Hari ini merupakan hari pertama saya bersama beberapa diver dalam kumpulan kami ke Pulau Sipadan. Saya adalah orang yang paling teruja, tetapi dalam diam. Ia merupakan kali pertama saya membenamkan diri saya ke dalam laut di Pulau Sipadan. Perjalanan dengan bot dari Kapalai mengambil masa lebih kurang 15 minit. Kami singgah di jeti untuk pendaftaran dan setelah selesai segala prosedur yang perlu dipatuh, kami bergerak ke Barracuda Point.
Nama : Barracuda Point
Masa Mula – 9.56 am
Masa Tamat – 10.41 am
Kedalaman – 27.3 meter
Masa Berada Di Dasar – 45 minit
Jarak Penglihatan – 10 meter
Suhu – 30 darjah Celcius
Rating – 5 bintang
Pulau Sipadan memang dikenali dengan hidupan yang lebih besar berbanding Kapalai. Saya teruja. Mungkinkah ini menjadi kali pertama saya akan melihat jerung di hadapan mata ? Jerung di hadapan mata ? Ya ! Jerung !
Dalam kumpulan tersebut terdapat seorang perakam video mengikut kami. Chille dari LKWID.com yang ditugaskan untuk merakamkan kenangan kami di dasar laut. Hari itu Ralston merupakan Dive Master dan Buddy saya.
Dengan kedalaman mencecah 27.3 meter, kami dapat melihat lebih 20 ekor jerung white-tips dan lebih 10 ekor penyu. Sudah namanya pun Barracuda Point, pastinya barracuda akan dapat dilihat dengan mudah. Segerombolan barracuda melintas di hadapan kami pada awal minit ke 5 selaman kami. Terlalu cepat mimpi menjadi kenyataan. Jika sebelum ini saya hanya dapat melihat gambar segerombolan barracuda di komputer, kini mereka di hadapan mata saya.
Ikan yang pelbagai bentuk dan pelbagai warna adalah sesuatu yang biasa di Barracuda Point. Ada macam-macam nama yang tentunya tidak dapat saya ingati. Mungkin di percutian yang akan datang saya akan mengingati nama mereka.
Saya menyukai Sipadan berbanding Kapalai kerana jenis hidupan liar yang ada di perut laut tersebut. Selaman itu menjadi antara yang saya ingati kerana keindahannya terlalu sukar untuk digambarkan. Saya mula membiasakan persekitaran di dasar laut. Saya juga mula membiasakan diri untuk melakukan safety stop. Giant stride yang saya lakukan dilakukan dengan ayak berkeyakinan walaupun agak takut-takut.
Laut di Sipadan memang agak dalam sehingga kaki tidak mencecah ke dasar laut. Yang mampu saya lakukan hanya terapung di dalam air, sama seperti Dr. Sheikh Muszaphar terapung tanpa graviti di angkasa. Jika ditanya pada saya, adakah saya puas ? Pastinya jawapan saya YA !
Selesai di Baraccuda Point, kami berhenti makan tengahari di Jeti Pulau Sipadan berdekatan sebuah pos tentera. Kami berehat selama 1 jam 10 minit ataupun dikenali dengan surface interval. Ada sebab kenapa perlu berhenti seketika untuk membuang nitrogen yang masuk ke dalam badan sewaktu diving.
Destinasi yang seterusnya ialah South Point.
Nama : South Point
Masa Mula – 11.53 am
Masa Tamat – 12.38 am
Kedalaman – 28.5 meter
Masa Berada Di Dasar – 45 minit
Jarak Penglihatan – 10 meter
Suhu – 29 darjah Celcius
Rating – 5 bintang
Ada sesuatu yang berlaku pada dive computer saya. Oh! Ya ! Jangan ingat saya tinggalkan notebook, tetapi saya tidak membawa komputer. Komputer yang saya maksudkan ialah dive computer SUUNTO D4 saya. Jam tersebut merekodkan setiap dive saya selain menjadi pengawal peribadi saya sewaktu selaman. Ia memberikan arahan sekiranya saya melanggar peraturan diving. Jika ada.
Dive computer saya memberikan warning signal dan menyarankan saya agar berhenti. Arahan STOP muncul di minit ke 16 pada kedalaman 24.4 meter dan hilang dim init ke 40 pada kedalam 6.2 meter. Saya sebenarnya masih tidak faham apa yang sebenarnya yang berlaku. Apakah saya telah turun ke dasar laut terlalu cepat atau pun mungkin telah naik ke permukaan terlalu cepat ?
Destinasi South Point sangat hebat. White-tip sharks hanya kurang 2 meter dari saya. Saya sekadar melihat dan cepat-cepat bergerak menjauhkan diri. Bimbang menerpa di dalam hati. Lumrah untuk seorang diver baru seperti saya. Saya sempat juga menyentuh seekor penyu dari berpuluh-puluh yang sempat saya temui. Penyu tidak membahayakan untuk disentuh lebih-lebih lagi jika ia sedang berehat di dasar.
Kali ini saya lebih yakin dan tahu menggunakan BCD saya. Saya lebih tenang untuk mengawal imbangan di dalam laut. Saya sudah tahu apakah fungsinya memasukkan angin dan mengeluarkan angin apabila perlu agar imbangan di dalam air dapat dilakukan.
Di South Point saya dapat merasai apakah makna termocline. Memang terasa hangat air di antara kesejukan air yang ada di dasar laut. Kali ini saya sudah berani untuk memusing-musingkan badan di dalam air, jika mahu melihat apa yang ada di belakang. Sekali-sekala tunjuk skil. Hahaha.
Angkara bunyi amaran dari dive computer, saya ambil keputusan untuk tidak meneruskan aktiviti selaman yang ketiga pukul 3 petang. Saya menghabiskan masa berehat di Resort dan bersantai “sun-bathing”.
Saya hanya mendapat tahu yang aktiviti selaman ketiga petang itu dibuat di Mabul. Nampaknya peluang saya untuk ke Mabul tidak menjadi kenyataan. Saya hanya berpeluang untuk ke Sipadan dan Kapalai sahaja selesai 4 hari berada di resort tersebut.
Entri Berkaitan :
Pulau Sipadan Hari Pertama
Ada Dunia Lebih Tenang 2
Ada Dunia Lebih Tenang 1
Escapism
Entri untuk Hari Ketiga di Sipadan akan dikemaskinikan secepat mungkin.
leh terang kn x cmne nk g sipadan ni..hehe..