Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 20 February 2006 0 komen

Ramalan Anugerah Bintang Popular 2005
Pelbagai majlis anugerah telah dan bakal berlangsung pada bulan Februari hingga April ini. Anugerah Juara Lagu ke-20 (AJL20) membuka tirai pada 5 Februari kemudian ada Anugerah MTV Asia, Anugerah Seri Angkasa, 4th Cameronian Arts Awards, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Bintang Popular-Berita Harian (ABP-BH2005) dan juga Anugerah Industri Muzik (AIM06). Konsep pertandingan ABP adalah berasaskan undian peminat menerusi akhbar. Oleh sebab nama anugerah ini popular maka penggunaan peminat selaku panel juri tidak perlu saya pertikaikan. Saya harus mempertikaikan sekiranya nama anugerah ini terbaik tetapi penggunaan SMS diguna-pakai untuk menentukan pemenang. Gelaran terbaik bukan milik peminat. Milik peminat hanyalah untuk gelaran popular. Peminat belum layak untuk menilai yang terbaik.

Menerusi ramalan anugerah kali ini, saya meletakkan pilihan saya dalam senarai “Saya Undi”. Manakala ramalan saya untuk memenangi setiap kategori saya senaraikan dalam bahagian “Undian Untuk Menang Kereta” Apa yang “Saya Undi” tidak semestinya ramalan saya untuk menang tetapi sekadar itulah yang saya undi. Tetapi kalau anda ingin memenangi kereta, anda perlu undi berdasarkan pilihan saya di “Undian Untuk Menang Kereta” kerana itulah ramalan saya untuk anugerah kali ini.

Jom kita tengok siapa yang kena...

A. Pengacara TV Lelaki Popular
Ally Iskandar
Aznil Nawawi
Azwan Ali
Jimmy Shanley
Wahid Senario

Populariti Akademi Fantasia sukar untuk menggugat peluang Aznil Nawawi untuk sekali lagi menggondol anugerah kategori ini. Satu perkara yang menarik apabila bakat-bakar baru dalam bidang pengacara seperti Jimmy Shanley dan Ally Iskandar mampu untuk membolosi diri mereka dalam kelompok pengacara yang lebih berpengalaman. Ini membuktikan rancangan Trek Selebriti mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Satu peluang yang boleh dipergunakan oleh Astro.TV.

Saya Undi : Aznil Nawawi
Undian Untuk Menang Kereta : Aznil Nawawi
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang : Jimmy Shanley

B. Pengacara TV Wanita Popular
Cheryl Samad
Farah Fauzana
Linda Onn
Norzie Pa’Wan Chik
Raja Azura

Sejak muncul dalam Melodi, nama Farah Fauzana semakin dikenali ramai. Bermula d Radio ERA, Farah Fauzana menapak ke arena televisyen dan berjaya menyerlahkan bakat beliau di TV. Pengaruh Majalah 3 juga belum mampu untuk mengetepikan peluang Farah Fauzana untuk muncul pemenang kategori ini. Sekiranya beliau menang, sudah pasti perkataan “Lebih Hangat Daripada Biasa” akan terpacul dari mulutnya. Maaf lah sekiranya tersinggung apabila saya menukar tagline HotFM yang sememangnya salah dari segi tatabahasanya. Daripada bukan Dari. Linda Onn hanya jaguh di radio tetapi masih belum kukuh pengaruhnya di TV. Rancangannya Tanya Linda hanya ditonton oleh pelanggan Astro dan rancangan tersebut masih belum baik kualitinya dan belum cukup popular.

Saya Undi : Farah Fauzana
Undian Untuk Menang Kereta : Farah Fauzana
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang : Farah Fauzana

C. Penyampai Radio Lelaki Popular
Adifashla (XFresh)
Halim Othman (ERA)
Khairil Rashid (ERA)
Kieran (ERA)
Najman (Sinar)

Sukar untuk saya meramalkan peluang Halim Othman sejak beliau berpindah ke Sinar FM. Popularitinya sudah pasti jatuh sedikit kerana pendengar Sinar bukanlah golongan yang suka menghantar undian. Jika kesetiaan peminat Halim Othman diambil kira, sudah pasti peluangnya masih ada untuk memenangi kategori ini. Saya melihat peluang Khairil Rashid agak besar untuk memintas Halim Othman. Namun demikian, populariti beliau boleh saya sifatkan agak seimbang dengan Kieran kerana mereka popular menerusi segmen Pagi Di ERA. Sudah pasti undian terpecah dua. Adifashla disifatkan masih baru dalam kategori ini dan kehadirannya sebagai penyampai perlu diberikan perhatian kerana hanya melalui XFresh, beliau berjaya memboloskan dirinya.

Saya Undi : Khairil Rashid (ERA)
Undian Untuk Menang Kereta : Halim Othman (ERA)
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang : Adifashla (XFresh)

D. Penyampai Radio Wanita Popular
Julia (XFresh)
Linda Onn (ERA)
Nana (ERA)
Nila Kurnia (ERA)
Rina (Best104)

Seperti Adifashla, penyertaan Julia melalui XFresh dalam kategori ini merupakan satu tanda bahawa XFresh merupakan satu saluran radio yang bukan main-main. Gandingan Adifashla dan Julia telah memeriahkan suasana malam kebanyakan pendengar. Namun begitu pengaruh Linda Onn masih kukuh di corong radio. Agak sukar untuk menggugat peluang Linda dari terus mengungguli kategori ini. Nana seharusnya tidak dipinggirkan kerana telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Peluang Linda dan Nana agak seimbang.

Saya Undi : Julia (XFresh)
Undian Untuk Menang Kereta : Linda Onn (ERA)
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang : Nana (ERA)

E. Artis Komedi Lelaki Popular
Afdlin Shauki
Azlee Jaafar
Lan Pet Pet
Saiful Apek
Wahid Senario

Bersandarkan kualiti saya akan memilih Afdlin Shauki untuk menang kategori ini. Namun demikian, populariti Saiful Apek sukar untuk digugat walaupun video sedang menghisap sisha telah tersebar luas. Rakan-rakan Apek menerusi kumpulan Senario sekadar pelengkap calon kerana tidak banyak kerja-kerja mereka yang bagus untuk saya berikan perhatian melainkan program Senario yang semakin basi lawaknya. Saya melihat peluang agak seimbang antara Saiful Apek dan Afdlin Shauki. Sekiranya populariti filem Baik Punya Cilok dan Buli Balik dijadikan sandaran, Afdlin Shauki mampu untuk mencuri tumpuan dalam kategori ini.

Saya Undi : Afdlin Shauki
Undian Untuk Menang Kereta : Saiful Apek
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang : Afdlin Shauki

F. Artis Komedi Wanita Popular
Adibah Noor
Kartina Aziz
Norlia Ghani
Rosnah Mat Aris
Sheila Rusly

Pemenang kategori ini akan ditentukan melalui komedi jenis apa yang disukai oleh penonton. Ada penonton yang menyukai komedi bersahaja, komedi bijak atau komedi yang dibuat-buat. Adibah Noor boleh saya sifatkan sebagai mewakili kelompok komedi yang sedikit bijak. Sheila Rusly terlalu dibuat-buat dengan tagline Kak Nam 12 nya. Kartina Aziz, Norlia Ghani dan Rosnah Mat Aris mewakili kelompok komedi golongan veteran. Saya lebih tertarik dengan komedi Adibah Noor berbanding komedi Sheila Rusly.

