Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 01 March 2007 0 komen

satu dua tiga

satu : Kamu berhati-hatilah kerana kamu akan melanggar lopak, lubang, tunggul dan jalan yang tidak rata!

dua : Kamu pandu sendiri ke destinasi yang sama seperti dahulu! Dan jangan risau kerana kamu tahu di mana lopak, lubang, tunggul dan jalan yg tidak rata! Cuma kamu perhatikan pula pokok, sungai, bukit, langit dan sekitarnya supaya kamu lebih kenal dan kenang arahmu!

tiga : Sentiasa ingat di mana lopak, lubang, tunggul dan jalan yang tidak rata akan sentiasa berada di bawah. Ingatlah lagi pokok yang hijau kamu perlu mendongak ke atas untuk menikmati kehijauannya, sungai yang sejuk akan menyirami hati yang suram, bukit yang jauh akan sentiasa berdiri gagah dan langit yang biru akan sentiasa berarak di atas sana. Langkah satu satu, nikmati dan hayati sekeliling kamu !

Diinspirasi dari blog Ajami Hashim

Entri oleh sultanmuzaffar 26 February 2007 0 komen

sultanmuzaffar, Selamat Ulangtahun Yang Kelima

Hari ini ada pertunjukan bunga api untuk semua. Saya tidak perlu keluar duit satu sen pun untuk pertujukan bunga api tersebut. Semuanya ditaja oleh anda. Terutamanya yang mengundi untuk Akademi Fantasia. Lima tahun bukan satu tempoh yang singkat. Macam-macam jenis perubahan yang berlaku. Ada yang suka, ada yang duka, ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang bangga, ada yang kesal, ada yang berasa terancam, ada yang menjadikan sumber inspirasi, ada segalanya. Hari ini sungguh berbeza. Semoga kita akan bertemu lagi sekali untuk menyambut ulangtahun yang kesepuluh, lima tahun dari sekarang. InsyaAllah.

1. What was your first blog and what made you decide to start it?

Blog sultanmuzaffar merupakan blog pertama saya yang mana telah dimulakan pada 26 Februari 2002. Hari ini blog ini telah berumur 5 tahun. Kalau blog ini boleh diibaratkan seperti anak, tahun depan blog ini sudah boleh masuk tadika. Maknanya blog ini masih lagi belum cukup matang untuk berhadapan dengan dunia yang lebih mencabar. Kali pertama saya menulis blog tujuannya hanya satu iaitu tempat untuk saya menulis tentang deria saya, baik dari segi rasa, lihat, sentuh, dengar dan bau. Segala pengalaman itu perlu saya simpan dan luahkan di dalam blog.

2. Your blog just celebrate it's 4th anniversary. Has anything in your life changed since you started the blog?
Hari ini merupakan ulangtahun yang kelima sebenarnya. Tempoh lima tahun bukan suatu yang singkat. Macam-macam bentuk perubahan telah berlaku. Yang paling diingati tentunya fenomena yang berlaku pada program realiti pencarian bakat paling popular di Malaysia iaitu Akademi Fantasia. Sejak itu saban tahun ada saja pembaca baru yang menantikan ulasan-ulasan terkini berkenaan program tersebut. Kesan paling besar tentunya pada Akademi Fantasia musim 3 apabila saya telah diminta untuk memastikan kandungan bahan untuk Astro Broadband AFXtra sentiasa dikemaskinikan dan pada Akademi Fantasia musim 4 saya diserap masuk untuk mengawalselia kandungan bahan di laman web rasmi AF4. Pada tahun ini penglibatan saya lebih besar apabila turut terlibat dalam membuat beberapa keputusan penting yang melibatkan new-media (internet, broadband, mobile, interactive) dan produksi. Contohnya siapakah bakal Pengkritik Tetap untuk AF5. Best kan ?

3. What is the most rewarding parts of blogging?
Saya dibenarkan untuk bercerita kepada pembaca saya tentang apa yang saya rasa. Selain daripada itu apabila blog ini semakin dikenali, ia dapat menarik ramai pembaca-pembaca baru. Bila semakin dikenali dan mendapat hits yang banyak, maka ia secara tidak langsung berjaya menarik pengiklan untuk mengiklankan produk mereka. Adalah beberapa. Yang terkini ialah ERA.fm. Siapa kata blog tidak boleh mendatangkan faedah berbentuk wang ringgit kepada blogger.

4. Most frustrating?
Bila semakin dikenali, tentunya ada yang suka dan ada yang tidak suka. Adakalanya saya perlu berhati-hati apabila menulis. Kesilapan yang kecil kadangkala memberikan kesan yang besar lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan periuk nasi. Banyak musuh pun best juga sebenarnya. Kerana itu membuktikan yang kewujudan saya telah memberikan inspirasi kepada mereka untuk cuba melenyapkan saya. Saya rupa-rupanya merupakan sumber inspirasi kepada mereka. Best kan ?

5. 'sultanmuzaffar.blogspot.com' has been named 25th most influential blogs in Malaysia. What impressed me is that your blog is in the 3rd place for entertainment category (behind afdlin shauki and yasmin ahmad) which is quite an achievement. What is your first reaction when you know about it? It is always be your dreams to be listed among those famous bloggers or simply unexpected?
Saya tidak pernah menganggap blog ini sebagai blog yang berpengaruh. Pengaruh itu terlalu besar jika tidak berjaya menggalas tanggungjawab yang diberikan. Reaksi pertama saya bila mengetahui tentang perkara tersebut ialah saya beri pendapat saya tentang apa itu blog berpengaruh. Secara jujur siapa yang tidak mahu tersenarai di kalangan yang berpengaruh. Semua orang mahu. Saya pun mahu. Berada dalam kelompok tersebut merupakan satu penghargaan, cuma cara penilaiannya biarlah yang lebih berkredibiliti bukan sekadar senarai kosong atau hanya sekadar berdasarkan bilangan hits.

6. What do you think about Malaysian acceptance towards the existance of blogging since most of them still doubting the bloggers' credibility?
Sejak akhir-akhir ini pengaruh blog sudah mula kelihatan di Malaysia. Boleh saya katakan, jika sekali Screenshots bersin, boleh bergegar Putrajaya. Mereka tidak perlu berasa sangsi dengan blogger. Mereka sewajarnya menggunakan blog sebagai bahan untuk “check and balance” dalam membuat keputusan. Blogger hanya mencipta alternatif kepada pembaca untuk membuat atau menilai keputusan. Anggap sahaja penulisan blog ini sebagai salah satu nasihat macam yang sentiasa kita terima sejak kecil dari ibu-bapa kita.

7. You have been blogging for a quite long time. In your point of view, what are the biggest trends going on in blogging right now?
Dengan adanya teknologi RSS, secara tidak langsung kandungan blog yang telah dikemaskinikan akan dapat di”highlight”kan kepada pembaca. Jadi maklumat blog akan tersebar dengan cepat. Lebih mudah sebenarnya bila menggunakan RSS Reader. Bukan itu saja, kandungan blog juga boleh dibaca di telefon bimbit. Kandungan blog berbentuk audio (podcast) juga kini semakin popular di Barat cuma masih belum begitu popular di Malaysia. Kalau dinilai berdasarkan trend semasa, nampaknya Malaysia tidaklah begitu jauh ketinggalan.

8. Nowadays, bloggers also known as 'cyber journalist' as they also provide lots of information for viewers. As for yourself, what effects are blogging having on traditional journalism? Would it ever replace or dilute the value of traditional journalism?
Saya tidak berharap untuk mencorakkan satu agenda buat wartawan media perdana, tetapi cukup sekadar mereka membaca dan mengambil mana-mana cadangan yang baik untuk memperbaiki mana yang kurang. Saya mahu juga antara cadangan-cadangan saya diterima dan diguna pakai oleh mereka untuk kepentingan seni hiburan tanah air. Ambil mana yang positif dan sama-sama perbaiki mana yang negatif. Mana tahu satu hari kelak, mereka menerima cadangan-cadangan tersebut dan ingin bekerjasama dengan saya untuk program-program yang seterusnya. Itu lebih baik. Sewajarnya media arus perdana dan media blog menjadi pelengkap antara satu sama lain agar maklumat yang diperoleh pembaca lebih seimbang dan berkualiti. Antara media blog dan media arus perdana tidak seharusnya berada dalam kekecohan hanya untuk membuktikan mereka lebih baik. Mereka harus saling lengkap-melengkapi. Itu sudah cukup baik kerana ia mewujudkan pandangan yang seimbang.

9. Your blog is focusing on entertainment world, which involves lots of controversy, gossips and rumours. During these 4 years, do you think you're overstepping any privacy boundaries in any of your articles?
Saya boleh anggap blog tentang dunia hiburan sebagai blog realiti. Blogger kena berhati-hati agar tidak tersalah langkah. Maklumat yang ingin ditulis perlu mendapatkan pandangan beberapa pihak dan sumber yang boleh dipercayai. Saya rasa bila bercakap tentang kontroversi, gossip dan khabar angin kita bercerita tentang blog Akademi Fantasia. Memang apa yang ditulis hanyalah berdasarkan apa yang ditonton di televisyen. Itu boleh saya katakan berlaku sewaktu musim 1-3. Berbeza pada musim keempat bila saya sudah berada di antara tenaga produksi yang mengetahui apa yang berlaku di sebalik tabir. Apa yang berlaku di sebalik tabir itulah yang tidak sewajarnya diuar-uarkan kerana itu bukannya apa yang ditonton oleh penonton. Sekiranya ada artikel-artikel saya yang telah melanggar sempadan peribadi, saya mengharapkan agar ada di kalangan pembaca yang menegur.

10. In your previous post, you said that you almost been sued by a giant telecommunication company in 2003. What have you learn for that incident?
Saya perlu lebih berhati-hati apabila menulis. Waktu tersebut saya terlalu ghairah menulis dan cuba mendapatkan sokongan. Mujur saya tidak terlalai. Kadang-kadang terlalai juga. Adakalanya perlu menarik balik untuk menjaga hati banyak pihak. Populariti sebenarnya satu beban yang merumitkan. Adakalanya saya bosan.

11. Early this year, two Malaysian bloggers are sued for allegedly defaming The New Straits Times Press in their blogs. Because of this controversy, a legal fund will be set up to provide financial assistance for bloggers who face legal action. What is your opinion towards this issue?
Blogger tidak bergaji dan mereka mewakili diri sendiri. Jadi apabila diwujudkan satu dana yang sah untuk membantu mereka ia adalah satu cadangan yang baik. Siapa yang akan menyokong mereka jika bukan satu badan bebas yang telah dibentuk untuk memberikan sokongan kepada mereka. Syarikat gergasi seperti New Straits Times Press tentunya mempunyai sokongan yang lebih besar dan dana yang lebih besar jika perlu berhadapan dengan kes-kes seperti ini. Maka blogger juga perlu ada dengan sokongan rakan-rakan blogger. Maka wujudnya Bloggers United.

