Ulasan Gubra : Hati Terdetik, Minda Terlihat, Mata Bersuara dan Telinga Berfikir
Saya menerima pelawaan Nizam Zakaria pada jam 7 petang sebelum waktu berbuka untuk sama-sama hadir ke tayangan Gubra rough cut di Leo Burnett jam 8 malam. Saya lupa tentang berbuka dan saya terus menyiapkan diri untuk bergegas ke sana. Oleh itu saya mohon maaf sekiranya ada yang terasa saya tidak mengajak mereka bersama saya untuk tontonan tersebut. Saya pun hanya sekadar menerima pelawaan orang. Pada saya, menonton filem itu menjadi prioriti saya ketika itu. InsyaAllah sekiranya ada tayangan yang lain saya akan bawa beberapa sahabat saya untuk sama-sama merasai apa yang saya rasa semalam. Saya tiba di Leo Burnett dan menjamah jamuan yang disediakan. Hidangan Gubra lebih mengenyangkan dari berbuka puasa.
Saya baru pulang menonton Gubra versi rough cut di Leo Burnett. Seperti Fadz, setiap adegan masih terbayang-bayang di dalam kotak fikiran saya dan menghantui diri saya. Deria saya menjadi kacau. Hati saya terdetik, minda saya tiba-tiba terlihat, mata saya bersuara dan telinga saya berfikir. Semuanya bercampur-aduk kerana Gubra. "Jangan banyak fikir, rasa sahaja." kata Yasmin Ahmad. Saya duduk dua jam dan merasainya. Dalam ketawa pada jenaka yang dilontarkan, hati saya terfikir, minda saya terdetik. Setiap deria saya merasainya. Tersentuh pada setiap adegan yang terpapar di layar putih itu tadi. Mengenangkan nasib yang bakal menimpa pada sesetengah adegan yang baru saya tonton. Menghubungkaitkan kegubraan keluarga Orked dengan keluarga saya. Menyatukan perasaan tenang dan sayu pada keluarga Bilal dan persekitarannya yang kotor. Menyelami perasaan Orked dan persekitarannya yang berkecamuk. Serta kembali ke dunia Sepet setelah beberapa bulan saya tinggalkan. Imej-imej itu kekal dalam minda saya sekarang.
Gubra membawa penonton untuk melihat secara dasar tentang apa yang berlaku di sekitar dua buah keluarga iaitu keluarga Bilal dan keluarga Orked. Dua cerita ini berlaku secara berasingan tetapi dalam masa yang sama. Keluarga Bilal berhadapan dengan pemasalahannya yang tersendiri dalam menangani isu hubungan mereka dengan persekitaran dua orang pelacur. Manakala keluarga Orked perlu berhadapan dengan pemasalahan keluarga Orked itu sendiri, keluarga Jason dan hubungan dengan suaminya.
Saya pernah berkata, saya mahu menonton sebuah filem yang simple tidak perlu cerita-cerita yang berbelit-belit. Masalah utama filem Melayu adalah ceritanya. Walaupun Gubra mempunyai banyak sub-plot untuk dihuraikan satu-persatu, tetapi setiap adegan diarahkan dengan begitu cemerlang sekali oleh Yasmin Ahmad dan kerja-kerja suntingan dilaksanakan dengan baik oleh Afandi Jamaluddin.
Lebih-lebih lagi kebanyakan watak dan perwatakan telah diterangkan di dalam Rabun dan Sepet sebelum ini dan memungkinkan penonton mendapat pemahaman yang lebih jelas di dalam Gubra.
Diteliti dari aspek lakonan, keseluruhan pelakon Gubra telah memberikan sepenuh jiwa mereka dalam lakonan mereka. Namron cemerlang sebagai seorang Bilal dan ketua keluarga yang mempunyai hati yang mulia. Nur Khairiah yang memegang watak sebagai Mas iaitu isteri Bilal sebenarnya merupakan kekuatan utama filem ini. Lakonan beliau begitu hebat. Beliau pernah kita tonton sebagai Orked dalam Rabun. Sementara Rozie Rashid dan Juliana Ibrahim berperan sebagai pelacur dan menjadi simbol gelap dalam filem ini.
Sementara Sharifah Amani mengekalkan standard elit beliau dalam Sepet ke dalam Gubra dan telah memberikan lakonan yang outstanding ! Adegan terbaik beliau adalah sewaktu perselisihan faham dengan suaminya. Begitu terkawal sekali lakonan beliau dan amat konsisten emosinya. Harith Iskander dan Ida Nerina telah memberikan lakonan yang memuaskan dan seakan pelengkap kepada filem ini. Malangnya saya kurang menggemari lakonan Adlin Aman Ramlie. Mungkin kerana gaya berdirinya dan kedudukan tangannya agak stereotype. Sama sahaja dalam teater atau filem beliau sebelum ini. Mungkin posturenya sahaja stereotype tetapi emosinya jelas berbeza dalam filem ini. Setiap pelakon saling melengkapi antara satu sama lain dalam permainan watak masing-masing.
Adegan paling menarik bagi saya adalah sewaktu pertindihan adegan antara laungan azan, sepasang keluarga Cina sedang bersembahyang di depan tokong cina, seorang bapa dan anaknya bersembahyang di gereja, dua orang perempuan (siapa mereka ? tonton filem ini kelak)bersembahyang di masjid. Hanya rakyat Malaysia yang berakal waras sahaja yang mampu menghasilkan filem sebegini kerana kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia dan juga hanya rakyat Malaysia yang berakal matang sahaja yang mampu menerima adegan sebegini ditontonkan kepada mereka tanpa rasa prejudis.
Adegan ini sangat indah lebih-lebih lagi dalam bacaan azan, bacaan Quran dan bacaan Bible dalam maksud yang sama saling bertukaran dalam adegan tersebut. Hanya di Malaysia sahaja kita boleh tengok adegan ini.
Setiap adegan menjentik minda saya untuk berfikir sejenak apa kesannya kepada penonton filem ini. Seawal 5 minit pertama filem ini ditayangkan, adegan seorang Bilal (Namron) menyentuh seekor anjing berkaki tempang di tepi jalan dalam perjalanan menuju ke Surau pada waktu Subuh sudah membuatkan perbincangan selepas menonton filem itu berlarutan sehingga jam 11.30 malam.
Tentunya persoalan halal haram akan menjadi permainan di kotak fikiran sesetengah penonton, paling tidak pun kepada panel yang menduduki kerusi panas Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Gubra membawakan persoalan yang lebih besar terutamanya tentang agama, bangsa dan negara. Jawapannya ada pada kita. Minda kita harus bekerja apabila menonton filem sebegini. Gubra bercakap tentang banyak perkara. Gubra turut menyelitkan tentang persoalan bangsa. Bagaimana sifat prejudis sentiasa menyelubungi manusia. Perbezaan bangsa atau kaum sering menjadi masalah utama yang tidak pernah selesai. Agama adalah sesuatu yang suci dan kepercayaan masing-masing adalah merupakan tunjang kekuatan iman seseorang dan tidak wajar untuk dipersoalkan. Kepercayaan masing-masing sebenarnya membawa kepada aspek positif dalam kehidupan mereka sendiri.
Penamat filem ini bakal sekali lagi menjadi perbualan hangat sapa seperti yang berlaku dalam filem Sepet. Mungkin ada yang tersenyum dan mengimpikan kehidupan sempurna sedemikian. Tidak wajar saya ulas lanjut tentang penamat filem ini dan anda harus tonton sendiri filem kelak. Saya merasakan ini adalah hasil Yasmin Ahmad yang terbaik dan wajar ditonton oleh setiap lapisan masyarakat yang ingin belajar mengenali agama dan budaya di Malaysia. Filem ini mendidik erti perpaduan antara kaum tanpa ada rasa prejudis.
Tentu sahaja pembikin filem arus perdana bakal wajib merasa gubra dengan kemunculan filem Gubra. Filem ini sebuah filem yang besar buat Malaysia, ia adalah satu cenderamata yang paling berharga dari Yasmin Ahmad untuk agama, bangsa dan negaranya.
Penilaian Awal sultanmuzaffar (versi rough cut)
Rating : A-
Arahan : A+
Lakonan : A
Suntingan : A-
Skrip : A-
Sinematografi : A-
Arahan Seni : A-
Muzik Latar : B
Adibah Noor - Terlalu Istimewa 3.4/5 bintang
Sememangnya Adibah Noor terlalu istimewa. Beliau mempunyai bakat nyanyian yang hebat walaupun kurang menyerlah di sebalik nama-nama bintang Akademi Fantasia yang tumbuh cendawan selepas hujan. (Maksud sebenarnya ialah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Tetapi kalau tumbuh cendawan selepas hujan pun boleh juga. Perkataan yang sama, maksud yang berbeza sama sekali. Tetapi cukup sinis. Kredit : Ted) Namun demikian, beliau tidak patah semangat. Berbekal pendapatan yang diperolehi olehnya melalui persembahan makan malam, konsert dan lain-lain sepanjang bergelar artis, beliau melaburkan wang tersebut untuk pembikinan album Terlalu Istimewa ini.
Adibah Noor selaku Penerbit Eksekutif album ini mempunyai pasukan yang terdiri daripada nama besar persada muzik tempatan. Nama seperti Azlan Abu Hassan (beliau pernah menghantar email kepada saya kerana komen saya yang agak pedas terhadap kerja beliau dalam album Jaclyn Victor), Jock Chew, Mohariz Yaakup (penulis lirik lagu Untuk Terakhir Kali) dan Badrul “The Muffin” selaku Penerbit untuk album ini.
