Pada mulanya saya terfikir FIJI. Malangnya harga tiket untuk ke sana terlalu mahal.Saya ubah haluan ke NEPAL. Atas beberapa sebab, saya terpaksa mencari haluan yang lain. Impian masih menebal untuk ke sebuah pulau. Lalu saya terfikir tentang MALDIVES, destinasi dunia untuk berbulan madu. Tetapi masih terlalu mahal.
Lalu keputusan tercapai, saya memilih PULAU SIPADAN. Tidak sah jika ke SIPADAN jika tidak menyelam. Tarikh ke SIPADAN telah pun ditetapkan iaitu 16-19 Jun ini.
Hovering
Tidak dapat tidak, saya harus mendapatkan lesen untuk menyelam sebelum berangkat ke sana. Lalu saya perlu mencari seorang diving instructor dan mendapatkan lesen secepat mungkin.
Tidak pernah dibuat orang, pilih destinasi dahulu dan kemudian baru memikirkan untuk mendapatkan lesen. Tapi itulah saya ! Dalam keadaan sekarang, keputusan dibuat dengan pantas tanpa memikirkan keadaan sekeliling.
Saya seboleh-bolehnya mahu saja cepat berangkat ke SIPADAN kerana sudah terlalu kepenatan. Tamat sahaja Akademi Fantasia 6, mahu saja saya berangkat terus.
Lalu diving class harus segera dimulakan. Hanya dengan 2 kali menghadiri sesi di dalam kelas dan 2 kali sesi di dalam kolam renang, saya merasakan agak yakin yang saya telah membuat keputusan yang tepat.
Satu sesi di kolam renang saya habiskan untuk mengulangkaji setiap skil dalam kolam yang perlu dikhatamkan. Satu lagi sesi di dalam kelas saya habiskan untuk menduduki peperiksaan.
Saya lulus dengan markah 96%. Dua soalan salah yang sememangnya pada awal saya bulatkan kerana soalan tersebut agak mengelirukan. Yang lain semuanya betul.
Minggu hadapan saya akan berangkat ke PULAU TIOMAN untuk sesi di laut yang sebenar. Apakah ini satu keputusan yang tepat ? Sebagai salah satu escapism, apa saja akan saya lakukan !
Shonny, me & William
Mengikuti kelas scuba membuka pintu ke satu dunia yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Saya sendiri tidak pernah belajar berenang. Satu dunia tanpa suara dan kata-kata, hanya bunyi hembusan nafas dan gelembung udara yang akan menemani kita. Satu dunia indah yang biru tanpa dasar dan permukaan dan akan meninggalkan kita dengan satu tanggapan deria kita hanya untuk kita bukan sesiapa.
0 komen