Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 05 September 2005 0 komen

Janji Joni Revisited
Ingin gathering Janji Joni ? Sementara masih cuti ini, ada sesiapa yang berani mengatur pertemuan ?

Web Redesign 2.0 Workflow That Works
Akhirnya, saya berjaya juga memiliki buku ini setelah menjelajah serata Kuala Lumpur untuk mendapatkannya. Nyaris saya membeli buku ini secara online di Amazon.com setelah kecewa kerana tiada stok di Kuala Lumpur. Saya memerlukan buku ini dengan segera kerana ingin melakukan sesuatu terhadap rekabentuk blog ini.

7pm - 2am : Uptown Revisited
Kali terakhir saya ke Uptown entah bila pun saya tidak ingat. Seingat saya, kali terakhir saya menjejakkan kaki ke situ pasar malamnya hanya dibuka di kaki lima Hawker’s Centre. Tetapi semalam, pasar malam semakin besar. Semakin panjang. Penat juga kaki berjalan bersama Klubbkidd dan Bad sambil-sambil melihat apa yang ingin dibeli. Saya akan kembali lagi untuk membeli beberapa pasang kasut di sana. Kali ini saya tidak akan parking lagi di basement Hawker’s Centre. Entah berapa caci dan maki yang saya terima kerana kereta saya perlu melewati di tengah-tengah perjalanan manusia yang sedang mencari-cari pilihan mereka. Minta ampun !

Shaznilam dan Famili
Bercerita tentang Konsert Reunion Akademi Fantasia, saya teringat satu nama. Shaznilam sekeluarga. Mereka ini tidak pernah ketinggalan untuk menyaksikan Konsert Reunion. Jam empat petang sudah terpacak di depan pentas. Rupanya pada tahun ini mereka tidak bersama-sama dalam kemeriahan Konsert Reunion kerana dua sebab. Pertama, Azizi terlibat dengan rehearsal rand Final Ribena C-Talent Children English Theatre Competition di NTV7. Kedua, keadaan Ainon yang kini sedang sarat. InsyaAllah, pertengahan Oktober Azizi akan mendapat seorang adik baru.

Tahniah !

Malam Seribu Kenangan Bersama Mawi jadi Majlis Apresiasi Blogger

Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Waiem yang mewakili pihak penganjur yang telah sudi menjemput saya untuk hadir ke majlis tersebut. Agak ralat juga kerana saya bukanlah orang yang sentiasa berada di belakang Mawi sepanjang beliau berada di Akademi Fantasia. Untuk tidak menghampakan saya hadir juga memenuhi undangan penganjur.
Apa yang boleh saya perkatakan, memang sukar untuk mengendalikan majlis yang dihadiri oleh seramai 1500 hadirin. Tentunya majlis akan menjadi sedikit tidak terkawal kerana masing-masing ingin mendapatkan peluang untuk bergambar bersama Mawi, merakamkan gambar Mawi, mendapatkan tandatangan Mawi, menyampaikan cenderamata untuk Mawi dan pelbagai treatment untuk menjadi penawar rindu mereka terhadap Mawi.

Namun demikian, majlis tetap meriah. Seawal ucapan dari Presiden Penaja Kelab Sahabat Mawi, majlis saya rasakan seperti Majlis Apresiasi Blogger. Nama-nama blogger disebut satu-persatu berbanding nama-nama media yang lain. Terima kasih kepada Juan Danza yang mempopularkan blogger pada malam tersebut.

Teguran-teguran peribadi akan disampaikan secara peribadi. Agak tidak sesuai diletakkan di blog.

Saya bukan datang untuk makan, saya bukan datang untuk mendengar Mawi menyanyi. Saya hanya datang untuk berhibur dengan para blogger dan melihat sendiri siapakah kelompok peminat Mawi. Keinginan peminat untuk mendekati Mawi memang sukar untuk dikekang atau ditahan. Ada sahaja peluang yang terbuka akan diragut oleh para peminat sehingga adakalanya mengganggu perjalanan majlis. Para Ahli Jawatankuasa juga kelihatan kelam-kabut mengatur semula kelancaran majlis.

Mawi membawakan beberapa buah lagu seperti Mimpi Laila. Turut ditampilkan kejutan kemunculan Yasin untuk mengiringi persembahan beliau. Waheeda membawakan lagu Binafsha dan Kumpulan UNIC turut mendendangkan sebuah lagu. Kumpulan nasyid dari Kulai Johor iaitu Wariqissalam turut bersama Mawi untuk beberapa buah lagu secara medley. Panjang benar medleynya.


Bertemu beberapa orang pembaca blog yang selama ini menjadi pembaca senyap. Ada seorang pembaca telah menyiapkan scrapbook hasil keratan akhbar berkenaan Mawi. Satu usaha yang bukan sedikit lelahnya. Kali terakhir saya buat scrapbook adalah sewaktu kemenangan Malaysia di Piala Thomas 1992. Ada lagi saya simpan sehingga sekarang.


Setelah tiga musim Akademi Fantasia berlalu, inilah merupakan majlis bersama peminat paling gah pernah saya hadiri. Terlalu banyak tangan yang membantu. Terlalu banyak kelibat yang mengambil peluang. Terlalu banyak penaja yang menghulur ihsan. Terlalu banyak pihak media yang hadir membuat liputan. Terlalu banyak flash kamera yang berkelip.

Tahniah kepada pihak penganjur dan juga kepada para peminat Mawi atau lebih dikenali sebagai sahabat Mawi. Semoga persahabatan ini akan berkekalan.

Bukan Blogger Terlampau

Nota : Gangguan mimpi buruk menyebabkan mata tidak boleh lena kembali untuk menikmati malam. Saya harus membuat penilaian semula agar tidak terus terleka lalu menjadi lalai dan akhirnya tersiksa.

Entri oleh sultanmuzaffar 03 September 2005 0 komen

Konsert Reunion Akademi Fantasia 3 - Penawar Rindu
Stadium Malawati Shah Alam

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Konsert Reunion Akademi Fantasia sememangnya sebuah konsert yang dinanti-nantikan oleh sebilangan besar peminat Akademi Fantasia. Seperti sudah menjadi rutin apabila menjelangnya Hari Kemerdekaan Malaysia, pastinya malam 1 September ditunggu-tunggu untuk melepaskan rindu masing-masing terhadap bintang Akademi Fantasia. Tahun-tahun sebelumnya, ia dibuat di Taman KLCC, tetapi tidak pada musim ini. Di sebuah tempat yang lebih kecil yang tidak dapat memuatkan puluhan ribu penonton, Stadium Malawati menjadi medan pertarungan bintang Akademi Fantasia untuk mengekalkan populariti mereka.

Dengan rekaan pentas yang lebih cantik serta agak minima, serta tatacahaya yang bersesuaian, Konsert Reunion kali ini berlangsung dalam suasana yang agak meriah. Pentas kelihatan agak luas mungkin kerana tiada lagi tangga-tangga yang tidak digunakan.

Amy memulakan persembahan dengan lagu Akhirnya Kini Pasti oleh Anita Sarawak. Persembahannya nampak begitu menarik dan menyerlahkan lagi vokal yang ada pada beliau. Ini turut dibantu oleh sikap sporting penonton yang sama-sama menyanyikan lagu tersebut. Lagu-lagu sebegini memangnya sesuai dengannya cuma Amy harus menyerlahkan lagi stail showmanship agar nampak lebih bertenaga pergerakannya. Adakalanya pergerakannya nampak lesu. Sebagai sebuah lagu permulaan, ia telah memberikan impak positif kepada konsert tersebut.

Siapa menyangka Kefli mampu memberikan sebuah persembahan yang saya mahu untuk bangun memberikan standing ovation. Lagu Ratuku oleh Awie menjadi begitu baik. Saya kira pemilihan lagu juga memainkan peranan yang penting. Selain daripada itu, melodi lagu tersebut sememangnya telah lama meresap dalam jiwa penonton dan penonton nampaknya begitu terhibur dengan persembahannya. Cara Kefli menyampaikan lagu tersebut juga dapat menghubungkan dirinya dengan penonton dan ianya sampai kepada penonton. Aspek busana nampaknya tidak banyak pembaharuan yang dibawa oleh Kefli. Kefli masih ditampilkan dengan imej smart berkemeja serta blazer bercorak dengan seluar slack.

Bintang seterusnya yang ditampilkan ialah Akma dengan lagu Since You Been Gone dendangan asal Kelly Clarkson. Amat bertenaga persembahan Akma, cuma jika Akma diberikan sebuah lagu yang mesejnya lebih bersesuaian tentu memberikan lebih banyak impak kepada penonton. Sketsa pendek yang menampilkan Felix ditampar oleh Akma sememangnya ditunggu-tunggu oleh penonton. Siapa yang tidak mahu melihat mereka digandingkan lagi ? Jelas nampak aura bintang serta penghibur dalam diri Akma. Jika sebelum ini ramai yang berbincang tentang x-faktor Akma, kini jelas tanpa tekanan, Akma mampu melakukannya. Vokal Akma, tidak perlu dipertikaikan. Dengan selamba sahaja beliau membawakan lagu tersebut.

Meneruskan aura-aura penghibur yang dicanangkan oleh Pengetua M.Nasir pada awal kemunculannya sebagai Pengetua Akademi Fantasia ialah Reza dengan lagu Terbang oleh Gigi. Pada saya, inilah yang ingin dilihat oleh penonton. Sebuah persembahan yang berbeza dari persembahan konsert di Akademi Fantasia. Saya mahu melihat pembaharuan dan perkembangan yang mampu dibawakan oleh mereka. Itu saya. Dengan stail yang bersahaja dan penyampaian vokal yang bersesuaian, saya melihat persembahan Reza sebagai sebuah persembahan yang cemerlang. Kenapa saya kata cemerlang adalah kerana corak persembahannya pada malam itu tidak pernah saya tonton sebelum ini. Ini membuktikan ada perkembangan yang dibawa oleh beliau setelah meninggalkan Akademi Fantasia.

Empat bintang Akademi Fantasia telah selesai melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang. Inilah stail penghibur yang kita inginkan. Persembahannya ada stail. Geraknya persis diva. Nyanyiannya bertenaga. Interaksinya profesional.

Kejutan Konsert Reunion musim ini ialah penyampaian beberapa anugerah yang telah dirancang. Anugerah pertama ialah Anugerah Muzikal Terbaik yang disampaikan oleh Abang Asrul dan Kak Sheena. Calon-calonnya terdiri daripada :

Yazer - Blues Depan Sliding Door
Amylea - Tribute To Ekin
Marsha - Pokok Kelapak

Pemenangnya ialah Marsha dengan lagu Pokok Kelapak. Siapa boleh menafikan populariti lagu ini. Secara tiba-tiba lagu Pokok Kelapak menjadi siulan para peminat Akademi Fantasia.

Persembahan diteruskan oleh Ekin dengan lagu Hatinya Tak Tahan dendangan asal Noraniza Idris. Jika membawakan lagu Noraniza Idris, saya boleh meletakkan dua kategori penilaian untuk perbandingan. Satu adalah teknik vokal dan yang kedua adalah teknik persembahan. Jika dinilai dari aspek vokal, persembahan vokal Ekin jauh lebih baik daripada penyanyi asalnya iaitu Noraniza Idris. Sekiranya dinilai dari aspek teknik persembahan, gaya persembahan Ekin masih agak lemah berbanding Noraniza Idris. Nampak Ekin tenggelam di sebalik kipas-kipas penari latarnya. Ekin nampaknya cuba dipopularkan dengan genre sedemikian sama seperti Rosma dan Zarina. Namun demikian, saya tetap terhibur dengan persembahannya.

Saya pernah kempunan untuk mendengar lagu Colors Of The Wind (Vanessa Williams) dibawakan oleh Marsha sewaktu Konsert Prelude Akademi Fantasia. Lagu yang sepatutnya disampaikan oleh Marsha pada malam tersebut tidak menjadi kerana masalah kesihatan yang dihadapi oleh beliau. Akhirnya impian untuk mendengar Marsha membawakan lagu tersebut terlaksana apabila beliau menyampaikan lagu tersebut dengan baik. Saya perhatikan masalah utama Marsha ialah gemuruh sehingga tertukar lirik. Mujur ianya adalah sebuah lagu Inggeris dan tidak ramai yang menyedarinya. Marsha perlu memperbaiki dan mengatasi masalah tersebut.

