Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 12 January 2004 0 komen

Konsert Akademi Fantasia
UITM Shah Alam
10 Januari 2004

AF@UITMPertama kali saya menjejakkan kaki ke Stadium UITM Shah Alam untuk menonton Konsert Akademi Fantasia. Saya tiba bersama rakan sekitar jam 7.45 malam. Menunggu rakan lain di luar pintu masuk untuk mendapatkan tiket daripada beliau. Rakan saya beli tiket RM30. Rakan saya menukar fikiran kerana tidak mahu mengotorkan kasutnya dengan lumpur di tengah padang yang macam sawah.

Masuk dalam stadium saya kecewa melihatkan kedudukan pentas yang amat jauh dari grandstand. Pembeli tiket grandstand yang beharga RM30 seakan-akan dianaktirikan oleh penganjur. Sepatutnya kedudukan pentas mestilah di hadapan penonton grandstand lebih-lebih lagi dengan kehadiran tetamu VIP. Mujur tetamu VIP ada panel televisyen. Dari jauh saya tidak dapat mengambil apa-apa gambar. Saya tidak sanggup untuk meredah lumpur di tengah sawah itu.

Persembahan pembukaan dari tuan rumah iaitu UITM agak biasa sahaja. Tiada keistimewaan yang ditonjolkan. Sepatutnya UITM boleh menggunakan masa tersebut untuk mempromosikan kumpulan tarian mereka yang hebat bukan setakat di peringkat Malaysia bahkan peringkat antarabangsa. Hanya persembahan Mirwana sahaja yang boleh dibanggakan. Kumpulan ini mempunyai mutu vokal yang amat baik dan kombinasi mereka amat harmoni. Yang masih saya tidak faham memikirkan sama ada kumpulan ini adalah kumpulan nasyid atau pun kumpulan R&B. Mungkin juga nasyid moden.

Secara keseluruhan, mutu audio untuk persembahan ini agak biasa. Taraf-taraf fun-fair. Rekaan pentas yang berada di tepi kanan dan bukannya di tengah-tengah padang amat mengecewakan. Sekurang-kurangnya dengan kedudukan pentas di tengah padang dapat mengelakkan penonton RM7 dari meredah lumpur di tengah padang dan sekaligus kualiti padang dapat diselamatkan.

AF@UITMLagu tema Everest Kita Di Puncak Dunia dinyanyikan oleh Prof Madya Khairil Johari Johar yang juga pensyarah di Fakulti Seni Persembahan di UITM. Sebuah lagu yang baik dan mempunyai melodi yang menyuntik semangat pendaki.

Malam itu hanya lapan orang bintang Akademi Fantasia yang muncul di UITM. Mereka ialah Adifashla, Azza, Burn, Sahri, Nana, Nija, Khai dan Rosma. Persembahan tersebut dihoskan oleh Aznil Hj Nawawi. Persembahan pembukaan dari Akademi Fantasia dimulakan dengan lagu Malam Kenangan. Lagu yang pernah dinyanyikan di Anugerah ERA dan Konsert AF di Brunei. Yang menarik tentang persembahan Malam Kenangan itu tentunya rambut palsu yang dipakai. Saya tonton persembahan mereka di Brunei melalui video camera kepunyaan Adi dan mengaitkan persembahan di UITM. Tidak banyak beza dan saya lebih puas menonton mereka secara langsung. Di Anugerah ERA persembahan mereka dibayangi dengan kemunculan penyampai-penyampai ERA tetapi di UITM mereka hanya muncul seramai lapan orang sahaja. Lebih puas !

Burn menyanyikan lagu Permata. Koreograf tariannya sama seperti Konsert 3. Burn patut menvariasikan lagu koreograf tariannya kerana susuk tubuh Burn yang sasa amat sesuai sebagai penari. Posture yang baik untuk menjadi seorang penari yang bagus. Mutu vokal beliau juga bertambah baik terutama bahagian falsetto yang menjadi kekuatan utama Burn.

Azza mengambil tempat Burn dengan menyanyi lagu Pertemuan. Saya tabik pada Azza. Ini kali pertama saya merasakan suaranya kena dengan lagu yang diberikan. Lagu yang dipilih adakalanya memainkan peranan yang penting untuk menyedapkan mutu vokal sedia ada. Koreograf tariannya juga agak baik dan Azza kelihatan tidak mengah di pentas. Beliau mempunyai stamina yang baik untuk beraksi lagu rancak tersebut. Interaksi beliau dengan penonton juga amat memadai dan beliau kelihatan manja di pentas. Yang boleh saya katakan ialah lagu Pertemuan amat sesuai dengan vokal Azza dan lagu ini dapat menutup kelemahan Azza secara tidak langsung.

Sahri mendendangkan lagu Di Sudut Kamar Hatiku. Sebuah persembahan yang baik. Karisma beliau sebagai penyanyi terserlah dalam persembahan ini. Penonton menunggu beliau menghabiskan korus tinggi dengan sabar dan penuh suspen. Walaupun ada sedikit kesilapan di bahagian korus tetapi penonton memberikan reaksi positif dengan persembahan Sahri. Nana dan I Will Survive seakan sudah sebati. Lagu tema Nana ini amat sesuai dengan vokalnya dan Nana bijak berinteraksi dengan penonton. Showmanship Nana juga semakin baik dari hari ke hari.

AF@UITMSeketika kemudian, Nija dan Nana berduet dengan lagu Can’t Fight The Moonlight. Persembahan duet ini juga agak baik walaupun banyak didominasikan oleh Nana. Namun demikian ia merupakan sebuah persembahan yang mantap. Persembahan Akademi Fantasia dihentikan sebelum VE dan Ruffedge mengambil alih pentas dengan persembahan first class mereka. VE dan Ruffedge mempertaruhkan mutu vokal mereka untuk memberikan sebuah persembahan yang terbaik. Saya kira mutu vokal mereka tiada tandingan. Lagu Ayu, Khayalan dan beberapa lagu baru dinyanyikan dengan penuh selamba tetapi dengan penuh bertenaga.

Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara amat cemerlang. Beliau seakan sudah terlalu sinonim dengan bintang Akademi Fantasia. Saban hari bersama mereka dan tentunya Aznil kenal mereka luar dan dalam. Jenaka dan lawak spontan Aznil kena dengan bintang-bintang tersebut. Burn kena Abu Bakar Ellah, Rosma dengan cincin tunangnya, Nana dengan isu kerasnya serta beberapa lagi.

AF@UITM Foto oleh Nazli

Kemunculan Adifashla dengan lagu Aku Cinta Kau Dan Dia juga baik. Heartthrob UITM ini muncul mendendangkan lagu tersebut versi Ahmad Dhani tetapi dengan susunan lagu yang baru. Jika digilap, Adifashla akan muncul sebagai seorang artis dengan imej rock walaupun pada awalnya Khai yang lebih selesa untuk muncul dengan imej rock. Interaksi beliau dengan penonton amat cemerlang. Penonton memberikan reaksi positif dan turut sama mendendangkan lagu tersebut bersama-samanya. Lagu yang terpilih di tempat ke 15 Carta 100 Terhangat di ERA dinyanyikan dengan penuh bersahaja oleh Adifashla. Beliau juga sudah sinonim dan selesa dengan lagu tersebut.

Burn muncul sekali lagi untuk mendendangkan lagu Rindu Bayangan. Namun demikian, kehadiran Aznil yang turut sama mendendangkan lagu tersebut sedikit sebanyak merosakkan persembahan Burn. Ini adalah kerana Burn mendendangkan lagu tersebut dengan style R&B dan Aznil masih mendendangkannya dengan style asal. Secara tidak langsung tiada harmoni pada suara duet mereka. Jika Aznil dapat menyanyikannya mengikut versi R&B tentu lebih menarik persembahan tersebut.

Rosma muncul menyanyikan lagu Nirmala. Karisma beliau sebagai penyanyi juga terserlah. Penonton ternanti-nanti beliau menghabiskan korus tinggi. Ada beza antara penyanyi yang berkarisma dengan penyanyi yang biasa. Contoh penyanyi yang mempunyai karisma yang tinggi sebagai penyanyi ialah Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Ziana Zain sekadar menyebut beberapa nama. Penyanyi-penyanyi ini apabila menghabiskan korus tinggi mereka penonton akan menanti dengan penuh sabar. Bahagian tinggi merupakan aset penting kepada penyanyi ini.

AF@UITMPenyanyi seperti Fauziah Latif juga merupakan penyanyi tetapi apabila penonton mendengar nyanyiannya, hanya sekadar mendengar dan penonton tidak terbawa-bawa dengan persembahannya. Penonton tidak mudah terpancing dengan corak persembahannya. Itulah yang ada pada Rosma. Penonton cepat terpancing dengan persembahannya. Vokalnya tidak wajar saya pertikaikan. Cemerlang tetapi jangan sampai menjadi klon Siti Nurhaliza. Rosma harus berani mencuba untuk membawakan lagu-lagu selain lagu Siti Nurhaliza. Beliau perlu lari dari imej Siti Nurhaliza.

Nija kemudian mendendangkan lagu Kenangan Pahit. Seperti biasa head-banging menjadi identiti lagu tersebut. Korus tinggi lagu tersebut agak biasa tetapi Nija telah membawakannya dengan caranya yang tersendiri. Kemunculan Khai memang ditunggu-tunggu oleh sebilangan besar penonton perempuan di Stadium UITM tersebut. Mereka sanggup meredah lumpur dan berhujan untuk menonton persembahan Khai secara dekat. Lagu Dambaan Pilu dinyanyikan dengan baik oleh Khai. Imej jiwang secara tidak langsung lekat pada Khai dan beliau telah menyerahkan title rocknya kepada Adifashla. Ini kali pertama saya bertemu Khai secara langsung dan mendengar persembahannya secara langsung. Saya perhatikan persembahan beliau agak baik. Beliau bijak mengawal penonton dan begitu selesa dengan lagu tersebut. Persembahan Khai diiringi dengan seorang peminat cilik yang bernama “Mohd Khairuddin”. Tatkala Khai mendukung kanak-kanak kecil itu terus peminat-peminat Khai di bawah pentas menjerit-jerit cemburu. Selamba ajer Khai dukung budak kecil tuh !

Persembahan Bole Chundiyan juga agak menarik. Saya tertarik dengan koreograf lagu tersebut yang ditarikan dengan cemerlang oleh lapan bintang Akademi Fantasia tersebut. Sebelum mengakhiri persembahan, dua peminat lelaki dan perempuan dibawa naik ke atas pentas. Mereka dikehendaki menarikan lagu Menuju Puncak. Peminat perempuan telah menarikan koregoraf tarian lagu tersebut tanpa kesilapan langsung. Menakjubkan ! Saya lagu Menuju Puncak tak pandailah, tapi kalau Khayalan, ok ajer ! hahahahaha ! Menuju Puncak menjadi penutup persembahan malam itu.

AF@UITMSelesai persembahan, saya ke belakang pentas bersama rakan saya. Saya bertemu Shaz dan keluarganya. Saya tidak sanggup untuk berebut-rebut dengan adik-adik di UITM dan terus meneruskan perbualan dengan Shaz. Saya beri peluang kepada mereka untuk bertemu dengan bintang Akademi Fantasia kesukaan mereka. Adifashla hanya sempat melambaikan tangannya setelah menyedari kehadiran saya bersama Shaz di belakang pentas dan beliau juga tidak dapat bergerak jauh kerana dikawal ketat bodyguard.

Persembahan amal ini dianjurkan bersempena Projek Demi Everest 2004 yang bermatlamat untuk menjadikan UITM sebagai universiti pertama menghantar pendaki ke puncak gunung Everest, mewakili mahasiswa seluruh Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang di puncak tertinggi di dunia serta melahirkan mahasiswa berjaya dalam akademik dan aktiviti luar yang mencabar.

Rating
Persembahan : Puas Hati !
Sistem Audio : Boleh Tahan !
Pentas : Tidak Puas Hati Langsung !

Profil Pendaki:

1. Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin yang lahir pada 20 April 1982 mengambil jurusan Sains Sukan dan Rekreasi
2. Ahmad Reduan Rozali yang lahir pada 27 Jun 1982 yang mengambil jurusan Sains Gunaan

Laman Web Demi Everest 2004
SuaraMalaysia.com

Sinis SM: Esok dah dapat pangkat Datuk, jangan lupa kat para penderma yang membiayai projek ini pulak !