Saya Undi : Adibah Noor
Undian Untuk Menang Kereta : Sheila Rusly
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang : Adibah Noor

G. Artis Baru Lelaki Popular
Bob AF2
Mawi
Shazzy
Que Haidar
Zahid

Saya jangkakan peratus undian untuk Mawi bagi kategori ini adalah 98% berbanding saingannya yang lain. Pengaruh Mawi terlalu kukuh untuk dirobohkan oleh pesaing-pesaing yang lain. Pemenang anugerah ini tidak lain dan tidak bukan ialah Mawi. Penyertaan lain dalam kategori ini adalah sekadar cili penghias lauk.

Saya Undi : Mawi
Undian Untuk Menang Kereta : Mawi
Balik-Balik Dia Menang : Mawi

H. Artis Baru Wanita Popular
Farah AF2
Nora Danish
Pija
Sharifah Amani
Sharifah Zarina

Bersandarkan kualiti pilihan saya ialah Sharifah Amani kerana mutu kerja beliau dalam Sepet yang amat baik. Pengaruh Akademi Fantasia yang masih belum pudar buat penyokong Farah AF2 tentunya tidak mahu melihat Farah pulang tangan kosong dan mereka akan mengundi untuk Farah. Nama Sharifah Zarina juga tidak wajar diketepikan. Malangnya pengakuan mengatakan yang beliau telah berkahwin sedikit sebanyak mengurangkan undian untuknya. Saya hampir pasti pengaruh peminat Akademi Fantasia masih kukuh dan memberikan kemenangan untuk Farah AF2.

Saya Undi : Sharifah Amani
Undian Untuk Menang Kereta : Farah AF2
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang : Sharifah Amani

I. Penyanyi Nasyid Popular
Hijjaz
In-Team
Mirwana
Rabbani
Raihan

Siapa sahaja yang menang, saya tidak ambil pusing kerana saya kurang mengikuti perkembangan irama nasyid. Melainkan sekiranya Mawi termasuk dalam kategori ini. Tentunya Mawi akan menang. Rabbani dan Raihan merupakan kelompok otai dalam irama nasyid. In-Team, Mirwana dan Hijjaz mewakili kelompok generasi baru dalam irama nasyid. Populariti lagu Aku Tanpa Cintamu nyanyian Mirwana dan Jay Jay tidak harus dipandang sepi. Peluang untuk Mirwana tetap ada untuk memintas lebih-lebih lagi apabila mereka berjaya di Anugerah ERA dalam kaedah yang sama.

Saya Undi : Mirwana
Undian Untuk Menang Kereta : Mirwana
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang : Mirwana

J. Artis Berkumpulan/Dua Popular
Jinbara
KRU
Ruffedge
Too Phat
VE

Saya menyukai VE dan akan mengundi untuk mereka. Saya melihat pengaruh Ruffedge lebih kukuh berbanding VE dalam kategori ini. Kelompok peminat Too Phat terdiri daripada kelompok urban yang tidak gemar membaca akhbar Melayu. Kejutan mungkin berlaku untuk Too Phat sekiranya penyokong Siti Nurhaliza memberikan undian mereka untuk Too Phat sebagai menyatakan tanda sokongan terhadap lagu Dua Dunia nyanyian duet mereka berdua.

Saya Undi : VE
Undian Untuk Menang Kereta : Ruffedge
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang : Too Phat

K. Penyanyi Lelaki Popular
Adam
Jamal Abdillah
Mawi
Vince
Zahid

Mustahil ada penyanyi lain dapat mengatasi aura Mawi untuk kategori ini. Ini merupakan anugerah kedua Mawi pada malam tersebut. Peluang Vince dan Zahid seakan terlalu tipis untuk memintas Mawi kerana Akademi Fantasia hanya popular pada tahun yang terkini. Juara-juara yang lalu akan dilupakan apabila muncul musim baru. Peluang Adam lebih sukar kerana bergantung pada populariti KRU yang juga telah masuk ke ambang yang gelap juga. Populariti semasa menyaksikan saingan antara Hero Belia Benci Dadah dan Jamal Abdillah yang sama-sama saling menumpang populariti masing-masing.

Saya Undi : Adam
Undian Untuk Menang Kereta : Mawi
Dia Menang Lagi : Mawi

L. Penyanyi Wanita Popular
Dayang Nurfaizah
Ella
Farah AF
Siti Nurhaliza
Waheeda

Kategori ini agak berbahaya. Walaupun umum berani mengatakan Siti Nurhaliza akan pulang selesa dengan anugerah ini tetapi saya melihat peluang untuk Waheeda masih terbuka luas. Penyokong Mawi mungkin mampu membuat kejutan apabila melakukan kempen terbuka agar Waheeda dipilih untuk melengkapkan kenangan manis mereka berdua pada malam tersebut. Perkaitan nama Waheeda dan Mawi sememangnya agak sinonim kerana pengaruh populariti minat Mawi yang agak kuat terhadap Waheeda. Saya berani mengatakan Siti Nurhaliza masih unggul dalam kategori ini walaupun terdapatnya kempen terhadap Waheeda.

Saya Undi : Siti Nurhaliza
Undian Untuk Menang Kereta : Siti Nurhaliza
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang Lagi : Siti Nurhaliza

M. Pelakon Filem Lelaki Popular
Afdlin Shauki
Farid Kamil
Rosyam Noor
Saiful Apek
Yusry

Saya melihat peluang Afdlin Shauki untuk menang agak besar kerana pengaruh Buli Balik dan Baik Punya Cilok. Kehebatan dua filem tersebut seakan-akan menutup populariti filem Castello. Sewajarnya paras rupa tidak dijadikan sandaran dalam pemilihan pemenang dan ini mungkin akan berlaku sekiranya Afdlin Shauki memenangi kategori ini. Sekiranya Afdlin Shauki menang kategori Pelakon Komedi Lelaki Popular, saya hampir pasti beliau akan turut memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Bakat Afdlin Shauli dalam bidang lakonan serta pengarahan perlu diberikan perhatian dan diberikan pengiktirafan sewajarnya.

Saya Undi : Afdlin Shauki
Undian Untuk Menang Kereta : Afdlin Shauki
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang : Afdlin Shauki

N. Pelakon Filem Wanita Popular
Erra Fazira
Fasha Sandha
Maya Karin
Nasha Aziz
Sharifah Amani

Walaupun saya mengundi untuk Sharifah Amani, saya melihat pengaruh Erra Fazira sukar untuk dikalahkan. Lebih-lebih lagi gosip yang melanda rumah tangga beliau dengan Yusry yang dikatakan di ambang penceraian, Secara tidak langsung akan menyebabkan undian simpati diberikan kepada Erra Fazira. Tanpa mengira filem apa sekalipun, Erra Fazira sudah pasti meraih anugerah ini melainkan Maya Karin mampu membuat kejutan.