Selalu kita lihat Aidil ditampilkan dengan imej smart tetapi tidak pada malam tadi. Penampilan Aidil terlalu simple dan tidak menyerlahkan lagi imej bintang yang sepatutnya ditampilkan. Muncul dengan baju checkers serta blazer, Aidil membawakan lagu Terpesona dendangan asal Gerhana Ska Cinta. Sayangnya lagu tersebut merupakan lagu yang agak asing pada telinga penonton. Maka persembahannya tidak dapat connect dengan penonton. Aidil menggunakan segala kelebihan yang ada untuk menyerlahkan persembahannya tetapi tidak berjaya sampai kepada penonton.

Anugerah seterusnya ialah Anugerah Bintang Airmata Terbaik yang disampaikan oleh Cikgu Fatimah dan Dr. Love. Antara calon-calon yang terpilih ialah :

Marsha - Minggu Pertama di Akademi
Amylea - Tragedi Air Mata
Mawi - Saat Kemenangan

Agak terkejut juga Fuad tidak terpilih dalam senarai calon. Siapa yang boleh menyangkal kemenangan Amylea walaupun jeritan penonton sudah memenangkan Mawi. Anugerah suka-suka ini diberikan kepada Amylea kerana tragedi yang menimpakan sewaktu di Akademi yang lalu.

Pada saat ini, impak penghibur yang ditampilkan pada Konsert Reunion semakin malap sedikit demi sedikit. Kemeriahan semakin hilang dan tidak berpanjangan. Mungkin juga kerana pemilihan lagu yang semakin jauh dengan penonton. Untuk persembahan seterusnya, Aznil menyarankan agar dinyalakan lampu skrin handphone yang ada untuk menyerikan lagi persembahan Fuad dengan lagu I’ll Be Missing You oleh Puff Daddy. Semacam hilang taring, saranan tersebut tidak mendapat sambutan penonton. Apa ya tidak kena dengan persembahan Fuad ialah beliau semacam trying too hard untuk menjadi bintang Barat. Fuad masih jauh ketinggalan jika saya meletakkan Zahid dan Fuad bersebelahan antara satu sama lain. Stail interaksi dengan penonton juga tiada. Saat kemunculan Idayu yang membantu persembahan tersebut, Fuad terus tenggelam dalam angan-angannya. I should say, Fuad is living in his own world. Tidak semestinya yang datang dari Barat itu maju.

Perlu saya tegaskan di sini, saya bukan Anti-Felix. Saya kira, moderator yang terlibat dengan Felix Fan Club tahu saya bukan anti-Felix. Membawakan lagu recycle bukan merupakan jalan selamat untuk Felix yang telah membawakan lagu Teratai dendangan asal Ramli Sarip ataupun Zahid (jika sempadan Akademi Fantasia menjadi jawapannya). Sekali lagi pemilihan lagu menjadi penyebab. Sukar untuk saya connect dengan persembahan Felix berbanding persembahan Zahid di Akademi Fantasia 2. Emosi kurang.

Kemunculan Yazer dengan lagu Rock Steady menjadi penyelamat pada malam itu. Jika ada Anugerah Persembahan Terbaik bukan berdasarkan SMS, sudah pasti saya meletakkan Yazer sebagai pemenangnya. Yazer menghangatkan persembahan malam itu dengan sebuah persembahan yang maha bertenaga. Tidak ada seorang pun dari bintang Akademi Fantasia yang mampu melakukan apa yang telah Yazer lakukan. Yazer telah pukul habis setiap persembahan pada malam itu, satu persatu harus tunduk hormat kepada Yazer. Yazer telah menyelamatkan nama Akademi Fantasia 3. Saya melihat Yazer apabila menyanyi beliau membawakannya dengan penuh perasaan. Beliau bawa lagu tersebut dari hatinya terus kepada penonton. Setiap mata akan terpaku melihat setiap pergerakannya dan tertunggu-tunggu apakah gimik yang akan dilakukan oleh Yazer selepas itu. Itu ciri-ciri penghibur. Kita mahu melihat sesuatu yang lain dari satu hari ke satu hari yang lain. Sebuah persembahan yang cemerlang dan berlainan sekali.

Anugerah seterusnya ialah Anugerah Pasangan Paling Romantis yang telah disampaikan oleh Cikgu Ee dan Cikgu Linda Jasmine. Antara calon-calon yang hangat bercinta di Akademi Fantasia ialah :

Aidil dan Amy
Felix dan Akma
Yazer dan Ekin

Tentunya mengundang senyum hingga ke telinga kepada para peminat Felix dan Akma. Siapa boleh menafikan, sejak lagu Bertakhta Di Hati sehingga lagu Warkah Berlagu Pilu, nama mereka sering meniti di bibir para peminat yang ingin melihat perhubungan mereka berpanjangan.

Meneruskan mood romantis pada malam tersebut ialah Elliza dengan lagu Dedebu Cinta dendangan asal Misha Omar. Saya akui persembahan Elliza bermula dengan baik. Kawalan vokal beliau dibuat dengan begitu baik sehingga penonton memberikan tepukan sewaktu beliau membawakan lagu tersebut. Cara beliau menyampaikan lagu tersebut juga penuh perasaan cuma sedikit terganggu dengan penampilan pakaiannya yang tidak begitu sesuai. Aspek vokal beliau sudah bagus cuma beliau perlu memaku penonton dengan aura penghibur yang perlu lebih dicari dalam dirinya.

Penampilan seterusnya ialah Idayu dengan lagu Seindah Biasa oleh Siti Nurhaliza. Saya suka lagu ini. Saya suka penyanyinya. Maka tidak dapat tidak saya tertunggu-tunggu Siti Nurhaliza muncul sebagai kejutan. Tahun lepas boleh bawa Hattan, tahun ini mesti boleh bawa Siti Nurhaliza pula. Barulah kejutan. Idayu menyampaikan lagu ini dengan gayanya yang tersendiri berbekalkan asset vokal yang ada pada diri beliau. Aspek vokal sahaja belum mencukupi untuk menjadi penghibur, seseorang penyanyi mesti tahu untuk mendekatkan dirinya serta lagunya kepada penonton. Itulah yang menghidupkan sesebuah persembahan.

Anugerah seterusnya ialah Aksi Terbaik yang disampaikan oleh Cikgu Adnan dan Cikgu Shahrol. Antara aksi-aksi stunt yang mendapat perhatian sebagai calon akhir ialah :

Abang Api untuk Lagu Rindu (Akma)
Mawi Bersilat untuk Ala Emak Kahwinkan Aku (Reza)
Stunt Kefli untuk Keindahan Pantai (Kefli)

Saya agak kecewa kerana aksi Aidil pengsan tidak dimasukkan ke dalam kategori ini. Jika dimasukkan kemungkinan untuk menang adalah lebih besar. Penampilan Abang Api tidak banyak memberikan kesan kepada persembahan Akma, juga aksi-aksi yang lain. Kemenangan berpihak kepada Abang Api.

Amylea dengan fesyen rambut ala Mel B kemudiannya meneruskan persembahan dengan lagu Naughty Girl oleh Beyonce. Jenis-jenis lagu sebegini sememangnya tidak bersesuaian dengan konsep Akademi Fantasia. Lebih-lebih lagi ditampilkan penari latar yang pakaiannya memang agak seksi. Agak sukar untuk Amylea melaksanakan tugasnya untuk menghubungkan penonton dengan lagunya. Persembahan vokal serta showmanshipnya sudah cukup baik tetapi pemilihan lagu yang lebih sesuai akan lebih menyerlahkan namanya lagi di masa akan datang. Sebuah persembahan yang masih bercorak living in her own world. Open up ! Lakukan untuk penonton.
Persembahan ditutup dengan lagu Menuju Puncak. Sebuah gimik yang agak klise. Lebih-lebih lagi dengan genre Menuju Puncak yang tidak diubah sejak musim pertama. Kalau rasa mahu melihat stadium tersebut roboh, bolehlah ditutup persembahan pada malam itu tanpa Mawi membawakan apa-apa lagu. Kononnya kerana masalah kesihatan, Mawi tidak dapat memenuhi permintaan. Tapi penonton peduli apa, Mawi mesti juga menyanyi kerana permintaan sudah ada.

Mawi (featuring Reza & Fuad) meneruskan persembahan dengan lagu Mimpi Laila dendangan asal Yasin. Juga hasrat untuk melihat kemunculan Yasin tidak kesampaian. Gandingan trio ini agak menarik kerana dari genre yang pelbagai. Sayangnya persembahan tidak begitu menarik. Mawi bukan tidak boleh menyanyi, tetapi beliau sudah terlalu penat. Sesetengah peminat cuba mencari kesalahan antara satu sama lain. Peminat Mawi menantikan Reza atau Fuad membuat kesalahan. Peminat Reza atau Fuad, menantikan Mawi membuat kesalahan. Ironik bukan ? But it was a good show kecuali penampilan Fuad dalam lagu tersebut yang agak tidak kena. Apakah ini bermaksud saya peminat Mawi ? Lagu ini kalau saya produsernya, saya akan minta diulang lagi sekali kerana Reza ada tersilap lirik sedikit.

Di pertengahan persembahan, Mawi mengambil tugas sebagai hos dengan menjemput Cikgu Marlia dan Pengetua M.Nasir untuk menyampaikan Anugerah Aksi Terlampau Terbaik. Antara calon-calon yang terpilih ialah :

Aidil - Pengsan di Konsert 6
Marsha - Tidur di Tepi Kerusi
Aznil - Selamat Jalan Romeo bersama Ramlah Ram

Pemenangnya ialah Aznil dengan aksi Selamat Jalan Romeo bersama Ramlah Ram. Saya mahu Aidil menang kerana pengsan Aidil di Konsert 6 bukan sahaja menjadi kejutan terbaik sepanjang zaman Akademi Fantasia, tetapi juga para penonton dapat melihat bagaimana paniknya Aznil di atas pentas. Mereka boleh berkongsi anugerah tersebut kerana masing-masing telah memberikan aksi terlampau yang mengejutkan penonton. Oh ya ! Anugerah tersebut boleh juga dikongsi dengan ibu Aidil.

Mawi meneruskan persembahan untuk lagu Aduh Saliha. Empat Tiga kali lagu tersebut diulang. Kali pertama kerana kesilapan Mawi mengikut melodi lagu tersebut. Sudah nama pun persembahan konsert secara langsung, sebagai penyanyi kenalah mendengar melodi lagu tersebut dan mengikut band iringan. Kesilapan kedua adalah kerana kesilapan pemuzik. Kesilapan ketiga adalah kerana masalah tempo dan counting dan kesilapan keempat adalah kerana sumbang. Harap-harap sewaktu siarannya kelak tidak kedengaran suara Sham Kamikaze jerit 1,2,3,4. Letih juga menantikan persembahan Aduh Saliha ini selesai. Mawi juga letih. Tapi kerana ada permintaan, kena juga penuhi walaupun letih. Secara kesluruhan, saya kurang berpuas hati dengan persembahan Mawi kerana persembahan vokalnya tidak menepati tahap yang saya inginkan. Jika anda sudah puas, go ahead. Saya belum puas. Saya mahu dengar lebih lagi.

Selesai konsert, Mawi dibawa turun pula untuk menemui peminatnya yang berada di tepi pagar yang memisahkan antara penonton dengan tetamu khas. Memang macam nak runtuh saja pagar tersebut dirempuh oleh para peminat Akademi Fantasia. Mujur tidak lama Mawi dibawa ke situ, hanya sebentar sahaja.

Konsert Reunion bermula dengan cemerlang dan berakhir dengan baik. Konsert ini akan disiarkan pada musim Hari Raya Aidilfitri pada penghujung tahun ini.

Foto Konsert Reunion boleh dilayari di Klubbkidd Fotopages. Jangan lupa undilah beliau yang mengharapkan undian. Hahaha !

