Diari Akademi Fantasia 01 05 & 06
Saya mahu tidur. Sudah dua malam saya tidur jam 2 pagi. zzzzzzzzzz
SenyuM SokMo
Diari Akademi Fantasia 01 03 & 04
1. Sesi Motivasi setiap hari ? Berbanding pada musim lepas, kelas motivasi jarang sekali diadakan. Kalau ada pun seminggu sekali. Pada musim ini nampaknya macam kerap akan kelihatan Dr.Fazley di skrin TV. Apa komen anda ?
2. Kelas Drama Umi Fauziah Nawi, mengembalikan nostalgia AF2 ke dalam kotak fikiran. Terbayang-bayang Farah menarik kain Fitri, terbayang-bayang Adam asyik tersasul bersama Nurul. Terbayang-bayang Kaer melakukan aksi raja ketam.
3. Sudah 2 hari berlalu, para pelajar masih belum menghafal lirik lagu. Pada musim 3, pelajar dipaksa menghafal lirik dalam tempoh 1 hingga 2 jam. Itupun ada juga yang lupa lirik, seperti Kefli dan Felix. Wajarkah mereka dipaksa menghafal lirik ?
4. Puas hati dengan koreografi lagu tema Menuju Puncak ? Masih belum boleh diperkatakan. Sekali pandang nampak seperti sukar dan berharap ditukar setiap minggu.
5. Persembahan siapakah yang anda tunggu-tunggu. Saya ternanti-nanti semua persembahan. Masing-masing nampaknya berusaha keras untuk memastikan persembahan vokal mereka baik dari hari ke sehari. Antara lagu-lagu yang saya suka ialah Azizah, Ingin Tahu, Jangan Tinggal Daku.
6. Ramai yang suka Hazama diserap kembali. Pada pendapat saya Hazama mampu menceriakan persekitaran Diari. Setakat ini saya nampak Lotter dan Faizal lebih menyerlah di dalam Diari. Apa yang ada pada Hazama ?
Diari Akademi Fantasia 01 01 & 02
1. Ramai yang menangis kegembiraan kerana berjaya ke Akademi Fantasia. Ada pula yang menangis kerana tidak berjaya ke Akademi Fantasia. Diddy menangis kerana berharap rakan-rakannya yang lain dapat bersamanya memasuki Akademi Fantasia. Apa komen anda ?
2. Musim ini ruang Akademi Fantasia nampak begitu luas. Tidak seperti musim-musim yang terdahulu apabila terlalu diserabutkan dengan barangan tajaan. Saya suka kerana banyak ruang kosong. Anda sukakan rekaan dalam Akademi musim ini ?
3. Banglo Akademi Fantasia kali ini merupakan sebuah gudang di sekitar Shah Alam. Apakah satu penderaan terhadap bakal bintang Akademi Fantasia 4. Apa komen anda ?
4. Dr.Fazley turut berfungsi sebagai guru agama di Akademi Fantasia. Selain mengajar bahasa Inggeris, Taekwando dan menjadi Perunding Motivasi. Cubaan Mawi berjaya pada musim lepas. Cubaan Salima juga semakin mula dikesan. Apa pula komen anda ?
5. Minggu ini merupakan tribute kepada Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma. Satu perubahan yang berani dalam industri hiburan berbicara sudah cukupkah penghargaan diberikan kepada beliau dan Akademi Fantasia mengambil langkah untuk memberikan penghargaan melalui penyampaian lagu oleh pelajar. Apakah langkah ini merupakan ciplak idea dari program American Idol ? Apa komen anda ?
6. Saya teruja menantikan setiap persembahan pelajar. Saya juga akan lebih teruja sekiranya Panca Sitara diundang menonton atau sebagai kejutan pada malam tersebut. Saya juga akan lebih gembira sekiranya Sheila Majid turut diundang sebagai kejutan ke dalam Akademi. Anda bagaimana pula ?
Pada minggu ini satu kelainan yang pertama kali ditampilkan oleh Akademi Fantasia apabila para pelajar Akademi Fantasia mengabadikan kenangan mereka terhadap jasa-jasa yang disumbangkan oleh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Biduanita Negara Allahyarham Puan Sri Saloma. Bersempena dengan hari perginya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ke Rahmatullah pada 29 Mei 1973, dua belas pelajar Akademi Fantasia diberikan lagu-lagu nyanyian pasangan suami isteri tersebut untuk dipersembahkan pada hari Sabtu ini.
Farhan mendapat lagu Hujan Di Tengahari, Faizal (Ingin Tahu), Nora (Perwira), Amirul (Dengar Ini Cerita), Karen (Malam Pesta Muda Mudi), Lotter (Azizah), Velvet (Darah Muda), Rich (Ai Ai Twist), Diddy (Aduh Sayang), Salima (Apa Guna Berjanji), Zila (Jangan Tinggal Daku) dan Haziq (Tidurlah Permaisuri). Saksikan persiapan mereka di dalam Diari Akademi Fantasia setiap hari Isnin - Jumaat di Astro Ria.
Pilihan saya ada banyak musim ini : Fabulous Faizal, Dazzling Diddy, Lotter dan Farhan.
Konsert Prelude Akademi Fantasia
Studio 1, ASTRO
Malam ini jutaan rakyat Malaysia dan lima juri bertauliah akan menjadi saksi pemillihan dua belas pelajar untuk meneruskan pengajian mereka di akademi paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia.
Siapakah pilihan saya ? Dua minggu saya bersama mereka. Berpeluang untuk mengenali personaliti mereka juga kebolehan vokal dan bakat yang mereka ada saya selidiki satu persatu. Saya sengaja tidak mahu menonton rehearsal Konsert Prelude kerana sebab yang tersendiri.
Taruhan saya untuk dua belas pelajar yang bakal menduduki kediaman mewah Akademi Fantasia ialah : Untuk perempuan saya merasakan Farhan, Karen, Salima, Velvet, Zila dan Liya. Manakala untuk lelaki saya merasakan Amirul, Diddy, Faizal, Haziq, Lotter dan Rich bakal meneruskan pengajian mereka di Akademi Fantasia. Siapa pilihan anda ?
Debaran semakin kencang kerana Bahana Akademi Fantasia semakin hampir...
Hazama tampil penuh berkeyakinan dengan lagu Zakia. Berbekalkan vokal serak-serak basahnya ada tone yang sedap untuk didengar. Saya melihat beliau lebih berkeyakinan di atas pentas berbanding di konti ERA. (hahaha). Dengan selamba beliau bergelek untuk menyesuaikan gayanya dengan lagu tersebut. Namun demikian, persembahannya belum cukup memikat saya.
Tasha membawakan lagu Sangkar Emas dengan biasa sahaja. Saya melihat beliau tidak memberikan sepenuh penghayatannya untuk lagu tersebut. Kehebatan vokal beliau tidak diserlahkan. Persembahannya nampak biasa sahaja. Penguasaan pentasnya juga tidak berjaya menarik perhatian saya.
Amirul tampil dengan penuh berkeyakinan pada awalnya untuk lagu Biru. Saya suka dengan cara beliau mengawal vokal falsettonya. Malangnya pada bahagian tengah lagu tersebut, nampak benar kurang stamina. Persembahan vokalnya tidak konsisten.
Kau Pergi Tanpa Pesan nyanyian Lynn disampaikan dengan baik. Beliau ada lenggok vokal yang bagus terutamanya untuk lagu-lagu lama. Percubaan geleknya juga berjaya menjadi tarikan tetapi sayangnya persembahan vokalnya masih tiada tarikan yang kuat untuk menarik perhatian penonton. Sebuah persembahan yang mendatar.
Setelah selesai segmen pertama, saya meletakkan Hazama mendahului rakan-rakannya yang lain. Lynn mengikuti dan kemudiannya Amirul dan Tasha.
Liya tampil membawakan lagu One Thousand Million Smile. Saya suka dengan nada suaranya yang agak berbeza dengan peserta-peserta yang sebelumnya. Vokal beliau ada kekuatan yang berbeza. Lagu yang dinyanyikannya juga dibawakan mengikut gayanya yang tersendiri tanpa terikut-ikut dengan Sudirman atau pun Siti Nurhaliza. Walaupun sedikit sumbang pada satu bahagian yang tinggi, ia tetap merupakan sebuah persembahan yang menarik.
Shaz tampil dengan lagu yang kini popular iaitu Mungkir Bahagia. Beliau terlalu mengawal vokalnya dan tidak begitu dilepaskan. Kesilapan tersebut menjadikan persembahannya tiada jiwa dan penghayatannya tidak sampai kepada penonton.
Kasih dibawakan dalam rentak jazz oleh Leez. Tiada apa yang menarik untuk diperkatakan kerana persembahan Leez biasa sahaja. Melodi lagu tersebut sudah diberikan nafas baru tetapi tidak berjaya dibawakan dengan penuh jiwa oleh Leez.
Rich menyampaikan lagu I’ll Be dengan bertenaga dan bersahaja. Beliau kelihatan seperti seorang profesional di atas pentas. Beliau mengawal vokalnya dengan baik serta memberikan penghayatan yang bagus untuk lagu tersebut. Kekuatan utama persembahan Rich ialah penguasaan pentasnya yang baik. Beliau nampak begitu selesa di pentas.
Selepas segmen kedua, Rich mendahului rakan-rakannya yang lain diikuti oleh Liya, Leez dan Shaz.
Faizal tampil bersahaja dengan lagu Pelangi Petang. Saya boleh katakan beliau mempunyai kekuatan vokal yang baik untuk diserlahkan. Beliau telah memberikan persembahan vokal yang seimbang. Vokalnya agak merdu. Saya melihat masalah utama Faizal ialah bahasa serta telo bahasanya. Beliau lebih berhati-hati dalam nyanyiannya kerana terlalu memikirkan sebutannya. Saya tertarik dengan showmanshipnya. Ada gaya yang tersendiri.
Farhan benar-benar memukul keseluruhan penonton dengan lagu Route 66nya. Tampil unik dengan irama jazz memberikan satu kelainan kepada Akademi Fantasia. Beliau begi berkeyakinan di atas pentas. Nampak bersahaja sahaja persembahannya. Saya tertarik dengan persembahan scatnya yang boleh saya sifatkan sebagai cemerlang. Beliau merupakan taruhan saya untuk menjadi juara bersandarkan mutu persembahan vokal dan persembahan pentas. Malangnya Akademi Fantasia bersandarkan faktor personaliti dan bukannya vokal.
Haider sekali lagi mencuba nasibnya dengan lagu Untukmu Ibu. Beliau terlalu bermuka-muka dalam persembahannya. Persembahan vokalnya masih kurang jelas dan masih terlalu dikawal. Satu kesilapan yang besar apabila beliau menukar gaya rock kepada balada tanpa ilmu yang cukup. Kawalan vokalnya tidak begitu konsisten.
Saya suka dengan keyakinan Karen dengan lagu Di Muara Sepi. Tampil dengan sebuah lagu yang agak rancak, Karen menguasai pentas dengan baik. Nyanyiannya masih konsisten walaupun terpaksa melakukan beberapa gerak tarian. Sebutannya juga agak baik dan beliau tidak terlalu mengawal penghasilan vokalnya.
Setelah segmen ketiga, Farhan mendahului jauh rakan-rakannya yang lain dan diikuti oleh Faizal, Karen dan Haider.
Velvet membawakan lagu Naluri dan telah memberikan persembahan vokal yang bagus. Beliau membawakan lagu tersebut dengan gayanya yang tersendiri. Nada suaranya juga tampil berbeza dan unik. Saya suka dengan penyampaiannya serta penghayatannya yang bagus.
Picture Of My Life di tangan Jeff masih biasa sahaja. Nyanyiannya tidak banyak berbeza dengan yang lain. Lagu yang terpilih juga kurang mesra di telinga penonton dan ini menyebabkan beliau tidak dapat menarik perhatian penonton.
Saya suka dengan persembahan Nora dengan lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu. Saya merasakan belliau mempunyai vokal yang bagus serta telah memberikan persembahan yang baik. Beliau menyanyikan lagu tersebut mengikut gayanya yang tersendiri.
Persembahan Haziq benar-benar memikat. Lagu Umpan Jinak di Air Tenang menyerlah kredibiliti anak muda tersebut. Beliau mempunyai vokal yang bagus terutamanya untuk lagu-lagu tradisional. Walaupun lenggok tariannya masih kaku, namun persembahannya ternyata menyerlahkan kecemerlangan dirinya.
Setelah segmen keempat, Haziq mendahului rakan-rakannya yang lain dan diikuti oleh Velvet, Nora dan Jeff.
Diddy tampil dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah. Beliau mempunyai vokal yang besar dan matang. Sayang sekali kawalan vokalnya kurang kemas. Tetapi tone vokal beliau ada kelainan dan lebih asli. Penghayatannya juga bagus untuk lagu tersebut.
