Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 14 November 2002 0 komen

Hari ini dengan rasminya aku mematikan sultanmuzaffar. sultanmuzaffar akan dikuburkan setelah aku merasakan tiada kejujuran dalam setiap penulisan aku. Dia tidak akan dihidupkan semula dan sultanmuzaffar juga perlu dimatikan. Jangan fikir akan wujudnya proses kehidupan semula setelah kematian. Aku mengambil langkah ini setelah mengambil kira perasaan kedua ibu-bapa aku. Aku sayangkan mereka. Anda semua masih boleh personal email kepada saya atau pun terus memeriahkan tag-board yang ada.

selamat tinggal

Entri oleh sultanmuzaffar 13 November 2002 0 komen

Baru-baru ini aku ada hantar artikel ke satu magazine, Siasah. Tajuk artikel itu Weblog Menjerit. Aku karang dan edit dari satu artikel yang keluar dekat PC.com dan juga terjemahan oleh Ghazali Bunari. Artikel ini ada dua bahagian.

Weblog Menjerit 1 (Bahagian Satu)
Oleh Sultanmuzaffar


E-niaga bukan hanya merujuk kepada perdagangan dan perhubungan yang melibatkan transaksi antara penjual dan pembeli. Rangkumannya meliputi juga sistem penyampaian maklumat. Globalisasi atau persejagatan telah menjadikan sistem maklumat lebih meriah.

Salah satu kaedah yang mula mendapat tempat, sungguhpun baru di negara ini ialah weblog. Apakah itu weblog dan bagaimanakah ia merubah budaya masyarakat sekarang terutama golongan muda-muda masa kini? Siasah memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan weblog dan lihatlah bagaimana kuatnya pengaruh tersebut terhadap budaya kita.

Bahagian satu rencana ini akan memaparkan tiga isu; meraikan ego, anti-perkelompokan dan pemusnahan kekecewaan, manakala bahagian kedua Weblog Menjerit! Akan menyentuh perihal Keperluan Kemasyarakatan untuk Berkongsi, Bercita Menjadi Penulis dan Aplikasi Mesra Penulis.

Weblog mampu ‘menjerit’ dalam dunia tanpa sempadan ini. Weblog merupakan satu medium penyuaraan rasa hati untuk ia didengari ke seluruh pelusuk alam. Generasi baru mahu menjadi pelakon utama, maka memainkan peranan yang aktif dan bukannya sekadar penonton yang pasif dalam perubahan masyarakat (Ding, 2000). Blogger (http://www.blogger.com), merupakan salah satu syarikat penyedia alat untuk penerbitan di web kini menjadi kegilaan di kalangan remaja yang inginkan jeritan mereka didengar. Dalam satu kertas kerja yang bertajuk Weblog: Kuasa Menerbit Di Hujung Jari oleh Ghazali Bunari menjelaskan definisi weblog dan justifikasi mengapa weblog menjadi medium penulisan generasi baru. Kandungan weblog akan sentiasa segar kerana sering dikemaskinikan oleh editornya pada bila-bila masa. Kandungannya disusun mengikut kronologi. Kandungan weblog boleh berbentuk multimedia merangkumi teks, imej, audio, video dan pautan. Ciri yang utama terdapat pada satu weblog ialah catatan editornya dan buku lawatan untuk pembaca berinteraksi dengan editornya.

Di Malaysia khususnya, terdapat satu komuniti yang menggelarkan diri mereka Geng Jurnal (http://www.gengjurnal.net). Mereka terdiri daripada pelbagai latarbelakang, polar umur, tahap pendidikan, sosio-ekonomi, bangsa juga pemilihan seksual. Inilah suara hati generasi baru yang hidup dalam dunia globalisasi. Weblog-weblog mereka menjerit meraih perhatian. Setakat artikel ini ditulis, seramai 280 ahli berdaftar. Malaysia BolehBlog juga merupakan salah satu gerbang weblog muda-mudi Malaysia. (http://rantglass.insatiably.net/ring/index.html). Tetapi dalam banyak-banyak weblog yang ada, Kari Kambing (http://geocities.com/kari_kambing/main/) tetap merupakan himpunan weblog yang saya fikirkan terbaik.