Perkembangan Terkini : Sempat chat sebentar dengan Afdlin Shauki tentang Plan F From Cyberspace. Beliau ingin membuat satu lagi kerja yang tidak pernah difikirkan orang Malaysia. Cara mudah untuk mendapatkan kewangan untuk menghasilkan sebuah filem. Ingin menjadi produser ? Ingin menjadi penulis skrip ? Ingin jadi pelakon ? Inilah filemnya. Saya akan cuba membantu dalam mewujudkan portal untuk projek ini agar semua maklumat dapat diselaraskan dengan lebih cekap. Jom Bikin Filem !

Entri oleh sultanmuzaffar 02 September 2005 0 komen


Melihat Sinema Indonesia Berkarya Melalui Janji Joni

Sinema Indonesia pernah menghampiri zaman kejatuhannya. Seketika dahulu, sinema Indonesia dipenuhi dengan sinema XXX yang memualkan. Saya melihat sinema Indonesia yang kini dibarisi oleh golongan muda mula menyerlahkan kreativiti mereka lalu hasilnya sungguh di luar jangkaan. Bermula dengan Ada Apa Dengan Cinta, Arisan, Biola Tidak Berdawai, Pantai Berbisik, Mengejar Matahari, Eifel I’m In Love, Tentang Dia, Ungu Violet dan kini Janji Joni saya mula tertarik untuk melihat apa yang boleh penggiat-penggiat sinema Indonesia tawarkan kepada saya.

Filem ini tentang filem. Filem pada pandangan kita sekadar apa yang terpancar di layar putih tetapi sebenarnya lebih daripada itu. Di sebalik tayangan filem, sebenarnya ada seorang bernama Joni yang tugasnya adalah sebagai penghantar reel filem. Ini bermakna di belakang layar putih itu sedang ada seorang yang sedang bertungkus lumus untuk memastikan tayangan tidak terputus lalu mengecewakan orang ramai.

Wayang pertama yang saya tonton seingat saya ialah Dayang Suhana. Dulu-dulu saya ingatkan di belakang setiap layar putih itu, setiap pelakon akan beraksi di belakangnya. Cuba bayangkan jika ada 20 panggung wayang yang menayangkan Dayang Suhana secara serentak, ini bermakna ada 20 orang Rubiah Suparman. Atau paling tidak, Rubiah Suparman akan bertukar-tukar panggung wayang untuk melakonkan wataknya sama seperti yang berlaku dalam Janji Joni. No wonder nama bapa beliau Suparman. Imaginasi kanak-kanak saya adakalanya di luar batas imaginasi.

Tagline yang terpapar di poster Janji Joni tertera "An urban adventure" menyajikan sesuatu yang berbeza. Jika anda pernah menonton Senario Lagi, corak penceritaannya lebih kurang sama. Begitu juga dengan telefilem bertajuk Neon. Kesan satu perkara membawa kepada pelbagai masalah yang datang satu persatu.

Joni perlu menghantar reel filem dari satu panggung ke satu panggung. Beliau bertemu dengan seorang wanita cantik dan sebagai perjanjian untuk mendapatkan nama perempuan tersebut, Joni harus siap menghantar reel terakhir filem yang sedang perempuan itu tonton. Sewaktu dalam perjalanan tersebut beliau bertemu dengan seorang buta yang ingin melintas jalan. Motorsikalnya dicuri, maka bermulalah penjelajahannya ke dalam dunia bangsa Indonesia yang sebenarnya. Menaiki teksi dan bertemu pemandu teksi yang amat peramah juga membantu seorang pemandu teksi menghantar isterinya ke hospital dan melihat sendiri proses kelahiran. Sempat juga Joni pengsan sebentar dan kemudian meneruskan pencariannya. Tujuannya tersasar. Sebalik menghantar reel filem, Joni telah berusaha untuk mendapatkan motosikalnya. Seketika, beliau terserempak dengan sebuah produksi sedang menyiapkan penggambaran filem mereka. Mendengar rintihan Sang Sutradara tentang matlamat keuntungannya, mendengar rintihan pelakon baru yang jarang-jarang dapat memberikan lakonan yang terbaik juga rintihan Penolong Pengarah yang cuba meyakinkan Joni untuk terus berlakon agar konti tidak lari. Semuanya senario biasa yang berlaku dalam industri perfileman Indonesia mahu pun di Malaysia. Kerana mahu menjadi hero, Joni ditipu dan begnya yang berisi reel filem dicuri. Maka bermula pula sebuah pencarian beg reel filem tersebut. Sempat juga bermain band kerana dalam usaha pencarian beliau perlu menyelesaikan masalah yang berlaku di persekitarannya dahulu sehingga beliau bertemu dengan seorang seniman gila. Apakah Joni mampu melunaskan janjinya ?

Janji Joni bukan sekadar perjalanan dan siksa seorang penghantar reel filem, tetapi lebih daripada itu. Filem ini melihat dunia sebenar Indonesia yang semakin meruncing. Mereka golongan muda Indonesia bias bangun dan tidak mahu dibantu. Itulah mereka. Matlamat dan tujuan mereka jelas. Menurut mereka tanpa orang-orang terdahulu, mereka mampu maju.

Babak Menarik
Saya paling menyukai babak diperkenalkan jenis-jenis penonton di dalam sinema. Ada penonton spoiler yang suka membebel memberitahu adegan selanjutnya. Ada penonton yang blur, yang banyak bertanya di dalam panggung. Ada penonton yang membuat wayang di dalam panggung wayang dan wayang mereka turut ditonton oleh penonton yang mengendap. Ada penonton yang rajin mengkritik serta mencatatkan nota-nota untuk bahan tulisan seperti yang saya sering lakukan. Ada penonton yang terlalu serius menonton dan ada juga penonton yang kaki menjawab panggilan telefon. Ini jenis penonton yang tidak tahu adab di dalam sinema. Ada juga penonton yang perfectionist. Anda tergolong dalam jenis penonton yang bagaimana ?

Adegan paling akhir setelah ditayangkan credit title juga merupakan adegan paling menarik di dalam filem ini. Oleh itu kepada sesiapa yang menonton filem ini, tunggu sehingga habis credit title ditayangkan. Adegan tersebut merupakan adegan penting yang menggambarkan keseluruhan inti filem ini. Di mana letaknya jatidiri filem ini, apakah di bawa ke arah positif ataupun ke arah negatif dalam aspek pemaparan imej bangsa Indonesia itu sendiri.

Selalunya saya akan tunggu sehingga credit title selesai untuk melihat nama-nama mereka di belakang tabir sesebuah filem tetapi itulah yang jarang benar ditunggu oleh rakyat Malaysia. Mereka keluar sejurus selepas panggung diterangkan. Tanpa nama-nama yang terpapar di credit title, tiada filem tersebut. Sewajarnya kita menghargai mereka dan Janji Joni menyuruh anda menunggu sehingga credit title selesai untuk menyiapkan puzzle pada filem tersebut. Pak Hassan Muthalib juga ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan filem tersebut kerana keluar awal semalam.

Menurut Joni, pekerjaan yang baik adalah pekerjaan yang menjanjikan kepuasan pada dirinya sendiri dan bukannya terletak pada pulangan wang ringgit. Saya masih terbayang antara kata-kata bekas bos saya iaitu Shukri Mohamed yang saya mampu melakukan kerja di tempat baru saya kerana content yang akan saya laksanakan adalah content yang bakal memberikan kepuasan sebenar kepada saya berbanding content yang saya kerjakan sekarang. Content yang akan saya usahakan adalah content yang membolehkan kedua bahagian otak saya berfungsi.

Teknikal
Saya melihat ada kelainan pada watak Joni yang dibawakan dengan berkesan oleh Nicholas Saputra walaupun imej Rangga masih begitu tebal dalam dirinya. Memang agak sukar untuk beliau membuang imej tersebut walaupun setelah beberapa tahun filem Ada Apa Dengan Cinta ditayangkan. Membawakan watak komedi sememangnya sukar, tetapi pelajar jurusan arkitek ini telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Kekurangan jelas pada watak Angelique yang dibawakan oleh Mariana Renata yang tampak tidak serasi dengan Nicholas Saputra. Ini berbeza apabila Joni tampil bersama Voni yang dibawakan oleh Rachel Maryam. Keserasian mereka amat terserlah.

Saya tidak pasti apakah peralatan penggambaran filem di Malaysia dan Indonesia menggunakan teknologi peralatan yang berbeza. Apabila saya menonton filem Janji Joni, mahu pun Tentang Dia atau pun Ungu Violet, saya melihat hasilnya bagus sekali. Imej yang terpancar di layar kelihatan amat cantik. Benar, sinematografi bukan sekadar cantik tetapi turut mampu memberikan makna kepada keseluruhan cerita yang dipaparkan. Beberapa adegan dipaparkan dan digabungj-alinkan dengan lakon layar lalu menghasilkan sebuah adegan yang penuh bermakna.

Ceritanya mudah sahaja. Tetapi aspek lakonan, arahan, sinematografi serta suntingan telah menceriakan filem ini. Lupakan aspek ketidak-logikan dalam filem ini, ia tetap sebuah filem yang menghiburkan.

Sinema Malaysia vs Sinema Indonesia
Kenapa komedi versi Indonesia tidak mampu memperbodohkan penonton ? Mana pergi sentuhan komedi ala P.Ramlee yang nampaknya belum ada pengganti ? Saya seorang rakyat Malaysia dan sebolehnya saya mahu menyokong industri perfileman tempatan. Masalahnya di sini, sesetengah filem Malaysia belum cukup masak untuk saya sokong. Saya tidak kata semua, hanya sebilangannya sahaja lebih-lebih lagi yang dihasilkan oleh mereka yang bertaraf Profesor Madya. Terus terang saya kecewa dengan Qaisy & Laila. Setakat tahun ini, hanya Gol & Gincu yang berjaya menambat hati saya.

Saya menaruh harapan yang besar kepada Yasmin Ahmad, Bernard Chauly, Afdlin Shauki, Bade Hj Azmi dan beberapa pengarah filem indie yang semakin meningkat naik dalam menghasilkan filem-filem yang bermutu. Saya mahu sebuah filem yang bukan sahaja berkualiti tetapi juga mempunyai nilai komersial yang tinggi.

Perkembangan filem Indonesia sudah jauh ke hadapan dan menjanjikan sesuatu yang berharga di masa depan. Lihat sahaja kepada keupayaan para sutradara muda mereka yang memiliki corak pemikiran, iltizam sinematografi dan peka kepada penonton dengan menghidangkan tontonan filem yang diingini oleh masyarakat.

Kejayaan Janji Joni
Dalam 2005 Indonesia MTV Movie Award, Janji Joni memenangi anugerah Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Paling Popular (Nicholas Saputra) dan Pelakon Pembantu Wanita Popular (Mariana Renata). Filem ini juga turut terpilih untuk Sydney Film Festival dan Pusan International Film Festival.

Janji Joni akan bertarung di Malaysia untuk Festival Filem Asia Pasifik 50 pada September ini. Apakah Janji Joni mampu menewaskan Puteri Gunung Ledang, Gangster dan Qaisy & Laila ? Jika ini terjadi, ia merupakan satu tamparan yang hebat untuk penggiat filem tempatan.

Rating : 3.5/5 bintang

Produser : http://www.kalyanashira.com/
Arisan ! : http://arisan.kalyanashira.com/

Ulasan Lain :
Sekadar Media Picisan : Ulasan Filem : Janji Joni

Entri oleh sultanmuzaffar 01 September 2005 0 komen

Ringan Kepala

Setiap kali bila terbangun dari tidur, kepala terasa berat. Kaki terasa lemah. Perjalanan ke bilik air terasa begitu jauh. Ia amat berbeza pagi ini. Bangun pagi seperti begitu mudah. Bangun dengan semangat baru dan kepala yang ringan. Turun sarapan, baca suratkhabar. Online sebentar dan menempah tiket wayang secara online untuk tayangan Janji Joni jam 11.40 pagi di TGV KLCC.

This is totally back to square one. I used to blog about personal things before and today, I did it again. Saya sempat membaca komen-komen dari entri yang terdahulu. Izham rupanya kenal dengan Dr. Tengu Shahrom. AkuKot masih berada di UNITAR and surviving. Saya berada di rumah sedang membaca komen. Ada juga komen dari adipujangga. Beliau ialah bos saya di Corporate Communication Department UNITAR.