Saya Undi : Sharifah Amani
Undian Untuk Menang Kereta : Erra Fazira
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang : Maya Karin

O. Pelakon TV Lelaki Popular
Ako Mustapha
Fahrin Ahmad
Jalaluddin Hassan
Rosyam Noor
Zamarul Hisham

Sejak akhir-akhir ini negara seakan dilanda fenomena Samarinda yang disiarkan di TV3. Rata-rata penonton menyukainya. Populariti Samarinda lebih hebat dari Cerekarama, maka nama-nama yang tercalon adalah di kalangan pelakon dari siri Samarinda. Saya meletakkan kemenangan ke atas Fahrin Ahmad yang lebih menyerlah berbanding Rosyam Noor dalam televisyen. Pengaruh Rosyam Noor di televisyen juga sukar untuk digugat kerana golongan generasi baru akan pecah undi antara Fahrin Ahmad dan Ako Mustapha. Ako Mustapha mampu mencipta kejutan berdasarkan populariti Dalam Hati Ada Cinta yang sudah masuk musim keempat. Ini secara tidak langsung memberikan peluang yang agak besar kepada Rosyam Noor untuk terus unggul dalam kategori ini.

Saya Undi : Fahrin Ahmad
Undian Untuk Menang Kereta : Rosyam Noor
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang : Ako Mustapha

P. Pelakon TV Wanita Popular
Abby Abadi
Eja
Fasha Sandha
Nasha Aziz
Rita Rudaini

Sekali lagi pengaruh siri Samarinda menguasai nama-nama calon yang terpilih di peringkat akhir kecuali Inspektor Aliza yang masih kebal dalam siri Gerak Khasnya. Saingan agak sengit antara Eja, Rita Rudaini dan Nasha Aziz kerana populariti siri Samarinda. Namun demikian, ada sedikit kelebihan untuk Eja selaku penyandang kategori ini. Penonton mungkin menyukai kepelbagaian watak yang dibawakan oleh Eja berbanding Fasha Sandha dan Nasha Aziz.

Saya Undi : Nasha Aziz
Undian Untuk Menang Kereta : Eja
Sudah Sampai Masanya Untuk Menang : Nasha Aziz

Bintang Paling Popular 2005
Khabarnya jumlah undian meningkat tiga kali ganda. Kalau bukan pengaruh Mawi, siapa lagi ? Saya meletakkan harapan seratus peratus untuk Siti Nurhaliza tetapi sayangnya pengaruh Mawi sukar untuk digugat. Mawi adalah Bintang Paling Popular 2005 dan merupakan artis realiti tv yang pertama memenangi kategori ini. Akademi Fantasia seharusnya berbangga kerana berjaya melahirkan bintang yang mampu menjadi bintang paling popular di Malaysia. Apa agaknya yang akan berlaku sekiranya saya tidak meletakkan Mawi sebagai pemenang mutlak untuk kategori ini. Harap-harap kekecohan yang berlaku di Indonesia depan Kedutaan Denmark tidak berlaku di blog ini.

Saya Undi : Siti Nurhaliza
Kalau Mahu Menang Kereta, Undi : Mawi
Sudah Pasti Menang : Mawi

Ramalan Lain :
Javard

Kredit :
Banner Laman Web ABP2005

Entri oleh sultanmuzaffar 19 February 2006 0 komen

9 Naga - Putaran Kejutan Pemikiran Yang Mengejutkan
Tiga manusia berbeza latar belakang. Pelbagai sifat. Pelbagai tujuan hidup. Marwan, Donny dan Lenny. Lantaran sejarah silam mereka sewaktu di zaman kanak-kanak, menyebabkan mereka kini menjadi pembunuh upahan. Imbuhan yang diterima sewaktu mereka kecil kerana berjaya membunuh penjahat paling dibenci orang kampung telah menggerakkan minat mereka untuk meneruskan pekerjaan tersebut. Zaman remaja mereka dihabiskan dengan membunuh dan menerima upah yang lumayan.

Hidup adalah satu proses membuat pilihan. Kadangkala pilihan yang diambil adalah dengan secara sukarela atau pun terpaksa. Begitu juga yang telah berlaku kepada mereka bertiga. Lantaran kemiskinan yang menghimpit, mereka memilih untuk meneruskan pekerjaan tersebut. Donny yang menyedari bahawa pekerjaan tersebut tidak dapat menjamin masa depan akhirnya terpaksa membuat pilihan untuk meneruskan pekerjaannya untuk kali yang terakhir memandangkan perlu mendapatkan wang untuk pembelajaran adiknya. Malangnya kejutan klise yang berlaku ke atas Donny, menyebabkan segalanya berubah. Lalu, Marwan bertekad untuk menebus kesilapannya.

Rudi Soedwarjo selaku pengarah filem ini telah melakukan yang terbaik untuk filem ini. Segala-galanya bermain dengan imej, tempo dan melengkapkan emosi filem ini. Filem ini bergerak terlalu perlahan tetapi mempunyai dialog yang berjaya menerangkan keseluruhan cerita dengan cemerlang. Saya kagum dengan dialog yang digunakan. Ringkas, tepat dan padat. Saya tabik dengan hasil kerja Monty Tiwa.

Kata Monty Tiwa lagi, saban hari berlaku pembunuhan yang tidak dapat dikesan siapa pembunuhnya di Indonesia. Kesan daripada itu, maka filem skrip 9 Naga dihasilkan untuk menerjah apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kisah-kisah pembunuhan tersebut. Apa yang menyebabkan berlakunya tragedi tersebut. Apakah kemiskinan ? Keluar sahaja dari panggung, kami mahu penonton berfikir tentang masalah sosial yang berlaku di sekitar mereka. Itulah yang berlaku kepada saya. Saya terus memikirkan apa yang menyebabkan seseorang manusia itu harus membuat pilihan. Dalam konteks filem ini pilihan mereka ternyata silap. Walaupun cuba untuk berubah, nyata perubahan tersebut membawa kepada satu lagi permasalahan baru.

Satu putaran kejutan yang menarik dalam filem ini saya letakkan pada watak Donny yang dipegang oleh Donny Alamsyah. Keinsafan yang timbul dalam diri beliau benar-benar menyentuh perasaan saya. Beliau tekad untuk berhenti dari menjadi pembunuh upahan tetapi lantaran kemiskinan (alasan klise) beliau harus terus melakukannya untuk kali terakhir. Malangnya kerana kebodohan Marwan, Donny terbunuh di tangan sahabatnya sendiri. Watak hero yang sebelum ini jelas kelihatan dibawa oleh Marwan kini beralih kepada Donny. Donny cuba untuk mengubah nasib adiknya dan malangnya setelah kematian Donny, nasib adiknya tidak dibela. Itu yang menarik pemerhatian saya tentang filem ini. Kerana seorang penjenayah akan tetap mementingkan dirinya sendiri sahaja walaupun sumpah sahabat telah dilafazkan.

Beberapa adegan menarik dari filem ini yang mampu membuatkan saya tersenyum adalah sewaktu ketiga-tiga mereka selesai melakukan pembunuhan yang pertama. Donny membasuh tangannya dengan air, manakala Marwan dan Lenny kedengaran sendawa kekenyangan. Mereka puas kerana berjaya melakukan pembunuhan tersebut.

Satu lagi adegan yang cantik adalah sewaktu Marwan perlu memberitahu adik Donny yang abangnya mati terbunuh di tangannya. Sudut kamera dari belakang adik Donny tanpa kita ketahui apakah ekspresi wajah beliau ketika itu sungguh mengharukan.