Unik kulit album ini kerana menampilkan Adibah di sebuah funfair telah direkabentuk oleh Nizam Rahmat dari Ad.Verse dan Din juga dari Ad.Verse. Mereka pernah memenangi pelbagai anugerah di Anugerah Industri Muzik dalam kategori Kulit Album Terbaik. Funfair sering digambarkan sebagai sebuah taman permainan. Penuh dengan lampu-lampu berkelipan dari merry go round yang berpusing. Giant Wheel pula melengkapkan sebuah funfair. Dalam sebuah funfair, objek utama yang perlu ada tentulah Giant Wheel atau ferris wheel. Pancaran neonnya bergemerlapan. Saya boleh mengibaratkan funfair itu seperti industri hiburan dan Giant Wheel itu ialah Adibah Noor. Industri hiburan menjadi tidak lengkap tanpa Adibah Noor, begitulah funfair menjadi tidak lengkap tanpa Giant Wheel. Tetapi mengapa funfair itu kosong ? Keseronokan di funfair itu tidak berpanjangan. Apakah sesuatu yang indah itu tidak mampu menarik pengunjung untuk sama-sama merasai keseronokannya ? Begitu juga digambarkan untuk Adibah Noor. Beliau ibarat pelengkap dalam dunia hiburan tempatan. Beliau mempunyai vokal yang hebat dan mula mencipta nama sejak memenangi sebuah pertandingan nyanyian Suara 90an Nescafe pada tahun 1994 tetapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Bakatnya seakan dipinggirkan. Itulah yang saya terjemahkan pada kulit album beliau ini.
Antara lagu-lagu yang menarik perhatian saya ialah lagu Fantasia Sebuah Cinta, Joget Hati Senang, Terlalu Istimewa dan Pengorbanan. Terlalu Istimewa lebih indah apabila ditujukan buat adik Nurul Huda (10 tahun) yang menjadi mangsa rogol yang kemudiannya telah dibunuh dan mati kerana kekejaman sesama manusia. Penyampaian Adibah Noor lebih jujur dalam lagu ini. Ia telah disampaikan dengan penuh perasaan. Saya ingin sekali mendengar versi live pula selepas ini. Tentunya lebih bersemangat dan penuh penghayatan.
Mengapa saya suka Putih ? Putih sebuah lagu yang easy listening. Melodinya agak catchy. Saya sememangnya jenis yang suka sesuatu yang simple. Macam lagu ini lebih simple dan senang bila mendengar lagu tersebut. Rentaknya agak moderate tidak terlalu perlahan dan tidak begitu rancak.
Pengorbanan merupakan sebuah lagu nyanyian semula oleh Adibah Noor yang turut dimuatkan dalam album ini. Lagu Pengorbanan merupakan nyanyian asal Azlina Aziz dan Liza Aziz yang telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Asia Song Festival pada tahun 1999 di Kuala Lumpur.
Entah di mana silapnya, sudah jarang benar pertandingan nyanyian yang melibatkan Asia atau ASEAN seperti ABU Golden Kite Song Festival, Asia Song Festival, ASEAN Song Festival, ASEAN Pop Song Festival dilangsungkan di sini atau pun di mana-mana negara sekitarnya. Saya masih ingat lagi sewaktu Wah Idris (sekarang Datuk) memenangi ABU Golden Kite Song Festival dengan lagu OK pada tahun 1985. Bayangkan pada umur 11 tahun minat saya terhadap muzik semakin bercambah.
Masih ingat dengan lagu Ikan Di Laut Asam Di Darat yang tersiar di dalam sebuah iklan Petronas sewaktu perayaan Aidilfitri & Deepavali tahun lepas ? Lagu tersebut dimuatkan juga di dalam album ini dan dinyanyikan oleh Adibah dalam nafas baru. Sebuah remake yang segar dan kena pada masanya. Bapa saya suka lagu ini. Ya, tentunya versi asal. Saya tidak pasti sama ada beliau akan menyukai versi nafas baru lagu ini. Pernah beliau mencemuh Anuar Zain merosakkan lagu Jeritan Batinku dalam sebuah rancangan hiburan yang ditayangkan sempena Tribute kepada P.Ramlee.
Entah kenapa saya teringat kepada lagu-lagu dari Amy Mastura apabila mendengar lagu Begitulah Asmara. Melodinya kuat pengaruh pop Amy Mastura yang popular satu ketika dahulu. Lebih menjurus kepada lagu-lagu zaman drama bersiri Cinta Korporat. Berbeza dengan lagu Fantasia Sebuah Cinta yang lebih minima penggunaan instrumen dan menyegarkan pendengaran apabila mendengar lagu sebegini. Saya lebih suka lagu-lagu sebegini dimuatkan dalam albumnya yang akan datang. Lebih fokus kepada vokal dan muzik iringan yang bersesuaian.
Lagu berentak balada pula bertajuk Fantasia Sebuah Cinta, Terlalu Istimewa, Pengorbanan dan Hanya Restu. Manakala lagu Ikan Di Laut Asam Di Darat lebih kepada sebuah lagu remake yang segar daripada Adibah Noor. Antara lagu yang agak rancak termuat dalam album ini ialah Detik Itu, Putih, Joget Hati Senang (etnik kreatif), Kelabu, Begitulah Asmara dan Terlalu Hina (rock).
Apa yang boleh saya katakan ialah album ini terkandung lagu dari pelbagai jenis genre. Album ini album rojak. Ada lagu balada, lagu rock, jazz, lagu etnik kreatif, lagu lama yang dirakam semula dalam gaya yang lebih segar dan lagu pop. Persembahan vokal Adibah Noor sudah cukup baik untuk album sulung ini tetapi saya belum puas mendengarnya kerana keupayaan vokal Adibah Noor boleh pergi lebih jauh daripada apa yang telah dihasilkan ini. Saya mengharapkan album keduanya nanti akan memerah seluruh kehebatan vokal beliau secara maksima macam bagaimana Yasmin Ahmad memerah seluruh jiwa Adibah Noor sebagai Yam dalam Sepet. Saya tetap pasti vokal Adibah Noor boleh pergi lebih jauh daripada apa yang telah saya dengar sekarang.
Track Lagu
1. Detik Itu
2. Putih
3. Fantasia Sebuah Cinta
4. Joget Hati Senang
5. Terlalu Istimewa
6. Kelabu
7. Ikan Di Laut Asam Di Darat
8. Pengorbanan
9. Begitulah Asmara
10. Hanya Restu
11. Terlalu Hina
Lagu-lagu secara minus one juga boleh didapati di dalam album ini. Ia terdiri daripada lagu Joget Senang Hati, Terlalu Istimewa, Kelabu, Ikan Di Laut Asam Di Darat, Pengorbanan dan Begitulah Asmara. Siapa yang teringin menjadi Adibah Noor atau bersiap sedia untuk Akademi Fantasia 4, bolehlah berlatih menggunakan minus one yang ada di dalam album ini.
Khabarnya lagu ini sedang mendahului carta jualan di Tower Records Kuala Lumpur. Semoga apa yang dilaburkan oleh Adibah Noor berjaya mendapat pulangan yang sewajarnya. Jika anda ingin mendapatkan album ini bolehlah mendapatkannya di Tower Records KLCC atau mana-mana cawangan The Store dan Ms Read atau email sahaja kepada Adibah Noor Entertainment di alamat adibah_noor(at)yahoo(dot)com.
Ranking Pilihan sultanmuzaffar
1. Terlalu Istimewa
2. Fantasia Sebuah Cinta
3. Putih
4. Pengorbanan
5. Joget Hati Senang
6. Hanya Restu
7. Ikan Di Laut Asam Di Darat
8. Detik Itu
9. Begitulah Asmara
10. Kelabu
11. Terlalu Hina
Artikel 10 Things You Didn't Know About : Adibah Noor oleh Yeang Soo ChingSenarai Pengedar Album Adibah Noor : Klik & Skrol ke Bahagian Paling Bawah (Maaf, senarai ini rupanya pengedar Suara Keadilan.)