Gelek Zila berjaya menarik perhatian penonton. Nyanyiannya juga lebih berkeyakinan dan beliau nampak selesa di pentas. Saya suka dengan tone vokal Zila yang boleh saya sifatkan ada kelainan dengan yang lain-lain.
Lotter merupakan underdog yang sebelum ini persembahannya tidak diberikan perhatian. Dengan lau Sunday Morning, saya menyukai persembahan vokalnya yang bagus serta gerak tari yang lincah. Saya melihat beliau amat berkeyakinan di atas pentas. Penguasaan pentasnya juga berjaya.
Salima dengan lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu benar-benar mengecewakan. Nyanyiannya tidak begitu membanggakan bersesuaian dengan publisiti yang diperolehinya. Persembahannya masih biasa dan belum diberikan keadilan yang cukup untuk diserlahkan.
Setelah segmen kelima, Lotter menyerlah berbanding rakan-rakannya yang lain dan diikuti oleh Diddy, Zila dan Salima.
Debaran Semakin Kencang
Kumpulan pertama dipanggil: Diddy, Leez dan Shaz. Diddy melepasi halangan pertama dan melangkah ke Akademi Fantasia. Leez dan Shaz diketepikan untuk calon piliha penonton. Kumpulan kedua dipanggil: Amirul, Lotter, Farhan, Nora dan karen. Lotter, Farhan dan Karen melangkah ke Akademi Fantasia. Amirul dan Nora diketepikan untuk pilihan penonton. Kumpulan ketiga dipanggil: Rich, Jeff dan Velvet. Rich dan Velvet melangkah ke Akademi Fantasia dan meninggalkan Jeff untuk menanti peluang kedua calon pilihan penonton. Kumpulan keempat dipanggil: Tasha, Salima, Haziq, Liya dan Haider. Hanya Salima dan Haziq melepasi halangan untuk melangkah ke Akademi Fantasia meninggalkan Tasha, Liya dan Haider mengintai peluang kedua. Kumpulan kelima dipanggil: Lynn, Faizal, Zila dan Hazama. Antara Lynn dan Zila, Zila terpilih ke Akademi Fantasia. Sementara antara Faizal dan Hazama, Faizal melangkahkan kakinya ke Akademi Fantasia.
Berdasarkan undian penonton, Amirul terpilih setelah meninggalkan jauh dari segi undian antara Hazama, Shaz, Haider dan Jeff. Manakala Nora terpilih setelah meninggalkan Lynn, Tasha, Leez dan Liya.
Saya berpuas hati dengan keputusan ? Segalanya menepati ramalan saya. Hanya tersasar dalam pemilihan antara Liya dan Nora. Saya terkilan kerana Salima terpilih walaupun memberikan persembahan yang tawar. Begitu juga dengan Amirul yang saya yakin akan terpilih ke Akademi Fantasia berdasarkan undian penonton setelah memberikan persembahan yang buruk semalam. Adakah ini bermakna persembahan Amirul tiada kredibiliti untuk dicalonkan ? Tidak sama sekali. Amirul menyerlah dalam lagu-lagu yang pernah saya dengar dan cuma ada kesilapan pada malam tersebut sehingga beliau tampak gagal di pentas.
Pilihan sultanmuzaffar
Farhan – Route 66
Haziq – Umpan Jinak di Air Tenang
Faizal – Pelangi Petang
Rich – I’ll Be
Karen – Di Muaa Sepi
Velvet - Naluri
Lotter – Sunday Morning
Diddy – Mimpi Yang Tak Sudah
Hazama - Zakia
Liya – One Thousand Million Smile
Zila - Rindu
Nora – Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu
Lynn – Kau Pergi Tanpa Pesan
Salima – Syurga Di Telapak kaki Ibu
Leez - Kasih
Shaz – Mungkir Bahagia
Jeff – Picture Of My Life
Tasha – Sangkar Emas
Haider – Untukmu Ibu
Amirul – Biru
Nota : Al-Fatihah buat mangsa gempa bumi di Yogjakarta, Indonesia.
70 weblog paling popular di Malaysia
Oleh Syed Syahrul Zarizi
Blogging atau budaya menulis jurnal atas talian adalah satu fenomena yang berkembangan hasil dari kemajuan pesat teknologi internet. Ia mudah untuk digunakan dan tidak melibatkan sebarang kos tambahan atau skil. Sehingga kini, kadar celik komputer dikalangan warga belia di Malaysia (bawah 40 tahun) terutamanya di kawasan bandar adalah amat menggalakkan. Kanak-kanak makin terdedah dengan. Harga komputer yang semakin murah dan kemudahan internet yang semakin berleluasa banyak membantu kepada berkembangan budaya menulis blog (singkatan untuk weblog)
Menurut Pew Internet study dianggarkan 11%, atau 50 juta pengguna internet adalah pembaca blog. Menurut data Technorati , terdapat 75,000 blog baru dalam sehari dan 50 000 blog dikemaskini setiap jam
...
Kenapa 70? Kenapa tidak 50 atau 100? Kenapa tidak.
Ranking - Blog Name
Alexa Traffic Rank
Technorati (Rank)
1 - Liew CF
18,400
2,060 (4)
2 - Paul Tan
29,925
2,958 (5)
3 - Jeff Ooi
35,419
1,234 (3)
4 - TV Smith Dua Sen
38,579
9,040 (14)
5 -Kenny Sia
45,117
194 (1)
6 - Huai Bin
124,115
4,775 (7)
7 - Lim Kit Siang
141,978
527,346
8 - Shaolin Tiger
148,110
5,206 (8)
9 - Brand Malaysia
151,993
6,417 (11)
10 - Rojaks
162,679
6,542 (12)
11 - MGG Pillai
194,378
-
12 - Sultan Muzaffar
198,013
6,256 (10)
... sila ke blog Syed Syahrul Zarizi untuk senarai selanjutnya...
Tirai Akademi Fantasia 4 - Blog
Apakah pandangan anda tentang program pembuka gelanggang Tirai Akademi Fantasia 4 ? Saya sedikit terkilan kerana kejayaan Farah memenangi Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik 12 tidak disebut.
Bagaimana pula dengan kejutan-kejutan yang ditampilkan sewaktu notis pemberitahuan dilaksanakan ? Sejak akhir-akhir ini penonton televisyen sering disogokkan dengan kejutan dari program Wakenabeb yang bersifat lebih segar dan meransangkan minat penonton. Tingkat harapan penonton sudah berbeza sejak menonton rancangan yang semakin popular itu. Kejutan untuk Haider boleh saya sifatkan agak menarik perlaksanaannya. Kejutan untuk Jeff juga agak menarik kerana ia menyerlah tabiat baik sebenar beliau. Begitu juga dengan Karen yang dikejutkan dengan penarik kereta. Cuma elemen ketegangan tidak begitu sampai kepada beliau sendiri dan penonton. Diddy nampak begitu selamba apabila kononnya disabitkan dengan kesalahan lalulintas.
Mereka nampaknya sudah bersedia untuk menerima sebarang kejutan dari Akademi Fantasia dan hanya menantikan masa emas itu tiba.
Apakah pula signifikannya pengalaman seorang nenek tua dengan Tirai Akademi Fantasia yang diletakkan di bahagian penghujung program tersebut ? Sebarang kaitan dengan fenomena Mawi sewajarnya diletakkan di bahagian awal rancangan sewaktu mengimbas kejayaan bintang-bintang AF yang lepas.
Saya suka dengan gandingan pengacara baru yang diketengahkan iaitu Nana, Farah dan Reza. Gandingan mereka nampak begitu segar dan bertenaga.
Pada musim ini, penonton berpeluang untuk mengundi dua pelajar kegemaran mereka untuk meneruskan pengajian mereka di Akademi Fantasia. Tekan sahaja AFPRE (NAMA PELAJAR) dan hantar ke 32999. Selain 10 pilihan juri, 2 orang pelajar pilihan penonton akan turut merasai bahana dan bahang menjadi pelajar Akademi Fantasia selepas berakhirnya Konsert Prelude Akademi Fantasia pada 28 Mei ini. Melangkah sahaja mereka keluar dari Studio Satu, mereka akan terus dikuarantinkan di banglo Akademi Fantasia.
Apa pula pandangan anda ?
Pelajar Baru Akademi Fantasia 2006
Semuanya telah terjawab ! Inilah wajah-wajah yang bakal menghantui hidup anda sepanjang tiga bulan yang akan datang. Mereka telah terpilih untuk satu ujibakat terakhir di Konsert Prelude Akademi Fantasia pada hari Ahad, 28 Mei ini.
Anda berpeluang untuk mengundi pelajar pilihan anda. Seorang lelaki dan seorang perempuan yang mendapat undian paling tinggi yang tidak terpilih dalam pilihan juri akan bersama-sama menyertai Akademi Fantasia dengan pilihan juri.
Proses undian akan bermula selepas program Tirai Akademi Fantasia disiarkan iaitu pada hari Sabtu, 20 Mei ini.
Dalam perkembangan yang lain, walaupun berlakunya kebocoran maklumat pada pagi ini sebelum pengumuman dibuat, siapakah yang menjadi dalang akan pasti dikenalpasti kelak.
Adakah ini bermakna saya akan menulis tentang Akademi Fantasia musim ini ? Saya akan cuba untuk memberikan maklumat dari perspektif yang berbeza pada musim ini. Namun demikian, ruangan ini tidak akan ditutup tetapi kita masih boleh berkongsi pandangan dan buah fikiran agar program ini terus diminati.
Setelah berkampung bersama mereka selama hampir dua minggu, ada banyak cerita yang boleh dijadikan rencah untuk program Akademi Fantasia pada musim ini. Menyelidiki biodata mereka sahaja sudah bermacam-macam andaian dan pelbagai cerita yang boleh dikongsi bersama peminat AF. Kita sama-sama nantikan apakah program ini berjaya seperti tahun-tahun sebelumnya.
AMIRUL
Nama Penuh : Amirul Azwan b. Mohd Ghazali
Bangsa : Melanau
Umur : 18 tahun
Asal : Kuching Sarawak
Tarikh Lahir : 3 Julai 1988
Zodiak : Cancer
Tinggi : 176 cm
Berat : 56 kg
Deskripsi : Dikenali dengan imej hip-hop, seluar besar dan baju besar serta bertopi, jejaka comel keturunan kacukan Melanau dan Cina ini tahu apa yang beliau inginkan. Kecil bukan sebarang kecil, Amirul mahu membuktikannya di AF !
DIDDY
Nama Penuh : Syamsul Hirdy b. Muhid
Bangsa : Melayu
Umur : 21 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 5 Oktober 1985
Zodiak : Libra
Tinggi : 183 cm
Berat : 63 kg
Deskripsi : Lahir dari keluarga berdarah seni, lulusan diploma pentadbiran perniagaan ini mengimpikan untuk mengecap kejayaan di AF. Masa santai dihabiskan dengan sesi karaoke bersama rakan dan keluarga. Jom menyanyi bersama Diddy di AF !
FAIZAL
Nama Penuh : Mohammad Faizal b. Ramly
Bangsa : Melayu
Umur : 22 tahun
Asal : Marang, Terengganu
Tarikh Lahir : 17 Ogos 1984
Zodiak : Leo
Tinggi : 157 cm
Berat : 64 kg
Deskripsi : Menjadikan Sudirman sebagai idolanya, anak jati Terengganu ini gigih membantu ibu saudaranya menguruskan kedai emas dan memiliki kilauan bakat besar yang bakal dipersembahkan serta bakal memukau dengan senyuman manis wajah tampannya. Terpukau bersama Faizal menyinar di AF !
HAIDER
Nama Penuh : Haider bin Arif
Bangsa : Melayu
Umur : 21 tahun
Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh Lahir : 7 Mac 1985
Zodiak : Pieces
Tinggi : 167 cm
Berat : 73 kg
Deskripsi : Jejaka Sabah ini seorang yang pendiam dan pemalu. Mampukah anak sulung dari sebelas adik beradik ini mara meneruskan pengajian musim ini ? Mencipta kejayaan tersendiri bersama Haider di AF !
HAZAMA
Nama Penuh : Hazama b Ahmad Azmi
Bangsa : Melayu
Umur : 22 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 28 November 1984
Zodiak : Sagittarius
Tinggi : 173 cm
Berat : 57 kg
Deskripsi : Senyuman manisnya memikat sehingga kita terlupa beliau sebenarnya seorang bintang rock klasik yang menggegarkan. Berbekalkan vokal yang mantap, garau serta gaya rocknya yang akan memukau anda ! Dengarkan rock gaya Hazama di AF !