Adegan anak Marwan iaitu Damar bermain pistol air dan menembak ke pipi Marwan juga mampu menyentuh perasaan. Ini antara adegan yang mampu membuatkan air mata mengalir. Selain sewaktu Ajeng membaca surat terakhir dari suaminya, Marwan. Walaupun saya tidak begitu sedih dengan kematian Marwan kerana Marwanlah penyebab kematian Donny.

Poster filem ini sedikit mengelirukan. Siapa sebenarnya hero filem ini ? Poster 9 Naga mengangkat Fauzi Baadila sebagai penghias wajah di poster filem tersebut, sekali gus mengangkat beliau sebagai hero filem ini. Saya berbeza. Saya meletakkan Donny (Donny Alamsyah) selaku hero filem ini kerana matinya mati katak. Watak Fauzi Baadila sebagai Lenny tidak begitu kuat untuk diangkat menjadi penghias poster selain menampilkan susuk tubuh yang sasa.

Pendapat pembaca saya, Midy :
Saya sempat berbual dengan seorang sahabat tentang penampilan Fauzi Baadila sebagai penghias poster. Menurut beliau watak Lenny sebenarnya mewakili watak Donny dan Marwan. Lenny pernah menyatakan yang beliau mahu menjadi pandai seperti Donny dan kuat seperti Marwan. Tetapi Marwan mahu Lenny menjadi dirinya sendiri. Dan apabila pengarah mengangkat beliau sebagai hero, watak Lenny sebenarnya adalah refleksi kepada kedua-dua watak tersebut.
Secara keseluruhan, filem ini merupakan sebuah filem yang perlahan. Amat perlahan. Mujur ada skrip yang bagus untuk saya menghayati bait-bait dialog yang dilafazkan oleh para pelakonnya. Kekuatan utama filem ini terletak pada arahannya, gaya sinematografinya yang cantik serta dialog yang tepat dan padat. Ketiga-tiga elemen itu sudah cukup membuatkan mata saya terjaga untuk dua jam walaupun saya menonton filem ini di tayangan tengah malam.

Filem sebegini belum tentu dapat menarik bilangan penonton yang ramai. Rudi Soedjarwo pernah menghasilkan Ada Apa Dengan Cinta, Mengejar Matahari dan Tentang Dia. Setiap filem mempunyai ceritanya yang tersendiri. 9 Naga adalah hasil yang terbaik beliau. Apakah filem Malaysia sudah setanding dengan filem Indonesia yang satu ketika dahulu pernah merosot dari segi kualitinya ? Filem Malaysia juga setanding dengan filem Indonesia cuma penggiat media tidak tahu untuk mendidik penonton agar mendekati filem-filem baik Malaysia dari pengarah seperti U-Wei Hj Shaari, Adman Salleh dan lain lain lagi. Itu silap kita sendiri atas pilihan yang kita sendiri buat.

Arahan : A
Lakon Layar : A
Suntingan : B
Lakonan : B
Sinematografi : B

9 Naga : http://www.9naga.com/
Trailer : http://www.youtube.com/?v=qm4aB2_jjqE
Wiki Rudi : http://id.wikipedia.org/wiki/Rudy_Soedjarwo

Ulasan Lain :
Sekadar Media Picisan
Tontonfilem
Mendongak Ke Langit
Jakarta Post

Kredit Foto : Laman Rasmi 9 Naga

Entri oleh sultanmuzaffar 17 February 2006 0 komen

Attention to all Firefox user !

See ! No overlapping ! :)

I have to blog this in English for Shaolin Tiger ! :)

You must install this extension, if you are a Firefox user in order for you to view my blog perfectly. Only 16% of my readers use Firefox and 0.48% use Netscape ! Most of them are Bill Gates supporters and I’m using Opera.

It takes only 2 second to update your Firefox.

IE Tab - Firefox Extension : URL
IE Tab 1.0.8, by PCMan (Hong Jen Yee), yuoo2k, released on February 15, 2006

Preview for IE Tab : URL
IE Tab 1.0.8, by PCMan (Hong Jen Yee), yuoo2k, released on February 15, 2006

Open your Firefox.
At Firefox Menu, clicks Tools. Go to IE Tab Options.
At IE Tab Site Filter, please add http://sultanmuzaffar.blogspot.com

Now, you can view my blog perfectly from Firefox !

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

MStar Online : Hati-Hati Memblog
Artikel bertajuk Hati-Hati Memblog tulisan Salhan K. Ahmad telah pun dinaikkan di laman MStar Online. Saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Cuma saya kurang berpuas hati dengan gambar yang nampak kurang hensem (ketawa). Pendek kata pembaca yang membaca akan tahu yang saya memang kelihatan 32 tahun walaupun sebenarnya secara langsung saya tidak kelihatan 32 tahun. (ketawa lebih panjang). Melihatkan wajah bengis pada artikel tersebut dan tajuk artikel yang seperti memberi amaran, tentunya amat menakutkan pembaca ! Perasan tak wajah di sebelah kanan lebih bengis dari wajah sebelah kiri ? Wajah di sebelah kanan seperti sedang serius memerangi gejala rasuah lagaknya. Keseriusan wajah bengis sebelah kanan tersebut sepatutnya mempunyai artikel yang bertajuk "PM akan pantau prestasi semua menteri Kabinet." Manakala wajah PM mempunyai artikel bertajuk "Hati-Hati Memblog". (senyum panjang)

Peluang tersebut merupakan sebuah pengalaman yang menarik dan membuka satu lagi jalan untuk pembaca baru mengenali siapa sultanmuzaffar. Kepada pembaca baru, selamat datang ke dunia sultanmuzaffar !


NSTP Media Convergence
Ini sebuah lagi projek yang melibatkan akhbar yang turut melibatkan saya. Sebentar tadi merupakan perbincangan pertama saya bersama beberapa orang penting yang akan turut terlibat untuk menjayakan projek ini. Saya melihat projek ini sebagai satu usahasama antara media alternatif (blogger) dan media perdana (wartawan) dalam mewujudkan ruang maklumbalas yang lebih telus.

Antara blogger yang terlibat dalam projek ini ialah BrandMalaysia.com, Minishorts, Kimberly Chun, Paul Tan, Shaolin Tiger, Pokku, Peter Tan dan Pak Idrus. Masing-masing diberikan topik yang biasa mereka tulis di dalam blog masing-masing. Antaranya ialah hal berkaitan sosio-ekonomi, gaya hidup remaja urban, wanita (babes), automotif, pengembaraan, pelancongan, pandangan dari seorang pesara, hal-ehwal orang kurang upaya dan bermacam-macam jenis isu lagi akan ditulis. Saya akan menulis tentang dunia hiburan yang lebih menjurus kepada soal Mawi iaitu idola Mack ! (ketawa)

Itulah kali pertama saya bertemu nama-nama selain Mack Zulkifli. Seperti biasa seorang introvert ini akan mengambil sikap berhati-hati untuk mula membiasakan diri berada di ruang mereka. Saya memerhatikan dan membaca setiap gerak-geri dan cuba mencari topik yang sesuai untuk tidak berasa terlalu asing. Jika anda bertanya kepada saya tentang projek ini tentunya saya merasa sungguh teruja untuk melihat hasilnya ! Kaedah perlaksanaannya akan saya ceritakan lebih lanjut apabila segala keputusan telah dibuat di peringkat yang lebih tinggi. Apa yang pasti, ia memang menarik !!

