Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 13 August 2003 0 komen

Bagaimana Premium SMS berfungsi ?

Secara umum, tidak ramai yang mengetahui bagaimana Premium SMS berfungsi. Apa itu Premium SMS juga belum tentu anda faham dengan sebenar-benarnya. Premium SMS menjadi fenomena baru di Malaysia sejak wujudnya Akademi Fantasia pada sembilan minggu yang lepas.

Premium SMS mensyaratkan supaya dihantar pengesahan penerimaan. Jika anda sedar, setiap kali anda menghantar SMS ke talian 32999, anda akan menerima pengesahan penerimaan.

AFQA
Prosedur untuk Soal Jawab Kuiz :-
1. Anda perlu taip AFQA (RM0.15)
2. Server aplikasi membalas dengan soalan (RM0.50)
3. Anda menjawab soalan Kuiz (RM0.15)
4. Anda menerima jawapan sama ada betul atau salah (RM0.50)

Secara keseluruhan proses melibatkan kos sebanyak RM1.30 untuk hanya 1 soalan yang terjawab ! Saya pernah mencuba untuk soalan Minggu I hingga Minggu 4. Secara rambang, saya sendiri tidak ingat jumlah yang tepat. Terdapat lebih kurang 50 soalan dalam setiap minggu. Ini bermakna saya telah menjawab lebih kurang 200 soalan sebelum saya menyedari bahawa syarat peraduan mensyaratkan hanya pelanggan ASTRO yang sah sahaja yang akan layak untuk menerima hadiah Pertama iaitu wang tunai RM5000.

AFUNDI
Prosedur AFUNDI
1. Anda perlu taip AFUNDI VINCE (RM0.15)
2. Server aplikasi akan membuat pengesahan (RM0.50)

Contoh pengesahan:
Nama pelajar tiada dalam senarai undian (RM0.50)
Undian anda diterima. Undian boleh dibuat pada bila-bila masa (RM0.50)
Undian telah ditutup. Sila buat undian untuk minggu akan datang. (RM0.50)

Cuba bayangkan, ini bermakna jika anda tersilap menaip nama pun, poket anda akan tetap berkurangan kerana anda telah pun menerima pengesahan dari server aplikasi. Bagaimana pula dengan undian yang lambat diterima ? Apakah yang akan terjadi dengan undian tersebut. Jika dapat dibawa ke minggu berikutnya, tiada masalah besar yang akan timbul. Tetapi bagaimana sekiranya pelajar yang diundi telah tersingkir pada minggu tersebut. Adakah tidak diambil kira ? Apa-apa pun, pengesahan telah anda terima. Makanya RM0.65 itu telah perlu anda bayar.

AFCHAT
Sama juga dengan kes AFCHAT.
1. Anda perlu menghantar teks chat yang ingin anda siarkan di skrin TV (RM0.15)
2. Anda akan menerima pengesahan “Hanya mesej yang sesuai yang akan disiarkan” (RM0.30)

Walau apa pun yang terjadi, sama ada muncul atau tidak mesej chat anda di skrin, anda telah pun membayar RM0.45). Sekiranya tidak keluar di skrin, saya memuji tindakan ASTRO kerana sedikit sebanyak mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk mendidik rakyat Malaysia agar lebih bertanggungjawab dalam setiap perkataan yang ingin mereka lontarkan untuk pelajar Akademi Fantasia. Para pengguna teknologi tersebut perlu diajar tentang apa itu kebebasan bersuara dan lebih bertanggungjawab di masa akan datang.

Traffic Jammed yang Terlampau !

Setiap SMS yang masuk akan dihantar ke talian 32999. Untuk pengetahuan anda, walaupun nombornya hanya satu iaitu 32999, setiap SMS yang dihantar akan masuk ke Pusat SMS penyedia telekomunikasi anda iaitu samada Celcom, Maxis, Digi atau TMTouch. Kebanyakan Pusat SMS mampu memproses 300 SMS/saat atau 1 SMS setiap 10 nanosecond. Dari Pusat SMS inilah kemudiannya SMS anda di hantar ke server aplikasi di pihak ASTRO.

Secara analoginya, cuba anda bayangkan di Malaysia mempunyai empat (4) laluan lebuhraya tetapi hanya mempunyai satu (1) pondok tol. Itulah yang terjadi sebenarnya. Trafik dari empat (4) gergasi telekomunikasi di Malaysia masuk serentak ke satu impian, satu harapan dan satu destinasi.

SMS --> Telco SMS Centre --> Server Aplikasi --> Telco SMS Centre --> Penonton

Sistem ini sebenarnya ada sedikit cacat jika amanah yang diberikan kepada penonton tidak digunakan dengan bijak. Boleh juga berlaku penipuan di pihak telekomunikasi sekiranya ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuat pump-in undian kepada seseorang peserta dari nombor telefon yang sama. Mereka yang mempunyai access untuk sistem telekomunikasi boleh menghantar undian tersebut tanpa dapat dikesan oleh ASTRO kerana undian dari pengundi dibenarkan seberapa banyak yang termampu dari satu nombor telefon. Itu satu kelemahan yang perlu kita ambil kira.

Itulah senario sebenar berdasarkan pemerhatian dan pembacaan yang telah saya buat sepanjang berlangsungnya Akademi Fantasia. Maklumat dari syarikat telekomunikasi diperoleh dari rakan-rakan yang bertugas di Maxis dan Celcom.

Oleh itu, Undilah dengan BIJAK !

Sekiranya terdapat kesilapan pada maklumat di atas, sila hubungi saya agar saya dapat memperbetulkan sebarang kesilapan yang berlaku.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Keputusan Peraduan CD/VCD Akademi Fantasia

::MOHD ZAFRI HASSAN::


::UNIT TEKNOLOGI AKUATIK::
::FAKULTI SAINS PERTANIAN & MAKANAN::
::UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA::
::BINTULU, SARAWAK::

p/s:- terima kasih bluehikari kerana menyedarkan saya yang PERTANIAN telah pun menjadi PUTRA sejak 1 April 1997.

Entri oleh sultanmuzaffar 12 August 2003 0 komen

AGE BALING BOLING 2003 !

Ahli Majlis Tertinggi Akar Gita Estetika (AGE) sebuah pertubuhan seni berasaskan teater, muzik dan tari ingin menjemput anda semua untuk memeriahkan satu pertandingan boling yang kami namakan AGE BALING BOLING 2003 ! Pertandingan tersebut akan berlangsung seperti butiran berikut :-

Hari: Sabtu
Tarikh: 16 Ogos 2003
Jam: 3 petang
Tempat: Pandan Lake Club

Berminat ?

Terhad kepada 30 orang ! 3 orang di dalam setiap team ! Yuran penyertaan adalah RM20 seorang lebih kurang RM60 satu team.

::Hadiah yang menanti anda::
Medal:-
Johan
Naib Johan dan
Tempat Ketiga Markah Tertinggi.

Hamper:-
Team Markah Tertinggi
Team Dengan Markah Terendah dan
Team Paling Happening !

Sila sertakan nama Team yang bersesuaian dengan konsep kumpulan ! Contoh: "Tangan Kayu" untuk team yang merasakan diri mereka tidak pandai main boling atau "Longkang" untuk team yang akan sentiasa masuk longkang juga Team Platform & Lampu untuk team yang merasakan dunia hidup mereka hanya bercampur-gaul dengan lampu & platform. Team adalah digalakkan percampuran jantina.

Anda boleh menghubungi mereka sebelum atau pada hari Rabu untuk mendaftarkan diri.
Jawa 0123932147
Akmal 0193447081
Fayno 0124109782


Yang belum menjadi ahli, boleh juga mendaftar sebagai ahli pada hari tersebut. Yuran pendaftaran ahli adalah RM20. Mari kita memeriahkan AGE BALING BOLING 2003 !

JOM KITA KE AGE BALING BOLING 2003 !

Naib Presiden AGE
sultanmuzaffar

Entri oleh sultanmuzaffar 11 August 2003 0 komen

Kemuncak Konsert Akademi Fantasia
gambar pass masuk adalah sumbangan pakukarat

Kemuncak Konsert Akademi Fantasia

Akademi Fantasia Mania
Peminat beratur di luar Dewan Wawasan Cheras seawal jam 3 pagi untuk mendapatkan pas masuk untuk menyaksikan Kemuncak Konsert. Namun demikian, oleh kerana kawalan keselamatan yang tidak diambil berat oleh pihak ASTRO menyebabkan keadaan menjadi haru-biru dan tidak terkawal. Rempuhan peminat yang datang lewat telah menyebabkan mereka yang tiba awal tidak mendapat pas masuk. Yang amat menyedihkan apabila kanak-kanak dan penonton perempuan yang menjadi mangsa. Pihak ASTRO sepatutnya lebih peka dengan keadaan ini dan sepatutnya telah mengambil langkah-langkah awal untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lebih lancar. Adakah ini yang dinamakan "ADIL" ?

Komen Keseluruhan Kemuncak Konsert
Sebagai sebuah rancangan yang baru setahun jagung umurnya, penggunaan muzik live dengan diiringi oleh band pimpinan Aubrey Suwito merupakan idea yang amat baik dan satu langkah berani yang diambil oleh ASTRO Ria. Penggunaan muzik iringan live memerlukan latihan yang banyak dan secara keseluruhan persembahan malam tersebut amat berjaya tanpa apa-apa kesilapan di bahagian muzik. Namun demikian, oleh kerana dewan yang agak besar, penggunaan kamera yang banyak menyebabkan suntingan online kamera menjadi kelam-kabut. Shot yang diambil terlalu pantas berubah menyebabkan interaksi pelajar dengan kamera tidak menjadi. Belum sempat pun hendak memandang kamera, shot telah berubah. Berbeza dengan suntingan online kamera pada Konsert 1 hingga 8 yang mana shot kamera lebih baik dan teratur. Lebih mengecewakan lebih banyak angle jauh yang diambil dan mengetepikan angle clse-up. Penaja pakaian yang terbaik sejak sepanjang Konsert Akademi Fantasia diadakan. Pelajar diberikan pakaian yang amat bersesuaian dengan imej masing-masing. Termasuklah Nana yang berpeluang untuk memakai pakaian yang benar-benar menyerlahkan ciri-ciri elegan beliau. Sewaktu keputusan diumumkan, Aznil selaku pengacara nampak sengaja melewat-lewatkan keputusan adalah sesuatu yang saya sifatkan sebaga tidak wajar. Unsur debaran beliau nampak dibuat-buat. Lebih menyedihkan apabila 2 Finalis iaitu Nija dan Liza yang tidak berjaya memenangi apa-apa tempat seakan-akan dipinggirkan. Sepatutnya pihak ASTRO mendahulukan cenderamata saguhati kepada semua pelajar dan kemudian baru diumumkan tiga tempat teratas. Sejambak bunga untuk mereka sudah cukup memadai jika mahu dibandingkan berjuta-juta SMS yang diterima setiap minggu. Idea untuk mendermakan sebahagian daripada keuntungan SMS kepada badan kebajikan adalah satu usaha murni yang wajar dicontohi oleh semua pihak swasta. Sekurang-kurangnya pihak ASTRO Ria masih mengingati mereka yang memerlukan bantuan dan rancangan ini tidak hanya bertujuan untuk mengaut keuntungan. Tahniah !

Menuju Puncak Broadway
Seperti yang dijangkakan, Menuju Puncak versi Broadway memang terbaik. Koreografi ciptaan Linda Jasmine kena dengan tempo lagu tersebut. Diperhebatkan lagi dengan kemunculan Finalis yang berpakaian menarik. Nija dengan potongan rambut baru amat menyerlah. Beliau kelihatan begitu comel. Liza juga tidak kurang hebatnya. Khai merupakan peserta lelaki yang menyerlah dari aspek pakaian. Imej rambutnya yang baru juga menarik. Namun demikian, di peringkat awal mereka masih teragak-agak dengan iringan muzik live di bawah pimpinan Aubrey Suwito.

Pengkritik Profesional
Kudsia Kahar, Eera Fazira dan Ramli MS.
Saya harus memuji keberanian Ramli MS yang menjadi pengkritik paling dibenci dalam sejarah Akademi Fantasia. Beliau sewajarnya terpilih untuk menjadi Pengkritik Tetap sepanjang Konsert berlangsung. Apa yang dikritik oleh beliau adalah kebenaran yang selama ini disembunyikan oleh pengkritik profesional yang kononnya ingin menjaga hati para pelajar. Secara keseluruhan, kesemua pengkritik telah menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan adil. Namun demikian, kedudukan sebelum bermulanya persembahan tidak diumumkan untuk menimbulkan debaran kepada peserta dan penonton.

Persembahan Pelajar
AF9Azizi
Sewaktu ditanya oleh Aznil tentang album baru, Azizi berjaya menjawab dengan penuh yakin lalu membuktikan yang Azizi tahu serba-sedikit berkenaan industri muzik Malaysia. Pada pendapat saya, sessi temubual yang dilakukan oleh Aznil sebenarnya adalah untuk menguji tahap pengetahuan pelajar tentang dunia yang bakal mereka ceburi. Seharusnya mereka perlu menjawab dengan penuh yakin dan maklumat perlu ada di hujung jari mereka.
Interaksi dengan penonton yang dilakukan oleh Azizi agak meleret. Beliau perlu belajar lagi cara untuk berkomunikasi dengan baik. Komunikasi yang baik bukan sahaja mampu berkata-kata dengan baik tetapi juga untuk mendapatkan perhatian penonton dengan spontan dan bukannya dengan tidak ikhlas.