Ada satu topik menarik. Saya sempat chat dengan salah seorang sahabat merangkap pembaca merangkap mak ayam saya sendiri iaitu Cikanos. Kata beliau, kenapa saya tidak tulis blog menggunakan bahasa yang sering digunakan oleh Mat Jan atau Tok Rimau. Saya memang akan sekali-sekala menulis dalam gaya bahasa yang agak lucu seperti artikel berkenaan Blogger di XFresh !. Tetapi saya tidak akan menulis menggunakan gaya lucu itu sampai bila-bila. Hanya sekali-sekala sahaja. Gaya tersebut lebih sinonim dengan Mat Jan atau Tok Rimau dan saya sendiri merupakan salah seorang peminat Mat Jan. I mean tulisan Mat Jan. Kadang-kadang selepas membaca apa sahaja yang Mat Jan tulis, saya pasti akan menghentak meja sambil berkata “Damn, kenapa aku tak pernah terpikir apa yang dia tulis tu dulu !!” dengan perasaan yang amat cemburu sekali. Kadang-kadang letak komen pujian pun dengan niat yang tidak ikhlas. Tapi itulah kelebihan Mat Jan atau pun Tok Rimau. Menulis dalam gaya bahasa lucu ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi. Sesetengah pembaca tentu akan menganggap ia sebagai satu tulisan yang riak walaupun sebenarnya itu bukan niat penulis. Itulah yang saya anggap pada Mat Jan seawal waktu saya mengenali blognya. "Riak gila budak ni, exam dapat A berderet pun nak bagitahu semua orang." Bayangkan sekiranya saya menulis "Well, Ada juga ya peminat Felix yang nak jadi popular. Kalau macam tu kenalah tunggu tiga tahun macam sultanmuzaffar. Usaha kena gigih, populariti tidak datang sekelip mata, dik !" Maka akan berduyun-duyunlah anti-sultanmuzaffar melawat blog ini dan mencaci ayat entri tersebut. Berbalik kepada blog Mat Jan, lama kelamaan saya sudah boleh menerima jenis penulisan sebegitu lebih-lebih lagi setelah mengenali penulisnya secara dekat. Lagipun saya mahu diberi peluang untuk menjadi diri saya sendiri. Saya selesa dengan bahasa kamus Dewan Bahasa dan Pustaka dan akan terus kekal sebegitu. Sekali-sekala riak atau berkelakuan lucu, harap dimaafkan.
Hari ini seharian saya bermain dengan Google Earth. Apa yang boleh saya perkatakan, aplikasi Google Earth memang sebuah aplikasi yang hebat. Saya boleh meninjau tempat-tempat yang tidak pernah saya lawati dan merasai suasana persekitarannya seperti berada di sana. Saya tentunya menghabiskan banyak masa di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Dari satu bandar ke satu bandar saya lawati.
Saya ada terdengar juga keluhan sesetengah pihak sewaktu aplikasi ini dilancarkan. Kegusaran mula timbul apabila sesetengah pihak merasakan aplikasi ini bakal memudahkan pengganas untuk merancang serangan mereka terhadap sesebuah lokasi. Saya mengambil contoh Amerika Syarikat yang mana resolusi lokasi seperti New York, Los Angeles, San Francisco agak tinggi resolusinya. Saya dapat melihat dengan jelas jalan-raya, kereta, rumah, bangunan serta premis-premis di bandar tersebut. Sekiranya saya seorang pengganas, saya akan menggunakan aplikasi Google Earth sebagai peta untuk merancang serangan ke atas sesebuah lokasi.
Aplikasi Google Earth ini masih di fasa beta, maka tidak semua kawasan boleh dilihat secara terperinci. Malaysia contohnya, masih Kuala Lumpur dan sekitarnya sahaja yang boleh diterokai secara lebih terperinci. Selain daripada itu, separuh daripada Shah Alam, Subang, Petaling Jaya, Ampang, Sg Besi, Serdang, Kajang, Putrajaya boleh kelihatan dengan jelas. Kawasan selain daripada itu tidak dapat kelihatan.
Saya ada merakamkan beberapa lokasi yang menarik untuk kita sama-sama tinjau. Gambar adalah kredit untuk Google Earth. Dan disertakan beberapa lokasi untuk diteka. Silalah...
Kg Baru
Pertemuan Dua Sungai
Perumahan Duta di Jalan Ampang
Persekitaran Lorong Haji Taib
Lokasi 01 : (klu: Wira bermastautin di sini)
Menara Berkembar Petronas dan Taman KLCC
Lokasi 02 : (klu : baru berkahwin dengan anak Tun Razak)
Gagah Guard di Wisam !!
Lokasi 03 : (klu : sakit hati tiada dalam perkhidmatan)
Pasar Ramadhan bertukar lokasi. Jauh sedikit tahun ini
Pemilihan Peserta Soccastars Malaysia - Kelana Jaya
Pemilihan peserta Soccastars Malaysia telah diadakan di Kompleks Sukan PKNS pada hari Sabtu dan Ahad lalu. Pemilihan ini telah mendapat sambutan ramai serta menggalakkan. Rata-rata kebanyakan peserta terdiri dari golongan remaja. Mereka menunggu sejak pukul 7 pagi lagi. Dianggarkan seramai 600 peserta telah berjaya mendaftarkan diri pada hari Sabtu tersebut.
Para peserta diuji dalam empat jenis kemahiran :
1. Kemahiran mengelecek
2. Kemahiran hantaran dekat
3. Kemahiran rembatan ke arah gol
4. Kemahiran sprinting atau pecutan
Para peserta yang terpilih ke peringkat kedua akan diberikan kad hijau manakala yang tidak bernasib baik akan menerima kad merah. Format yang sama dalam Akademi Fantasia. Pemilihan ini mempunyai 4 peringkat dan bersambung ke hari Ahad. Hari kedua menyaksikan para peserta perlu menjalani ujian kemahiran yang lebih sukar. Ketahanan stamina serta kawalan bola telah diterapkan kepada setiap peserta. Kebanyakkan para peserta tidak mempunyai teknik kawalan bola yang baik dan ada juga di antara peserta yang saya lihat mempunyai kemahiran-kemahiran serta teknik yang menarik.
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton program baru terbitan ASTRO ini. Banyak kejutan yang bakal dihidangkan kepada penonton. Belum puas dengan AFXtra, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton klip eksklusif pemain bola sepak lelaki di tempat latihan mereka. Saya pun sudah tepu dengan Akademi Fantasia, boleh juga bertukar angin ke Soccastars Malaysia pula. Mengharapkan satu pembaharuan kepada dunia hiburan tempatan dalam menyuntik elemen sukan sebagai sebuah bentuk hiburan yang lain daripada yang lain. Selalunya sukan hanya sekadar pertarungan di padang atau gelanggang, tetapi kini sukan cuba dibawa ke dalam bentuk realiti untuk melihat di belakang tabir pembikinan seorang bintang. Mampukah Soccastars Malaysia menarik perhatian penonton ? Tunggu !
Artikel dan foto blog ini diedit dari blog KASC07. Terima kasih.
Blogger di XFresh !
Menerima panggilan dari Fara XFresh tidaklah begitu mengejutkan kerana sebelum ini saya agak selalu juga berbalas-balas email dengan beliau untuk mendapatkan gambar-gambar sempena gathering Mawi (siapa kata saya tak suka Mawi) dan juga kunjungan Marsha ke XFresh. Selalunya beliau akan mengajak saya untuk membuat liputan kunjungan-kunjungan artis yang datang bertandang ke studio XFresh. Tetapi kali ini saya diundang ke Studio sebagai tetamu. Menurutnya XFresh ingin menemuramah Malaysian Top Blogger. Bukan saya seorang, tetapi berempat. What ?? Siapa top blogger Malaysia selain dari saya ? Juan Danza katanya. Sudah berapa lama Juan Danza itu mempunyai blog ? Dua tahun ? Tiga tahun ? Empat tahun ?? Klubbkidd katanya lagi. Popular ke dia tu ? Ala, blogger yang lagi seorang itu pun popular kerana menumpang populariti AF. :) Termasuk Elkapitan. HAH !! Budak setahun jagung itu pun turut dijemput ?? Ini tidak boleh jadi. Badrul tiada ? Oh ! Badrul boleh buat sesi temuramah khas diri sendiri pada hari Sabtu atau Ahad di ERA. Dialah yang soal, dialah yang jawab, dialah yang putar lagu, dialah yang jawab panggilan, dia juga yang reka permintaan dan segala-galanya dia lah.
Xfresh XTopia dikendalikan oleh Rizal dan Burn. Tetapi pada hari ini hanya Rizal yang akan melayan karenah empat orang blogger gila, sentap, skema dan control macho di studio (sila pilih sendiri anda yang mana satu !). Sesi tersebut bermula agak lambat dan menyebabkan masa siaran saya semakin pendek angkara dua blogger yang perasan diva dan ratu tiba agak lewat. Oleh itu sesi pengenalan hanya saya dan Elkapitan sahaja yang buat. Sesi tersebut berakhir dengan aman walaupun agak kecoh sedikit kerana masing-masing cuba memberikan hujah masing-masing. Juan dapat satu pembesar suara, Klubbkidd dapat satu pembesar suara. Saya dan Elkapitan berkongsi pembesar suara dengan dua dayang istana di kiri dan kanan kami menjadi tukang kipas.
Sudah dua kali saya menjejakkan kaki ke studio XFresh. Teringin juga melihat dan mengetahui bagaimana dan apakah yang canggihnya dalam Studio tersebut. Saya sempat melihat senarai lagu yang telah siap disimpan dalam komputer. Aduh Saliha ?? Delete !! Warkah Berlagu Pilu tiada ?? Hahahaha ! Lagu Percaya Pada Cinta oleh Akma tiada lagi agaknya. Nak Akma Jugak !
Soalan yang panas katanya tetapi tidaklah begitu panas. Mungkin panas bagi Juan Danza yang diajukan soalan tentang nama sebenar dan cabaran berhadapan dengan komen-komen panas di blog. Satu Malaysia sudah tahu nama Juan Danza sekarang. Dan satu Malaysia juga menjadi saksi saya difitnah Rizal XFresh dan konco-konconya mengatakan saya peminat Elliza sebelum lagu barunya diputarkan.