Apakah yang merangsang seseorang itu menulis weblog? Dvorak (2000), seorang penulis untuk majalah Web, PC.com, menyenaraikan 5 justifikasi mengapa seseorang itu menerbitkan weblog. Ghazali Bunari, seorang pensyarah di Jabatan Bahasa Moden, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM pula menyenaraikan 7 justifikasi, termasuk yang dicadangkan oleh Dvorak, yang menjadi pemangkin kepada penerbitan weblog.

1. Meraikan Ego
Ada penulis weblog yang memerlukan perhatian. Lebih banyak perhatian berjaya dikumpul, lebih tinggi kepuasan dirasakannya. Weblog sebagai alat perantara melalui komputer yang memudahkan bagi seseorang mengenengahkan pendapatnya dengan berani. Komunikasi dengan menggunakan Web dapat mengurangkan gangguan komunikasi yang berbentuk tidak verbal seperti yang terdapat di dalam komunikasi bersemuka. Mesej yang disampaikan bergantung penuh keberkesanannya pada cara teks tersebut ditulis dan bukan lagi pada isyarat fizikal seperti cara berdiri, bersuara, dan berpakaian. Mereka mengunakan weblog sebagai pentas mengumpul khalayak pembaca mengkuti ide mereka. Setiap komen dan peningkatan angka pada pembilang pelawat (hit counter) ditafsirkan sebagai maklumbalas pembaca yang memberi perhatian kepada apa yang hendak diketengahkan oleh penulis itu sendiri. Di dalam Gerbang Geng Jurnal (http://www.gengjurnal.net) sendiri terdapat beberapa weblog yang dianggap berkelas elit berdasarkan dengan gaya penulisan editornya. Sebagai contoh, weblog Mat Jan (http://syafizan.diaryland.com), seorang pelajar IPTA tempatan, menulis dengan laras humor mengenai aktiviti-aktiviti yang beliau lalui sebagai pelajar jurusan undang-undang. Berikut adalah petikan weblog Mat Jan pada 11 September 2002,

“Laman yang anda cari tidak aktif buat masa ini. Laman ini mungkin mengalami masalah teknikal, atau pemiliknya sedang sibuk menghadapi peperiksaan akhir semester.

Sha dapat 55%. Owin dapat 60%. AKU DAPAT 75%.

Aku sungguh gembira hari ini sebab assignment CYBER LAW aku dapat markah 75%. Kalau ikut gred kira A- lah.

Wahhh, hebatnya aku ;รพ~

"Buat last minutes pun boleh dapat 75?" kata Sha dengan nada jealous.

Well, orang terror, hahaha!”


Nada weblog ini menjerit riang dalam nada humor dan adakalanya mampu membuatkan pembacanya tersenyum. Itulah Mat Jan. Kritikan dan penulisannya bersifat sindiran tajam yang menggeletek hati pembaca. Semasa beliau berkempen untuk kerusi Majlis Pewakilan Pelajar, beliau telah meletakkan poster-poster lucu kempen di weblog beliau. Beliau telah memenangi pilihanraya tersebut.

2. Anti Perkelompokan
Manusia mempunyai kecenderungan untuk melabel orang lain dalam kategori-kategori tertentu. Contohnya, seorang gay akan dilihat sebagai golongan yang lembut, tidak bermoral, tidak berpendidikan tinggi, tiada pegangan agama yang kukuh serta tidak mempunyai pekerjaan yang sempurna. Jika kita melihat weblog seorang penulis gay ini, tanggapan umum akan pasti berbeza apabila melihatkan dunianya yang jauh lebih sempurna. Pendiriannya juga tetap dan dari weblognya orang lain boleh mendapat maklumat-maklumat yang selama ini tidak diketahui atau diambil endah oleh orang lain. Sekaligus membuktikan bahawa golongan ini ialah golongan yang berperasaan. Sama seperti orang lain. Inilah yang dapat digarap jika kita membaca weblog Nizam Zakaria (http://nizamzakaria.blogspot.com) seorang penulis yang menerapkan unsur homoerotik dalam setiap karya-karyanya pada 26 Februari 2002,
“Semalam aku belek lagi gambar-gambar lama aku. Kemudian aku terjumpa kad lama yang pernah aku tulis kepada adik dahulu. Kad itu bertarikh 13/10/99. Pada masa itu aku telah menyayanginya tanpa pernah berjumpa dengannya. Kerana pada masa itu aku masih lagi menuntut di AS.
Di dalam surat itu aku telah mengingatkannya betapa aku semakin menyayanginya dan aku mahu dia menerima aku seadanya. Dan sebagai balasannya, aku akan menyayanginya tanpa berbelah bagi.
Semalam aku sedar bagaimana dia tidak pernah menepati segala janjinya itu. Air mata aku meleleh lagi memikirkan tentang masa lampauku dahulu.
Jadi dalam kesepian aku, aku pergi menelefon Nizam. Dia suruh aku lupakan Adik sama sekali. Dia suruh aku buang segala gambar-gambar serta surat-surat lama Adik. Tapi aku tak sanggup melakukannya. Aku mahu menyimpannya untuk mengingatkan diriku tentang Adik. Kerana aku tahu, jauh di dalam jiwaku, banyak memori manis aku bersamanya yang masih lagi mahu aku simpan. Semuanya akan terus aku simpan sampai bila-bila.
Lagipun. Rama-ramanya telah lama meninggalkannya.
Aku mahu terus simpan memori rama-ramaku ini di di dalam jiwaku yang lara ini...”

