Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Kenangan 6-16 Februari 2010 di Abu Dhabi, Dubai, United Arab Emirates dan Musandam dan Hatta, Oman. Menjelajah pelbagai dunia dan iklim, dari padang pasir ke pantai, dari dasar laut ke salji. Semuanya berlaku dalam tempoh 10 hari di bumi UAE dan Oman berselang-seli pelbagai pertemuan rasmi mahu pun tidak rasmi. Koleksi gambar ini hanya secebis dari kenangan tersebut yang sukar untuk dilakar dalam bentuk tulisan. Namun, saya akan cuba siapkan coretan pengembaraan tersebut. InsyaAllah.






Grand Mosque, Abu Dhabi ialah salah sebuah masjid yang terbesar di dunia. Mimbar berukiran kayu tempat khatib membaca khutbah didatangkan khas dari Terengganu, Malaysia

Tepi pantai berdekatan dengan Marina Mall, Abu Dhabi. Bangunan berdekatannya ialah Abu Dhabi Theater Hall.


Emirates Palace, hotel bertaraf tujuh bintang di Abu Dhabi. Sewaktu kunjungan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke UAE, rombongan Malaysia bertaraf Menteri menginap di hotel tersebut.

Guggenheim, salah sebuah muzium yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2015. Selain Guggenheim, muzium Louvre juga dibina berdekatan dan sebuah Theater Hall ala Istana Budaya di Kuala Lumpur.








Burj Al Arab dari Jumeirah Beach




Menaiki abra menyeberang Dubai Creek. Hanya berharga 1 Dirham.




Perjalanan ke Musandam, Oman



Menyelam di Musandam, Oman



Sisi lain Burj Al Arab dari Madinat Jumeirah


Burj Al Arab waktu malam dari Madinat Jumeirah




Ski Dubai





Mandi laut di pantai milik persendirian The Palm, Atlantis

















Nampaknya musim membeli-belah masih belum dan baru bermula untuk Pengguna Xpax! Xpax big freekin’ sale is back! Antara produk yang ditawarkan adalah :

1. Diskaun 50% untuk setiap muat turun di Channel X sepanjang hari. Antara item dalam muat turun Channel X adalah Music(muzik), CMT, Games(permainan) kecuali aplikasi seperti IMX, Defender 1.0 dan lain-lain. Setiap daripadanya mendapat potongan 50% dengan kandungan yang berharga RM3, bakal bernilai RM1.50 sahaja!

2. Juga terdapat 3 tempoh Happy Hour iaitu pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari, 1 hingga 4 petang dan 7 hingga 9 malam. Sewaktu Happy Hour, pengguna yang memuat-turun salah satu kandungan yang ditawarkan dalam tempoh Happy Hour bakal mendapat satu lagi kandungan secara PERCUMA.

3. Rebut peluang tersebut di www.channelx.com.my atau pun mendail *118#. Belanja RM5 atau lebih setiap hari untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan setiap hari. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk MacBook Air, PSP Go, iPod Touch, Blackberry Curve 8520, Celcom USB Modem dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut sila ke : http://channelx.com.my/mdp/got_big_freekin_sale.jsp

Yas Hotel

Entri oleh sultanmuzaffar 08 February 2010 View Comments

The home of F1 at Abu Dhabi






Brilliant architecture!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Dubai, Abu Dhabi & Musandam 6 - 16 Februari 2010

Entri oleh sultanmuzaffar 06 February 2010 View Comments


Saya akan berada di Abu Dhabi dan Dubai, United Arab Emirates serta membuat persinggahan di Musandam, Oman mulai 6 hingga 16 Februari ini atas urusan kerja dan turut mengambil peluang untuk bercuti. Dalam tempoh tersebut, saya akan cuba meng"update" blog ini sekiranya situasi mengizinkan. Saya akan berada di Abu Dhabi sehingga 10 Februari, kemudian bertolak ke Dubai dan menghabiskan masa di sana sehingga 15 Februari. Saya akan kembali ke Kuala Lumpur pada 16 Februari depan.