12. Let's talk about the future. What do you see for 'sultanmuzaffar.blogspot.com'?
Saya mengharapkan blog ini akan sentiasa hidup biar pun musim Akademi Fantasia telah tamat. Mungkin juga satu hari nanti Akademi Fantasia ditamatkan atau pun mungkin tidak dibenarkan disiarkan. Apakah blog ini juga akan mati. Tentunya saya tidak mahu melihat ia berlaku. Sayangnya saya dapat melihat trend pembaca yang hanya muncul bila musim Akademi Fantasia. Apakah itu tabiat pembacaan rakyat Malaysia yang hanya merupakan pembaca bermusim? Jika itulah realitinya, saya perlu sentiasa mempengaruhi pembaca untuk terus melekat di blog ini walau untuk apa topik sekalipun.

13. Blogging has moved from experimental to mainstream. What social or technical features would you like to see enter the world of blogging?
Saya mahu melihat blogger lebih berjaya di masa akan datang untuk membentuk rangkaian sosial yang lebih besar dan berpengaruh. Blogger sekarang lebih berani untuk bertanggungjawab dan tidak perlu berselindung di sebalik nama samaran.

14. Any last word or advice for those who interested to have their own blogs?
Teruskan niat untuk mendapatkan blog sendiri. Ia usaha yang baik. Yang penting kemaskini blog anda dan jangan biarkannya menjadi rumah tinggal.

Entri oleh sultanmuzaffar 22 February 2007 0 komen

Kena Tag !

Kena tag ni apa maknanya ya ? Jujur. Saya sendiri pun tak tahu apa. Sekadar mengisi kekeringan idea untuk blog. Saya turutkan juga. Saya sendiri pun tak tahu samada ada di kalangan pembaca yang mahu tahu apa yang mereka tak tahu. Kalau ada pembaca yang mahu, saya perlu tulis enam perkara menarik yang pembaca tidak tahu mengenai saya.

1. Swiss Military


Jam tangan yang saya pakai sekarang, Swiss Military telah saya gunakan sejak 10 tahun yang lalu. Jam tangan tersebut dibeli pada tahun 1997 sekitar bulan Oktober ketika saya sekeluarga bercuti di Eropah, sewaktu singgah di Luzerne. Orang kata pembuat jam yang terbaik adalah orang Switzerland. Jadi tidak mustahillah bila jam yang saya ada kini masih bernyawa sampai sekarang. Seingat saya baru sekali saya tukar bateri. Maknanya bateri yang sulung tahan lebih dari 6 tahun. Sudah hampir 10 tahun jam itu bersama saya. Terasa macam mahu saja tukar angin.

Luzerne ialah sebuah Bandar peranginan di Switzerland. Masih lagi segar dalam ingatan, gambaran sebenar lokasi kedai jam tempat di mana jam tersebut dibeli. Sebuah kedai jam yang terbaik di Luzerne pada zaman tersebut. Zaman ? Terasa sepuluh tahun memang cepat berlalu. Harap-harap bulan April nanti jam ini akan bertukar.

2. BASIC
Budak-budak zaman sekarang hanya kenal computer game. Mereka tak pernah didedahkan dengan BASIC. Pertama kali saya kenal komputer sewaktu berumur sembilan tahun. Pertama kali memiliki komputer sewaktu berumur dua belas tahun. Dari situ saya mengenal LOGO walaupun pada waktu tersebut kanak-kanak lain sibuk dengan LEGO. Saya mula belajar BASIC dengan serius bila masuk Tingkatan Satu. Di sekolah asrama, budak-budak asrama kena pergi kelas komputer. Bukan untuk berbangga, ramai juga pelajar yang tiru jawapan peperiksaan saya jika ada exam komputer. Kadang-kadang saya pelik juga, kenapa program BASIC yang semudah itu pun mereka tak boleh jawab. Berlagak tak ? Tapi budak yang tiru dulu sekarang dah ada Doktor depan nama dia. Pakar tulang pulak tu. Memang komputer mainan saya sejak kecil. Pengalaman yang paling tidak boleh dilupakan bila aturcara komputer yang saya reka telah digunakan untuk Sistem Pemarkahan satu Temasya Sukan Antara Universiti, saya tidak ingat tahun bila. Yang bestnya bila berlaku kesilapan dalam keputusan menentukan pemenang kerana kesilapan formula pengiraan. Terlalu banyak makan Maggi mungkin. :)

Ada sesiapa yang boleh jawab soalan di bawah ?

10 INPUT "What is your name: "; U$
20 PRINT "Hello "; U$
30 REM
40 INPUT "How many stars do you want: "; N
50 S$ = ""
60 FOR I = 1 TO N
70 S$ = S$ + "*"
80 NEXT I
90 PRINT S$
100 REM
110 INPUT "Do you want more stars? "; A$
120 IF LEN(A$) = 0 THEN GOTO 110
130 A$ = LEFT$(A$, 1)
140 IF (A$ = "Y") OR (A$ = "y") THEN GOTO 40
150 PRINT "Goodbye ";
160 FOR I = 1 TO 200
170 PRINT U$; " ";
180 NEXT I
190 PRINT

Entri oleh sultanmuzaffar 20 February 2007 0 komen

Mi MAGGI Tabik Anda!

Siapa yang tak pernah makan Mi Maggi? Saya pernah ! Anda tentu pernah ! Apa pengalaman yang menarik pernah anda lalui sewaktu makan Mi Maggi. Sekarang anda boleh berkongsi pengalaman tersebut dalam satu peraduan – Mi Maggi Tabik Anda!

Saya masih ingat waktu zaman sekolah menengah. Makan Maggi di asrama. Makan Maggi dalam locker hanya kerana takut kena pau. Ada yang makan sorok-sorok. Masak Maggi pun sorok-sorok. Yang paling best bila masak Maggi guna heater. Kita dulu sedar yang heater memang diharamkan di asrama. Tapi pasal nak masak air panas untuk makan Maggi, curi-curi buat juga.

Salah seorang cikgu Bahasa Inggeris saya, Encik Azly Rahman yang satu MRSM dengan Roslan Aziz telah masak Maggi dalam baldi. Ya ! Dalam baldi dan makan Maggi ramai-ramai. Pengalaman saya tidaklah seteruk itu. Saya masak Maggi dalam Tupperware.

Yang paling tidak boleh saya lupakan ialah sanggup lompat pagar untuk makan Maggi di luar sekolah. Waktu malam ! Saya pernah dengan beberapa kawan lompat pagar semata-mata kerana nak makan Maggi. Mujur tak kantoi dengan warden.

Kalau boleh saya rakamkan pengalaman tersebut dalam bentuk video seperti yang telah dihantar oleh peserta-peserta peraduan tersebut tentunya lebih menarik. Merakam dengan kamera video memang kerja yang merumitkan dan saya tabik kepada peserta yang dapat menghasilkannya. Sekarang sudah ada telefon bimbit yang bervideo dan kerja jadi lebih mudah. Teknologi semakin menyenangkan hidup kita. Eh ! Rewan tak nak masuk ke peraduan tu ? Bukan senang untuk mendapatkan gelaran Pengarah !

Yang termampu saya hasilkan hanyalah pengalaman saya hijack sebuah restoran dan minta kebenaran untuk guna dapur mereka dan masak Mi Maggi. Maggi saya sediakan. Ramuannya seperti telur…hmmmm satu butir, udang….hmmmm enam ekor dan sayur…hmmmm sawi kot telah disediakan oleh mereka. Terima kasih kepada pemilik Restoran AJ di Pekeliling yang sudi membantu.

Kalau ikut storyboard asal, saya mahu pergi ke tujuh restoran dan masak Mi Maggi di restoran mereka. Kemudian saya akan edit setiap satu dan gabungkan menjadi satu. Di penghujung video saya letak satu caption bertajuk "7 Hari 7 Malam Bersama Mi Maggi !" Jika ada peserta yang ingin menambah-baikkan idea ini dalam bentuk video yang sebenar, amatlah dialu-alukan. Video yang saya siapkan telah dirakam hanya dengan menggunakan video dari telefon bimbit. Letih seharian mendapatkan shareware untuk edit dan gabung video dari format 3gp.

Saya patut menambah tentang Maggi yang saya masak untuk tetamu yang tidak diundang yang telah bertandang ke rumah saya minggu lepas. Maggi itu lagi sedap. Maggi Udang Galah ! Kalau-kalau Maggi mahu perasa yang baru, boleh lah ambil perisa Maggi Udang Galah dari saya !

Anda tentu mahu berkongsi pengalaman anda bersama Maggi dalam Mi Maggi Tabik Anda ! Saya telah memberanikan diri melakukannya, berkongsi sedikit pengalaman dalam bentuk video. Anda pasti mempunyai pengalaman yang lebih menarik untuk dikongsikan bersama. Tidak sukar. Ada telefon bimbit yang bervideo, anda sudah layak digelar pengarah ! Jom berkongsi pengalaman dalam Peraduan Mi Maggi Tabik Anda !


Jom serta Mi Maggi Tabik Anda !

Entri oleh sultanmuzaffar 18 February 2007 0 komen

Mukhsin Bermula Dengan Kejayaan !



Satu SMS & satu panggilan telefon sudah cukup menggambarkan seluruh kegembiraan. Berita kejayaan filem Mukhsin di 57th Berlin International Film Festival. Filem tersebut akan mula ditayangkan mulai 8 Mac ini. Hari yang sama pengumuman rasmi Akademi Fantasia 5 dibuat. Mukhsin telah diterbangkan ke Berlin dan pulang membawa kejayaan. Bukan satu tetapi dua !

The Grand Prix of the Deutsches Kinderhilfswerk
MUKHSIN
by Yasmin Ahmad, Malaysia

The Crystal Bear for Best Feature Film
A Special Mention
MUKHSIN
by Yasmin Ahmad, Malaysia

Juri Antarabangsa kata;
“A wonderful, almost magical atmosphere, enhanced by a striking soundtrack. Poetic images of the closeness of a family and community. A witty script combined with well-rounded and humorous characters: All this in a story of a friendship that daren’t cross into love, and a love for which friendship is no longer enough.”
Juri Malaysia kata;
"Mukhsin, filem terbaru oleh pengarah Yasmin Ahmad mengisahkan cinta antara anak gadis 10 tahun dengan anak lelaki 12 tahun. Singkat kata, Mukhsin menggalakkan anak Melayu supaya mula mendekati zina sejak kecil lagi."
Saya kata;
Mukhsin : Kembara waktu yang paling indah. Selamat mengembara melalui terowong waktu Mukhsin untuk sama-sama kita mengenali diri kita sendiri.
Dari ulasan Rough Cut Mukhsin yang ditulis pada 16 Ogos 2006.

Tidak sabar rasanya nak menunggu apa Akmal Abdullah dari Berita Harian nak kata. David Teoh kena tambah bajet lagi nampaknya. :)

Nota : Sahabat, rehat puas-puas. Jangan gusarkan diri dengan pelbagai masalah. Jauhkan diri dari aura negatif yang sering menyelubungi kita. Kita buang jauh-jauh.