3. Pemusnahan Kekecewaan
Hidup memang selalu akan dihimpit masalah dan juga adakalanya masalah yang ditanggung terlalu berat. Dengan menulis weblog tidak banyak sedikit, masalah yang berat itu menjadi ringan sedikit setelah dikongsi di dalam weblog. Penderitaan yang ditanggung akan menjadi ringan sedikit setelah berkongsi. Kata-kata perangsang dari pembaca dapat sedikit sebanyak menenangkan fikiran dan menghilangkan kerunsingan. Weblog dapat menjadi medium dan alat rawatan jiwa serta menaikkan semula semangat yang hilang. Weblog saudara Rudy (http://www.bluehikari.com), kerap juga mengingatkan pembacanya akan kekuasaan Allah serta perlunya sifat tawakkal dalam setiap manusia. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pada 11 Mei 2002, beliau menulis,

“Seperti orang lumpuh yang optimis satu hari nanti dia akan boleh berjalan kembali. Seperti orang yang mandul yang optimis satu hari nanti dia akan dianugerahkan zuriat oleh Allah. Segala-galanya mungkin. Ia tidak mustahil jika Allah memperkenankan segala permintaan hambanya yang berikhtiar dan berdoa kepadaNYA. Bertawakkal dan SABAR sehingga detik waktu Allah bebaskan penderitaan!”

Weblog Rudy pula seakan-akan sebahagian dari rawatan kepada penyakit yang dirasainya. Pembacanya banyak memberi kata semangat untuk beliau terus tabah menghadapi kehidupan. Kehidupan Rudy yang terumbang-ambing dengan kerja yang tidak tetap juga turut memberi kesan kepada penyakitnya. Kini Rudy telah selesa dengan kerja baru yang pasti memenatkannya.

Weblog sultanmuzaffar (http://sultanmuzaffar.blogspot.com) merupakan satu weblog yang cuba lari dari permasalahan biasa dalam masyarakat. Hidup dalam dunia ini tidak menjadikan dia seorang yang pengecut untuk berhadapan dengan kenyataan. Di dalam weblog ini juga diceritakan dari hari ke sehari tentang bebanan kerja yang menimbun ditambah pula dengan masalah perhubungannya. Kekecewaan dalam bekerja dan kekecewaannya terhadap kerajaan diperincikan secara jujur dalam weblog beliau. Lebih banyak kekecewaan di dalam weblog ini. Pembacanya banyak memberi nasihat di dalam buku lawatan dan juga terus ke email beliau. Sultanmuzaffar sebenarnya cuba untuk berkongsi dengan pembacanya akan masalah yang ditanggungnya agar dapat meringankan sedikit bebannya.