Permulaan pada satu pertemuan merupakan satu langkah kepada satu lagi jambatan persahabatan. I'm not so sure whether that Mat Salleh faham apa yang saya tulis.

Entri oleh sultanmuzaffar 14 February 2006 0 komen

Tumbang, MStar, Kabinet Baru, Pasca Puteri Gunung Ledang dan Akademi Fantasia 4

Banyak benar pokok yang tumbang sekitar Kuala Lumpur hari ini. Sekitar Setapak dan Sentul sahaja hampir 10 pokok tumbang bahana hujan lebat petang semalam. Saya dalam perjalanan pulang dari The Star setelah selesai sesi temu ramah bersama MStar Online. Wawancara tersebut adalah berkisar tentang blog, dunia kewartawanan, siapa Mawi, blog selebriti dan komuniti blog. Apabila sudah berada di talian kelak, saya akan hebahkan kepada anda alamatnya. Terima kasih kepada Saudara Salhan yang sudi menemu ramah dan memberikan ruangan untuk memperkenalkan saya kepada pembaca MStar.

Dalam sibuk ditemu ramah, pada waktu yang sama Perdana Menteri Malaysia mengumumkan rombakan kabinet pertama beliau sejak menerajui kepimpinan Malaysia. Bekas wartawan, Datuk Zainuddin Maidin kini dilantik menjadi Menteri Penerangan setelah Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzir meletakkan jawatan beliau pagi semalam. Manakala suami Normala Shamsuddin, Datuk Azmi Khalid dilantik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi menggantikan Datuk Dr Shafie Salleh, Ahli Parlimen Langat yang digugurkan dari barisan kabinet. Tentunya Puteri Gunung Ledang lebih bersemangat pada malam ini apabila Hang Tuah beliau dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Yang menjadi kemusykilan saya, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Datuk Seri S. Samy Vellu masih kekal menerajui kepimpinan kabinet Pak Lah. Muka-muka lama ini seharusnya diberikan pencen segera kerana memberikan terlalu banyak masalah kepada rakyat. Kes MRR2 retak masih lagi belum selesai. Saya tidak pandai bercerita tentang politik. Cukuplah komen ringkas tentang rombakan kabinet Pak Lah yang pertama kali ini. Lebih baik bercerita tentang dunia yang sering saya ikuti.

Sejak menonton Puteri Gunung Ledang The Musical saya menerima banyak maklum balas tentang teater muzikal tersebut. Rata-rata penggiat seni yang saya temui bertanyakan tentang teater muzikal yang kini sedang hangat dipentaskan di Istana Budaya. Ada yang mengatakan bagus, ada juga yang mengatakan tidak bagus. Saya hanya menontonnya pada malam kedua persembahan. Ternyata harapan saya musnah. Sebaliknya setelah mendengar komen-komen dari mereka yang menonton setelah beberapa hari ia dipentaskan, timbul hasrat saya untuk menontonnya sekali lagi. Tentunya saya sukakan keghairahan dan semangat pelakon serta tenaga produksi sebelum tirai pentas Istana Budaya dilabuhkan buat kali terakhir. Besar kemungkinan saya akan menontonnya untuk kali terakhir pada 25hb Februari sehari sebelum Anugerah Bintang Popular.

Sementara menantikan Nuar yang semulajadi sentiasa lewat di ruang legar Istana Budaya, saya sempat berbual dengan salah seorang kakitangan produksi tersebut yang dikenali sebagai Dale Majid tentang perancangan masa depan Puteri Gunung Ledang The Musical. Ke mana hayat teater muzikal selepas pementasan tersebut ? Saya melihat teater muzikal ini mampu untuk menempah kalendar bulanan Istana Budaya. Bulan Februari adalah bulan yang sesuai untuk ia menjadi acara tahunan dalam kalendar pelancongan Malaysia. Ia tidak mustahil untuk menjadi kenyataan berdasarkan sokongan padu yang diterima untuk teater muzikal ini.

Sekiranya menjadi kenyataan, pelakon pelapis perlu dicari untuk membarisi kelompok pelakon generasi baru dibentuk untuk produksi tersebut. Puteri Gunung Ledang The Musical harus bertapak secara kukuh di buminya dahulu sebelum keluar menjelajah bumi yang asing dengannya. Kita harus menjadikan teater muzikal antarabangsa yang telah lama bertapak dalam peta dunia seperti Miss Saigon, Les Miserable dan Cats sebagai contoh. Produksi tersebut mempunyai barisan pelakon pelapis yang besar dan mampu menakluki dunia dengan persembahan mantap mereka.

Mulai esok, cakera padat single dari Puteri Gunung Ledang The Musical akan dipasarkan. Ia berharga RM15. Cakera padat terseebut memuatkan lagu Keranamu Kekasih dan Di Puncak Tertinggi dalam versi Pop Edit. Manakala Original Soundtrack Puteri Gunung Ledang The Musical yang merupakan rakaman secara langsung dari pementasan yang telah berlangsung akan dipasarkan setelah pementasan berakhir. Saya menyukai lagu-lagu yang terdapat dalam pementasan tersebut yang boleh saya sifatkan telah mencipta satu aras tanda yang agak tinggi untuk sebuah teater muzikal yang telah dipentaskan sebelum ini di Malaysia.

Manakala rakaman secara langsung teater muzikal tersebut akan dipasarkan dalam bentuk DVD. Saya melihat ini sebagai satu perkembangan yang agak positif untuk seni teater di Malaysia. Sewajarnya DVD ini menjadi satu alat bantuan mengajar kepada para penggiat teater apabila segala proses latihan dan pembikinan teater muzikal ini dirakamkan untuk dijadikan panduan kepada semua penggiat teater.

Satu perkara yang menyebabkan saya kurang berpuas hati apabila melihat laman internet rasmi produksi ini. Walaupun mempunyai satu pautan bertajuk BLOG tetapi ia tidak dikemaskinikan langsung. Masih tertera perkataan keramat “Coming Soon” yang masih tidak berubah-ubah. Blog perlu dikemaskinikan setiap hari. Blog adalah catatan harian. Tetapi sayangnya Blog dalam Puteri Gunung Ledang The Musical tiada maklumat yang boleh dikongsi bersama. Sepatutnya catatan harian yang ditulis Tiara di dalam Berita Minggu lebih sesuai untuk diletakkan di bahagian Blog. Bukan sekadar Puteri Gunung Ledang berkongsi pengalamannya, Hang Tuah juga boleh mencatatkan sesuatu tentang pengalaman yang dilalui olehnya di Malaysia. Blog dalam produksi teater pernah dilaksanakan oleh produksi OPs Ophelia. Kalaulah saya yang diberikan peluang untuk mengendalikan laman internet rasmi ini, pasti saya akan menjadikannya sebagai satu yang besar untuk produksi ini. Saya pernah melakukannya untuk OPs Ophelia dan saya berkeyakinan dapat melakukannya untuk PGLtM. Tarikan utama sesebuah laman internet rasmi adalah koleksi gambar tetapi sayangnya ruangan Galeri masih belum dikemaskinikan. Tiada foto Hang Tuah dan Sultan Mahmud Melaka yang merupakan antara pelakon utama produksi tersebut.