Entri oleh sultanmuzaffar 09 January 2004 0 komen

Tiada Harapan

Lewat petang hari ini saya singgah sebentar di Subang Jaya Medical Centre. Azwan, anak jiran saya di kampung kemalangan jalan raya. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Inilah kali pertama kali saya menjejakkan kaki ke Unit Rawatan Rapi. Sana sini mesin. Sana sini tiub. Bau ubat jangan cakap.

Menurut keluarga mereka kemalangan berlaku sekitar jam 4.30 petang hari Rabu. Terlanggar pokok di bahu jalan kerana kesan darah dan rambut masih melekat pada pokok tersebut. Dibawa menaiki ambulan yang tiba 20 minit selepas waktu kejadian (agak cepat !). Punca sebenar kemalangan masih tidak diketahui. Yang pasti kepala Azwan cedera parah. Azwan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). Melihatkan keadaan Azwan yang cedera parah, para petugas di Hospital berkenaan memberikan satu ayat penyata yang amat memeranjatkan iaitu “Tiada Harapan”. Saya berfikir, bagaimana perkataan keramat itu boleh keluar dari mulut kakitangan hospital tanpa ada usaha-usaha untuk menyelamatkan beliau ? Apakah dengan melihatkan keadaannya yang agak parah terus diandaikan beliau tiada harapan ? Apakah hak seorang manusia atau dengan lebih manis “kakitangan hospital” untuk mengaturcarakan kehidupan seseorang ? Lebih memalukan tanpa sebarang usaha dilakukan seolah-olah menyerah kalah sebelum berperang.

Azwan terus dibiarkan di katil hospital tanpa diberi rawatan yang sewajarnya. Satu hari satu malam beliau di Hospital Tengku Ampuan Rahimah sambil menunggu “saat kematian”nya seperti yang telah diatur oleh kakitangan Hospital tersebut. Melihatkan keadaannya yang tidak terjaga, pihak keluarga telah memohon agar beliau dipindahkan ke SJMC. Pihak hospital menjelaskan tiada kemudahan yang mencukupi untuk merawat beliau. Kenapa setelah satu malam, baru pihak hospital menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai peralatan yang baik untuk merawat Azwan ? Azwan yang sepatutnya boleh dipandu terus ke SJMC pada petang Rabu sebaliknya dibiarkan “menginap” selama satu malam oleh kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Di Subang Jaya Medical Centre, Azwan diberi rawatan secepat mungkin. [Duit !] Penbedahan dilakukan segera. [Duit !] Konsultasi doktor memberi perkembangan terkini setiap jam. [Duit !] Ruang menunggu yang selesa. [Duit !] Esok lusa, pembedahan plastik. [Duit !] Doktor di SJMC memberitahu agak lama masa yang diambil sebelum dibawa ke situ. Pendarahan otaknya agak kritikal. Selesai pembedahan pertama. Alhamdulillah, Azwan kini berada di dalam keadaan stabil walaupun masih ditempatkan di ICU. Ya, Stabil ! Walaupun kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah pernah menjangkakan yang beliau tiada harapan.

Cuba fikirkan, apakah rakyat Malaysia Boleh yang berduit sahaja yang layak untuk boleh mendapatkan rawatan yang terbaik dari pihak hospital kerajaan mahupun swasta ? Tapi, jangan lupa, rakyat negara Malaysia Boleh yang pergi ke hospital kerajaan pun belum tentu dapat rawatan sebagus hospital swasta kalau yang mereka dapat hanya perkataan “Tiada Harapan”.

Saya sedar ada di kalangan pembaca saya yang IP mereka datangnya dari Kementerian Kesihatan dan juga Institut Jantung Negara. Saya mohon kerjasama mereka untuk mencetak artikel ini dan diserahkan kepada pihak pengurusan anda. Mahu juga saya mendengar komen Menteri Kesihatan.

Entri oleh sultanmuzaffar 08 January 2004 0 komen

Ah-Ha | The New TV3 Comedy Show - And It Is FUNNY! url link

Review by Mr. Haxa Does The Blogs

[Picture: TV3 website]

If Ah-Ha, the new comedy show that has just got its pilot episode aired on TV3 could hold on to its blend of casts and content, it is probably the best comedy show there is in town! It looks like the Senario Dream Team might as well restrategize their comedy direction and that TV3 have just found a new show that could boost its rating as well as attract a new audience group for its local programming content.

This half an hour show in some ways could be described like an a-la Saturday Night Live, where host Afdlin Shauki and Harith Iskandar together with an ensemble of cast from the theatre scene in the like of Rashid Salleh, Jit Murad, Eda Nerina, Lina Teo, etc. acted out at their best the satirical perspective of being Malaysian, in three different sketches i.e. the Malaysian rockers lingos, the obsession on South/Central American soap operas, and the ever annoying attitude in our cinemas; in this very first episode.

And Afdlin Shauki attempt to deliver these kinds of jokes in Ah-Ha is worthy of praise compared to his Astro's Bila Larut Malam.

To all the haters of slapsticks, sexual innuendo jokes, as well as the annoying portrayal of she-male on local sitcom, this one definitely defies all the convention of typical humor formula for it will bring back the local comedy scene on Malaysian TV to a new level. Kopitiam could just forget being funny!

And as far as I could remember, the last time I laughed hard on a sitcom was during this Everybody Loves Raymond episode where Raymond stole Robert's "regret" to woo over Debra's. And this time these lines really made it! In of the sketch that took place at a local cinema:

.
.
.
Harith: Hi-ya, I also support local film industry.
Afdlin: I see, so, what was the last Malay film you watch?
Harith: Entrapment lor. Got KLCC and the Malacca river in it!
.
.
.

Monday night is definitely the night to be at home. And if Star World keeps on airing same 'ol episodes of Everybody Loves Raymond, then just forget it! Ah-Ha is definitely the ultimate choice!

This is how TV3 describes this show on the station's website:

January, 5 at 9.30 pm. Ah Ha has a rare blend of ingredients and value. They are twisted and grossly misunderstood value-a sure-fire way to spice up the bland array of comedy shows now available on TV. It has an identifiable cast placed in situations they rarely seen in and characters that you can laugh at. Granted, the wicked and offbeat humor may be hazardous to some individuals but what better way to rid those blues than with a touch of comic relief. (Cast: Afdlin Shauki, Harith Iskandar)

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Asia Weblog Awards
Pemenang:

Hong Kong: Gweilo Diaries
Mainland China: http://blog.joycode.com/
Taiwan: 3Q2U
Singapore: XiaXue
Malaysia: sultanmuzaffar
Thailand: Thailand Life
Indonesia: Kambingjantan
Japan: Kind of Crap
Korean: The Greatest Asprin
Foreign (not from or about Asia): Coolios
Funniest: Kind of Crap
Political: Screenshots
Design: Rohit's Bubble
Newcomer: Kool Kartic
Essayist: technicolor.org
Journal/Diary: Fair, recently
Philippines: It's true! It's true!
India: Turbanhead
Photoblog: Sushicam
Bangladesh: The 3rd World View
Pakistan: Zackaria Ajmal
English as a second Language: Enchanted Realm
Asian Language as a second language: sultanmuzaffar
Vietnam: terencepatrick.com
Iran: Iran-Sare2008
Iraq: Baghdad Burning

Kita semua ada pemenang, tiada pengalah !
Best Malaysian Blog
sultanmuzaffar - 203 votes
gaharasiber MURING-WIEN cyberathaus - 180 votes
Jongkang Jongket - 133 votes

Best Asian blog in an Asian language as a second language
sultanmuzaffar - 116 votes
Xiai Xue Zhongwen de Meiguo Laowai (Alaric Radosh) - 101 votes
Monochromecrystals - 35 votes

Penganjur: flyingchair.net/

Entri oleh sultanmuzaffar 07 January 2004 0 komen

Istana Budaya

Majlis Pelancaran Program 2004 Istana Budaya
laman web Istana Budaya

Majlis tersebut yang berlangsung dalam suasana yang amat meriah sesuai dengan namanya Istana Budaya. Untuk tahun 2004, Istana Budaya telah menyusun-atur sebanyak 20 pementasan: 12 pementasan tempatan, 6 dari luar negara dan 2 adalah gabungan artis luar negara dan tempatan. Secara keseluruhan ia meliputi 133 hari pementasan.

Sedar atau tidak sejak Panggung Sari melabuhkan tirainya pada pertengahan September 1999, seramai 15 orang pengarah teater Malaysia telah berpeluang untuk berkarya lalu mempamerkan kreativiti mereka dan pelbagai bentuk pementasan drama, muzikal, bangsawan dan teater kanak-kanak. Nama-nama seperti Dato’ Rahim Razali, Ahmad Tarmimi Serigar, Zakaria Ariffin, Othman Haji Zainuddin, Lokman Ghani, Aminah Raphor, Kalam Hamidi, Dr. Zainal Latiff, Rohani Yousoff, Rosminah Tahir, Dato’ Syed Alwi, Dato’ Jins Shamsuddin, Ahmad Yatim, Dr Anuar Nor Arai dan Hatta Azad Khan sendiri.

Istana BudayaMenariknya, saya tidak pernah ketinggalan satu pun menyaksikan persembahan yang disutradarakan oleh pengarah teater Malaysia. Ada yang saya tonton sekali, ada yang saya tonton beberapa kali, ada juga kerana hubungan yang rapat saya turut terlibat dengan mereka di belakang pentas. Teater Kanak-Kanak Siti Di Alam Fantasi contohnya, kanak-kanak itu membesar bersama saya. Sejak mereka di Tunas Budaya hingga mampu beraksi di pentas Istana Budaya saya sudah mengikuti perkembangan bakat mereka. Teater Ronggeng Rokiah saya tonton beberapa kali kerana ketaksuban saya terhadap karya-karya magik Dr. Anuar Nor Arai. Saya terlalu kagum dengan kerja-kerja teknikal dan sinografi Hassan Muthalib. Teater Antara contohnya saya kagum dengan pendekatannya yang bersifat minimal. Merdeka Merdeka Merdeka saya menggelengkan kepala dan jenuh menahan mata dari tertidur kesan durasi yang terlalu panjang.

Untuk tahun 2004 ini Istana Budaya memberikan penghormatan kepada tiga orang lagi pengarah teater Malaysia untuk mempersembahkan kerja kreatif mereka iaitu Meor Hashim Manap, Faridah Merican dan Dr. Samat Salleh.

Kata Ketua Pengarah Istana Budaya, Dr Hatta Azad Khan, aktivis teater Bahasa Malaysia kita sangat pemalu, langkahnya juga perlahan dan tidak panjang. Mereka tidak suka memasarkan diri tetapi menunggu untuk dikunjungi. Kalau minta proposal melalui iklan surat khabar, kertas suratkhabar dah kuning dan dah terjual kepada pembeli “paper lama” proposal belum juga tiba. Tak mengapa ! Mereka tidak datang kalau tidak dijemput, mereka tidak menjenguk jika tidak diundang. IB terpaksalah memainkan perana merisik, menjemput bahkan sampai memujuk. Tetapi ada juga yang selepas dirisik dan ditanyakhabar memberikan jawapan yang berbunyi....’nantilah aku fikir dulu’ dan fikit itu terus berpanjangan tanpa hujungnya.

Istana BudayaDifikirkan secara logik, Istana Budaya merupakan satu laman paling gah untuk mementaskan karya serta kerja kreatif masing-masing. Tetapi mengapa ada aktivis teater yang malu untuk menampilkan diri mereka di tempat eksklusif tersebut. Jawapannya mudah. Aktivis teater Malaysia (baca: Melayu) bersifat ketam batu dan tidak senang melihat kejayaan orang lain. Akan ada sahaja yang tidak kena dengan persembahan di Istana Budaya.

Bukti aktivis teater Melayu tidak pernah senang dengan kejayaan aktivis teater Melayu yang lain boleh kita baca di komen artikel Ronggeng Rokiah dan juga komen artikel Tivi.