Entri oleh sultanmuzaffar 13 February 2007 0 komen

Rezeki Mencurah Lagi

Email

Good day!

Starting next Monday, Pagi@ERA will have a new addition – the incomparable Raja Azura! Raja Azura, or Kak Engku as she is fondly nicknamed, brings with her spontaneous wit, warmth, and side-splitting one-liners that have garnered her countless awards and nominations through the years as TV host, actress and comedienne.

A radio virgin, Kak Engku is extremely excited to join the likes of Khairil and Kiran (K n K) to bring more laughter to ERA’s listeners. She will be known as the THIRD K and is the latest addition of famous celebrities such as Saiful Apek and Aznil in the ERA family.

Please welcome Kak Engku to AMP when she starts next Monday, 12th of February.

You can also visit http://sultanmuzaffar.blogspot.com and http://badrulaftersix.blogspot.com – both popular blogsites, starting next Monday to catch the same ad.

And if watching ASTRO channels are more your thang watch out for the “K n K n K” TVCs soon!
Bukan sebarang orang yang boleh email ke seluruh Astro. Hanya bos besar saja yang boleh hantar email ke mailing list. Bila datang tawaran tersebut, saya terima. Untuk berapa lama ? Biarlah rahsia.

Saya ada dengar beberapa kali setiap kali Kak Engku ke udara dalam perjalanan ke pejabat. Selalunya dalam pukul 8.15 akan ke udara Juli & Rumi. Memang saya suka segmen tersebut. Kadang-kadang saya menang. Kadang-kadang saya boleh jawab soalan Juli, dan kadang-kadang saya jawab penuh soalan untuk Rumi. Kiranya terror untuk kesemuanya. Hahaha !

Memang riuh rendah studio dengan gelak ketawa ketiga-tiga penyampai yang ada. Kak Engku memang boleh saya katakan berjaya menggamatkan studio. Tapi gamat yang bagaimana ? Kadangkala macam nak runtuh studio dan saya sendiri tidak tahu nak dengar yang mana satu. Lebih-lebih lagi bila segmen Rumi & Juli.

Kemunculan Kak Engku semacam menjadi pelengkap kepada Khairil & Kieran. Bila ada isu-isu yang dibangkitkan lebih-lebih lagi jika berkenaan dengan perbezaan jantina, maka wujudnya pandangan yang seimbang antara mereka. Tidaklah hanya Khairil dan Kieran sekadar menyokong kaum lelaki sahaja.

Saya rasa pengalaman Kak Engku dalam bidang lakonan, baik dalam drama atau teater telah membolehkan Kak Engku sendiri mengawal dirinya untuk sentiasa sedar diri. Kadang-kadang kita sendiri terlupa.

Sepanjang perjalanan saya ke pejabat semakin menjadi lebih gamat dan ceria dengan kehadiran Kak Engku. Tapi bila sampai office saja terus kelat kerana kerja pejabat semakin menggunung. Akademi Fantasia pun dah nak mula !

Masih ingat maklumat Ujibakat Akademi Fantasia 5 yang pertama kali disiarkan di blog ini dan juga diletakkan di beberapa blog dan forum yang berkaitan ? Sila pastikan anda sentiasa melekat di sini untuk maklumat panas & eksklusif berkenaan Tenaga Pengajar dan Pelajar baru Akademi Fantasia 5. Bila ? Awal bulan Mac ! Anda harus sentiasa tekan refresh !

Sedangkan maklumat Ujibakat AF5 telah memanaskan beberapa pungkoq kerana menurut mereka apa kelebihan blog ini sehingga diberikan maklumat eksklusif AF5, pastikan mereka terkena renjatan elektrik bila melihat maklumat berkenaan Pelajar Baru AF5 di sini.

Banyak kerja !!!

Entri oleh sultanmuzaffar 08 February 2007 0 komen

Jangan Gerun Dengan Bloggers

Saya terpanggil untuk berbicara tentang beberapa isu yang berkaitan dengan bloggers dalam minggu ini. Pertama berkenaan blog 50 Most Influential Blogs in Malaysia dan kedua berkenaan artikel Aditya: Blogger "Jangan sesedap rasa"!

Kredit : www.sabahan.com dan mstar.com.my

Apa makna Influential ? Berpengaruh ? Pengaruh yang bagaimana ? Mendapat hits yang banyak. Beribu setiap hari ? Berjuta setiap bulan ? Itu bukan makna berpengaruh. Mungkin juga kerana berpengaruh, wujudnya beberapa pihak yang tidak senang apabila sesuatu isu tersebut diperbesarkan melalui sesuatu blog. Contohnya blog Screenshots. Kalau dulu orang cakap kalau sekali Daim (sekarang Tun) bersin, akan jatuh pasaran saham. Sekarang ini lebih sesuai dikatakan, kalau sekali Screenshots bersin, akan bergegar Putrajaya. Mungkin itu makna berpengaruh pada saya. Mungkin bukan untuk anda.

Berpengaruh bukan sekadar diukur dari hits, ia diukur melalui sejauh mana isu-isu yang dibangkitkan dapat menggerak minda pembaca untuk mencipta satu twist dalam setiap keputusan sedia ada. Dunia kini semakin luas dan tiada sempadan yang boleh menghalang sebarang penjelajahan minda untuk meneroka mana-mana ceruk dalam dunia siber. Buat apa hits berjuta kalau kesannya tiada. Apa guna kalau sekadar menggembirakan hati orang agar terus hidup dalam fantasi. Macam Akademi Fantasia. Macam ulas tentang AF. Dapat tengok gambar. Pembaca happy. Manusia terus hidup dalam fantasi.

Kerana pengaruh, ramai yang tidak senang duduk. Gelagat mereka sentiasa diperhatikan. Penulisan mereka sentiasa dinilai. Blogger berpengaruh menilai kerja mereka. Konon ! Sebarang kepincangan didedahkan. Lalu ramai yang panas punggung kerana mereka sedang diperhatikan. Yang tidak senang dengan bloggers adalah mereka yang sentiasa merasakan kesalahan berada di pihak mereka. Mungkin. Yang merasakan bloggers adalah satu ancaman, adalah mereka yang kedudukannya sedang diancam. Melucukan.

Berpengaruh sangat ke mereka yang tersenarai di bawah ini ? Dari 50 blog yang tersenarai di bawah ini, saya hanya membaca 21 blog dan ini termasuk blog saya sendiri. Menjadi antara blog Melayu yang tersenarai dalam senarai ini sudah cukup baik bagi saya. Tersenarai dengan blog berbahasa Inggeris, satu bahasa universal memanglah bukan sesuatu yang mengejutkan. Satu dunia boleh baca.

Menarik bila maklumat dalam sidang akhbar dijadikan asas untuk menulis. Tidak cukup dengan sidang akhbar, buat wawancara khas bersama mereka yang berkenaan. Itulah kelebihan yang ada pada media arus perdana. Ada peluang untuk mewawancara mereka yang terlibat. Bloggers sekadar pergi memeriahkan majlis dan menyerap setiap butiran dalam sidang akhbar, pulang dan menulis. Tanpa wawancara khas blogger telah menyiapkan artikelnya dan dalam waktu yang sama media yang siap berwawancara pun menyiapkan artikelnya. Kalau berlaku kesamaan, siapa lebih bijak ?

Nota SM : Saya hidup zaman New Media, bukan zaman Old Media. Dah lama tinggalkan Wordstar 3.0 !

Di bawah ini ada macam-macam jenis blog. Ada yang politik, hiburan, kereta, blog peribadi, teknologi, sastera dan makanan. Seronok baca apa orang tulis. Tapi orang seronok ke bila baca apa yang kita tulis ? Silap-silap tak senang duduk nak tunggu update terkini.

NoBlog TitleTechnorati Rank Category
1kennysia.comRank: 234 (4,828 links from 2,406 blogs) Personal
2SapiensBryan.comRank: 604 (2,676 links from 1,577 blogs)Technology
3Hemmy.netRank: 1,667 (1,862 links from 932 blogs) Humor
4JeffOoi.com Screenshot Rank: 2,009 (2,824 links from 836 blogs) Politics
5LiewCF.comRank: 3,346 (1,532 links from 613 blogs) Technology
6Yasmin The Story TellerRank: 3,594 (1,026 links from 585 blogs)Entertainment
7Afdlin ShaukiRank: 3,750 (874 links from 569 blogs)Entertainment
8PaulTan.OrgRank: 7,360 (863 links from 369 blogs) Auto
9Alex AlliedRank: 8,367 (589 links from 345 blogs)Personal
10Rocky’s BruRank: 8,402 (1,015 links from 344 blogs) Politics
11Lim Kit SiangRank: 8,593 (826 links from 337 blogs)Politics
12Hot-screensaverRank: 8,976 (531 links from 323 blogs)Personal
13EVERiBODi LAFU ROJAKSRank: 9,411 (785 links from 310 blogs)Humor
145XmomRank: 10,439 (1,131 links from 297 blogs) Personal
15masak-masakRank: 11,717 (648 links from 269 blogs) Food
16smashin’ pOpstarRank: 12,698 (669 links from 254 blogs) Personal
17cheeserland.comRank: 13,733 (439 links from 236 blogs)Personal
18Kahsoon.comRank: 15,091 (427 links from 218 blogs)Humor
19minishorts.netRank: 16,256 (398 links from 202 blogs) Personal
20Patric Teo TokkokRank: 18,289 (282 links from 182 blogs)Personal
21FriedBeef’s TechRank: 20,119 (356 links from 168 blogs)Technology
22Amanz.netRank: 21,013 (430 links from 161 blogs)Technology
23KickdefellaRank: 21,251 (505 links from 159 blogs)Politics
24CyberHackz.netRank: 21,381 (558 links from 158 blogs) Technology
25SultanMuzaffarRank: 21,514 (324 links from 157 blogs)Entertainment
26FireangelRank: 21,668 (348 links from 156 blogs) Personal
27Lagu Top Masa KiniRank: 22,088 (298 links from 153 blogs)Entertainment
28jasiminne anorexic penguinRank: 22,088 (264 links from 153 blogs)Personal
29Gobala KrishnanRank: 22,200 (365 links from 152 blogs) Marketing
30The Scribe A Kadir JasinRank: 22,200 (269 links from 152 blogs)Politics
31A Gonzo JournalRank: 22,371 (381 links from 151 blogs)Personal
32As Suanie Sees ItRank: 23,740 (457 links from 142 blogs)Personal
33Nizam Zakaria - Limau NipisRank: 24,396 (269 links from 138 blogs) Literature
34 Susan LooneRank: 25,146 (509 links from 134 blogs)Politics
35ShaolinTiger.comRank: 25,286 (337 links from 133 blogs)Personal
36BibliobibuliRank: 25,921 (329 links from 130 blogs) Literature
37MichaelOoi.netRank: 26,568 (290 links from 127 blogs)Personal
38SaifulSham.comRank: 27,158 (386 links from 124 blogs) Marketing
39Faisal TehraniRank: 27,639 (169 links from 122 blogs)Literature
40Raymond.CC BlogRank: 27,690 (276 links from 122 blogs)Technology
41RantingbyMMRank: 27,865 (241 links from 121 blogs)Politics
42Anwar IbrahimRank: 28,570 (185 links from 120 blogs)Politics
43Eudcation In Malaysia Rank: 29,571 (298 links from 116 blogs) Education
44SmartUsahaRank: 29,935 (298 links from 113 blogs) Marketing
45RotorBlog.comRank: 30,287 (170 links from 112 blogs) Technology
46Vincent ChowRank: 30,287 (158 links from 112 blogs)Humor
47Babe in the City - KLRank: 30,844 (398 links from 110 blogs)Food
48kyspeaks.comRank: 31,740 (261 links from 107 blogs)Food
49Irfan KhairiRank: 32,439 (398 links from 105 blogs)Marketing
50Aisehman.orgRank: 32,858 (314 links from 104 blogs) Politics