Rujukan

Dvorak, John C. [Online]. (2002, February 5). ‘The Blog Phenomenon.’ Pada: http://www.pcmag.com/article2/0,4149,12899,00.asp [15/09/2002]
Wan Sabariah Shikh Ali. (2002) ‘Jurnal Pnline Papar Kreativiti Muda-mudi Melayu, Ruang Siber.’ Jelita. Februari.p.128
Ghazali Bunari. (2002) ‘Weblog: Kuasa Menerbit Di Hujung Jari.’ Pada: http://geocities.com/kari_kambing/weblog/ [13/09/2002]

Entri oleh sultanmuzaffar 07 November 2002 0 komen

11K-Coronary Risk Studies
Total Cholesterol 2.6 RR<5.2
HDL Cholesterol 0.79 L RR>0.90
LDL Cholesterol 1.4 RR<3.9
Triglycerides 0.9 RR<2.3
Total/HDL Ratio 3.3 RR<5.8

Cholesterol ada banyak jenis, ada yang baik ada yang jahat. Cholesterol yang ada dalam badan aku rendah, cuma 2.6. Cholesterol baik yang ada dalam badan aku ialah 0.79 juga rendah. Doktor menasihatkan aku supaya banyakkan bersenam untuk meninggikan kadarnya sehingga melebihi paras 0.90. Kandungan cholesterol jahat dalam badan aku juga rendah.

Entri oleh sultanmuzaffar 21 October 2002 0 komen

Aku hantar posting ni tadi kat satu laman web. Sajer menghangatkan keadaan sementara boss aku tengah leka meneliti skrin pc dia tengok pasaran saham. Boss aku sekarang datang office bukan buat kerja, tapi dia tengok skrin PC dia, check pasaran saham Dow Jones. No wonder kerja sampai ke pagi ikut time New York.

peminat fanatik siti:- dah beli ker album baru siti

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen


Aku baru order buku ini dari Amazon.com: The Weblog Handbook: Practical Advice on Creating and Maintaining Your Blog. Aku berminat nak kaji tentang weblog dengan lebih lanjut. Mana tahu jika ada rezeki, aku nak buat Master.

the weblog handbook


When Perseus Publishing asked me to write a book on weblogs, I laughed. A book about weblogs? Everything you need to know is on the web!


But the more I thought about it, the more I realized how much I've learned in three years of maintaining my own site--some of which is so obvious to experienced online denizens it doesn't seem worth explaining, but that as a newcomer I wouldn't have known to ask. Thus the weblog handbook was born.


I arranged the book in roughly the order I expect most people approach the subject, first explaining what weblogs are and why anyone would want to read or maintain one, and then moving through more practical considerations: how to choose a tool to update your site, how to make your weblog stand out, and how to attract an audience. I answer commonly asked questions about weblog etiquette, explain what you need to know about living online, and give you some suggestions for dealing with burn-out. In short, I've done my best to get everything I know about maintaining a weblog--any kind of weblog--onto the page so that you can benefit from my experience.


I also tried to place weblogs into a larger cultural and media context. In doing so, I explore the weblog's relationship to journalism, discuss the cultural context from which weblogs emerged, and examine the ways in which the community defined itself. I start the book with an explanation of the form and end with an examination of the emergence of the early weblog community in relation to pre-existing online culture, the ways in which old-media paradigms have informed perceptions and practitioners of the form, and the state of the Weblog Nation in 2002.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Aku jumpa lagu ini dalam satu laman web:-

Kalau gembira Siti kalah tepuk tangan
Kalau gembira siti kalah tepuk tangan
Kalau anda gembira beginilah caranya
Kalau anda gembira tepuk tangan...

Kalau suka rosyam menang tepuk tangan
Kalau suka rosyam menang tepuk tangan
kalau anda gembira begilah caranya
Kalau anda gembira tepuk tangan...

he..he..he. Best tak lagu ciptaan ati ni. Khas ditujukan buat peminat fanatik Siti yg tak puas hati, bengkak hati, sakit hati, patah hati dan macam-macam lagi. Permisi......


Peminat Siti Nurhaliza memang suka cari gaduh. Terlampau fanatik. Aku gelak ajer.

p/s:- Aku baru beli CD Konsert Untukmu Sudir 100% Live nyanyian Siti Nurhaliza. Konsert yang aku tak bangun untuk standing ovation pasal Siti nyanyi tengok lirik yang terpancar di belakang penonton. Siti ingat penonton bodoh ker ?