Teater Muzikal Lantai T.Pinkie, tidak mahu cuba melakukan yang sama ?

Oh ya ! Sebelum terlupa. Saya ada meletakkan satu pungutan suara online untuk dijawab oleh para pembaca saya. Topiknya adalah berkisar tentang Akademi Fantasia 4. Khabar angin sedang bertiup kencang tentang bakal Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 4. Antara yang bakal terpilih ialah Roslan Aziz (Pengetua), Syafinaz dan Juliza Adlizan (Guru Vokal), Adlin Aman Ramlie (Guru Drama) dan Dato' Fadillah Kamsah (Pakar Motivasi). Manakala Linda Jasmine khabarnya akan terus dikekalkan sebagai Guru Tari untuk musim keempat. Antara nama yang disebutkan di atas, ada di antara mereka yang mengesahkan telah mendapat tawaran untuk jawatan-jawatan baru tersebut, tetapi bukan perbincangan secara terperinci lagi. Kita masih menunggu laporan rasmi. Saya masih mahukan Farihin Abdul Fatah sebagai Pengetua Akademi Fantasia 4 dan Adlin Aman Ramlie sebagai Pengkritik Tetap menggantikan Kudsia Kahar yang tidak akan meneruskan tugas tersebut musim ini. Tetapi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.

Secara tidak rasmi Akademi Fantasia Xtra akan kembali lagi menemui anda dalam wajah yang agak berbeza. Nantikan sahaja apa yang akan dipaparkan di Xtra itu kelak. Sempat juga saya membaca komen ringkas yang menjadi sedikit hangat di Forum MawiFC berkenaan Hos Rancangan AF4 dan calon baru Pengetua AF4. Khabarnya pengacara yang namanya bermula dengan huruf A akan menerajui tempat tersebut. Nantikan sahaja Akademi Fantasia musim baru ini. Khabarnya akan lebih hangat bahana AF kali ini.

p/s: Saya juga telah mendapat tawaran...

Entri oleh sultanmuzaffar 09 February 2006 0 komen

Ulasan Puteri Gunung Ledang The Musical - Cinta Agung Yang Boleh Dilupakan

Yang saya tunggu akhirnya tiba. Sama hangatnya sewaktu saya menunggu tayangnya filem Puteri Gunung Ledang, begitu juga dengan Puteri Gunung Ledang versi muzikal yang kini sedang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Saya berpeluang untuk menonton teater muzikal ini pada hari kedua pementasannya. Oleh itu ulasan saya akan mengambil kira jumlah hari pementasan tersebut telah berlangsung. Saya boleh menganggap hari kedua sebagai hari latihan terakhir. Pada hari Selasa, pementasan sulung adalah untuk para editor dan jemputan termasuklah pelajar universiti dan sekolah, manakala pada hari Rabu, pementasan adalah untuk para pengamal media radio, akhbar, majalah dan internet. Saya menyaksikan pementasan ini bersama beberapa orang sahabat seperti Badrul, Shafik, Ijoi, Klubbkidd, Fiebie dan Mama ZA. Di sana saya sempat untuk bertemu beberapa kenalan seperti Nizam Zakaria, Shanon, Tony Kassin, Rustam ERA, Zizi ERA, Marisa, Ramli MS, Jeff Ooi, TV Smith, Patrick Teoh, Mack Zulkifli, Sharizal, Daniel, Resham, Adi dan beberapa lagi.

Cerita (B)
Jalan cerita versi muzikal tidak banyak bezanya berbanding versi filem. Segala-galanya bermula di Majapahit apabila Gusti Adipati Handaya Ningrat harus mencari jalan untuk menyelamatkan Kerajaan Majapahit dari diserang oleh Kerajaan Demak. Dalam mencari jalan penyelesaian itulah, dua hati bertemu apabila Kerajaan Majapahit terpaksa memohon bantuan Kerajaan Melaka. Gusti Puteri Raden Ajeng Retno Dumilah akhirnya bertemu dengan Datuk Laksamana Hang Tuah. Sultan Mahmud Melaka seperti biasa mempunyai rancangan yang tersendiri untuk mengahwini Gusti Puteri Raden Ajeng Retno Dumilah sebagai balasan apabila berjaya mengusir Kerajaan Demak.

Gusti Puteri kemudian berlayar meninggalkan Majapahit menuju ke Gunung Ledang. Di puncak Ledang kedua-dua kasih bertemu kembali dan Hang Tuah membawa utusan peminangan dari Sultan Mahmud. Gusti Puteri mengenakan tujuh syarat ke atas Melaka.

Syarat ketujuh merupakan darah anakanda Raja Ahmad seperti satu penghinaan kepada Sultan. Kemurkaan Sultan merupakan kemuncak kepada konflik tersebut lalu untuk mencapai impiannya, Raja Ahmad harus dibunuh. Gusti Puteri bersemuka dengan Sultan, lalu baginda merasa terhina dengan pendirian Puteri. Lalu baginda mengenakan daulat sumpahannya ke atas Puteri.

Ada kelainan ? Tiada langsung. Banyak adegan-adegan yang tidak perlu di dalam filem ditiadakan. Kali ini penekanan diberikan kepada kisah cinta antara Gusti Puteri dan Hang Tuah yang dilihat sebagai cinta agung. Bagaimana agungnya cinta mereka, boleh ditonton untuk merasai keagungan cinta tersebut. Saya tidak menyalahkan cerita ini kerana ceritanya sememangnya begitu. Adlin Aman Ramlie dan Zahim Al Bakri telah memilih adegan-adegan yang menarik untuk dipersembahkan dan ternyata mereka berjaya dari aspek tersebut.

Lakonan (C)
Sayang seribu kali sayang, apabila cinta yang diagung-agungkan tidak kesampaian apabila lakonan Tiara Jacquelina dan Stephen Rahman Hughes gagal untuk merangsang keghairahan saya untuk mengikuti persembahan ini dari setiap saat ia berlalu. Cinta agung tersebut saya lupakan. Ternyata tiada keserasian di antara Tiara dan Stephen, bukan kerana perbezaan umur tetapi kerana emosi lakonan mereka tiada. Untuk berlaku lebih adil, Tiara sebenarnya mampu memberikan lebih warna pada watak tersebut kerana beliau pernah membawakan watak yang sama dan pernah diiktiraf di peringkat Asia. Apa lagi yang mampu diperkatakan. Tetapi apabila mempunyai sparing partner yang tidak mampu memberikan emosi pada setiap dialog yang dilafazkan tentunya memberikan kesan yang bukan sedikit kepada Tiara. Stephen masih memerlukan banyak masa untuk melatih dirinya dalam penggunaan bahasa Melayu. Beliau ternyata tidak fasih dan hanya menghafal dialog-dialognya. Kelucuan itu menimbulkan gelak ketawa di kalangan penonton dan ini sesuatu yang biasa apabila Stephen berdialog. Maka adegan sedih dan memerlukan emosi tidak memberikan apa-apa makna. Entah mengapa setiap kali Stephen berdialog, saya terbayang-bayang aura M.Nasir berada di ruang Istana Budaya. Lebih-lebih lagi apabila ada di antara dialog yang digunakan merupakan dialog dari versi filem tersebut. Teater muzikal adalah kekuatannya terletak pada lakon dan muzik. Bercerita tentang lakon, seseorang pelakon harus memberikan lakonan yang betul-betul berkesan kerana ini adalah teater. Jika seorang Melayu perlu melakonkan watak seorang Cina Indonesia sebagai contoh, sebaik mungkin si pelakon perlu membawa loghat Cina Indonesia itu lantas melakonnya dengan sebaik mungkin. Jadi, agak waras rasanya jika saya meminta sekadar watak Tuah itu bahasanya dipertuturkan seperti seorang anak Melayu - seorang pendekar Melayu terbilang. Saya tidak meminta banyak hanya meminta agar watak Hang Tuah dibawa dengan penuh maruah. Saya sebagai seorang Melayu merasa sedikit hampa apabila Hang Tuah dipersembahkan sedemikian rupa. Mujur saya tidak mempunyai daulat...(hahahaha)