Piramid Cinta (3.5/5 bintang)
Persembahan lagu Piramid Cinta di tangan Azizi agak baik. Beliau mempunyai suara yang unik. Penghayatan beliau untuk lagu ini juga terbaik. Idea persembahan beliau yang menggunakan konsep bayang agak lapuk dan tidak kena dengan mesej lagu.

Habis Sudah Umpanku 4/5 bintang)
Persembahan bertenaga dari Azizi ini merupakan persembahan terbaik beliau sewaktu di Akademi Fantasia. Penguasaan pentas beliau agak baik. Kawalan suara beliau dari natural ke tinggi dilakukan dengan baik. Gerak tari beliau tidak begitu sharp dan interaksi beliau dengan penari latar tidak dilakukan dengan baik. Stamina beliau sewaktu mendendangkan lagu berentak rancak ini juga baik. Namun demikian, Ramli MS memberikan ulasan yang agak membunuh kepada beliau. Beliau mengatakan Azizi tidak menjiwai lagu tersebut dengan baik. Kawalan suara vibrator beliau tidak dikawal dengan baik dan kedengaran mendatar.

AF9Liza
Sewaktu ditanya oleh Aznil tentang berapakah kutipan filem yang dilakonkan oleh Liza, beliau hanya mampu menjawab “beribu-ribu”. Ini membuktikan Liza tidak berapa tahu tentang industri perfileman Malaysia. Kutipan filem Malaysia selalunya bergerak dalam sekitar 1 juta (jika berlakon di bawah arahan Adman Salleh) hingga ke 6 juta (jika berlakon di bawah arahan Datuk Yusof Haslam). Cara Liza berinteraksi dengan Aznil juga kelihatan takut-takut dan tidak berapa yakin.

Pintaku Yang Terakhir 3.5/5 bintang)
Pada permulaannya, penghayatan beliau mendendangkan lagu ini sudah terbaik tetapi agak sedikit terganggu apabila membuka kanvas yang melindungi potret Vince. Kawalan suara beliau masih boleh diperbaiki. Showmanship beliau juga agak baik. Suara latar untuk lagu ini lebih jelas kedengaran menyebabkan suaranya tenggelam timbul. Persembahan beliau boleh menjadi lebih menarik sekiranya beliau mengurangkan pergerakan dan menumpukan terhadap potret (props) yang ada di atas pentas. Penghayatan untuk lagu ini masih belum keluar sepenuhnya.

Jangan Pura-Pura (4/5 bintang)
Menyanyikan lagu rancak memang menjadi kegemaran Liza. Showmanship beliau agak cemerlang untuk lagu ini. Begitu juga dengan koregrafi tarian yang telah direka oleh Linda Jasmine untuk beliau. Namun demikian, interaksi dengan kamera tidak berjaya dilakukan kerana kelemahan tenaga produksi dan suntingan kamera yang terlalu pantas. Oleh kerana lirik lagu ini yang berulang-ulang, tanpa mempelbagaikan corak persembahan, ia akan menjadi begitu monotonous dan flat. Lalu persembahan menjadi agak bosan. Liza perlu mempelbagaikan tone suara dan pergi ke kelas vokal untuk mendalami ilmu vokal. Beliau mempunyai suara yang gemersik yang jarang ada pada penyanyi yang ada sekarang.

AF9Vince
Sewaktu ditanya oleh Aznil tentang persembahan beliau di luar negara, Vince dengan bangga menjawab Hong Kong. Sebentar kemudian menukarkan jawapannya kepada Jepun. Apabila ditanya siapakah penyanyi Hong Kong yang turut sama membuat persembahan bersama Vince, beliau terdiam sekaligus membuktikan beliau sendiri tidak tahu siapakah yang bakal menjadi saingannya di peringkat antarabangsa kelak. Mujur beliau tidak menjawab Leslie Cheung, seorang penyanyi Hong Kong yang telah pun meninggal dunia.

Pernah (4.5/5 bintang)
Persembahan lagu Pernah bermula dengan sketsa. Namun demikian, persembahan sketsa tidak berjaya disampaikan dengan baik kerana mood penonton telah dipotong dengan aksi jenaka oleh Vince. Secara keseluruhan, suara beliau memang terbaik. Showmanship beliau juga cemerlang. Begitu juga dengan penghayatan. Beliau bijak mengawal suara tingginya dan menvariasikan vokal beliau. Teknik falsetto beliau amat cemerlang.

Tak Ingin Kehilanganmu (4/5 bintang)
Persembahannya agak baik. Namun demikian, apabila berada di nada rendah, kedengaran agak tenggelam. Showmanship beliau memang menarik untuk lagu catchy ini. Penguasaan pentas beliau dilakukan dengan berjaya. Terdapat kesilapan counting dalam lagu tersebut tetapi berjaya ditutup dengan satu persembahan yang mantap. Ramli MS menasihatkan beliau belajar teknik pernafasan yang baik untuk menyanyi. Penggunaan teknik pernafasan dari perut sedikit sebanyak akan membantu.

AF9Nija
Pengetahuan Nija tentang dunia rock Malaysia agak meluas. Beliau mampu untuk menamakan mereka yang terlibat dengan dunia rock tempatan dengan baik. Jawapannya bersahaja. Beliau agak terdiam apabila ditanya siapakah Awie oleh Aznil. Mungkin di dalam fikirannya ingin sahaja dijawabnya “bekas tunang Eera Fazira”, tetapi berjaya dikawal oleh Nija dengan baik dan Aznil selaku pengacara bijak memainkan peranannya.

Selagi Ada Cinta (4/5 bintang)
Sebutannya amat jelas untuk lagu ini. Showmanship beliau juga agak baik. Penggunaan ad-lib yang kurang menyebabkan lagu tersebut kedengaran flat dan monotonous. Ada beberapa bahagian lagu tersebut, Nija tidak sampai. Penghayatannya untuk lagu tersebut berjaya disampaikan dengan baik. Ini merupakan persembahan terbaik Nija apabila menyampaikan lagu berentak balada.

Kenangan Pahit (5/5 bintang)
Ekspresi wajahnya berubah sekelip mata. Beliau begitu enjoy membawakan lagu berentak rock. Showmanship beliau amat bertenaga tetapi terkawal. Penguasaan pentas beliau amat cemerlang. Penghayatan beliau untuk lagu ini amat baik dan penonton memberikan standing ovation kepada beliau. Ramli MS mengatakan Nija mempunyai suara yang cut through tetapi beliau perlu mendalami asas nyanyian untuk berjaya.

AF9Khai
Jawapan Khai untuk hadiah yang pernah dihadiahkan oleh peminat benar-benar tidak masuk akal melainkan jika pekerjaannya adalah sebagai seorang gigolo. Peminat di Malaysia belum termampu untuk menghadiahkan artis pujaan mereka dengan sebuah rumah dan kereta. Jawapan Khai seharusnya lebih realistik walaupun mood temuramah tersebut dibuat dalam nada jenaka. Yang sedang dinilai waktu tersebut ialah IQ mereka.

Dambaan Pilu (4.5/5 bintang)
Permulaan persembahan emosinya cuba diganggu dengan meletakkan frame gambar Rosma di atas meja. Klip perhubungan beliau dengan Rosma dimainkan di skrin pentas. Namun demikian, beliau bijak mengawal emosinya agar tidak diganggu dengan gangguan-gangguan sebegitu. Showmanship beliau juga baik. Kawalan suara beliau amat cemerlang terutamanya apabila menyanyikan lagu balada. Penghayatannya berjaya membuatkan penonton bersama-sama menantikan beliau menghabiskan lagu tersebut. Keseluruhannya ini merupakan persembahan terbaik Khai setelah Aladdin.

Seberapa Pantas (4.5/5 bintang)
Lagu rock sudah sebati dengan jiwa Khai. Tatkala mendendangkan lagu Seberapa Pantas, beliau kelihatan amat enjoy di pentas. Penguasaan pentasnya amat cemerlang. Beliau berjaya melakukan beberapa aksi akrobatik. Namun demikian, kesilapan teknikal pada pembesar suara menyebabkan penghayatannya terganggu sekaligus penjatuhkan mood persembahan beliau. Keyakinan beliau sedikit terganggu tetapi beliau tetap meneruskan persembahannya. Showmanship bertenaga beliau amat berjaya. Beliau perlu bekerja keras untuk memantapkan mutu vokal beliau.

AF9Medley Bekas Pelajar
Azza – Memori dendangan beliau tetap baik. Namun demikian saya merasakan lagu Siapalah Aku lebih sesuai didendangkan oleh beliau kerana sesuai dengan mesej lagu tersebut.
Adi – Aku Cinta Kau Dan Dia dendangannya membuatkan Tenaga Pengajar mengalirkan airmata. Beliau berjaya menambat emosi penonton dengan lagu tersebut. Nyanyian beliau sungguh cemerlang. Walaupun kebanyakan masa sewaktu menyanyikan lagu tersebut, Adi banyak memandang ke arah Finalis dan tidak kepada penonton. Vince dan rakan-rakannya yang lain dilihat menitiskan air-mata.
Atie – Hi Hi Bye Bye dendangannya agak baik berbanding persembahannya di Konsert 1 tetapi beliau masih belum boleh digilap sebagai penyanyi kerana mutu vokal beliau belum cukup mantap untuk menembusi pasaran Malaysia apatah lagi antarabangsa.
Burn – Back At One dendangannya amat cemerlang. Beliau mempunyai vokal R&B yang mantap.
Rosma – My All dendangannya bermula dengan kesilapan dan berakhir dengan kesilapan. Namun demikian, My All di tangan Rosma tetap menarik. Saya akui lagu My All nyanyian Mariah Carey bukan merupakan satu lagu yang mudah.
Nana – I Will Survive dendangannya membuatkan Cikgu Siti Hajar mengalirkan air-mata. Nana merupakan anak murid yang pernah diherdik oleh beliau dalam salah satu kelas teknik vokal kelolaan beliau. Melihatkan keyakinan Nana di pentas, beliau pastinya akan menjadi seorang penghibur serba-boleh satu hari nanti.
Sahri – Di Sudut Kamar Hatiku dendangan beliau memang cemerlang. Penghayatan beliau amat baik dan mesej lagu tersebut amat kena dengan apa yang melanda Sahri. Emosi penonton terutamanya Tenaga Pengajar benar-benar terusik apabila beliau mendendangkan lagu tersebut.
Thank You For The Music nyanyian beramai-ramai yang diketuai oleh Nana amat cemerlang. Inilah saat pertama kali Finalis dipertemukan semula dengan bekas pelajar Akademi Fantasia.

Menuju Puncak
Buat kali terakhir mereka menyanyikan lagu Menuju Puncak dengan koreografi 5 pelajar. Koreografi lagu tersebut amat menarik dan di penghujung lagu tersebut kesemua bekas pelajar turut serta menari bersama mereka. Maka Reunion Akademi Fantasia pun bermula.

AF9Keputusan
Keputusan telah pun anda ketahui. Vince dinobatkan menjadi Johan Akademi Fantasia yang pertama. Khai di Tempat Kedua dan Azizi di Tempat Ketiga. Agak tidak sukar untuk menelah selera penonton Malaysia. Jika dinilai dari segi persembahan dan sekiranya ia dinilai oleh Juri Profesional, sudah pasti Nija bakal merebut salah-satu kedudukan teratas. Namun demikian, keputusan semuanya di tangan penonton. Kemenangan Vince sekaligus membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bijak membuat keputusan untuk Kemuncak Konsert tetapi penuh muslihat dalam menentukan keputusan mereka sewaktu Konsert 1 hingga Konsert 8. Saya dapat merasakan keputusan Konsert 1 hingga Konsert 8 merupakan fasa survival yang memerlukan kesabaran dalam menerima keputusan kejutan hasil dari silap strategi penonton sendiri. Yang terbaik tidak semestinya akan terus kekal hingga ke Kemuncak Konsert kerana mereka bisa terpancung kerana silap strategi penonton. Perjalanan majlis sewaktu Keputusan juga agak kelam-kabut kerana dengan jelas ASTRO meminggirkan Nija dan Liza selaku Finalis tanpa apa-apa cenderamata sebagai Finalis. Trofi untuk mereka hanya diserahkan sewaktu rancangan Imbasan Akademi Fantasia. Mereka sewajarnya dihargai pada malam tersebut kerana telah berjaya sampai ke peringkat akhir.

Fikirkan apakah malam-malam anda tanpa Akademi Fantasia ?
Kata-kata Aznil Nawawi yang saya boleh nobatkan Pengacara Terbaik Tahun ini serta Pengacara Paling Popular menutup Kemuncak Konsert Akademi Fantasia. Fenomena baru ini telah melanda rakyat Malaysia. Datangnya sekejap sahaja. Hanya 9 minggu umpama wabak SARS tetapi kesannya cukup kuat. Terima kasih kerana terus melanjutkan Saluran 17 sehingga 22 Ogos.