Sempat sahaja seorang penganggur ini mempromosikan dirinya. Moga-moga ada CEO, Presiden, MD company yang besar-besar mendengar XFresh semalam. Entahlah, saya kurang berpuas hati dengan hasilnya semalam. Xfresh jadi macam tidak ceria, mungkin kerana saya terlalu skema menggunakan bahasa blog apabila bercakap. Tetapi saya merasa lebih selesa bercakap di radio berbanding di televisyen kerana pendengar tidak nampak apa yang berlaku melainkan jika mereka menonton WebCast. Saya rasa saya harus lebih ceria, happening, enjoy lagi untuk siaran radio yang mana para pendengarnya dalam lingkungan umur belasan tahun. Saya berharap peringkat umur yang saya letakkan untuk XFresh ini bukan merupakan satu insult buat XFresh. Berbanding salah seorang blogger itu yang mana side profilenya disamakan dengan Zahid. Lawak gila. I will keep that in mind sampai bila-bila. Now, you are not Zizan BeatTV, not even Nabil Mentor but Zahid AF2 ! Hahahaha ! Terimalah hakikat !
Pada pembaca lain yang ingin mengetahui kedudukan terkini Malaysian Top Blog, bolehlah melawat ke Portal Malaysian Top Blog. Jangan klik, tengok saja. Nanti menyumbang satu hits kepada mereka. Itu petua dari Juan Danza dan Klubbkidd.
Selesai sesi wawancara tersebut, Badrul menyertai kami di kafetaria. Habis segala rahsia dibongkar oleh Badrul termasuk permintaan palsu yang sekali lagi memfitnah saya untuk siaran ERA. Saya terlepas untuk menonton episod Hikmah semalam. Oppss ! Entah apalah yang terjadi kepada Ana, Adrian dan Arman semalam. Hari ini merupakan episod terakhir drama Hikmah. Saya akan membeli juadah berbuka cepat-cepat dan tunggu depan TV.
Jangan ambil serius sangat dengan artikel ini. Sekadar untuk berjenaka di bulan puasa. Siapa yang masih kuat godaan syaitan yang menghasut untuk terasa dengan artikel ini, sila beredar secepat mungkin. Kepada peminat Juan Danza, Klubbkidd dan Elkapitan, jangan boikot saya pula selepas ini. Trend sekarang ni, main boikot-boikot ! Takut juga !
Undilah lagu Kau Teristimewa oleh Zahid untuk Xfresh FM Sepuluh dan Carta Xfresh 20 ! Galeri Foto XFresh selalunya akan diupdate di sini, tetapi bila adalah di luar bidang kuasa saya. Silalah sentiasa refresh. Kualiti gambar saya tidak begitu memuaskan. Gambar lebih jelas boleh dilihat di blog Juan Danza. Dia ada jurugambar profesional pejabat yang dibuat macam harta sendiri. Saya kena ambil sendiri.
Artikel "Malaysia Top Bloggers" telah diupdatekan di Portal XFreshFM. Selain daripada itu artikel dari Fara XFresh dan saya sendiri telah diupdate di Blog XFresh.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dengan ucapan, "Ada Puasa, Ada Raya, Ada Exam"
Artikel Tentang Blog di Sisipan IkonArtikel bertajuk "Blog..luahan hati alam maya" tulisan Diyanah Anuar ini tersiar di dalam sisipan IKON Berita Harian keluaran 1 Oktober 2005.
Ia semacam membaca Blog For Dummies sekiranya anda masih belum terdedah kepada dunia blog. Wawancara yang berlangsung hampir 2 jam itu meliputi banyak topik yang berkaitan dengan blog. Secara dasar menerangkan apakah itu blog, jenis-jenis blog, fungsinya, pengaruh blog dalam masyarakat serta kesan terhadap fenomena blog yang mula menular di Malaysia kini.
Di dalam artikel tersebut turut memetik kata-kata saya yang berbunyi “Saya berpegang kepada satu perkara; apa yang tidak boleh dilakukan offline, tidak boleh juga dilakukan online,” kata Muzaffar. Untuk pengetahuan semua, kata-kata tersebut saya petik dari blogger yang paling berpengaruh di Malaysia iaitu Jeff Ooi dalam salah satu entri blog beliau bertajuk "Peter Tan turns 'blog-buster'" di Screenshots. Ianya bukan datang dari saya sendiri.
Apabila ditanya tentang pencetus idea menghasilkan blog sendiri saya terus menjawab ia sebenarnya datang dari Bluehikari.com dan kemudian saya berbincang dan bertukar-tukar pendapat bersama rakan baik saya iaitu Nizam Zakaria untuk menghasilkan blog masing-masing.
Blog yang sering saya lawati setiap hari adalah BadrulAfterSix, Sekadar Media Picisan, Klubbkidd, Nizam Zakaria, Juan Danza, Afdlin Shauki, Jeff Ooi, Brand New Malaysian, BlogPisang, MakAndeh dan Kennysia.com.
Esok, jam 5 petang, Klubbkidd, Juan Danza, sultanmuzaffar dan Elkapitan akan bersiaran di XFreshFM.
A Moment Like This bersama Akma
MegaView Banquet
Menara KL
anjuran AkmaFC.net
Saya tiba keseorangan pada malam tersebut kerana ada seseorang itu yang sedang menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar demi agama, bangsa dan negara. Saya bertemu Wink di lif dan tetamu-tetamu lain mula tiba. Ini kali pertama saya naik ke KL Tower. Bahagian yang paling tinggi pula. Sempat juga berbual-bual dengan Izreen, Cikanos, Leen dan Feli(nb)x. Banyak juga gosip dari saya yang perlu mereka update dan banyak juga gosip dari mereka untuk saya update. Sudah dua hari gathering ini berlangsung, tetapi tidak putus-putus komen yang boleh dibaca. Antara maklumat penting yang perlu diketahui oleh para peminat Akma ialah album EVO 02 yang memuatkan lagu Percaya Pada Cinta akan dipasarkan pada minggu ini. Selain daripada itu, album EVO 03 yang memuatkan lagu duetnya bersama Felix yang bertajuk Bertakhta Di Hati dan sebuah lagu duet evergreen dendangan Hail Amir dan Uji Rashid.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh bapa Akma sendiri dan kemudiannya ucapan oleh Badrul selaku Penasihat AkmaFC.net. Teks ucapan beliau boleh dibaca di blog BadrulAfterSix. Akma seterusnya menyampaikan ucapannya. Turut hadir pada malam tersebut ialah M.Nasir, Marlia Musa, Dr. Azahari, Hasrul dan Anita dari KL Tower. Majlis telah dipengerusikan oleh Rostam dari ERA. Majlis pelancaran Website AkmaFC.net telah dilancarkan oleh Akma dan bekas Pengetua Akademi Fantasia iaitu M.Nasir. Majlis malam tersebut juga telah ditaja oleh Menara KL, Kukubar, Coffee Bean dan Radiance. Semuanya kroni. :)
Pertamanya, makanan malam tersebut sememangnya pedas. Hangat juga lidah ini menahan kepedasan. Rasanya kehangatan makanan pada malam itu umpama hangatnya …(JU sila sambung). Keduanya, tema pakaian pada malam tersebut ialah biru dan putih. Sama macam pakaian Felix semasa membawakan lagu Aku Semut Merah. Hampir semua hadirin sporting dengan mengenakan pakaian mengikut tema. Saya pakai tshirt warna biru kehitaman walaupun nampak macam hitam.
Hayati lirik lagu single dari Akma ini dan pasti ada yang tersenyum sendirian.
Percaya Pada Cinta
Semenjak pertemuan itu
Kurasa hadir sesuatu
Bagai pelik rasa di hati
Berdegup hatiku ini
Mungkinkah ini rasa kawan
Atau sebaliknya
Tapi aku kian merasa
Ada cinta di dalam hati
chorus
Kubiarkan cinta ini hadir
Datanglah segera kepadaku
Kerna kau ada sesuatu
Membuatku cinta kepadamu
Kutahu dikau pun merasakan
Katakanlah kata kepada ku
Jangan biarkan cinta pergi
Percayalah
Ini sudah suratan Maha Esa
bridge
Hadir mu di sisiku ini
Merubah segala galanya
Gembira bila bersama
Mimpi bila kau tiada
Mungkinkah ini rasa kawan
Atau sebaliknya
Tapi aku kian merasa
Ada cinta di dalam hati
Ulang korus 2x
Kutahu dikau pun merasakan
Katakanlah kata kepada ku
Jangan biarkan cinta pergi
Percayalah
Ini sudah suratan Maha Esa
Percaya pada cinta
Malam itu Akma telah mendendangkan beberapa buah lagu seperti Ku Bahagia, Percaya Pada Cinta, Kaulah Segalanya, Cahaya dan Pulangkan. Memang biru juga muka ini apabila disuruh berduet dengan Akma. Mujur saya tidak mengulang lirik “pabila digiring angin” pada bahagian yang terlupa lirik itu. Kalau ada lirik di tangan, rasanya saya boleh membawakan lagu tersebut dengan lebih baik lagi sehingga Felix terpaksa bersara dari bidang seni. Saya mana boleh kejutan-kejutan seperti ini. Saya cepat nervous. Lalu hilang semua darah turun ke kaki.
