Berdasarkan pemerhatian saya sewaktu sesi rehearsal yang berlangsung semalam, saya agak bimbang dengan persepsi penonton.
Pertama, penonton pastinya tidak sabar menantikan aksi AC Mizal mengemudi perjalanan konsert selama lebih 2 jam. Berbanding kredibiliti Sarimah yang telah diuji dalam Diari, pastinya kredibiliti AC Mizal pula menjadi tumpuan penonton.
Kedua, penonton ingin melihat anak didik Ramli MS dan barisan tenaga pengajar yang hebat beraksi.
Menilai persembahan kedua-duanya semalam, saya ternyata bimbang.
Beberapa pelajar dilihat mampu untuk meraih sokongan penonton, dalam pada itu beberapa pelajar mungkin akan hilang sokongan.
Antara pelajar yang saya sifatkan mampu memberikan persembahan yang baik malam ini ialah Alif, Lufya, Nadia, Nubhan, Rina, Riz, Saida, Stacy dan Naim.
Sebaliknya berlaku kepada pelajar lain yang namanya tidak disebut di atas.
Apa-apa pun persembahan semalam hanyalah sekadar rehearsal. Mungkin tenaga penonton yang hadir malam ini bakal memberikan hasil yang sebaliknya.
Nantikan ulasan lanjut lewat malam ini selepas saya selesai mewawancara pelajar pertama tersingkir dari Akademi Fantasia.
KEMASKINI : 3 petang
RINA : 5/10
Rina telah memberikan sebuah persembahan yang biasa sahaja. Membuatkan ia luar biasa adalah kerana beliau peserta paling tua. Saya nampak dia yakin di atas pentas kerana pengalamannya menyanyi di kelab malam. Itu tarikan utama beliau.
ALIF : 5/10
Suara Alif agak baik. Saya lihat persembahannya di sesi rehearsal lebih baik dari persembahan sebenar. Benar, Alif antara pelajar yang agak gementar bila berhadapan dengan penonton. Begitu juga yang lain. Alif perlu buang rasa gementar tersebut untuk menjadikan persona pentasnya disukai.
LUFYA : 3/10
Lufya nampak yakin di pentas. Berani untuk bergerak dan menggunakan pentas tetapi sayang persembahannya mudah dilupakan. Lufya ada vokal yang baik tetapi tidak dipergunakan sepenuhnya.
NAIM : 1/10
Saya tidak nampak sebab Naim terpilih ke Akademi Fantasia. Beliau nampak remaja di dalam Diari tetapi nampak ketakutannya di atas pentas. Menyanyikan lagu Memburu Rindu menyulitkan lagi keadaan kerana nyanyiannya kosong.
IKA : 0/10
Saya sudah tersenyum gembira apabila namanya salah satu daripada pelajar yang bakal tersingkir. Malang sekali kerana saya harus berhadapan dengannya lagi satu minggu.
TOI : 4/10
Kelebihan Toi ialah kelincahannya di atas pentas. Benar-benar dia selesa di situ. Itu tarikan utama Toi. Saya mahu tahu sebab utama dia terpilih ke Akademi Fantasia. Nyanyian ? Personaliti ? atau Angklung ?
NADIA : 9/10
Baru saya rasa terhibur dengan persembahan pelajar paling muda ini. Walaupun muda tetapi beliau agak yakin di pentas. Dia berani bergerak dan melontarkan vokalnya. Walaupun berada di tangga paling bawah, Nadia telah berjaya meyakinkan penonton untuk menyaksikan apa yang boleh diberikannya minggu hadapan.
RIZ : 8/10
Buang cerita-cerita negatif yang berlaku di Diari, Riz telah memberikan sebuah persembahan yang bagus. Beliau antara pelajar lelaki terbaik di Akademi Fantasia kerana vokalnya agak sedap didengar. Pengalamannya juga membuatkan persembahannya nampak bersahaja. Riz kena tanam sifat rendah diri dan berkongsi pengalamannya dengan pelajar-pelajar lain.
YANA : 1/10
Sebuah persembahan yang boleh dilupakan. Menjadi pelajar pertama tersingkir membuatkannya semakin boleh dilupakan seperti bekas-bekas pelajar musim lalu.
NUBHAN : 6/10
Nubhan juga antara pelajar lelaki yang punya vokal yang sedap didengar. Beliau harus diuji dengan lagu-lagu yang berlainan pada minggu-minggu akan datang kerana saya mahu melihat kemampuan beliau.
STACY : 9/10
Sekali lagi pengalaman memainkan peranan. Stacy melaksanakan tugasannya dengan cemerlang. Walaupun saya kurang gemar lagu-lagu sebegini, Stacy berjaya memberikan sesuatu kepada penonton. Saya mahu melihat Stacy membawakan lagu-lagu balada pula minggu hadapan. Benar, showmanshipnya telah mengaburkan pendengaran saya.
FAISAL : 2/10
Keyakinan pelajar ini mahu menjadi Juara harus dilupakan. Berbekalkan lagu nasyid, Faisal tidak berjaya mengumpan perhatian penonton. Penyampaian Faisal sangat mengharukan. Bukan sedih tetapi teruk.
SAIDA : 6/10
Saida kena belajar membuang rasa malu yang ada pada dirinya terutama sewaktu berada di pentas. Persembahannya lebih baik sewaktu sesi rehearsal kerana kurang penonton. Saya suka dengan vokalnya kerana jika diberikan latihan yang cukup pastinya ada sesuatu yang menarik untuk penonton. Sikit-sikit memang ada bunyi Siti Nurhaliza tetapi ia mungkin boleh dielakkan jika beliau tahu kekuatan vokalnya. Saya juga boleh menghayati setiap lirik yang dinyanyikan oleh Saida.
STANLY : 10/10
Superb ! Sebuah nyanyian yang baik dan berjaya disampaikan dengan penuh penghayatan. Mujur Stanly berjaya menguasai penonton untuk terbuai dalam nyanyiannya. Sebuah lagu yang sukar dan berjaya menarik perhatian saya tanpa leka walau sesaat pun. Superb !
Carta Undian Selepas Konsert
1. Stanly - 12%
2. Stacy - 12%
3. Nadia - 10%
4. Saida - 9%
5. Riz - 8%
6. Faisal - 7%
7. Naim - 7%
8. Rina - 7%
9. Alif - 6%
10. Toi - 6%
11. Nubhan - 6%
12. Ika - 4%
13. Lufya - 3%
14. Yana - 3%
Persembahan Pilihan SM
1. Stanly
2. Nadia
3. Riz
4. Stacy
5. Saida
6. Nubhan
7. Alif
8. Toi
9. Rina
10. Lufya
11. Naim
12. Yana
13. Faisal
14. Ika
Nota : Tiada gambar dapat diposkan di blog ini kerana laman web rasmi Akademi Fantasia masih belum dikemaskinikan.
MP3 : Jika anda ingin mendengar lagu-lagu nyanyian pelajar Akademi Fantasia 6.
Gala TV, Astro AWANI (501) : Saksikan wawancara bersama Yana, pelajar pertama tersingkir dari Akademi Fantasia di Gala TV.
0 komen