AF9Penutup Akademi Fantasia
Kedudukan Selepas Konsert
Vince 31%
Khai 28%
Azizi 17%
Nija 14%
Liza 9%

Tiada kejutan apabila melihat keputusan selepas Konsert. Hanya undian untuk Nija naik mendadak dari 11% menjadi 14% hasil persembahan mantap beliau malam itu. Namun demikian ia masih tidak dapat menyekat undian SMS dari peminat fanatik Vince dan Khai dari terus mara sehingga muncul Johan dan Naib Johan. Walaupun agak terkilan kerana Nija gagal merebut sebarang tempat, namun saya harus akur dengan selera pengundi Malaysia. Setelah menilai persembahan saya menjangkakan bahawa keputusannya adalah Khai muncul sebagai Juara, Vince mendapat Naib Johan dan Nija mendapat Tempat Ketiga. Apa-apa pun saya tetap berpuashati dengan keputusan yang ada.

Sebagai peringatan terakhir, ingatlah bawa bulan Ogos ialah bulan Kemerdekaan Malaysia dan bukannya bulan Akademi Fantasia. Dan lagu Menuju Puncak bukan lagu kebangsaan Malaysia.

Entri oleh sultanmuzaffar 09 August 2003 0 komen

dipetik dari Berita Harian, Sabtu 9 Ogos 2003

KOMEN TENAGA PENGAJAR

Freddie Fernandez (Pengetua)
Liza:
“Pelajar yang paling jelas peningkatannya berbanding pelajar lain. Liza adalah contoh perubahan total sepanjang AF2003 berlangsung. Jika kita bandingkan dari konsert pertama, kini Liza lebih berkeyakinan, ada gaya. Sungguh memberangsangkan.”

Azizi:
“Dari mula lagi saya sudah nampak profesionalisme pelajar ini sebab dia ada pengalaman menyanyi di kelab. Dia tahu bagaimana nak bawa diri dan mempunyai suara yang baik. Kesimpulannya, Azizi punya segala potensi untuk menjadi penghibur berbakat,”.

Nija:
“Karektor adalah ‘selling point’ bagi pelajar ini. Dia comel, manja, kelakar dan memiliki vokal yang mantap. Paling lucu kalau dia cuba berbahasa Inggeris. Apapun, saya percaya ramai yang menyukainya kerana dia menampilkan dirinya sendiri. Banyak peningkatan dan kini Nija sudah pandai menari. Ini menunjukkan kelas yang diadakan cukup berkesan.”

Vince:
“Suaranya adalah taruhan utama dan pada masa sama pandai mencipta lagu, menari dan berlakon menjadi sandaran yang kuat untuk bergelar penghibur. Dia cepat belajar dan bijak orangnya serta melakukan sesuatu dengan caranya tersendiri. Dia memiliki bakat sejati seorang penghibur.

Khai:
“Saya dapati orang ramai suka dengan pakej Khai yang pendiam, suka senyum, mesra dan suaranya yang rock. Dengan keyakinan diri yang terbina, kini saya yakin kalau letak Khai seorang atas pentas pun dia boleh buat konsert rock dengan jayanya. Khai juga ada potensi jadi penghibur. Kalau dulu setakat tahu nyanyi kini dia cekap berinteraksi dengan penonton.”

Linda Jasmine (Guru Koreografi)
Liza:
“Peningkatan paling besar yang dapat saya lihat ialah Liza. Pun begitu dari segi vokal dan gaya persembahan masih belum sampai ke peringkat yang membanggakan. Seorang yang sangat pemalu tetapi masih banyak ruang untuk memperbaiki diri.”

Azizi:
“Emosi tetapi memiliki vokal yang bagus. Kalau dia dalam mood yang betul, persembahannya memang mantap. Walaupun hanya berdiri tegak, auranya sebagai penghibur nyata timbul. Tapi Azizi kurang menyerlah jika menari dalam kumpulan, dia adalah seorang yang sesuai bergerak solo.”

Nija:
“Menunjukkan banyak peningkatan dari segi gaya persembahan tapi masih ada rasa malu-malu. Dia juga memahami idea sesuatu gaya persembahan tapi kadang kala hilang punca apabila berada di pentas.
Tapi yang pasti, Nija kini pandai menari dan penuh keyakinan diri.”

Vince:
“Multi talented, memiliki bakat kepemimpinan yang terserlah juga ada naluri semula jadi untuk mengajar. Boleh menari, cuma kurang groove walaupun pergerakannya kuat dan tajam. Vince perlu lebih relaks untuk mendapatkan flow yang baik.”

Khai:
“Seorang lagi pelajar yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Berbanding dulu, saya sendiri tidak menyangka yang dia ada pelbagai lagi bakat yang tersimpan dalam dirinya terutama ketika menari. Jadi kami kena bantu bangkitkan bakat yang tersimpan itu untuk keluar sepenuhnya.”

Siti Hajar (Guru Nada Suara)
Liza:
“Suaranya sesuai membawakan banyak rentak lagu cuma belum cukup matang lagi. Liza perlu lebih banyak pendedahan dan saya percaya kalau lebih lama saya melatihnya, Liza mampu memberikan kejutan yang memeranjatkan sebagai seorang penghibur.”

Azizi:
“Pelajar dengan suara yang cukup unik. Tapi memandangkan sudah terlalu banyak pendedahan dan pengalaman membuat persembahan, agak lambat sikit menerima teknik latihan yang diberikan. Dia sudah serasi dengan gayanya yang tersendiri. Apapun, Azizi mampu menjadi penghibur yang baik satu hari nanti.

Nija:
“Nija punya suara yang kuat dan lantang, tapi hanya beberapa rentak saja yang sesuai dengan vokalnya. Dia belum matang dan masih banyak ruang untuk ‘grooming’. Satu kelemahan yang jelas pada pelajar ini ialah ‘pitching’ nya yang selalu lari. Jadi nasihat saya, untuk menjadi penyanyi yang baik gunakan deria telinga kita dengan cukup baik dan tidak mengharapkan telinga orang lain untuk menegur.”

Khai:
“Masih kurang pendedahan, banyak menyanyi tetapi kurang ilmu nyanyian dan hanya terdedah kepada satu bentuk lagu saja iaitu Rock. Saya tahu jauh di sudut hati, Khai ingin mencuba lagu asli berentak ghazal cuma belum ada peluang. Apapun, Khai menunjukkan peningkatan baik dan kalau terus dilatih dia boleh pergi jauh lagi.”

Vince:
“Bertuah kerana dilahirkan dengan ilmu muzik, jadi tiada masalah dengan lagu dan dia tahu arah mana untuk dituju. Suara Vince sebenarnya biasa saja tetapi kerana kemampuannya melakukan ad-lib dan berani menjelajah rentak baru, persembahannya menampilkan kelainan. Mampu menjadi penghibur yang baik.”

Adnan Abu Hassan (Guru Vokal)
Liza:
“Pelajar yang paling meningkat prestasinya, mungkin bukan yang terbaik tetapi dari segi peningkatan, membanggakan. Cuma masalah akan timbul kalau dia gementar. Jika kelemahan itu dapat diatasi tiada masalah kerana Liza punya pakej yang cukup.”

Azizi:
“Dia profesional dan mampu mengawal pentas dengan baik. Saya yakin, Azizi mampu buat yang terbaik berbekalkan pengalamannya sebelum ini. Lagipun persembahan selama 15 minit bagi setiap peserta cukup mencabar dan dia boleh lakukannya.”

Khai:
“Dia ni ala ‘pop star’ dan semua orang suka padanya. Tapi masih banyak perkara yang perlu digilap.
Apapun dia seperti ada kuasa memukau dan karisma ketika beraksi di pentas, jadi jaga-jaga dengan pelajar ini,”.

Nija:
“Penyanyi wanita yang unik di AF dan semua orang suka padanya. Kalau kita lihat dia di TV seolah-olah semuanya yang ada di sekelilingnya adalah rock, rock dan rock. Dia ada suara yang baik dan saya harap dia dapat memberikan persembahan yang baik nanti.”

Vince:
“Dia adalah pilihan paling panas sekarang ini dan punya karisma seperti Khai. Vince nampak selesa beraksi di pentas dan dia tahu bagaimana untuk blend dengan baik apabila berhadapan dengan kamera.”

Fatimah Abu Bakar (Guru Seni Persembahan)
Liza:
“Sangat bangga dengan Liza yang saya anggap seperti ‘survivor’ di kalangan pelajar. Perubahan pada dirinya sangat ketara dan kini dia sudah tidak takut untuk mencuba walaupun sifat malu itu masih menebal dalam dirinya.”

Nija:
“Dia sebenarnya pemalu dan cuba berlindung di sebalik watak ‘rockers’ nya. Kalau kita lihat karektornya seperti anak manja tetapi hakikatnya dia bukanlah pelajar termuda di AF cuma cara dia dibesarkan begitu. Saya suka sangat dia ni kerana dia ‘never say no’ walau disuruh buat perkara yang memalukan baginya.”

Azizi:
“Sangat tenang dan terkawal tapi perlu diingat dia ni agak sensitif orangnya dan suka merendah diri.
Tapi kerana dia bersikap profesional dia tahu bagaimana untuk menyembunyikan emosi itu. Punya potensi besar untuk bergelar penghibur berjaya satu hari nanti.”

Khai:
“Manis orangnya dan sedap dipandang mata. Saya rasa Khai bakal menjadi bintang pop yang popular kerana dia punya pakej. Apa pun Khai perlu banyak perbaiki vokal sebab suka sangat lagu berentak rock.”

Vince:
“Dia ni ‘heart-breaker’ itulah maklum balas yang saya terima daripada rakan yang lain. Kelebihan Vince terletak pada ilmu muziknya. Selain itu, dia cepat belajar dan bijak. Tapi berjaga-jaga, Vince sebenarnya seorang yang sensitif dan bijak berselindung di sebalik lawak jenaka serta tawanya.

UNDI DENGAN BIJAK !

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Terakhir Minggu Terakhir

Kelas Tarian Linda Jasmine
Apabila ditanya oleh Linda berapa counting yang perlu mereka buat, yang menjawab hanyalah Khai. Khai bersungguh-sungguh dalam tarian dan ingin memperbaiki diri. Khai menjawab 2 8 and 1 extra. Saya wajar puji ketekunan beliau belajar tarian sejak hari pertama di Akademi. Cikgu Linda Jasmine turut memuji beliau dalam banyak kelas-kelas terdahulu. Linda turut menasihatkan Liza agar execution beliau lebih sharp. Perkara yang sama pernah ditegur oleh Anita Sarawak. Harap Liza mengambil perhatian teguran tersebut. Bukan tak boleh buat. Dah boleh Cuma kena perlu lebih sharp lagi.

Lagu Menuju Puncak versi Broadway memang menarik dan catchy. Saya suka arrangement lagu tersebut yang saya kira dilakukan oleh Aubrey Suwito. Nada Cikgu Linda agak garang apabila pelajar melakukan kesilapan. Macam mak tiri !

Aznil di Banglo Akademi Fantasia
Inilah kali pertama penggambaran dilakukan di dalam banglo Akademi Fantasia. Banglo tersebut akan menjadi kenangan kepada 12 pelajar Akademi Fantasia. Di situlah berlakunya segala kelas drama, tarian, vokal serta makan-minum mereka. Pembesar suara yang ditinggalkan oleh lima peserta terakhir di tempat biasanya diberi fokus kerana selepas ini tiada siapa yang akan menggunakannya. Menonton adegan ini seperti menonton Survivor Finale apabila dua peserta terakhir akan membuat ritual mengingati peserta-peserta yang telah tersingkir.

Komen Pengetua dan Tenaga Pengajar
Azizi
Lagu Piramid Cinta dendangan Azizi dibuat dengan sangat baik. Kawalan suara beliau mantap. Bahagian tinggi lagu tersebut berjaya disampaikan dengan baik. Showmanship beliau untuk lagu tersebut saya kira agak baik tetapi Puan Fatimah meminta beliau mengubah sedikit agar bersesuaian dengan mesej lagu tersebut.

Untuk lagu baru, showmanship beliau juga agak cemerlang. Lagu rancak yang catchy tersebut berjaya disampaikan dengan baik. Beliau perlu menambah beberapa ad-lib agar dapat mencantikkan lagi lagu tersebut.

Liza
Nyanyian Liza lebih meniru gaya penyanyi asal lagu tersebut. Walaupun begitu, mutu vokal beliau amat baik. Beliau terlalu terikut-ikut gaya penyanyi tersebut. Beliau tidak berusaha untuk menvariasikan lagu tersebut. Saya menasihatkan beliau agar mempunyai identiti sendiri dan menyanyi dengan penghayatan beliau sendiri. Penghujung lagu tersebut perlu diberikan impact yang berbeza agar penonton merasai feel beliau.

Begitu juga untuk lagu baru, Liza perlu mencipta stailnya sendiri. Itu lagu beliau bukan lagu penyanyi lain. Liza bebas untuk mencipta mood lagu tersebut.

Vince
Cara Vince mendendangkan lagu barunya juga agak baik. Showmanship beliau sangat first class. Setelah Sahri tersingkir, saya menyifatkan Vincelah yang paling layak untuk digelar sebagai seorang yang berani menvariasikan persembahan beliau. Beliau tidak takut untuk mencipta sesuatu yang baru untuk persembahannya. Tahniah !

Nija
Selagi Ada di tangan Nija nampaknya sudah baik. Beliau perlu menambah beberapa ad-lib agar dapat mencantikkan lagu tersebut. Showmanship Nija perlu bermakna dan bukannya pergerakan kosong. Teguran pedas dari Puan Fatimah menasihatkan mereka agar mempraktikkan apa yang telah diajar dan bukannya hanya menyimpan ilmu tersebut.

