Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Pementasan Teater Topeng Topeng

Entri oleh sultanmuzaffar 22 April 2008

Image Hosted by ImageShack.us

Tajuk Teater 'Topeng-topeng' dipilih dari puisi Dato' Baha Zain yang popular di mana isi dan maksud puisi ini dijadikan tema skrip. Puisi-puisi beliau yang lain dipilih untuk menyokong dan membantu perkembangan tema dan plot teater ini.

Dato Baha terkenal dengan puisi-puisi yang berbahasa indah tetapi mudah untuk difahami oleh semua golongan. Puisi-puisinya walaupun ditulis di tahun enampuluhan dan tujuhpuluhan melahirkan pelbagaian rasa dan emosi ke arah mencari keseimbangan sikap (positive attitude) di dalam kehidupan.

Sinopsis

"…Aku seharusnya berada di tengah kawan-kawan ..atau berbicara dengan diplomat, profesor atau peguam…" – Baha Zain

Cerita berlaku di sebuah bistro yang selalu menjadi kunjungan beberapa orang profesional untuk melepaskan penat selepas seharian selepas bekerja di kantor. Kehadiran mereka merancakkan suasana di bistro pada suatu malam. Di bistro mereka bebas kerana dapat meninggalkan topeng yang dipakai untuk sementara waktu..

"…dalam gendang perang nanti malam akulah Rawana dengan topeng Hanuman." – Baha Zain
Sedang mereka rancak berdebat sambil berpesta, Watak 1 mendapat berita kematian ibunya. Berita ini mengejutkan mereka dari khayalan dan omongan para pelayan di bistro itu.
Kematian membuatkan manusia sedar ada yang mengatur segalanya. Inilah yang dirasakan oleh Watak 1 ketika menerima khabar yang ibunya telah meninggal dunia sekali gus membawanya merenung kembali kehidupan yang telah dilaluinya.

"…ibu..aku telah mencuba..tapi..Tuhan lebih pintar dari ikhtiar manusia. Pada kebesarannya engkau kembali …"- Baha Zain

Topeng-Topeng merupakan anjuran stefani – Sanggar Teater Fauziah Nawi

Tarikh - 23 - 3- April 2008
Masa - 8.30 malam
Lokasi - Stor Teater Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur


Karya - Baha Zain
Arahan - Fauziah Nawi
Skrip & Muzik - Iryanda Mulia

Tiket berharga RM30 & RM20 (dewasa) dan RM10 (Student & kanak-kanak) boleh didapati di Pintu Masuk Stor Teater.

Pelakon
1. Wan Yuzaini Wan Yahya
Pelakon & penyanyi utama
Pelakon utama muzikal Orang Kota Baru & muzikal KLKu
2. Ard Omar
Pelakon teater dari ipoh, kali kedua bersama stefani, pertama di dalam muzikal KLKu.
3. Ashrin Abd Azim
Opera Ayu Cendana, Lorong Blues, KLKu.

Lain-lain pelakon dari bengkel teater Stefani

Informasi & tiket - 017-6797151 (Mokhtar ), 016-3203897 (Anis)
Tel / Faks - 60342535393 (pejabat)
Email: mok61@streamyx.com atau mok611@gmail.com
Blog: http://akulahrawana.blogspot.com

Nota : Saya akan pergi pada 24 April ini sebagai mewakili Gala TV Astro AWANI. Jumpa di sana !

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger