Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Nubhan Curi Tumpuan Di The Pavillion

Entri oleh sultanmuzaffar 04 April 2008

Sebagai langkah untuk mengatasi perasaan takut dan gugup di atas pentas, empat pelajar Akademi Fantasia 6 diuji dengan membuat persembahan secara terbuka.

Persembahan istimewa yang julung-julung kali diadakan itu berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur, pukul enam petang semalam.

Empat pelajar Akademi Fantasia itu terdiri daripada RIZ, STANLY, SAIDA dan NUBHAN.

Setiap pelajar diminta untuk mendendangkan dua buah lagu seorang.

Stanly membuka gelanggang dengan lagu Sudah Tu Sudah, lagu yang pernah beliau bawakan di konsert minggu lepas.

Diikuti oleh Riz dengan lagu Kasih Latifah yang pernah dipopularkan oleh Spider.

Nubhan menyusul dengan lagu popular Imran Ajmain, Seribu Tahun yang mendapat tepukan gemuruh pengunjung pusat membeli-belah itu sebelum Saida menutup segmen pertama dengan lagu Kaulah Segalanya dendangan asal Ruth Sahanaya.

Segmen kedua dimulakan dengan Stanly untuk lagu Izin Ku Pergi dan menyusul selepas itu Riz dengan lagu Kasih Berubah dendangan asal Ferhad.

Nubhan menerima jeritan paling gemuruh apabila mendendangkan lagu Bukan Diriku oleh Samsons.

Saida menutup persembahan kejutan tersebut dengan lagu Berdua Lebih Baik dendangan asal Acha Sepriasa.

Keberanian dan kecekalan mereka berhadapan dengan situasi yang jarang-jarang berlaku di Akademi Fantasia wajar dipuji.

Interaksi pelajar bersama penonton juga dapat dilihat pada persembahan mereka.

Turut hadir di The Pavillion ialah Pengetua Ramli MS, Penasihat Persembahan Pentas, Anita Sarawak, Guru Vokal mereka iaitu Genervie Kam dan rakan-rakan media.

Apakah perasaan takut dan gugup mereka berkurangan selepas persembahan tersebut ?

Pengetua, Ramli MS ada jawapannya.