Lagu baru Nija berentak rock dan wajah Nija sewaktu mendendangkan lagu ini berbeza dengan wajahnya mendendangkan lagu Selagi Ada Cinta nyanyian Ning. Wajah beliau nampak puas apabila mendendangkan lagu rock. Encik Freddie turut mengesan Nija yang seakan-akan cuba menipu penonton dengan tidak mengeluarkan semua vokal beliau. Showmanship Nija untuk lagu ini mantap dan beliau enjoy membawakan lagu tersebut berbanding lagu Selagi Ada Cinta.

Khai
Pada pandangan saya, Khai masih belum benar-benar bersedia membawakan lagu baru tersebut. Masih terdapat sedikit masalah dari segi pitching. Secara keseluruhan penghayatan beliau untuk lagu tersebut saya kira sudah diperolehi. Lagu balada tersebut berjaya diperoleh moodnya oleh Khai.

Lagu Seberapa Pantas agak berjaya dibawakan oleh beliau. Seperti Nija, Khai sungguh selesa membawakan lagu ini berbanding lagu barunya. Showmanshipnya nampak menjadi. Seperti biasa, ia merupakan lagu rock, Khai tiada masalah membawakan lagu bercorak sedemikian.

Kenangan Akademi Fantasia
Di situlah tempat mereka berlatih tarian, drama dan sessi bertemu pengetua. Di situlah tempat mereka melatih teknik vokal. Di situlah tempat mereka makan dan minum selama lebih sembilan minggu. Di situlah tempat mereka bergurau senda.

ONE SHOT !
Semangat rakan mereka yang 12 orang itu diserap dengan satu jerita ONE SHOT ! Mereka tercipta setelah dilatih dan dipilih. Itu kelebihan Akademi Fantasia. Semangat rakan-rakan mereka diserapkan agar mereka dapat membuat persembahan dengan terbaik. Apa yang perlu mereka lakukan ialah tidak menyesal. Mereka perlu melakukan yang terbaik yang mereka termampu dan tidak menyesal dengan apa yang telah dipersembahkan. ONE SHOT !

Khai dan Nija
Khai dan Nija sama-sama berlatih lagu Menuju Puncak sambil Nemo bermain piano. Saya pasti akan merasa kehilangan melihat gelagat Nemo untuk minggu-minggu yang akan datang.

Hold On To Your Dreams
Lagu ciptaan Vince yang berbakat mengakhiri Diari Akademi Fantasia musim ini. Impian anda adalah untuk menjadi Penghibur. Buat yang Terbaik ! Pasti anda berjaya !

Dalam banyak-banyak komen, saya paling terharu apabila membaca komen ini :-

PERSONAL GRATITUDE TO SM:

THANKS FOR....
1. ...listening to our whims although sometimes I know it's too much.
2. ...not ridiculing our ideas even when they are kinda silly sometimes and you don't agree with us one bit.
3. ...teaching us how to savor the true meaning of freedom of speech..and for leading by example.
4. ...showing us a real life manner in which the freedom of press was taken advantage of.
5. ...reminding us the good/positive sides of Atie, Nana, Rosma and Liza those times when we were sure they were somekind of cunning little witches (looking back I find the whole thing funny).
6. ...turning our dislikes/hates towards Atie, Nana, Rosma and Liza into rasa SAYANG SANGAT..(we realized that they are not perfect after all and we are far from being angels ourselves).
7. ...for understanding our cries and complains when Rosma and Sahri were voted out.
8. ...for sharing our emotional ups and downs throughout Akademi Fantasia...our interests, happiness, sad,irritation, gladness, amazement, shocked, dissapoinment, anger, gloomy, tired of being angry, acceptance...nerve wrecking, cold sweaty palms and on to the the finals.
9. ...BEING THERE.

THANK YOU, SM.
Rina | 08.09.03 - 11:43 am |

Terima kasih kerana setia bersama saya.

::Ulasan Kemuncak Konsert Akademi Fantasia hanya akan tersiar pada hari Isnin, bukan pada hari Ahad seperti kebiasaan kerana saya memerlukan banyak masa untuk melakukan sedikit pembacaan serta memberikan ulasan yang terbaik untuk anda. Selain daripada itu, saya memerlukan hari Ahad untuk melihat dunia.::

Entri oleh sultanmuzaffar 08 August 2003 0 komen

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Keempat Minggu Terakhir

Kelas Teknik Vokal Siti Hajar
Azizi
Latihan Azizi sudah semakin baik. Beliau sudah dapat mengawal suara dengan baik. Verse yang tinggi untuk lagu tersebut juga boleh disampaikan oleh Azizi dengan baik. Lagu Piramid Cinta yang ada unsur-unsur blues akan lebih menarik sekiranya diiringi dengan petikan gitar.

Liza
Sebutan Liza sudah semakin jelas. Lagu Dayang Nurfaizah memiliki tone yang tinggi rendah. Verse tinggi lagu tersebut berjaya disampaikan oleh Liza dengan cemerlang. Liza bakal memukau dengan lagu ini. Untuk menyanyi secara falsetto perlu kena pada tempatnya, dan bukan tidak bertempat. Jika ingin merubah ad-lib lagu tersebut perlu kemas. Biar kena !

Nija
Saya masih kurang berpuashati dengan persembahan Nija. Melodi lagu tersebut masih belum dihayati sepenuhnya oleh beliau. Beliau perlu peka dengan bunyi nyanyian. Melodi lagu tersebut memaksa teknik pernafasan yang betul. Sebenarnya saya simpati dengan beliau kerana mendapat lagu yang tidak sesuai dengan jiwanya serta suaranya. Tetapi sebagai cabaran, apa salahnya ! Ning Baizura pun dah join persembahan dengan Metalasia. Tak sabar pula nak tengok Konsert Geeta Gangsa malam ini.

Vince
Sesekali kelihatan beliau over-do lagu tersebut. Kawalan suara beliau saya akui sangat baik. Mainan vokal dilakukan dengan cemerlang. Secara keseluruhan beliau boleh mempersembahkan lagu tersebut dengan baik Cuma saya amat berharap agar ad-lib beliau dilakukan dengan kemas. Jangan dirosakkan lagu tersebut.

Khai
Lagu ini sebenarnya bercerita. Penghayatan Khai untuk lagu tersebut sudah mula keluar. Cuma Khai perlu melembutkan badannya untuk bergerak bebas. Beliau perlu meniru gaya Duta, penyanyi asal lagu tersebut mendendangkan lagu tersebut. Jika boleh, beliau perlu kelihatan comel sewaktu mendendangkan lagu tersebut. Jangan takut untuk melompat, bergerak bebas, Buka tangan ! Bebaskan diri !

Confession Camera
Melihatkan gelagat mereka yang yang sudah hampir dua bulan tidak bertemu dunia memang melucukan. Itulah kawan-kawan mereka sepanjang dua bulan yang lalu. Minggu terakhir ini tidak banyak sedikit akan meninggalkan kesan emosi terhadap mereka. Bukan sahaja mereka, peminat Akademi Fantasia juga merasakan perkara yang sama. Saya sudah mencongak apa yang perlu saya lakukan selepas Akademi Fantasia. Gelagat melucukan mereka itu adalah sesuatu yang kita sendiri tidak mahu melepaskan ia pergi. Percayalah, saya merasakan demikian. Kalau boleh biarlah Saluran AF@17 kekal sampai bila-bila. Ulang-ulang benda yang sama sampai Musim Kedua bermula pun tidak mengapa. Siapa boleh melupakan adegan Atie memeluk kaki Adifashla, Azza yang rajin mengemas di dapur, Nija tidak tahu apa itu lambchop, Sahri menyanyi bersama David Arumugam, tepukan gemuruh penonton tatkala nama Nana diumumkan, hubungan intim Burn dan Nana yang dibual orang, keseronokan Azizi bertemu Anita Sarawak, bagaimana intimnya Vince dan Liza, tangis kesedihan Khai sewaktu Rosma tersingkir, comel seekor kucing bernama Nemo dan banyak lagi kenangan Akademi Fantasia yang sukar kita lupakan. Tentu mereka sebagai pelajar lebih merasakan.

Sessi Latihan Lagu Baru
Saya sebenarnya sudah kering idea untuk menilai persembahan mereka untuk lagu baru kerana saya tidak pernah mendengar lagu-lagu baru tersebut. Penilaian saya adalah berdasarkan music instinct yang ada di dalam diri saya.

Liza
Untuk menyampaikan lagu tersebut, sebutan Liza perlu lebih jelas. Menilai attitude beliau semalam, saya sudah berpuas hati dengan penampilan beliau. Beliau kelihatan all-out.

Khai
Lagu tersebut agak perlahan, dan masih kedengaran ada sedikit masalah key di dalam bahagian-bahagian tertentu. Saya mengharapkan beliau mempelajari dengan mendalam melodi lagu tersebut bukan hanya sekadar berlatih.

Azizi
Lagu tersebut agak fast temponya. Jika disampaikan dengan baik, penonton akan dapat menangkap lagu tersebut kerana melodinya agak catchy. Kawalan suara beliau sudah baik. Penghayatan beliau juga sudah mula kelihatan.

Nija
Beliau perlu all-out sewaktu menghabiskan note tinggi lagu tersebut. Dari segi pitching sudah agak baik. Nija perlu memberi tumpuan terhadap lagu ini kerana saya merasakan lagu Seladi Ada Cinta beliau akan menghadapi sedikit masalah.

Vince
Puan Fatimah menasihatkan beliau agar tidak terbawa-bawa penghayatan lagu sebelumnya ke lagu seterusnya. Ini nasihat untuk semua. Koreograf lagu tersebut sudah menarik. Mood lagu tersebut agak happy dan feel free. Beliau perlu gembira membawakan lagu tersebut. Dinilai dari segi suara, beliau tiada masalah membawakan lagu tersebut.

Nemo Mandi
Vince dan Khai memandikan Nemo di dapur. Dah berapa lama agaknya Nemo tidak mandi.

Jika anda berminat untuk memiliki barangan yang mempunyai foto peserta Akademi Fantasia termasuk Nemo, anda boleh melayari cafeshops/af untuk membelinya secara online di

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Wawancara bersama Sultanmuzaffar

Saya rasa, blog berbahasa Melayu yang paling popular pada masa ini merupakan blog sultanmuzaffar (SM). Bilangan pengunjungnya dalam masa satu hari sahaja sudah mampu membuktikan kata-kata saya ini. Beberapa artikel yang pernah keluar di sana, disebarkan dalam bentuk e-mail (contoh: Tanda-tanda anda diserang DEMAM AKADEMI FANTASIA), walaupun kredit tidak pernah diberikan sama sekali kepada penulisnya.

Saya akui bahawa sebelum SM menukar bentuk blognya kepada apa yang kita lihat sekarang, saya jarang sekali membaca apa yang ditulisnya. Saya tidak begitu menggemari bacaan blog dalam bentuk jurnal peribadi, yang saya anggap kebanyakannya yang ada pada hari ini adalah terlalu membosankan, malah merunsingkan (lebih-lebih lagi apabila ia ditulis oleh penulis yang kurang cekap menulis - tentang kehidupan mereka yang sudah sedia bosan). Tetapi pada hari ini, seperti beribu-ribu pembaca yang lain, saya mengikuti tulisan SM dengan setia hampir pada setiap hari.

SM, seperti saya adalah seorang yang low-profile. Jadi, mungkin ramai tidak mengenalinya secara peribadi. SM ini sebenarnya agak pemalu orangnya, pendiam dan hanya akan bersuara jika ditanya. Minat beliau terhadap seni agak mendalam, malah saya pernah melihat beliau berlakon dalam satu persembahan teater...

Berikut adalah wawancara saya dengan beliau. Saya harap apa yang dipersembahkan di sini akan membuat anda lebih mengenali dirinya secara lebih dekat lagi:


NZ: Muz, Boleh saudara perkenalkan diri saudara kepada para pembaca?

SM: Jika anda minta saya perkenalkan diri, saya paling suka beritahu tarikh lahir saya iaitu pada 1 April 1974. April Fool's Day ! Satu dunia celebrate. Dilahirkan di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan. Anak sulung dari dua orang adik beradik. Keluarga yang agak kecil tetapi tanggungjawabnya berat. Sudah pun berumur 29 tahun dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Informasi. Belum ada keinginan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana, kerana bidang IT lebih baik buat Professional Certificates. Boleh main organ tapi sekarang tangan dah tak boleh sync dengan note music. Kini menjawat jawatan sebagai seorang Jurutera Multimedia Kanan di sebuah syarikat multimedia tempatan. Saya juga merupakan Naib Presiden Akar Gita Estetika, satu kelab kesenian di Kuala Lumpur yang berteraskan muzik, teater dan tari. Saya gemar menonton teater, pernah berlakon teater tapi kayu semacam ! Bila orang tanya ada degree IT tetapi minat seni, saya jawab saya guna dua bahagian otak secara maksimum !

NZ: Menurut pendapat saudara, apakah definisi sebuah Weblog?

SM: Weblog ialah sebuah tulisan peribadi yang diterbitkan di laman internet untuk dikongsi bersama. Weblog juga adalah tempat untuk berbual dan bercerita. Saya, sebagai contoh berbual tentang pengalaman-pengalaman saya yang pernah saya lalui serta tempat saya bercerita kepada pembaca saya tentang apa sahaja dan lebih baik sekiranya secara ilmiah dan ke arah positif.

