Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Sejarah Kembali Berulang ?

Entri oleh sultanmuzaffar 16 March 2008

Siapa sangka ianya akan berlaku. Kekalahan teruk Barisan Nasional menyaksikan beberapa Menteri Penuh tersungkur. Timbalan Menteri kempunan jawatan Menteri. Menteri Besar kehilangan pangkat.

Lebih gawat apabila Ahli Parlimen Jerlun yang baru sahaja menang dengan majority yang agak besar di kawasan kurang selamat menghantar warkah buat Perdana Menteri.

Surat bertarikh 12 Mac 2008 itu mengulangi sejarah bapanya yang pernah menghantar warkah bertujuan yang sama bertarikh 17 Jun 1969.

Setelah 39 tahun, ia berulang. Kali ini warkah buat PM itu disampai terus kepadanya, bukan melalui Portal Warkah Untuk PM.

Sudah tiba masanya sokongan akar umbi dimulakan. Saya menyokong sepenuhnya keberanian yang ditunjukkan oleh Datuk Mukriz Tun Mahathir.

Kekecewaan bukan saja terlahir dari segelintir kelompok penyokong kerajaan tetapi juga hampir sebahagian rakyat Malaysia.

Harus diingat undian untuk Barisan Nasional hanyalah 51% berbanding undian untuk Barisan Rakyat iaitu sebanyak 49%. Peratusan tersebut mewakili seluruh Malaysia, tetapi ia sebaliknya apabila meliputi hanya Semenanjung Malaysia.

Itu Suara Rakyat yang tidak harus dinafikan. Bayangan telah diberikan tetapi sayangnya masih tidak difahami.

Di pihak saya juga telah menerima bayangan-bayangan yang agak sukar untuk diterima tetapi saya harus menerimanya dengan positif.

Mengalir darah pejuang yang diwarisi dari bapanya itu, anak mantan Perdana Menteri Malaysia itu nampaknya tidak gentar dengan amaran Pemuda UMNO.

Sepanduk-sepanduk meminta Pak Lah mengundur diri tergantung di sekitar Kuala Lumpur. Bukan sahaja suara itu lahir dari penduduk Bandaraya, tetapi juga di sekitar Malaysia.

Siapa juga yang menyangka seorang blogger hiburan juga mahu bersuara tentang suasana politik yang berlaku di Malaysia sekarang. Itu soal lain yang tidak harus diketepikan. Saya juga mahu bersuara kerana suara blog itulah yang telah menggegarkan keheningan pagi 9 Mac 2008.

Gegaran "kecil" itu mampu merobohkan jika tersilap langkah, tetapi itulah suara kami : rakyat bersuara.

Image Hosted by ImageShack.us

Apakah sejarah bakal berulang ?