HAZIQ
Nama Penuh : Hazwan Haziq bin Rosebi
Bangsa : Melayu
Umur : 18 tahun
Asal : Kluang, Johor
Tarikh Lahir : 7 Januari 1988
Zodiak : Capricorn
Tinggi : 179 cm
Berat : 60 kg
Deskripsi : Jejaka tinggi lampai ini meminati permainan kriket hinggalah mengikuti konsert live, anak jati Johor ini menggemari irama tradisional dan gilakan PS2 ! Sama-sama kita nikmati variasi muzik Haziq di AF !
JEFF
Nama Penuh : Jeffry Haikel b Muhammad Nasir
Bangsa : Melayu
Umur : 23 tahun
Asal : Subang Jaya, Selangor
Tarikh Lahir : 15 Januari 1983
Zodiak : Capricorn
Tinggi : 178 cm
Berat : 75 kg
Deskripsi : Peminat kereta lumba ini menggemari muzik jazz dan peminat setia MU. Seorang yang peramah dan apabila sudah semakin rapat dengannya, semuanya bola, bola, bola ! Kenali Jeff dengan lebih dekat di AF !
LOTTER
Nama Penuh : Lotter P.Edwin Edin
Bangsa : Kadazan
Umur : 23 tahun
Asal : Membakut, Sabah
Tarikh Lahir : 30 April 1982
Zodiak : Taurus
Tinggi : 157 cm
Berat : 50 kg
Deskripsi : Jejaka periang dan sentiasa ketawa ini ialah peminat Stephen Chow. Anak jati Membakut ini turut menyukai muzik rock alternatif dan memasak untuk keluarganya. Lotter bakal menyerlah di AF !
RICH
Nama Penuh : Richael L. Gimbang
Bangsa : Kadazandusun
Umur : 23 tahun
Asal : Penampang, Sabah
Tarikh Lahir : 29 Julai 1982
Zodiak : Leo
Tinggi : 164 cm
Berat : 56 kg
Deskripsi : Anak jati bangsa Kadazan Dusun ini merupakan seorang jurutera audio, peminat fiksyen sains dan kini menjuruskan dirinya ke arah genre rock ! Siap sedia untuk imaginasi Rich di AF !
SHAZ
Nama Penuh : Shazroul Fazlie Zahari
Bangsa : Melayu
Umur : 20 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 11 September 1985
Zodiak : Virgo
Tinggi : 177 cm
Berat : 57 kg
Deskripsi : Anak manja yang ingin menjadi bintang ini bakal membawa 50 ekor ikan emas bakal mengiringinya ke puncak kegemilangan ! Berdansa bersama Shaz di AF !
FARHAN
Nama Penuh : Nur Farhan bt Azizan
Bangsa : Melayu
Umur : 22 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 21 Ogos 1984
Zodiak : Leo
Tinggi : 163 cm
Berat : 55 kg
Deskripsi : Shirley Bassey, Chaka Khan dan Sheila Majid ialah idolanya. Dengan imej muzik klasik dan meminati muzik band, Farhan mahu membuatkan anda terpegun dengan kebolehan besarnya. Dengarkan Farhan dengan vokal husky di AF !
KAREN
Nama Penuh : Karen Tan Lee Suan
Bangsa : Cina
Umur : 21 tahun
Asal : Kota Bharu, Kelantan
Tarikh Lahir : 28 Ogos 1984
Zodiak : Virgo
Tinggi : 153 cm
Berat : 43 kg
Deskripsi : Mek Kelate kecil molek berbangsa Cina ini suka menari dan menggilai Coco Lee dan Fauziah Latiff. Selami personaliti Karen di AF !
LEEZ
Nama Penuh : Rosliza bt Rosli
Bangsa : Melayu
Umur : 19 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Tarikh Lahir : 12 November 1987
Zodiak : Scorpio
Tinggi : 161 cm
Berat : 48 kg
Deskripsi : Selesa dengan t'shirt dan seluar jeans, gadis feminin ini memiliki vokal yang mampu membuatkan anda teruja. Dengan imej Lara Croft, Leez mahu menonjolkan bakat besarnya di AF !
LIYA
Nama Penuh : Lydia Iryani bt Mohamed Khairul
Bangsa : Melayu
Umur : 21 tahun
Asal : Bandar Baru Bangi, Selangor
Tarikh Lahir : 23 Mac 1985
Zodiak : Aries
Tinggi : 168 cm
Berat : 51 kg
Deskripsi : Anak tunggal dari keluarga kacukan ini sangat bijak dan gemar membantu menyelenggarakan binatang yang terbiar serta melakukan kerja-kerja amal. Menyanyi merupakan asset utamanya. Saksikan Liya di AF !
LYNN
Nama Penuh : Mazlinda bt Mat Khalil
Bangsa : Melayu
Umur : 24 tahun
Asal : Shah Alam, Selangor
Tarikh Lahir : 5 Ogos 1982
Zodiak : Leo
Tinggi : 158 cm
Berat : 47 kg
Deskripsi : Beliau membantu perniagaan andaman keluarganya dan tinggal bersama sembilan ekor kucing yang cantik-cantik. Menjahit adalah hobi waktu lapangnya. Jangan lupa untuk mendengar nyanyian Lynn di AF ! Anda pasti terpesona !
NORA
Nama Penuh : Nordawati bt Daud
Bangsa : Melayu
Umur : 20 tahun
Asal : Sandakan, Sabah
Tarikh Lahir : 12 Mei 1985
Zodiak : Taurus
Tinggi : 160 cm
Berat : 47 kg
Deskripsi : Gadis comel dari Sandakan ini boleh menyanyi dalam bahasa Tagalog dan bermain gitar, piano dan drum. Menggemari muzik R&B dan klasik dan saksikan Nora menyerlahkan bakatnya di AF !
SALIMA
Nama Penuh : Nor Salima bt Habibi
Bangsa : Melayu
Umur : 18 tahun
Asal : Ipoh, Perak
Tarikh Lahir : 1 Januari 1988
Zodiak : Capricorn
Tinggi : 165 cm
Berat : 54 kg
Deskripsi : Gadis bertudung manis ini terlalu manja dengan adik kecilnya. Seorang yang sangat peramah dan anda pasti terpukau dengan gaya bicaranya yang kental jiwa Arabnya. Selami diri Salima di AF !
TASHA
Nama Penuh : Natasha bt Nordin
Bangsa : Melayu
Umur : 24 tahun
Asal : Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 18 Jun 1982
Zodiak : Gemini
Tinggi : 165 cm
Berat : 53 kg
Deskripsi : Model dan pelakon separuh masa ini merupakan peminat setia filem Titanic dan grup genius Dewa serta sukakan muzik ballroom. Selidiki keajaiban yang akan diberikan oleh Tasha di AF !
VELVET
Nama Penuh : Velvet Lawrence Aduk
Bangsa : Dusun
Umur : 19 tahun
Asal : Penampang, Sabah
Tarikh Lahir : 14 Februari 1987
Zodiak : Aquarius
Tinggi : 169 cm
Berat : 67 kg
Deskripsi : Bekerja sebagai tukang masak pada waktu siang dan menyanyi pada waktu malam, gadis gipsi ini menyukai gaya nyanyian Nora. Sentiasa mengutamakan keluarga dan terokai warna diri Velvet di AF !
ZILA
Nama Penuh : Nur Azilah bt Seeron
Bangsa : Melayu
Umur : 18 tahun
Asal : Jempol, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 17 November 1988
Zodiak : Scorpio
Tinggi : 152 cm
Berat : 47 kg
Deskripsi : Anak penoreh getah dari Jempol, Negeri Sembilan ini menggemari muzik dangdut dan terpengaruh dengan keseksian Inul ! Zila mahu membuktikan kepelbagaian bakatnya yang tersendiri dan jangan lupa dengan dangdut versi Zila di AF !
Penat Tapi Puas
Minggu ini saya amat penat. Tapi saya puas ! Walaupun saya penat, tapi saya amat puas !
Sudah dua minggu saya puas. Hari ini saya semakin puas. Walaupun penat, tapi saya puas sekali.
Macam-macam yang saya kena buat. Memang penat, tapi saya puas. Lemah dibuatnya, tapi saya puas. Puas sekali !
Dari utara ke timur ke hutan belantara berperang dengan cicak yang mengacau sekali-sekala. Tapi saya puas. Sungguh puas !
Selalunya satu, sekali-sekala dua, belum pernah lagi mencecah tiga. Tapi saya puas. Amat puas !
Sekali-sekala merah berlalu, saya semakin puas sepuas-puasnya.
Aduh ! Penat sungguh. Belum lagi yang keempat ini muncul. Tapi saya puas dan belum pernah puas hati.
Satu permulaan...
Transkripsi adalah album terbaik Siti Nurhaliza. Pemilihan lagu yang telah dibuat dengan baik. Begitu juga dengan kedudukan lagu dalam album ini bila ia menjadikan album ini tidak membosankan. Saya puas dengan album ini. Album ini telah menyerlahkan kredibiliti Siti Nurhaliza dalam bidang muzik. Terserlahnya vokal Siti Nurhaliza telah dibuktikan melalui album ini. Siti Nurhaliza tidak lagi statik dan tidak mahu mencuba sesuatu yang baru, sebaliknya beliau telah berani untuk membuka ruang-ruang baru untuk meningkatkan lagi mutu vokal beliau.
Saya puas dengan album ini apabila dapat mendengar bagaimana cerdiknya Siti Nurhaliza menggunakan keseluruhan kemantapan vokal beliau untuk memenuhi permintaan setiap peminatnya. Malangnya saya belum lagi puas selagi tidak mendengar Siti Nurhaliza membawakan lagu-lagunya dari album ini secara langsung dalam persembahan secara langsung. Di situ satu lagi kelebihan Siti Nurhaliza apabila beliau mampu untuk memberikan nafas baru kepada lagunya dan adakalanya menjadikan lagu-lagu dari rakaman studio menjadi lebih menarik di pentas konsert. Beliau berani untuk melakukan improvisasi berpandukan muzik iringan.
Melihat kulit luar album ini, saya sudah terpegun dengan kecantikan luarannya. Rekaan grafik pada foto Siti Nurhaliza dibuat dengan penuh elegan. Saya sekali foto yang cantik di kulit luar tidak konsisten pada bahagian dalam kulit album ini. Lebih-lebih lagi pada buku lirik album ini. Menyelak satu-persatu helaian buku lirik, saya melihat tiada konsep dan cerita yang ingin disampaikan melainkan pada bahagian tengah buku lirik tersebut. Imej-imej pelbagai mimik muka pada helaian Siti Nurhaliza menyatakan rasa penghargaannya, adalah salah satu helaian yang menceritakan keseluruhan album ini.Saya mengharapkan sesuatu yang luar biasa seperti album Prasasti Seni dan EMAS yang jelas konsep rekaan kulit albumnya. Rakaman foto yang menarik dengan fotografi yang dirakamkan di luar studio lebih menarik minat saya. Album Transkripsi lebih memaparkan shot-shot rakaman di dalam studio. Satu hasil yang tergesa-gesa mungkin. Ia hanya memaparkan shot dalam studio tanpa apa-apa props melainkan imej Siti Nurhaliza berseorangan. Akan menjadi lebih menarik sekiranya ia dibuat dengan menggunakan props. Seperti untuk menggambarkan Siti sedang kegembiraan, ia dibuat di luar studio tengah padang melepaskan burung merpati. Atau untuk meluahkan kesedihan Siti Nurhaliza, ia dibuat di atas sofa seperti Siti sedang termenung. Atau untuk meluahkan kerinduan Siti Nurhaliza, ia dibuat di tepi tingkap atau pintu seperti Siti Nurhaliza sedang menantikan seseorang. Nizam Rahmat dari AD.verse boleh mencipta magik yang melangkaui akal fikiran sekiranya diberikan masa untuk merakamkan kulit album ini di luar studio.