Cukup rasanya saya bercerita tentang Tiara dan Stephen, lebih baik saya memberikan hype yang lebih untuk menguja penonton memberikan keadilan kepada lakonan AC Mizal. Kita pernah menonton lakonannya dalam drama Gerak Khas, filem Buli dan Buli Balik. Ternyata lakonannya di dalam teater muzikal ini mampu untuk menolak ke tepi resumenya di dalam filem atau drama. AC Mizal harus meletakkan lakonannya sebagai Gusti Adipati Handaya Ningrat teratas di dalam resumenya. Beliau adalah penyelamat teater muzikal ini. Apabila saya ke sidang akhbar sewaktu majlis pelancaran teater muzikal ini satu ketika dahulu, Tiara sering memuji lakonannya. Apakah luar biasa yang mampu dilakukan oleh “budak jahat” tersebut ? Pandangan saya meleset. Beliau sebenarnya telah membuka lagi satu peluang kepada bakatnya untuk menjelajah lebih jauh dalam bidang seni pementasan pentas. Saya pasti banyak yang telah beliau pelajari sepanjang tempoh latihan tentang bagaimana sukarnya untuk menjadi seorang pelakon teater. Syabas AC Mizal ! Anda sememangnya benar-benar layak untuk diberikan tepuk hormat daripada penonton malam itu.

Pelakon lain yang memberikan kelainan ialah Adlin Aman Ramlie sebagai Sultan Mahmud Melaka dan Yalal Chin sebagai Patih. Watak Sultan Melaka agak berbeza dalam teater muzikal ini. Jika dalam filem, Sultan kelihatan agak bengis, tunggu sehingga anda saksikan teater muzikal ini. Adlin memberikan perspektif yang berbeza kepada wataknya sendiri. Saya menyukai watak beliau yang nampak begitu lebih terserlah karakternya.

Teater besar sebegini memerlukan pelakon pelapis sebagai persediaan di masa akan datang. Stephen Rahman dan Tiara tidak akan sampai bila-bila menjadi Hang Tuah dan Gusti Puteri. Sewajarnya generasi baru mula dibentuk sekiranya mahu membawa teater ini ke peringkat antarabangsa.

Secara keseluruhan, pada beberapa babak penting yang sepatutnya menimbulkan kesan dramatik telah dipenuhi oleh bilangan pelakon yang ramai di atas pentas. Ensemble telah digunakan pada bahagian yang sepatutnya mengekalkan hanya pelakon utama sahaja di atas pentas. Ini berlaku pada Babak 2 Adegan 7 Konfrontasi Puteri dan Sultan yang turut melibatkan Ensemble yang sedikit sebanyak mengganggu tumpuan penonton. Dari beberapa sudut, kedudukan Ensemble telah melindung kelibat Puteri dan kesan yang timbul tidak menjadi.

Muzik/Lagu (A)
Muzik ciptaan Dick Lee memberikan nyawa kepada teater muzikal ini. Kehebatan Dick Lee dan Roslan Aziz dalam memberikan sentuhan Nusantara kepada muzik tersebut amat mengagumkan. Banyak lagu yang menarik telah dipersembahkan oleh Tiara, Stephen, AC Mizal dan Adlin Aman. Antara muzik yang sedap ialah Hajatmu Kubantu yang dinyanyikan oleh Adipati dan Sultan serta lagu Di Puncak Tertinggi oleh Hang Tuah dan Puteri.

Anda pasti terpesona dengan lagu Titah Sultan oleh Sultan dan Ensemble kerana saya terkesima dengan lagu tersebut. Memang hebat sekali persembahan tersebut. Jarang sekali dapat melihat seorang Sultan Melaka menari. Itu kelebihan menonton teater muzikal apabila penonton pasti akan dihidangkan dengan sesuatu yang di luar kebiasaan. Saksikan Sultan Melaka memberikan persembahan terbaiknya.

Sebuah lagi lagu nyanyian Tiara dan Stephen ialah Kepadamu Kekasih yang terdapat pada banyak adegan. Banyak adegan nyanyian yang melibatkan dua pelakon utama ini, ternyata nyanyian mereka perlu diperbaiki untuk memberikan kesan penontonan kepada khalayak teater tanah air. Jika berdialog, Stephen menghadapi masalah yang besar, tidak dalam nyanyian. Stephen telah berjaya memberikan persembahan nyanyian yang penuh bertenaga dan sedikit sebanyak memberikan emosi kepada nyanyian beliau. Beliau lebih memberikan penghayatan sepenuh jiwa beliau pada nyanyian dan beliau mampu untuk menyampaikan makna-makna dialog beliau melalui nyanyian.

Tiara yang sememangnya dinantikan hasil nyanyian beliau tidak begitu mengecewakan. Lagipun saya sudah biasa disumbangkan dengan nyanyian bintang Akademi Fantasia yang jarak perbezaan mereka tidaklah begitu jauh berbeza. Sebelum ini Tiara tidak boleh menyanyi tetapi kini beliau telah membuktikan sesuatu. Latihan nyanyian yang lebih tentu akan memberikan hasil yang lebih baik di masa akan datang.

Barisan Ensemble dari Majapahit ataupun Melaka telah memberikan persembahan vokal terbaik mereka untuk membantu pelakon utama membawakan lagu-lagu nyanyian mereka. Mereka menyanyi untuk kebanyakan adegan dan dalam waktu yang sama perlu berlakon. Ia adalah satu usaha yang harus diberikan pujian.

Khabarnya, sebuah album soundtrack akan dipasarkan sempena teater muzikal ini. Diharapkan ia bukanlah album live recording, sebaliknya album studio recording yang telah di”auto-tune” setiap note.

Teater muzikal ini tidak menggunakan orkestra untuk lebih meninggalkan kesan dari sudut muziknya. Sebaliknya hanya menggunakan 20 pemuzik dari pelbagai latar belakang untuk menghasilkan bunyi dan melodi yang sedap di dengar sepanjang teater tersebut.

Keseluruhan muzik dalam teater ini amat baik penghasilannya. Bayangkan sekiranya skor muzik teater muzikal ini dibawa ke dalam filem Puteri Gunung Ledang, tentu kesan filem tersebut lebih memberikan sesuatu yang lebih besar.

