Kisah hidup, cinta dan inspirasi P.Ramlee diberikan nafas sekali lagi di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Saya berpeluang untuk menghadiri Malam Media iaitu pada malam pembukaan teater tersebut kepada umum. Namun demikian, sehari menjelang tirai disingkap untuk teater tersebut saya telah dijemput untuk menyelongkar ke belakang tabir sekitar pembikinan teater itu di Istana Budaya.
Sesi latihan teknikal yang berlangsung, berjalan dengan lancar. Komitmen yang diberikan oleh tenaga pasukan teater muzikal berbajet besar itu amat tinggi. Ketelitian dan kesempurnaan menjadi prinsip kerja mereka. Sesi latihan teknikal tersebut telah dikendalikan oleh Adlin Aman Ramlie selaku Pengarah Teater itu. Melihatkan kebijaksanaannya mengarah tidak mustahil beliau akan sekali lagi menggenggam anugerah Pengarah Terbaik tahun hadapan.
Komunikasi yang tepat dan pantas dilakukan bersama Hamid Hamid selaku Pengurus Pentas, Syed Zalihafe Syed Alwee, Penolong Pengurus Pentas dan Pat Gui selaku Pengurus Produksi Pentas. Bukan itu sahaja, komunikasi perlu dilakukan dengan pereka tatacahaya, pengendali projeksi, pengarah muzik, pengarah teknikal dan jurutera bunyi.
Mengekori pasukan di jabatan set, siapa yang pernah menyangka set kepala keretapi yang menjadikan teater muzikal itu diingati penonton digerakkan menggunakan rangka kereta Proton Wira. Seramai 40 orang “Transformers” digunakan untuk menggerakkan setiap set yang terdapat untuk setiap babak yang beratnya hampir satu tan setiap satu.
Setiap props yang dihasilkan dan digunakan amat teliti buatannya. Bahkan peralatan di atas meja yang mungkin tidak begitu jelas kelihatan oleh penonton turut diberikan perhatian serius. Dari jauh kamera rakaman filem mungkin nampak ringan tetapi sebenarnya ia diperbuat daripada besi. Begitu juga replika anugerah yang pernah dimenangi oleh P.Ramlee.
Sementara itu, Pasukan Busana yang diketuai oleh Rosada Abdul Hamid perlu menyelenggara lebih 600 pasang busana yang akan dipakai oleh setiap pelakon. Untuk musim ini ada pakaian yang baru dan juga yang lama. Setiap satu perlu dipadankan dengan setiap pelakon.
Lebih menarik apabila mendengar hasil kerja arahan seni yang dilaksanakan oleh Wong Tay Sy. Setiap perincian yang terdapat di atas pentas ada ertinya yang tersendiri.
Penggunaan iris sebagai peralihan antara satu babak ke babak yang lain menggambarkan kisah hidup P.Ramlee itu sendiri umpama satu rakaman kamera. Kamera dan P.Ramlee umpama lagu dan irama. Memang sukar untuk dipisahkan.
Penyelidikan yang dilakukan oleh pasukannya bukan sekadar di Memorial P.Ramlee bahkan membawa mereka hingga ke Singapura dan Pulau Pinang. Hanya semata-mata untuk seorang legenda. Tay Sy sanggup melakukannya dan tidak menganggap P.Ramlee seorang Melayu tetapi P.Ramlee sebagai seorang bangsa Malaysia. Beliau milik semua, kata Tay Sy lagi.
Babak Epilog dan Prolog yang melibatkan rumah P.Ramlee pada tahun 1973 juga berlatarbelakangkan warna putih mampu untuk mengcengkam perasaan penonton. Jika diteliti betul-betul, set rumah dan set studio ada persamaannya, cuma ada perubahan pada beberapa bahagian.
Warna putih digunakan kerana ia mampu untuk merentap hati penonton sekaligus merasai saat-saat akhir hidup Seniman Agung Negara itu lebih-lebih lagi diiringi nyanyian Liza Hanim yang mendendangkan lagu Air Mata Di Kuala Lumpur.
Peti televisyen di mana anugerah yang pernah dimenangi beliau diletakkan juga diibaratkan sebagai salah satu faktor utama kejatuhan karier seninya. Dan di ruang tamu rumah itulah P.Ramlee menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Menghimpunkan lebih 200 orang tenaga produksi dari pelbagai bangsa, itulah hadiah paling istimewa buat Seniman Agung Negara kita.