Siti Situ Sana Sini : Setelah membuat perubahan mengejut dengan lagu Dua Dunia, Siti Nurhaliza kembali dengan irama pop yang agak moden yang diselitkan elemen hip-hop yang menjadi penarik kepada lagu ini. Dengan irama yang agak catchy ia cepat menangkap pendengaran kita disertakan dengan liriknya. Tajuknya saja sudah cukup membuatkan pendengar ingin mendengar selanjutnya lagu ini. Track seterusnya memperdengarkan sebuah lagu berhantu yang kini sedang popular di corong-corong radio iaitu Biarlah Rahsia. Pertama kali mendengar lagu ini yang didendangkan oleh Siti Nurhaliza secara langsung di APM yang baru lalu sudah menguja saya untuk memiliki album ini walau apa pun yang akan berlaku. Biarlah Rahsia adalah sebuah lagu yang boleh saya sifatkan luahan hati Siti Nurhaliza dan telah disampaikan dengan baik sekali oleh beliau. Baik secara langsung ataupun secara rakaman dalam album ini. Harus saya akui, lagu ini disampaikan dengan cemerlang oleh Siti Nurhaliza secara langsung berbanding rakaman studio. Susunan muzik untuk lagu ini lebih menarik berbanding versi secara langsung. Penggunaan strings yang lebih padat dan lengkap. Untuk menerajui kedudukan teratas, lagu ini bersaing dengan lagu Bisakah. Lalu saya meletakkan pilihan saya lebih untuk lagu Bisakah. Saya paling suka bila lagu ini diakhiri dengan bait pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku…
Destinasi Cinta begitu mengejutkan saya ! Sebuah lagu up-beat yang mampu membuatkan saya terpesona dengan iramanya. Saya kata lagu ini antara lagu yang begitu menangkap pada telinga saya. Catchy ! Sebuah pop rock yang menarik dan satu percubaan yang berani dari Siti Nurhaliza. Melodi lagu ini kuat pengaruh rock 80an tetapi di tangan Siti Nurhaliza ia kedengaran lebih segar. Walaupun lagu rock, Siti Nurhaliza menyampaikannya dengan bersahaja tanpa perlu terjerit-jerit. Setelah mendengar tiga lagu, Siti Nurhaliza telah dengan berani mencuba tiga genre, hip-hop balada dan rock. Berani untuk mempertaruhkan kredibiliti vokal beliau. Dengan lagu Cuba Untuk Mengerti, beliau kembali dengan sebuah lagi lagu balada yang mencengkam perasaan apabila dihayati liriknya. Semacam mahu saja saya mengalirkan air mata apabila membaca dalam-dalam dan menghayati luahan Siti Nurhaliza melalui keperitan lirik lagu tersbebut. Pada satu bahagian, lagu ini cuba disuntik nada gembira dalam kesedihan apabila dimasukkan rangkap nyanyian dari suara penyanyi latar. Ia lebih meruntun perasaan sebenarnya. Kerana kesedihan yang ditanggung sukar untuk diucapkan. Entah mengapa saya terbayang lagu ini sewaktu menonton filem Ada Apa Dengan Cinta.
Saya sekali sukar untuk saya terima lagu Hidup Penuh Bicara. Sekejap world music, sekejap berbunyi elemen Timur Tengah. Saya jadi keliru. Yassin berkebolehan besar untuk menghasilkan lagu yang lebih baik daripada lagu ini. Sekali-sekala ia kedengaran seperti lagu Berkobar-Kobar oleh Vince dan Yassin. Lagi pun lagu ini dicipta oleh Yassin. Saya berani mengatakan Lagu Rindu lebih baik ciptaan Yassin berbanding lagu ini. Lagu Rindu lebih catchy. Bila Harus Memilih merupakan sebuah balada yang lembut. Saya dapat mendengar vokal Siti Nurhaliza yang merdu melalui lagu ini. Susunan muzik dalam lagu ini agak baik. Melodinya agak melankolik, itu antara kekurangan lagu ini.
Begitu juga dengan lagu Pastikan. Terlalu tipikal Melly. Yang membuatkan saya suka dengan lagu ini adalah melodinya. Tebal bunyi Indonesianya. Sesuatu yang lain dari yang biasa kita dengar dalam lagu Melayu. Hati Berbisik merupakan antara cubaan pertama Siti Nurhaliza mencipta lagu. Ramai yang cakap lagu ini ada bunyi-bunyi I Still Believe. Sekali lagi saya sukakan liriknya yang seakan-akan menceritakan apa yang telah beliau lalui.
Antara lagu kegemaran saya ialah Rupanya Kita Serupa. Saya suka dengan lagu ini kerana elemen jazz yang diserapkan ke dalam melodi lagu ini. Dengan irama yang agak moderate, persembahan vokal Siti Nurhaliza amat menyerlah dalam lagu ini. Teknik vokal beliau dipergunakan sepenuhnya dalam lagu ini untuk menyampaikan lagu ini dengan bersahaja. Saya tidak menyangka yang lagu ini merupakan sebuah lagu ciptaan Cat. Kembali dengan lagu Tanpa Dendam Di Hati, sebuah lagu balada yang biasa sahaja pada pendengaran saya. Lagu ini dicipta oleh Erwin Gutawa yang tidak kuat pengaruh Indonesianya. Lagu ini kedengaran lebih Malaysia. Kekuatan lagu ini adalah kerana liriknya yang jika dihayati dengan baik seakan menceritakan apa yang telah dilalui olehnya. Segala apa yang berlaku, tiada dendam yang disimpan di dalam hati.
Tajuknya saya sudah cukup menguja saya untuk mendengar lagu ini dengan teliti. Intrig Cinta. Orang kata saya suka lagu ini kerana saya suka Siti Nurhaliza. Saya suka lagu ini kerana saya suka bunyi bunyi yang unik dan pelik. Melodi lagu sebegini jarang-jarang dapat kita dengar. Pengaruh perkusi menjadi antara kekuatan lagu ini terutama pada permulaan lagu ini. Walaupun berulang-ulang, lagu ini tidak kedengaran biasa tetapi suatu yang luar biasa. Sebagai satu percubaan pertama dalam penciptaan lagu, saya boleh puji lagu-lagu sebegini. Elemen-elemen keTimuran tidak dilupakan dalam lagu ini antara salah satu sebab mengapa saya suka lagu ini. Saya kurang menggemari lagu Impiankan Nyata ini kerana melodinya yang agak ketinggalan. Ia semacam lagu-lagu lama dari album-album Siti Nurhaliza yang terdahulu. Lagu-lagu sebegini pernah saya dengar dalam albumnya yang terdahulu. Ia kedengaran terlalu berbunyi Siti Nurhaliza. Namun demikian lagu sebegini perlu agar dapat memenuhi permintaan peminat Siti Nurhaliza yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Saya mengharapkan sebuah lagu yang lebih segar penciptaannya.
Bisakah menjadi penutup kepada album Transkripsi. Menghayati bait demi bait lirik yang telah ditulis oleh Tessh RS, saya dapat merasakan perasaan cinta Siti Nurhaliza yang kuat terhadap cinta-cintanya yang terdahulu. Melalui lirik lagu ini beliau bercerita melalui nafas vokalnya dan sampai satu persatu dalam minda saya. Saya kata lagu ini lebih terasa perasaannya berbanding lagu Biarlah Rahsia secara rakaman studio. Saya tertarik dengan permulaan melodinya yang sedap pada pendengaran saya. Sebuah balada yang kuat pengaruh Indonesia dan agak seimbang untuk disesuaikan dengan pasaran Malaysia.
Apa selepas ini ? Pelbagai cubaan telah dilaksanakan dengan cemerlang oleh Siti Nurhaliza. Pelbagai genre lagu telah dicuba oleh beliau. Setelah mendengar hasil album ini, saya menantikan hasil muzik videonya pula. Apa pula kreativiti yang akan diketengahkan oleh Siti Nurhaliza pada muzik videonya. Apakah sehebat Percayalah ?
Sudah sampai masanya agar Siti Nurhaliza memikirkan semula keputusannya untuk terus berehat dari Anugerah Juara Lagu. Saya merasakan Siti Nurhaliza perlu kembali ke AJL. Dalam waktu yang sama beliau bolehlah berehat dari Anugerah Bintang Popular, sama seperti apa yang dilakukan oleh Rosyam Noor. Untuk menang dalam pertandingan yang pengundian dilakukan oleh peminat, adalah sesuatu yang biasa sahaja bagi Siti Nurhaliza. Beliau adalah jaguh di mata peminat. Tetapi untuk menguji sejauh mana perubahan dan kematangan beliau dalam bidang muzik, Siti Nurhaliza harus kembali ke dalam pertandingan yang menggunakan juri profesional sebagai pengadilnya seperti AJL dan AIM. Di pertandingan seperti inilah tahap di mana beliau berada dapat diukur. Saya merasakan tidak rugi sekiranya beliau berehat dari menyertai ABP dan merasa amat rugi sekiranya bakat dan kredibiliti Siti Nurhaliza tidak dapat dinilai oleh juri profesional di AJL atau AIM. Fikirkan ya...
Hari ini merupakan hari majlis pelancaran album Transkripsi. Semoga ia berjalan dengan lancar. Mahu sahaja saya menjadi halimunan dan menyelinap keluar dari pejabat...
Rating : 5/5 bintang (Mesti Beli)
Pilihan sultanmuzaffar
Bisakah 5/5
Biarlah Rahsia 5/5
Cuba Untuk Mengerti 5/5
Rupanya Kita Serupa 5/5
Destinasi Cinta 5/5
Intrig Cinta 4.5/5
Pastikan 4/5
Tanpa Dendam Di Hati 4/5
Hati Berbisik 4/5
Bila Harus Memilih 3.5/5
Siti Situ Sana Sini 3.5/5
Hidup Penuh Bicara 3/5
Impiankan Nyata 3/5
Ulasan Lain :
Kejutan dan Keluhan Klubbkidd
Komen Faiz Nordin

Saya ambil keputusan pada minit terakhir untuk hadir ke AIM 13 memandangkan ramai kawan-kawan saya yang tidak dapat hadir kerana pelbagai sebab dan akibat. Ada di antara mereka yang telah dihalang untuk hadir kerana penyiaran artikel yang kononnya bersifat mencemuh penganjuran AIM. Ada juga di antara mereka yang nama-nama mereka telah dibuang dari senarai jemputan kerana pelbagai sebab. Ada juga kerana tidak begitu sihat.
Mahu tidak mahu, saya harus pergi kerana telah berjanji untuk hadir dan mendapatkan album Transkripsi dari seseorang. Selain ingin menyaksikan Siti Nurhaliza menang anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) untuk kali kelapan, saya juga ingin melihat sejauh mana berjayanya penganjuran kali ini.
Sebelum majlis bermula, saya mendapatkan album terbaru Siti Nurhaliza berjudul Transkripsi dari salah seorang yang amat rapat dengan Siti Nurhaliza. Mana tahu jika tidak berpeluang untuk bertemu di Post Party selepas majlis AIM tamat. Selalunya seperti kebiasaan Siti Nurhaliza jarang sekali singgah ke Post Party. Tetapi tidak malam itu. Siti Nurhaliza pergi Post Party siot !!!!
Antara persembahan yang boleh saya sifatkan agak cemerlang pada edisi kali ini ialah Jason Lo diiringi oleh pelajar-pelajar Sekolah Sri Inai dengan lagu bertajuk Sleepy Head, Ridzuan dengan vokal matangnya untuk lagu Permata Kasih, Shanon sambil diiringi petikan piano untuk lagu Dilanda Cinta dan persembahan Jamal Abdillah dengan lagu-lagu nostalgianya yang telah disusun kembali oleh maestro Ramli MS sebelum digandingkan bersama M.Nasir untuk lagu Ghazal Untuk Rabiah. Itu sahaja persembahan yang boleh membuka mata saya dari terus tertidur. Kalau ikutkan hati selepas Siti Nurhaliza membuat persembahan dan menang anugerah, mahu sahaja saya pulang. Siksa duduk dalam dewan lama-lama menonton perjalanan majlis yang membosankan. Saya kurang pasti apa silapnya ? Keputusan ? Atau persembahan ? Atau hos rancangan ? Sudah sampai masanya AIM membuat perubahan pada hos rancangan dan memberikan sentuhan baru dan segar kepada majlis tersebut.
Walaupun ramai yang kurang menyukai medley spontan memperkenalkan barisan pemuzik oleh Afdlin Shauki dan Bob Lokman, tetapi saya menyukainya. Yang boleh diperbaiki ialah lirik-liriknya perlu dirancang terlebih dahulu. Bukan sekadar spontan caca marba. Konsepnya jelas iaitu ingin menghargai pemuzik yang mengiringi pada malam tersebut. Pemuzik juga yang menjadi pemenang Anugerah Wirama pada malam itu. S.Atan ialah seorang komposer yang disegani ramai. Jadi sememangnya tidak salah sekiranya pemuzik diberikan kelebihan pada malam tersebut. Afdlin Shauki sememangnya sudah biasa dengan konsep improvisasi teater tetapi tidak Bob Lokman. Habis semua jenaka-jenaka panahan petir yang keluar dari mulut Bob Lokman. Kena ingat ! Sekarang ini musim hujan. Sudah banyak kes panahan petir berlaku di sekitar negara.
Lagi satu yang mengecewakan saya adalah persembahan Siti Nurhaliza digandingkan bersama Hazami yang tidak cukup wow pada malam tersebut. Lagu Getaran seperti tiada signifikan apabila dipersembahkan oleh mereka. Semacam tiada tujuan dan konsep yang jelas. Nak kata Famieza (siapa dia ni ?) atau Anita Sarawak menang Anugerah Wirama tidak pula. Kenapa pula lagu tersebut dipilih ? Mungkin penciptanya. Persembahan Siti dan Hazami akan menjadi lebih menarik sekiranya masing-masing membawakan lagu-lagu baru masing-masing yang dapat menyerlahkan lagi kehebatan vokal mereka.