Pemerhatian menarik dari Ajami
How Do You Measure Blog Influence by Friedbeef

Entri oleh sultanmuzaffar 07 February 2007 0 komen

IKON Pilihan Malaysia

Siapakah artis yang bakal terpilih untuk bersaing di IKON Malaysia yang akan disiarkan pada bulan Jun ini ? Seramai 10 artis solo dan 10 artis berkumpulan akan disenaraikan untuk bersaing sesama sendiri dalam perlumbaan SMS paling popular di negara ini. Jika saya diberikan peluang, saya akan memilih nama-nama besar yang telah lama bertapak di dalam industri agar mereka berpeluang untuk melangkah lebih jauh lagi.

Antara pilihan saya ialah Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Ning Baizura, M.Nasir, Jaclyn Victor, Zainal Abidin, Sheila Maid, Mawi, Syafinaz & Shanon Shah

Untuk artis berkumpulan saya memilih Search, VE, Ruffedge, Pop Shuvit, Spider, Gerhana Ska Cinta, Mohram, KRU, Raihan, Too Phat

Hari ini akan diumumkan siapakah yang akan terpilih untuk bakal diangkat sebagai IKON Malaysia…

Terkini [3.27 petang]
Artis Solo
Adam AF2
Amy
Awie
Dayang Nurfaizah
Ella
Ezlynn
Farah AF2
Hattan
Mawi AF3
Reshmonu
Zainal Abidin

Zainal meninggalkan majlis dan mencetuskan drama. Tunggu apa kesudahan drama ini... Mungkinkah diganti dengan artis lain ? Ataupun ia sekadar pencetus kontroversi agar rakyat Malaysia sedar akan kewujudan IKON Malaysia ? Mawi juga hampir merajuk melihatkan ada pihak yang nampak seperti tidak senang dengan penyenaraiannya dalam IKON Malaysia. Itulah industri muzik Malaysia. Hahahaha. Ada ke nak ganti Zainal Abidin dengan F !!! Tolonglah !!!

Artis Berkumpulan
Amuk
Def Gab C
Flop Poppy
Jinbara
May
OAG
Raihan
Ruffedge
Search
VE


Tabik spring dengan Raihan yang melihat IKON Malaysia sebagai satu landasan positif untuk menyebarkan muziknya ke seluruh rantau ASEAN. Rasanya di Malaysia ini lebih senang menguruskan artis berkumpulan dari artis solo kerana rata-rata artis solo suka bertelagah sesama sendiri.

Setelah berbual dengan beberapa sumber, baru saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Nampaknya industri muzik kita memang sedang tenat. Populariti telah mengatasi kualiti kalau boleh saya katakan. Kuasa populariti nampaknya sudah mula mengenepikan kualiti. Pertandingan sebegini yang bakal membawa nama Malaysia ke satu peringkat yang lebih besar sewajarnya menggunakan kuasa profesional untuk menilai. Perkataan IKON itu sendiri benar-benar berat dan bukan calang-calang artis mampu untuk menggalasnya. Untuk menjadi ikon bukan kerja satu hari atau pun satu tahun. Untuk mencipta ikon yang dapat menggemilangkan nama Malaysia bukan satu kerja mudah seperti yang kita lihat masa kini. Ikon seakan boleh dicipta dalam satu hari, sepuluh minggu atau satu tahun. Itulah silapnya pemikiran kita.

Berbicara tentang senarai yang terpilih, hanya Amy, Zainal Abidin, Raihan dan Ella sahaja yang menguja saya untuk menonton IKON Malaysia. Nama-nama lain sekadar pelengkap yang impaknya sangat kecil untuk melihat industri lebih maju. Hanya empat nama itu boleh saya angkat menjadi ikon Malaysia, tetapi pilihan 26 juta rakyat Malaysia pasti memberikan keputusan yang berbeza. Ini ikon pilihan saya.

Ahhh ! Kita lupakan saja kisah IKON, saya perlu siapkan satu ikon untuk satu lagi laman web. Baik saja saya tumpukan perhatian saya untuk ikon tersebut. Lagi banyak yang masuk.

Nak tengok artis yang terpilih dalam senarai awal ?

Solo
1. M.Nasir
2. Amy
3. Awie
4. Hattan
5. Sheila Majid
6. Zainal Abidin
7. Ella
8. Ning Baizura
9. Ziana Zain
10. Datuk Siti Nurhaliza

Artis Berkumpulan
1. Search
2. May
3. Raihan
4. Amuk
5. May
6. DefGabC
7. Flop Poppy
8. OAG
9. Ruff Edge
10. VE

Nota : Dapat jadi IKON Windows Vista pun jadilah.

Entri oleh sultanmuzaffar 04 February 2007 0 komen

Tun Dr. Mahathir Dicalonkan Untuk Hadiah Nobel Keamanan

Empat pertubuhan bukan kerajaan dari Bosnia Herzegovina telah mencalonkan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menerima Hadiah Nobel Keamanan ! Berita ini sepatutnya menjadi berita utama negara esok dan bukannya berita lain. Akhbar The Star mendapat laporan awal berkenaannya.

Entri oleh sultanmuzaffar 02 February 2007 0 komen

Anugerah Bintang Popular Pilihan sultanmuzaffar



Hujung minggu ini hampir kesemua bintang-bintang ternama Malaysia bakal berkumpul di Arena All Stars untuk Anugerah Bintang Popular. Hampir kesemua pemberita juga pasti mendaki puncak Genting Highlands demi mengejar berita-berita panas yang pasti menarik minat pembaca untuk mendapatkannya. Saya mahu ia cepat berakhir kerana sudah bosan membaca akhbar Berita Harian yang menjadi akhbar penaja bila penuh dengan berita artis ukur baju, artis beli kasut, artis beli tuksedo, artis cuba subang, artis cuba rantai berlian, artis buat rambut, artis pergi road-tour dan macam-macam cerita artis ke sana ke mari. Itu bukan berita yang saya mahu baca.

A. Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Nawawi
4. Jimmy Shanley
5. Wahid Senario

Pilihan SM : Aznil Nawawi
Pilihan Pengundi : Aznil Nawawi
Pemenang : Aznil Nawawi

Orang kata Akademi Fantasia sudah semakin merudum popularitinya. Orang kata Aznil sudah terlalu tua untuk rancangan realiti tv pencarian bakat yang boleh saya sifatkan masih popular di kalangan rakyat Malaysia. Akademi Fantasia masih menjadi buah mulut rakyat Malaysia. Maka penguasaan Aznil Nawawi dalam kategori ini agak sukar digugat. Ally Iskandar walaupun namanya sering ke udara di televisyen free-to-air Malaysia juga belum mampu untuk menggugat penguasaan pengacara Nombor Satu Malaysia itu. Satu perkembangan menarik bila AC Mizal diterima masuk dalam kelompok 5 paling popular ini. Kalau dilihat dari penguasaan stesen tv, nampaknya Astro berjaya membolot 3 ruang melalui program AC Di Sini, Akademi Fantasia dan Trek Selebriti. Manakala TV3 membolot 2 ruang melalui program Melodi dan Malaysia Hari Ini. Pilihan saya siapa lagi kalau bukan Aznil Nawawi.

B. Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Linda Onn
4. Ogy Ahmad Daud
5. Raja Azura

Pilihan SM : Fara Fauzana
Pilihan Pengundi : Fara Fauzana
Pemenang : Fara Fauzana

Tanpa was-was sudah pasti kemenangan akan menjadi milik Fara Fauzana yang selesa dengan program Melodi. Tahun ini Fara bakal muncul dengan program menggunakan nama sendiri iaitu Fara. Ini sudah pasti memanaskan punggung Linda Onn yang semakin tenggelam dengan program Tanya Linda. Nampaknya Astro kekurangan pengacara TV wanita yang boleh meraih populariti di kalangan rakyat Malaysia untuk diketengahkan di peringkat yang lebih besar. Ogy Ahmad Daud, otai dalam bidang pengacaraan dan namanya lebih awal popular dengan program Melodi berjaya tersenarai dalam kategori ini walaupun menerusi program Santai RTM. Di skrin televisyen, saya memilih Fara Fauzana.

C. Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Faizal Ismail (Hot FM)
2. Halim Othman (Sinar FM)
3. Khairil Rashid (Era FM)
4. Khairul Ikhwan (Hot FM)
5. Kieran (Era FM)

Pilihan SM : Khairil Rashid
Pilihan Pengundi : Kieran/Halim Othman
Pemenang : Halim Othman

Memang sukar untuk menelah pemenang kategori ini. Saya akui undi pasti terpecah dua antara Kieran dan Khairil Rashid. Mereka yang popular menerusi segmen Pagi Di ERA pasti membuatkan peminat segmen pagi paling popular di Malaysia itu kebingungan. Saya pun bingung juga. Antara Khairil dan Kieran. Jangan terkejut kalau Halim Othman menerusi Sinar FM berjaya menyekat peluang mereka berdua. Aura Halim di ERA masih lagi kuat. Di sebalik kisah misteri yang menyelubungi Halim, namun namanya masih segar di kalangan peminat. Pilihan saya di radio pastinya Khairil Rashid.

D. Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana (Sinar FM)
2. Fara Fauzana (Hot FM)
3. Linda Onn (Era FM)
4. Nana (Era FM)
5. Sharifah Aleeya (Hot FM)

Pilihan SM : Linda Onn
Pilihan Pengundi : Linda Onn
Pemenang : Linda Onn

Saya kata Linda Onn dari Era FM pasti unggul dalam kategori ini walaupun ramai yang kata ini merupakan tahun Fara Fauzana. Tempias populariti Fara Fauzana di Melodi merupakan senjata paling pedih untuk Linda Onn. Populariti Lindo Onn dengan menjadi duta tajaan juga merupakan perisai utamanya. Jadi masing-masing mempunyai populariti yang agak seimbang. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Pilihan saya di radio pastinya Linda Onn.