Itinerary lengkap telah pun disediakan dan antara tarikan yang menjadi keutamaan saya adalah lawatan ke Taman Tema Aquaventure & The Lost Chambers di Atlantis, The Palm, menyelam atau mungkin sekadar snorkeling di Musandam, Oman, bermalam di padang pasir Dubai, meluncur salji di Ski Dubai (disarankan oleh Datin Seri Tiara Jacquelina) dan menikmati keindahan Dubai dari Observation Deck, Burj Khalifa, bangunan paling tinggi di dunia (gambar di atas).

Dalam tempoh tersebut saya akan menyiapkan sebuah buku untuk diterbitkan menjelang April. Harap, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Matlamat : Satu haiku, satu destinasi. :)

[Entri 1] Xpax Freekin’ Sale is Back !

Entri oleh sultanmuzaffar 03 February 2010 View Comments



Nampaknya musim membeli-belah masih belum dan baru bermula untuk Pengguna Xpax! Xpax big freekin’ sale is back! Antara produk yang ditawarkan adalah :

1. Diskaun 50% untuk setiap muat turun di Channel X sepanjang hari. Antara item dalam muat turun Channel X adalah Music(muzik), CMT, Games(permainan) kecuali aplikasi seperti IMX, Defender 1.0 dan lain-lain. Setiap daripadanya mendapat potongan 50% dengan kandungan yang berharga RM3, bakal bernilai RM1.50 sahaja!

2. Juga terdapat 3 tempoh Happy Hour iaitu pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari, 1 hingga 4 petang dan 7 hingga 9 malam. Sewaktu Happy Hour, pengguna yang memuat-turun salah satu kandungan yang ditawarkan dalam tempoh Happy Hour bakal mendapat satu lagi kandungan secara PERCUMA.

3. Rebut peluang tersebut di www.channelx.com.my atau pun mendail *118#. Belanja RM5 atau lebih setiap hari untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan setiap hari. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk MacBook Air, PSP Go, iPod Touch, Blackberry Curve 8520, Celcom USB Modem dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut sila ke : http://channelx.com.my/mdp/got_big_freekin_sale.jsp

Rukun Negara : Sejauh Mana Kita Mengamalkannya ?

Entri oleh sultanmuzaffar 26 January 2010 View Comments

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
  • memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Rukun Negara tidak seharusnya ditinggalkan usang dalam lipatan buku sekolah lama...

Bagi setiap rakyat Malaysia, pastinya pernah melafazkan Rukun Negara sewaktu berada di sekolah satu ketika dahulu dan bagi mereka yang masih bersekolah, pastinya rutin itu masih diteruskan sehingga sekarang. Doktrin itu telah pun disemai sejak alam persekolahan lagi, namun sejauh mana doktrin itu telah meresap dalam tubuh kita dan mengalir bersama darah dalam tubuh kita ?

Mungkin hanya sekadar lafaz tetapi tidak memahami isi yang selalu kita baca sejak dulu lagi. Di manakah silapnya ? Adakah kita mengetahui akan sejarah mengapa Rukun Negara diwujudkan ? Saya sendiri tidak tahu tetapi setelah melakukan beberapa kajian di internet, barulah saya faham. Persoalannya, adakah kita mahu belajar dari sejarah untuk melangkah ke hadapan ?

Prinsip Rukun Negara dihasilkan setelah melihat pepecahan yang berlaku angkara tragedi 13 Mei 1969. Tragedi hitam itu turut melanda beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Kita harus melihat sejarah walau sepahit mana pun sejarah itu sebagai penawar untuk langkah-langkah kita yang akan datang.

Oleh itu dengan terhasilnya Rukun Negara yang lahir hasil pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak selepas tragedi itu bertujuan untuk menyatukan semua kaum di bawah satu ideologi kenegaraan yang sama dan bersepadu. Rukun Negara harus menjadi panduan kepada setiap rakyat negara ini dan perlu diteruskan bagi melahirkan rakyat yang berkualiti dan bersatu dalam satu kesepaduan.

Kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni perlu ditekankan agar setiap rakyat tidak bertindak mengikut prinsip tertentu atas dasar politik, agama mahu pun bangsa. Kehidupan tidak harmoni yang telah diterapkan kesan penjajahan British dan Jepun telah memberikan kesan yang cukup mendalam pada negara kecil ini. Dasar pecah dan perintah telah merosakkan usaha untuk mengharmonikan rakyat Malaysia. Justeru, rakyat perlu kembali disedarkan bahawa wujudnya nilai-nilai yang menyeluruh kea rah perpaduan dan persefahaman kaum.

Maka Rukun Negara digariskan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam melahirkan rakyat yang hidup aman dan damai walaupun berbeza bangsa dan agama. Masyarakat yang demokratik yang meletakkan kuasa di tangan rakyat dalam menentukan kerajaan menerusi pilihanraya yang bebas. Masyarakat yang adil dalam pengagihan kekayaan dan kemakmuran negara. Masyarakat yang progesif dalam mewujudkan warganegara yang berbudaya ilmu demi mewujudkan rakyat yang cukup pengetahuan untuk membangunkan negara. Masyarakat yang liberal yang diberikan kebebasan mengamalkan budaya kaum serta memelihara budaya kebangsaan.

Demi mengikat dan membina perasaan dan semangat cintakan negara di kalangan rakyat, Rukun Negara diisytiharkan secara rasminya oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970. Usaha itu diteruskan untuk kekal sebagai panduan kepada rakyat di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung.

Saya cuba untuk melihat kembali 5 prinsip dalam Rukun Negara sebelum melihat situasi negara yang berlaku kini atau mungkin mengimbas kembali sejarah-sejarah yang pernah berlaku di negara ini apabila prinsip tersebut tidak dihayati.

Saya mengambil contoh blog adukataruna yang kini sedang hangat diperkatakan ramai. Perbuatan blogger tersebut yang menghina Almarhum Sultan Johor jelas melanggar lima prinsip Rukun Negara yang mana saya pasti blogger tersebut di zaman persekolahannya pernah melafazkan lima prinsip tersebut.

Kepercayaan kepada Tuhan : Harus kita percaya, kurangnya atau ketiadaan kepercayaan pada agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan juga negara. Kerendahan peribadi tanpa asas kepercayaan agama yang kukuh antara menyebab berlakunya kes sedemikian. Tetapi malangnya, kes sedemikian masih lagi berlaku di negara ini.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara : Melihatkan kenyataan yang dilontarkan oleh blogger tersebut ternyata prinsip kedua ini tidak diendahkan. Bagi seorang rakyat, mereka harus menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada SPB Yang Di Pertuan Agong dan Sultan yang memerintah.

Keluhuran Perlembagaan : Nampaknya blogger tersebut sebagai seorang rakyat Malaysia gagal untuk menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran serta kemuliaan Perlembagaan Negara sebagai asas dan sumber perundangan yang tertinggi.

Kedaulatan Undang-Undang : Kita perlu sedar, tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat di negara ini tidak akan aman dan stabil. Undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat untuk berasa selamat di negaranya sendiri. Apa yang telah dilakukan oleh blogger tersebut jelas melanggar undang-undang.

Kesopanan dan Kesusilaan : Di mana letaknya personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat apabila sanggup menghina seorang Sultan ? Asas ini amat penting dalam membentuk seorang warganegara yang bersopan santun dan bersusila baik sesama manusia walau tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama.

Menilai kembali lima asas Rukun Negara, apakah kita sebagai rakyat Malaysia telah dan masih mengamalkan apa yang telah digariskan?

Rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara

Sedarkah anda sebenarnya ada banyak destinasi menarik yang terdapat di negara-negara ASEAN ? Kita sering melupakan apa yang ada di depan mata kita apabila lebih memandang untuk terbang ke negara-negara bercuaca sejuk bagi menikmati salji, tanpa kita sedar yang sebenarnya negara-negara ASEAN tidak kurang hebatnya.