Bercerita tentang keputusan, adakah saya kecewa dengan keputusan ? Tidak sama sekali. Keputusan AIM13 kali ini telah membuka horizon pemikiran saya dengan lebih luas lagi untuk melihat sesuatu secara lebih menyeluruh skopnya tanpa terhad kepada pandangan peribadi tetapi lebih kepada melihat industri secara keseluruhannya. Inilah industri muzik yang kita ada. Tidak begitu besar tetapi penuh dengan pelbagai andaian dan misteri yang masih tersorok dari diketahui penonton, baik pendengar atau pun peminat muzik.
Seperti yang saya jangkakan Siti Nurhaliza buat kali kelapan menang Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita). Memang sukar untuk dinafikan bahawa album Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall merupakan sebuah album yang begitu menyerlahkan kehebatan vokal Siti dengan lagu-lagu yang diberi nafas baru oleh Roslan Aziz dan pasukannya.
Saya suka apabila Too Phat melalui album Rebirth Into Reality menang Kulit Album Terbaik. Memang kulit album tersebut menarik sekali termasuklah konsep rekaan grafiknya. Ia dibuat penuh teliti.
Rakaman Album Terbaik dimenangi oleh Dayang menerusi album Kasih dan saya puas hati. Walaupun tercalon dalam Album Pop Terbaik, album tersebut tidak menang. Pelik bukan ? Jika keseluruhan produksi album tersebut telah menang anugerah, mengapa pula tidak berjaya untuk Album Pop Terbaik.
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu pula seperti jangkaan saya pasti akan dipilih juri untuk dimenangi oleh Ramli MS menerusi lagu Gemilang setelah menang untuk kategori yang sama menerusi lagu Merisik Khabar dan Seri Langkat. Ramli MS memang jaguh susunan muzik.
VE menang anugerah Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album dengan album For You. Sudah sampai masanya VE pula diiktiraf kerana persembahan vokal mereka yang mantap sejak beberapa tahun yang lalu. Namun demikian, persembahan pembukaan VE dengan lagu Rentak Disko tidak begitu memikat hati saya. Persembahan pembukaan mestilah sesuatu yang wow. Walaupun Tiara Jacquelina miming tahun lepas, tetapi aksi terbangnya orang ingat sampai sekarang. Begitu juga Sheila Majid dengan lagu Ku Mohon. Ini saya seorang saja yang ingat kot !
Artis Baru Terbaik dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi album keduanya Gemilang. Apa yang barunya kalau album Gemilang merupakan album kedua. Adibah Noor lebih layak untuk menang kategori ini. Saya bercakap berdasarkan teknikal bukan mempersoalkan kredibiliti nyanyian yang ada pada Jac, sebaliknya mempertikaikan peraturan yang telah dibuat yang boleh diubah sewenang-wenangnya. Lebih menarik untuk ditafsirkan apabila pakej trofi tersebut dihantar secara khas oleh FeDex dengan kurier berbeza dengan trofi-trofi yang lain. Dari manakah agaknya alamat yang telah menghantar pakej tersebut ? Sila buat tafsiran sendiri. Kalau ia sekadar product placement, pihak penganjur telah tersilap langkah kerana pelbagai tafsiran boleh dibuat melalui kurier khas tersebut.
Album Pop Rock Terbaik dimenangi oleh Awie melalui album Santai, sebuah album yang tidak begitu meluas promosinya. Album tersebut seakan tidak disedari oleh peminat muzik tempatan akan penjualannya.
Raihan kekal memenangi kategori Album Nasyid Terbaik dengan album Ameen. Ternyata promosi yang dilaksanakan oleh Raihan bukan sekadar rantau Asia Tenggara malah seluruh dunia telah membuahkan hasil terhadap penerimaan album ini untuk diiktiraf di AIM13.
Album Inggeris Tempatan Baru Terbaik dimenangi oleh Deja Voodoo Spells. Mengapa saya kata Deja Voodoo Spells pasti menang dalam kategori ini kerana penyanyi utamanya Rithan tercalon dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki). Jika persembahan vokal penyanyinya sudah cukup baik untuk tercalon, tentunya kumpulan ini pasti mendahului kedudukan untuk menang kategori ini.
Video Muzik Terbaik dimenangi oleh Henry Ooi dengan muzik video Sleepy Head oleh LO. Saingannya agak sengit terutamanya dari Terlalu Istimewa oleh Adibah Noor. Namun kedua-duanya merupakan calon terbaik untuk menang kategori tersebut.
Padi berjaya memenangi Album Terbaik Indonesia menerusi album Padi yang memuatkan lagu Menanti Sebuah Jawaban. Mereka tidak hadir dan diwakili oleh salah seorang wakil syarikat rakaman.
Artis Harapan. Tidak begitu mengejutkan. Benar, Ridzuan amat memerlukan anugerah ini untuk dikenali. Lihat bagaimana anugerah tersebut telah berjaya menaikkan nama Farah sekaligus menenggelamkan nama Zahid, Linda dan Adam yang muncul tiga tempat teratas di Akademi Fantasia. Mampukah Ridzuan menenggelamkan nama Felix, Marsha atau pun Amylea ? Yang pasti kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Boon Tan hampir pasti menenggelamkan bintang harapan ciptaannya. Kenyataan pedasnya menempelak editor akhbar yang dikatakan tidak menyokong industri muzik dalam sebuah siaran langsung benar-benar telah mengguris hati sebahagian dari mereka. Jika benar sekalipun ingin menujukan kenyataan tersebut kepada akhbar The Malay Mail, biarlah ia dilakukan secara budiman dan tanpa memikirkan akibat yang bakal ditanggung. Apakah penggiat dan peneraju industri muzik tidak boleh ditegur di dalam akhbar ? Atau mereka sekadar mengharapkan pujian semata-mata ? Jika sudah terdesak, tidak mustahil nama Ridzuan akan diterima kembali dalam barisan peserta One In A Million tidak lama lagi.
Shanon akhirnya diiktiraf oleh penggiat seni muzik tempatan. Bermula secara indie, akhirnya bakat beliau disedari secara tidak langsung apabila menang anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki). Nasib Shanon sama dengan nasib yang menimpa Adibah Noor. Pakej fizikal tidak berjaya menutup kehebatan vokal yang dimiliki oleh mereka. Minggu hadapan, akan berlangsungnya BOH Cameronian Arts Awards, anugerah di mana buat pertama kalinya Shanon diiktiraf tahun lepas untuk Bakat Harapan. Saya mengharapkan agar Shanon akan menjual albumnya di sana untuk dimiliki oleh mereka yang belum memilikinya.
Too Phat kembali mengungguli kategori Album Inggeris Tempatan Terbaik menerusi album Rebirth Into Reality. Walaupun gagal dalam saingan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album, nyata album ini merupakan sebuah album yang mantap dari sudut produksinya.
Apabila diumumkan pemenang Album Pop Terbaik, saya sudah menjangkakan yang album tersebut akan menang Album Terbaik tanpa perlu difikirkan apakah kriteria yang dilihat untuk menang kategori tersebut. Berbekalkan persembahan vokal Jaclyn yang gagal kepada Siti Nurhaliza, rakaman album yang gagal kepada Kasih oleh Dayang Nurfaizah, album ini muncul pemenang menewaskan Kasih yang boleh saya sifatkan sewajarnya menang kategori ini.
Warkah Buat Laila menang kategori Lagu Terbaik. Ini membuktikan bahawa lagu yang baik tidak semestinya lagu yang popular. Ayob Ibrahim dan Habsah Hassan tidak hadir di majlis tersebut. Begitu juga dengan Zahid. Aman yang ambil anugerah ini mewakili Zahid. Sejak bila pula anugerah Lagu Terbaik diberikan kepada penyanyi ? Ini bukan Juara Lagu. Ini antara kategori yang saya tunggu-tunggu untuk melihat sama ada Aduh Saliha atau pun Gemilang berjaya untuk memintas kualiti lagu Warkah Buat Laila. Ternyata Warkah Buat Laila unggul di Malaysia dan di Asia Pasifik.
Sebuah album yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, Gemilang akhirnya dinobatkan untuk muncul sebagai album Terbaik. Setelah gagal dalam kategori Rakaman Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) dan juga Lagu Terbaik, apakah kekuatan album Gemilang hanya bersandarkan susunan lagu Gemilang dan barunya artis seperti Jaclyn Victor ? Sesuatu untuk ditafsirkan sendiri oleh akal manusia yang waras.
Lengkap sudah sebuah projek mega Media Prima yang berusaha untuk menaikkan rating bintang ciptaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi bukan bersandarkan kredibiliti artis dan produksinya tetapi bersandarkan politik media yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.
Apa pula yang akan berlaku tahun hadapan ? Daniel menang Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki). Kalau Daniel menang Anugerah Kembara saya bersetuju kerana muziknya telah diterima di Taiwan, Hong Kong dan Singapura.
Selain Album Mini Terbaik, kategori lain yang wajar dilihat keperluannya di dalam industri muzik tempatan ialah Album Cina Terbaik. Sekiranya Album Inggeris boleh diiktiraf oleh orang kita, sewajarnya Album Cina Terbaik juga diberikan pengiktirafan sewajarnya. Pengaruhnya semakin besar. Kita lihat ramai artis cina Malaysia yang berjaya bukan sekadar di Malaysia tetapi juga di Hong Kong, Taiwan dan Singapura. Penjualan album mereka juga melebihi penjualan keseluruhan album Melayu yang berada di pasaran kini.
Mahukah kita melihat perubahan drastik berlaku pada industri muzik Malaysia tahun hadapan ? Apalah ertinya trofi platinum tersebut jika album yang dipasarkan boleh dimuat-turun di internet dan dicetak rompak. Lebih baik menerima cakera platinum bukan satu bukan dua tetapi enam berkembar dari menerima trofi platinum AIM. Itu membuktikan yang muzik kita diterima masyarakat dan bukan syok sendiri.
Bertemu Siti Nurhaliza di Post Party, saya sempat berbual seketika berkenaan album beliau yang terbaru. Waktu itu suasana di Post Party masih lengang dan tidak ramai tetamu yang tiba. Tergamam adalah perkara biasa tetapi dapat juga meneruskan bicara walaupun sempat juga mata mengerling ke jari manis beliau. Berbeza kali pertama saya berbual dengannya sekitar tahun 1998 di persembahan Antara Dua Selat, Siti Nurhaliza nampak kelihatan begitu mesra dan lebih matang. Sempat juga beliau bertanya tentang ramalan AIM saya. Dalam hati terdetik, apakah beliau punya waktu yang lapang untuk membaca blog yang saya tulis. Dalam kegembiraan apabila dapat berbicara bersama Siti Nurhaliza, saya terlupa untuk merakamkan gambar bersamanya.
Nantikan sahaja ulasan tentang album Transkripsi yang akan saya cuba siapkan dalam sedikit waktu lagi. Rata-rata kawan media yang saya temu mengharapkan saya memberikan ulasan yang baik tentang album tersebut. Sempat juga saya berbual-bual dengan beberapa tunggak utama akhbar Kosmo dan Metro Ahad. Khabarnya Klubbkidd pun mahu mengulas tentang album tersebut tetapi bukan di akhbarnya, di blognya. Kita tunggu...
Ulasan Maut : Fiebie
Ulasan Maha Maut : Klubbkidd
Ulasan Separuh Maut : MamanView
Ulasan Antara Hidup dan Mati : Javardkent
Malam ini malam seni muzik Malaysia. Malam semalam bermulanya fenomena baru di Akademi Fantasia. Semalam dunia hiburan muzik Malaysia menyaksikan Mawi menerima Anugerah Platinum Berkembar Enam kerana pencapaian album The Best of Mawi World.Semalam juga merupakan hari yang meletihkan. Sepanjang malam dan pagi menyiapkan hal-hal berkaitan Majlis Pengumuman Barisan Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 4. Setelah tiga tahun saya menghadiri majlis tersebut sebagai star, tahun ini saya hadir sebagai staf. Dua huruf, r dan f yang memberikan begitu banyak perbezaan.
Kalau beberapa tahun yang lalu, anda sering merungut yang cadangan anda tidak diterima atau tidak didengari atau mungkin tidak dibaca. Tahun ini saya suka untuk menjadikan blog ini sebagai satu medan untuk anda memberikan cadangan-cadangan anda. Diterima atau tidak, itu bukan kerja kita. Sekurang-kurangnya kita telah meluahkannya melalui saluran yang betul.Memang sudah tidak menjadi rahsia lagi, setelah dua blog yang separa star telah pun membocorkan rahsia tersebut hanya semata-mata cubaan mereka mahu merebut takhta yang saya kosongkan.
Kalau ada kesempatan, saya akan terus menulis tentang apa sahaja yang terlintas. Cuma saya memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan dengan keadaan masa agar semuanya kembali seperti sedia kala. I will be back !