Pendapat Faridah Merican tentang kritikan dan komen,

Kita perlu menggalakkan kritikan yang membina. Elakkan serangan peribadi! Komen-komen yang saya baca di laman web Kakiseni misalnya, panjang berjela-jela! Saya sendiri pun tidak tahu di mana silapnya [sehingga mereka bersikap begini]. Mungkin mereka [pengkritik] gemar mendengar alunan suara sendiri. Mungkin juga mereka mempunyai terlampau banyak masa! Mengapa tidak digunakan tenaga dan masa yang dihabiskan untuk menulis komen itu untuk mereka sesuatu! Janganlah hanya menjadi pengkritik kerusi malas.

Berdasarkan statistik tahun 2003: jumlah purata penonton mengikut jenis persembahan mendahului di tangga pertama adalah Konsert Simfoni Ghazal Johor dengan jumlah purata 942 sehari, kedua adalah opera Tosca dengan 931 penonton sehari dan ketiga adalah teater persembahan muzikal Spring Kisses Lovers Tears oleh Dama Orkestra diikuti Teater Ronggeng Rokiah.

Panggung Sari telah dikunjungi oleh hampir 40,000 penonton yang menyaksikan 15 jenis pementasan dengan jumlah 64 hari pementasan. Secara purata 559 orang penonton dalam sehari. Hanya 40% kapasiti Panggung Sari yang mampu memuatkan 1412 penonton. Jumlah itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana sebagai satu nama besar segah Istana Budaya iai memerlukan 70% kapasiti untuk setanding dengan panggung yang setara dengannya.

Beberapa persembahan dibatalkan di saat-saat akhir kesan wabak SARS dan kekecohan perang di Afghanistan dan Iraq. Kesannya bukan sedikit tetapi cukup untuk memberi imej negatif kepada Istana Budaya. Penentang Istana Budaya menunggu masa saja untuk bertepuk tangan bersorak gembira.

Istana BudayaSatu perkara yang paling menarik tahun 2004 ialah obligasi sosial yang diangkat oleh Istana Budaya untuk mempertingkatkan muzik, tari dan lakonan. Istana Budaya mengambil inisiatif untuk memulakan siri Teater Malaysia dan Koreografi Terpilih. Tiga orang pengarah muda teater Malaysia dan sepuluh orang koreografer Malaysia akan diberikan peluang untuk menghasilkan karya terbaik mereka di Istana Budaya. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan marhaen yang seringkali mengeluh kerana tidak berpeluang untuk berpencak dan beronggeng di Istana Budaya melunaskan impian mereka di Istana Budaya. Diharapkan dengan adanya peluang sebegini, penggerak kumpulan-kumpulan marhaen tersebut berani menentang arus menerima cabaran Istana Budaya bukan hanya sekadar mengeluh dan mendesah di dada-dada akhbar. Atau lebih memalukan sekadar menunggu jemputan kepada mereka.
Istana Budaya di tahun 2004 membuka lebih lagi ruang kepada penggiat tempat kini memberi laluan kepada sebuah pusat sumber dan sebuah ruang pembelajaran yang dilengkapi peralatan multimedia bagi menerajui aspek latihan dan pembelajaran yang berkait dengan seni pentas. Ruang ini sepatutnya dimanafaatkan oleh penggiat seni pentas tanahair juga kepada generasi muda yang berminat untuk menceburi bidang ini untuk tujuan penyelidikan khasnya.

Istana Budaya
Saya suka untuk melihat perkembangan maju teater Barat yang gah dengan Cats, Miss Saigon, Les Miserable, New York New York sekadar menyebut beberapa nama. Persembahan mega mereka sudah sinonim di dalam setiap tahun kalendar pementasan yang mereka pertontonkan. Cats dipersembahkan oleh beberapa kumpulan baru yang semakin bertambah dari tahun ke tahun. Mereka ini terlibat secara profesional dan komited dengan kerja mereka. Lalu Cats menjadi identiti mereka yang ditonton oleh jutaan penonton di dunia. Oleh itu sewajarnya Malaysia juga mempunyai satu atau dua atau tiga teater identiti yang boleh dipentaskan di Istana Budaya setiap suku tahun sekali oleh kumpulan yang berbeza tetapi masih mengekalkan mutu kerja kreatifnya. Karya-karya agung Datuk A.Samad Said iaitu Lantai T.Pinkie, Sungai Mengalir Lesu dan Salina boleh dijadikan sandaran untuk dimartabatkan menjadi teater identiti Malaysia. Kita wujudkan pelbagai kumpulan yang berupaya mementaskan karya-karya berat sebegini untuk mementaskan karya agung ini berulang kali di Istana Budaya. Malaysia harus punya satu teater yang menyerlahkan identitinya sendiri. Jika ia dilakukan dengan jujur, tidak hairanlah jika satu hari nanti teater identiti Malaysia ini boleh diangkat di pentas antarabangsa satu hari kelak. Itu impian saya.

Pementasan di Istana Budaya 2004
Anak Kerbau Mati Emak 16-25 Januari 2004
Iruvar 6-9 Februari 2004
Konsert Putera Puteri 20-22 Februari 2004
Konsert 100 5-7 Mac 2004
Death Of A Scarecrow 9-11 April 2004
Muzikal Hang Li Po 22-26 April 2004
Saturday Night Fever 7 Mei 2004
Wild Zebra 5-10 Jun 2004
Rashomon 18-27 Jun 2004
Konsert Keroncong Perdana 30 Julai – 1 Ogos 2004
The Merry Widow 29-29 Ogos 2004
Gema Zapana 2-6 Disember 2004
Carmen 16-20 Disember 2004

Artikel rujukan :
Teater Melayu Lesu: Di Manakah Silapnya ?
Oleh : A. Wahab Hamzah

Diskusi Secangkir Latte Bersama Faridah
Faridah Merican berbicara dan memberikan buah fikirannya tentang teater
Oleh : Adam Tuan Mukriz

Rokiah: Melayu Yang Bagaimana?
Di antara glosari dan knovensi teater dengan konvensi dan glosari filem
Oleh : Faisal Tehrani

Pameran Foto oleh Bazuki.com

Entri oleh sultanmuzaffar 04 January 2004 0 komen

Tanda-Tanda Demam AF Anda Masih Belum Kebah
oleh sultanmuzaffar dan rakan-rakan

1. Sanggup tidak ke mana-mana pada cuti umum semata-mata mengharapkan Astro ulang tayang Konsert Akhir dan Konsert Reunion di Saluran Ria. Dapat tengok Showcase Anugerah Era pun jadi lah.
2. Tahun ini sambutan tahun baru anda di rumah sahaja, bukan di KLCC kerana pelajar AF tiada di KLCC.
3. Wujud pelbagai rakan group chatting, tagging, yahoogroup.
4. Anda masih mengalirkan air mata bila menonton Adifashla menyanyikan lagu Aku Cinta Kau Dan Dia dan Sahri mendendangkan lagu Di Sudut Kamar Hatiku di Konsert Kemuncak.
5. Anda moderator kepada yahoogroup semua bintang yang ada.
6. Anda sanggup turun ke Zoo Negara yang telah anda tinggalkan sejak zaman kanak-kanak semata-mata kerana bintang AF berada di sana.
7. Panggilan telefon anda hanya kepada kawan-kawan yang dicipta sempena AF, tanda anda tiada kawan lain.
8. Anda masih ingat nama doktor yang merawat Nemo sewaktu di Akademi Fantasia.
9. Buat Rumah Terbuka pun kawan-kawan AF saja yang datang.
10. Buat Rumah Terbuka lagi, budak-budak AF saja yang datang.
11. Anda ke KLIA bertujuan untuk menyambut kepulangan mereka. Dapat sorong troli pun jadilah !
12. Anda resah apabila perlu pulang berhari raya di kampung kerana tiada ASTRO di rumah tersebut.
13. Anda hanya tahan berhari raya di kampung hingga raya ketiga sahaja kerana sedar ASTRO akan mengulang-tayang rancangan-rancangan sempena Raya pada raya keempat.
14. Alat perakam video menjadi begitu penting daripada pemain DVD kepada anda untuk anda rakam rancangan raya Akademi Fantasia.
15. Tertunggu-tunggu siaran Imbasan Akademi Fantasia di NTV7
16. Anda sudah biasakan diri menekan nombor 7 untuk Saluran NTV7 di remote ASTRO
17. Anda pulang ke kampung anda di Tanjung Karang, yang pertama anda cari ialah sebuah rumah di belakang hospital dan bukannya ke rumah pusaka anda.
18. Setiap 10 minit akan bertanyakan soalan “Gathering malam ini jadi ke tak ?”
19. Kalau dulu anda hafal step tarian Menuju Puncak, kini anda sudah boleh menghafal step tarian Khayalan. Satu kemajuan yang boleh dibanggakan.
20. Anda sanggup datang menyaksikan rakaman Roda Impian semata-mata kerana Liza.
21. Anda lelaki, tetapi anda tidak pernah ketinggalan menonton Sari Rasa hanya kerana Azza.
22. Anda sanggup melupakan Anugerah Juara Lagu yang setiap tahun anda tidak pernah ketinggalan kerana mahu menyaksikan Vince beraksi di Planet Hollywood pada malam yang sama.
23. Anda menjadi ahli kepada 12 yahoogroups termasuk untuk Nemo juga ada yahoogroups sendiri.
24. Pembaca-pembaca weblog yang meminati Akademi Fantasia menubuhkan group sendiri iaitu affening juga angkara Akademi Fantasia
25. Anda sanggup mencuri pandang phone book bintang AF lain, dengan tujuan untuk mendapatkan nombor handphone Vince
26. serta banyak lagi perkara-perkara ajaib yang berlaku kerana Akademi Fantasia.


Ada lagi ? Boleh tambah !

dari KA:
27. Gathering dengan budak-budak AF fanatik setiap minggu. Kadang-kadang satu minggu dua tiga kali. huhuhuhu
28. Hari-hari dengar lagu raya Akademi Fantasia walaupun Syawal sudah lama berlalu.
29. Anak sudah boleh hafal lagu raya Akademi Fantasia. Sudah semacam menjadi lagu biasa hari-hari.
30. Anak-anak lebih menghafal nama abg SM, skru, abg antu, kak ijin, kak LV, abg Lann, kak wai em,abg Frodo dan yang terbaru abg buyong.
31. Tgk konsert final masih boleh kuar air mata walaupun sudah tahu keputusannya.
32. Dah bersiap sedia nak tonton IAF kat NTV 7.
33. Handphone penuh ngan nombor telefon budak PFS.
34. Menunggu-nunggu bilakah Azizi nak merakamkan album sendiri.
35. Tiba-tiba terminat nak tengok teater semata-mata ada budak Akademi Fantasia berlakon.

dari izreen :
36. Sering berbalas sms dan bertelepon dengan kawan kawan AF, sehingga bil telepon meningkat dengan drastik.

dari Ymaulai :
37. Tiba-tiba suka makan kek coklat dan sanggup belajar cara membuat kek coklat yg paling lazat di alam fana ini.
38. Sewaktu menonton final Juara Lagu dlm hati berkata lagu Salsabila dan Keabadian Cinta dinyanyikan secara live oleh budak AF lebih sedap dr penyanyi asal.
39. Sanggup meronda satu Kg Baru dan kawasan sekitar KL semata-mata mencari tempat untuk gathering selain Oren dan Sampan. huhuhuhu

dari yong :
40. Sanggup lepak kat SCP tiap-tiap hari dengan harapan boleh terserempak ngan budak-budak AF walaupun tempat tersebut belum dibuka sepenuhnya.

dari wss :
41. Anda tiba-tiba gian hendak membeli URTV, kerana ada poster Adifashla pakai shorts.

kata vad :
42. Kalau dulu malu nak mengaku Jawa, sekarang rasa bangga pula kerana Adi pun Jawa.
43. Apa yang Azza masak dalam Sari Rasa, aku peduli apa, janji aku nampak pipi Azza.
44. Best betul dapat tengok Liza jalan ke hulu-hilir dalam Roda Impian. Lagi jauh huruf itu, lagi bagus !
45. Best betul dengar ERA. Takde lagu pun tak per, janji boleh dengar suara Nana !

kata frodo :
46. Lebih suka Nana menyanyi lagu Halaman Cinta dari Misha Omar ? (kronik budak nih !)

kata yong lagi :
47. Ada ke patut kakak dan abang iparnya meletakkan nama anak yang baru lahir ngan nama Khairul Adifashla.

mat jan buat lawak :
48. Bila orang sebut AF aje, aku teringat kau, haha!