Soalan-soalan yang dilemparkan oleh para peminat Akma memang lebih tajam dari para wartawan hiburan Malaysia. Jenis yang direct to the point tanpa selindung-selindung. Berpeluh juga Akma ingin menjawabnya. Dalam soalan-soalan berbau cinta, beberapa soalan yang menarik untuk dikongsi bersama datangnya dari Nisa yang ingin tahu di manakah Akma melihat dirinya lima tahun akan datang. Soalan sebegini lebih berbentuk jangka panjang bukan sekadar seronok-seronok jangka pendek. Begitu juga dengan soalan jenis muzik yang digemari oleh Akma oleh salah seorang peminatnya. Ya benar, kita boleh berseronok-seronok, tetapi kita mesti ada matlamat kita yang lebih besar. Walau apa pun yang terjadi, sokongan kita terhadap kedua-duanya harus berterusan. Jangan jadi macam LV yang lebih bersifat jangka pendek.
Ada satu soalan dari peminat Akma yang membuatkan saya berasa amat bersalah. Soalannya adalah berkenaan bagaimana Akma menangani tekanan sewaktu minggu keenam apabila melibatkan kes Amylea. Saya kira hampir kesemua pembaca saya tahu yang saya benar-benar tidak berpuas hati dengan Akma berkenaan apa yang terpapar di dalam Diari pada minggu tersebut. Melihatkan bagaimana Akma menangani masalah itu secara matang membuatkan saya berasa begitu bersalah. Saya memohon maaf. Macam ada seorang itu yang merasa bersalah apabila mendengar Haider menyanyi dengan baik di Malam Apresiasi bersama Yazer. Saya menganggap apa yang berlaku di dalam Diari sudah lama berlalu dan cabaran lebih besar sebenarnya baru bermula. Kematangan Akma jelas mencerminkan sifatnya yang begitu merendah diri dan membuatkan saya sedikit tidak berasa kekok untuk berkomunikasi dengan beliau.
Hari ini rasanya Akma sudah mengenali saya yang sering kelihatan pada mana-mana majlis yang melibatkan bintang Akademi Fantasia. Begitu juga seorang lagi kawan saya itu. Tapi saya pasti, Akma lebih mengenalinya. Hari tersebut juga Akma telah mengenali abang-abang, kakak-kakak, adik-adiknya dari AkmaFC.net yang telah sudi hadir pada malam tersebut. Akma juga telah berpeluang untuk mendapat satu lagi kumpulan sokongan yang dikenali sebagai Jiwang United. Selepas ini kalau Badrul merajuk, tentu Jiwang United akan pujuk Badrul. Maka secara tidak langsung, hits Badrul akan melonjak naik secara mendadak. Oleh itu, jangan buat Badrul merajuk. Sekarang ini trend merajuk, hits akan naik.
Secara keseluruhan, gathering ini boleh saya sifatkan penuh dengan rasa kasih sayang. Setiap seorang dari mereka yang hadir pada malam itu hadir dengan hati yang berbunga-bunga. Di sini kita mengharapkan kebahagiaan sampai bila-bila, walaupun di luar sana ada yang mengharapkan keruntuhan perhubungan insan lain. Itu bezanya kita.
Apa yang saya nampak dari pertemuan ini, sebuah lagi pertemuan yang lebih bermakna mampu dilaksanakan oleh setiap dari kita. Kita boleh bergabung usaha untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan Akma di masa akan datang. Jika gathering kali ini dianjurkan oleh AkmaFc.net, maka untuk gathering akan datang Jiwang United boleh membantu untuk melancarkan lagi gathering yang akan datang. AkmaFC.net tentunya memerlukan lebih lagi tenaga sukarelawan untuk sama-sama menaikkan nama Akma. Gabungan ini tentunya akan menjadikan nama Akma lebih mantap dan kukuh di dalam industri hiburan tempatan.
Saya dengan jelas dapat melihat keseronokan yang terpancar pada wajah setiap yang hadir pada malam tersebut apabila Felix menjelmakan dirinya untuk Akma sebagai kejutan kepada semua hadirin. Mata anda bersinar-sinar. Senyuman anda semakin lebar. Telinga anda sentiasa bersedia untuk merakam setiap perbualan Akma dan Felix. Lidah anda baru sahaja hilang pedas makanan yang terhidang. Ini membuktikan kita mampu melakukannya sekiranya kita mahu. Kita mahu dan kita buat. Kita bukan sekadar mahu tetapi duduk diam. Kita buat. Melihatkan kelancaran dan kesempurnaan gathering pada malam itu, tentunya Felix juga mahu kita melakukan sesuatu untuknya pula. Felix kemudiannya berduet dengan Akma untuk lagu Bertakhta Di Hati. Walaupun kelihatan agak penat, mereka menyampaikan lagu tersebut dengan showmanship yang tidak begitu memuaskan hati saya. Saya mengharapkan sebuah persembahan yang lebih romantik. Fanatik lah tuh !! Persembahan Bertakhta Di Hati tidak seperti yang dipersembahkan di Konsert Akademi Fantasia yang lepas. Tapi mata Felix tetap curi-curi jeling.
Semoga AkmaFC.net akan terus mekar sampai bila-bila berkat sokongan semua pihak yang jujur menyokong kerjaya Akma. Terima kasih kerana sudi menjemput saya. Kepada pemenang hadiah utama cabutan bertuah, saya cemburu !! Saya amat gembira pada malam tersebut. Saya tahu orang lain juga gembira.
Sila lawati BadrulAfterSix dan Sekadar Media Picisan untuk membaca ulasan dari mereka. Foto lain akan diletakkan di Fotopages SM dan Fotopages Ajeem. Terima kasih.
Malam Apresiasi bersama Yazer
Tropicana Golf & Country Club
dianjurkan oleh Yazer Fan Club
Saya berkesempatan untuk meluangkan masa untuk bersama-sama meraikan Yazer di majlis yang diberi nama Malam Apresiasi bersama Yazer. Saya hadir bersama Badrul dan Klubbkidd. Turut hadir pada malam tersebut ialah Rozina Aziz mewakili ASTRO, Zainal Alam Kadir mewakili Malay Mail, M.Nasir dan Marlia Musa mewakili Tenaga Pengajar di Akademi Fantasia.
Di majlis tersebut saya berkenal-kenal dengan beberapa orang peminat Yazer yang terus menyokong Yazer dari mula sehingga kini. Antaranya ialah Atavader (rakan blog sejak AF1), Darsani (Penasihat Fan Club) serta Feena (rakan satu universiti dahulu). Terima kasih Puan Jumilah yang sudi menjemput saya serta beberapa kawan saya untuk hadir di majlis tersebut.
Yazer turut menyampaikan beberapa buah lagu antaranya Relaku Pujuk, Ready For Love dan Merah Warna Cinta. Haider turut sama memeriahkan majlis dengan menyampaikan dua buah lagu iaitu Mungkin Nanti dan Thank You For Loving Me. Turut ditampilkan suara Zainal Alam Kadir dengan lagu tema Astana Idaman iaitu Bukan Itu Bukan Ini. Antara lain yang turut memberikan persembahan ialah beberapa orang peminat Yazer yang datang dari Tawau dan Presiden Yazer Fan Club sendiri.
Apa yang saya mampu perkatakan ialah Yazer seorang yang bertuah kerana keahlian kelab peminatnya terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Lebih menarik apabila ada seorang Pereka Grafik yang sama-sama membantu mencantikkan pakej Yazer. Malam tersebut turut dilelong satu poster berukuran hampir sama besar dengan Yazer yang agak seksi serta eksklusif. Poster tersebut tidak disiarkan di mana-mana majalah dan pembida turut memperoleh salinan CD source file poster tersebut. Poster tersebut telah dilelong dengan harga RM500 kalau tidak silap saya. Atau mungkin kurang daripada itu.
Komen Kenyataan President Yazer Fan Club
Saya tertarik dengan kenyataan President Yazer Fan Club yang mana Yazer Fan Club sebagai sebuah pertubuhan yang baru ditubuhkan amat memerlukan sukarelawan untuk sama-sama membantu melancarkan lagi aktiviti kelab peminat tersebut. Tujuan sesebuah kelab peminat ditubuhkan adalah sebagai satu platform untuk sama-sama menaikkan lagi nama bintang yang mereka sokong. Dengan mempunyai sebuah ahli jawatankuasa yang kukuh, maka segala aktiviti dapat dirancangkan dan dilaksanakan dengan baik dan lebih teratur.
Segala urusan promosi dan usaha menangkis kritikan boleh dilakukan sekiranya seseorang bintang mempunyai satu komite yang kukuh. Ketahanan dan lama mana seseorang bintang itu boleh bertahan di dalam industri juga terletak kepada peminat. Kekuatan bilangan peminat yang ada secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama mereka lalu terbina sebuah komuniti yang lebih efektif. Semakin berkembangnya nama bintang yang disokong, maka bilangan ahli akan bertambah dan lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan.
Bakat Haider
Seperkara lain yang menarik adalah nyanyian Haider yang boleh saya sifatkan lebih cemerlang dari sesetengah bintang Akademi Fantasia yang ada. Beliau membawakan lagu Mungkin Nanti dan Thank You For Loving Me dengan baik sekali. Saya merasakan adalah sesuatu yang merugikan sekiranya bakat Haider tidak dipandang oleh mana-mana pihak. Peluang harus dibuka kepada beliau untuk lebih berjaya di masa akan datang.
Saya mengharapkan agar Yazer Fan Club akan lebih berjaya di masa akan datang dan terus mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari para peminatnya. Kesepakatan mereka untuk sama-sama menaikkan nama Yazer amat diperlukan agar kelancaran aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik.