Kalau ditanya, sama ada saya berpuas hati dengan hasil kerja saya di UNITAR. Tentu saya akan menjawab, saya kurang berpuas hati. Saya tahu saya mampu melakukan lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Seperti yang telah saya jelaskan, persekitaran sekeliling kurang meyakinkan serta inisiatif yang kurang dari pihak saya sendiri untuk mencipta cabaran baru. Mungkin kerana sudah berasa terlalu selesa. Itu alasannya.

Tujuh tahun yang lalu saya dapat merasakan UNITAR adalah tempat saya. Lima tahun kemudian, saya masih merasakan UNITAR adalah tempat saya lagi. Mungkin Akademi Fantasia yang telah banyak meracun pemikiran saya. Kecenderungan saya mula berubah ke arah itu.

Enuff about UNITAR. Kita kena ingat, jalan mesti ke hadapan, bukan ke belakang !

Melewati KLCC pagi hari. Singgah sebentar di Tower Records untuk beli album Best of Mawi World, Ruffera oleh Ruffedge, Padi dan Janji Vince. Tidak mahu ketinggalan kata orang. Satu Malaysia dilanda demam Mawi tentunya saya tidak mahu ketinggalan untuk menyokong kerjaya beliau. Penjualan album Mawi yang sudah mencecah 150,000 unit, satu jumlah yang tidak pernah kita sangkakan akan dicapai oleh seorang artis baru sepertinya. Saya sendiri pernah menyatakan, kewujudan Mawi akan hanya terus relevan berdasarkan penjualan albumnya kelak dan kini ia terbukti. Entah apa magik yang dibawa oleh jejaka Kulai ini, sampai hari ini saya masih tidak mendapat jawapannya. Saya pernah diajukan soalan yang sama oleh seorang penulis sebuah majalah dan saya mengambil masa dua minggu untuk menjawab soalan tersebut. Baru semalam saya menghantar jawapan saya kepada penulis majalah tersebut.

Tiga musim saya melihat perkembangan bintang Akademi Fantasia. Dua musim juga saya melihat peminat mereka lari setelah berakhirnya musim Akademi Fantasia tetapi tidak musim ini. Peminat Akademi Fantasia musim ini telah membuktikan sesuatu.

Saya tetap membeli satu unit CD Mawi walaupun koleksi mp3 saya sudah lengkap untuk musim Akademi Fantasia 3. Satu CD sahaja yang saya tidak peroleh iaitu CD Soundtrack Gol & Gincu.


Tidak lengkap rasanya ke KLCC jika tidak ke Kinokuniya. Sudah menjadi tabiat saya, apabila ke KLCC hanya Kinokuniya, Tower Records, TopMan dan deretan kedai peralatan elektronik di aras 3 yang akan menjadi tumpuan saya.


Selesai semua urusan, saya bergerak ke TGV KLCC untuk menonton Janji Joni. Saya akan mengulas lebih lanjut tentang filem tersebut. Saya amat kagum dengan sinema Indonesia yang sedang dibawa corak baru ke dalam paparan imej Indonesia yang sebenar-benarnya. Filem ini ringkas tetapi ideologi yang dibawa oleh golongan muda peneraju filem ini agak besar.

Di luar panggung setelah selesai tayangan, saya sempat menemui Hassan Muthalib, salah seorang juri untuk Festival Filem Malaysia. Menurut Presiden UNITAR pada hari sebelum saya meninggalkan UNITAR, Pak Hassan Muthalib akan menjadi Penasihat untuk Ko-Kurikulum Apresiasi Filem. Mereka beruntung kerana mendapat seorang yang arif tentang filem untuk membantu pelajar dalam menghayati filem. Tidak banyak yang dibualkan bersama beliau. Seboleh-bolehnya saya mengelak topik UNITAR kerana tidak mahu memberitahu beliau yang saya tiada lagi di UNITAR.

Selesai wayang, saya bergegas ke ASTRO untuk mengambil beberapa keping tiket masuk ke Konsert Reunion yang akan berlangsung esok malam. Ironik bukan ?

Imej adalah ihsan Klubbkidd

Jika anda peminat Felix, pastikan anda dapatkan album Best of Felix Susah Susah Aje yang akan diedarkan pada 8 Sepetember (kawasan lain) dan 9 September di Kuala Lumpur. Setakat hari ini sebanyak 16,000 unit telah siap dicetak dan dianggarkan akan mencecah jualan sebanyak 50,000 unit. Persoalannya sekarang, sejauh mana kehebatan Felix mampu untuk mengatasi aura Mawi ? Jawapannya terletak pada para peminat Felix. Sudahkah anda bersedia untuk mendengar ulang tayang Smooth, Hukum Karma dan Kudaku Lari ? *tepuk dahi*

Entri oleh sultanmuzaffar 31 August 2005 1 komen

Tujuh Tahun Tiga Bulan Berlalu
Tujuh tahun bukan satu jangkamasa yang singkat. Berada di satu tempat kerja tentunya menjanjikan terlalu banyak pengalaman untuk diceritakan dalam satu tempoh berucap yang sekejap. Ini tidak termasuk dengan ahhh, hmmm, gagap sana, gagap sini, tahan sebak dan lain-lain. Maka saya terpaksa menggunakan saluran ini untuk menyampaikan apa yang tidak terlintas semalam pada hari ini.

Saya masih ingat tujuh tahun lalu sewaktu hari saya melaporkan diri di UNITAR. Pada 2 Mei 1998 kerana tiada siapa yang bekerja pada 1 Mei. Masih lagi segar dalam ingatan saya dibawa dari Astana ke untuk bertemu dengan Dr. Tengku Shahrom. Hanya ada dua tempat pilihan saya ketika itu. Sama ada Multimedia Department Cosmopoint ataupun UNITAR. Saya akhirnya memilih UNITAR kerana pada waktu tersebut UNITAR masih merupakan sebuah padang yang kosong. Masih rata. Tiada besi cerucuk yang menegakkan UNITAR. Itulah cabaran yang sebenarnya. Menjadikan UNITAR dari kosong menjadi seperti sekarang. Tegak berdiri.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada bos-bos yang terdahulu seperti Dr. Tengku Shahrom, Roslan Ramli, Fatimah Ahmad (saya tersebut Fatimah Abu Bakar), Shukri Mohamed, Hassan Mohamed (Al-Rad), Noor Maizatul Akmam Mohamed dan Hasnan Hakim. Mereka inilah yang sebenarnya telah membentuk saya menjadi apa yang ada sekarang. Melalui proses melaksanakan tugas ia telah sedikit sebanyak mematangkan saya juga menjadikan saya seorang yang kreatif dalam membuat keputusan.

Jika tidak kerana pertukaran saya dari Courseware Department ke Corporate Communication Department, tentunya keyakinan saya untuk berinteraksi dengan orang ramai tidak saya perolehi. Baru hari ini saya sedar bahawa pertukaran tersebut merupakan sebuah anjakan paradigma untuk membolehkan saya melihat dunia yang lebih luas lagi. Saya berterima kasih untuk itu.

Tembok yang besar sewaktu di Courseware Department terlalu tebal sehingga menyebabkan saya kurang berinteraksi dengan kakitangan yang lain. Apabila mendapat peluang untuk bertukar ke Corporate Communication Department, ia merupakan satu peluang yang saya terima agak was-was pada mulanya. Mahu atau tidak mahu, saya harus berinteraksi dengan setiap unit yang ada di UNITAR. Tembok yang tebal yang mengelilingi saya mula pecah sedikit demi sedikit. Saya tidak pernah berangan-angan untuk berinteraksi dengan setiap fakulti di UNITAR, Corporate General Administration, Marketing, Legal, Corporate Planning & Business Development, Finance, Human Resourse Development, President’s Office dan berbagai-bagai unit yang ada di UNITAR. Tetapi di Corporate Communication peluang itu datang dan horizon pandangan saya menjadi semakin luas. Dari seorang yang tidak tahu apa itu Purchase Order, Delivery Order, Pro-Forma Invoice, Quotation, Press Release, Event Management, kini tahu apakah semua itu.

Kekuatan dari ilmu-ilmu yang saya perolehi dari Courseware Department, Application Research Development dan Corporate Communication Department itulah yang saya gunakan untuk mula berinteraksi di dalam dunia siber dan menjadi seperti sekarang. Ilmu-ilmu itu saya gunakan untuk berhadapan dengan golongan pembaca blog, personaliti-personaliti, bintang-bintang Akademi Fantasia, tenaga belakang tabir Akademi Fantasia dan sebagainya. Ilmu IT dan ilmu interpersonal tersebut saya gabungkan untuk di bawa ke tempat baru kelak.

Perintis Multimedia Developer di Courseware Department,
Zulkifli, Noor Azah, Wan Shafiuddin, Zulhairi, Roseta, Azila, Aniza, Wan Suhaimi dan Suffi Syafinaz yang telah bersama-sama saya selama beberapa tahun menjadi perintis perisian kursus UNITAR dan menerima kehadiran saya sebagai ketua anda. Tentu kita masih ingat bagaimana sukarnya menjadi perintis. Bermula dari kosong tanpa apa-apa ilmu di dada dan kemudian menapak selangkah demi selangkah dan akhirnya CD pertama siap sepenuhnya. Kita telah melalui saat-saat itu yang tidak dapat diperolehi oleh orang lain. Hanya kita.

Multimedia Developer yang kemudiannya bersama-sama kita untuk meneruskan penguasaan Courseware muncul satu-persatu. Ada di antara nama mereka yang telah saya lupa. Mereka terdiri daripada Shahrulnizam, Roslyna, Suzilah, Wan Mazawati, Azrul Helmi, Mohamed Zahili dan beberapa lagi.

Juga tidak ketinggalan, Hasnan Hakim (juga seorang blogger), bos saya di Corporate Communication dan Rahayu Aziz yang tahan dengan karenah saya selama ini. Walaupun jangkamasa saya di Corporate Communication tidak lama tetapi hasilnya sedikit sebanyak boleh dilihat baik di dalam kerja-kerja saya untuk UNITAR, untuk blog, dan sebagainya.

Inilah orang-orang di sekeliling saya yang telah memberikan kesan mereka ke atas pembentukan peribadi saya sendiri mengharungi setiap cabaran yang ada di UNITAR. Mereka inilah orang yang kreatif yang mewarnai dunia saya selama 7 tahun di UNITAR.

Bercerita tentang cabaran, setelah tujuh tahun berada di UNITAR, cabaran yang saya perolehi semakin kurang mencabar. Entah di mana silapnya. Mungkin kerana laman web sesiapa sahaja boleh melakukannya. Mungkin juga kerana saya merasakan sudah terlalu selesa di UNITAR dan menyebabkan saya kurang initiatif untuk mencari cabaran baru. Ia juga mungkin kerana sifat persekitaran sekeliling yang tidak banyak berubah dan agak statik. Oleh yang demikian, saya harus mencari cabaran baru.

Saya merasa cukup terharu kerana tujuh tahun yang lalu saya diterima masuk ke UNITAR untuk bersama-sama dengan pasukan Courseware Department untuk membangunkan perisian kursus yang menjadi matlamat utama UNITAR, dan pada hari terakhir saya di UNITAR, Courseware Department ditutup dan kakitangan sedia adanya telah pun dipindahkan ke jabatan-jabatan yang lain. Ia cukup membuatkan saya begitu terharu. Ia semacam, saya turut membawa nama Courseware keluar dari UNITAR.

Terima kasih UNITAR kerana peluang yang diberikan tujuh tahun dahulu dan pengalaman-pengalaman berharga yang saya kutip sewaktu berada di UNITAR akan saya gunakan dalam proses melaksanakan tugas saya sebagai kakitangan di tempat yang baru juga saya sebagai manusia.

Entri oleh sultanmuzaffar 30 August 2005 0 komen

SoccaStars Malaysia !

Bakal Bintang SoccaStars Malaysia ?

Apakah dia SoccaStars Malaysia ? Bakal muncul seorang bintang baru dalam bidang bola sepak di Malaysia hasil program realiti tv terbaru dari Astro. Kehadiran saya di majlis tersebut adalah secara mengejut. Mulanya hanya bertujuan untuk menonton permainan futsal beberapa bintang AF yang telah menyerikan lagi majlis pelancaran tersebut.

Kalau dua tahun lepas, setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Zoo Negara tetapi kerana Akademi Fantasia, saya ke sana. Pada tahun ini, saya menjejakkan kaki ke SportsPlanet juga kerana Akademi Fantasia. Alang-alang kebosanan di rumah tidak bekerja, apa salahnya saya menghabiskan masa di SportsPlanet.

Bintang Hati SoccaStars Malaysia ?

Melihatkan perancangan yang telah dibuat, saya melihat program ini sebagai sebuah program yang turut membantu kerajaan mencapai hasratnya untuk melihat golongan belia menghabiskan masa ke arah yang positif. Dalam proses melahirkan bintang bola sepak bukan boleh dilakukan hanya dengan sekelip mata. Perancangan perlu diatur dengan teliti. Proses yang sama juga dilalui oleh Akademi Fantasia.

Sebagai sebuah acara sukan yang agak popular di Malaysia, bola sepak juga mampu menyatupadukan kaum yang ada di Malaysia. Melalui sukan, perbezaan bangsa bukan halangan. Populariti sukan bola sepak tempatan semakin menurun sejak akhir-akhir ini. Dengan adanya program sebegini diharapkan dapat menaikkan kembali nama Malaysia di peta bola sepak dunia. Menjadikan Akademi Fantasia sebagai model, SoccaStars Malaysia diharapkan mampu menarik golongan remaja untuk mendekati sukan tersebut. Sebelum wujudnya Akademi Fantasia, industri muzik hampir menemui penghujungnya. Penjualan album semakin naik dan industri muzik kembali hidup walaupun masih dibelenggu masalah cetak rompak dan sebagainya.

Beat TV & Bintang SoccaStars Malaysia !

Saya agak optimis, rancangan ini dapat mencipta satu kelainan kepada rancangan yang sedia ada. Walaupun konsep rancangan masih rahsia dan samara-samar tetapi bayangannya agak jelas. Antara yang menjadi perhatian tentulah Diari Kehidupan para pelatih yang akan dipaparkan. Konsepnya mungkin sama dengan Diari Akademi. Jika sebelumnya dipaparkan aktiviti latihan vokal, tarian dan seni persembahan, kini dengan SoccaStars Malaysia para penonton bakal dihidangkan dengan taktik permainan, latihan intensif serta strategi perlawanan.

Sekiranya rancangan mampu melahirkan seorang lagi Mawi dalam arena bola sepak yang mana kemunculannya sentiasa dinanti-nantikan serta mampu menarik golongan muda untuk mendekati sukan tersebut, tentunya hasrat kerajaan untuk menjadikan acara sukan ini lebih popular dan mendatangkan hasil akan menjadi kenyataan.

Sukan juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya selain daripada hiburan. Saya menantikan bintang baru yang bakal tercipta melalui program realiti tv ini.

Siaran Akhbar : Astro Mencari Bakat Baru Bola Sepak dengan SoccaStars Malaysia

Kuala Lumpur, 29 Ogos 2005:

Sidang Akhbar SoccaStars Malaysia

Stesen televisyen satelit Astro, mengorak langkah permulaan, merintis usaha memupuk minat belia dalam bidang sukan bola sepak dengan menerbitkan SoccaStars Malaysia. Program ini memberi tumpuan kepada sukan bola sepak dengan objektif utama untuk mencari dan melahirkan pemain bola sepak yang berkebolehan. Bakat-bakat yang terpilih akan menerima latihan di sebuah Akademi yang bakal ditubuhkan dan salah seorang daripada mereka akan terus mara untuk mengikuti latihan di salah sebuah akademi kelab bola sepak berprestij di Eropah.

Majlis pelancaran SoccaStars Malaysia telah disempurnakan oleh YB Datuk Azalina Dato’ Othman Said, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir di majlis tersebut adalah Azran Osman-Rani, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Perniagaan, Astro dan Rozina Aziz, Ketua Program Melayu, Astro.

Sepak Mula oleh Datuk Azalina, Menteri Belia dan Sukan Malaysia

Azran berkata seramai 26 calon akan dipilih sebagai kumpulan aperantis pertama SoccaStars Malaysia yang akan disaring menerusi empat sesi ujian kelayakan yang akan diadakan pada tarikh dan di lokasi berikut:

  • Sabtu, 10 September di Padang Sri Gelam, Johor Bahru, Johor
  • Jumaat, 16 Sepetember Padang Kompleks Belia dan Sukan Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
  • Jumaat, 23 Sepetember, Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah
  • Sabtu, 1 Oktober Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, Selangor

Mereka yang berminat perlu menghadiri sesi pendaftaran bermula pada pukul 9 pagi sehingga jam 12 tengahari. Ujian kelayakan SoccaStars Malaysia terbuka kepada semua lelaki warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

SoccaStars Malaysia akan membantu aperantis terpilih ini mencapai impian untuk menjadi bintang bola sepak negara. Mereka akan ditempatkan di sebuah akademi yang bakal ditubuhkan di ibu negara dan akan menerima latihan, di antaranya taktik menguasai sukan bola sepak dari jurulatih-jurulatih berpengalaman. Sepanjang berada di Akademi, mereka harus menjalani ujian-ujian kelayakan serta program latihan yang intensif.

"Sebagai ganjaran, SoccaStars Malaysia akan menghantar dua orang pemain terbaik ke Eropah di mana hanya seorang daripada mereka akan dipilih untuk menerima latihan eksklusif dari sebuah akademi latihan di salah sebuah kelab bola sepak Eropah yang berprestij" terang Azran.

SoccaStars Malaysia diterbit berdasarkan konsep SoccaStars dari Ireland. Ianya adalah sebahagian daripada usaha Astro untuk membantu kerajaan melahirkan pemain-pemian bola sepak yang berbakat dan berpotensi untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa.

Impian rakyat Malaysia menjadi SoccaStars Malaysia !

"Rakyat Malaysia memang dari dahulu lagi menggemari sukan bola sepak," kata Azran. "Program ini bukan sahaja bakal menepati citarasa mereka, malahan juga dapat memberi peluang kepada peminat-peminat bola untuk memahami teknik latihan yang dapat membantu mereka memahirkan diri menerusi pendedahan kepada kursus latihan yang bakal kami paparkan di kaca TV."

"Di samping itu, pengenalan program tersebut juga akan memperkukuhkan barisan rancangan yang kami sediakan di platform Astro, khasnya Astro RIA. Gabungan elemen latihan skil bola sepak serta paparan kehidupan harian peserta yang terpilih menggabungkan elemen sukan dan gaya kehidupan. Ianya memperluaskan pilihan genre rancangan dan sesuai pula untuk ditonton oleh seluruh keluarga. Kami menaruh harapan agar program tersebut akan turut diminati oleh para pelanggan kami. Mungkin di antara mereka akan lahir seorang bintang bola sepak terkemuka yang mendapat pendedahan skil bola sepak melalui program kami." Jelas Azran lagi.

Sebagai sebuah badan korporat yang prihatin, Astro terus memainkan peranan menggalakkan perkembangan sukan nasional. Tahun lalu, Astro telah terpilih sebagai "Penaja Utama Pasukan Malaysia ke Sukan Olimpik 2004 dan 2008" oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Di bawah perjanjian itu, Astro juga terpilih menjadi "Penaja Utama Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2005 dan 2007" serta "Penaja Utama Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2006".

Menjanjikan kepuasan kepada peminat sukan, Astro akan menyiarkan lebih banyak acara sukan bertaraf antarabangsa seperti Piala Dunia 2006 dari Jerman (9 Jun - 9 Julai 2006) dan Sukan Komanwel 2006 dari Melbourne (15 - 26 Mac 2006). Dengan operasi satelit terbaru MEASAT 3, Astro akan menambah 4 saluran sukan eksklusif seperti liputan sukan yang terbaik dan komprehensif.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Eksklusif : Sambutan Hari Lahir Mawi di Bilik VVIP Palace Of The Golden Horses

Inilah foto kejutan Sambutan Hari Lahir Mawi yang sepatutnya diadakan sewaktu Mawi membawakan lagu finale Hanya Memuji pada persembahannya di Palace of The Golden Horses. Majlis tersebut tetap diadakan secara tertutup di Bilik VIP hotel tersebut dengan dihadiri oleh tetamu jemputan khas sekitar jam 1.30 pagi. Sambutan eksklusif hari jadi Mawi ini telah dianjurkan oleh Pengarah Urusan Cosry Wise Sdn. Bhd., Encik Ariff Quasri (juga penganjur bagi COSRY GALA MERDEKA MUSICAL FASHION SHOW '05) yang dihadiri oleh kira-kira 15 orang tetamu yang terdiri daripada kakitangan Cosry Wise, kenalan-kenalan rapat serta beberapa kakitangan Maestro.

Majlis yang berlangsung kira-kira 1 jam itu menyaksikan Mawi beramah-mesra, mengambil gambar dan menandatangani autograf bersama sebahagian tetamu malam itu. Tetamu yang hadir telah menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi', diikuti dengan bacaan ringkas doa' selamat oleh Mawi sendiri.

Pengarah Urusan Cosry Wise Sdn. Bhd., Encik Ariff Quasri dipetik berkata "Sebenarnya kami telah merancang untuk menyambut hari jadi Mawi bersama para peminatnya di acara kemuncak penutup persembahan pada malam itu. Ini merupakan satu surpsise birthday party untuk Mawi dan sebagai menghargai sokongan dari para peminatnya yang hadir pada malam itu. Tetapi, oleh kerana Mawi tidak sempat untuk pulang sebelum berakhirnya persembahan pada malam itu, maka kami terpaksa mengadakan majlis ini secara tertutup sahaja".

Menurut satu sumber yang tidak mahu dikenali, seorang kerabat Diraja dari sebuah negeri yang kaya dengan hasil kayu balak yang hadir pada malam itu juga telah berminat dan merisik-risik untuk mengambil Mawi membuat persembahan. Sumber itu turut berkata, acara anjuran pihak istana tersebut adalah untuk kutipan amal yang akan diadakan tidak lama lagi.

Selesai sambutan tersebut, saya dan kawan bergegas pulang.

Selamat Hari Lahir Mawi : Potong Kek

Selamat Hari Lahir Mawi : Potong Kek

Pose World untuk para peminatnya

Untuk 3 keping foto lagi, sila ke Sekadar Media Picisan.

Entri oleh sultanmuzaffar 29 August 2005 0 komen

Gala Merdeka Musical Fashion Show di Palace Of The Golden Horses

Saya berkesempatan untuk hadir ke Gala Merdeka Musical Fashion Show di Palace Of The Golden Horses atas jemputan pihak penganjur. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya ulangi jemputan tersebut adalah atas jemputan pihak penganjur dan bukannya jemputan rakan saya yang sama-sama bekerja dalam jawatankuasa acara tersebut. Saya harap tidak ada sesiapa yang salah faham.

Seboleh-bolehnya saya tidak mahu memberitahu tentang cerita di sebaliknya tetapi kerana wujud kekeliruan yang telah sedikit merentap perasaan, maka harus saya perjelaskan dengan lebih lanjut. Jika bukan kerana jemputan tersebut, saya tidak mampu untuk pergi memenuhkan dewan tersebut. Saya lebih rela menghabiskan wang tersebut ke tempat lain. Kemunculan Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan Mawi sebagai tarikan untuk saya hadir ke majlis tersebut.

Itu bukan soalnya. Soalnya sekarang mengapa keringat Mawi diperah sehabis mungkin dan apa yang saya tonton malam tersebut merupakan sebuah persembahan yang membosankan. Jelas keletihan terpancar pada wajah beliau. Tidak cukup dengan itu, selesai beliau menyanyikan empat buah lagu pada jam 9.30 malam, beliau dan pihak pengurusannya telah berlari ke sebuah lagi persembahan yang berlangsung di Sepang. Lebih memeranjatkan, bersandarkan jadual acara yang diberikan kepada saya, Mawi sepatutnya muncul dalam persembahan finale bersama Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah untuk lagu Hanya Memuji pada sekitar jam 12.30 tengah malam. Malangnya hanya Anuar Zain dan Dayang sahaja yang muncul pada persembahan finale tersebut.