NZ: Bolehkah saudara mencongak terdapat berapa ramai bloggers dari Malaysia yang aktif menulis. Adakah saudara menganggap rakyat Malaysia telah terdedah kepada fenomena blog yang telah melanda dunia sekarang ini?

SM: Terlalu ramai saya kira. Mungkin kerana terdapat blog yang bersifat peribadi yang tidak diwar-warkan kepada umum. Weblog yang tidak bersifat peribadi yang disiarkan kepada umum boleh kita peroleh daripada Petaling Street Project, Gengjurnal.net dan Volume Of Interactions: Great Malaysian Blog List. Fenomena blog masih baru di Malaysia, tetapi semakin berkembang. Ia seharusnya berkembang dengan lebih pesat lagi agar tidak banyak sedikit dapat mendidik rakyat Malaysia tentang pentingnya membaca dan juga mendidik pembaca tentang kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara di Malaysia jauh beza dengan apa yang berlaku di Barat. Kebanyakan pembaca Malaysia tidak memahami prinsip tersebut dan jika mereka faham pun mereka tidak faham sebenar-benarnya.

NZ: Respon yang bagaimana yang sering saudara terima dari pembaca-pembaca saudara? Adakah mereka sering berinteraksi dengan saudara??

SM: Ada yang menyukai tulisan saya dan tidak kurang juga yang tidak menyukai tulisan saya. Yang bila di hadapan suka, di belakang mengutuk pun ada juga. Yang mengutuk bila satu-satu pendapat yang saya utarakan di sini tidak mereka sukai, dan kemudiannya memuji apabila kita sealiran pendapat pun ada juga. Ada baiknya. Tetapi saya lebih suka jika pujian itu diiringi dengan cara atau cadangan untuk memantapkan lagi isi weblog ini dan jika kutukan itu juga diiringi dengan cadangan lain agar sama-sama dapat manfaat. Bukan hanya mengutuk tanpa beri cadangan lain. Kata seorang bekas Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan, kalau anda ingin mengkritik, beri cadangan lain. Kalau tidak, lebih baik diam sahaja.

Saya sering berinteraksi dengan mereka melalui tagboard yang ada di weblog saya serta berutus email. Untuk bertemu belum berkesempatan lagi. Kawan-kawan rapat dengan saya kata, saya ada followers. Followers yang bagaimana saya sendiri tidak tahu.

*Untuk membaca isi kandungan selanjutnya, sila lawati laman Limau Nipis oleh Nizam Zakaria

Entri oleh sultanmuzaffar 07 August 2003 0 komen

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Ketiga Minggu Terakhir

Sembang-Sembang
Azizi sebagai seorang abang banyak menasihatkan adik-adiknya agar terus berusaha. Beliau terus memberi semangat kepada Liza dan Nija melakukan persembahan yang terbaik. Nija nampak seakan-akan putus asa. Beliau sebenarnya tidak faham makna tawakal. Walaupun benar, segala keputusan telah pun ditentukan Allah, tetapi sebagai manusia kita mesti harus terus berusaha. Apa-apa yang kita buat kena berusaha. Dapat tak dapat itu belakang kira. Liza contohnya tetap berusaha bersungguh-sungguh dan dibantu dengan undian penonton, beliau terus kekal sehingga Kemuncak Konsert Akademi Fantasia. Kata Azizi, jangan sehingga tiada keyakinan, dan jangan pula terlalu over confident.

Kelas Lakonan Fatimah Abu Bakar
Sebenarnya saya tidak faham tujuan sebenarnya sessi lakonan kali ini. Nija perlu berlakon dengan Khai. Dalam waktu yang sama, Puan Fatimah mengarahkan Liza agar turut sama memberi tekanan kepada Khai. Nija yang memang terkenal dengan sifat kaki gaduhnya memberikan tekanan yang hebat buat Khai. Azizi datang untuk menenangkan Nija, ditolak sehingga jatuh.

Liza perlu meniru gaya lakonan Nija dan sebaliknya. Vince meniru dengan gaya yang melampau. Memang melucukan.

Kelas Vokal Adnan Abu Hassan
Azizi
Lagu Piramid Cinta agak blues bunyinya. Vokal Azizi untuk lagu ini kedengaran agak sumbang dan terdapat masalah pitching di beberapa verse.

Khai
Lagu Seberapa Pantas memang agak rancak melodinya. Terdapat masalah dari segi pitching dan sumbang pada lagu tersebut. Lagu ini memerlukan attitude untuk beraksi pantas di atas pentas. Adnan Abu Hassan menasihatkan Khai agar menghafal lirik lagu tersebut. Jika tidak, Khai tidak mungkin dapat mengikut tempo yang diberikan sambil melihat-lihat kertas lirik. Melodi akan jadi kelam-kabut.

Menuju Puncak
Lagu Menuju Puncak versi baru memang menarik dan amat catchy. Ad-lib yang dilakukan oleh Vince memang cemerlang. Saya puji ad-lib yang dilakukan oleh beliau. Yang menarik, lagu tersebut mempunyai unsur-unsur broadway. Itu keistimewaan lagu tersebut. Lagu ini secara tidak langsung telah divariasikan menjadi pelbagai genre muzik. Adalah lebih menarik jika lagu Menuju Puncak divariasikan kepada genre muzik tempatan dengan menerapkan unsur-unsur Melayu, China dan India.

Kelas Tarian Linda Jasmine
Liza
Koreografi tarian oleh Linda Jasmine untuk lagu baru Liza bertambah baik. Posture Liza yang sesuai sebagai seorang penari memberikan beliau kelebihan untuk menari dengan baik. Satu lagi kelebihan Liza ialah beliau bersungguh-sungguh dan itulah yang membuatkan beliau berada di Akademi sehingga sekarang. Linda Jasmine apabila menari tidak perlu dipertikaikan lagi. Mata saya lebih tertumpu kepada beliau dari melihat tarian Liza. :)

Nija
Koreografi untuk Nija tidak banyak yang boleh dilakukan kerana lagu Selagi Ada adalah sebuah lagu yang tidak memerlukan seseorang penyanyi itu menari. Linda Jasmine perlu memperbetulkan lenggok tubuh Nija yang kelihatan agak keras.

Nija vs Khai
Nija mengajak Khai bermain bola. Nija seakan-akan mencabar dan tidak mahu mengaku kalah. Khai akhirnya menang dan sekaligus menaikkan martabat lelaki. Ambil fail dan terus naik ke kelas. Sudah lewat agaknya.

Vince & Nemo
Menyedari yang dirinya berada di tangga terkebawah selepas Konsert VIII, beliau mencuri tumpuan kamera dengan bermain-main bersama Nemo. Beliau juga kelihatan berusaha mengganggu Nija dengan Nemo. Beliau bijak memancing undi penonton.

Entri oleh sultanmuzaffar 06 August 2003 0 komen

Geeta Gangsa
GEETA GANGSA

Category : Muzikal
Date : 08 Aug 2003 - 10 Aug 2003
Time : 8.30 malam

A symphony of musical instruments from the gong family performing Traditional, Contemporary and Experimental music live.

Performance Director : Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain)

Composers : Othman Abdullah, Dr. Rahayu Supanggah, Mohd Yazid Zakaria, Kamrulbahrin Husin, Narawi Rashidi, Metalasia, Lewis Pragasam, Mohar

Choreographer: Azizah Yaacob

Graphic Designer: Badrul Zaman Abdul Jalil

Artists : Ning Baizura, Camelia Metalasia dan Wan Salmah

Dancers: Artistana (Istana Budaya)

Tickets : RM101, RM76, RM51, RM21

**Discount 20% for students, senior citizens and disabled person

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Kedua Minggu Terakhir

Vince
Vince seorang yang gemar mengusik rakan-rakannya. Lepas satu, satu akn diusiknya. Mungkin untuk menghilangkan pressure yang ada di dalam dirinya setelah mengetahui berada di tangga kedua terakhir selepas Konsert VIII Sabtu lepas. Jika demikian, sewajarnyalah Vince mengurangkan stressnya itu.

Kelas Tarian
Koreograf tarian pada minggu ini untuk lagu Menuju Puncak agak menarik. Cikgu Linda Jasmine berusaha bersungguh-sungguh untuk mereka satu koreograf yang berbeza dari sebelumnya. Beliau turut mengingatkan mereka agar tidak melakukan kesilapan sewaktu siaran langsung. Sepatutnya tiada kesilapan yang berlaku kerana ia akan ditonton oleh ramai orang.

Kelas Teknik Vokal Siti Hajar
Vince
Lagu baru Vince agak baik mutunya. Melodinya agak catchy dan mempunyai sentuhan world music. Sesekali ia kedengaran seperti lagu biasa yang dinyanyikan oleh Zainal Abidin. Ia tetap diberi sentuhan R&B oleh Vince pada bahagian ad-lib.

Azizi
Lagu baru Azizi berentak agak rancak dan moderate temponya. Melodinya juga agak catchy. Oleh kerana lagu ini lagu baru jadi saya cuba meneliti lirik yang dinyanyikan oleh Azizi. Malangnya suara Azizi yang tidak jelas menghalang saya berbuat demikian. Sebutan Azizi perlu diperbaiki. Kata Siti Hajar, lagu tersebut akan boleh membuat penonton enjoy dan ikut bertepuk tangan bersama-sama.

Liza
Lagu baru Liza agak moderate rentaknya. Lagu tersebut lagu attitude. Seperti Azizi, saya perlu memberi pendengaran yang teliti kepada sebutan Liza. Liza juga perlu memberi penekanan kepada sebutan huruf “s”. Adakalanya sebutan itu kedengaran berlebihan. Saya hampir pasti suara Liza ada peningkatan walaupun tidak banyak beza dengan artis-artis yang ada di Malaysia sekarang.

Khai
Sekali lagi Khai diuji dengan lagu balada yang agak slow tetapi lebih sesuai untuk Khai berbanding lagu Vida. Siti Hajar menitikberatkan tentang sebutan lagu tersebut.

Nija
Lagu baru Nija agak tinggi nadanya sesuai dengan vokal beliau. Ada sentuhan rock pada lagu tersebut. Melihatkan sessi latihan semalam, saya dapat merasakan beliau gembira mendapat lagu tersebut berbanding lagu Selagi Ada Cinta.

Kelas Vokal Adnan Abdu Hassan
Nija
Sumbang ! Lagu Selagi Ada memang merupakan lagu killer untuk Nija. Penyanyi asal lagu tersebut ada identitinya tersendiri yang ada hanya satu di Malaysia yang mana beliau bersuara soprano. Kalau ada pun duanya mungkin hanya Syafinaz. Suara soprano memerlukan teknik pernafasan yang betul. Sejak minggu-minggu terdahulu, Nija sering menghadapi masalah melontarkan suaranya dari tempat yang betul. Nasihat saya, Nija perlu mempelajari melodi lagu tersebut dengan tekun agar tiada masalah pitching sewaktu Konsert akhir kelak.

Vince
Vince tiada masalah membawakan lagu Pernah nyanyian asal Ferhad. Asalkan beliau tidak terlalu over-doing. Struktur melodi asal lagu tersebut perlu dikekalkan jangan hingga merosakkan lagu tersebut. Semalam, sewaktu saya mendengar latihannya, saya dapat merasakan lagu tersebut seakan-akan lagu baru yang tidak pernah dinyanyikan oleh Ferhad. Benar-benar berbeza dilakukan oleh Vince.

Liza
Mantap ! Teknik pernafasan Liza harus diperbaiki. Lagu ini agak sesuai dengan Liza. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, tetapi range melodi lagu ini agak berbeza-beza. Liza harus pandai menggunakan vokalnya untuk mencantikkan lagu tersebut. Suara Liza sudah mula terserlah, yang perlu digilap ialah keyakinannya.

Kenapa ? Nak Pass ya ?
Gaya Aznil memang melucukan. Saya tersenyum sendirian. Dari sumber yang boleh saya percayai, memang kecoh semalam di ASTRO berkenaan pass tersebut. Siapa yang ingin menonton, anda boleh mengejar skuad Perodua ERA, call ERA, call BeatTV, call Muzik@RIA, menjadi saudara-mara Pelajar Akademi Fantasia dan menjadi Penaja AF.

Entri oleh sultanmuzaffar 05 August 2003 0 komen

Menilai Peningkatan Pelajar di Akademi Fantasia

Amaran sebelum anda membaca artikel ini :-
1. Lagu yang mereka terima bukan pilihan mereka
2. Diari Akademi hanya 30 minit, masa 12 jam 30 minit lagi tidak dapat anda tonton di skrin TV.
3. Perlakuan mereka di hadapan kamera adalah realiti sebenar di Akademi dan bukan lakonan.