Frodo enterframe lagi :
49. Macam best aje kalau letak nama bakal anak Nanazzaliza Rostienija.

p menyelit :
50. Rela melayan iklan NTV7 dengan harapan iklan IAF tersiar.

Entri oleh sultanmuzaffar 03 January 2004 0 komen

VCD Telefilem Neon Kisah Satu Malam
Skrip, lakon layar dan arahan : Mohamed Feroz Abdul Kader Sahib afm
Videografi : Bob Fitri
Penyunting : Nimalan

THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS
"Most Number of Well-Known Artistes In A Movie"
(66 Popular Artist)

Saya jarang beli VCD Melayu yang banyak berada di pasaran. Banyak yang saya pinjam. Kecuali beberapa. Pada mulanya saya tidak berminat untuk membeli VCD Neon. Saya hanya temankan sahabat saya sewaktu beliau membelinya. Beliau mengkhabarkan kepada saya, beli VCD Neon dan ulas ! Katanya lagi sebuah realiti hidup orang Kuala Lumpur. Saya beli VCD Neon kerana nak tunggu pinjam darinya katanya lambat lagi. Oleh itu saya beli sendiri.

Neon berkisar tentang Hafiz lakonan Faizal Yusup yang ditimpa nasib malang tidak henti-henti, namun keadaan berubah dengan kemunculan cahaya harapan yang menyuluh harapan, sekali gus memberi kekuatan untuknya meneruskan hidup. Hafiz berhadapan dengan segala jenis kedukaan dan malang pada satu satu malam, Hafiz menemui pelbagai jenis manusia dengan ragam dan karektor yang berbeza. Yang menarik tentulah pertemuannya dengan Laila. Seorang mangsa kasanova kolej yang ditinggalkan di tepi jalan. Mereka mengenali diri masing-masing lalu memberi sedikit sinar buat Hafiz.

Realiti hidup dipaparkan satu persatu walaupun hanya muncul sekejap sahaja tetapi penonton dengan jelas dan cepat dapat menangkap mesej telefilem tersebut. Bermula dengan korupsi ketua pejabatnya, beliau dibuang kerja. Sebut apa sahaja kejelekan Kuala Lumpur ada dalam telefilem tersebut. Persoalan maruah, waiter, GRO, panas baran, broken english, sexual harrassment, gaduh laki bini, cemburu, mungkir janji, tidak menepati masa, materialistik, kutu rayau, penyeluk saku, menukar wang kecil, putus tunang, curi kereta, kelalaian, bateri kong, vandalisme pondok telefon, baca majalah free, mamak gerai magazine, kesombongan orang KL, bongkak, credit card kena suspend, tidak profesionalnya orang filem bekerja, mat motor yang kurang ajar, pengutip sampah, pondan, kena kencing, pelanggan kaya yang kedekut, perjudian, masuk lokap, kena soal siasat dengan polis, polis yang baik hati, orang gila, pemandu teksi, student kerja part-time, perompak teksi, tayar pancit, langgar lari, pelacuran, prepaid habis, penagihan dadah, tukang jual barang 5 minit, pasangan bercinta gaduh tepi jalan, ambik kesempatan dalam kereta, tandas awam, gay, penyamun, kemiskinan bandar, setinggan, daif, melayu yang pemaaf dan lain-lain.

Mesej telefilem ini jelas, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Secara jujur, ia memaparkan realiti kehidupan di Kuala Lumpur. Pengarahnya dengan berani menceritakan segala kejelekan dan realiti rencam hidup di Kuala Lumpur dengan jujur.

Saya tabik penulis skrip dan pengarah telefilem ini. Adakalanya saya tersenyum melihatkan realiti yang dipaparkan. Melalui telefilem ini kita sedar dan harus berani mengakui bahawa pelanggan pondan kebanyakannya yang berkereta mewah dan berada. Orang KL yang berkereta mewah dan berkot tidak semestinya kaya raya. Kad kredit mereka juga kadangkala overlimit. Adakalanya kita di Kuala Lumpur terlalu mempercayai orang di sekeliling kita sehingga kita tidak sedar yang orang di sekeliling kita itulah yang akan memakan diri kita akhirnya. Telefilem ini juga cuba memberikan persepsi mesra pengguna kepada imej polis yang agak tercalar sedikit masa dahulu. Shot slogan PDRM Mesra, Cepat, Betul yang mengambil tempat setelah adegan ini merupakan satu provokatif minda yang terhasil melalui layar. Masih ingat adegan dalam filem Spinning Gasing bila mana salah satu watak membaling keluar surat khabar dari kereta dan mengenai patung polis di tepi jalan ? Hafiz cuba untuk mengambil jalan mudah dengan membuang kad nama pegawai polis yang mulia itu tadi memberi gambaran imej orang Kuala Lumpur yang hidupnya hanya tahu berdiri tanpa orang lain. Saya saya juga tersentuh melihat bagaimana cekalnya seorang pemandu teksi wanita yang dalam waktu yang sama belajar secara sambilan. Dunia pelacuran Kuala Lumpur yang semakin terdesak mencari rezeki, membawa anak sambil menjalankan perniagaan. Namun demikian dia masih sempat membantu Hafiz yang dalam kesusahan. Masalah kemiskinan bandar yang semakin meruncing. Unsur humor dalam telefilem ini pastinya apabila Apek mengambil tempat cameo. Apek yang memegang watak kutu jual barang membawa segala-gala barang jualan dalam jaketnya. Dunia gay hanya dipaparkan di dalam tandas, satu interpretasi pengarah yang boleh saya sifatkan amat cetek. Dunia ini amat luas merangkumi dunia intelektual, politik juga keagamaan bukan hanya seks di dalam tandas. Tetapi benarkah tandas awam di Kuala Lumpur bersih seperti yang dipaparkan ?

Bagaimana pula dengan sikap Melayu yang terlalu pemaaf seperti yang digambarkan oleh watak Hafiz. Hafiz dengan mudah memaafkan Topa yang telah menyeluk sakunya dan menjadi punca masalah yang bertimpa-timpa yang berlaku ke atasnya. Lakonan Fauziah Nawi sebagai ibu Topa agak stereotype dengan watak-wataknya yang sebelum ini.

Adakalanya perkara sekecil menukar wang syilling, kehabisan prepaid, bateri kong, kad kredit digantung kita anggap sebagai satu perkara yang tidak penting. Tetapi sebenarnya perkara sekecil itu akan memberikan kesan yang besar dalam hidup seseorang.

Kenapa Topa mencuri ? Untuk membeli sedikit makanan buat ibunya yang sedang sakit. Topa walaupun kelihatan jahat, sebenarnya seorang yang berhati mulia dan seorang yang sopan dan hormatkan orang tua. Itulah realitinya.

Lakonan
Faizal Yusup memberikan lakonan yang cemerlang. Wajah beliau yang agak keanak-anakan berjaya menimbulkan kesan simpati kepada penonton. Wajahnya ada mirip pelakon Rashid Salleh. Lebih-lebih lagi lakonan Erik Fauzi sebagai Topa yang amat cemerlang. Erik Fauzi sememangnya sudah dikenali di pentas teater kanak-kanak beberapa tahun dahulu. Antara teater yang pernah dilakonkan oleh beliau ialah Siti Di Alam Fantasi dan Taman Baginda. Pelakon tambahan seramai lebih enam puluh orang artis popular menjadi penyeri telefilem ini. Lakonan mereka walaupun hanya muncul sekitar 10 saat – 30 saat masih relevan. Baik berskrip atau pun tanpa skrip. Kesesuaiannya diambil kira oleh pengarah menimbulkan kesan realistik kepada telefilem ini. Buat pertama kali, saya boleh memuji lakonan Rita Rudaini yang dikawal dengan baik. Wataknya jelas manja dan tidak terlalu dibuat-buat seperti lakonannya dalam Mistik dan Mami Jarum.

Teknikal
Penggunaan teknik fast cut serta fast movement camera work mencantikkan kerja kamera telefilem ini. Kerja kamera telefilem ini juga amat baik. Penggunaan warnanya tidak terlalu artificial. Masih kelihatan asli. Sesetengah kerja kamera filem tempatan nampak begitu dibuat-buat. Nampak terlalu perfect. Suntingan telefilem ini juga baik. Ia dilakukan dengan teliti membuatkan cerita ini bergerak dengan lancar. Walaupun unsur kebetulan terlalu banyak di dalam telefilem ini tetapi suntingan yang dibuat dengan cemerlang telah menutup kelemahan tersebut.

Soundtrack
Penggunaan muzik underground menjadi tunjang utama telefilem ini. Lagu-lagunya segar.

Telefilem ini boleh saya bandingkan dengan Spinning Gasing dan Dari Jemapoh Ke Manchestee. Tema telefilem ini ada unsur-unsur road-movie yang ada pada kedua-dua filem tersebut. Ia mengisahkan perjalanan seseorang dalam menuju destinasinya dan setiap catatan perjalanannya ada hikmah tersendiri.

Antara pelakon yang terlibat Faizal Yusup, Erik Fauzi Ary Malik, Azhar Sulaiman, Rita Rudaini, Tan Sri Dato' SM Salim, Opie Zami, Radhi Khalid, Maidin, Isma Danial, Zaibo, Norman Hakim, Abby Abadi, Bell, Melissa Saila, Abu Bakar Omar, Apek Senario, Sathiya, Jit Murad, Bob Azrai, Abon, Shamsul Ghau Ghau, AC Mizal, Fiza Elite, Kartina Aziz, Nisdawati, Sheila Mambo, Fauziah Nawi, Eja, Jasmin Hamid, Serina Riduwan, Rashidi, Vanida Imran, Jalaluddin Hassan, Zaidi Omar, Aziz Sattar, Ropie Cecupak, Yasmin Hani, Khey Cheng Guan, Imuda, Danny X-Factor, Hamid Gurkha, Izi Yahya, Mustapha Kamal, Hani Mohsin, Bob Lokman, Kuswadinata, Hairie Othman, Aman Shah, Loloq, Badrul Muhayat, Norzizi Zulkifli, Aziz M.Osman, Norish Karman, Zami Ismail, Azza Elite, Arash Muhamad, Zila Bakarin, Ferhad, Chiko, Ako Mustapha, Normala Samsudin, ucop Cecupak, Ezanny, Nurul Iman, Khatijah Abdul Ghani, Bront, Soffi Jikan.

Rating: 4.5/5 bintang

Entri oleh sultanmuzaffar 01 January 2004 0 komen

HAI/RIAS BATIK EXTRAVAGANZA
oleh:
Siti Rozaida Roslan
Unit Promosi di salah sebuah akhbar berbahasa Malaysia tempatan

BatikPerkarangan pusat membeli-belah Starhill di Bukit Bintang Kuala Lumpur bergemerlapan pada malam 21 Disember 2003 lalu. Bukan sekadar berkilauan dengan cahaya lampu dan hiasan warna-warni pokok krismas sempena Hari Krismas yang menjelang tiba, malah malam tersebut penuh bercahaya dengan bintang-bintang Akademi Fantasia yang cantik jelita iaitu Azza, Liza, Atie dan Nija. Barisan artis-artis popular yang berpenampilan menarik dengan gaya klasik, moden, etnik dan kontemporari kelihatan membuat catwalk di atas pentas peragaan yang dihias indah. Tubuh mereka mewah dibaluti fesyen pakaian berteraskan batik hasil rekaan pereka terkenal tanahair. Nama-nama pereka tersohor seperti Sharifah Kirana, Salikin Sidek, Dino, Adnan Hassan, Nor Aini Shariff (Jarumas), Meor Apparel, Kem Salleh dan Ashley (Kapas Couture) sudah tidak perlu diperkenalkan lagi.

HAI/RIAS Batik Extravaganza yang menghimpunkan artis-artis wanita popular tanahair ini dianjurkan bersempena acara Batik Extravaganza 2003. Batik Extravaganza merupakan salah satu acara bagi program Batik Malaysia-Ciptaan Untuk Dunia bermula 3 Disember 2003 hingga 10 Januari 2004. Objektif acara ini dianjurkan adalah bagi mengangkat martabat batik Malaysia ke peringkat kebangsaan sebelum menembusi pasaran antarabangsa. Secara tidak langsung, usaha sebegini mengiktiraf rekaan kreatif pereka fesyen tempatan yang menonjolkan himpunan ciptaan berteraskan seni corak batik.