Peminat Dangkal
Dalam perjalanan pulang, saya dihantar oleh Klubbkidd ke Uptown kerana meletakkan kereta di sana. Kami sempat berbual banyak topik meliputi karenah segolongan peminat yang semakin melampau yang boleh saya klasifikasi sebagai peminat terlampau. Mereka kononnya mampu bertindak sebagai Tuhan untuk menentukan rezeki seseorang artis. Ada yang sanggup untuk mematikan karier artis yang memberikan pandangan mereka tentang Mawi. Sekiranya pandangan mereka bersifat tidak menyokong Mawi, maka karier seni mereka perlu dimatikan dan jika pandangan mereka bersifat menyokong Mawi, maka mereka perlu disokong. Sebagai seorang peminat Akademi Fantasia, lahirnya segolongan peminat dangkal sebegini amat memalukan.
Saya menunggu reaksi mereka setelah artikel "Kecoh si komposer" tersiar dalam Utusan Malaysia hari ini. Apakah pula nasib yang bakal menimpa Iman Wan selepas ini ? Saya hanya mampu menunggu dan melihat sahaja kerana mereka adalah golongan yang bijak pandai.
Nota: Gambar lain akan diuploadkan ke Fotopages SM.

Album Launching Adam - Tak Tahu
Grand Ballroom
Hotel Maya, Kuala Lumpur
Pelancaran Album Adam bertajuk Tak Tahu telah berlangsung dengan suasana yang agak eksklusif di Ballroom Hotel Maya, Kuala Lumpur. Pertama kali menjejakkan kaki ke hotel tersebut yang mempunyai rekaan dalaman yang hebat dan bersesuaian dengan konsepnya yang bercirikan sebuah resort urban butik. Saya telah ke majlis tersebut bersama seorang kawan media dan kemudiannya Juan Danza dan Klubbkidd menyertai saya. Sempat juga saya bertemu dengan Keluarga Adam yang terbang dari Kota Kinabalu, Sabah, keluarga Kapten Misman, Feeda dan Hanis iaitu Presiden dan Naib Presiden Adam Fan Club Malaysia serta beberapa kawan yang lain.
Pada malam tersebut turut dilancarkan Laman Web Adam yang dikendalikan oleh KRU. Saya merasakan ini bakal mengelirukan para peminatnya. Pihak Adam Fan Club Malaysia harus berbincang dengan pihak KRU Music untuk saling bertukar-tukar link antara satu sama lain agar peminat tidak keliru dengan kedua-dua website yang ada. Maklumat-maklumat di antara dua website tersebut juga perlulah selari dan tidak berlaku kekeliruan kepada peminat di masa akan datang. Satu website harus bertindak sebagai perantara Adam dan peminatnya manakala yang lagi satu boleh dijadikan portal komuniti untuk peminatnya.
Menariknya kejutan yang dilakukan untuk melancarkan album Adam apabila ditampilkan tenaga-tenaga pengajar dari Akademi Fantasia 2 yang membawa kek hari lahir Adam dan album beliau ke dalam dewan. Pengetua Ramli MS, guru Seni Persembahan Puan Fauziah Nawi, guru Motivasi Dr Sher Kawi, pakar tatarias Puan Mahani dan guru Nada Suara Puan Siti Hajar antara yang hadir di majlis tersebut. Pada saya ia merupakan satu moment di majlis tersebut yang agak touching untuk melihat reunion antara anak murid mereka dan tenaga pengajarnya. Lebih-lebih lagi dalam situasi anak murid mereka telah berjaya melahirkan sebuah album untuk para penggemar Akademi Fantasia. Ia merupakan hari menuai hasilnya setelah 10 minggu berada di Akademi Fantasia dan hampir setahun sebagai bintang Akademi Fantasia.
Secara jujurnya, Adam bertuah kerana kesanggupan KRU melaburkan wang mereka untuk membeli Adam dari Maestro Talent. Seperti yang pernah saya ucapkan sewaktu di Gathering Pertama Adam Fan Club setahun yang lalu. Inilah masanya untuk Adam melombong setiap pengalaman adik-beradik KRU iaitu Norman, Yusry dan Edry yang sememangnya bijak merancang perniagaan mereka. Adam harus menjadi seorang bintang yang bijak dalam memikirkan tentang masa depannya sendiri.
Ya benar, KRU bukanlah nama besar dalam bidang muzik. Nama mereka tidaklah begitu gah dalam menghasilkan album-album yang bermutu lagi berkualiti besar. Bukan sekadar itu sahaja yang perlu Adam kaut sewaktu masanya dengan KRU, tetapi juga bakat mengendalikan perniagaan serta mempelbagaikan perniagaan mereka yang jarang-jarang ada dalam minda sebilangan besar artis tempatan tetapi ada pada kumpulan KRU.
Antara lagu yang termuat dalam album berkenaan adalah lagu Tak Tahu yang kini menjadi lagu popular yang sering dimainkan di corong-corong radio. Turut dimuatkan ialah lagu remix Terhangat Di Pasaran (duet bersama KRU) serta Haruskah iaitu lagu yang pernah menjulang nama Adam sebagai pemenang Tempat Ketiga di Akademi Fantasia 2. Selain daripada itu lagu Menggapai Bintang yang kini dinyanyikan solo oleh Adam turut dirakamkan semula.
Single kedua dari album ini bertajuk Jatuh merupakan sebuah lagu balada yang tentunya akan menjadi kesukaan para peminat wanitanya, Ku Bertanya merupakan sebuah lagu yang berkonsepkan unplugged yang agak minima penggunaan muziknya dan lagu Walaupun lebih berkonsepkan nostalgia KRU era Awas. Antara lagu rancak rakaman baru yang turut dimuatkan dalam album ini ialah Sana Sini, Seri Satu Sama dan Keliru. Lagu-lagu tersebut bakal menyerlahkan lagi kehebatan Adam dalam bidang tarian.
Sempat juga berbual dengan Pengetua Ramli MS dan beliau turut bertanya tentang email yang saya hantar kepada Editor Bintang Popular Berita Harian berkenaan artikel dalam kolum Aspirasi beliau. Sekali lagi saya menyatakan artikel-artikel sedemikian yang perlu diarkibkan di dalam laman web Bintang Popular dan bukannya gossip-gossip artis. Apa faedahnya menyimpan gossip-gossip artis di dalam server dan membuang artikel Aspirasi Ramli MS ?
Selesai majlis, beberapa kawan-kawan dari ASTRO termasuk Rozina Aziz, Aznil Hj Nawawi dan rakan-rakan media telah melakukan tour di sekitar hotel serta kemudahan-kemudahan yang disediakan di hotel tersebut oleh pegawai pemasaran. Sememangnya rekaan dalaman Hotel Maya amat menakjubkan sekali. Kami dibawa melawat ke setiap jenis bilik yang ada di Hotel tersebut, kolam renang, bilik spa, kemudahan bilik videoconference dan Sky Lounge yang mengadap Zouk. Speechless !
Foto Majlis Album Launching Adam - Tak Tahu boleh didapati di Fotopages SM.
Dari Studio 1 - Akademi Fantasia 3
Saya ketinggalan untuk menyaksikan Dari Studio Satu Mawi yang dirakam pada hari yang sebelumnya. Tidak sanggup untuk menunggu terlalu lama. Siangnya saya ada temuramah bersama sisipan Ikon Berita Harian tentang blog. Sempat pulang ke rumah sebelum bergerak ke ASTRO. Perancangan telah dibuat untuk ke sana bersama Elkapitan. Bertemu di perkarangan TPM kerana ada orang itu yang tidak pernah menjejakkan kaki ke ASTRO dan tidak tahu jalan ke sana. Ini kiranya macam lawatan sambil belajar untuk beliau. As usual, Klubbkidd dan Juan Danza tiba selepas kami tiba.
Pertama kali saya bertemu Atavader, orang kuat Yazer Fan Club dan juga Kak Hanim dari Fan Club Amylea yang sudi menegur sebelum persembahan konsert dimulakan.
You To Me Are Everything oleh Aidil dan Kefli
Kedua-dua mereka perlu pergi kelas tarian semula. Koreograf tarian yang cuba ditampilkan tidak menarik langsung. Sebuah lagu yang agak enjoy tidak dipersembahkan dengan baik. Saya seakan-akan terpinga-pinga. Mungkin kerana terkasima dengan koreograf mereka. Nampak agak serabut apabila mereka bergerak seiringan dalam rentak lagu. Lagu You To Me Are Everything semacam agak asing kepada penonton dan mungkin juga penonton tidak menghafal liriknya. Lalu persembahan mereka jadi agak membosankan.
Doa Buat Kekasih oleh Yazer dan Ekin
Dengan bantuan peminat yang memberikan album gambar mereka berdua, menjadikan persembahan lagu ini lebih bermakna. Ekin nampak selesa dengan lagu ini begitu juga Yazer. Ada chemistry yang baik antara mereka berdua. Persembahan vokal mereka juga bersesuaian dan dipersembahkan dengan baik sekali. Lagu tersebut juga agak tidak asing pada telinga penonton maka penonton turut sama memeriahkan persembahan mereka apabila turut menyanyi bersama-sama.