Malam ini kita akan bertemu lagi setelah kali pertama kita bertemu di Antara Dua Selat. Debaran semakin kencang. Sekitar perbualan yang kebanyakannya berkisar tentang album Transkripsi, rata-rata menyukai album tersebut. Ada yang menyatakan produksi album tersebut sangat mantap. Tidak kurang juga yang merasakan album Prasasti Seni lebih baik.Dari hari ke hari saya semakin menggemari banyak lagu dalam album tersebut. Antaranya yang tidak jemu saya putar adalah lagu Biarlah Rahsia, Rupanya Kita Serupa, Bisakah, Intrig Cinta dan Cuba Untuk Mengerti.
Saya masih belum membuat keputusan untuk hadir atau pun tidak ke AIM13 walaupun jemputan sudah berada di tangan. Kalau ada pun, mungkin singgah sebentar awal petang untuk mengambil album Transkripsi dari yang disayangi. (ketawa)
Nota : Saya tidak perlukan gambar press-kit untuk update blog. Star hanya guna gambar lebih berkualiti dan terkini.
Anugerah Industri Muzik 13 kali ini banyak kontroversinya. Macam-macam dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Entah mengapa tahun ini semacam satu bahana kepada AIM. Isu artis di bawah Maestro Talent Sdn. Bhd yang dikatakan dihalang dari hadir ke majlis yang meraikan para artis di Malaysia merupakan susulan dari penolakan album Mawi Yang Tercinta. Isu artis Singapura yang diangkat oleh anugerah industri muzik Malaysia ke tahap yang tinggi untuk sebaris dengan nama-nama besar dan baru Malaysia turut diketengahkan. Mahu tidak mahu, AIM 13 perlu diteruskan. Moga perancangan lebih teliti baik dari aspek penganjuran mahu pun penjurian perlu diberikan perhatian untuk tahun hadapan. Segala lubang-lubang kesilapan yang telah dikenal pasti pada tahun ini agar dapat dibaiki pada tahun hadapan. Emosi dan ego baik dari penganjur mahu pun dari khalayak artis sendiri perlu dihindarkan agar industri muzik Malaysia dapat terus bernafas.Seperti biasa saya masih mahu menjadi seorang Nostradamus untuk AIM 13 walaupun bahana Akademi Fantasia semakin hampir ke garisan permulaannya. Angka 13 sudah cukup menakutkan ramai pihak. Namun demikian, telahan harus perlu dilakukan segera sebelum menjelang hari Isnin. Akhirnya...
Artis Harapan
Amylea
Felix
Marsha
Premelodic
Ridzuan
Pilihan SM : Felix
Pilihan Juri : Ridzuan
Yang Patut Menang : Felix
Yang Tidak Patut Menang : Premelodic
Kata kawan, kriteria untuk memilih pemenang dalam kategori ini bukan sekadar bersandarkan kehebatan vokal. Kata kawan lagi, penampilan artis serta tahap keupayaannya untuk menjadi artis yang berkebolehan besar untuk Malaysia turut diambil kira. Empat orang artis yang tersenarai mempunyai lagu mereka sendiri kecuali Premelodic yang menyanyikan kembali lagu Suratan Atau Kebetulan. Oleh yang demikian, menurut pandangan saya nama Premelodic terkeluar dari senarai lebih awal. Ini menjadikan saingan yang sengit antara tiga bintang Akademi Fantasia dan seorang artis baru Broadway Entertainment. Saya merasakan sikap serta perilaku seseorang artis itu juga perlu diambil kira agar penampilannya di masa akan datang boleh diharapkan. Maka nama Amylea pula saya singkirkan. Antara tiga nama yang tinggal, populariti Felix dan Marsha sukar disaingi oleh Ridzuan. Ada di antara kita sendiri tidak mengenali siapa Ridzuan. Saingan satu lawan satu tinggal untuk Felix dan Marsha. Pilihan saya adalah Felix walaupun beliau sebenarnya dikelilingi oleh peminat fanatik yang lagi teruk sifatnya.
Artis Baru Terbaik
Adibah Noor
Ahli Fiqir
Dina
Jaclyn Victor
Sharifah Zarina
Pilihan SM : Adibah Noor
Pilihan Juri : Adibah Noor
Yang Patut Menang : Adibah Noor
Yang Tidak Patut Menang : Jaclyn Victor
Kata kawan, kategori ini adalah untuk artis yang baru pertama kali merakamkan album. Pedulilah walaupun album yang terdahulu tidak diedarkan secara betul atau pun tidak. Oleh yang demikian, nama Jaclyn Victor saya singkirkan. Saya masih merasakan Ahli Fiqir merupakan artis Singapura walaupun albumnya adalah produksi rakyat Malaysia dari label syarikat rakaman di Malaysia. Kalau Ahli Fiqir menang untuk Singapura dan untuk Malaysia tentulah pelik untuk ditilik. Macam perebutan Pulau Batu Putih, salah satu antara Malaysia dan Singapura pasti menang. Bukan kedua-duanya. Ahli Fiqir juga tersingkir bukan kerana mereka tidak bagus tetapi kerana sentimen patriotik saya yang amat tinggi. Ini meninggalkan Adibah Noor, Dina dan Sharifah Zarina dalam saingan. Ketiga-tiganya sama kuat ? Saya meletakkan Adibah Noor lebih di hadapan meninggalkan Sharifah Zarina dan Dina di belakang sekali. Saya lebih senang sekiranya nama Dina digantikan dengan Shanon.
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Lelaki
Hazami - Kata
Jamal Abdillah - Aku Penghibur
Mus (May) - Live & Unplugged at Planet '05
Rithan (Deja Voodoo Spells) - I Am What I Am
Shanon - Di Landa Cinta
Pilihan SM : Shanon - Di Landa Cinta
Pilihan Juri : Shanon - Di Landa Cinta
Yang Patut Menang : Hazami - Kata
Yang Tidak Patut Menang : Mus (May) - Live & Unplugged at Planet '05
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita
Adibah Noor - Terlalu Istimewa
Anita Sarawak - Anita Sarawak/Another Dimension
Dina - Cinta Datang Lagi
Jaclyn Victor - Gemilang
Siti Nurhaliza - Siti Nurhaliza In Concert at Royal Albert Hall, London
Pilihan SM : Siti Nurhaliza
Pilihan Juri : Siti Nurhaliza
Yang Patut Menang : Siti Nurhaliza
Yang Tidak Patut Menang : Dina
Siapakah yang mampu menjadi penghalang kepada Siti Nurhaliza dari meneruskan penguasaannya dalam kategori ini ? Kalau ada pun yang mampu menggugat Siti Nurhaliza biarlah yang benar-benar berketerampilan besar untuk mencatat sejarah tersendiri yang akan diingati sampai bila-bila dalam sejarah AIM. Pertama sekali, penilaian untuk kategori ini melibatkan keseluruhan album dan bukannya sekadar bersandarkan satu lagu sahaja, oleh yang demikian Dina tersingkir lebih awal. Nilai secara keseluruhan dan bukan sekadar menilai lagu Cinta Datang Lagi. Ini menjadikan tiga nama yang tinggal iaitu Adibah Noor, Anita Sarawak dan Jaclyn Victor untuk menyekat peluang Siti Nurhaliza. Sekiranya anugerah ini bukan milik Siti, biarlah ia menjadi milik Anita Sarawak yang bertaraf diva dan bukannya dari dua artis baru yang lahir dari program Malaysian Idol. Kalau saingannya dari bintang Akademi Fantasia juga akan saya katakan benda yang sama. Pilihan dan harapan saya masih untuk Siti Nurhaliza kerana kemampuan beliau mengawal persembahan vokalnya untuk konsert selama dua jam bukan satu tugas yang mudah tanpa ada pertolongan dari mesin-mesin studio seperti calon-calon yang lain.
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Duo/Kumpulan
Rabbani - Suara Takbir
Raihan - Ameen
RuffEdge - Ruffera
Too Phat - Rebirth Into Reality
VE - For You
Pilihan SM : Too Phat - Rebirth Into Reality
Pilihan Juri : Rabbani - Suara Takbir
Yang Patut Menang : Too Phat - Rebirth Into Reality
Yang Tidak Patut Menang : Tiada
Kulit Album Terbaik
Bert Ismesth Ulam Raja - Rebirth Into Reality - Too Phat
Cheah Wei Chun - Anita Sarawak/Another Dimension - Anita Sarawak
Nizam Rahmat - Lain - Fazley
William Liew - Lebih Baik - Amy Mastura
Zulkiflee Z'abidin & Nitrus - Rasa - Nitrus
Pilihan SM : Bert Ismesth Ulam Raja - Rebirth Into Reality - Too Phat
Pilihan Juri : Bert Ismesth Ulam Raja - Rebirth Into Reality - Too Phat
Yang Patut Menang : Bert Ismesth Ulam Raja - Rebirth Into Reality - Too Phat
Yang Tidak Patut Menang : William Liew - Lebih Baik - Amy Mastura
Rakaman Album Terbaik
Edry - Anita Sarawak/Another Dimension - Anita Sarawak
Jenny Chin, Greg Henderson, Zailan Razak, Rahmad Ayob, Rosli Selasih, Acis & Simon - Kasih - Dayang Nurfaizah
Peter Chong, Kalvin Tan, Azlan Abu Hassan, Rumie Booty, Jenny Chin, Riza Omar, Che Mat, Alfie Zainal, Mohariz Yaakup, Zairi & Sunil Kumar - Gemilang - Jaclyn Victor
Greg Henderson & Lo - The Fall - Lo
Illegal & Yasin - Rebirth Into Reality - Too Phat
Pilihan SM : Illegal & Yasin - Rebirth Into Reality - Too Phat
Pilihan Juri : Jenny Chin, Greg Henderson, Zailan Razak, Rahmad Ayob, Rosli Selasih, Acis & Simon - Kasih - Dayang Nurfaizah
Yang Patut Menang : Illegal & Yasin - Rebirth Into Reality - Too Phat
Yang Tidak Patut Menang : Peter Chong, Kalvin Tan, Azlan Abu Hassan, Rumie Booty, Jenny Chin, Riza Omar, Che Mat, Alfie Zainal, Mohariz Yaakup, Zairi & Sunil Kumar - Gemilang - Jaclyn Victor
Video Muzik Terbaik
Henry Ooi - Sleepy Head - Lo
Hue Team - Hollywood Holiday - Love Me Butch
Joey Khor - Angguk-Angguk, Geleng-Geleng - Ahli Fiqir
Nan Sulong & Hafiz Ibrahim - Terlalu Istimewa - Adibah Noor
Yusry - Tak Tahu - Adam
Pilihan SM : Nan Sulong & Hafiz Ibrahim - Terlalu Istimewa - Adibah Noor
Pilihan Juri : Nan Sulong & Hafiz Ibrahim - Terlalu Istimewa - Adibah Noor
Yang Patut Menang : Nan Sulong & Hafiz Ibrahim - Terlalu Istimewa - Adibah Noor
Yang Tidak Patut Menang : Yusry - Tak Tahu - Adam
Saya sukakan sesuatu yang ringkas dan padat seperti video muzik Terlalu Istimewa oleh Adibah Noor. Penceritaan yang digunakan oleh video muzik tersebut sampai kepada penonton tanpa perlu berfikir panjang. Selalunya muzik video sebegini yang akan menang.
Album Nasyid Terbaik
Ameen - Raihan - Bakafro
Brothers Reunited - Brothers - Yasin, Syah & Farihin
Far East - Far East - Greg Henderson
Satu Dekad - UNIC - Faizal Osman, Munif Ahmad & Isman Isam
Suara Takbir - Rabbani - Archie
Pilihan SM : Brothers Reunited - Brothers - Yasin, Syah & Farihin
Pilihan Juri : Suara Takbir - Rabbani - Archie
Yang Patut Menang : Tiada
Yang Tidak Patut Menang : Tiada
Album Pop Rock Terbaik
Cendera Jiwa - Flop Poppy - Andy & Mijie (Flop Poppy)
Rasa - Nitrus - Eddie & Syed (Nitrus)
Santai - Awie - Edrie Hashim
Spider Live at Planet Hollywood - Spider - Keon & Boon Tan
Zoul - Zoul - Zoul & M. Nasir
Pilihan SM : Rasa - Nitrus - Eddie & Syed (Nitrus)
Pilihan Juri : Spider Live at Planet Hollywood - Spider - Keon & Boon Tan
Yang Patut Menang : Rasa - Nitrus - Eddie & Syed (Nitrus)
Yang Tidak Patut Menang : Zoul - Zoul - Zoul & M. Nasir
Album Hard Rock Terbaik
Cakap Terang - Barongan - Barongan & Jean Lau
Live & Unplugged at Planet '05 - May - Boon Tan & Rosmin Hashim
Radio Tanah Melayu - O2 - Boon Tan
Suatu Evolusi - Jinbara - Andi Rahman
Pilihan SM : Cakap Terang - Barongan - Barongan & Jean Lau
Pilihan Juri : Live & Unplugged at Planet '05 - May - Boon Tan & Rosmin Hashim
Yang Patut Menang : Cakap Terang - Barongan - Barongan & Jean Lau
Yang Tidak Patut Menang : Live & Unplugged at Planet '05 - May - Boon Tan & Rosmin Hashim
Komen : Kategori ini wajar dimansuhkan. Ia pernah diwujudkan dan kini perlu ditiadakan.