Entri oleh sultanmuzaffar 18 October 2002 0 komen

Aku jadi seronok dengan weblog aku. Weblog ini akan jadi teman aku. Hobi baru aku. Aku akan ubah design weblog aku sebulan sekali, aku harap. Seronok bila dapat gunakan ilmu yang ada untuk buat weblog sendiri. Dulu aku pernah ada impian nak buat website sendiri. Tapi kerana sifat aku yang perfectionist, website yang aku nak buat tak pernah siap. Aku tetap menukar design yang ada kerana tidak berpuas hati dengan hasilnya. Kini dengan adanya teknologi baru ini, membuat weblog menjadi begitu mudah. Senang. Di tambah dengan bantuan user-group yang ada. Semuanya siap sekelip mata. Aku bangga, kini aku sudah ada weblog aku sendiri. Cuma, gambar sendiri saja yang aku tidak letak lagi. Mungkin aku akan buat weblog personal yang mana seorang pun tidak akan tahu kewujudannya. Weblog itu untuk kegunaan resume aku. Jika ada kesempatan aku akan buat satu.

Entri oleh sultanmuzaffar 04 July 2002 0 komen

Secara keseluruhan aku dah discuss dengan Syed berkenaan Project 35M. Aku puas hati. Aku akan ada next meeting dengan orang dari Ministry tuh dalam minggu depan. Syed mintak aku bawak dia sekali. So that senang nak discuss dan negotiate bagi pihak aku. Nampak gayanya ini dah jadi Project persendirian, dah tak involve Dia sekali macam idea aku yang terdahulu. Elok gak tak involve Dia, aku bukan dapat apa pun. Memang mula-mula aku nak Dia join sekali. Tapi sekarang semua dah berubah. Biasalah, perancangan mana boleh jangka. Aku hanya boleh merancang, apa yang akan berlaku di masa depan kita tidak tahu.

Entri oleh sultanmuzaffar 03 July 2002 0 komen

Aku meeting dengan somebody dari Project 35M semalam kat Shah Alam. Cam sial kena ketuk awal-awal. Aku kena check ngan Marketing, nak mintak claim entertainment. Basically, Project 35M nampak macam akan berjaya. Company aku on the right track. Memang itu pun yang diorang nak. Aku kena discuss dengan Syed untuk dia proceed.

Entri oleh sultanmuzaffar 02 July 2002 0 komen

Malam ini aku akan jumpa dengan orang yang deal Project 35M tu kat Shah Alam. Macam aku cerita semalam, idea aku tak boleh pakai. Malam tadi Pan cerita macamana nak dapat both sides. So far dapat 5%. Pada aku sikit tu. Biasa ahh tamak sikit. Bukan tamak pada aku, just imagine the awarded company akan dapat 95%. So, tak salah aku dan kawan-kawan aku nak dapat 5% daripada 100% tu. Dah tu pulak, kena bahagi 3 antara kawan-kawan aku. Aku akan try deal untuk dapatkan lebih sikit, kalau tak pun, Pan have to do something at his side. Apa-apa pun malam ni penentu. Aku harap akan berjaya.

www.celcom.net.my bagi aku SMS berkenaan ramalan bintang aku untuk minggu ni :- ARIES - Take initiative now! U discover different sources of income. Rather than fear the unknown, exploit it! from InfoZap-celcom.net. Nampak macam aku ada untung baik minggu ni.

Entri oleh sultanmuzaffar 1 komen

Ada satu perkara menarik aku nak cerita kat korang. Ada seorang "peminat fanatik" aku kat bomoh.mimos.my sampai-sampai office je terus bukak weblog aku. Kenapa dia suka sangat baca weblog aku pun tak tahu. Setiap 2/3 jam mesti bukak nak tengok ada update atau tidak. Kekadang tu kesian jugak, pasal aku sampai office kekadang lewat jugak. Yang dia pukul 8.27 dah terpacak nak baca weblog aku. Baguslah, teruskan membaca dan memahami kehidupan orang lain.

Entri oleh sultanmuzaffar 01 July 2002 0 komen

first time dlm sejarah dept R&D, byk graphics dari prog. ProjectX jadi new department dengan nama Research & Development Department. Project Coordinator aku automatik jadi HOD. Aku masih sama saja.

Entri oleh sultanmuzaffar 23 June 2002 0 komen

Perdana Menteri Malaysia letak jawatan ? Seronok aku tengok sarkis live on Astro semalam. Jarang dapat tengok sarkis live on TV. Kekadang seronok gak. Tapi yang pasti selepas PM kembali dari bercuti mesti beliau akan announce perletakan jawatannya secara rasmi. Itu sudah pasti.