Vince
" Pergilah Sayang " - Korie
" Flying Without Wingsi " - Westlife
" Belaian Jiwa " - Innuendo
" Manis " - Zainal Abidin
" Bunyi Gitar " - Allahyarham Tan Sri P. Ramlee
" Sonata Musim Salju " - Hazami
" Samrah Mentari " - Jamal Abdillah
" Rindu Bayangan " - Carefree

Lagu / Vokal
Vokal Vince sememangnya sudah terbaik dan paling cemerlang. Beliau berjaya membawa setiap lagu dengan gayanya yang tersendiri. Itu kelebihan beliau yang memahami apa itu muzik dan cuba membawa muzik dan melodi tersebut mengikut stailnya. Beri sahaja apa jenis lagu, beliau mampu membawakannya. Walaupun lagu tersebut telah di”R&B”kan, namun sedikit sebanyak beliau telah mempelbagaikan muzik di industri muzik tempatan. Namun demikian Vince sesekali kelihatan arrogant dengan cara persembahannya. Beliau seboleh-bolehnya mahu Tenaga Pengajar mengikut stailnya yang tersendiri itu. Beliau merasakan cara persembahannya lebih presentable dan sesuai dengan dirinya. Secara keseluruhan Rindu Bayangan merupakan persembahan terbaik beliau.

Tarian
Saya melihat beliau sewaktu sessi latihan seakan-akan menghadapi masalah dalam gerak tarian. Belaiu kelihatan agak kaku dan tidak pandai menari. Lebih menyedihkan apabila beliau banyak bermain sewaktu Cikgu Linda Jasmine mengajar. Beliau mengambil sikap lewa dan acuh tak acuh dengan ajaran Tenaga Pengajar. Vince sepatutnya meniru cara Burn yang tidak pandai menari tetapi terus berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki mutu tariannya. Saya kira peningkatan beliau dalam sebutan Bahasa Melayu juga tiada. Masih di takuk lama. Saya hampir pasti beliau akan berpeluang untuk merakamkan album dan album beliau nanti akan diisi dengan lagu-lagu Inggeris dan hanya sebuah atau dua buah lagu Melayu sahaja.

Lakonan / Showmanship
Interaksi beliau dengan penonton juga masih boleh diperbaiki. Beliau banyak menggunakan senyuman beliau dalam menawan hati penonton. Beliau kurang berbicara sebelum menyanyi kerana kelemahan Bahasa Melayu beliau. Showmansip beliau kita dapat lihat beliau all-out untuk sesetengah jenis lagu sahaja. Beliau turut memilih lagu untuk membuat persembahan. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan showmanship beliau yang agak terkawal dan jujur dari beliau.

Pergaulan dan Keterampilan
Beliau seorang yang senang untuk didekati. Beliau suka bergurau dengan sesiapa sahaja. Dengan penampilan yang beliau ada sekarang sewajarnya beliau sudah menjadi artis sejak dahulu lagi. Beliau berbaik-baik dengan semua pelajar walaupun kelihatan agak rapat dengan Liza.


Khai
" Perpisahan " - Revolvers
" Syair Si Pari Pari " - Zamani
" Jesnita " - Exist
" Azura " - Jamal Abdillah
" Terima Kasih " - Awie
" 6,8,12 " - Brian McKnight
" Aladin " - Spider
" Vida " - Phyne Ballerz

Lagu / Vokal
Lagu yang diterima oleh beliau agak pelbagai sejak Konsert I hingga Konsert VIII. Beliau berpeluang untuk menyanyikan dua buah lagu lama, sebuah lagu Inggeris, sebuah lagu rock, beberapa lagu pop-rock. Vokal Khai masih serasi dengan lagu rock. Beliau kelihatan gagal membawakan lagu Vida dengan baik. Beliau lebih selesa dengan lagu rock, namun demikian beliau masih cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk menyanyikan lagu tersebut. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi mutu persembahannya masih tidak terbaik. Mutu vokal beliau jika diberi latihan yang secukupnya sudah pasti akan menjadi lebih baik lagi.

Tarian
Sebagai seorang lelaki, beliau amat bersungguh-sungguh untuk belajar menari dari Linda Jasmine. Beliau amat tekun sewaktu kelas Tarian di bawah kelolaan Cikgu Linda Jasmine. Beliau banyak kali diberi pujian oleh Linda akan mutu tariannya yang semakin meningkat baik.

Lakonan / Showmanship
Showmanship beliau yang paling diingati tentunya sewaktu mendendangkan lagu Aladdin. Beliau amat bertenaga pada malam tersebut. Lakonan beliau yang paling diingati tentunya sewaktu melakonkan adegan over-acting bersama Nija. Mutu lakonan Khai ada peningkatan. Interaksi beliau dengan kamera masih boleh diperbaiki. Kelipan mata saya merasakan itu habit yang agak sukar untuk diubah. Cara beliau berkomunikasi dengan penonton masih takut-takut dan tiada keyakinan.

Pergaulan dan Keterampilan
Pergaulan beliau kebanyakan terbatas dengan Rosma. Mereka agak rapat sewaktu Rosma berada di Akademi. Ini tidak bermakna beliau tidak berkawan dengan peserta yang lain. Beliau tetap berkawan dengan yang lain. Keterampilan beliau saya kira menjadi kegilaan anak gadis masa kini. Wajah iras-iras Yusry KRU yang boleh dijual di mana-mana. Nemo juga merupakan salah satu sebab Khai berjaya mendapat undian. Gelagat beliau dengan Nemo sangat mencuit hati.


Azizi
" Si Gadis Ayu " - Black Dog Bone
" Terasing " - Allahyarham Sudirman Hj. Arshad
" Truly " - Lionel Richie
" Mungkinkah Terjadi " - Spider
" She Bangs " - Ricky Martin
" Seribu Impian " - Casey
" Samba Apa Saja " - Hattan
" Gerimis Mengundang " - Slam

Lagu / Vokal
Mutu vokal beliau memang baik tetapi hanya untuk sesetengah lagu sahaja. Beliau gagal membawakan lagu Samba Apa Saja, Seribu Impian dengan baik. Kegagalan beliau mendendangkan lagu tersebut adalah kerana engkar dengan nasihat Tenaga Pengajar. Walaupun jelas kelihatan di dalam Diari Akademi beliau mengangguk tanda setuju tetapi itu tidak dilakukannya sewaktu persembahan Konsert. Beliau menyanyi seperti cara beliau menyanyi tanpa ajaran dari Tenaga Pengajar. Cara beliau menyanyi sama seperti cara beliau menyanyi di Kelab Malam sebelum mendapat ilmu beharga dari Tenaga Pengajar yang profesional. Sebagai seorang penyanyi kelab malam tentunya beliau sudah selesa dengan sesetengah jenis lagu dan mengharapkan agar lagu tersebut yang dapat “suit” dirinya dan tidak beliau yang “suit” pada lagu tersebut. Mungkin merasakan dirinya lebih tua, maka beliau bertindak sedemikian. Saya amat berharap beliau tidak berasa besar diri setelah berjaya ke Konsert Final walaupun tanpa mempraktikkan ajaran dari Tenaga Pengajar.

Tarian
Beliau memang berbakat besar dalam bidang tarian. Beliau telah melakukan yang terbaik tetapi beliau seakan-akan mempersiakan bakat tarian yang ada di dalam diri beliau. Beliau mengambil sikap sambil lewa apabila menari terutama untuk lagu Menuju Puncak. Saya melihat beliau banyak kali tersilap dan pernah juga didenda kerana melakukan kesilapan.

Lakonan / Showmanship
Showmanship beliau untuk persembahan memang mantap. Beliau berjaya meruntun hati penonton untuk lagu Truly dan Gerimis Mengundang. Namun demikian beliau gagal memanafaatkan kelebihan yang beliau ada untuk lagu Seribu Impian dan Samba Apa Saja. Cara beliau berinteraksi dengan penonton seakan-akan terpaksa. Saya merasakan tiada kejujuran di dalam interaksi tersebut. Nampak “fake”.

Pergaulan dan Keterampilan
Sikap bersendiri beliau dan menyisihkan diri dari rakan-rakan yang lain dilihat sebagai seorang yang tidak gemar bergaul. Cara Azizi berkomunikasi banyak menggunakan bahasa buku. Oleh sebab itu, cara beliau berinteraksi dengan penonton juga terikut-ikut dengan gaya bahasa buku beliau. Beliau perlu bersifat spontan di masa akan datang. Beliau telah menggunakan peluang yang ada untuk mencuri emosi penonton dengan menampilkan diri sebagai seorang abang yang cuba menjaga hati rakan-rakannya yang lain. Tetapi sedar atau tidak sedar, sikap mendahulukan adik-adik telah tiada di minggu-minggu penghujung. Jangan pura-pura ya bang !


Liza
" Sampai Bertemu " - Erra Fazira
" Sha Na Na " - Amy Mastura
" Kesetiaan " - Siti Sarah
" Dia " - Sheila Majid
" Ops...I Did It Again! " - Britney Spears
" Bagaikan Puteri " - Farra
" Bunga-Bunga Cinta " - Misha Omar
" Cinta Gila " – Juliana Banos

Lagu / Vokal
Suara Liza sememangnya tidak unik. Suara beliau merupakan klon artis-artis wanita yang telah sedia ada di industri muzik tempatan. Liza perlu melakukan sesuatu ke atas mutu vokalnya. Namun demikian jika dinilai dari minggu pertama beliau berada di Akademi sehingga sekarang, sudah nampak perubahan. Pada peringkat awal suara beliau tidak keluar, tetapi kini mutu vokal beliau telah kedengaran. Namun demikian beliau harus terus meningkatkan mutu vokal beliau. Jangan berasa selesa walaupun setelah berjaya menduduki tahkta 5 peserta terbaik di Akademi Fantasia. Anda berada di situ kerana simpati dan bernasib baik sahaja. Ada pelajar lain yang lebih berhak.

Tarian
Sebagai seorang penari di Pejabat Kebudayaan Negeri Kedah, beliau kelihatan bersungguh-sungguh mempelajari tarian baru dari Linda Jasmine. Sesetengah pelajar yang mungkin telah merasakan dirinya seorang penari yang baik, tentu berasa besar kepala dan tidak mahu mempelajari apa-apa ilmu baru. Tetapi tidak bagi Liza. Liza sebenarnya seorang penari professional yang telah bertugas dengan pejabat Kebudayaan selama 2 tahun. Gaya beliau menari kelihatan profesional tetapi Liza masih perlu memberi sedikit menelitian terhadap execution tarian tersebut. Execution yang tidak tajam adalah kerana keyakinan yang rendah dan kegugupan. Apabila masalah kegugupan telah dapat diatasi, pasti mutu tarian Liza menjadi lebih baik.

Lakonan / Showmanship
Showmanship beliau seperti yang telah saya terangkan di atas masih perlu diperbaiki. Beliau berkebolehan untuk membawakan lagu berentak rancak. Tetapi sayangnya stamina beliau yang masih tidak dapat dikawal dengan baik menyebabkan beliau kelihatan termengah-mengah dan mengganggu kelancaran persembahan tersebut. Interaksi beliau dengan penonton saya kira tidak berjaya menambat hati penonton.

Pergaulan dan Keterampilan
Beliau kelihatan pemalu tetapi sebenarnya tidak. Beliau begitu bersahaja apabila bersama Vince. Beliau sebenarnya malu tapi mahu. Liza mempunyai package yang menarik dan berjaya menarik perhatian ramai.


Nija
" Engkau Bagaikan Permata " - Siti Nurhaliza
" Menaruh Harapan " - Zaiton Sameon
" Dendam Dalam Diam " - Nora
" Setelah Aku Kau Miliki " - Shima
" Layar Impian " - Ella
" Fatalistik " - Ziana Zain
" Jelingan Manja " - Sheila Majid
" How Do I Live " - Leann Rimes

Lagu / Vokal
Vokal beliau memang tidak dipertikaikan mempunyai range yang agak tinggi. Namun demikian beliau tetap bermasalah dalam pitching lagu tersebut. Beliau perlu mencari identiti sendiri untuk terus berada di dalam industri. Pendengar muzik Malaysia sudah ada Ella dan Ziana Zain yang saya kira tidak perlu ditambah. Kelebihan beliau adalah suara yang tinggi dan perlu dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya. Peningkatan yang beliau tunjukkan sejak minggu pertama hingga sekarang cuma pitching yang semakin baik.

Tarian
Bakat beliau dalam bidang tarian tidak banyak berkembang. Mungkin kerana tubuhnya agak keras walaupun beliau seorang perempuan. Banyak kali cuba dikoreografkan untuk menyerlahkan penampilan beliau oleh Linda Jasmine tetapi akhirnya sewaktu persembahan Konsert sebenar, koreograf tersebut ditiadakan. Nija berkemungkinan tidak yakin dengan kemampuannya untuk membuat aksi-aksi yang terlampau dalam koreograf tersebut. Nija kelihatan agak yakin apabila menari secara perseorangan dan gerak tari beliau di dalam kumpulan kelihatan tidak berapa sharp kerana terdapat pelajar yang menari dengan lebih baik seperti Nana dan Liza.

Lakonan / Showmanship
Showmanship beliau yang terbaik tentunya sewaktu mendendangkan lagu Jelingan Manja dan Layar Impian. Lagu Layar Impian merupakan lagu dari artis kegemarannya dan Jelingan Manja merupakan satu lagu yang tidak mudah untuk dibawa. Lagu berentak jazz tersebut berjaya dibawa oleh Nija dengan berjaya.

Pergaulan dan Keterampilan
Beliau seorang yang gemar berjenaka dengan rakan-rakannya. Itu kelebihan beliau. Beliau seorang yang ceria dan mempunyai penampilan humor yang agak menarik. Keunikan beliau adalah gaya rocknya yang sangat manja. Beliau memang realitinya manja dan telah ditunjukkan di kamera Akademi Fantasia. Tetapi perlu diingat kemanjaan beliau adakalanya memualkan. Beliau adakalanya menampilkan imej yang tidak tahu apa-apa. Pada saya sebagai seorang bakal artis, beliau harus kelihatan seperti seorang yang bijak. Jangan dibuka pekung di dada.