Album Pop Terbaik
Aku Penghibur - Jamal Abdillah - Fauzi Marzuki & Arab
Gemilang - Jaclyn Victor - Aidit Alfian, Ajai, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Jenny Chin, Mohariz Yaakup, Ramli MS, Aubrey Suwito, Sunil Kumar, Michael Simon & Ahmad Izham
Kasih - Dayang Nurfaizah - Jenny Chin, Zailan Razak & Rosli Selasih
Kata - Hazami - Arab & Hazami
Terlalu Istimewa - Adibah Noor - Adibah Noor, Azlan Abu Hassan, Mohariz Yaakup, Jock Chew, Badrul "The Muffins"
Pilihan SM : Kasih - Dayang Nurfaizah - Jenny Chin, Zailan Razak & Rosli Selasih
Pilihan Juri : Gemilang - Jaclyn Victor - Aidit Alfian, Ajai, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Jenny Chin, Mohariz Yaakup, Ramli MS, Aubrey Suwito, Sunil Kumar, Michael Simon & Ahmad Izham
Yang Patut Menang : Terlalu Istimewa - Adibah Noor - Adibah Noor, Azlan Abu Hassan, Mohariz Yaakup, Jock Chew, Badrul "The Muffins"
Yang Tidak Patut Menang : Tiada
Ini adalah antara kategori yang sukar buat saya. Dunia penciptaan muzik Malaysia semacam dilanda kekeringan idea apabila kesemua album yang tersenarai turut memuatkan lagu-lagu lama (cover version) yang digubah semula. Album Aku Penghibur dan Kasih sarat dengan lagu-lagu lama. Album Gemilang dan Terlalu Istimewa juga ada beberapa buat lagu lama. Kalau dinilai dari kegemaran saya, tentunya saya pilih album Kasih. OK lah, jika dinilai dari faktor umur saya, saya tentu memilih album Kasih yang penuh dengan lagu-lagu lama yang begitu nostalgia. Pembikinan semula lagu-lagu lama itu menjadi lebih enak dan segar pada saya. Ini menjadikan album Kasih sedikit di hadapan dari album Terlalu Istimewa. Lagu-lagu dalam album Gemilang agak stereotaip terutamanya lagu-lagu balada dari album tersebut.
Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik
Deja Voodoo Spells
Mass Raw
Saer Ze
Pilihan SM : Deja Voodoo Spells
Pilihan Juri : Deja Voodoo Spells
Yang Patut Menang : Deja Voodoo Spells
Yang Tidak Patut Menang : Semua
Komen : Kategori ini wajar dimansuhkan. Ia tidak membawa apa-apa signifikan kepada industri muzik Malaysia. Produk yang mereka hasilkan untuk industri muzik Malaysia juga tidak tersenarai dalam kategori Album Inggeris Tempatan Terbaik. Deja Voodoo Spells yang menampilkan Rithan selaku penyanyinya turut tersenarai dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) dan tentunya merupakan taruhan terbaik mereka untuk menang kategori ini. Kalau vokal beliau sudah tersenarai, tentulah album ini sesuatu yang baik berbanding calon lain.
Album Inggeris Tempatan Terbaik
Anita Sarawak/Another Dimension - Anita Sarawak - Archie Nasution
For You - VE - Zaf, Lah, Cham, Shah & Damian Shortysoul
Here & Now - Pop Shuvit - JD & Greg Henderson
Rebirth Into Reality - Too Phat - Malique, Joe Flizzow, DJ T-Bone, Terry Lee, Illegal, Yasin, Jae Chong, Machi, Carlo Nanni & D'Navigator
The Fall - Lo - Lo
Pilihan SM : Rebirth Into Reality - Too Phat - Malique, Joe Flizzow, DJ T-Bone, Terry Lee, Illegal, Yasin, Jae Chong, Machi, Carlo Nanni & D'Navigator
Pilihan Juri : The Fall - Lo - Lo
Yang Patut Menang : Rebirth Into Reality - Too Phat - Malique, Joe Flizzow, DJ T-Bone, Terry Lee, Illegal, Yasin, Jae Chong, Machi, Carlo Nanni & D'Navigator
Yang Tidak Patut Menang : Anita Sarawak/Another Dimension - Anita Sarawak - Archie Nasution
Album Indonesia Terbaik
Alexandria - Pertepan - Capling, Koni & Noey
Kembali - Rossa - Yonathan Nugroho
Langkah Baru - Radja - Isfan Fajar Satyo & Radja
Padi - Padi - Piyu, Jan Djuhana & Padi
Silver - Glenn Fredly - Jan Djuhana & Glenn Fredly
Pilihan SM : Padi - Padi - Piyu, Jan Djuhana & Padi
Pilihan Juri : Alexandria - Pertepan - Capling, Koni & Noey
Yang Patut Menang : Padi - Padi - Piyu, Jan Djuhana & Padi
Yang Tidak Patut Menang : Silver - Glenn Fredly - Jan Djuhana & Glenn Fredly
Komen : Kewujudan kategori ini sewajarkan dijadikan alasan kukuh untuk mewujudkan kategori Album Singapura Terbaik dan Album Mini Terbaik. Berdasarkan permintaan yang semakin tinggi dari pengguna untuk Album Mini sewajarnya dijadikan sandaran konkrit bahawa pengaruh Album Mini semakin meluas dan diterima ramai. Ini secara tidak langsung menggalakkan pengguna membeli album yang tulen kerana harganya lebih murah berbanding album biasa.
Susunan Lagu Terbaik Di Dalam Album
Azlan Abu Hassan - Ikan Di Laut, Asam Di Darat - Adibah Noor
Azlan Abu Hassan - Kata - Hazami
Alfa Booty - Di Bawah Pohon Asmara - Jaclyn Victor
Alfa Booty & Masrumie Booty - Tak Tercapai Akalmu - Elyana
Ramli MS - Gemilang - Jaclyn Victor
Pilihan SM : Azlan Abu Hassan - Kata - Hazami
Pilihan Juri : Ramli MS - Gemilang - Jaclyn Victor
Yang Patut Menang : Azlan Abu Hassan - Kata - Hazami
Yang Tidak Patut Menang : Alfa Booty & Masrumie Booty - Tak Tercapai Akalmu - Elyana
Lagu Terbaik
Ajai - Habsah Hassan & Shuhaimi Baba - Ku Seru - Misha Omar
Aubrey Suwito - Asmin Mudin - Gemilang - Jaclyn Victor
Ayub Ibrahim - Habsah Hassan - Warkah Buat Laila - Zahid
Azlan Abu Hassan - Adibah Noor - Terlalu Istimewa - Adibah Noor
M. Nasir - Loloq - Aduh Saliha - Mawi
Pilihan SM : Ayub Ibrahim - Habsah Hassan - Warkah Buat Laila - Zahid
Pilihan Juri : Aubrey Suwito - Asmin Mudin - Gemilang - Jaclyn Victor
Yang Patut Menang : Ayub Ibrahim - Habsah Hassan - Warkah Buat Laila - Zahid
Yang Tidak Patut Menang : Tiada
Kesemua lagu mempunyai peluang yang cerah untuk menang. Kelebihan mereka sama rata. Saya meletakkan harapan agar kemenangan berpihak kepada lagu Warkah Buat Laila nyanyian Zahid kerana lagu tersebut indah melodinya selain disulami dengan lirik yang bagus sekali. Melodi Timur Tengah yang terjalin untuk lagu tersebut agak berkualiti.
Album Terbaik
Pilihan SM : Terlalu Istimewa - Adibah Noor - Adibah Noor, Azlan Abu Hassan, Mohariz Yaakup, Jock Chew, Badrul "The Muffins"
Pilihan Juri : Gemilang - Jaclyn Victor - Aidit Alfian, Ajai, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Jenny Chin, Mohariz Yaakup, Ramli MS, Aubrey Suwito, Sunil Kumar, Michael Simon & Ahmad Izham
Kata kawan lagi, Siti Nurhaliza akan membuat persembahan pada malam tersebut. Lebih manis apabila beliau akan berduet dengan Hazami membawakan lagu Getaran dendangan asal Anita Sarawak. Kalau masin mulut saya, diharapkan Siti Nurhaliza dan Hazami masing-masing memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki dan Wanita). Maka menjadikan gandingan mereka lebih bermakna.
Semalam Siti Nurhaliza melancarkan Transkripsi. Jika ada kesempatan saya akan mendapatkan album tersebut dan bercerita tentang album tersebut. Hujung bulan April merupakan bulan yang bakal mengundang penuh kejutan baik dari Siti Nurhaliza dan saya sendiri. Hujung minggu ini akan saya umumkan. Biarlah Rahsia...
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Ghafar Baba telah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara Kuala Lumpur pada jam 5.15 petang tadi. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada jam 7.34 pagi tadi di Gleneagles Intan Medical Centre Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung, buah pinggang dan paru-paru. Allahyarham berusia 81 tahun.Jasa Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba akan terus dikenang kerana telah menjadi pencetus ilham kepada penubuhan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Institut Teknologi Mara dan Maktab Rendah Sains Mara. Penubuhan Mara amnya dan MRSM khasnya telah berjaya melahirkan sebegitu ramai profesional Melayu untuk berkhidmat kepada negara Malaysia khasnya. Sebagai salah seorang bekas pelajar MRSM Beseri Perlis, jasa Ayahanda akan terus dikenang sepanjang hayat.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama golongan yang soleh. Amin.
Ingin berdampingan dengan bintang filem Gubra ? Mudah sahaja. Sempena Movie Carnival yang akan berlangsung di Berjaya Times Square pada 23hb April 2006, anda berpeluang untuk beramah-mesra bersama bintang filem kontroversi Gubra.
Antara bintang yang telah mengesahkan kehadiran mereka ialah Sharifah Amani (Orked), Rozie Rashid (Temah), Namron (Bilal Li), Norkhiriah (Mas), Alan Yun (Alan), Ida Nerina (Mak Inom) dan Mei Ling (Ma).
Acara tersebut akan berlangsung pada jam 4 hingga 5 petang di Berjaya Times Square.
Anda mungkin menjadi antara 20 peminat filem Gubra yang bertuah untuk sama-sama minum petang bersama bintang filem Gubra !
Mudah sahaja ! Anda hanya perlu menyatakan siapakah bintang filem Gubra yang paling anda gemari dan kenapa dalam kurang dari 30 patah perkataan. Hantar jawapan anda kepada gubra(at)mypartners(dot)net(dot)my bersama :
1. Nama Penuh
2. Alamat
3. Nombor Telefon
Setiap pemenang akan pulang bersama cenderamata eksklusif yang ditaja oleh DiGi serta cetakan foto bersama bintang kesayangan anda.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21hb April, Jumaat jam 12 tengah hari.
Anda mungkin menjadi peminat yang bertuah !! Ayuh !
Nota : Rajin pula aku update blog !
Kata Aziz M.Osman, pelakon handalan beliau yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia seperti Amy Mastura melalui filem Puteri Impian dan Nasha Aziz menerusi filem Trauma bukan orang teater. Siapa kata ? Mereka memang bukan orang teater tetapi punya keinginan dan pernah berlakon teater. Amy Mastura menerusi teater Siti Di Alam Fantasi dan Nasha Aziz bakal berjoget di Lantai T.Pinkie penghujung bulan ini di Istana Budaya.
Azhar Sulaiman ditangkap mencuit Aziz M.Osman mengharapkan bantuan setelah gagal untuk menangkis hujah dari pensyarah teater di Akademi Seni Kebangsaan, Marlia Musa serta graduan Akademi Seni Kebangsaan, pelakon, pengarah teater yang disegani ramai iaitu Namron. "Tidak payah cuit-cuit, biar mereka cakap dulu." kata Aziz M.Osman.
Saya mengenali Azhar Sulaiman menerusi filem Abang 92. Sebuah filem yang menyuntik elemen artistik dan komersil yang boleh saya sifatkan berjaya di Malaysia. Beliau memberikan lakonan penuh berkesan dalam filem tersebut. Malangnya Linda Onn sekadar mengingati lakonannya bersama Maria Farida melalui sebuah filem yang saya sendiri tidak ingat tajuknya. Oh ya ! Bisikan Cinta.