Sebelumnya aku pergi ker Chow Kit dengan Yusof dan Zul. Kitorang pergi makan dekat satu kedai jual Mee Sup. Sedap pulak mee sup kat situ. Aku mesti datang lagi. Lepas tu kitorang pergi tempat jual jamu. Aku try 2 bungkus. Aku tak lalu nak habiskan. Effect ke atas aku lambat jugak. Pagi tadi baru terasa.

Pagi Ahad macam biasa aku baca surat khabar. Penuh paper muka badut tengah buat lawak. Ada yang menangis, ada yang menjerit, ada yang buat mulut senget (Metro Ahad - Rafidah Aziz). Aku nak buat kerja sikit. Untuk presentation hari Rabu ni. Esok kena siap untuk hantar photocopy. Molar bands aku tercabut satu. Berdenyut-denyut gigi geraham aku. Aku kena call Dr esok untuk tanya effect tu.

Entri oleh sultanmuzaffar 04 June 2002 0 komen

Berita dari Corporate Planning betul-betul menggembirakan aku. Aku seronok dengar news tu. Aku dan rakan-rakan sudah boleh kembali semula ke dunia asal. Hati aku kembali tenang. Keputusan telah dibuat. Kerja-kerja perlu disiapkan dalam waktu pejabat sahaja. Kecuali jika dengan kerelaan hati. Berita dari Project Manager itu betul-betul menyejukkan hati aku, walaupun aku sebenarnya masih tidak puas hati dengan workflow kerja ini.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Mood aku memang tak baik hari ni. Sejak semalam. Aku blah dari office pukul 9 malam. Aku boring buat kerja gila tuh. Tak bawak kemana. Aku jumpa Project Manager pagi tadi. Aku cerita. Tapi tak cerita detail pasal aku telah diarahkan supaya tidak cerita dengan orang lain. AKu dapat rasakan hidup & pekerjaan aku sedang dikawal oleh seorang diktator. Aku memang tidak suka ada orang lain control hidup aku secara paksaan. Aku bosan. Aku boleh contribute something jika ditukar ke department lain.

Entri oleh sultanmuzaffar 31 May 2002 0 komen

Aku gi Imbi Plaza kejap tadi. Best gila plak ronda-ronda situ. Carik joystick & Force feedback steering. Tak ler mahal sangat. Murah jer. Aku mungkin pergi lagi nak beli digital camera & computer speaker surround system.

Entri oleh sultanmuzaffar 29 May 2002 0 komen

Aku pergi tengok wayang kejap tadi kat KLCC dengan Jinggo, Ina & Zul. Cerita tah hapa-hapa tah. Birthday Girl. Boring giler. Sampai tertidur aku dalam panggung wayang. Ina pulak cam pompuan lalok baru lepas makan ubat batuk. Budak-budak yang pergi Pulau Pemanggil banyak yang demam. Kesian pulak aku tengok.

Entri oleh sultanmuzaffar 28 May 2002 0 komen

Aku banyak kerja yang perlu dibuat tapi semuanya perlu tunggu greenlight dari MIT. Banyak perkara yang perlu dibincang dengan diorang ni. Esok aku perlu siapkan equation untuk brake & suspension simulation to be put inside the blockset. Lepas tuh kena integrate dengan excel.

Dia tak jadi datang KL malam ni. Jadi aku ikut plan aku untuk gi tengok wayang pukul 9 malam. Aku nak tengok citer ET.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Lepas meeting kul 12 tengahari tadi aku dapat kerja yang perlu aku selesaikan. Banyak kepada engineering report dalam excel format real-time. Perbincangan telah pun dibuat dengan beberapa insitusi pengajian luar negara untuk menjadikan projek ini satu realiti. Tak perlu aku sebutkan nama insititusi tersebut kerana pastinya satu dunia tahu kewujudan institusi tersebut. Yang pastinya sokongan dari institusi tersebut pastinya menjadikan projek ini satu kenyataan dalam penhasilan "cutting-edge application".

Entri oleh sultanmuzaffar 21 May 2002 0 komen

Aku hairan, hari ini aku menerima kunjungan yang banyak dari server sebuah pusat penyedia servis internet. Aku pun hairan. Adakah aku juga menerima tempias dari peristiwa semalam ?

Pusat Komputer, UM
Lembah Pantai
59100 Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR
Malaysia