Konsert 3 Akademi Fantasia 6 bermula dengan gimik yang menarik. Menariknya bila muzik rock bergegar di persembahan konsert minggu ini. Bermula dengan penuh bertenaga. Kalau momentum tersebut berterusan hingga ke penghujung konsert pasti ianya akan menjadi sebuah konsert yang paling diingati.
Lebih menarik apabila Adlin Aman Ramlie ke kerusi pengkritik. Namun drama yang dicetuskan oleh Adlin nyata berbeza minggu ini. Minggu ini Adlin lebih serius dan bukan sarkastik bertempat seperti minggu lepas. Bertemu dengan Adlin sejurus konsert tamat nyata beliau kurang berpuas hati dengan persembahan pelajar yang beliau sifatkan main-main dan terlalu berlakon untuk menampilkan sebuah persembahan bertemakan rock.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Sesuatu yang mengejutkan dari Alif yang telah membawakan lagu Kamelia dengan baik sekali. Nyanyiannya jelas dan memberikan kesan. Usaha lebih yang ditunjukkan oleh beliau nampaknya membuahkan hasil. Mutu vokal Alif dapat didengar minggu ini berbanding minggu lepas. Kekurangan Alif adalah untuk menjaga staminanya agar momentum persembahannya dapat dikekalkan hingga penghujung lagu. Jelas sekali Alif tidak berjaya untuk mengekalkannya. Dilihat dari pola pengundian nampaknya Alif akan selamat. Kedudukan undiannya terlalu kukuh.
Faisal - Sentuhan Kecundang (1/10)
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
Sekali lagi Faisal amat mengecewakan. Melodi lagu dan nyanyiannya jauh tersasar. Sebuah lagu yang malar segar seakan tidak bermaya malam itu. Faisal mungkin berasa sedikit selesa apabila sekali lagi minggu ini diuji dengan lagu rock setelah menerima pujian dari Adlin minggu lepas. Mengambil mudah dan hasilnya tidak seberapa. Faisal hanya jaguh gaya tetapi kosong jiwa nyanyian. Faisal benar-benar tidak bersedia dengan melodi lagu tersebut dan nyanyiannya jelas tersasar di banyak bahagian-bahagian utama. Faisal sepatutnya disingkirkan minggu ini dan nampaknya dia terselamat. Sampai bila agaknya dia akan terselamat ?
Lufya - Tika Dan Saat Ini (5.5/10)
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
Sebuah lagi lagu yang sedap iaitu Tika Dan Saat Ini. Saya harus bersetuju apabila rata-rata pengkritik memberikan komen tentang pakaian Lufya. Memang benar sekali apa kata mereka. Jiwa lagu tersebut tidak berjaya diserap ke dalam persembahan Lufya. Memang jelas ketara Lufya terlalu mencuba untuk lagu ini dan hasilnya sebuah persembahan yang mudah dilupakan. Saya melihat nasib Lufya banyak terletak pada sifatnya di dalam Diari. Oleh itu apa yang beliau lakukan di Konsert sudah menjadi tidak begitu erti.
Nadia - Total Eclipse Of The Heart (9.5/10)
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
Puas hati apabila menonton persembahan Nadia. Tumpuan diberikan kepada vokal kerana itu kekuatan utama Nadia. Pengajaran paling penting yang beliau pelajar minggu lepas dipraktikkan minggu ini. Lebihkan vokal dan kurangnya persembahan pentas yang dibuat-buat. Vokalnya tepat dan turut dibantu oleh Stanly yang telah melengkapkan persembahannya. Inilah yang dikatakan oleh Adlin agar pelajar perlu memberikan tumpuan kepada vokal. Nampaknya pelajar perlu melupakan kelas seni persembahan dan tarian yang banyak mengganggu persembahan mereka.
Naim - Opera Hidup (2/10)
Perkembangan : BELUM BERSEDIA
Memang amat bersesuaian sekali apabila Naim tersingkir kerana sudah beberapa minggu tiada peningkatan ditunjukkan oleh Naim. Dia gagal untuk memberikan sebuah persembahan yang bertenaga melalui lagu Opera Hidup dan persembahan vokalnya juga tidak konsisten.
Nubhan - Summer of 69 (4/10)
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Nampak sekali Nubhan tidak begitu selesa dengan lagu Inggeris. Itulah cabaran yang perlu dipikul. Sesekali mereka kena keluar dari kepompong pengalaman mereka yang rutin saja. Elemen utama persembahannya adalah apabila dia membaling kaca matanya kepada penonton yang paling kaca mata itu terus dikekalkan di mukanya akan lebih mengganggu persembahannya. Saya sendiri tidak tahu sama ada dia faham atau tidak apa yang beliau nyanyikan.
Rina - Enter Sandman (10/10)
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Mantap ! Persembahan terbaik malam itu. Pengalamannya nyata membuahkan hasil. Rina berjaya menggegarkan seluruh dewan dengan tepukan paling gemuruh dan juga menerima standing ovation dari penonton. Kepuasan pada wajah penonton jelas terpancar. Bersandarkan bakat nyanyian, undian untuk Rina melonjak. Rina bernasib baik kerana mendapat lagu yang benar-benar bertenaga untuk dirinya dan juga untuk penonton. Saya puas hati dengan persembahannya.
Riz - Dari Sinar Mata (8.5/10)
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Kekuatan utama Riz ialah mutu vokalnya. Sekali lagi apa yang diperkatakan oleh Adlin itu amat benar. Serlahkan vokal dan bukannya aspek persembahan yang terlalu dibuat-buat. Saya sungguh berpuas hati dengan nyanyiannya. Riz antara pelajar yang didenda membuat persembahan terbuka di Pavillion telah mempraktikkan pengalaman yang beliau perolehi di sana ke pentas persembahan.
Saida - Sepi Sekuntum Mawar Merah (6/10)
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
Saya agak kecewa dengan nyanyiannya. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi sewaktu raptai katanya beliau telah berikan nyanyian yang mantap, malangnya tidak kedengaran di persembahan sebenar. Saya masih nampak lagi ketakutan di wajahnya. Walaupun ada peningkatan, tetapi saya masih mengharapkan sesuatu yang luar biasa dari beliau. Aspek persembahan beliau sudah cukup ramuannya, cuma aspek vokal perlu beliau berikan perhatian.
Stacy - Pelesit Kota (9.3/10)
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Stacy memulakan persembahan pada malam itu dengan sebuah persembahan yang bertenaga. Saya suka gerak tari beliau di atas pentas. Nampak beliau benar-benar bersedia dan menguasai pentas dengan baik. Pada firasat saya, Stacy akan berjaya mendapat lagu single barunya dari Pengetua minggu depan. Persembahan vokal Stacy tidak perlu saya nafikan. Beliau telah memberikan sebuah persembahan vokal yang mantap lebih-lebih lagi untuk sebuah lagu yang rancak seperti Pelesit Kota.
Stanly - Patahnya Sayap Malam (3/10)
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
Sekali lagi minggu ini Stanly mengecewakan. Saya akui lagu Patahnya Sayap Malam agak sukar buat Stanly tetapi tentu ada sebab mengapa dia diberikan lagu tersebut. Memang nampak tersiksa benar dia membawakan lagu tersebut. Stanly sukses membantu Nadia, tetapi gagal membawakan lagunya sendiri. Saya cuba membayangkan Josh Groban membawakan lagu rock, pastinya kelihatan agak janggal. Itulah nasib yang menimpa Stanly.
Toi - C.I.N.T.A. (6.5/10)
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Saya harus akui Toi mempunyai karisma di atas pentas. Kekurangannya cuma raut wajah yang tidak begitu komersial untuk diberikan undi. Saya terhibur dengan setiap nyanyiannya yang ada jiwa. Sudah beberapa minggu ini beliau berjaya memberikan persembahan yang terbaik. Saya mahu melihat persembahan yang diluar dugaan yang mampu diberikan oleh Toi. Beliau harus bijak gunakan keupayaan vokal beliau untuk menambat hati penonton.
Lufya & Naim tersingkir ! Puas hati kerana mereka memang wajar tersingkir kerana tidak menunjukkan sebuah persembahan yang terbaik sejak beberapa minggu lalu. Sepatutnya ada tiga penyingkiran dan Faisal patut menjadi salah seorang daripadanya.
Persembahan Pilihan SM
1. Rina - 10/10
2. Nadia - 9.5/10
3. Stacy - 9.3/10
4. Alif - 8.8/10
5. Riz - 8.5/10
6. Toi - 6.5/10
7. Saida - 6/10
8. Lufya - 5.5/10
9. Nubhan - 4/10
10. Stanly - 3/10
11. Naim - 2/10
12. Faisal - 1/10
Kedudukan selepas konsert berakhir nampaknya masih memihak kepada Stacy dan diikuti oleh Alif. Kedudukan Alif yang agak kukuh di awal konsert dan telah memberikan persembahan yang baik menyebabkan kedudukannya tidak goyah. Begitu juga Stanly yang masih kukuh walaupun memberikan persembahan yang gagal. Rina melonjak dari tangga paling bawah ke tangga keempat dan ini telah membuktikan penonton mula mengundi berdasarkan persembahan. Nadia dan Riz masih selesa kerana mendapat sokongan yang kuat dari peminat mereka selain telah meyakinkan pengundi mereka berdasarkan persembahan terdahulu. Kedudukan Nubhan juga masih kukuh kerana sokongan peminat walaupun memberikan persembahan yang gagal. Saida jatuh tiga tangga kerana masih gagal memberikan persembahan yang terbaik. Manakala Faisal terselamat lagi walaupun memberikan persembahan yang buruk. Toi masih belum berjaya meyakinkan pengundinya dan terselamat minggu ini.
Kedudukan rasmi pelajar bila undian ditutup malam tadi:
Stacy 14%
Alif 10%
Stanly 10%
Rina 10%
Nadia 9%
Riz 9%
Nubhan 8%
Saida 7%
Faisal 6%
Toi 6%
Naim 6% (tersingkir)
Lufya 5% (tersingkir)
0 komen