Fahrin Ahmad menerusi peguamnya Tengku Naufal telah memberikan tempoh tujuh hari kepada Linda Onn untuk memohon maaf atas artikel berbaur fitnah yang tersiar di akhbar Sinar Harian, mukasurat 27 pada 19 Januari 2010 dan The Star, mukasurat 43 pada 20 Januari lalu.
Menurut peguam Tengku Naufal, kedua-dua artikel tersebut berpotensi untuk menghasut masyarakat agar berpandangan dan berpersepsi buruk terhadap Fahrin Ahmad.
Tohmahan-tohmahan tersebut boleh diterjemahkan oleh masyarakat bahawa Fahrin Ahmad adalah seorang pembuli, cepat bertindak secara agresif tanpa alasan dan justifikasi yang waras, seorang kaki pukul dan menyebabkan kecederaan pada orang lain, tidak menghormati orang lain terutamanya golongan wanita dan berpotensi untuk mengugut agar Linda tidak membuat kenyataan sebelum ini.
Notis tuntutan telah dikeluarkan pada Jumaat lalu, 22 Januari kepada Linda Onn dan individu-individu yang bertanggungjawab terhadap penyiaran artikel tersebut.
Antara yang terkandung dalam notis tuntutan tersebut adalah :
1. Memohon agar Linda Onn membuat permohonan maaf secara jelas dan membuat penarikan semula segala tohmahan yang telah dikeluarkan. Kenyataan penarikan kenyataan itu perlu disiarkan di dalam akhbar yang menyiarkan artikel tersebut dan mendapat persetujuan daripada pihak Fahrin sebelum ia dikeluarkan.
2. Fahrin turut menuntut akujanji daripada Linda agar tidak mengulangi tohmahan-tohmahan yang telah dibuat dan memberhentikan segala usaha perlakuan, perbuatan, perwatakan, tindakan yang menjatuhkan atau mengaibkan imej Fahrin Ahmad.
3. Pihak Fahrin juga menuntut gantirugi dan kos.
Sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan, Fahrin bakal memfailkan writ saman di mahkamah.
Fahrin Ahmad mengadakan sidang akhbar tersebut bersama peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor di Hotel Palace of The Golden Horses.
Nota : Semoga Brad Pitt dan Angelina Jolie serta Jennifer Aniston atau mungkin Billy Bob Thornthon tidak akan melalui perkara yang sama.
Fahrin beri tempoh tujuh hari kepada Linda Onn
25/01/2010 2:06pm
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
SERI KEMBANGAN 25 Jan. - Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad melalui peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor memberi tempoh seminggu kepada Linda Onn supaya memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya di dua buah akhbar yang dilihat sebagai memfitnah Fahrin.
Menurut Tengku Naufal dari Tetuan Tengku Naufal & Co., notis tuntutan agar Linda berbuat demikian telah diserahkan pada 22 Januari lalu.
Selain memohon maaf secara terbuka, Linda turut dituntut agar menarik semula kenyataan yang telah dibuatnya dan kedua-dua tuntutan itu perlu disiarkan di akhbar khususnya dua akhbar berkenaan.
Linda juga dituntut supaya mengeluarkan surat akujanji bertulis untuk tidak lagi mengulangi perbuatannya yang memburukkan imej Fahrin.
Kata Tengku Naufal, Fahrin turut menuntut ganti rugi dan kos atas kenyataan Linda tersebut.
“Tempoh tujuh hari diberikan kepada Linda untuk berbuat demikian. Seandainya tiada apa-apa tindakan daripada Linda, pihak kami akan mengeluarkan writ saman, Isnin ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Linda dalam sebuah akhbar mendakwa Fahrin pernah mengasarinya sewaktu mereka bercinta serta menuduhnya panas baran serta ‘cepat naik tangan’. – Utusan
- Posted using BlogPress from my iPhone