia telah beraksi di kelir. Tapi Sri Rama hanya bayang. Dia hanya hidup bila ada dalang menghidupkannya. Bijak dan handal Sri Rama, bijak lagi dalang yang menggerakkannya. Kata Awang Lah, selalunya murid itu akan lebih pandai dari gurunya. Ternyata Awi yang buta mampu membawa perubahan yang membolehkan wayang kulit terus hidup selaras dengan arus perubahan. Di tangan Awi, apakah Sri Rama akan melalui perubahan? Ternyata, bila Awang Lah dan Awi sudah tiada, Sri Rama tetap akan muncul di kelir.

Wayang Kulit di Layar Perak

Wayang kulit adalah Sinema terawal dalam dunia. Dengan kemunculan Sinema, wayang kulit mula lenyap. Namun, medium yang melenyapkan wayang kulit sebaliknya menyelamat-kannya. Wayang kulit kini terus kekal melalui filem kerana ia dirakam pada seluloid. Dalam SILAT LEGENDA (Hassan Abd Muthalib, 1998), wayang kulit diberikan homage sebagai bentuk animasi terawal dalam dunia. Wayang kulit menjadi sebahagian tajuk awal dalam PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR (Erma Fatima, 1999) yang melambangkan kekeliruan protagonis yang mencari akarnya. Dalam JOHNNY BIKIN FILEM (Anuar Nor Arai, 2007), beberapa layar putih digunakan untuk menampakkan bayang beberapa manusia. Anuar bercakap tentang manusia-manusia di belakang tabir yang menggagalkan usaha untuk mengangkat martabat perfileman tempatan. Hanya dalam WAYANG, wayang kulit kembali kepada bentuk dan gaya asalnya.

Masa Depan Sinema Malaysia………

Senario industri perfileman tempatan menampakkan bahawa audien masih meminati filem-filem yang ringan yang menampilkan pelakon-pelakon popular dan isu-isu yang remeh temeh. Belum ada petanda bahawa senario ini akan berubah dalam masa yang singkat. Kata U-Wei, kalau ia membuat filem cerdik, ia juga memerlukan penonton yang sama cerdik. Sinema bukan hanya tertumpu kepada karyawan and filem mereka. Ia juga kena mengambilkira audienya. Graduan filem kita yang mempunyai semangat seperti Awi mungkin boleh membawa perubahan melalui karya mereka. Namun audien yang cerdik diperlukan yang boleh menghayati karya mereka. Hatta Azad Khan sudah pun menjalankan kewajipannya dengan WAYANG, meletakkan pengajian filem di landasan yang betul dan memulakan Program Karyawan Tamu di Fakulti Artistik dan Kreatif, UiTM. Tetapi segala usaha ini tidak akan menepati sasaran sekira-nya audien kita masih terus disogok dengan karya picisan yang mengekalkan minda mereka di tahap yang rendah di atas dasar dan ideology bahawa filem itu hanya komoditi dan tidak lain daripada bisnes.

Maka peranan siapakah pula untuk mendidik audien?

(Artikel ini tercetus dari luahan hati Amyikram Ismail di filemkita@yahoogroups.com pada 21 Nov 2008 tentang filem WAYANG).