E. Artis Komedi Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Mazlan Pet Pet
3. Saiful Apek
4. Wahid
5. Yassin Yahya

Pilihan SM : Afdlin Shauki
Pilihan Pengundi : Saiful Apek
Pemenang : Saiful Apek

Walaupun Afdlin Shauki dikenali lebih awal sebagai penyanyi, beliau nampaknya lebih dikenali sebagai artis komedi. Mungkin itulah nasib yang menimpa untuk artis-artis berbadan besar macam Afdlin Shauki. Kekuatan Afdlin Shauki sebenarnya terletak pada popularitinya yang semakin meningkat naik dalam filem-filem lakonannya. Lebih-lebih lagi dengan kehilangan misteri Saiful Apek yang agak mendadak. Saya tidak boleh menafikan pengaruh populariti filem Cicak Man yang merupakan filem paling laris di pawagam. Walaupun kelibat Saiful Apek tiada dalam peta industri hiburan, namanya tetap gah. Pilihan saya tetap kepada Afdlin Shauki walaupun nama Saiful Apek sukar untuk digugat.

F. Artis Komedi Wanita Popular
1. Adibah Nor
2. Alliza Abdullah (Enot)
3. Raja Azura
4. Sharifah Shahira
5. Sheila Rusly

Pilihan SM : Sheila Rusly
Pilihan Pengundi : Sheila Rusly
Pemenang : Sheila Rusly

Seperti Afdlin Shauki, nama Adibah Nor seorang penyanyi yang berbakat besar tersenarai dalam kategori ini. Populariti Adibah Nor datang daripada filem-filem lakonannya serta ketrampilannya dalam bidang pengacaraan atau pun penghibur di majlis makan malam. Saingan lebih terbuka dalam kategori ini. Besar kemungkinan Sheila Rusly berjaya mengekalkan kemenangannya tahun lepas. Kontroversi yang melanda juga turut memainkan peranan yang penting untuk menaikkan namanya secara tidak langsung. Kemunculan Sharifah Shahira sebagai pengacara Raja Lawak Astro belum cukup gah untuk memintas sebarang pemenang. Pilihan saya masih Sheila Rusly.

G. Artis Baru Lelaki Popular
1. Akbar
2. Faizal AF4
3. Fazli Zainal
4. Felix Agus
5. Izwan Pilus

Pilihan SM : Felix Agus
Pilihan Pengundi : Faizal AF4
Pemenang : Faizal AF4

Tahun-tahun sebelum ini kategori ini akan dimenangi oleh bekas Juara Akademi Fantasia. Mungkin akan berbeza pada tahun ini. Saingan Faizal AF4 agak sengit. Fazli Zainal dan Izwan Pilus adalah bintang baru lelaki yang lagunya masih kekal popular sepanjang tempoh pengundian. Tidak mustahil salah seorang dari mereka berjaya menyekat peluang Juara Akademi Fantasia 4. Jika berjaya, apakah ini bermakna program Akademi Fantasia itu sendiri popularitinya semakin jatuh ? Jangan dipandang sepi peluang Felix Agus dalam kategori ini. Populariti lagunya juga semakin besar walaupun nama beliau dilihat sudah agak ketinggalan untuk kategori ini. Pilihan saya masih setia memberikan sokongan kepada Felix AF3.

H. Artis Baru Wanita Popular
1. Amylea AF3
2. Farahwahida
3. Ina Naim
4. Leez AF4
5. Marsha

Pilihan SM : Leez AF4
Pilihan Pengundi : Ina Naim/Marsha
Pemenang : Farawahida

Ini merupakan kategori yang panas tahun ini. Ina Naim tersenarai bersama bintang Akademi Fantasia dan juga Farahwahida. Sejauh mana populariti bintang Akademi Fantasia boleh mengatasi aura (jika boleh saya sebutkan sebagai aura) Ina Naim masih belum terjawab. Leez AF4 dilihat mampu menggugat kerana personaliti yang ada padanya selain sering dilihat muncul dalam program tv. Marsha hanya gah namanya di sebalik gossip-gosip yang melanda. Begitu juga dengan Amylea AF3 yang masih tercari-cari tapak untuk terus hidup dalam industri muzik. Sebenarnya jika Leez AF4 menang kategori ini ia akan menjadi satu tamparan hebat buat produksi Akademi Fantasia kerana kita gagal mengenalpasti kerlipan bintang yang ada pada Leez semasa Konsert Prelude. Saya mahu melihat Leez AF4 naik ke atas pentas menerima trofi untuk kategori ini.

I. Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. In-Team
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan

Pilihan SM : Rabbani
Pilihan Pengundi : Rabbani
Pemenang : Rabbani

Kumpulan yang paling ramai ahlinya sudah pasti mempunyai kelompok peminat yang paling besar. Rabbani hampir pasti membawa pulang trofi kategori ini. Pilihan saya masih berpihak kepada Rabbani.

J. Penyanyi Lelaki Popular
1. Amy Search
2. Awie
3. Faizal AF4
4. Mawi
5. M Nasir

Pilihan SM : Mawi
Pilihan Pengundi : Mawi
Pemenang : Mawi

Siapa lagi kalau bukan Mawi. Pilihan saya masih Mawi. Empat penyanyi lelaki yang tersenarai masih belum boleh menggugat populariti Mawi, baik tiga penyanyi lama mahu pun seorang penyanyi baru.

K. Penyanyi Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Dayang Nurfaizah
3. Jaclyn Victor
4. Misha Omar
5. Siti Nurhaliza

Pilihan SM : Siti Nurhaliza
Pilihan Pengundi : Siti Nurhaliza
Pemenang : Siti Nurhaliza

Pilihan saya sudah pasti berpihak kepada Siti Nurhaliza, tanpa was-was. Walaupun sudah mendirikan rumahtangga, kehebatan penyanyi tersohor ini masih belum mampu digugat oleh artis wanita lain. Baik dari cerita Biarlah Rahsianya, sehinggalah membawa kepada Perkahwinan Tahun Ini namanya masih segar di bibir peminat. Mereka sentiasa mengekorinya untuk mendapatkan berita-berita yang sensasi. Pilihan saya ialah Dato’ Siti Nurhaliza yang akan membawa pulang trofi ini untuk kali kesembilan berturut-turut.

L. Artis Berkumpulan / Duo Popular
1. Jamal & Mawi
2. KRU
3. Nikki & Zahid
4. Spider
5. V.E

Pilihan SM : Nikki/Zahid
Pilihan Pengundi : Spider
Pemenang : Jamal/Mawi

Seperti Anugerah ERA yang baru lepas, saya agak yakin untuk menerima kemenangan Nikki/Zahid dalam kategori ini. Mungkin juga akan berbeza tetapi pengaruh lagu Caramu agak kukuh berbanding penyanyi lain. Tetapi harus diingat, kategori ini bertanding bersama kumpulan muzik seperti Spider, VE dan KRU. Antara Spider dan Nikki/Zahid, saya pilih Nikki/Zahid.

M. Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Farid Kamil
3. Que Haidar
4. Rosyam Nor
5. Saiful Apek

Pilihan SM : Afdlin Shauki
Pilihan Pengundi : Saiful Apek
Pemenang : Saiful Apek

Seperti Artis Komedi Lelaki, kategori ini juga merupakan saingan antara dua pelakon tersebut. Dengan agak yakin, populariti Cicak Man yang masih unggul, Saiful Apek akan membawa pulang trofi kategori ini. Bukan menidakkan populariti Rosyam Nor yang selama ini sememangnya boleh diiktiraf sebagai antara pelakon lelaki terbaik yang ada di Malaysia, tetapi anugerah ini adalah anugerah populariti. Afdlin Shauki yang telah diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik juga belum cukup kuat untuk menghalang penguasaan Saiful Apek. Satu kekurangan yang boleh membuatkan Saiful Apek gagal kali ini adalah kehilangan misterinya.

N. Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha
3. Nasha Aziz
4. Rita Rudaini
5. Umie Aida

Pilihan SM : Fasha Sandha
Pilihan Pengundi : Fasha Sandha
Pemenang : Fasha Sandha

Berbekalkan filem-filem yang meletup sepanjang tahun lepas, Fasha Sandha dilihat mempunyai peluang yang besar untuk menang kategori ini. Filem Nana Tanjung, Cinta dan Cicak Man sudah cukup besar sebagai taruhan Fasha Sandha menang kategori ini. Sudah sampai masanya beliau dinobatkan sebagai Ratu Filem Malaysia.

O. Pelakon TV Lelaki Popular
1. Ako Mustapha
2. Arash Mohamad
3. Fahrin Ahmad
4. Rosyam Nor
5. Zed Zaidi

Pilihan SM : Fahrin Ahmad
Pilihan Pengundi : Fahrin Ahmad
Pemenang : Rosyam Nor

Mungkin sudah sampai masanya Fahrin Ahmad mengungguli kategori ini. Sebabnya mudah sahaja. Gossip yang melanda dirinya bersama Linda Onn bakal memberikan tuah untuknya. Arash Mohamad telah berjaya menggunakan populariti Seputih Qaseh Ramadhan sebagai taruhannya untuk kategori ini. Drama bersiri itu telah berjaya menaikkan namanya. Rosyam Nor mungkin popular kerana muncul dalam banyak drama terutamanya pada musim Raya tahun lepas, tetapi dramanya masih tidak melekat kuat di hati penonton. Tahun ini rasanya merupakan tahun Fahrin Ahmad. Itu pilihan saya.

P. Pelakon TV Wanita Popular
1. Abby Abadi
2. Eja
3. Fasha Sandha
4. Rita Rudaini
5. Sheila Rusly

Pilihan SM : Fasha Sandha
Pilihan Pengundi : Fasha Sandha
Pemenang : Fasha Sandha

Nampak gayanya ada kemungkinan Fasha Sandha membolot kategori ini. Baik di TV mahu pun di filem, Fasha Sandha merupakan jaguh populariti. Pengaruh drama bersiri Natasha juga tidak kurang hebatnya. Eja berjaya mengecap populariti bersama drama bersiri Seputih Qaseh Ramadhan. Ia merupakan antara drama yang terbaik pada tahun lepas. Ia terlekat pada hati penonton. Pilihan saya ialah Fasha Sandha untuk kategori ini.

Q. Bintang Paling Popular

Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza, Mawi, Siti Nurhaliza…….MAWI !

Persembahan Pilihan
Jaclyn Victor & Misha Omar - Cinta
VE Amy Search – Rozana
Siti Nurhaliza - Destinasi Cinta
Aishah - Janji Manismu
Ziana Zain - Angapanmu
Khafi – Fantasi Cinta
Fazli Zainal – Hijau
Ning Baizura, Nikki, Noryn, Dayang Nurfaizah - Diamonds Are Forever
Ramlah Ram, Farawahida, Musli Ramlee - Inang Baru - Penarik Beca
Azfar – Mentera Semerah Padi
Mawi – Aduh Saleha
Otai Rocker : Rahim Maarof, Awie & Hattan - Musibah

Entri oleh sultanmuzaffar 30 January 2007 View Comments


Qabil Khushry Qabil Igam

Terkini 1:36 petang

Berdasarkan panggilan telefon yang telah diterima dari saudari Zieman sendiri sebentar tadi, beliau telah menyatakan bahawa setiap butir yang terkandung dalam artikel beliau yang disiarkan di laman web MStar adalah berdasarkan wawancara beliau bersama beberapa nama besar dalam industri. Ini termasuklah A.Wahid Nasir, Mansor Puteh, Fauziah Nawi, pengarah filem itu sendiri, Zailan dan juga penerbit filem tersebut iaitu Azlina Pa Wan. Bukan itu sahaja beliau turut mewawancara pelakon filem tersebut iaitu Hans Issac, Erra Fazira.

