Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Diana Danielle Mohon Bantuan

Entri oleh sultanmuzaffar 01 January 2010



Siapa kata artis tidak boleh menjadi contoh yang baik kepada masyarakat ? Artis walau sekecil mana pun namanya harus menjadi contoh yang baik untuk masyarakat. Mereka menjadi role model kepada masyarakat. Setiap perlakuan mereka menjadi ikutan peminat. Mungkin ada yang pernah tersilap langkah, namun itu bukan menjadi alasan untuk kita terus mencerca mereka.

Diana Danielle contohnya, sebagai seorang artis muda harus menjadi role model bukan sahaja kepada peminat dewasa, malah juga kepada peminat-peminat kecilnya. Atas inisiatif dia sendiri, Diana telah melalui perjalanan lebih tujuh jam untuk bersama-sama masyarakat orang Asli Bateq yang tinggal di dalam hutan belantara di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan.

Bagi Diana, ia merupakan satu pengalaman yang amat unik selain mempelajari erti dan nilai kehidupan apabila bersama golongan orang Asli tersebut. Pengalaman bersama mereka menjadikan dia tahu yang masyarakat Orang Asli ini masih hidup terpinggir berbeza dengan hidupnya yang dikelilingi bulan dan bintang.



Diana melawat Orang Asli Bateq ini bersama sekumpulan jurugambar dari DigitalDome Photography untuk merakamkan perjalanannya bersama mereka. Tersentuh hati apabila melihatkan kehidupan masyarakat Orang Asli itu yang amat daif tanpa bekalan makanan, elektrik, air yang mencukupi dan lengkap. Tidak seperti kita di Bandaraya Kuala Lumpur.

Bagi masyarakat Orang Asli ini, itulah syurga mereka yang menjadi kawan mereka setiap hari. Ada sebilangan daripadanya merupakan kanak-kanak dan bayi yang berusia antara 1 bulan hingga 11 tahun. Pastinya untuk kanak-kanak tempat mereka adalah di sekolah, tetapi bukan untuk mereka. Hidup mereka dikelilingi hutan dan tidak berpeluang untuk mengenali ABC atau pun 123.



Tanpa asas pendidikan yang lengkap ke manakah arah tujuan dan masa depan kanak-kanak tersebut ? Apakah hutan sudah cukup untuk mengubah nasib keluarga mereka ? Pastinya tidak. Bagi Diana, pendidikan amat penting tetapi kerana kedaifan tersebut serta kekurangan kemudahan asas menyulitkan mereka menempuh hidup yang sememangnya sudah cukup menyulitkan. Bukan itu sahaja, keperluan asas untuk hidup juga tidak lengkap. Rumah yang tidak teratur tanpa kemudahan asas seperti tandas, air apa tah lagi.

Diana Danielle turut menyarankan agar dapat melihat perubahan berlaku pada masyarakat Orang Asli ini. Dia juga berharap kerajaan Malaysia dapat mengambil berat masalah yang berlaku pada masyarakat Orang Asli tersebut. Dalam pada kita mewar-warkan tentang 1Malaysia, kita juga harus merasakan keperitan yang ditanggung oleh masyarakat Orang Asli yang selama ini hidup terpinggir.

Sebagai langkah pertama, Diana yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon memohon para dermawan untuk turut menderma keperluan untuk masyarakat Orang Asli Bateq tersebut. Antara barang keperluan yang diperlukan oleh mereka adalah seperti buku kanak-kanak, ubat-ubatan, bantuan susu, kasut, pakaian, bantuan makanan bayi, barang keperluan bayi seperti lampin, botol susu dan lain-lain termasuk baju, kasut dan banyak lagi yang diperlukan.



Anda berhasrat untuk membantu Diana Danielle ?

Kredit Foto : 

blog comments powered by Disqus