Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Minggu 2 & 3 : MAS Saya Nak Cuti

Entri oleh sultanmuzaffar 26 January 2010

Sedarkah anda sebenarnya ada banyak destinasi menarik yang terdapat di negara-negara ASEAN ? Kita sering melupakan apa yang ada di depan mata kita apabila lebih memandang untuk terbang ke negara-negara bercuaca sejuk bagi menikmati salji, tanpa kita sedar yang sebenarnya negara-negara ASEAN tidak kurang hebatnya.


Di Malaysia sahaja terdapat banyak destinasi menarik seperti Miri, Tawau, Bintulu, Labuan, Sandakan, Sibu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Sementara di selatan Semenanjung Malaysia menyeberang Tambak Johor boleh berkunjung ke Singapore. Manakala di Indonesia, pelbagai destinasi menarik menanti anda seperti Yogyakarta, Bali, Surabaya, Jakarta dan Medan. Di Thailand tidak kurang hebatnya dengan pusat tumpuan pelancongan dunia seperti Bangkok dan Phuket. Jika ingin menikmati tinggalan sejarah gerak komunis banyak terdapat di Phnom Penh, Siem Reap, Hanoi, Yangon dan Ho Chi Minh. Pendek kata ada banyak destinasi menarik dan itu belum lagi disebut tentang negara Brunei Darul Salam mahu pun Filipina.

Tumpuan utama pelancongan pastinya terpecah kepada beberapa sebab. Ada yang ingin melancong kerana ingin membeli-belah, mungkin juga sekadar mahu berehat di tepi pantai atau pun menikmati peninggalan sejarah dan bertukar angin.


Seperti saya, seorang penyelam scuba pastinya memilih destinasi yang berkaitan pantai dan pilihan mereka pastinya Bali, Phuket atau pun ke Tawau, Sabah. Dari destinasi-destinasi yang disebutkan sudah cukup menggambarkan destinasi itu syurga dunia buat penyelam scuba kerana di situlah letaknya pusat-pusat menyelam yang paling terkenal di dunia. Siapa yang tidak mengenali Pulau Sipadan sebagai salah satu pusat penyelam yang paling cantik di dunia. Baik di Pulau Kapalai, Mabul atau pun Sipadan sendiri, sudah cukup dikenali.

Namun, jika anda bertujuan untuk menghabiskan wang anda dengan membeli-belah, pastinya Jakarta, Surabaya, Bangkok dan Singapore menjadi pilihan anda. Jika kena pada masanya, anda berpeluang untuk menikmati carnival membeli-belah yang berlangsung di destinasi-destinasi itu.

Bagi pencinta sejarah dan mahu menikmati bangunan-bangunan lama tinggalan sejarah, destinasi seperti Bali, Hanop, Siem Reap, Ho Chi Minh, Phnom Penh, Vientiane dan Yangon harus menjadi pilihan anda. Di destinasi itulah anda akan dapat melihat sendiri Angkor Wat depan mata anda.


Kini semuanya terletak di tangan anda. Anda boleh memilih salah satu destinasi tersebut dan nyatakan mengapa anda harus dipilih menerusi peraduan Saya Nak Cuti yang dianjurkan MAS. Anda boleh menyertainya sekarang dengan klik http://www.mastraveller.com.


Jika saya berpeluang untuk memilih, saya akan memilih destinasi yang berpantai seperti Bali, Phuket atau pun Tawau. Walaupun baru saja pulang dari Pulau Sipadan, saya masih mahu lagi ke pulau tersebut. Keindahan dasar laut pulau itu tiada tandingan. Walaupun sudah tiga kali saya menjejakkan kaki ke sana, masih tidak puas. Setiap hari berada di Pulau Sipadan atau pun pulau berdekatan merupakan satu kenangan paling indah dan tidak akan sama berbanding hari sebelumnya. Sebagai orang biasa yang pernah melihat akuarium, apa yang kita lihat hanyalah sama setiap hari. Berbeza bagi seorang penyelam scuba yang walaupun menyelam di lokasi yang sama, apa yang kita lihat akan berbeza setiap hari, malah setiap saat kerana dunia dasar laut amat luas.


Pemenang bertuah akan mendapat peluang untuk mengacarakan program pelancongan mereka sendiri. Mereka berpeluang untuk menceritakan sendiri pengalaman mereka. Anda pasti pernah menonton Farish Aziz mengacarakan program Ronda 360 dan kini anda boleh menjadi seperti Farish.

Video dibawah menunjukkan percubaan saya untuk menjadi pengacara:



Anda mungkin menjadi pengacara sebenar program Saya Nak Cuti ini dan pada masa yang sama, dapat merealisasikan percutian idaman anda.


Sekiranya anda ingin merasai pengalaman tersebut, anda boleh mencuba peluang anda dalam Peraduan Saya Nak Cuti! yang kini sedang berjalan. Peluang anda masih ada. Siapa tahu anda akan berpeluang untuk bercuti secara percuma ke destinasi pilihan anda.


Jangan lupa untuk melayari www.mastraveller.com/SayaNakCuti

blog comments powered by Disqus