Segala idea yang ditulis yang dilihat ada persamaan adalah secara kebetulan sahaja. Kata orang, “great minds think alike”. Lagipun industri seni Malaysia tidak besar, pusing balik kita akan wawancara orang yang sama. Maka tidak mustahil idea-idea tersebut berpusing dalam ruang yang sama sahaja.

Jawapannya kini sudah ada di depan mata kita. Berani kerana benar. Dan saya kagum dengan keberaniannya untuk menyatakan kebenaran. Saya juga ingin melahirkan rasa kesal kerana cuba membongkar, bukan untuk kepuasan diri sendiri tapi sekadar menyatakan sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama pembaca saya, jika masalah ini benar-benar berlaku dalam dunia penulisan Malaysia. Terima kasih.

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Berangan-Angan (Eureka Part II)

Sejujurnya, saya telah ditawarkan untuk memberanikan diri untuk satu lagi jawatan baru. Saya tidak terus kata ya. Saya tanya kepada beberapa orang. Persekitarannya masih sama. Cuma tanggungjawabnya lebih besar. Bukan saya tidak suka dengan persekitaran sekarang. Saya selesa dengan persekitaran sekarang yang lebih kepada dunia televisyen. Bidang teknologi dalam televisyen juga berkembang pesat sejak akhir-akhir ini dan saya harus terus berlari dan bukannya bertatih. Seperti cepatnya teknologi maklumat mengalir, teknologi televisyen sama juga.

Saya sebenarnya puas di sini. Buat sesuatu yang baru. Terus terang saya tidak terlibat dengan sebarang produksi. Apa saja yang terpancar di skrin televisyen anda adalah milik penerbit. Saya tidak terlibat langsung. Ya, mungkin ada sekali-sekala buah fikiran rakan-rakan sepasukan turut diminta untuk mendapatkan pandangan kedua. Untuk saya memilih apa yang perlu disiarkan, bukan bidang tugas saya.

Berbalik kepada cerita asal, saya kini dilanda penyakit angan-angan. Mungkin agaknya tugas baru itu lebih dekat dengan hati saya, maka saya terbawa-bawanya sampai ke tidur. Dalam kepala saya telah mula merancang jalan-jalan yang akan dibina, dalam telinga saya telah mula menangkap idea-idea baru yang akan dipraktikkan, dalam mata saya telah mula membayangkan kejayaan dan dalam lidah saya telah mula merasa hasilnya. Itulah antara angan-angan saya sepanjang hari.

Sesekali saya akan menghubungi sidekick saya. Sidekick saya ini pun merupakan sidekick yang masih dalam perancangan. Lucunya, dia pun berangan-angan perkara yang sama. Kata DK (orang yang benar-benar mahu melihat saya mendapat tugas baru tersebut), itu maknanya saya punya minat yang benar-benar mendalam untuk tugas baru tersebut. Walaupun dua-dua masih belum terjamin tempat untuk tugas baru tersebut.

Saya agak yakin, jika sidekick saya ini dan saya sendiri berjaya; kami pasti mahu melakukan sesuatu yang terbaik demi industri. Saya harus banyak bergantung harapan dengan pengalaman luas yang ada pada sidekick saya itu. Sudah 13 tahun beliau bergelumang dengan dunia ini sedangkan saya masih terlalu baru.

Pengalaman kami saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Dia guru dalam dunia hiburan, saya tahu tentang dunia teknologi maklumat. Jika digabungkan, kuasa tarikannya pasti luar-biasa. Itu yang saya harapkan.

Saya kata saya telah jumpa apa yang saya mahu. Walaupun teknologinya sedikit melangkah ke belakang berbanding dengan teknologi media baru yang sedang saya usahakan sekarang, saya pasti ini rumah saya. Cuma ada beberapa kemahiran yang perlu saya tingkatkan lagi. Kata AZ, budak tu tak boleh bercakap dengan baik, dia boleh tulis email yang baik tapi tak boleh jadi pengerusi mesyuarat! Saya akui ada benarnya !

Dulu EI pernah beri nasihat kepada saya, agar robohkan tembok yang mengelilingi diri sendiri. Tembok itu terlalu tebal. Tembok itu boleh runtuh tapi perlukan masa. Bukan senang untuk kenal siapa orang-orang di sekeliling kita yang memakai pelbagai rupa bentuk topeng. Masa masih saya perlukan untuk mengenali topeng-topeng di sekeliling saya.

Angan-angan saya belum pernah terhenti. Kata Waltz Disney, “If you can dream, you can do it !”. Saya lebih yakin dengan kata-kata beliau yang ini, “It's kind of fun to do the impossible!”

Eureka ! I found it ! 

Entri oleh sultanmuzaffar 29 January 2007 0 komen

Eureka

Eureka ('Eureka!', or 'Heureka'; Greek ηὕρηκα (later εὕρηκα); IPA: [ˈevrika] (modern Greek), /ˈheʷreːka/ (ancient Greek, both former and later forms), Anglicised as /juːˈriːkə/) is a famous exclamation attributed to Archimedes. He reportedly uttered the word when he suddenly understood that the volume of an irregular object could be calculated by finding the volume of water displaced when the object was submerged in water, subsequently leaping out of his bathtub and running through the streets of Syracuse naked. "Heureka" is the 1st person singular perfect indicative active of the Greek verb heuriskein, (Greek εὑρίσκειν) meaning "to find"; it means "I have found it!", or more accurately, "I am in a state of having found it". As a result, "Eureka!" has become an interjection which is used to celebrate a discovery (whether a major scientific truth or something as minor as the finding of a lost item). A "eureka step" is the step in a proof that cracks the problem and paves the way to the solution.

Apakah kini telah dibuka satu lagi jalan yang panjang untuk saya terus melangkah ? Setelah 3 kali tersiar, pelbagai usaha jahat dilakukan, namun ia tidak pernah berjaya. Sengaja membiarkan teka-teki ini tanpa jawapan.

Nota : Siapakah pengacara Prelude AIM pada tahun ini ? Syafinaz ! Bukan Sarimah. Harap-harap akhbar Tamil Nesan dapat ambil cerita ini kerana circulationnya lebih besar.

Entri oleh sultanmuzaffar 24 January 2007 0 komen


Entri Nak Jumpa Diddy !!!

Di Mana ? BOOK BINDERS
Lokasi Sebenar ? Bangsar Shopping Centre, Bangsar
Bila ? 28 Januari 2007, Ahad
Jam Berapa ? Pukul 3 hingga 5 petang
Buat Apa ? Beli Kalendar Diddy


Entri oleh sultanmuzaffar 21 January 2007 0 komen

Anugerah Juara Lagu 21 : Kunci Kebebasan

Tahun ini merupakan tahun ke 21 Anugerah Juara Lagu diadakan. Orang kata tahun ke 21 merupakan tahun untuk mendapat kunci kebebasan. Akan bebaskah AJL21 dari sebarang kontroversi ? Belum pasti.

Dengan tema Rentak Kita Rentak Dunia, saya lebih mengharapkan satu kejutan kebebasan pada tahun ini. Dibarisi senarai artis yang hebat bertanding pada kali ini, pastinya AJL21 menjanjikan kelainan.

Kalau Merdeka, Kalau Dijajah

Etnik Kreatif & Irama Malaysia
Kalau Bebas : Warkah Buat Laila (Zahid/Ayob Ibrahim/Habsah Hassan)
Lagu Warkah Buat Laila bukan lagu yang popular. Sukar untuk stesen radio menerima lagu ini, baik ERA mahupun HotFM. Sama saja. Kredibiliti lagu ini telah diuji baik di peringkat dalam negara, mahu pun di peringkat antarabangsa. Lulus dengan cemerlang untuk kedua-duanya. Oleh itu, agak sukar untuk menidakkan peluang lagu ini dalam majlis anugerah muzik yang dianggap berprestij di Malaysia. Kalau ada pun lagu kedua yang terbaik dalam kategori ini ialah lagu Hantaran Hati (Bob/Aspalela Abdullah/Nik Nizam/Rosminah Tahir), sayangnya kedua-dua lagu tersebut dibawakan oleh bintang Akademi Fantasia.

Kalau Dijajah : Zapin Cinta SMS (Senario/Adibah Noor/Anuar Dahlan)
Zapin Cinta SMS punya peluang yang besar jika penganjur masih dijajah. Kemasukan lagu ini ke peringkat akhir AJL21 juga telah lama dipertikaikan. Lagipun dibawakan oleh artis mereka. Jika bukan mereka menaikkan artis mereka, siapa lagi?

Balada
Kalau Bebas : Terlalu Istimewa (Adibah Noor/Azlan Abu Hassan/Adibah Noor)
Saya anggap lagu ini merupakan lagu terbaik pada malam ini. Lagu ini punya cerita yang besar. Setelah gagal di AIM, Terlalu Istimewa perlu menang di AJL21. Ia penting untuk membuka mata khalayak muzik Malaysia akan kewujudan Adibah Noor dalam industri ini.

Kalau Dijajah : Terlalu Istimewa (Adibah Noor/Azlan Abu Hassan/Adibah Noor)
Lagu ini terpilih semata-mata untuk menyekat peluang juara kategori yang lain dari menang Juara Lagu. Jika lagu ini menang kategori ini, peluangnya untuk menang Juara Lagu besar kerana perlu untuk menyekat Zahid atau Mawi dari menang.

Pop Rock
Kalau Bebas : Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi/M.Nasir/M.Nasir/Loloq)/ Juwita Citra Terindah (M.Nasir)
Mawi/M.Nasir ? Tidak mustahil. Atau mungkin juga M.Nasir bolot semua dengan lagu Juwita Citra Terindah. Saya lebih gemarkan Lagu Jiwa Lagu Cinta berbanding Juwita Citra Terindah.

Kalau Dijajah : Tak Tercapai Akalmu (Elyana/Aidit Alfian/Ad Samad)
Untuk melonjakkan lagi nama Elyana demi Dunia Baru, tidak mustahil kemenangan akan berpihak kepadanya. Sejak berjaya meneruskan kemaraannya ke AJL21, banyak cerita-cerita buruk tentang Elyana terpapar di dada akhbar. Memang benar apa yang telah diucapkan. Sesuatu harus dilakukan untuk menaikkan kembali nama Elyana demi sebuah drama bersiri.