Ku Berserah oleh Amylea
Amylea harus lebih menyampaikan lagu tersebut secara lebih jujur. Nampak begitu fake sehingga kesedihan lagu tersebut tidak berjaya disampaikan dengan baik. Amylea harus membawa perasaannya kepada penonton. Penonton terhibur apabila beliau membawakan nada tinggi dengan baik. Yang lebih pelik, baru hari ini saya perasan yang nyanyian Amylea agak tersekat-sekat. Saya akui apabila nada tinggi Amylea menyampaikannya dengan baik sekali dan mendapat tepukan gemuruh dari penonton.
Persamaan oleh Akma dan Reza
Sebuah persembahan yang menarik. Akma dan Reza selesa untuk bergerak di atas pentas. Persembahan vokal mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Saya melihat ada chemistry yang baik juga antara mereka. Penguasaan pentas Akma dan Reza juga boleh saya sifatkan agak cemerlang. Ini berbeza dengan Kefli dan Aidil yang hilang arah apabila berdua di pentas. Akma dan Reza tahu untuk bergerak dan memilih ruang kosong untuk diisi. Inilah yang dikatakan persembahan yang sedar diri.
Something Stupid oleh Fuad dan Elliza
I’m doing something else. Yes. Membaca lirik di skrin teleprompter. Pada sesi rakaman Dari Studio Mawi juga khabarnya teleprompter dipasang. Jangan nanti sehingga musim Konsert Akademi Fantasia 4 pun menggunakan teleprompter. Sekali lagi, lagu asing menjadikan persembahan sesuatu yang membosankan.
Untuk Terakhir Kali oleh Marsha
WOW ! Ini kali pertama saya dengar Marsha memberikan persembahan vokal yang paling bertenaga. Baru mendapat semangat dari seseorang mungkin. Takder maknanya !! Saya suka dengan gaya persembahan Marsha yang nampak lebih matang dari sifat semulajadinya. Bila mula sahaja persembahan, beliau seakan-akan menjadi orang lain. Cara beliau memandang penonton juga terus berubah. Selepas ulangan yang kedua, persembahannya lebih bertenaga. Marsha mengeluarkan seluruh perasaannya terhadap lagu tersebut. Saya tidak nafikannya, Untuk Terakhir Kali adalah persembahan terbaik pada malam itu.
Hati Yang Terluka oleh Felix
Mengikut kata Elkapitan, ia merupakan sebuah pilihan lagu yang kurang sesuai. Saya mengatakan lagu ini sesuai cuma cara nyanyian Felix yang tidak kesampaian. Lagu ini merupakan lagu balada yang baik tetapi sayangnya gagal disampaikan oleh Felix dengan penuh penghayatannya. Kalau Felix boleh lagi selamba membawakan lagu ini tentunya lebih menarik dan senang untuk mendekati penonton melalui lagu ini. Lagu ini sebuah lagu lama, maka menjadi satu tugas yang lebih berat untuk Felix merapatkan jurang perbezaan antara penonton dan lagu tersebut. Pada saya, Felix tidak dapat berhubung dengan penonton melalui lagu ini.
When You Believe oleh Amy dan Idayu
Saya tahu kedua-dua mereka meminati Mariah Carey. Pemilihan lagu ini sekadar menguatkan tanggapan mereka bakal menjadi penyanyi copycat. Saya lebih mengharapkan sebuah persembahan yang lebih hebat dan lebih asli daripada lagu tersebut. Tidak saya nafikan persembahan vokal mereka begitu menyerlah dalam lagu ini, lebih-lebih lagi Amy yang jarang dapat kita dengar kehebatan vokal beliau sejak dalam Akademi Fantasia. Idayu dapat dilihat amat selesa dengan lagu ini. Jika digandingkan lagi pasangan ini tentunya dapat menghasilkan sepasang duet yang mampu memberikan persembahan vokal yang cemerlang.
Aduh Saliha oleh Mawi
Dalam keadaan yang lebih santai dan bukan pertandingan saya semakin menyukai dengan lagu ini. Aduh Saliha merupakan sebuah lagu yang begitu catchy dan senang lekat di minda penonton. Apa yang saya perasan, susunan lagu ini sering diubah-ubah mengikut keadaan. Secara tidak langsung, lagu ini sebenarnya sedang melalui proses evolusi dalam memantapkannya sebagai sebuah lagu yang lebih berkualiti. Mawi harus lebih bersedia untuk itu. Beliau kena sentiasa peka. Ulangan kali kedua, teleprompter dipadamkan kerana ia sebenarnya mengganggu tumpuan Mawi. Lirik yang terpapar di teleprompter adalah lirik yang verbatim. Adakalanya adlib yang dilakukan oleh Mawi dibuat tanpa dirancang dan beberapa baris lirik tidak dinyanyikan oleh Mawi. Ia merupakan satu langkah wajar kerana ia mengganggu tumpuan Mawi.
You're The One I Want oleh Bintang Akademi Fantasia 3
Penuh pentas dengan bintang Akademi Fantasia. Bila sudah penuh, maka jadi lebih serabut. Koreograf yang direka tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Lebih-lebih lagi dengan kemunculan seseorang yang cuba mencari tumpuan dengan gaya niggernya. Tiada yang menarik dalam persembahan ini kecuali…ooooooo.
Khabarnya rakaman ini akan disiarkan sempena Tahun Baru 2006. Nantikan siarannya di ASTRO Ria.
Nota : Album Adam selamat dilancarkan di Hotel Maya pada jam 9 malam tadi. Kejutan yang ditampilkan untuk sama-sama melancarkan album Adam benar-benar membuatkan saya sedikit terharu. Tunggu ulasan saya esok petang atau malam. Esok malam ada Gathering bersama Yazer FC pula. Sabar ya...
1st Annual Gathering & Adam's BirthdaySeperti tahun-tahun yang sudah, saya akan berasa senang apabila berada di aktiviti yang dianjurkan oleh Adam Fan Club Malaysia. Saya mengikuti perkembangan Adam Fan Club sejak ia mula ditubuhkan. Saya turut mengikuti cabaran yang mereka hadapi. Pelbagai dugaan datang merintang, tetapi mereka tetap utuh berdiri di belakang Adam. Adam Fan Club merupakan satu contoh fanclub yang tidak lari dari masalah. Saya boleh menganggap ia sebagai satu model untuk saya jadikan contoh. Keazaman mereka untuk terus menyokong Adam, saya puji. Kesungguhan Adam dalam membina namanya juga saya puji. Fan club datang dan pergi. Peminat juga datang dan pergi. Selamat Ulangtahun yang Pertama dan semoga Adam Fan Club Malaysia akan terus bertapak dalam industri hiburan tempatan.
ADAM The Prince of Heart
Let me tell you a story
About a boy that me and you could never get enough with
He’s cool, cute and yeah he’s charming all right
With the beautiful smile of his
He’s melting every girl’s heart
Let’s go down to the memory lane
When he first caught our attention
Remember the time when he sang his way to our heart with Jangan Lafazkan ?
Then he continued to capture our mind and soul with the ever sweet Kerna Dia and tear kerking Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta
He brought the house down with his fanciful and superb dance moves in Gerhana and Tipah Tertipu
I don’t know about you guys but I always had tears in my eyes whenever I listen to his version of Keroncong Untuk Ana
He’s still continue dancing and this time its Smooth Criminal and the evergreen Kasih
Though he “mengalirkan air mata” and claimed that “dah bertahun-tahun nyanyi lagu rap”
He make P.Ramlee proud in Bila Larut Malam
Final night, he didn’t give KRU a bad name when he amazingly delivered Ooh La La and nailed it with Haruskah
Does he stop there ?
Not in million years
He’s back with Terhangat Di Pasaran, special collabo with the brothers
And he’s still bouncing with the new track Tak Tahu
And guess what ?
There’s more to come
I often had people asked me, what’s up with him ?
The easiest question ever and I like to quote him “senang je”
Despite his brilliant dance moves and voice like the angels
It is the small details that make people fall for him
Like for example, “ingat tak mase dia cium dahi Aziz Satar time Konsert ke-9?”
“Then bila die kissed dahi Ummi mase birthday Ummi ?”
“Mase die check-chek rambut kat cermin then Ummi marah ?”
“And bile KRU datang muka die yang berseri-seri, macam happy sangat !”
Not only his talent that caught our eyes
But the things that he did that really makes him extra special and adorable
And the boy I’m talking about is none other than our beloved birthday prince, Adam !!!
To Adam
This is something for you
Out there people are still talking about world
But not me and the rest of us here
Because to us you’re still the one
The only thing that we hope from you
Is for you to stay the same and not letting us down
Remember ! When you are at your highest high
Always try to look down
Coz then only you can put your feet on the ground
Don’t worry when you are at your lowest low
We are going to be there for you InsyaAllah
You know why ?
Coz Baby We Do Love You So !!!
Copyright Controlled
MSZETI 2005®
Bintang Akademi Fantasia 15
Peminat Adam
Book Launching "Main-Main Cinta"
Date : 29th September 2005
Time : 2 - 4 pm
Venue : Rumah Universiti, Universiti Malaya
Penampilan khas oleh Adam dan tayangan "The Making of Main Main Cinta"
Foto Gathering Adam dan Kefli boleh diperolehi di Fotopages SM. Ulasan Dari Studio Satu Akademi Fantasia 3 akan dikemaskinikan pada malam hari. Buat sementara ini silalah baca ulasan Sekadar Media Picisan dahulu.