Jika anda mencari apa makna ketelitian dan kesempurnaan, anda boleh menemui maknanya di sebalik pembikinan teater muzikal tersebut yang menelan belanja lebih sejuta ringgit.
Itu cerita di sebalik latihan teknikal, ini pula cerita di malam pembukannya.
Apakah saya teruja untuk menontonnya kali ini di Kuala Lumpur ? Pastinya saya amat teruja. Walaupun diberikan peluang untuk menonton teater tersebut di Esplanade, Singapura, saya lebih teruja untuk menonton di Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, pentas teaternya ada lif hidraulik dan saiznya lebih besar berbanding di Esplanade. Itu uniknya Istana Budaya.
Di musim pertama, saya menontonnya empat kali, tidak termasuk di Esplanade dan malam pembukaan di Istana Budaya merupakan kali keenam saya menonton teater tersebut.
Saya tidak pernah bosan. Jika di musim pertama mereka ada Sean Ghazi dan Datuk Siti Nurhaliza, kali ini ada Musly Ramlee ! Musly ialah kekuatan utama teater muzikal tersebut musim ini. Auranya persis P.Ramlee. Gerak tubuhnya persis P.Ramlee. Loghat bahasanya persis P.Ramlee. Nyanyiannya persis P.Ramlee. Cukup sempurna.
Kehebatan lakonannya di atas pentas tidak dapat saya nafikan. Sifat spontannya jelas mencuit hati. Dialognya menggelikan hati. Ada ketika kekecewaannya dirasai dan amarahnya jelas terpancar. Itulah yang telah dijelmakan oleh Musly terhadap watak agung itu.
Lakonannya banyak dibantu oleh pasangannya. Baik Chedd Eddie Yusoff, Emelda, Atilia, Melissa Saila dan Liza Hanim. Mereka telah melengkapkan lakonan Musly menjadikan keseluruhan teater tersebut amat cemerlang.
Musim ini melihatkan peningkatan pada lakonan Atilia sebagai Junaidah. Lakonannya berjaya dan perwatakannya yang cemburu dan kekecewaannya dapat dirasakan oleh saya. Atilia menunjukkan satu contoh peningkatan yang ketara.
Watak Norizan yang dilakonkan oleh Melissa Saila tidak pernah mengecewakan. Musim ini nyanyiannya lebih mantap dan dialog kekecewaannya melahirkan kemarahannya kepada P.Ramlee lebih dirasai. Melissa bukan sebagai seorang penyanyi telah berjaya menunjukkan peningkatan dari segi vokalnya. Itu yang menyebabkan saya lebih berpuas hati. Rasa tidak sabar menunggu saat beliau mula menyanyi.
Dan Liza Hanim selaku Saloma tidak pernah mengecewakan. Beliau serasi bersama P.Ramlee. Beliau jelas nampak malu pada mulanya bersama P.Ramlee dan mula merapati P.Ramlee setelah ketiadaan Norizan.
Jika ada yang mahu membandingkan persembahan ini dengan musim terdahulu, saya kata lebih baik lupakan kerana ianya ternyata berbeza. Muziknya lebih segar. Saya lebih menyukai muzik musim ini yang disusun semula oleh Roslan Aziz. Tanpa orkestra, muzik yang terhasil amat menakjubkan. Bunyi dan gaya Roslan Aziz pada muzik teater tersebut boleh kedengaran jika anda mengikuti kerja-kerja Roslan Aziz.
Satu pujian harus diberikan kepada kumpulan ensemble yang telah memberikan nyawa kepada setiap watak dan keseluruhan cerita teater muzikal itu. Merekalah yang telah menghidupkan keseluruhannya.
Jika ditanya pada saya apakah babak yang paling mencuit hati saya, pastinya babak “When Remy Met Sally” di Studio Rakaman antara P.Ramlee dan Saloma bersama teman-teman pemuziknya. Di dalam babak inilah P.Ramlee mengalunkan lagu Getaran Jiwa dan bersama Saloma mereka mendendangkan lagu Senandung Kasih.
Saya amat berpuas hati menontonnya kali ini walaupun setelah enam kali menonton teater yang sama. Lebih menarik apabila saya menonton bersama sahabat dan sahabat dari media.

0 komen