Pilihan saya untuk Anugerah Juara Lagu kali ini ialah Warkah Buat Laila. Kalau ada saingan pun pasti ianya datang dari Terlalu Istimewa. Kalau antara dua lagu ini menang, saya tutup mulut. Ini berdasarkan pemerhatian saya sebelum menonton persembahan secara langsung malam ini. Mana tahu kalau-kalau ada artis yang buat kejutan malam ini dengan persembahan yang betul-betul bertaraf dunia. Rentak Kita Rentak Dunia !

Dalam perkembangan lain, Sarimah Ibrahim telah diberikan kata dua oleh sebuah konglomerat media yang menjadi saingan Astro. Beliau kini dalam dilema, sama ada untuk terus bersama Fail Sulit AF di Astro RIA atau pun Galaksi di TV9. Sila bantu Sarimah membuat pilihan di sini dan poll di atas blog ini.

Pasca Anugerah Juara Lagu 21 [kemaskini 1.36 pagi]
Juara Lagu 21 : Terlalu Istimewa (Azlan Abu Hassan/Adibah Noor)
Juara Balada : Terlalu Istimewa (Azlan Abu Hassan/Adibah Noor)
Juara Pop Rock : Juwita Citra Terindah (M.Nasir)
Juara Etnik Kreatif : Warkah Buat Laila (Ayob Ibrahim/Habsah Hassan/Zahid)
Persembahan Vokal Terbaik : Adibah Noor (Terlalu Istimewa)
Persembahan Terbaik : Hazami (Mungkir Bahagia)

Saya puas hati ! Maka saya tutup mulut !

Entri oleh sultanmuzaffar 19 January 2007 0 komen

Hati-Hati Memblog

Image Hosted by ImageShack.us

Bloggers United : No Fear (Versi Halal)

Saya pernah hampir disaman oleh sebuah gergasi telekomunikasi satelit yang popular di Malaysia angkara satu artikel dalam blog ini pada tahun 2003. Tapi hari ini suasana itu sungguh berbeza. Saya menjadi salah seorang anggota yang menggerakkan gergasi tersebut. Artikel tersebut benar-benar mengajar saya agar lebih berhati-hati apabila memblog. Sesiapa sahaja yang bersama saya pada tahun tersebut tentunya masih mengingati gelombang penyokong yang tidak putus-putus memberikan sokongan. Bila difikirkan semula, memang melucukan. Itulah antara kenangan yang masih saya simpan dalam mengharungi hari-hari menyiapkan blog untuk tatapan anda semua.

Kalau apa yang kita perkatakan itu benar, mengapa perlu takut. Saya pilih jalan penyelesaian yang kini menguntungkan kedua-dua belah pihak. Saya juga pernah diwawancara berkenaan dengan topik yang sama oleh Mstar pada satu masa dulu. Separuh dari artikelnya hanya boleh diperolehi di sini.

Hari ini, satu dunia melihat ke arah kita. Malaysia Boleh ! Dua blogger ulung yang paling popular di Malaysia iaitu Jeff Ooi & Rocky telah disaman ! Dunia media baru (new media) Malaysia seharusnya berkabung menerima berita buruk ini. Ia merupakan satu batu tanda kepada kemajuan teknologi yang cuba dikongkong agar maklumat-maklumat telus sampai kepada pengguna internet dan masyarakat.

Apakah ini jalan dan liku yang harus saya tempuh untuk melaksanakan tugas di New Media Planning di hari-hari yang mendatang ? Harapan saya agar dipermudahkan laluan tersebut walaupun cabaran tetap akan menerjah. Satu-satu saya tepis, InsyaAllah !

Kenyataan Rasmi dari Bloggers United [kemaskini 7.09 malam]

This is the official statement of Bloggers United. This statement is jointly drafted by Susan Loone and Sheih of Kickdefella. All those who believe in justice and right to free speech, please sign on and put this up in your blogs. Spread it around; let it grow far and wide. The fight is on! See also Susan Loone.

BLOGGERS UNITED CONDEMN ACTION AGAINST ROCKY & JEFF & DEMAND LEVEL PLAYING FIELD in ALL ACTION AGAINST BLOGGERS

We, Malaysian bloggers, we, who believe in justice and right to free speech, we, who endorse the Bloggers United movement, unanimously condemn the action taken by media conglomerate NST against bloggers Rocky Bru and Jeff Ooi. The action by the newspaper against the duo is an action against all bloggers who believe in their right to free speech, freedom of expression and justice.

The recent event may seem like a grave development in the path of bloggers, but it can never and must never impede or stop us from defending our right to speak, to express, to write and to tell the truth, to be the watchdog, eyes and ears of the people, or simply to share our view, and give fair comment on any subject which involves and affects us as humans, as rightful citizens of this country.

The recent event may very well give the government owned media the opportunity to dictate the so-called ‘truth” but such actions only prove that bloggers must unite, continue to uphold the right to free speech and freedom of expression, fight for justice, even if it is not our own, be more alert, committed to the cause of free speech, relentless and persistence in the face of such persecution like the one which had befallen on the two of us.

What YOU do to any of US, is what YOU do to ALL.

As responsible bloggers, we demand and claim our space on the blogosphere for free and fair comment, where important national issues and prominent personalities are discussed.

Although it may seem as if the NSTP defamation suits will have a chilling effect on freedom of bloggers, as litigation can be expensive and may jeorpadise a blogger’s economic position, we will not be cowed or silenced by those who have no regard for free speech.

If you find our post offensive, you may refute us with correct facts and figures and fair comment, in the spirit of free speech.

The first two cases will have grave impact not only on the internet, but country as a whole as the country celebrates VMY2007. The healthy, mature and democratic growth for free speech and expression in our midst is at stake. The reputation of the nation as it strives to promote our multimedia supercorridor and love for IT will be a national joke for all the world to feast on.

We demand for a level playing field in all action meted out to bloggers and in particular in the defamation proceedings particularly in terms of financial resources and capabilities, and secondly, that the legal rights of bloggers et al are properly protected in keeping with the imperatives of an information society and knowledge economy which Malaysia aspires to become.

For further information, please contact blogger susan loone at susanloone@gmail.com and sheih at kickdefella@yahoo.com

Nota : Mana Ramalan Anuguerah Juara Lagu 21 ? Saya terlupa. Sibuk sangat. Oleh kerana temanya Rentak Kita Rentak Dunia, maka saya pilih lagu Warkah Buat Laila menang tahun ini.

Entri oleh sultanmuzaffar 14 January 2007 0 komen

Dari Isi Hati Dan Pandangan Seorang Best Man

Image Hosted by ImageShack.us

dari lensa seorang best man

Peluang ini tidak datang sekali. Peluang ini telah datang berkali-kali tetapi aku tidak pernah menganggap ianya sebagai satu beban tetapi ianya lebih kepada satu penghargaan. Lebih-lebih lagi bila ianya datang dari seorang sahabat yang mempunyai minat yang sama dan begitu mendalam terhadap muzik, teater. Semuanya bermula dengan Milah (YDP 97/98) dan peluang itu datang lagi untuk Black (YDP 98/99). YDP 96/97 je yang belum lagi. YDP 95/96 nikah masa aku kanak-kanak lagi. hahahaha

Image Hosted by ImageShack.us

singgahsana KL tiang tak tebal so pengapit nampak jelas dari bawah. Rozi x-boss aku pun sibuk nak ambik gambaq

Black & Sab, Terima kasih yang tidak terhingga atas kenangan paling indah untuk terlibat dari saat pertama pernikahan kalian, majlis persandingan di Kuala Lumpur hinggalah ke majlis sambut menantu di Pulau Pinang. Sab, you are such a very strong person ! Kalau aku lah yang kena berhadapan dengan situasi itu, aku rasa aku pun dah teriak ! Black, aku nampak hang relax je handle the whole situation. Ya lah ! Kalau hang boleh jinakkan Pak Arab kat Dubai, setakat semalam tu apalah sangat !

Image Hosted by ImageShack.us

singgahsana Penang tiangnya tebal, pengapit kena sabotaj !

Walaupun minggu persandingan di Kuala Lumpur merupakan minggu yang agak memenatkan kerana beberapa program Raja Lawak Astro, aku harap semua kerja-kerja yang telah aku berikan adalah memuaskan dan tiada cacat cela. Semalam majlis di Pulau Pinang punya cerita yang berbeza kerana aku tinggalkan ujibakat Akademi Fantasia 5. Antara AF5 dan hang, hang lebih penting tau !

Kalau hang nak tau, aku blog malam ini sambil diiringi dengan lagu Izinkan...Saat Sab melangkah menuju ke arah hang yang tengah menyanyi lagu tu (SATU ! sebutan kena betul. Satu bukan sathu), aku dah cering bulu roma dah time tu. Mujurlah Pak Wan datang mengacau dan potong cepat-cepat mood tu dari datang. Kalau tak, well you know me kan !

Image Hosted by ImageShack.us
ihsan Digital Syndicate

Izinkan
Lagu/lirik: Azli Mohamed

Ku cuba berlari di celah pelangi
Makin ku berlari makin ku pasti
Yang kucari kutemui

Mungkinkah ini
Hanya mainan mimpi
Mungkin ini kisah pasti
Ku tak mahu berakhir

Kau adalah ketemuan yang tak ku sangka
Kau adalah kebetulan yang terindah
Tawa bisa jadi cinta

Mungkin memang
Kuasa Tuhan
Mungkin memang kau di hati
Ku jatuh cinta lagi

Ingin aku genggam tanganmu
Agar bisa kau dengar isi hatiku
Ingin aku beri semua
cerita cinta dalam dunia

Hanya satu yang ku mahu
Hanya satu oh darimu
Izinkan aku, izin diriku
Cintai dan memujamu
Izinkan aku, izin diriku
Cintaimu oh selalu

Janji aku pada hang & Sab, InsyaAllah aku akan jejakkan kaki aku ke Dubai satu hari nanti, kalau tak tahun ini mungkin tahun depan. Tapi bulan tak tau lagi. Mahu nya tak terlioq tengok gambar-gambar dari Duta Perlancongan Dubai dalam video presentation ! I will ! I will ! InsyaAllah...

For both of you, izinkan aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Enjoy your honeymoon dan Selamat Pulang ke Dubai. (balik awal sikit, Mat 10 takde kawan YM tu. jangan biarkan Mat 10 tanpa kawan YM. dia boleh dilanda trauma)

Untuk foto, sila klik http://digitalsyndicate.fotopages.com/

Entri oleh sultanmuzaffar 08 January 2007 0 komen

Filem Terbaik 2006 ?

Artikel di
Bangkok Post menyenaraikan Mukhsin sebagai salah sebuah Filem Terbaik sepanjang tahun 2006 dalam kategori filem yang masih belum ditayangkan. Hebat ! Orang luar sudah mula mengiktirafkan hasil kerja anak Malaysia, walaupun dalam masa yang sama ada rakyat Malaysia yang belum berpeluang untuk menonton filem tersebut tetapi punya usaha untuk mencerca filem tersebut di Forum Utusan Malaysia. Penyertaan ini boleh saya sifatkan sebagai satu langkah kanan untuk tahun 2007.