Segala kejutan sambutan Hari Lahir Mawi yang dirancang oleh pihak penganjur terpaksa dibatalkan dan tidak diraikan bersama ratusan penderma yang memenuhi ruang dalam ballroom tersebut. Namun demikian, Mawi tetap muncul tetapi setelah selesai semua acara tamat. Rata-rata hadirin yang ada pada malam tersebut menunggu sehingga majlis selesai kerana menyangkakan Mawi akan muncul lagi dalam persembahan finale tetapi ini tidak berlaku. Mereka telah membayar RM300 hingga RM500 seorang untuk menyaksikan persembahan tersebut. Mereka sebenarnya telah ditipu. Apakah mereka akan berdiam diri ? Saya tidak. Para peminat harus diberikan keadilan yang sewajarnya. Bukannya dihidangkan dengan sesuatu yang kurang masak.

Di manakah letaknya nilai profesional yang sewajarnya dibawa oleh Mawi ? Apakah ia salah Mawi ? Bukan. Sebaliknya saya meletakkan sifat tamak tersebut di bahu pihak pengurusannya. Menerima dua persembahan pada satu malam tidak lebih sebagai menyerlahkan lagi sifat busuk tersebut.

Mawi sewajarnya diberi peluang untuk melihat persembahan senior-seniornya seperti Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah. Mawi boleh menggunakan peluang tersebut untuk melihat bagaimana Anuar Zain mengawal peminat-peminatnya, cara beliau berinteraksi dengan peminatnya serta cara beliau berinteraksi dengan hadirin dari kalangan VVIP. Paling tidak pun duduk semeja makan dengan golongan tersebut. Bukan selalu dapat peluang makan dengan penuh beretika dalam majlis-majlis sebegini. Sekiranya ini terus berlaku, sampai bila pun Mawi tidak akan ke mana dan kemunculan Mawi hanya sekadar menjadi lubuk emas kepada pihak-pihak tertentu. Lihat sahaja kepada wawancara beliau bersama Melodi. Nampak seperti ada yang tidak kena seorang yang menjadi idola bertutur sedemikian. Langkah sewajarnya, mereka harus diberikan kelas tentang pembentukan personaliti di khalayak ramai seperti yang pernah diajar di Akademi Fantasia 2. Kelas Tatacara perlu diteruskan agar kredibiliti bintang tidak tercalar satu hari kelak.

Jika saya boleh membandingkan persembahan Mawi dan Dayang Nurfaizah amat jauh perbezaannya. Ya benar, Mawi masih mentah. Sudah tahu mentah, inilah masanya untuk belajar dari para seniornya. Melihat cara mereka membawa diri mereka di atas pentas. Mengumpul pengalamannya bersama bintang-bintang lama ini untuk menjadikan persembahannya lebih matang di masa akan datang.

Itulah pandangan saya untuk pihak pengurusan yang menguruskan Mawi. Saya berharap agar mereka lebih peka di masa akan datang.

Nota : Saya menukar tajuk artikel ini sebagai satu jalan selamat. Jalan menyelamatkan diri sebenarnya. Saya potong beberapa ayat juga kerana sebab yang sama. Bukan kerana tiada pendirian tetapi setelah mendengar pandangan dari pelbagai pihak. Pendirian saya tetap sama.

Entri oleh sultanmuzaffar 26 August 2005 0 komen

Anda Menjadikannya Satu Kenyataan : Jom Raikan !

Gathering Gol & Gincu : TGV KLCC
Terima Kasih kerana menjadikan Akademi Fantasia musim 3 lebih bermakna !

Malam ini kita akan bertemu buat pertama kalinya. Pada sesetengah pembaca ini merupakan kali yang entah berapa kali kita bertemu. Ada di antaranya yang telah menjadi kawan, sahabat dan seteru saya. Delete-delete YM itu perkara biasa. Sudah saya katakan, saya akan menjadikannya modal sampai bila-bila. Perasaan saya berbaur-baur. Hari ini merupakan hari terakhir saya di tempat kerja saya. Saya pergi dengan perasaan bangga kerana telah merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sebuah universiti virtual pada satu ketika dahulu. Kini setelah universiti tersebut sudah boleh berdiri dengan sendirinya, saya perlu mencari cabaran baru yang lebih hebat.

Seramai 55 orang pembaca saya dijadualkan berkumpul pada malam ini. Yang tidak kenal, inilah masanya untuk kita berkenalan. Pada saya Akademi Fantasia tetap menjanjikan magiknya kepada saya saban tahun bila musimnya berganti. Saya memperoleh kawan-kawan baru.

Filem : Gol & Gincu
Tempat : TGV KLCC
Hari : Jumaat
Tarikh : 26 Ogos 2005
Jam Berkumpul : 7.30 petang hingga 8 malam
Tempat Berkumpul : Food Court Level 2 KLCC
Jam Wayang : 9.10 malam
Hubungi : +60123013029 (akan diaktifkan jam 5.30 petang - 9.10 malam)
Ulasan Wayang SM !
Ulasan Wayang Mat Jan !
Maklumat Awal Gathering !

Turut mengundang :
badrulaftersix
blogpisang
elkapitan, senikami
dan seisi keluarga

Tetamu Terkini (setakat 9.10 malam, 26 Ogos 2005)
1. SM
2. elkapitan (V4Marsha)
3. Karl Shafik
4. klubbkidd (ajak le bob sekali !) @tetapi datang untuk teh tarik !
5. juandanza (fanatik mawi lah tuh !) @takder mood katanya !
6. wink
7. izreen
8. Cikanos (darzfan menantikan kehadiranmu !!!)
9. meesua (perwakilan fanatik mawi lah tuh)
10. husband meesua
11. Leen
12. frodo
13. kak iffa
14. husband kak iffa
15. kak aidid (perwakilan praapp) @ diganti dengan Ijip
16. azizi
17. NHK
18. Rose
19. OrgKampung @ demam
20. CKin
21. javard (perwakilan blog javardkent)
22. skylar
23. starchaser
24. darzfan (mamat kecoh musim lepas, juga merupakan bekas banduan...hahahhaha)
25. iwanshu-aswad
26. DarlingLara
27. eeda
28. Zaryna (Mama ZA)
29. Myra
30. sweetmk
31. Aida Anonymous (macam kenal ajer !)
32. ayon
33. lullaby (perwakilan JU)
34. husband lullaby
35. antheeq
36. ND (geng gengjurnal)
37. orenz (founder of CDO)
38. qulaifornia
39. kawan qulaifornia
40. Apai (mamat kecoh dalam tag & komen, juga merupakan bekas banduan...hahhahah) @terbang ke Miri
41. Yani (Chicks Apai hahahhaha)
42. Lat (Chicks Apai hahahhaha)
43. Aizat (anak ikan waiem)
44. Man (anak ikan waiem)
45. Kop (perwakilan May The World Be With You)
46. Manzek (perwakilan May The World Be With You) @ditemui di Zeta Bar
47. Puchong (perwakilan May The World Be With You)
48. senter-stage
49. Reen
50. CD
51. Firman
52. kawan DarlingLara
53. Hakim @menggantikan Rosman

Jumlah Kehadiran : 43 orang
Jumlah Tidak Hadir : 10 orang

Terima kasih ! Magik Akademi Fantasia menjadi lagi tahun ini !

Sorotan Gathering Gol & Gincu

Panjangnya...

Seperti dua musim Akademi Fantasia yang lalu, tahun ini saya bertemu lagi beberapa kawan baru. Jika musim pertama pertemuan dilakukan di Oren Kampung Baru dan musim kedua bertemu di Gathering Puteri Gunung Ledang, musim ketiga ini ia dilakukan di Gathering Gol & Gincu. Besar harapan saya sekiranya mereka ini kelak akan terbuka hati mereka untuk menonton teater, menghayati majlis deklamasi puisi, menterjemah karya-karya agung di Balai Seni Lukis. Seni bukan sekadar Akademi Fantasia, tetapi juga seni secara keseluruhannya. Blog ini semacam satu platform untuk mereka yang pada awalnya meminati Akademi Fantasia dan kemudian terpanggil untuk menghayati cabang seni yang lain.

Bilangannya semakin bertambah, dari belasan pembaca sewaktu musim pertama kepada sekitar dua puluh pembaca sewaktu musim kedua, tahun ini saya bertemu dengan hampir lima puluh orang seperti yang dijadualkan. Saya memohon maaf sekiranya ada perjalanan majlis yang agak tidak lancar. Ramai sangat. Mujur ada wink yang membantu menyelenggarakan perjalanan majlis. Chail turut membantu mendapatkan tiket wayang kita yang sebanyak 53 keping itu.

Saya selalu menekankan bahawa apa yang berlaku sewaktu musim demam Akademi Fantasia boleh dibiarkan berlalu. Saya seboleh-bolehnya tidak mahu persengketaan, perbezaan pendapat, pertelingkahan yang berlaku sewaktu musim demam Akademi Fantasia berlarutan sehingga selepas tamatnya Akademi Fantasia. Inilah yang sering kita lihat dalam Chat@15 bila mana perang SMS masih lagi berlaku walaupun setelah bintang yang kita cipta keluar menghadapi dunia realiti.

Minat pembaca saya walaupun berbeza tetapi kita boleh berinteraksi secara lebih positif dalam era post-Akademi Fantasia. Magik ! Ada yang bertanya, kenapa saya begitu seronok menganjurkan aktiviti sebegini. Saya berpeluang untuk bertemu rakan-rakan baru. Selain kita boleh bertukar pendapat tentang Akademi Fantasia, kita boleh memanjangkan persahabatan tersebut dengan bertukar-tukar pengalaman. Masing-masing mempunyai pengalaman yang berbeza dan pengalaman-pengalaman tersebut yang mematangkan kita.

Akhirnya, saya berpeluang untuk bertemu dengan Darzfan yang agak terkenal pada musim kedua. Jika di Chat@15 ada Ojah, di blog saya ada Darzfan. Mereka mempertahankan Mas mati-matian. Dia tidak banyak bercakap bercakap. Malu mungkin. Berbeza sekali dengan komen-komennya di ruangan ini musim lepas. Selain daripada itu ialah Najmie yang turut mempunyai blognya sendiri bila saya mengajak beliau untuk turut sama menyertai Perkelahan di Dataran Putrajaya menonton Konsert Akademi Fantasia 5. Antara muka baru yang saya kenali pada musim ini ialah sweetmk, lullaby, DarlingLara, Aida Anonymous, antheeq, qulaifornia, Kop, senter-stage, iwan-shuaswad, Puchong dan Hakim. Turut hadir pada malam tersebut ialah klubbkidd yang menunggu di GSC Mid Valley. Boleh ? Dia ingat wayang di sana. Kebanyakan yang hadir pada malam tersebut telah pun saya kenali sejak AF1 dan AF2, ada juga sahabat gengjurnal.net.

Sebagai sebuah gabungan yang baru, kita sewajarnya memanafaatkan pertemuan ini sebagai satu titik tolak ke arah sebuah lagi aktiviti yang lebih sihat dan tidak hanya mementingkan hiburan. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan tuntutan sosial juga boleh dirancang bersama. Ini secara tidak langsung memberikan kesan positif bukan hanya kepada blog ini tetapi juga kepada nama Akademi Fantasia amnya. Kita boleh rancang di masa akan datang.

By now, hampir semua dari kita sudah kenal-mengenali antara satu sama lain. Nombor-nombor telefon juga sudah bertukar tangan. Beberapa business card juga bertukar milik. Jangan ada rasa segan lagi antara kita. Sebelum ini kita adalah “strangers”, sekarang kita adalah kawan.

Sebahagian daripada mereka yang hadir...

Secara jujur, saya terlupa yang hari tersebut merupakan hari terakhir saya di tempat kerja saya. Keseronokan bertemu rakan-rakan baru rupanya lebih indah dari kesedihan meninggalkan kawan-kawan lama di tempat kerja lama.