Di Malaysia sahaja terdapat banyak destinasi menarik seperti Miri, Tawau, Bintulu, Labuan, Sandakan, Sibu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Sementara di selatan Semenanjung Malaysia menyeberang Tambak Johor boleh berkunjung ke Singapore. Manakala di Indonesia, pelbagai destinasi menarik menanti anda seperti Yogyakarta, Bali, Surabaya, Jakarta dan Medan. Di Thailand tidak kurang hebatnya dengan pusat tumpuan pelancongan dunia seperti Bangkok dan Phuket. Jika ingin menikmati tinggalan sejarah gerak komunis banyak terdapat di Phnom Penh, Siem Reap, Hanoi, Yangon dan Ho Chi Minh. Pendek kata ada banyak destinasi menarik dan itu belum lagi disebut tentang negara Brunei Darul Salam mahu pun Filipina.

Tumpuan utama pelancongan pastinya terpecah kepada beberapa sebab. Ada yang ingin melancong kerana ingin membeli-belah, mungkin juga sekadar mahu berehat di tepi pantai atau pun menikmati peninggalan sejarah dan bertukar angin.


Seperti saya, seorang penyelam scuba pastinya memilih destinasi yang berkaitan pantai dan pilihan mereka pastinya Bali, Phuket atau pun ke Tawau, Sabah. Dari destinasi-destinasi yang disebutkan sudah cukup menggambarkan destinasi itu syurga dunia buat penyelam scuba kerana di situlah letaknya pusat-pusat menyelam yang paling terkenal di dunia. Siapa yang tidak mengenali Pulau Sipadan sebagai salah satu pusat penyelam yang paling cantik di dunia. Baik di Pulau Kapalai, Mabul atau pun Sipadan sendiri, sudah cukup dikenali.

Namun, jika anda bertujuan untuk menghabiskan wang anda dengan membeli-belah, pastinya Jakarta, Surabaya, Bangkok dan Singapore menjadi pilihan anda. Jika kena pada masanya, anda berpeluang untuk menikmati carnival membeli-belah yang berlangsung di destinasi-destinasi itu.

Bagi pencinta sejarah dan mahu menikmati bangunan-bangunan lama tinggalan sejarah, destinasi seperti Bali, Hanop, Siem Reap, Ho Chi Minh, Phnom Penh, Vientiane dan Yangon harus menjadi pilihan anda. Di destinasi itulah anda akan dapat melihat sendiri Angkor Wat depan mata anda.


Kini semuanya terletak di tangan anda. Anda boleh memilih salah satu destinasi tersebut dan nyatakan mengapa anda harus dipilih menerusi peraduan Saya Nak Cuti yang dianjurkan MAS. Anda boleh menyertainya sekarang dengan klik http://www.mastraveller.com.


Jika saya berpeluang untuk memilih, saya akan memilih destinasi yang berpantai seperti Bali, Phuket atau pun Tawau. Walaupun baru saja pulang dari Pulau Sipadan, saya masih mahu lagi ke pulau tersebut. Keindahan dasar laut pulau itu tiada tandingan. Walaupun sudah tiga kali saya menjejakkan kaki ke sana, masih tidak puas. Setiap hari berada di Pulau Sipadan atau pun pulau berdekatan merupakan satu kenangan paling indah dan tidak akan sama berbanding hari sebelumnya. Sebagai orang biasa yang pernah melihat akuarium, apa yang kita lihat hanyalah sama setiap hari. Berbeza bagi seorang penyelam scuba yang walaupun menyelam di lokasi yang sama, apa yang kita lihat akan berbeza setiap hari, malah setiap saat kerana dunia dasar laut amat luas.


Pemenang bertuah akan mendapat peluang untuk mengacarakan program pelancongan mereka sendiri. Mereka berpeluang untuk menceritakan sendiri pengalaman mereka. Anda pasti pernah menonton Farish Aziz mengacarakan program Ronda 360 dan kini anda boleh menjadi seperti Farish.

Video dibawah menunjukkan percubaan saya untuk menjadi pengacara:



Anda mungkin menjadi pengacara sebenar program Saya Nak Cuti ini dan pada masa yang sama, dapat merealisasikan percutian idaman anda.


Sekiranya anda ingin merasai pengalaman tersebut, anda boleh mencuba peluang anda dalam Peraduan Saya Nak Cuti! yang kini sedang berjalan. Peluang anda masih ada. Siapa tahu anda akan berpeluang untuk bercuti secara percuma ke destinasi pilihan anda.


Jangan lupa untuk melayari www.mastraveller.com/SayaNakCuti