Who Will Be The Next Malaysian Idol ?Grand Finale Malaysian Idol 2
8.32 malam
Ketibaan Jaclyn Victor, Juara Malaysian Idol. Ketibaan Zaf, Damian dan Lah dari kumpulan V.E. Ini sahaja bintang yang mampu naik ke Genting Highland.
8.40 malam
Nora menyatakan untuk menjadi juara Malaysian Idol seseorang itu harus pertamanya mempunyai bakat, keduanya personaliti dan yang ketiga x-factor serta karisma.
8.45 malam
Pencipta lagu single Malaysian Idol 2 Mimpi iaitu Pot Amir dari kumpulan Innuendo tiba. Antara “bintang-bintang” lain yang hadir menyaksikan Grand Finale Malaysian Idol ialah kumpulan Flop Poppy, Juwita Suwito, Ezlynn, Pop Shuvit, Ahmad Izham Omar dan salah seorang Datuk yang juga Pengerusi 8TV.
9.02 malam
Pop Yeh Yeh
Sebuah persembahan yang tidak begitu memukau dari bekas bintang Malaysian Idol sebelum mereka memperkenalkan finalis Malaysian Idol musim kedua. Pilihan lagu yang tidak cukup untuk diingati.
9.21 malam
Mimpi oleh Daniel 5/10
Pertama kali saya mendengar single pemenang Malaysian Idol. Tiada yang menarik. Sebuah lagu yang melodinya agak biasa. Mungkin kerana nyanyian Daniel pada malam tersebut agak berterabur. Melodi lagu tersebut seperti sebuah pop Indonesia yang agak rancak dan ada pengaruh rock. Falsetto Daniel kurang kemas. Nyanyian Daniel kurang bertenaga dan tidak bermaya. Kedengaran agak sumbang pada beberapa bahagian. Pada pandangan saya, Daniel gagal membawakan perasaannya ke dalam lagu tersebut lalu menyebabkan hubungannya dengan penonton tidak dapat dirasai.
Saya terbaca di forum yang mengatakan Mimpi versi Daniel lebih menyerlah dari Nita. Agaknya semua telinga manusia di Malaysia ini sudah menjadi telinga Roslan Aziz ataupun Fauziah Latiff agaknya. Saya tidak faham apa yang menjadi ukuran penilaian mereka. Nyanyian Daniel untuk lagu Mimpi jelas hancur. Saya juga tidak menyalahkan susunan lagu lagu tersebut yang dikatakan tidak memihak kepada vokal Daniel. Cukup untuk saya katakan nyanyian Daniel ibarat finalis pertandingan talentime Bintang Kecil RTM.
9.34 malam
Berhenti Berharap oleh Nita 7.5/10
Bagus sekali persembahan Nita pada malam tersebut dengan lagu Berhenti Berharap. Lagu tersebut merupakan pilihan juri. Lagu tersebut dapat menyerlah kelebihan range vokal yang ada pada Nita. Lontaran vokal Nita agak kemas dan penghayatannya bagus. Nita menyampaikan lagu tersebut dari note rendah ke note tinggi dengan baik sekali. Saya nampak Nita begitu selesa di atas pentas dan nampak begitu berkeyakinan tinggi menyampaikan lagu tersebut. Lagu Berhenti Berharap memang sebuah lagu yang sukar kerana setiap fikiran akan terarah kepada Siti Nurhaliza, Sheila on 7 atau paling tidak kepada Kefli di Akademi Fantasia. Saya akui persembahan vokal Nita tidak sehebat Siti Nurhaliza untuk lagu ini, penghayatannya tidak sehebat Kefli dan karismanya belum cukup untuk menyaingi Sheila on 7. Dalam waktu yang singkat dan tempoh lagu yang pendek, Nita telah melakukan yang terbaik untuk lagu tersebut. Untuk pusingan yang pertama, Nita mendahului Daniel.
9.50 malam
Heaven Knows oleh Daniel 7.3/10
Sebuah persembahan yang bagus dari Daniel. Lagu Heaven Knows sememangnya lagu tema dari Daniel maka tidak hairanlah sekiranya beliau berjaya membawakan lagu ini dengan baik dan ia adalah lagu pilihan Daniel. Saya menyukai penyampaian beliau yang agak sederhana tetapi berjaya menghubungkan penonton dengan nyanyiannya. Persembahan vokal Daniel juga bagus. Falsettonya agak kemas dalam lagu ini berbanding lagu Mimpi. Kalau dengan lagu ini beliau digelar King of Falsetto saya boleh terima juga tetapi saingan Vince masih lagi di dalam industri hiburan. Ada perubahan besar tahap keyakinan beliau dalam lagu Mimpi dan Heaven Knows kerana keyakinan beliau untuk lagu ini lebih menyerlah. Keyakinannya menyebabkan lontaran vokal beliau lebih kemas. Kurangnya dalam persembahan ini ialah penguasaan pentasnya yang kurang. Daniel tidak cuba untuk memberikan keadilan kepada semua peminatnya.
10.02 malam
Big Spender oleh Nita 8/10
Nita mencipta kehangatan dengan lagu Big Spender yang mana lagu tersebut adalah pilihannya. Saya menyukai gaya Nita membawakan lagu tersebut. Keyakinannya tinggi dan showmanshipnya hebat. Nita menyampaikan lagu tersebut dengan perwatakan yang kena dengan tema lagu tersebut. Penguasaan pentasnya kemas dan beliau memberikan penghayatan yang terbaik untuk lagu tersebut. Kelebihan Nita ialah style Nita yang cemerlang. Kalau Daniel menggunakan lagu Heaven Knows yang memang menjadi lagu temanya, Nita juga telah menggunakan lagu Big Spender yang juga merupakan lagu temanya. Nita memang benar-benar selesa dengan lagu tersebut. Setiap pergerakan Nita di atas pentas mewakili perasaan dan penghayatannya. Itulah kelebihan yang menjadikan persembahan lagu itu nampak begitu menarik. Setelah pusingan kedua, Nita masih mendahului Daniel.
10.16 malam
Angin Malam oleh Daniel 7/10
Kelebihan Daniel untuk lagu ini ialah beliau menyampaikan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri. Sekali lagi penguasaan pentasnya tidak mencapai standard yang saya inginkan. Beliau tidak menyampaikan lagu tersebut kepada seluruh peminatnya. Nampak tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menyerlahkan bakatnya. Persembahan vokalnya untuk lagu tersebut juga baik. Falsettonya juga agak kemas. Penghayatan Daniel untuk lagu ini adalah biasa sahaja. Paul Moss menyatakan terdapat masalah shot kamera yang agak berterabur. Memang saya akui perkara tersebut. Ia perlu dibuat penilaian kerana hanya melalui kamera, Daniel berinteraksi dengan penonton di rumah. Sekiranya arahan kamera kacau-bilau, tentunya nyanyian yang bagus tidak akan dapat dinikmati oleh penonton di rumah.
10.27 malam
Mimpi oleh Nita 9/10
Nita memukau penonton dengan lagu Mimpi. Tenaga yang diserlahkan dalam lagu ini begitu hebat. Lagu tersebut sememangnya dicipta untuk beliau. Persembahan vokal beliau cemerlang dan jelas hebat dan bertenaga. Kelebihan Nita apabila menguasai pentas dengan baik dan menyampaikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan. Walaupun tidak sehebat sewaktu Jac membawakan lagu Gemilang, ia tetap sebuah persembahan yang hebat. Walaupun forumer di Malaysian Idol bersifat in-denial dan tidak mahu menerima kehebatan Nita, saya tetap mengatakan bahawa persembahan Mimpi versi Nita jauh lebih hebat dari Daniel. Sata perkara yang saya sedar tentang Nita setelah menonton persembahannya ialah kedudukan pembesar suara yang sering benar menutup mulutnya dan juga sebahagian mukanya. Saya rasa Nita perlu belajar cara meletakkan pembesar suara dengan betul. Setelah pusingan ketiga, Nita bakal saya nobatkan sebagai Juara. Ia pilihan saya.
10.45 malam
Kau Di Hatiku / You’ll Be In My Heart oleh Daniel & Nita 5/10
Memang sukar untuk memilih lagu yang sesuai untuk dua finalis yang mempunyai range vokal yang berbeza. Maka tidak dapat tidak, salah seorang harus menjadi mangsanya. Tiada yang indahnya pada persembahan lagu ini. Sebuah persembahan yang tidak cukup untuk diingati.
Pilihan Saya
Saya meletakkan kejuaraan Malaysian Idol menjadi milik Nita sekiranya dinilai dari aspek persembahan. Namun demikian, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku kerana pilihan terletak di tangan penonton. Kes yang sama berlaku kepada Akademi Fantasia. Menurut Paul Moss, tugas beliau sebagai juri Malaysian Idol adalah untuk mencipta sebuah budaya pop dalam industri muzik tempatan. Maka ini secara tidak langsung seakan kenyataan yang Malaysian Idol juga merupakan sebuah rancangan realiti tv berkonsepkan populariti. Sebenarnya semua rancangan realiti tv yang ada di Malaysia ini berkonsepkan populariti. Saya mengharapkan segala yang terbaik untuk Nita !
Nota : Update terkini pada jam 11.00 pagi
Ulasan Lain :
Nickxandar
Editorial dari Official Website Malaysian IdolTerkini : Sabtu, 9.50 malam Daniel dinobatkan sebagai Juara Malaysian Idol menerima 68% undian berjumlah 1.2 juta SMS. Tahniah !