Memang masa yang ada agak pendek. Selesai menonton wayang, kita bergerak ke Lotus untuk minum malam. Penuh juga tiga meja bulat apabila digabungkan bersama. Jam 12.30 tengah malam saya harus bergerak untuk menghantar Darzfan ke Stesen Bas Pekeliling. Sempat juga saya berbisik kepada Najmie, yang saya akan kembali semula kerana masih tidak puas. Tidak puas berbual dengan mereka yang ada di situ. Selesai menyelesaikan urusan menghantar Darzfan, saya kembali semula ke Lotus. Berbual panjang tentang macam-macam perkara. Ada yang off-record.

Pandangan saya mudah sahaja. Kita harus melakukannya dengan ikhlas. Sekiranya terdetik di hati kita mengharapkan balasan, maka tidak dapat tidak suatu hari kelak kita akan dikecewakan apabila tidak mendapat apa yang kita harapkan. Nasihat ini juga untuk saya. Saya mesti ingat sentiasa.

"Maybe....When you don't expect something and just do things to the best of your abilities all the time, every time someone recognizes your work, it always feels like an amazing gift."

Quoted from Afdlin Shauki's blog

Saya suka foto ini. Semacam mereka sedang tekun mendengar apa yang saya perkatakan. Untuk gambar lain sila ke Fotopages SM

Saya harus pulang. Janji Joni bakal menyusul tayangannya di panggung-panggung berdekatan. Peminat Nicholas Saputra tentunya tidak mahu melepaskan peluang menonton buah tangan terbaru dari Joko Anwar ini.

Hari ini saya akan ke Gala Merdeka Musical Fashion Show - Palace Of The Golden Horses pula. Sekadar memenuhi undangan. Nantikan juga komen pedas tentang sifat tamak manusia yang akan saya paparkan di sini.

Kepada yang membawa kamera semasa Gathering tempoh hari, sila emailkan gambar koleksi anda ke alamat email sultanmuzaffar@gmail.com ! Terima kasih.

Entri oleh sultanmuzaffar 22 August 2005 0 komen

Akademi Fantasia : Media Appreciation Nite
Bora Ombak, Ampang
Fotopages sultanmuzaffar

Lambat juga update tentang ini. Kebetulan jerebu pun sudah reda, maka barulah tergerak hati untuk update tentang AF Media Appreciation Nite ini. Pertamanya mohon maaf kepada peminat Idayu, Aidil yang gambar mereka sewaktu membuat persembahan tidak tersiar di sini kerana waktu tersebut saya sedang makan. Gambar, gambar juga, makan jangan lupa ! Nantikan gambar-gambar di sekitar Brunch Bersama Aidil anjuran Aidilistic !

Sebenarnya saya lebih gemar mengira hari untuk Gathering Gol & Gincu. Lebih melangkah ke hadapan berbanding menyiarkan gambar-gambar lama ini. Tetapi untuk tatapan anda, apa salahnya. Banyak juga gambar yang diambil tetapi gambar saya bersama mereka tidak saya siarkan disini. Hanya untuk tatapan peribadi sahaja.

Pada waktu setelah Akademi Fantasia selesai, saya tidak hiraukan tentang persembahan mereka. Mereka kini bukan pelajar tetapi bintang ! Perjalanan mereka masih jauh. Bintang yang ada masih belum benar-benar digilap. Khabarnya, bintang edisi ketiga ini mempunyai masa yang panjang untuk digilap kerana besar kemungkinan Akademi Fantasia keempat tidak diadakan pada tahun hadapan. Pertembungan antara musim Akademi Fantasia dan Piala Dunia 2006 tentunya memberikan masa yang cukup banyak untuk Maestro benar-benar menjalankan tugas mereka untuk menggilap, mencungkil, meneroka setiap bakat yang mereka ada untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Masa yang panjang ini juga boleh menjadi platform besar untuk mereka melangkah lebih jauh agar menjadi bintang yang disegani satu hari kelak.

Saya ingin juga melihat bintang ciptaan kita ini bukan sekadar jaguh kampung tetapi juga mampu menakluki dunia. Ianya akan mampu berhasil sekiranya perancangan jangka panjang yang teliti dilakukan untuk memperkembangkan bakat yang mereka ada dan bukan sekadar mengaut keuntungan jangka pendek. Kita tentu mahu melihat mereka mampu berdiri dengan sendiri setelah tiga tahun berlalu iaitu setelah tamatnya kontrak mereka kelak. Apakah mereka sudah mampu berdiri dengan sendiri ataupun masih bertongkat ?

Perjalanan mereka baru bermula !

Mawi, Yazer & Felix : Medley



Mawi, Kefli, Yazer, Amylea : Medley



Marsha : Pose !



Amy & Friends : Bilang Saja



Fuad & Friends : Pop Yeh Yeh



Akma & Felix : Selamat Jalan Romeo



Kefli : Berhenti Berharap



Ekin : Erti Cinta



Reza : Mungkin Nanti



Felix : Aku Semut Merah



Felix : Aku Semut Merah



Felix : Gelek Semut Merah



Trio Amy, Idayu & Akma



Elliza : Elegi Sepi



Yazer : Ready For Love



Marsha : Bossanova



Marsha : Bossanova



Mawi WORLD


Tapi kena ingat, jalan mesti ke hadapan, bukan ke belakang !

Entri oleh sultanmuzaffar 21 August 2005 0 komen

Selepas 16 Tahun...

Siapa yang maintain ?

Bagaimana rasanya apabila bertemu semula dengan rakan-rakan sekolah yang telah anda tinggalkan sejak 16 tahun dahulu ? Sebenarnya apabila menerima SMS dari Nizam pada 6 Ogos tentang Majlis Perkahwinan Lobo pada 20 Ogos saya telah mengira hari untuk menghadiri majlis tersebut. Pertamanya kerana setelah saya melangkah keluar dari sekolah tersebut, saya tidak pernah bertemu dengan mereka sejak hari tersebut. Masing-masing membawa haluan masing-masing.

Keduanya, Lobo memang saya kenal sejak umur 8 tahun. Rakan satu sekolah rendah dan terus membawa ke sekolah menengah. Gang BMX saya dulu. Kami duduk di asrama yang sama. Tidak lama. Sekejap sahaja. Bagaimana boleh dapat nama Lobo ? Nama Lobo yang sebenarnya ialah Mohamed Sirajuddean Mohd Sheriff. Saya rasa sekarang, tentu anda sudah tahu bagaimana nama Lobo itu lekat sampai sekarang. Zaman dulu memang kami suka main nama bapak. Elok-elok ada nama sendiri, tapi kita panggil dengan nama bapak.

Petang itu, Hakim, Nizam, Ardi, Amirul dan saya hadir ke majlis tersebut. Azam tidak dapat hadir kerana on call pada hari tersebut. Azam kini Dr. Azam. Nasir pula tidak dapat dihubungi. Ada yang jurutera, ada yang peniaga. Masing-masing ada kerjaya hebat. Badan masing-masing pun hebat juga sekarang. Yang dulu kembang, sekarang kurus. Yang dulu mantap, sekarang kembang. Dulu bercermin mata sekarang contact. Dulu celik, sekarang rabun. Ada yang tidak kenal. Memang banyak perbezaan. Tuhan Maha Adil !

Kami berbual panjang mengingati saat-saat bersama di sekolah tersebut. Lebih-lebih lagi mengulang-tayang peristiwa-peristiwa yang berlaku di asrama. Memang payah juga apabila sebut nama tetapi tidak ingat rupa. Penat juga otak cuba diperah untuk mengembalikan ingatan pada wajah-wajah yang nama mereka telah dilupakan.

Kadang-kadang bila dengar lagu rock kapak lama-lama dendangan Search tentu dapat membawa kembali kenangan-kenangan lama tersebut. Lagu Rozana contoh, terus membawa fikiran ke court badminton pada jam 3 pagi. Kami didenda kerana tidak "lights off" walaupun sudah melepasi jam untuk tutup lampu. Kami buat konsert, nyanyi lagu Rozana ramai-ramai. Terus kena panggil turun dengan warden. Setiap kali dengar lagu Rozana, mesti saya terbayang cerita-cerita lama itu.

1 April 1989 : Main mercun serang Asrama Putri. Denda lari 50 pusingan padang. BULAN PUASA !!!! Bayangkan. Untuk menjadikannya lebih dramatik, ia terjadi pada hari lahir saya sendiri. Hadiah hari lahir paling best saya pernah dapat dari sekolah tersebut.

(dari kiri) Muzaffar, Amirul, Ardi, Nizam, Hakim


Kita kena jumpa lagi dan berbual sampai pagi. Itupun kalau kawan-kawan saya dapat lesen dari Kementerian Dalam Negeri mereka.

Entri oleh sultanmuzaffar 19 August 2005 0 komen

Kawan Blogger Aku Sudah Gila !!



Di bawah ini ada satu projek gila dari kawan blogger aku sendiri. Entah sawan apa yang meresap dalam badan dia pun aku tak tahu. Tiba-tiba dia lancarkan satu projek yang di beri nama PROJECT AFDLIN SHAUKI DAH HILANG AKAL!

Saya cadangkan pada pembaca blog saya, sekiranya anda ingin menyokong usaha beliau, jangan pula anda hantar RM0.10 kepada kawan blogger saya itu. Anda patut hantar RM50, tidak pun RM100 !! Berbaloi album itu ! Saya sudah pernah review album tersebut beberapa tahun yang lepas. Jika anda tidak percaya, anda boleh baca di FUUYO! Oleh Afdlin Shauki dan juga melihat komen mengejut dari kawan blogger saya ini tentang ulasan saya.

dipetik dari blog Afdlin Shauki :

PROJECT AFDLIN SHAUKI DAH HILANG AKAL!

OFFER BIOL AFDLIN SHAUKI YANG AMAT SERIOUS SEKALI DAN BAGITAHU SESIAPA SAHAJA YANG AWAK KENAL YANG MENYUKAI GUA -

JIKA AWAK MAHUKAN ALBUM FUUYO AFDLIN SHAUKI, email direct kepada saya your full name and address anda ke selambakodok@hotmail.com and write AFDLIN DAH HILANG AKAL! as the subject. Bagitahu saya jika awak nak cd atau cassette. Sebagai ganjarannya saya akan hantar kepada awak album first print limited edition FUUYO melalui POS MALAYSIA, DAN segment ini amat penting... The album album retails for about 35 bucks, tetapi JIKA ANDA SUKA ALBUM TU, AWAK BAYARLAH KEPADA KAMI BERAPA AJA YANG AWAK SUKA!!! JIKA AWAK RASA NILAI ALBUM NI 10 SEN, HANTARLAH 10 sen atau IF YOU FEEL THE ALBUM IS WORTH 25 bucks then send us 25 bucks, or any amount you wantlah basically, and send it kepada kami di dalam bentuk money order or bank draft pada nama dan alamat yang akan kami samakan bersama CD itu.

IF YOU DON't LIKE THE ALBUM!!,

MY ONLY REQUEST IS, FOR YOU TO DESTROY THE WHOLE ALBUM! BY SENDING IT FOR RECYCLING.

DO NOT!, I REPEAT, DO NOT PASS THE CD TO SOMEONE ELSE, DESTROY IT. THIS experience is only MEANT for you! the people who were actually initially interested in the album. this offer is valid until i run out of my last FIRST PRINT EDITION of FUUYO which will be a collector's edition bila gua mati nanti. People in general, only value something when it's not there anymore. This offer is open for anyone in this world who wants to experience the ALBUM

THIS IS A SERIOUS OFFER and I will bear all costs for the sending of the album. LET's show the frakking distributors the power of internet NETWORKING and the power of the people.

Terkini dari PROJECT AFDLIN SHAUKI DAH HILANG AKAL!
Siapa tak dengar lagi Album FUUYO atau tak boleh jumpa? AFDLIN SHAUKI DAH JADI GILA!
Wow!!!!! i've created we've created our own little FUU-NAMI!!