Tahun Melawat Malaysia 2007 vs VMY 2007 ?

Kenapa bukan TMM 2007 ? Mungkin lebih mudah diingati oleh pelancong asing agaknya. Ketepikan soal bahasa, saya sebenarnya merasa sedikit kurang selesa dengan kesesakan jalanraya yang telah tercipta angkara VMY 2007 ini. Jalan yang biasanya aman menjadi sesak, tasik yang biasanya damai menjadi serabut dengan lautan manusia. Semuanya ingin menjadi antara yang pertama mencuba Eye On Malaysia. Jalan sekitar Tasik Titiwangsa seperti Jalan Pahang (jalan keluar masuk saya ke KLCC) dan Jalan Tun Razak tepi Istana Budaya (juga jalan keluar masuk saya ke KLCC dan Astro) sesak teruk lebih-lebih lagi hari Sabtu dan Ahad. Satu kekurangan besar di kawasan itu ialah kurangnya tempat letak kereta. Kalau ada pun di kawasan berhampiran Istana Budaya dan Balai Seni Lukis Negara. Bayangkan jika ada pementasan pada waktu malam, sudah pasti akan menjadi kesulitan pula kepada khalayak teater dan seni.

Screenshots, Lensa Malaysia & TVSmith Duasen

Terkini Ujibakat Akademi Fantasia 5

Sila pastikan lokasi ujibakat kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Ujibakat AF5 tahun ini.

ASTRO, Bukit Jalil - 13 dan14 Januari 2007
Selesa Hotel Johor Bahru – 20 & 21 Januari 2007
Grand Continental Alor Setar – 20 & 21 Januari 2007
Merdeka Palace Kuching – 27 & 28 Januari 2007
Berjaya Palace Kota Kinabalu – 25,26,27 & 28 Januari 2007
ASTRO, Bukit Jalil – 3 & 4 Februari 2007

Entri oleh sultanmuzaffar 02 January 2007 0 komen

Dear 6,426,446,260 Rest of the World (and counting),

sultanmuzaffar, wants me to tell you about my country Malaysia has been called The Best Kept Secret in Asia – find out why when you experience the wonders and delights of this amazing country of people and culture now...

This tropical paradise consists of Peninsular Malaysia and the two states of Sabah and Sarawak on Borneo. Climate is warm and humid and temperatures range from 21C to 32C.
Saya pernah ke Sabah. Tidak berpeluang untuk ke kaki Gunung Kinabalu. Sekadar bersantai di bandar Kota Kinabalu. Cuaca di Malaysia boleh saya sifatkan yang terbaik lebih-lebih lagi di musim hujan seperti bulan Disember. Terlalu sejuk macam UK atau US boleh membekukan. Saya tidak gemar cuaca sedemikian.
Come enjoy everything you ever dreamed of - You'll marvel at Malaysia's natural beauty - some of our hill resorts and beaches are the best in the world. See ancient rainforests flourish while skyscrapers reach for the stratosphere and discover quaint villages thriving next to bustling cities.
Saya paling suka Pulau Tioman dan Pulau Redang. Tidak pernah dapat peluang ke Pulau Gemia. Saya terlepas percutian tersebut dan peluang bercuti bersama Sultan Mizan yang pada waktu itu merupakan Raja Muda Terengganu. Paling terbaru, saya merasa lebih aman di Pulau Besar, Johor kerana masih boleh menggunakan telefon bimbit untuk melayari internet. Tiga hari dua malam tanpa internet, boleh membuatkan saya macam cacing kepanasan.
Come and get to know us – a bustling, multiracial country with Bahasa Malaysia as our national language while English and Mandarin are widely spoken. Islam is the official religion and other religions are practised freely. You can see magnificent mosques, beautiful churches and temples, all round the corner from each other.

Malaysia is also known as a haven of food. Malay, Chinese, Indian, Western, fusion cuisine - you name it, we have it! Sample our variety of tropical fruits, and everyone must of course try the durian. What’s that? You’ll soon find out!
Makanan Malaysia adalah yang terbaik ! Saya paling suka makanan laut. Tinggal di persekitaran Pelabuhan Klang menjadikan saya seorang yang amat intip dengan makanan laut. Kadang-kadang muak makan makanan laut tetapi itulah yang paling sedap. Durian ? Lupakan saja. Melainkan jika durian itu dibuat pengat. Makan begitu sahaja, jarang sekali.
Malaysia boasts a well-planned infrastructure to make it easy to get around. Transportation is well managed and you can fly, take a train or bus. A wide range of accommodation from world-class hotels to medium and budget places is readily available.
Mungkin ! Buat masa ini, sila jauhkan diri anda dengan LCCT ! Sejak ada lebuhraya yang semakin baik, saya lebih senang menggunakan bas. Itupun jika sanggup membayar tol yang semakin naik. Sedar atau tidak, jika dari pandangan atas, plaza tol di lebuhraya akan kelihatan seperti ular sawa kekenyangan. Di bahagian yang besar, ular sawa sedang membaham duit rakyat.
To the avid shopper, Malaysia is paradise; from designer labels to made-in-Malaysia items. Department stores have a fixed price policy, but you can bargain at the night markets.
Yes ! Memang Malaysia syurga untuk yang gemar membeli-belah. Bukanlah jenis yang suka membeli-belah. Cukuplah sekadar sekali-sekala. Cuma, biarlah sekali itu cukup memuaskan.
Tahun ini saya teringin sekali menaiki The Eye on Malaysia, ferris wheel di tengah-tengah Kuala Lumpur berhampiran dengan Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya. Mahu juga merasai pengalaman melihat Kuala Lumpur dari sisi pandangan yang berbeza. Dari rumah saya, boleh dilihat sistem tersebut sedang diuji untuk pelancarannya 6 Januari ini. Tahun ini juga saya mahu menaiki SkyBridge di Twin Tower. Semasa menara berkembar itu masih bangunan tertinggi di dunia, saya tiada kesempatan untuk menaikinya. Harap-harap tahun ini terlaksana.

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, saya merasa ada wajarnya dijemput kembali Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang ke Istana Budaya. Sedang teater muzikal itu masih panas, wajar diberikan peluang kepada pelancong asing untuk merasai cinta yang telah dialih dari filem ke pentas. Kalendar Istana Budaya untuk tahun 2007 masih belum dilancarkan lagi. Tunggu saja.
Tahun ini saya mahu bekerja dan bekerja dan bekerja. Dalam hati saya, mahu membuktikan sesuatu. Tahun ini tahun kedua saya bersama Akademi Fantasia. AF4 adalah sebuah hasil yang boleh saya sifatkan suatu yang gagal. Harapnya bahana AF4 tidak berjangkit ke AF5. Tunggu saja sebarang pengumuman terkini berkenaan AF5 yang akan diuar-uarkan melalui internet. Inilah antara perubahan yang cuba dilakukan oleh AF5. Memberikan maklumat eksklusif kepada pelayar internet. Suara internet mula dipandang.

New Media membawa satu perubahan baru dalam teknologi penyiaran. Banyak aspek-aspek teknologi terkini yang akan diperkenalkan untuk manafaat penonton ataupun pelanggan. Saya masih memikirkan perancangan untuk Akademi Fantasia 5. Menaiktarafkan laman web sedia ada dengan perancangan-perancangan baru dan dalam waktu yang sama perlu merangka perancangan untuk laman web IKON. Masa, di mana !

nota sultanmuzaffar :
Malaysia at wikipedia
VMY2007 Domestic Holiday Packages
Virtual Malaysia portal

Entri oleh sultanmuzaffar 26 December 2006 0 komen

Ujibakat Akademi Fantasia Kembali Lagi !

Image Hosted by ImageShack.us

Sesi pengajian baru bakal bermula (walaupun aura masih lagi teguh). Pencarian bakat baru bakal dilaksanakan (walaupun bakat terdahulu masih lagi diingati). Kerana penawarnya masih belum ditemui. Inilah AF !

Jika anda teringin mengikut jejak bertuah Vince, Zahid, Mawi dan hmmmm..Faizal, inilah masanya untuk anda kembali ke akademi paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia !

Sesi Ujibakat Akademi Fantasia musim kelima (AF5) akan diadakan bertempat di :


ASTRO, Bukit Jalil - 13 dan14 Januari 2007
Selesa Hotel Johor Bahru – 20 & 21 Januari 2007
Grand Continental Alor Setar – 20 & 21 Januari 2007
Merdeka Palace Kuching – 27 & 28 Januari 2007
Berjaya Palace Kota Kinabalu – 25,26,27 & 28 Januari 2007
ASTRO, Bukit Jalil – 3 & 4 Februari 2007


Pendaftaran akan dibuka mulai
pukul 9 pagi hingga 1 tengahari.

Untuk pendaftaran awal, sila email ke :
tac(at)astro.com.my
atau hubungi TAC Team di talian
03-95436688 ext2539, ext2552 & ext2253

Sila bawa :
Foto terkini anda bersaiz 3R
Salinan Kad Pengenalan
Mestilah berumur 18 hingga 27 tahun pada 1 Januari 2007

Senarai Lagu Wajib


Lelaki
Diari Seorang Lelaki (Pretty Ugly)
Kian (Mawi)
Dealova (Once)
Lonely No More (Rob Thomas)

Perempuan
Teman Tapi Mesra (Ratu)
Biarlah Rahsia (Datuk Siti Nurhaliza)
Langit Ke Tujuh (Sharifah Zarina)
Because Of You (Kelly Clarkson)

Jangan berlengah lagi. Inilah peluang TERAKHIR anda ke Akademi Fantasia !

Nota sultanmuzaffar : Media dah mula kecoh tentang siapa Pengacara Akademi Fantasia 5. Esok-esok media akan kecoh pula tentang siapa Pengetua baru AF5. Buat masa ini, apakah Aznil Nawawi masih menjadi pilihan AF ? Sudah 4 musim kita dihiburkan dengan jenaka dan tangis Aznil. Mungkin ada pilihan yang baru untuk diketengahkan atau masih mengekalkan yang lama.

Dah Demam ? Dah Jatuh Hati ? Bahana ? adalah antara tagline pengenalan AF musim-musim lepas. Bahana memang menjadi bahana kepada AF4. Dah Demam AF2 adalah yang paling berkesan. Dah Jatuh Hati AF3 buat satu Malaysia tergila-gilakan Mawi ! Siapa yang tidak ? Apakah agaknya tema yang sesuai untuk AF5 ? Sekadar memberikan contoh, Sudah-Sudahlah AF, Cukup Di Sini AF, Dah Bosan AF ? atau Aura AF ? Tanpa AFTAGLINE atau AFHOS, secara percuma saya membuka ruangan ini untuk anda bincangkan.

Sila buat undian anda di Online Poll di atas untuk Pengacara AF5 pilihan anda.