Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Mama Rina The Legend...Katanya...Walaupun...

Entri oleh sultanmuzaffar 08 April 2008

Saya memang seronok bila ada konflik dalaman di Akademi Fantasia. Tahun lepas blog ini menerima ugutan pun kerana berlakunya konflik dalaman dalam Akademi Fantasia musim lepas.

Nampaknya berlaku gelora di dalam Akademi antara Rina dan beberapa pelajar lelaki. Sukar untuk ditafsirkan sebabnya kerana apabila cuba dikorek rahsia dalaman dari Naim dan Lufya, mereka memberikan jawapan selamat.

Riz dilihat kurang berpuas hati apabila Rina sering mendapat lagu yang best. Bukan soal best di sini. Ia lebih kepada cara seseorang pelajar menggunakan pengalamannya untuk menyerlah. Sesiapa sahaja yang mendapat lagu Enter Sandman boleh menggunakan lagu tersebut untuk menambah keyakinan penonton.

Saya melihat berlakunya gabungan antara Riz, Stanly dan Toi. Faisal hanya sekadar menjadi pemerhati. Manakala Nubhan dan Alif mengambil langkah bijak untuk tidak terlibat dalam perselisihan tersebut. Ia langkah paling bijak untuk Akademi Fantasia. Faisal sedar wujudnya perselisihan tersebut sehingga mengklasifikasikan adanya haluan kiri dan haluan kanan dalam Akademi.

Di meja makan, (tahun lepas pun di meja makan juga...) Rina turut membakar dengan kenyataan-kenyataan yang mampu untuk mengguris lagi luka di hati Riz. Muka Riz pun boleh tahan angin dengan kenyataan tersebut. Yang paling best bila Stanly pun turut sama mengapi-apikannya. Sempat lagi dikuiskan kaki Riz. Lagi lah bara hati mamat tu !

Tumpuan latihan pelajar diberikan oleh Pengetua hari ini. Seorang demi seorang diperiksa. Faisal kena, Saida kena, Stacy kena. Saida masih dengan masalah sama. Kadang-kadang penat juga bila setiap kali latihan, itu saja yang termampu diberikan olehnya.

Nota : The Other Side of Riz at MrManager