Acara ini adalah atas inisiatif isteri Perdana Menteri Malaysia, YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia merangkap Penaung Pergerakan Batik Malaysia-Ciptaan Untuk Dunia.

Majlis pelancaran Batik Extravaganza telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan isteri pada 3 Disember 2003 lalu, bertempat di Bintang Square, depan pusat membeli-belah Starhill.

Tepat jam 8 malam pada 21 Disember 2003, artis pujaan ramai, Fauziah Latiff tampil menghiburkan penonton dengan lagu ‘Manusia’ oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan sebuah lagu Inggeris ‘Remember Me This Way’ yang dipopularkan oleh Jordan Hill. Kemeriahan acara bertambah hangat dengan kemunculan 4 orang gadis berpakaian batik yang berwarna-warni menyanyikan lagu ‘Hanya Memuji’ dan ‘Sha Na Na’. Kemunculan mereka ini memang dinanti-nantikan oleh penonton memandangkan demam Akademi Fantasia masih belum reda. Ternyata program itu memang menjadi satu fenomena dalam industri seni hiburan tempatan apabila peminat-peminat mereka menjerit-jerit melaungkan nama Azza, Liza, Atie dan Nija.

BatikUsai persembahan nyanyian, pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menguasai pentas dengan peragaan koleksi fesyen pakaian bermotifkan corak batik. Barisan 25 orang pelajar yang tidak kurang cantiknya, menghayun langkah penuh bergaya, mengalahkan model professional lagaknya.

Seterusnya, masa yang dinanti-nantikan, kemuncak acara malam itu dimulakan dengan Azza & Yuen (3R) yang memperagakan pakaian rekaan pereka terkenal Salikin Sidek. Ella yang selama ini berimej rock, muncul selepas itu dengan gaya manja dan liuk lentuk yang mempersonakan dalam busana istimewa koleksi Dino. Si tinggi lampai, Juliana Banos muncul penuh bergaya dan sopan dengan fesyen batik oleh Sharifah Kirana. Kartini (3R) nampak berseri-seri dengan busana merah hati bercorak batik, rekaan Nor Aini Shariff dari Jarumas. Atie muncul solo memperagaan koleksi Azizi dari Zizi Collection. Suasana malam dihangatkan lagi dengan kemunculan Liza dan Azah (3R) yang bergandingan menampilkan pakaian koleksi Adnan Hassan. Si kecil molek, Nija yang digelar ‘gadis rock’ waktu di Akademi Fantasia, tampak feminin dan rugged dengan seluar paras lulut dan baju merah yang agak terbuka di bahagian dada. Tidak lengkap rasanya sekiranya pakaian berimej wanita muslimah dipinggirkan. Artis baru, Bienda, gadis manis yang bertudung litup tampil di atas pentas dengan fesyen pakaian bercorak batik yang menepati ciri-ciri wanita Islam. Akhir sekali, Fauziah Latiff muncul lagi. Bukan menyanyi, sebaliknya kali ini beliau melakukan catwalk dengan penuh yakin. Agak seksi namun penampilan beliau menyerlah dengan gown batik paras lutut tanpa lengan, dihiasi selendang nipis di bahu. Sungguh mempersonakan, bagai tak percaya beliau sudah berumahtangga dan mempunyai 2 orang anak lelaki yang sudah besar!

Acara malam itu diakhiri dengan peragaan fesyen batik oleh Barakaff yang dijayakan oleh pelajar-pelajar UiTM. Sekali lagi, mereka tampil membuat catwalk sambil menari dengan diiringi alunan muzik yang menghiburkan.

Entri oleh sultanmuzaffar 31 December 2003 0 komen

CSICSI: Crime Scene Investigation
laman web CSI - Permainan Komputer

Semasa kecil-kecil dahulu, saya pernah mengimpikan untuk menjadi seorang peguam yang mengendalikan kes jenayah setelah menonton sebuah drama yang berkisar tentang hidup seorang pelajar berkulit hitam yang ingin sangat menjadi peguam lalu cuba memutihkan dirinya untuk berjaya mendapatkan biasiswa tajaan kerajaan. Permainan komputer yang saya beli juga berkisar tentang penyiasatan, role-play simulation dan juga yang mampu membina akal. Saya tidak gemar permainan seperti Warcraft, Civilization yang lebih berunsur gothic dan terlalu fantasi. Sama seperti filem juga, saya tidak gemar filem seperti Lord Of The Ring dan Harry Porter.Oleh itu untuk menajamkan skil penyiasatan saya tentulah hanya melaui permainan seperti Crime Scene Investigation. Siri drama yang dijadikan permainan komputer ini amat menarik.

CSIPermainan ini anda akan bermain sebagai seorang pelatih baru di Makmal Jenayah Las Vegas dengan bantuan beberapa rakan sekerja untuk mengusaikan lima kes. Tiga kes pertama berdiri dengan sendiri tanpa ada kaitan dengan kes-kes yang lain tetapi dua kes yang terakhir merupakan kes utama yang ada kaitan dengan tiga kes pertama tadi. Akhirnya anda telah berjaya menyelesaikan keseluruhan kes dan mendedahkan konspirasi yang berlaku dalam permainan ini.
Menariknya permainan ini apabila watak-watak seperti Gil Grissom, Catherine Willows, Nick Strokes, Warrick Brown, Sarah Sidle, Jim Brass, Greg Saunders dan Al Robbins mempunyai suara yang hampir serupa dengan watak sebenar di kaca TV. Penggunaan dialog yang sinis seperti siri tersebut masih dikekalkan dan hubungan rapat sesama mereka masih kekal.

Di awal lima minit pertama permainan ini, Grissom akan bertindak sebagai penunjuk-cara untuk penyiasat baru mendapatkan klu pertama dan soal-siasat anda yang pertama. Narator akan memberikan prosedur secara jelas dan langkah-langkah yang perlu diikuti.

CSIPada penghujung setiap kes, segala kekuatan dan kelemahan anda sebagai penyiasat akan dikira. Ingin tahu bagaimana kekuatan dan kelemahan itu dikira ? Jika anda berjaya menyelesaikan kes tanpa bantuan pegawai atasan dikira sebagai kekuatan. Oleh itu jika kita sebagai penyiasat berjumpa dengan pegawai atasan untuk mendapatkan sedikit klu sudah pasti akan dikira sebagai kelemahan. Oleh itu apa perlunya permainan ini memberikan saya seorang pasangan bekerja.

CSIPermainan ini menggunakan konsep “first person point-of-view”. Elemen grafiknya jelas dan menarik tetapi tidak terlalu mengkagumkan. Penggunaan animasi dikurangkan. Penggunaan video hanya apabila perlu. Sebagai penyiasat, pergerakan 360 darjah dibenarkan tetapi tidak semua elemen dapat diselidiki. Eksplorasi dikekang kerana setiap lokasi telah ditetapkan apa yang perlu diselidik. Oleh itu setiap apa yang boleh diklik pada paparan bermakna ia maklumat yang patut dicari. Penyiasat tidak dikelirukan dengan maklumat-maklumat tambahan yang menyesatkan. Sebagai penyiasat, ini merupakan satu kaedah yang tidak baik.

CSISelain Locations, ada beberapa menu lain seperti Tools dan Evidence yang telah anda perolehi sewaktu penyiasatan. Tools dibahagikan kepada dua kategori, Detection dan Collection. Detection terkandung alat untuk mengenalpasti cap jari atau bukti pada sesuatu bahan juga pada beberapa permukaan dan juga alat untuk mengenalpasti kewujudan objek melalui suhu badan. Pada bahagian Collection pula, terdapat sarung tangan, tweezers dan juga alat untuk mendapatkan cap tapak kasut dan kesan tayar juga alat pengesan gas di udara.

Apabila anda mengambil item-item tersebut akan diletakkan di bahagian Evidence. Apa yang perlu dilakukan selepas itu ? Anda perlu membawa ke makmal untuk diuji. Ujian DNA dilakukan, senarai pangkalan data disemak untuk mendapatkan pemiliknya.

CSIPada bahagian kanan bar menu, terdapat satu ikon yang mewakili Fail Kes yang dikemaskinikan secara automatik setiap kali anda mendapat maklumat baru. Ia terkandung maklumat-maklumat penting tentang mangsa dan orang kena tuduh. Bahagian Means, Motive dan Opportunity perlu terisi untuk mengeluarkan waran tangkap kepada tertuduh. Setiap pembunuhan perlu bersebab, modus operandi dan motif pembunuhan dilakukan.
Permainan ini terlalu singkat. Amat tidak berbaloi sekiranya anda memberi cakera padat original. Adalah lebih baik anda membeli di Low Yat Plaza. Hanya ada 5 kes yang perlu anda selesaikan dan sekiranya telah anda selesaikan, adalah tidak mencabar jika anda mencubanya sekali lagi kerana anda telah tahu hampir semua jawapannya. Jika ada 20 kes tentu lebih berbaloi dan ditambah dengan kaitan di antara setiap kes dengan kes yang lain.

CSISelain beberapa kritikan, CSI tetap merupakan satu permainan yang menghiburkan dan membuatkan anda sibuk mengenalpasti dan mengumpulkan bukti. Sebagai seorang penyiasat baru, bantuan yang diberikan amat baik dan sebagai pengguna lama, bantuan boleh diabaikan. Walaupun demikian, saya sendiri tidak pernah mendapat markah penuh untuk melayakkan saya menerima satu bonus yang masih tidak berjaya dibuka sehingga sekarang.

Permainan
Satu permainan yang menghiburkan dan akan membuatkan anda tekun menyelesaikan kes.

Penceritaan
Terlalu sedikit kes yang perlu diselesaikan. Terlalu mudah untuk seorang peminat CSI.

Grafik
Penggunaan grafik yang menarik. Elemen tiga dimensi yang menimbulkan kesan kepada pengguna.

Muzik/Tatabunyi
Memadai

CSIGame Publisher: Ubi Soft
Game Developer: 369 Interactive
Recommended System Requirements
Supported for: Windows 98/ME/2000/XP
Processor: Pentium III 500 / AMD K6-III 600
RAM: 512 MB
Video Card: 16 MB DirectX 8.1 compatible hardware-accelerated 3D graphics card
Sound Card: 16-bit DirectX 8.1 compatible audio card
CD-ROM: 16x CD-ROM Drive
Hard Drive: 1.5 GB Free Hard Drive Space

Entri oleh sultanmuzaffar 30 December 2003 0 komen

Azam dan Impian Tahun 2004

1. Kewarasan akal
2. Kematangan idea
3. Keseimbangan mental
4. Pembaca weblog sultanmuzaffar bertambah
5. Populariti afundi.com
6. Bantu lebih ramai penulis weblog baru
7. Koleksi DVD bertambah
8. PC Sound System Creative GigaWorks S750
9. USB Sound Blaster MP3 +
10. Sony Cyber-shot (DSC-F717)
11. Kestabilan sistem sekuriti pada Maybank2u
12. Honda City RM78,888.00
13. Pelbagaikan ulasan termasuk ulasan permainan komputer serta drama, filem, muzik, teater yang menyeluruh.
14. Tambah berat badan
15. Projek e-book
16. Survey rumah baru
17.

Entri oleh sultanmuzaffar 29 December 2003 0 komen

AJL18Anugerah Juara Lagu 18
laman web Anugerah Juara Lagu 18

Seperti biasa setiap kali pertandingan yang melibatkan penonton, pengurusannya masih seperti dahulu. Mereka tidak pernah belajar cara menguruskan penonton dengan baik. Ini pertama kali Juara Lagu diadakan di sebuah lokai yang agak besar berbanding Dewan Merdeka PWTC. Banyak aspek yang perlu diambil kira, terutamanya aspek keselamatan penonton.

Persembahan pembukaan menggunakan konsep ala-ala Matrix amat memukau. Aksi akrobatik penari benar-benar berada di tahap paling maksimum. Lebih berani jika didirikan satu dinding replika agar penari dapat meniru aksi The Matrix dengan lebih baik. Ia boleh dianggap sebagai satu permulaan yang baik oleh TV3. Segmen pengenalan peserta yang bertanding diperkuatkan dengan nyanyian pengenalan oleh Dayang Nurfaizah dan Adibah Noor. Kehebatan vokal mereka nyata memukau. Variasi vokal mereka ternyata berjaya dipergunakan sepenuhnya. Itulah yang dinamakan penyanyi serba-boleh.

Rekaan pentas yang menggunakan simbolik gitar, keyboard serta gong menjadi backdrop utama. Rekaannya nampak simple tetapi ada makna tersendiri. Unsur spektakular pada malam itu diperkuatkan lagi dengan teknik lampu yang cemerlang dan sistematik.

Gandingan duo pengacara bermulut kecoh, Aznil Hj Nawawi dan Sarimah benar-benar menggamatkan suasana. Keserasian mereka benar-benar mencuit perasaan. Khabarnya mereka antara calon untuk pengacara Akademi Fantasia musim kedua. Walaupun isu jantina sengaja digembar-gemburkan tetapi masih memadai.

Aku Statik - OAG
Persembahan OAG melalui lagu Aku Statik ada kualiti tersendiri. Namun Radhi gagal mengimbangi vokal beliau dengan baik. Persembahannya nampak tenggelam. Satu yang menarik ialah imej berpakaiannya yang ada ciri-ciri seorang budak sekolah. Nampak cute di pentas. Tiga penari cilik memberikan sedikit elemen keselarian mesej melalui lagu yang disampaikan. Imej gila-gila Radhi saya kira berjaya menarik perhatian penonton.

Selagi Ada…Cinta - Ning Baizura
Persembahan vokal Ning Baizura merupakan permulaan yang baik untuk malam tersebut. Gimik persembahan beliau terlalu mengganggu. Mesej yang ingin disampaikan melalui persembahan lakonan itu tidak berjaya sampai kepada penonton kerana penonton lebih ingin mendengar kehalusan vokal beliau.

AJL18Wassini - Waheeda
Menyaksikan persembahan Waheeda memperlihatkan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan persembahannya. Gimik yang ingin ditonjolkan biarlah kena dengan mesej lagu tersebut. Seingat saya makna Wassini ialah nasihatilah aku. Oleh itu apa kena mengena api dengan mesej lagu tersebut. Api lebih membawa mesej sesuatu yang garang. Penari-penari yang mengiringi Waheeda ibarat aksi akrobatik sarkis. Kombinasi pakaian beliau juga dan penari-penarinya tidak serasi. Nampak terlalu kusam. Konsep world music yang diketengahkan menjadi sebuah tarian ala-ala YMCA.

AJL18Hi Hi Bye Bye - Ezlynn
Empat plasma TV yang ditegakkan di atas pentas sudah cukup menggambarkan bagaimana mewahnya syarikat rakaman Ezlynn untuk memastikan persembahan Ezlynn berjaya. Pergerakan tariannya yang cemerlang serta dibantu oleh penari pengiring berjaya dimanafaatkan sebaiknya. Ada chemistry antara Ezlynn dan penari-penarinya. Beliau bijak menguasai pentas dan pergerakannya teratur. Showmanship beliau amat baik.

AJL18Keabadian Cinta – Anuar Zain
Anuar Zain hanya memerlukan kecemerlangan vokal beliau untuk mempersembahkan sebuah persembahan yang hebat. Beliau bijak mengawal penonton dengan kawalan vokalnya yang mana beliau tahu bila climax dan bila pause untuk membuatkan penonton tertunggu-tunggu. Pakaian serba putih ala-ala dewa dari kayangan serta teknik lampu yang baik mencantikkan lagi persembahan itu. Beliau menerima tepukan paling gemuruh. Beliau dengan berani tanpa mempertaruhkan sebarang gimik penari latar untuk mengiringi persembahannya. Walaupun berdiri tegak seorang di atas pentas, aset utama beliau telah dipergunakan semaksima yang mungkin untuk mengumpan hati dan telinga pendengar. Cuma sayang anugerah Persembahan Vokal Terbaik hanya ada satu.

Salsabila - Yasin
Persembahan Yassin juga tidak kurang hebatnya. Beliau hanya dibantu oleh beberapa pemuzik iringan untuk memantapkan lagi persembahan beliau. Kawalan vokal beliau juga semakin baik. Tetapi masih belum cukup untuk membuatkan penonton terpesona.

AJL18Ku Milikmu - Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza menggabungkan konsep rap, hip-hop, breakdance, tap dance serta gospel choir untuk persembahannya. Satu kelainan yang amat mengkagumkan. Susunan lagu yang diubah mengikut kesesuaian sedikit sebanyak telah memberi sedikit kelonggaran kepada Siti Nurhaliza untuk mempelbagaikan corak persembahannya. Siti Nurhaliza juga semakin berani menampilkan corak pakaian yang bukan menjadi identitinya selama ini. Keberaniannya dipuji. Keberanian beliau melakukan tap dance wajar dipuji walaupun adakalanya step nampak kelam-kabut dan tidak teratur. Beliau harus memikirkan semula hasratnya untuk tidak bertanding dalam Juara Lagu di masa akan datang kerana sedikit sebanyak kemeriahan Juara Lagu akan berkurangan tanpa beliau.

AJL18Bunga Bunga Cinta - Misha Omar
Superb !! Tiada kata selain superb !! yang boleh diluahkan selepas menonton persembahan Misha Omar. Keyakinan beliau berada di tahap yang paling tinggi semalam. Beliau bijak mengawal vokal beliau serta pergerakannya. Pergerakan stylish yang nampak begitu sexy dan cheeky berjaya mengumpan perhatian penonton. Beliau menyanyi dengan penuh kejujuran dan penuh perasaan. Satu yang amat sukar untuk dilakukan. Ia datang dengan sendiri. Berdiri keseorangan di atas pentas, tumpuan mata penonton terus terpaku menyaksikan beliau menggunakan sepenuh tenaga apabila mencapai bahagian korus. Secara tidak langsung beliau telah mencipta satu identiti tersendiri. Interaksi beliau dengan kamera membuktikan bahawa Misha yang kita tonton malam itu sudah jauh lebih berkeyakinan dan bukan Misha yang dahulu. Lirikan mata dan kening (ala-ala Ziana Zain) merupakan aksi spontan hasil menyanyi dengan penuh kejujuran. Kelemahan yang agak ketara pada Misha Omar ialah teknik pernafasannya. Beliau perlu mempelajari teknik pernafasan yang betul dari Anuar Zain dan sahabat baiknya, Siti Nurhaliza untuk mencantikkan serta melancarkan lagi persembahannya di masa akan datang.

Tandang Bermadah - Noraniza Idris
Saya harus tabik kepada beliau kerana tidak lokek untuk mengeluarkan belanja lebih untuk memberikan sebuah persembahan yang baik. Beliau tidak segan silu menggunakan konsep Citrawarna Malaysia setiap kali dalam persembahannya agar imej Malaysia dapat dipertontonkan kepada masyarakat. Kedudukan beliau yang tinggi juga membuktikan beliau sanggup bergadai nyawa untuk memartabatkan seni etnik kreatif Malaysia di tahap yang paling tinggi. Walaupun konsep persembahan masih tidak berubah sewajarnya pujian diberikan kepada beliau kerana berjaya memartabatkan seni di tempatnya. Adakalanya adrenalin penonton seperti saya yang gayat apabila berada di tempat tinggi naik mendadak apabila risau satu-satu kejadian tidak diingini berlaku kepada beliau. Persembahan beliau membuktikan bahawa muzik Malaysia boleh divariasikan.

Percayakan Siti - Exists
Penggunaan muzik dari band sedikit sebanyak merosakkan persembahan Exists. Muzik dari band dan vokal penyanyi agak tidak seimbang. Vokal Ezad kedengaran tenggelam timbul. Lagu ini ada unsur-unsur pop yeh yeh dan tarian ala-ala 60an dipersembahkan dengan baik. Sayangnya klimaks malam itu telah pun disudahi dengan persembahan Misha Omar menjadikan persembahan selepas itu menjadi satu yang tidak perlu.

Sinar - May
Vokal Mus berada di tahap yang terbaik. Saya harus puji vokal beliau. Tetapi sayangnya showmanship beliau tidak berjaya dipelbagaikan dengan sebaiknya. Adakah sebagai sebuah band rock, hanya showmanship yang menunjukkan penyanyi berlari kepada pemain gitar dan membuat aksi goreng sahaja yang boleh difikirkan oleh mereka ? Aksi sebegitu saya pernah lihat dilakukan oleh Seach zaman mereka popular dengan lagu Isabella.

Hasrat Perindu - Mas Idayu
Unsur seksualisme terlalu kuat pada persembahan ini. Selain daripada protes politik, Mas Idayu membuat aksi ala-ala nasi kangkang di awal persembahannya. Aksi ini pasti mengundang seribu persoalan di dalam Pancaindera atau Bintang Popular keluaran minggu hadapan. Protes politik dapat dilihat melalui warna pakaian Mas Idayu sendiri serta penari-penari latarnya yang menggunakan war hijau dan putih ala-ala bendera PAS. Tarikan seksual persembahan ini terlalu kuat. Gelek 360 darjah beliau menjadi tumpuan utama persembahannya. Sudah pasti ! Pusingan akrobatik 360 darjah juga ada makna tersendiri. Penari-penari yang mengusung beliau juga bertubuh gempal. Masih ingat VCD-VCD terlampau ? Semuanya gempal bukan ?

Interlude
Persembahan interlude merupakan persembahan singkat yang kesannya tidak berapa sampai kepada penonton. Joget Hazami dan Siti Sarah agak baik melalui lagu Joget Kenangan Manis. Kemudian kita lihat Muix, Nerves dan Bandi berR&B dengan lagu Tiada Lagi Cinta. Kedengaran agak kasar tetapi masih memadai. Rap solo oleh Nerves agak baik. Adibah Noor dan Dayang Nurfaizah kemudian menyanyikan sebuah lagu ghazal. Berikan apa saja lagu, mereka pasti mempersembahkan yang terbaik. Saya tabik mereka. Ella muncul dengan dua lagu dangdut bertajuk Rindu dan Selamat Jalan Romeo. Ella masih ingin cuba bergelek walaupun kelihatan agak keras. Rockerslah katakan. Ella menyampaikan lagu tersebut dengan penuh bersahaja.

Keputusan
Persembahan Vokal Terbaik
Misha Omar – Bunga Bunga Cinta
Saya amat berpuas hati dengan keputusan ini. Beliau amat layak untuk memenangi anugerah ini. Beliau bernasib baik kerana anugerah ini diadili 100% oleh juri profesional.

Persembahan Terbaik
Siti Nurhaliza – Ku Milikmu
Saya tetapp merasakan Misha Omar wajar memenangi anugerah ini. Persembahan Misha Omar jauh lebih hebat. Undian SMS memberikan sedikit kelebihan kepada Siti Nurhaliza lalu mampu mencelah untuk menggondol anugerah ini. Kasihan Siti, menang salah, kalah salah. Harap tahun depan Siti akan terus bertanding dalam Juara Lagu.

Pop Rock
Hi Hi Bye Bye – Ezlynn
Pencipta: KRU
Lirik: KRU

Balada
Bunga Bunga Cinta – Misha Omar
Pencipta: Adnan Abu Hassan
Lirik: Adnan Abu Hassan

Irama Malaysia & Etnik Kreatif
Wassini – Waheeda
Pencipta: Yasin
Lirik: Yasin

Ranking Persembahan Terbaik sultanmuzaffar

1. Misha Omar
2. Anuar Zain
3. Siti Nurhaliza
4. Ning Baizura
5. Hi Hi Bye Bye
6. Noraniza Idris
7. Salsabila
8. May
9. OAG
10. Mas Idayu
11. Exists
12. Waheeda

Ulasan-ulasan lain Anugerah Juara Lagu 18:-
Nizam Zakaria
Reedzuan.com
Kisah Seorang Ibu Tunggal

Entri oleh sultanmuzaffar 24 December 2003 0 komen

Pra Anugerah Juara Lagu TV3
laman web Anugerah Juara Lagu 18

AJL18

Pada 28 Disember 2003 ini bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil akan berlangsung sekali Anugerah Juara Lagu TV3. Anugerah Juara Lagu merupakan satu anugerah industri muzik yang berprestij dan telah matang dalam meniti usia ke 18 tahun. Satu yang harus dibanggakan. Persaingan sengit dan peluang terbuka luas untuk penyanyi seperti Ning Baizura, Noraniza Idris, Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Yasin, Exists, OAG, May, Mas Idayu, Misha Omar dan Ezlynn. Pertandingan tersebut juga menyaksikan komposer-komposer baru dan lama bertarung untuk merebut Anugerah Juara Lagu seperti Naza, Ajai, KRU, G-Nola, Zuraini, Adnan Abu Hassan, Noraniza Idris, Narawi CD, Yasin, Azlan Abu Hassan dan Mus.