Keseluruhan
Secara keseluruhan banyak kelemahan yang boleh diperbaiki sepanjang mereka berada di Akademi Fantasia. Sedar atau tidak, tidak ada seorang pelajar pun yang datang berjumpa dengan Tenaga Pengajar untuk mendapatkan cara-cara mengatasi masalah yang mereka hadapi pada minggu tersebut. Kebanyakan mereka hanya mengangguk apabila sessi post-mortem persembahan Konsert minggu lepas tetapi usaha untuk memperbaikinya adalah tiada. Bukan sekali Liza kurang stamina apabila membawakan lagu berentak rancak, sudah banyak kali. Tetapi tiada usaha yang dilakukan untuk mengatasinya. Mereka sepatutnya bercerita kelemahan mereka dan memohon Tenaga Pengajar memberi cadangan untuk memantapkan persembahan mereka. Tidak banyak sedikit ia akan memanafaatkan pelajar lain juga.

Semoga anda membuat pilihan yang tepat !

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Diari Akademi
Akademi Fantasia Hari Pertama Minggu Terakhir

Khai
Khai tidak berapa sihat semalam. Tekak belau bernanah dan berdarah. Namun demikian, beliau telah pun berjumpa dengan doktor dan mendapat rawatan yang sepatutnya.

Sahri
Kebanyakan pelajar melahirkan rasa terkejut dengan penyingkiran Sahri. Mereka agak sedih. Tetapi yang pasti, yang tinggallah yang berjaya ke Top 5.

Komen Persembahan Pelajar
Azizi
Kemunculan Liza tidak digunakan sepenuhnya oleh Azizi. Dalam teater juga, jika ada props di tangan, ia mesti digunakan. Saya pernah berlakon satu teater bertajuk “Rumah Kedai Jalan Seladang” dan saya perlu memegang satu buku, tetapi buku tersebut tidak saya buka dan tidak saya baca. Buku tersebut telah tidak diberi nyawa oleh saya sebagai pelakon teater tersebut. Begitu juga yang telah dilakukan oleh Azizi terhadap Liza. Liza telah tidak diberi nyawa olehnya. Jika tidak mahu digunakan lebih baik ditiadakan di atas pentas.

Nija
Pitching masih bermasalah. Terlalu banyak sumbang dalam lagu tersebut. Walaupun mendapat tepukan gemuruh sebenarnya penonton memberi tepukan kepada kesumbangan lagu tersebut bukan kelantangan suaranya. Untuk persembahan Konsert Akhir, beliau perlu melakukan sesuatu agar penonton menerima beliau sebagai seorang yang berkualiti untuk tersenarai di Top 5, Konsert Akhir.

Liza
Kedengaran salah seorang Tenaga Pengajar berbisik “Bagus !”. Walaupun beliau telah enjoy mempersembahkan lagu tersebut, namun masih tidak cukup riang. Kegugupan itu masih ada dalam diri Liza.

Khai
Sebutannya untuk lagu tersebut berbunyi tidak yakin. Tenaga Pengajar menasihatkan beliau agar mendengar chord lagu tersebut dan dari situ barulah seseorang penyanyi itu boleh menyanyi dengan baik.

Vince
Ada bahagian yang beliau terlupa lirik tetapi secara keseluruhan persembahan beliau agak baik. Apabila diumumkan pelajar yang mendapat tempat terakhir, beliau agak terkejut apabila namanya diumumkan. Liza bertanya mengapa boleh jadi sedemikian ? Freddie Fernandez menjawab, itu pilihan penonton. Saya menjawab, tanya sama Server SMS. Tempat keempat ialah Khai. Tidak mengejutkan kerana persembahan beliau yang gagal dipersembahkan dengan baik.

Lagu Baru
Kali ini mereka akan diuji dengan dua buah lagu. Sebuah lagu popular masa kini dan sebuah lagi lagu merupakan lagu yang dicipta khas untuk mereka.

Nija
Selagi Ada – Ning Baizura
Ning Baizura ? Mampukah Nija membawakan lagu Ning Baizura. Saya agak tergamam apabila mendapat tahu lagu yang akan beliau dendangkan minggu ini merupakan lagu Selagi Ada nyanyian asal Ning Baizura. Lagu ini memerlukan kawalan vokal yang mantap. Teknik pernafasan yang betul untuk memcantikkan lagi lagu ini. Jika teknik pernafasan yang tidak kemas digunakan, maka lirik lagu tersebut tidak akan kedengaran.

Lagu yang dicipta khas untuk Nija bertajuk Kenangan Pahit.

Khai
Seberapa Pantas – Sheila On 7
Lagu ini sesuai dengan jiwa Khai. Agak pantas dan ada unsur-unsur pop-rock. Beliau boleh menggunakan kelebihan yang beliau ada untuk melakukan satu persembahan yang bertenaga. Beliau perlu menjaga tempo lagu tersebut kerana apabila menyanyikan lagu rancak, sebutan juga kena terang agar mesej sampai kepada penonton.

Lagu yang dicipta khas untuk Khai bertajuk Pilu.

Liza
Pintaku Yang Terakhir - Dayang Nurfaizah
Kali ini Liza diuji dengan lagu yang memerlukannya menyanyi sahaja. Saya amat gembira apabila Liza diberikan sebuah lagu perlahan yang boleh menyerlahkan mutu vokalnya. Apa yang perlu beliau lakukan adalah melakukan latihan agar mutu vokalnya berkualiti tinggi. Mutu vokal Liza perlu digilap lebih lagi agar kualiti beliau layak untuk tersenarai sebagai Top 5. Lagu ini agak sukar buat Liza. Yang pasti Liza perlu mencari identitinya sendiri untuk membawakan lagu tersebut. Jika beliau rela menjadi klon Dayang Nurfaizah, maka penonton akan terus membandingkan cara nyanyian mereka berdua.

Lagu yang dicipta khas untuk Liza bertajuk Jangan Berpura.

Azizi
Piramid Cinta – Jai
Tempo lagu ini agak moderate. Tidak terlalu rancak dan tidak terlalu perlahan. Agak tidak sesuai dengan Azizi kerana Azizi sememangnya kurang gemar membawakan lagu bertempo rancak. Akan ada sedikit masalah untuk beliau mengejar tempo seperti yang berlaku dalam lagu Seribu Impian. Beliau kelihatan terkejar-kejar dalam lagu tersebut.

Lagu yang dicipta khas untuk Azizi bertajuk Habis Sudah Umpanku.

Vince
Pernah – Ferhad
Lagu R&B jenis balada ini tidak menjadi masalah kepada Vince. Vince memang terkenal membawakan lagu jenis ini. Jika dinilai dari segi kawalan suara pula, Vince memang selesa membawakan lagu ini. Jika lagu ini R&B, saya yakin tiada masalah untuk Vince.

Lagu yang dicipta khas untuk Vince bertajuk Tak Ingin Kehilanganmu.

Jamuan BBQ
Mereka mengadakan Jamuan BBQ untuk meraikan pelajar yang terpilih sebagai peserta ke Konsert Akhir Sabtu ini. Jamuan tersebut turut dihadiri oleh Tenaga Pengajar. Mereka sama-sama membakar sate, menyediakan salad, memotong buah dan lain-lain lagi. Sesekali berBBQ di luar banglo memang menyeronokan.

Di penghujung episod semalam, dipertontonkan adegan Sahri memakan kek coklat dan ketika beliau menggunakan basikal senaman. Kini tiada lagi Sahri untuk menggunakan basikal tersebut. Tetapi bukankah basikal senaman tersebut ditaja untuk semua pelajar agar dapat mempertingkatkan stamina mereka. Basikal senaman itu adalah untuk semua, bukan untuk Sahri sahaja. Liza dan Nija, anda perlu menggunakan basikal senaman tersebut pada minggu ini. Jika tidak lagu yang akan anda dendangkan pada hujung minggu ini akan jadi hancur !

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Komen Pembaca Tentang Isu Email

Aku rasa tindakan Astro untuk tidak memberi satu (tidak dua) kepada seseorang yang telah banyak menyumbang kepada AF satu yang tidak patut.

At least that she could do is to ignore the request of SM. Ini tidak, dahlah SM report instantly to his weblog for FREE, suruh beratur lagi to get the ticket!

Inilah peluang terakhir Astro untuk menghargai seorang peminat setia yang sanggup meluangkan masa berjam-jam sehari untuk mengemaskini weblog ini.

Wah! Memang berlagak.

You know, because of your response, your reputation as gone down. Sorry to say.

If you notice, the weblog reaches 2000 hits daily. And by publishing the staff's e-mail by asking SM to queue with the others and refuse to spare one (not two) ticket to SM, your ethical values has reduced tremendously.

Dear Astro,
the impact of this weblog is great. Even Malay Mail plagiarized SM' s writing without acknowledging the original writer.

I am bloody sure this particular writer is allowed to enter Wawasan Hall ( and still allowed to bring along his friends).

Hoi, malu lah sikit beb. Sedar lah. Beretikalah.

I feel Astro has made a huge mistake with her e-mail. Even though iit is only 3 line long, it is still sound rude.

For SM, I am sure you will receive calls asking to collect tickets. But even if you were offered sitting infront of Kudsia, you lose your pride. Don't accept it.

Nasi sudah pun menjadi bubur.

For Astro and the e-mail writer, you are responsible for this.

acaiFM
acaiFM | Email | 08.06.03 - 12:11 am | #

--------------------------------------------------------------------------------

Apa lagi..kejarlah 600 tiket percuma dari Skuad Perodua Era.300 tiket percuma dari Muzik Ria.. dan Beat TV.

We not someone..so jgn lar marah astro dude.
Astro@Jem | 08.05.03 - 2:16 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

Dear SM..if I didn't know this entire site was your doing...my thought would be exactly as Astro@Jem. Tapi sebenarnya...so far you've done an impressive job on this site...lebih kurang macam buat promo on Astro behalf..

So, they should at least spare one ticket for all your job well done..it's free after all. Padanlah...one free ticket for the free promo you've done for AF..bukan gitu?
AstrosubscriberwhowantsSMinthe | 08.05.03 - 2:35 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

...hhmmm..
naper astro.. tak bagi aar tiket tu?...
i think sebab website sm lah peminat af dpt mengetahui aktiviti /komen/kritikan yg membina....
anyway... well done sm..
anynomous | 08.05.03 - 2:36 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

aku berdoa dan berharap agar SM dpt satu tiket ke sana.tuh jer ler yg mampu,sbb takleh tulun,kroni takder kat ASTRO.Jgn risau SM,ada punya tuh!
fbi | 08.05.03 - 2:51 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------


apa la staff astro ni.... satu pass pun kedekut..
ephol | Email | 08.05.03 - 2:02 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------


dan hantar satu e-mail pd XXXXX suruh dia consider balik..

Tak pe SM...sure dapat punya, InsyaAllah.
nurin07 | 08.05.03 - 3:11 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

Saya percaya bukan isu '1 tiket' yg cuba diutarakan oleh SM. Its all about appreciation.

I believe nama 'Sultan Muzaffar' bukan lagi asing dikalangan ex-students AF especially Adi, Rosma, Azza dll. So, no big deal, damn sure SM will get more than 10 free passes/tickets for finals.

Like I said, its all about appreciation fr Astro....rite SM?

keep it up!
spiral | 08.05.03 - 3:13 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

Dear SM,

I turut bersimpati dgn u.. coz sepatutnya Astro at leat appreciatelah sikit apa yang you buat kan.. itu semua atas initiative you sendiri.. tapi masalahnya akan ada org yang akan cemburu pada you pulak nanti.. orang sanggup bergaduh utk dptkan pass tu.. it happened to me last saturday..

sepertimana yang Aznil tulis dlm column dia.. pass masuk ke konsert very limited.. KHAS UTK SPONSORS (of cozlah nak jaga hati sponsors tapi to me, kalau ada sponsor tapi tak der penonton/peminat tak guna juga dan kalau ada penonton/peminat tapi tak der sponsorpun susah juga), CLIENTS ASTRO...., ini i kurang paham skit.. client yang macam mana coz all the subscribers tu bukan 'tergolong dalam' CLIENT ASTRO KER..

apa-apapun...(ZZ favourite words) apa kata you join i que next saturday..last saturday i started que kat UPM at 12.30 pm. kalau tak der aral melintang this week i and my hubby nak start que pukul 9 - 10 a.m.. marilah kita que beramai-ramai.. (itupun kalau i tak demamlah.. actually penat minggu lepaspun belum hilang lagi)

memang boleh tengok dekat rumah.. tapi suasananya lain bila tengok live ni!!

i nak share skit ngan you.. according to students UPM, semasa 1st and 2nd concert dulu, crew Astro siap promote kat students suruh masuk, tapi bila Burn keluar, dia org macam berlagak semacam lak.. maklumlah masa tu AF dah semakin popular.. i bukan nak kutuk.. tapi macam apa yang berlaku kat i last sat.. sakit hati jugaklah.. the crews layan peminat ni macam peminta sedekah pulak.. professionallah skit.. dahlah perut lapar, badan penat menunggu nak dapatkan pass tu... lepas tu siap kena perli lagi dgn the crews.. at least appreciatelah sikit kita ni.. dtg dari jauh-jauh, berhujan, berpanas... tapi disebabkan nak tengok Sahri perform, tunggu jugalah.. tup-tup Sahri keluar, frust giler..

tapi i respect Aznil, he took a few minutes layan kerenah peminat, bergambar ngan dia orang, bertanya khabar.. oklah kan.. sedaplah sikit telinga mendengarnya..

so, what say you.. nak join..
ibu2707 | Email | 08.05.03 - 3:15 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

I agree with "AstrosubscriberwhowantsSMinthe "

I do believe SM telah secara tidak langsung, melalui blogspotnya, banyak mempromosikan rancangan AF sehingga begitu popular di Malaysia setakat ini. Terutamnya last few weeks where secara peribadi, I feel it is more enjoyable to get updates on AF thru SM's blogspot than from ASTRO's AF web page, sebab terlampau banyak "uncivilised" comments yang dilepaskan ke dalam Astro's AF website.