Entri oleh sultanmuzaffar 17 August 2005 0 komen

Gathering Blog Gol & Gincu


Rata-rata mereka yang saya jumpa bercerita tentang filem ini. Rata-rata mereka yang saya temu suka dengan filem ini. Kata mereka filem ini filem Malaysia. Bapa Blogger Malaysia iaitu Jeff Ooi meletakkan filem ini di tempat yang sewajarnya.

A Malaysian movie 20 years after Hafsham !

Afdlin Shauki pun suka filem ini. Menurutnya, “Pujian yang tertinggi kepada Bernard Chauly. Memang very detailed work and effective storytelling.”

Saya pula meletakkan filem ini sebagai sebuah filem pertengahan antara artistik dan komersial. Sebuah filem yang kritis tetapi bersahaja. Sesiapa sahaja pasti menyukai filem ini. Baik penonton filem Sembilu atau pun penonton filem Paloh !

Hari tersebut merupakan hari terakhir saya bersama UNITAR. Kira macam Welcome Party dari pembaca-pembaca blog saya sebelum saya melangkah ke tempat baru. Saya turut menjemput mana-mana blog untuk sama-sama mempromosikan gathering ini untuk kemajuan filem Malaysia khasnya.

Oleh yang demikian, saya mahu me”release tension” dengan mengajak semua pembaca blog saya untuk sama-sama menonton filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly.

Filem : Gol & Gincu
Tempat : TGV KLCC
Hari : Jumaat
Tarikh : 26 Ogos 2005
Jam Berkumpul : 7-8 malam
Tempat Berkumpul : Food Court Level 2 KLCC
Jam Wayang : 9.10 malam

Turut mengundang :
badrulaftersix
blogpisang
elkapitan, senikami
dan seisi keluarga

Sila nyatakan kehadiran anda di dalam ruangan Komen.

Tetamu Terkini (setakat 9.00 pagi, 24 Ogos 2005)
1. sweetmk
2. SM
3. elkapitan (V4Marsha)
4. klubbkidd (ajak le bob sekali !)
5. juandanza (fanatik mawi lah tuh !)
6. Apai (mamat kecoh dalam tag & komen, juga merupakan bekas banduan...hahhahah)
7. darzfan (mamat kecoh musim lepas, juga merupakan bekas banduan...hahahhaha)
8. iwanshu-aswad
9. Nuar Kiut (mana-mana mesti nak ikut !)
10. Aida Anonymous (macam kenal ajer !)
11. akakcanggish (berharap benar felix & akma jadi !)
12. rosmanpositivo
13. ND (geng gengjurnal)
14. frodo
15. kak iffa
16. husband kak iffa
17. antheeq
18. kak aidid (perwakilan praapp)
19. ayon
20. lullaby (perwakilan JU)
21. husband lullaby
22. wai em (fanatik lah tuh)
23. Leen
24. orenz (founder of CDO)
25. book
26. qulaifornia (berapa orang kawan ?)
27. kawan qulaifornia
28. eeda
29. Yani (Chicks Apai hahahhaha)
30. Lat (Chicks Apai hahahhaha)
31. Aizat (anak ikan waiem)
32. Man (anak ikan waiem)
33. Kop (perwakilan May The World Be With You)
34. Manzek (perwakilan May The World Be With You)
35. Puchong (perwakilan May The World Be With You)
36. senter-stage
37. javard (perwakilan blog javardkent)
38. skylar
39. starchaser
40. wink
41. izreen
42. Cikanos (darzfan menantikan kehadiranmu !!!)
43. meesua (perwakilan fanatik mawi lah tuh)
44. husband meesua
45. DarlingLara
46. Karl Shafik
47. Zaryna
48. Myra

Tetamu Terkini dari blogpisang
1. NHK
2. Rose
3. OrgKampung
4. CKin
5. Reen

Belum Dapat Tiket
1. CD
2. Firman

Jumlah : 53 orang

Tetamu To Be Confirmed
1. moklinm
2. siputet
3. tipah
4. Batrisya88
5. shay
6. Bob AF2 (InsyaAllah)

Kredit Poster : Web Designer Gol & Gincu : Ezrena Marwan

Entri oleh sultanmuzaffar 13 August 2005 0 komen


Gol & Gincu : Kritis Tetapi Bersahaja !

Demam Akademi Fantasia sudah selesai. Memikirkan tiada apa yang patut dibuat pada hari Sabtu, maka saya online sebentar dan menempah tiket untuk Gol & Gincu. Mudah sekali zaman sekarang.

Apa yang boleh saya katakan, filem Gol & Gincu lebih baik pembuatannya dari filem Ungu Violet. Nampak lebih jujur dengan jalan cerita yang mudah tetapi kena pada masanya. Tidak keterlaluan jika saya katakan filem ini lebih jujur dari filem Sepet.

Jika saya berusaha melayan tingkap mata agar tidak tertutup dalam Qaisy & Laila, ini tidak berlaku dalam Gol & Gincu. Filem ini berjaya membuatkan saya memerhatikan setiap satu babak secara penuh teliti dari satu babak ke satu babak seterusnya. Saya suka katakan skrip yang ringan sebegini merupakan faktor utama kekuatan filem ini. Skrip yang terlalu berat begitu membosankan.

Tema yang diangkat oleh filem ini juga amat bersesuaian dengan apa yang berlaku di sekeliling kita pada setiap hari. Dalam keriuhan bandaraya Kuala Lumpur, berlakunya masalah-masalah sosial yang sering dipandang ringan oleh masyarakat. Masalah-masalah itu diangkat ke dalam filem ini secara terkawal dan dirancang dengan baik.

Jika anda menjangkakan akan hadir seorang lelaki baru dalam hidup Putri setelah dikecewakan oleh Eddy, lupakan sahaja kerana ia tidak akan menjadi kenyataan. Kekuatan Putri dihadirkan semula melalui watak Zie. Lelaki tidak perlu untuk menaikkan semangat seorang wanita yang telah hilang kerana putus cinta.

Tetapi lelaki jugalah yang telah menghitamkan hidup Jiji. Gambaran awal yang dibuat cukup menarik kepada watak ini. Maklumat diberikan satu persatu secara penuh sistematik. Di sini letaknya kepentingan penulis skrip iaitu Rafidah yang telah menghasilkan sebuah kerja yang penuh teliti walaupun dalam rangkaian sub-plot yang agak banyak tetapi diperjelaskan dengan baik dan teliti.

Sekiranya ramai yang beranggapan Bernard Chauly sebagai penggiat filem indie, saya meletakkan hasilnya yang sulung ini sebagai sebuah filem pertengahan antara indie dan arus perdana. Filem ini kaya dengan visual yang menarik dan diperkukuhkan dengan nilai-nilai komersil yang mempunyai harapan untuk mendapatkan pulangan yang besar.

Apa yang boleh saya perkatakan setiap watak telah memainkan peranan mereka dengan berkesan. Fazura contohnya nampak begitu natural dalam filem ini. Berpandukan skrip yang baik juga watak Putri menjadi sebagai sesuatu yang senang untuk ditonton. Seperti kata Afdlin, Sazzy seperti seorang pelakon yang telah berlakon lama. Nampak begitu serasi watak tersebut dengan dirinya. Ia mengalir seperti air dalam filem ini. Pelakon seperti Anding, walaupun muncul dalam beberapa adegan telah memberikan mutu lakonan yang berkesan dan memberikan impak kepada penceritaan. Ini termasuklah watak Jiji yang telah dilakonkan oleh Sharifah Amani. Walau sebagaimana kecil pun watak yang diberikan ia tetap memberikan kesan kepada keseluruhan cerita. Itu yang menariknya filem ini.

Lagu-lagu dalam filem ini juga begitu menguja ! saya tertarik dengan lagu Teruja (Ella), Percaya Diriku(Ella) dan Generasiku(Radhi OAG). Lagu memainkan peranan yang penting untuk menaikkan mood filem remaja sebegini.

Walaupun mendapat tajaan besar dari Hotlink, Coca Cola dan Adidas, filem ini menampilkan nama-nama penaja mereka dengan bersahaja tidak seperti yang dilakukan oleh Sembilu 2005 dengan penaja Celcom mereka. Amat menyakitkan hati !

Saya harus memberikan pujian kepada penulis lakonlayar filem ini iaitu Rafidah Abdullah yang telah menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan penuh berkesan. Pengarah Fotografi iaitu Haris Hue juga telah memberikan visual-visual yang menarik dengan pengambilan shot dari sudut-sudut yang mengkagumkan. Ini turut dibantu oleh Penata Seni iaitu Yee I-Lann yang sememangnya terkenal dalam bidang tersebut.

Jika anda meminati Ada Apa Dengan Cinta, anda pasti menyukai filem ini. Sebuah filem remaja Malaysia yang mengangkat tema-tema permasalahan remaja ke taraf yang lebih besar tanpa syarahan-syarahan penjang yang berjela-jela untuk kaedah membanterasnya. Simple sahaja ! Saya menyukai penamat filem ini yang dibuat dengan penuh kritis tetapi bermakna. Penyampaian yang berani tetapi berjaya dikaburkan dengan teknik penceritaan yang baik.

Filem ini dibintangi oleh Nur Fazura Sharifuddin, Ashraff Sinclair, Sazzy Falak, Melissa Maureen, Mohd Pierre Andre, Sharifah Amani, Bernice Chauly, 3R hosts Rafidah Abdullah, Kartini Kamalul Ariffin dan Celina Khor termasuklah bintang veteran yang terdiri daripada Zahim Albakri, Ida Nerina, Khatijah Tan, Yasmin Yusof dan penggiat teater Anne James. Filem ini merupakan filem arahan sulung Bernard Chauly, pengarah iklan, klip video, drama yang terkenal di Malaysia. Antara hasil kerja beliau ialah klip video Debaran Cinta oleh Siti Nurhaliza, drama Multimedia Super Cintun, Piala Untuk Mama dan beberapa siri 3R.

Rating : 4.5/5 bintang !

Ulasan Blog
Jeff Ooi Screenshots : A Malaysian movie 20 years after Hafsham
Afdlin Shauki : Debat Ilmiah about Gol & Gincu
Afdlin Shauki : Goooollllllll go...go...go...go..go....gooooooollllllll!!!
Midnite Lily's : Gol & Gincu
Suanie : gol & gincu, a malaysian movie
life through little eyes : My First Time
Gol and Gincu Movie Review : Danny Foo

Nota : Terasa macam nak buat gathering blog untuk tonton filem Gol & Gincu. Cadangan Bad diterima. Sejak-sejak Akademi Fantasia 3 selesai, kita harus rapatkan kembali mana yang telah renggang angkara Akademi Fantasia. Orang saja kata Akademi Fantasia kononnya merapatkan kekeluargaan, tetapi tidak juga. Ada juga yang bergaduh. Berdasarkan pemerhatian yang dapat dibuktikan secara jelas dan hakiki, lihat sahaja di Chat@15. Ia telah dibuktikan di depan mata setiap hari. Namun demikian, ikatan kekeluargaan yang erat kerana Akademi Fantasia masih belum dibuktikan secara jelas. Maka, tidak dapat tidak mesti yang negatif sahaja yang dicari orang.

Mana-mana blog yang nak ikut serta pun boleh. Blog yang lagi satu tu pun kalau nak join pun boleh gak. hahhahaha. Takkan le nak melarat sampai ke AF4 pulak !

Pengaruh Blog
Saya ada terbaca satu entri berkenaan Malaysian Blogs and their influence level oleh Mack Zulkifli. Saya kenal beliau secara peribadi walaupun tidaklah kenal rapat sangat. Memang saya akui, untuk menjadi popular memang mudah, tetapi untuk menjadi berpengaruh memang merupakan satu tugas yang amat sukar. Ia seperti menjadi popular tetapi bukan yang terbaik bagi seorang artis. Bukan calang-calang orang yang mampu untuk mempengaruhi lebih-lebih lagi melalui penulisan. Melalui blog ini saya cuba juga sekali-sekala untuk memesongkan tumpuan pembaca saya agar tidak terlalu dilalaikan oleh Akademi Fantasia melalui ulasan-ulasan filem, muzik dan teater yang telah saya berikan. Semoga serampang dua mata ini berhasil. Oleh itu, JOM TONTON GOL & GINCU !