Aziz M.Osman sememangnya ikon dalam filem-filem komersil yang berkualiti serta berjaya di Malaysia. Contohnya filem Fenomena, Fantasi, XXRay 1,2 dan 3, Femina dan Puteri Impian. Selepas Puteri Impian, Aziz M.Osman telah kehilangan taringnya dan beliau sekadar memenuhi tuntutan pasaran pada waktu tersebut untuk mendapatkan keuntungan.
Jika dibandingkan antara pelakon teater dan pelakon filem, kedua-duanya sama penting dalam medium masing-masing. Apabila saya pergi menonton filem, saya tetap mahukan sebuah lakonan yang mantap dari pelakonnya, begitu juga sebaliknya. Ada juga pelakon teater yang tidak cemerlang di pentas dan ada juga pelakon filem yang pudar di layar perak.
Kata Namron, pelakon filem belum tentu boleh berlakon teater, tetapi pelakon teater boleh berlakon filem. Bagaimana dengan Nasha Aziz, Tiara Jacquelina, Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima yang semuanya bermula di layar perak ? Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima boleh saya sifatkan jaguh teater dan juara di filem kedua-duanya.
Sudah sampai masanya Tanya Linda dipanjangkan masanya. Perdebatan berkenaan isu-isu semasa baik hiburan atau sosio-politik setidak-tidaknya telah berjaya menyuntik sedikit ilmu kepada penonton. Tidak puas rasanya apabila sewaktu perdebatan semakin hangat, rancangan terhenti kerana iklan dan tamat sebelum waktunya.
Banyak topik yang boleh diutarakan seperti contohnya isu jambatan baru Singapura, realiti filem Malaysia, pengaruh rancangan CSI kepada penjenayah dan polis, hala tuju industri muzik Malaysia, artis boros vs artis penyimpan dan pelbagai lagi. Kalau kena ahli panel untuk sesuatu topik, pasti hangat perbincangan yang akan berlangsung.
Nota : Sudah boleh ambil. Minggu depan saya ambil.
Biarlah Rahsia
Siti Nurhaliza akan memasarkan album terbarunya berjudul Transkripsi pada 24 April 2006. Sama-sama kita menempa sejarah hidup pada hari yang sama. Aku ? Biarlah rahsia...
Siti Nurhaliza juga khabarnya telah menempah tarikh 6 Jun 2006. 666 !!! Satu angka yang menarik. Mungkin juga hantarannya RM666,666.66 atau RM66,666.66 atau RM6,666,666.66 atau RM6,666.66 ! Aku juga telah menempah angka yang sama !
Nota : pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...
Itu tandanya...
Semakin banyak artikel yang tertangguh. Itu tandanya murah rezeki. Sekiranya segalanya mengikut perancangan bermula bulan hadapan artikel yang tertangguh bakal semakin menimbun. Itu tandanya murah rezeki. Acara dan majlis semakin tidak berhenti, masa untuk menulis semakin berkurangan.
Kita larikan diri dari hiburan :
Sebelum terlupa, beberapa minggu sudah saya tertarik dengan satu berita yang tersiar di dada-dada akhbar dan internet. Sehingga ke BBC mengambil sumber berita tersebut dan turut tersiar di laman-laman internet program realiti yang dinyatakan. Berita tersebut adalah berkenaan kenyataan dari Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Musa Hassan tentang program CSI yang dikatakan punca menyebabkan penjenayah menjadi lebih bijak. Siapakah penjenayah ? Siapakah polis ? Di mata masyarakat siapa sepatutnya lebih bijak. Polis atau penjenayah ? Kalau penjenayah lagi bijak dari polis, polis kena lagi lagi bijak dari penjenayah. Jangan salahkan CSI.
Nota : Kalau tidak, masakan tilam perlu diangkut ke mahkamah.
"Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Cemerlang"
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KeKKWa) amat memandang serius untuk membantu industri muzik tanah air yang buat masa ini menghadapi pelbagai kesukaran dan masalah. Pada penghujung 2005, KeKKWa telah membuat satu kajian yang menyeluruh tentang keadaan industri muzik tanah air dan telah mengeluarkan satu Dasar dan Strategi Pembangunan Industri Muzik Malaysia yang meliputi bidang pendidikan, latihan, insentif dan infrastruktur pembangunan untuk industri ini.
Sebagai menyokong tindakan kerajaan ini, KARYAWAN telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk memantau keadaan dan arah tuju industri muzik tanah air. Lanjutan kepada penubuhan jawatankuasa ini, satu Seminar Industri Muzik yang bertajuk “Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Cemerlang” akan dianjurkan yang akan melibatkan pelbagai pihak di dalam industri muzik yang terdiri daripada para komposer, penyanyi, pemuzik, syarikat rakaman, promoter dan wakil media.
Seminar ini bertujuan untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi di dalam industri muzik tanah air secara terbuka dan juga untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang sesuai yang boleh dibawa kepada pengetahuan pihak Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan untuk tindakan selanjutnya.
Seminat tersebut dijadualkan pada :
Tarikh : 20 April 2006
Waktu : 9 pagi - 5 petang
Tempat : Bilik Kuala Lumpur, Tingkat 5, Pusat Dagangan Dunia Putra
Antara program bagi seminar tersebut adalah Pembentangan Kertas Kerja “Industri Muzik di Abad ke 21” oleh Norman Halim (KRU) dan diikuti dengan perbincangan panel yang terdiri dari nama-nama besar di dalam industri seperti M.Nasir, Ajai dan Farihin Abdul Fatah. Sejurus selepas itu, pembentangan kertas kerja bertajuk “Pendidikan Muzik di Malaysia” oleh Prof Madya Jamal Hamid (UMS) dan Dr. Mohd Hassan Abdullah (UPSI) dan diikuti dengan perbincangan panel. Pembentangan Kertas Kerja dari khalayak media yang bertajuk "Peranan Media Dalam Pembangunan Industri Muzik" oleh Zulhisham Ayob dan diikuti dengan perbincangan panel yang turut terdiri dari kalangan wartawan dan pengamal media Malaysia. Satu resolusi akan disimpulkan pada penghujung seminar tersebut.
Untuk menghadiri seminar ini bayaran adalah seperti berikut :
- Ahli Karyawan - Percuma (Ahli yang berminat perlu mendaftar segera dengan menelefon Pejabat Karyawan kerana tempat adalah terhad)
- Penuntut - RM10 (termasuk 2 jamuan teh, tanpa makan tengahari)
- Bukan Ahli - RM100 (termasuk 2 jamuan teh dan makan tengahari)
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Cik Jai di talian 03-79552967 atau 012-3084202.
1. Jangan gubra bila nampak seorang bilal menyentuh dan mengusap seorang anjing berkaki tiga yang ditemuinya dalam perjalanan ke surau.
2. Jangan gubra bila bertemu dua orang jururawat berbangsa India di hospital bila anda sakit satu hari nanti.
3. Jangan gubra bila berdepan dengan seorang pesakit berpakaian baju hospital bila anda di hospital satu hari nanti.
4. Jangan gubra sekiranya di sekolah anda mempunyai klinik gigi.
5. Jangan gubra untuk menerima hakikat sedang kita membaca blog ini, ada suami isteri yang sedang bergaduh, bersetubuh dan melafazkan cerai sama ada secara lafaz atau pun SMS.
6. Jangan gubra untuk mencabut bulu tetek. Memang sakit tapi sedap.
7. Jangan gubra untuk memeluk tubuh seorang pesakit yang dijangkiti virus HIV.
8. Jangan gubra selepas menonton kita terfikir siapakah yang menduduki panel Lembaga Penapisan Filem ini.
9. Jangan gubra bila berdepan dengan dua perempuan bertudung labuh. Mereka bukan pengganas.
10. Jangan gubra untuk menerima hakikat ada yang melacurkan diri untuk mencari sesuap nasi.
11. Jangan gubra untuk mengakui anda membaca sarikata dalam Gubra kerana ada ketika anda perlu membaca sarikata.
12. Jangan gubra kalau terlepas menonton adegan yang dicincang dalam drama Rabun kerana ia ada dalam Gubra.
13. Jangan gubra bila Ahli Parlimen dapat melihat iklan budi bahasa versi Melayu, Cina dan India dalam Gubra. Puas Ahli Parlimen, bukan Melayu saja yang tiada budi bahasa sekarang.
14. Jangan gubra kerana mereka sekadar bekerja di syarikat swasta, klinik dan hospital.
15. Jangan gubra sekiranya mendapat tahu bangsa Melayu ialah bangsa paling ramai yang tunduk kepada along.
16. Jangan gubra bila berdepan dengan lelaki Melayu selepas menonton filem ini.
17. Jangan gubra bila melihat sebuah buaian berbuai kosong.
18. Jangan gubra bila penonton akan tetap membincangkan sama ada Jason masih hidup atau telah mati selepas filem Sepet, dan kini mereka akan berbincang perkara yang sama walaupun selepas filem Gubra.
19. Jangan gubra kerana Gubra tetap dengan pendiriannya untuk tidak menghantar pencalonan di Festival Filem Malaysia akan datang.
20. Jangan gubra bila fikiran anda terbayang-bayang imej dari filem ini walaupun setelah 12 jam anda menontonnya.
21. Jangan gubra, rasa sahaja.
22. Jangan gubra dan kelam-kabut keluar dari panggung selepas selesai wayang. Tunggu ! Sehingga kredit selesai, anda akan dikejutkan dengan klip yang menguja minda.
23. Jangan gubra menantikan Mohsen.
24. Jangan gubra bila sebenarnya guru juga mampu menghina seorang pelacur.
25. Jangan gubra bila melihat anak dara kita lepas mandi mereka berkemban. Itu bukan pengaruh Sepet atau Gubra, ia semulajadi.
26. Jangan gubra bila Malaysia berniat ingin membuat jambatan kedua ke Singapura kerana kami mahu menyayangi anda kembali.
27. Jangan gubra bila tiba-tiba anda terkantoi dengan isteri anda. Ssempat mengelap motor lagi untuk menghilangkan kegubraannya.
28. Jangan gubra bila mendengar suami anda ada meeting dengan client Pensonic.
Rating :
Arahan A++
Suntingan A++
Cerita A++
Lakonan A
Sinematografi A
Arahan Seni A+
Muzik Latar A-
Senarai ini akan saya kemaskinikan dari masa ke semasa apabila informasi kembali datang ke kepala. Apa lagi adegan dari Gubra yang menghantui anda ?
Adegan yang menghantui saya dalam Gubra ada banyak. Antaranya ialah :
1. Sewaktu Temah, Kiah dan Mas di buai sedang berbual. Temah menangis. Kiah berharap. Mas menghulur simpati.
2. Sewaktu Orked dan Arif bergaduh di dalam bilik tidur setelah mengetahui Arif berlaku curang dengan makan luar. Dialog Orked "Stupid Malay man" benar-benar menampar ! Dialog Orked "dalam dunia moden, kita tidak perlu buang masa dengan perkara-perkara remeh sebegini." Perrghhhh !!
3. Adegan sewaktu Anuar mencuci kereta yang disaluti lumpur. Ia semacam satu parodi untuk filem Castello.
Ulasan Lain :
Ulasan Rough Cut SM
Fiebie [Mesti Baca]
Suanie
Klubbkidd
DJCyberSonique
NYRac : About Gubra
SGFilm Forum
Klue
Cinema Online
Malay Mail
Think.com.my [Mesti Baca]
A Nutshell Review [Mesti Baca]
A Nutshell Review 3rd
AFIQ's Boolesheet [Mesti Baca]
Gubra IMDB
MovieXclusive on Gubra
Very the Gubra !
Quaintly.net [Mesti Baca]
A Very Gubra Dinner
2006 San Francisco International Film Festival
The Clouded Moon
Nickxandar [Mesti Baca]
Midnitelily
NST Singapore Review [Mesti Baca]
Fadz
Senikami
Maddox [Mesti Baca]
Blogosphere Movie Carnival Attack
Pada 22 dan 23 April ini akan berlangsung satu acara iaitu Movie Carnival 2006. Menariknya apa yang berlaku pada 23 April adalah Up Close with Stars of Gubra and Sepet. Selain daripada itu akan berlangsung Golden Screen Cinemas Movie Forum dan Pirates of the Caribbean Treasure Hunt.
Di sini saya suka untuk mencadangkan kita ramai-ramai keluar menonton filem Gubra beramai-ramai serta menyertai Pirates of the Caribbean Treasure Hunt dan juga bersantai mendengar pandangan ahli panel dalam forum tersebut. Antara komuniti yang terbayang di fikiran saya ialah PFS, TSC, Kolam Kodok, PPS, Badruls’s, GJ dan JU. Boleh juga kita beradu tenaga dan kepintaran dalam Tresure Hunt tersebut. Ini merupakan cadangan awal, dan ia terbuka kepada sebarang cadangan lain.
Untuk maklumat lanjut tentang Movie Carnival 2006 boleh lah melawati laman webnya di sini.