With all the $$$ profits that ASTRO has made, satu free ticket pun tidak dapat diberikan to SM, I feel it is too much and typical of most big corporate organisations who have slowly lost touch with their "grass root" supporters.

Anyway, as people say, "God is great" and also "Good deeds will be rewarded sooner or later", I do believe your ticket will come some how or rather b4 the concert if you continue with the necessary efforts.

Thanks SM.
FBA | Email | 08.05.03 - 3:20 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

evil corporate giant in the making
haxa | Email | Homepage | 08.05.03 - 3:37 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

huyooo Haxa...extreme betul.
spiral | 08.05.03 - 3:43 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

SM,

mungkin XXXXX tu tak aware who you are kot. mungkin dia ingat you r just another fan trying to get in. kdg2 this people just bagi standard answer to every mail that comes in. pls write in again n explain abt this site and the reason you need the ticket. i'm sure Astro can spare you one. kalau tidak pun, mintak lah dgn ERA - you've been interviewed by ERA kan. they should know who u are.
riza | Email | 08.05.03 - 3:58 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

hehheehheheee ...rasa,rasanya ... bukan "in the making" lagi ....

Tunggu aje le license monopoly Astro tamat !!!!
mdmee | Email | 08.05.03 - 4:00 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

eeh ibu2707, u sanggup beratur dari thari tu semata2 nak pass? wooo kagum kagum... sanggup eks? dasat betui.. dasat giler!! respect sungguh orang macam u ni. sanggup beratur berjam2 lamanya nak tengok AF. Wooo..wooo..
Astro@Jem | 08.05.03 - 4:31 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

betul ke undian SMS diutamakan kpd penguna Maxis 012? Atau dgn kate lain kalau send ke 32999,cepat sampai compare dgn yg lain? Yg lain tu kire lambat la skitt..sbb lompat operator....

camni malas la nak send undi byk2 kalau dah lepas abis siaran baru dpt confirmation...
naruto | Email | 08.05.03 - 5:07 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

hebat ibu2707.... sanggup tunggu dari pukul 12...

saya berada di Panggung Percubaan UPM pada hari sabtu lepas... bukannya sbb nak tgk AF live tapi saja menyebok sambil perati gelagat org kat situ, kebetulan pulak hari tu wife saya kena keje, AF punya pasal.... saya respek pada peminat yg datang sabtu lepas... saya berada di UPM lebih kurang pukul 2.30, ramai yg dah berlegar kat foyer panggung percubaan tu, belum ada yg beratur... sempat masuk panggung percubaan (wife bawak) dan keluar lebih kurang 3 ptg.... org dah semakin ramai... terus saya pegi opis wife saya.... surfing....

kemudian lebih kurang kul 3.45 saya gerak nak balik, lalu depan panggung percubaan, tgk dah ramai yg beratur dgn payung ditangan, maklum la waktu tu hujan lebat (sanggup sbb AF punya pasal).... bayangkan la pukul 3.45 line dah panjang sampai ke jln utama UPM tu (lebih kurang 30-40 meter dari pintu dewan) dan dalam hujan lebat pulak tu.... sampai begitu sekali penangan AF, mungkin sbb sabtu lepas konsert terakhir kat UPM kot...
ephol | Email | 08.05.03 - 5:57 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

SM,

I email pd XXXXX astro jugak..Biar dia tau u sapa...

(Psstt...kalau dpt dua tiket berila I satu...hehe)
Elle | Email | 08.05.03 - 5:58 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

SM..bila jari telunjuk i main2 scrool ke bwh melihat apa yg ada dlm website ni, i pun naik angin bab pass tu... mak oii punyalah panjang berjela ko dah tulis!! siap dgn ulasan terkini lagi bernas!!. gambar pun ada!! punya lah bersusah payah memerah idea.. TP ADA JUGA ORG ASTRO YG TAK NAMPAK??


yg syok tu, siap bg idea suruh ko queue lagik?? TAK PAYAH !!!harap2 ada
le di kalangan pembaca / peminat ko yg baik hati bg ko satu. sian sm...
nde | Email | 08.05.03 - 6:14 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

khas utk Astro@Jem dan Ephol,

ipun macam tak percaya i boleh dok beratur berjam-jam and for your info. inilah first time i buat kerja 'yang agak gila' ni.. sblm ni memang tak pernah pergi mana-mana konsertpun.. mungkin penangan Sahri kot..

i sampai awal coz i takut 'tersesat' maklumlah tak pernahpun sampai UPM sebelum ni.. tak sangka boleh sampai awal.. and i bukan orang yang pertama tau.. ada lagi 3 org yang lebih awal.. sorang tu sejak pukul 9.30 pagi lagi!!! i orang yang ke-5 masa tu..

Ephol, i rasa i boleh agak you yang mana satu, coz tak ramai yang boleh masuk dewan masa tu.. lagipun i beratur betul-betul depan foyer tu and the only women yang beratur paling depan sekali so..

memang kami tak beratur, tapi kami buat sistem sendiri, tulis no. atas tangan... siap lantik seorang kakak sebagai 'pengerusi majlis'(terima kasih pada Kak Izan) kalau tidak memang boleh bergaduh... ramai yang potong que.. nak beratur, hujan semakin lebat..

i dengar utk final concert ada yang bercadang utk camping depan dewan PGRM tu.. don't know whether it's true or not.. tapi macam real aje..
ibu2707 | Email | 08.05.03 - 6:46 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

camping depan dewan PGRM? wuyoo cam duk kat US nak tengok cite Star Wars jek..
naruto | Email | 08.05.03 - 6:51 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------


kak Ibu, :D camping? nak sangat join kak! Nenng siap bawak bantal busyuk, leh?
NennG | Email | 08.05.03 - 7:35 pm | #

--------------------------------------------------------------------------------

Entri oleh sultanmuzaffar 04 August 2003 0 komen

Ulasan Album Akademi Fantasia Konsert 3

Akademi Fantasia Konsert 3Memang agak ketepatan juga kemunculan album Akademi Fantasia Konsert 3 apabila seluruh Malaysia sedang dilanda demam Akademi Fantasia (AF). Album ini merupakan persembahan kesemua pelajar-pelajar AF. Saya yakin album ini akan meletup di pasaran, memandangkan terdapat ramai peminat-peminat AF.

Untuk mengulas album ini, saya rasa saya perlu mengulas lagu-lagu yang dibawa oleh pelajar AF satu persatu, kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Lagu 'Biru' (lagu asal oleh Jai) merupakan lagu pertama dalam koleksi album AF Konsert 3 ini. Lagu nyanyian Adi ini memang mampu dibawanya dengan baik, dan kedengarannya begitu segar dan rancak. Agak sayang juga Adi telah dikeluarkan terlalu awal dalam AF, jika tidak, pasti kita akan dapat melihat sesuatu yang lebih baik dari anak muda ini.

Lagu 'Dendam Dalam Diam' (lagu asal oleh Nora) yang dinyanyikan oleh Nija agak baik, tetapi suaranya tidak unik. Kedengarannya macam klon Shima (ataupun mungkin Ziana Zain). Pembaharuan amat-amat diperlukan dalam dunia seni suara Melayu, bukan satu lagi salinan Shima, Ziana ataupun Ella; baik dari segi suara mahupun penampilan. Lagu ini tatkala dinyanyikan Nora, memang menampakkan kelainannya, tetapi apabila dinyanyikan Nija, terus menerus lagu ini menjadi stereotaip lagu-lagu meleleh Melayu.

Vokal Sahri memang tidak boleh diragui. Malah saya anggap antara yang terbaik di antara ramai-ramai peserta AF. Nyanyiannya untuk lagu 'Salsabila' (lagu asal oleh Yassin) memang bagus, walaupun tidak banyak berbeza dengan cara nyanyian yang dibawa oleh Yassin. Lagu ini memerlukan beliau menyanyi dengan sepenuh tenaga, dan beliau dapat membawanya dengan cemerlang. Suara Sahri agak unik, mungkin ada baiknya kita menunggu sehingga saat beliau membuat lagunya sendiri untuk mendengar persembahan yang terbaik darinya.

Apabila kita mendengar lagu 'Kesetiaan' (lagu asal oleh Siti Sarah) dibawa oleh Liza, kita seolah dapat merasakan bahawa anak gadis ini berbakat, tetapi perlu dilatih lagi. Pada hemat saya, Liza adalah peserta yang paling banyak menunjukkan perubahan dari segi persembahan mahupun vokal di antara pelajar-pelajar AF. Persembahannya untuk lagu 'Kesetiaan' memang sederhana jika dibandingkan dengan lagu-lagu yang dibawanya untuk konsert-konsert terakhir. Suaranya juga semacam suara klon penyanyi-penyanyi wanita Melayu. Mungkin faktor ini akan membuatkan beliau sukar untuk terserlah.

Lagu 'Permata' nyanyian Burn (lagu asal oleh Anuar Zain) memang dapat dibawanya dengan baik. Lagu ini bukan senang dibawa, kerana iramanya agak rancak dan kepelbagaian rentak vokal amat-amat diperlukan. Walau bagaimanapun, Burn tetap dapat membawakan lagu ini tanpa masalah. Malah, saya yakin suara Burn cukup sesuai membawa lagu-lagu berentak R&B.

*Sambungan kepada ulasan album ini boleh anda baca di laman Limau Nipis oleh Nizam Zakaria

Entri oleh sultanmuzaffar 03 August 2003 0 komen

Ulasan Sessi Bertemu Peminat di Tower Records KL Plaza

Album Akademi Fantasia

Saya berkesempatan untuk hadir ke majlis tersebut yang diadakan di Tower Records KL Plaza. Saya tiba jam 12.30 tengahari dan terus ke Tower Records. Ruang di hadapan pentas sudah penuh dengan peminat. Tidak mengira umur, tua, muda semua setia menanti kehadiran Azza, Adifashla, Atie, Burn, Rosma dan Nana. Jam 12.45 tengahari mereka sampai. Suasana menjadi hingar-bingar apabila dapat berpeluang bertemu mereka secara dekat.

Album Akademi Fantasia
Rosma mendendangkan lagu Bunga Tanjung dan diikuti dengan lagu Menuju Puncak. Selesai mendendangkan lagu tersebut, sessi menandatangani autograf pula berlangsung. Peminat berasak-asak ingin mendapatkan tandatangan mereka. Saya berpeluang mendapat 2 keping CD yang ditandatangani oleh mereka. Satu kepunyaan saya sendiri dan CD yang satu lagi adalah untuk tujuan Peraduan Akademi Fantasia untuk pembaca weblog sultanmuzaffar dan nizamzakaria. Pemenang peraduan tersebut akan menerima CD beserta tandatangan mereka. Nantikan maklumat lanjut berkenaan peraduan tersebut hari Isnin ini.

Nana mengambil tempat untuk menyanyi lagu Ku Bahagia dengan diiringi oleh para pelajar yang turut sama menari. Mereka telah memberikan satu persembahan yang saya kira amat baik. Sokongan peminat memang diluar dugaan. Album mereka habis dijual semalam. Pihak Tower Records memesan hanya 100 keping CD dari pihak ASTRO akhirnya gigit jari kekesalan kerana menyangkakan album tersebut tidak boleh jual. Saya merasakan jika pihak Tower Records memesan 1000 keping pun saya pasti habis dijual semalam.

Pada majlis tersebut, Aznil turut mengundang 2 orang penonton untuk naik ke pentas menyanyikan lagu Menuju Pencak. Penonton lelaki yang berbadan agak gempal itu menjadi bahan gurauan Aznil. "Eh! Sahri ! Bila kau terkeluar ?" Rupanya gurauan uti menjadi kenyataan pada malam tersebut setelah selesai Konsert VIII Akademi Fantasia di UPM. Majlis selesai sekitar jam 3 petang sebelum mereka pulang semula ke UPM untuk Konsert VIII Akademi Fantasia.

Barisan bekas pelajar Akademi Fantasia diperkenalkan kepada para penonton.

Nana sambil tersenyum setelah selesai menghadiahkan ajtograf buat para peminatnya.

Peminat-peminat berasak-arak ingin mendapatkan the best shot untuk koleksi gambar mereka.

Album Akademi Fantasia
Adifashla sedang leka menandatangani autograf untuk peminat-peminatnya

Nantikan Peraduan Akademi Fantasia di weblog sultanmuzaffar dan Nizam Zakaria!