Antara anugerah yang dipertandingkan ialah Persembahan Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik. Lebih menarik, buat julung-julung kalinya Persembahan Terbaik akan dinilai oleh penonton melalui undian secara SMS.

AJL18Kategori Pop Rock
Aku Statik (OAG)
Ku Milikmu (Siti Nurhaliza)
Percayakan Siti (Exists)
Hi Hi Bye Bye (Ezlynn)

Persaingan agak sengit bagi kategori ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Siti Nurhaliza sering mendominasi kategori ini. Begitu juga tahun ini. Kekuatan unsur pop-rock pada lagu ku Milikmu serta adunan muzik moden pada lagu tersebut amat baik. Vokal Siti Nurhaliza turut memberi impak yang besar terhadap lagu tersebut. Lagu Percayakan Siti bakal memberikan saingat sengit terhadap lagu Ku Milikmu. Tuah nama Siti pada lagu tersebut juga mampu memberikan elemen kejutan di malam Anugerah Juara Lagu 18. Lagu Hi Hi Bye Bye menampilkan sedikit kelainan dari kebiasaan. Lagu ini amat catchy melodinya serta mudah diterima telinga. Liriknya selamba. Silap haribulan lagu ini mampu mencelah dan muncul menjuarai kategori ini. Begitu juga dengan lagu Aku Statik nyanyian OAG. Saya suka dengan kelainan yang ditampilkan oleh lagu ini tetapi melihatkan persembahan OAG masih banyak yang perlu diperbaiki untuk memantapkan lagu ini.

Ramalan : Ku Milikmu
Underdog : Percayakan Siti

AJL18Kategori Irama Malaysia & Etnik Kreatif
Tandang Bermadah (Noraniza Idris)
Wassini (Waheeda)
Salsabila (Yasin)
Hasrat Perindu (Mas Idayu)

Kategori ini menyaksikan pertarungan sesama sendiri untuk Yasin. Kekuatan lagu ciptaan Yasin agak sukar digugat oleh mana-mana lagu. Oleh yang demikian saya meramalkan Wassini nyanyian Waheeda mampu membuat kejutan. Cuma diharapkan agar persembahan Waheeda dapat diperbaiki agar kegugupan beliau di atas pentas dapat ditutup dengan persembahan nyanyian yang cemerlang. Karisma beliau sebagai penyanyi lagu tersebut sudah beliau miliki. Lagu Hasrat Perindu hanya sekadar memenuhi kuota. Tandang Bermadah bakal menyaksikan pemenang Persembahan Terbaik tiga tahun berturut-turut menerbangkan seangkatan penari dari Kampung Budaya Sarawak ke Bukit Jalil.

Ramalan : Wassini
Underdog : Salsabila

AJL18Kategori Balada
Selagi Ada…Cinta (Ning Baizura)
Keabadian Cinta (Anuar Zain)
Bunga Bunga Cinta (Misha Omar)
Sinar (May)

Persaingan terbuka untuk lagu Selagi Ada…Cinta, Keabadian Cinta dan Bunga Bunga Cinta. Kekuatan tiga lagu ini sukar digugat oleh Sinar. Apabila mendengar ketiga-tiga lagu tersebut, saya lebih mengkagumi lagu Keabadian Cinta nyanyian Anuar Zain. Kekuatan lagu ini terletak kepada melodinya yang indah dan liriknya yang mudah tetapi penuh ungkapan bermakna. Kekuatan vokal Anuar Zain memberikan impak yang amat besar terhadap lagu tersebut. Lagu Selagi Ada…Cinta yang dihasilkan oleh pasangan suami isteri iaitu Ajai dan Nurul juga indah tetapi terlalu mendatar. Berbeza dengan lagu Keabadian Cinta dan Bunga Bunga Cinta bila mana tempo lagu tersebut dikawal dengan baik dan klimaksnya dibina dengan berkesan. Improvisasi vokal oleh Anuar Zain dan Misha Omar untuk baris-baris terakhir lagu tersebut sememangnya ditunggu-tunggu oleh penonton. Saya meletakkan harapan yang besar untuk lagu Keabadian Cinta untuk kategori ini.

Ramalan : Keabadian Cinta
Underdog : Bunga Bunga Cinta

Persembahan Terbaik, persaingannya terbuka luas. Saya tidak mampu meramal kerana ia perlu dinilai berdasarkan persembahan malam tersebut. Meneliti resume Anugerah Juala Lagu yang terdahulu, tentunya nama seperti Noraniza Idris sering menjadi sebutan untuk menampilkan sebuah persembahan ala Citrawarna kelak. Setiap tahun, penonton sudah pasti ingin melihat gimik yang ditampilkan oleh beliau. Sebenarnya kreativiti sesebuah persembahan tidak harus dikekang oleh kategori sesebuah lagu tersebut. Oleh yang demikian, hanya lagu dari kategori Irama Malaysia sahajakah yang mampu untuk menggondol anugerah Persembahan Terbaik ? Setakat tahun lepas, persembahan kategori Pop Rock nampaknya masih terikat dan tidak nampak kreativiti penyanyi. Sekadar memberi contoh, Michael Jackson lebih sering menyanyikan lagu berentak pop-rock tetapi masih mampu untuk beraksi cemerlang di atas pentas dengan bantuan seangkatan penari-penarinya. Sewajarnya ilham ini diikuti oleh penyanyi Kategori Pop Rock. Undian SMS oleh penonton diambilkira sebanyak 50%. Oleh yang demikian sesiapa sahaja mampu untuk memenanginya. 50% adalah di tangan peminat oleh yang demikian peminat wajar melakukan sesuatu untuk memastikan artis kesayangan mereka memenangi anugerah tersebut. Beberapa SMS Party sempena Juara Lagu 18 juga telah dilancarkan oleh sekumpulan peminat untuk melihat artis kesayangan mereka menang anugerah tersebut.

Persembahan Vokal Terbaik menyaksikan persaingan sengit antara Anuar Zain, Siti Nurhaliza, Ning Baizura dan Misha Omar. Semuanya bergantung di malam persembahan. Kesilapan sedikit mampu merosakkan peluang untuk menggondol anugerah yang pernah dimenangi oleh Liza Hanim tahun lepas.

Video Wassini Adibah Noor
Menonton video persembahan selingan Adibah Noor, Dayang Nurfaizah dan Fairuz Hussein saya sudah dapat merasakan kehangatan Anugerah Juara Lagu 18. Silap haribulan anugerah Persembahan Vokal Terbaik dimenangi oleh Adibah Noor. Adibah sewajarnya mengimbangi sedikit persembahannya agar penyanyi asal lagu tersebut tidak dimalukan di malam persembahan.

Berdasarkan ramalan dari ketiga-tiga kategori, saya meletakkan harapan yang besar buat lagu Azlan Abu Hassan bertajuk Keabadian Cinta nyanyian Anuar Zain. Jika persembahan Waheeda dapat diperhebatkan lagi di malam pertandingan, ia mampu membuat kejutan.

Kepada penonton yang berminat untuk menyaksikan Anugerah Juara Lagu 18 secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil, bolehlah membeli tiket secara online di Ticket Charge sebelum terlambat. Penuhkan Stadium Putra, kalau tidak malu TV3 kalau stadium tak penuh. Tiket Kemuncak Konsert Akademi Fantasia, orang berebut-rebut dan sampai bergaduh kerana sekeping tiket ! :)

Nota: Hari-hari sakit kembali semula bermula semalam 23 Disember 2003. Setelah 18 bulan, hasilnya amat baik. Saya sudah boleh kembali tersenyum walaupun tawar. :)

Entri oleh sultanmuzaffar 22 December 2003 0 komen

Dipetik dari majalah KLUe keluaran ke 50
Disambung oleh saya sendiri dan beberapa pembaca...:)

OUT

WowFM
Echo
Butterfingers
MNG
Movement
Sweat Club
Soho Grappa
Rebonding
Mediterranean restaurants
Tech house
Drum 'n' bass
Foreign DJs
HitzFM
Driving
Glowsticks
Bohemian
Bangsar
Clubbing
Mid Valley
Vivid
Tower Records
Positive Tone
Bubble tea
Wakeboarding
VCD stalls
Completely local mags
LRT
Jerrica Lai
Dr M
Maya Karin
The Back Room
Britney
Nokia
Nike
SMS
Discman
IRC
ICQ
"Open bottle"
Teen horror movies
Singing in English
Underground
Portugeuse egg tarts
Roda Impian
David Copperfield
Siti Nurhaliza
Survivor
99.3 FM
NetMeeting
Diary
Cellphone with FM Radio
Call Out
Dial-Up ISP
Karam Singh Walia (Ibarat pelanduk di tengah-tengah gajah mati tersepit)
Cool guy
Azwan Ali (boleh kena saman ni !)
Vince
Rosma
Matic Hall KL
The Mall
Zaiful Zainal Abidin (400m)
Samy Vellu

IN

Red104.9
La Bodega Lounge
Too Phat
Zara
Atmosphere
Fitness First
Frangipani
Bangs
Hong Kong eateries
Electro house
Breakbeat
Local DJs
Hitz TV
LRT/Monorail
Wine glasses
'60s mod
Changkat Bukit Bintang
Pubbing
IKEA
Velvet
Kazaa, Soulseek
Real independent labels
"Lemon"-flavoured diet cola
Futsal
DVD stalls
Local-based foreign mags
Monorail
January Low
Pak Lah
MizzNina
The Back Room
Justin
Sony Ericsson
Puma
MMS
iPod
Friendster
MSN Messenger
Cocktails
Asian horror movies
Singing in BM
Selling out
Roti Boy's Mexican bum
Akademi Fantasia
David Blaine
Ning Baizura
Survivor
Era.FM
Yahoo! Messenger Webcam
Weblog
Cellphone with camera
SMS/MMS
Streamyx
Wan Kamaruddin (Takkan kita nak dok nganga saja ?)
Dork
Aznil Hj Nawawi
Adifashla (hahahahaha..bias !)
Nija
Actors Studio
Berjaya Times Square
Nazmizan (100m)
V.Pandithan

Ada sesiapa lagi yang boleh tambah ?

Entri oleh sultanmuzaffar 18 December 2003 0 komen

Rakaman Spontan Pelangi di Damansara

Pelangi 2003

Ini bukan kali pertama saya melihat pelangi. Apabila melihat pelangi, tindakan yang pertama saya lakukan ialah menudingkan jari ke arah pelangi. Sekali ! Saya melihat jari itu kembali. Tak kudung pun ? Kali Kedua ! Saya melihat jari itu lagi. Masih tidak kudung ! Kali Ketiga ! Masih tidak kudung ! Hasilnya, saya ambil kamera digital saya, dan rakam gambar pelangi. Saya tekan punat kamera dengan jari yang saya gunakan untuk menuding ke arah pelangi itu tadi. Ada gambar yang terhasil, maknanya jari saya masih tidak kudung.

Pelangi 2003

Pelangi 2003

Pelangi 2003

Pelangi 2003

Amaran oleh Kerajaan Malaysia: Mengambil gambar sambil memandu, membahayakan kesihatan !

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Projek Suitcase 2003

Saya berkesempatan untuk menonton teater monolog yang dipersembahkan sempena Projek Suitcase 2003. Karya-karya oleh penulis-penulis drama di kalangan generasi muda dari Malaysia dan Singapura seperti Faisal Tehrani, Nam Ron, Alfian Sa'at dan Aidli 'Alin' Mosbit dipersembahkan dalam bentuk persembahan monolog.

Suitcase 2003matderihkolaperlih
matderihkolaperlih hebat di pentas. Pelakon kelahiran Perlis ini bersahaja apabila melontarkan dialognya. Dialek yang digunakan mungkin sudah biasa beliau gunakan. Monolog ini diarahkan, dilakonkan dan ditulis oleh Nam Ron. Nam Ron menjadi dirinya sendiri dalam monolog ini. Begitu bersahaja tetapi lakonannya berjaya dikawal dengan baik. Penonton seolah-olah terkunci untuk menontonnya dari awal hingga akhir. Transformasi pelbagai watak juga mampu direalisasikan oleh beliau dengan cemerlang. Saat di kala beliau membuka dompet lelaki yang baru sahaja dibunuh olehnya, penonton diam. Seakan-akan dibawa bersama perasaan kecewa, sedih hasil dari lakonannya itu. Nam Ron berjaya memancing penonton dengan lakonannya dan saya pasti penonton termakan umpan lakonannya yang hebat. Satu yang agak menarik ialah penglibatan penonton yang tanpa segan silu memberikan kerjasama yang baik di dalam monolognya itu. Penonton berinteraksi dengan beliau seperti profesional. Penggunaan teknik bayang memberikan satu kelainan dalam pengarahan teater. Sebenarnya, jika diberi sedikit kelonggaran, teater mampu menjadi medium untuk penggiat teater yang “outspoken” untuk berkarya kerana apa yang dipersembahkan adalah secara langsung tanpa ada sekatan guntingan penapisan.

Suitcase 2003La Libre Latifa (Latifa yang Bebas)
La Libre Latifa berkisar tentang seorang wanita yang ingin berkahwin dengan lelaki dari India tetapi mendapat tentangan keluarganya. Lakonan Molizah Mohd Mohter sebagai Latifa amat cemerlang. Beliau beraksi dengan penuh bertenaga lalu berjaya menjiwai wataknya dengan baik. Tenaga yang disalurkan kepada watak Latifa sungguh diluar dugaan. Transformasi wataknya dengan beberapa watak lain yang harus dibawa oleh beliau berjaya dijanakan dengan lancar. Hingga saya merasakan watak tersebut dibawa oleh pelakon yang berlainan. Cerita yang dipersembahkan juga merupakan sebuah cerita masyarakat. Kisah yang biasa tetapi mesej yang ingin disampaikan berjaya mendapatkan audiennya. Kelebihan La Libre Latifa yang saya kira amat menarik ialah penggunaan teknik multimedia di dalam persembahannya. Layar video sebenarnya mampu memberi pemahaman yang lebih baik kepada penonton. Kekuatan monolog ini tentunya terletak pada arahan dan lakonan pelakonnya yang cemerlang. Kita patut membuat keputusan yang akhirnya menggembirakan diri kita dan bukannya untuk memuaskan hati orang lain.

Suitcase 2003Minah & Monyet
Minah & Monyet disogok dengan terlalu banyak sub-plot sehingga cerita utama monolog ini tenggelam. Dinilai dari aspek lakonan, saya kira Elnie Shumastri telah berjaya membawakan wataknya dengan cemerlang mengambilkira beliau hanyalah understudy. Tiga hari untuk menghafal monolog-monolog panjang amat mengkagumkan dan saya harus tabik kepada beliau. Sekali lagi transformasi pelbagai watak berjaya dilakukan dengan baik.

Monsopiad & Lain-Lain Cerita
Kata Nizam Zakaria, Monsopiad & Lain-lain Cerita adalah sebuah karya yang kabur (cukup kabur sehingga rakan penonton di sebelah saya tertidur buat beberapa ketika). Harap maaf, sayalah yang tertidur itu. Karya berbahasa asing (Dusun) ini jika sarikatanya tidak ditapis sudah pasti saya akan menontonnya dari awal hingga akhir. Ulasan saya cukup setakat ini sahaja.

Komen keseluruhan
Kesan tatacahaya yang digunakan adalah secara minima sesuai dengan konsep monolog yang dipersembahkan. Paling penting dalam monolog ialah lakonannya. Kedua adalah ceritanya dan yang akhir ialah tekniknya. Tanpa kekuatan teknik, persembahan monolog masih boleh dipersembahkan, tetapi tanpa kekuatan cerita, persembahan monolog boleh gagal. Penggunaan multimedia serta sarikata yang terpancar di dinding Stor Teater sedikit sebanyak memberikan lebih pemahaman kepada naratif cerita yang dipertontonkan. Secara keseluruhan saya harus puji penerbit Projek Suitcase 2003 yang telah berjaya memperkenalkan kepada saya generasi penggiat teater Singapura. Sebelum ini saya hanya sekadar mendengar nama dan tidak pernah berpeluang untuk menonton persembahan mereka. Karya-karya penggiat generasi muda teater perlu diperluaskan lagi agar raungan suara anak-anak muda teater kelompok ini didengar oleh khalayaknya.

Rating
matderihkolaperlih: A
La Libre Latifa (Latifa yang Bebas): A-
Minah & Monyet: B-
Monsopiad & Lain-Lain Cerita: tiada

Entri oleh sultanmuzaffar 15 December 2003 0 komen

Akademi Fantasia Zoo Negara
yahoogroup imbasan akademi fantasia
14 Disember 2003

Zoo Negara
Setelah hampir empat bulan berlalu, rupanya demam Akademi Fantasia masih belum kebah lagi. Kerana Akademi Fantasia, saya menjejakkan kaki ke Zoo Negara buat kali kedua mungkin. Saya sendiri tidak ingat bila kali terakhir saya melawat Zoo Negara.

Saya mengatur temujanji bersama beberapa orang teman untuk sama-sama ke Zoo Negara. Saya tiba sekitar jam 1.30 petang. Keadaan di Tempat Pertunjukan Singa Laut masih lagi terkawal. Walaupun tempat duduk hampir penuh.

Saya sempat bertemu dengan Shaz sekeluarga sebelum mereka beredar mencari tempat duduk. Teman-teman saya masih belum tiba. Saya mengambil keputusan untuk melawat haiwan-haiwan yang berhampiran.

Zoo Negara
Berselisih dengan MPV Astro, Atie menurunkan cermin kereta dan menegur saya. Sahri juga ada di dalam MPV tersebut. Atie mengkhabarkan yang beliau tidak dapat turut serta kerana perlu bergegas ke Istana Budaya untuk sessi latihan teater Anak Kerbau Mati Emak yang akan dipentaskan bulan Januari. Sempat bersalaman dengan mereka lalu meneruskan perjalanan untuk melawat sekitar Zoo Negara.

Saya kembali semula ke Tempat Pertunjukan Singa Laut, hampir penuh. Saya sempat bertemu dengan Freddie Fernandez sewaktu sessi sound check. Teman-teman saya masih belum tiba.

Seketika kemudian, mereka tiba.

Zoo Negara
Antara graduan yang ada pada petang itu ialah Adifashla, Nija, Khai, Rosma, Nana, Burn, Azza dan Sahri. Persembahan pelajar Akademi Fantasia bermula dengan lagu Hanya Memuji. Saya harus memberitahu yang persembahan mereka semakin bertambah baik. Mungkin kerana itulah pekerjaan mereka dan koreograf tarian yang perlu mereka lakukan setiap hari.

Sha Na Na
Graduan perempuan menyengat dengan lagu Sha Na Na. Tempo lagu yang rancak berjaya menutup kelemahan mereka. Saya berpuas hati dengan showmanship mereka. Semakin bertambah baik. Mereka berjaya menguasai pentas dengan cemerlang terutamanya Nana.

Aladdin
Persembahan bertenaga dari empat graduan lelaki amat baik. Saya suka melihat bagaimana energetiknya Sahri melompat-lompat mendendangkan lagu ini. Jenaka spontan yang dibuat oleh mereka berjaya sampai kepada penonton. Gaya komunikasi mereka juga semakin baik dan bijak disesuaikan mengikut keadaan. Keyakinan mereka di pentas nampaknya semakin baik.

Pagi Hari Raya
Lagu raya ini didendangkan dengan baik oleh mereka. Koreograf tarian hampir serupa dengan yang dipersembahkan sewaktu Rumah Terbuka Akademi Fantasia.

Khayalan
Khayalan merupakan lagu wajib mereka. Lagu ini juga merupakan peneraju carta Top 100 Akademi Fantasia pilihan saya. Koreograf tarian mereka amat cemerlang. Saya merakam sepenuhnya persembahan lagu ini. Rap solo oleh Nana merupakan yang pertama kali saya dengar. Juga cemerlang dan sesuai dengan imej seksi beliau.

Menuju Puncak
Menuju Puncak didendangkan dengan beberapa “pelajar Akademi Fantasia musim kedua” yang terpilih. Menariknya persembahan ini kerana beberapa orang kanan-kanan yang boleh menghafal gerak tari lagu tersebut. Begitu hebat minat mereka terhadap Akademi Fantasia.

Selesai persembahan, keadaan masih dapat dikawal dan mereka dibawa pulang dengan menaiki sebuah jeep convertible. Selesai persembahan saya dan beberapa orang teman singgah sebentar di Marry Brown. Kami sama-sama melihat gambar-gambar yang sudah siap serta bercerita tentang mereka.

Zoo Negara
Saya akui demam Akademi Fantasia belum kebah lagi. Ada di antara mereka yang tidak percaya saya sanggup ke Zoo Negara. Saya sendiri tidak percaya bagaimana saya boleh sampai ke Zoo Negara kerana Akademi Fantasia. Ajaib !

Terlalu banyak perkara-perkara ajaib yang berlaku angkara Akademi Fantasia. Saya sendiri hairan bagaimana seseorang peminat itu sanggup ke KLIA untuk menyambut kepulangan mereka dari Brunei, ada yang sanggup datang menyaksikan rakaman Roda Impian, ada yang sanggup ke Zoo Negara (baca: saya), sudah terlalu banyak yahoogroup yang muncul selepas tamat Akademi Fantasia, saya sendiri menjadi ahli kepada 12 yahoogroups, Nemo juga ada yahoogroups sendiri, pembaca-pembaca weblog saya yang meminati Akademi Fantasia menubuhkan group sendiri iaitu affening juga angkara Akademi Fantasia, serta banyak lagi perkara-perkara ajaib yang berlaku kerana Akademi Fantasia. Saya di dalam proses mengumpul bahan untuk artikel "Tanda-Tanda Demam Akademi Fantasia Anda Belum Kebah".

Semoga ini berterusan lagi kerana Imbasan Akademi Fantasia akan tersiar di NTV7 bermula 22 Disember 2003. Akan muncul lebih banyak audiens baru yang akan diperolehi oleh Akademi Fantasia. Maka akan bertambah peminat-peminat Akademi Fantasia.

video gathering : adifashla ucap terima kasih

Nota: En. Kariman dan Cik Wati atau staff perkhidmatan kaunter Telekom Malaysia ! Sikap kakitangan perkhidmatan Telekom Malaysia yang merasa mereka sahaja yang ada kerja tanpa menghiraukan hal pelanggan mereka amat dikesali. Kakitangan perkhidmatan Telekom Malaysia perlu ubah sikap bangsat dan tidak bertanggungjawab ini. Saya menunggu hampir tiga jam di rumah sementara menunggu vendor dari Telekom Malaysia membuat pemasangan perkhidmatan Streamyx saya tetapi borang order masih berada di Telekom. Oleh itu 3 jam masa saya terbuang begitu sahaja. Saya akan pastikan mereka membuat pemasangan malam ini juga !

Entri oleh sultanmuzaffar 11 December 2003 0 komen

Tiga Jam Yang Terlalu Singkat
Gathering

video gathering : adifashla ucap terima kasih
Gathering
Salam buat semua (gathering yahoogroups adifashla, atie, sahri & nija),

Gathering
Terasa seronok bila dapat berjumpa dgn kawan-kawan baru. First time pergi gathering, rasa macam culture shock. Tak reti nak cakap apa, bila ditegur baru bersuara. Hanya sekadar merakamkan foto untuk tatapan sendiri.

Tiga jam yang dipinjamkan terasa begitu singkat. Walaupun terasa masih berbaloi.

Gathering
Tahniah kepada pengurusan yang berusaha gigih melaksanakan acara ini. Terima kasih juga kepada yang sudi hadir. Terima kasih yang tidak terhingga buat Adifashla, Sahri, Atie dan Nija yang sudi meminjamkan masa mereka selama tiga jam kepada kami. Tiga jam yang terlalu singkat.

SM

Foto
Gathering
Gathering
Gathering
Gathering