Rekaan Set (B)
Seawal minit pertama pementasan, saya benar-benar kagum dengan rekaan set yang telah dibuat oleh Raja Malik. Terdapat beberapa set yang menarik antaranya set stupa, keraton, gunung, istana Melaka, pelabuhan Melaka yang boleh dikitar-semula. Itu yang menjadikan set nampak menarik tetapi perubahan set dilakukan oleh tenaga manusia. Saya pernah bertanyakan soalan kepada Adlin sendiri tentang penggunaan pentas hidraulik. Adlin Aman Ramlie selaku pengarah bersama teater muzikal tersebut dengan selamba menjawab yang selain pelakon, pentas juga akan memberikan persembahannya yang tersendiri untuk teater tersebut. Mana janjimu ? Pentas hidraulik hanya bergerak turun dan naik. Pentas hidraulik Istana Budaya tidak memberikan persembahannya yang tersendiri untuk teater tersebut. Sebaliknya petugas pentas yang menggunakan tenaga mereka untuk mengubah atau mengalih set untuk berubah mengikut adegan. Seperti teater-teater besar yang lain terbitan Istana Budaya, Puteri Gunung Ledang The Musical juga mengambil jalan selamat untuk tidak mempertaruhkan nasib mereka kepada sistem pentas hidraulik tersebut.

Set pelbagai guna tersebut sentiasa berubah-ubah antara stupa, keraton, gunung menyerlahkan nilai kreativiti tetapi apabila banyak kali ia ditampilkan sama, menimbulkan kedikit kebosanan. Adegan air terjun tidak begitu meninggalkan kesan kerana saya sendiri tidak faham pada mulanya sehingga diberi tahu oleh seorang rakan. Set Gunung Ledang bertangga kelihatan gah di atas pentas. Menarik apabila boleh berubah-ubah kegunaannya. Adegan sewaktu pertukaran antara watak Nenek Kebayan dan Gusti Puteri dibuat dengan baik sambil dibantu oleh rekaan set yang cantik.

Kreativiti pereka set untuk merealitikan sesuatu adegan ke pentas teater sememangnya sukar lebih-lebih lagi untuk sebuah teater muzikal epik sebegini. Banyak aspek yang perlu diambil-kira terutamanya dari aspek ketelitian. Saya akui set Istana Melaka nampak lebih gah dalam versi teater berbanding versi filem.

Saya paling tertarik dengan ukiran pada pintu Istana Melaka yang sememangnya gah pada pandangan mata saya. Ukiran yang dibuat begitu teliti dan begitu besar saiznya. Lebih menarik apabila lampu membolosi ruang-ruang kosong antara ukiran tersebut dan memberikan cahaya samar-samar berbayang kepada Hang Tuah dalam satu adegan. Adegan tersebut nampak begitu artistik.

Rekaan Tatacahaya (B)
Mac Chan sememangnya nama besar dalam teater Malaysia. Beliau pernah memenangi banyak anugerah dalam bidang tatacahaya dan pernah juga menyapu bersih senarai calon Tatacahaya Terbaik di Cameronian Arts Awards. Tatacahaya yang dipersembahkan dalam teater muzikal ini menarik dan dapat memberikan penghayatan juga terhadap penonton.

Kesan tatacahaya yang paling menarik sekali pada saya adalah sewaktu Babak 1 Adegan 11 Pengorbanan Abadi iaitu sewaktu kematian Bayan yang membunuh diri. Saya dapat merasakan pengorbanan yang telah dilakukan oleh beliau melalui kesan warna merah pada tatacahaya yang digunakan. Kemurkaan Adipati kemuncak segala-galanya dan menyebabkan Bayan dihukum bunuh tetapi sebaliknya beliau membunuh dirinya sendiri.

Adegan lain ialah Babak 2 Adegan 2 Pengisytiharan Peminangan Puteri sewaktu Hang Tuah berada di hadapan Istana Melaka. Cahaya dari belakang pintu Istana Melaka memancar pada tubuhnya melalui ruang-ruang kosong ukiran Istana. Sangat cantik.

Komen saya yang lain adalah melibatkan papan elektronik yang memaparkan sari kata Bahasa Inggeris yang kedudukannya terlalu tinggi. Penggunaan bahasa terjemahan juga ada yang tidak begitu tepat. Namun demikian, sebagai sebuah teater muzikal Melayu, menampilkan sari kata adalah satu usaha yang bagus kerana ia dapat menarik minat pelancong asing untuk turut sama merasai kemeriahan teater muzikal ini.

Masalah pada sistem audio sedikit merencatkan kepuasan menonton teater tersebut semalam. Masalah yang berlaku kepada audio Gusti Puteri berjaya diselamatkan oleh pengalaman Bayan (Sukania Venugopal) yang bertindak pantas melakukan improvisasi dengan membawa Gusti Puteri keluar pentas. Props air terjun yang terkoyak juga agak memalukan kerana malam semalam merupakan malam kedua persembahan dan pementasan berlangsung sehingga 26hb Februari. Satu tempoh yang agak panjang.

Saya terpegun ? Tidak begitu sekali. Saya kagum ? Ya, saya kagum dengan usaha mereka. Sayang sekali, hasil yang saya tunggu-tunggu tidak begitu memberikan kesan yang besar kepada saya. Saya lebih tertarik menonton filem Puteri Gunung Ledang walaupun jiwa saya lebih kepada teater. Cinta agung yang sepatutnya menjadi benar-benar agung di Istana Budaya tidak berjaya memberikan kesan dalam hati ini. Tetapi saya bangga dengan usaha yang dicurahkan. Sedikit lebih masa latihan, saya pasti teater muzikal ini mampu menjadi seperti Miss Saigon, Bombay Dreams atau Les Miserables. Secara keseluruhan teater muzikal ini sebuah cinta agung yang boleh dilupakan. Untuk merasai pengalaman yang telah saya rasai, anda semua bolehlah menonton teater muzikal buatan Malaysia ini untuk merasakan keindahan dan pengalaman tersebut.
Memetik kata-kata Adlin Aman Ramli, perkataan sahaja tidak mencukupi, saksikan sendiri dan merasai pengalaman menonton teater muzikal ini. Saya telah menyaksikannya. Anda juga perlu menyaksikannya kerana ia dihasilkan oleh satu pasukan berjiwa Malaysia yang mempunyai impian besar untuk memartabatkan seni teater Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Usaha ini sewajarnya disokong. Puteri Gunung Ledang The Musical telah meletakkan satu aras tanda kepada teater muzikal untuk ianya berkembang di Malaysia. Tidak sewenang-wenangnya ada pihak yang mahu melabelkan karya kreatif mereka sebagai teater muzikal sekiranya tidak berjaya mencapai taraf seperti Puteri Gunung Ledang ini. Ia adalah satu standard yang tinggi yang perlu dicapai oleh para penggiat teater untuk sama-sama menyaingi produksi teater muzikal ini.

Saya telah berusaha untuk memberikan pandangan saya sejujur mungkin tentang pengalaman saya di Istana Budaya. Kepuasan menonton teater hanya akan diperoleh sekiranya anda sendiri menyaksikannya dan bukan sekadar membaca ulasan ringkas ini. Teater muzikal adalah untuk dilihat dan dirasa...

Teater muzikal ini diarahkan oleh Zahim Albakri dan Adlin Aman Ramlie. Roslan Aziz turut bertindak sebagai Pengarah Muzik. Saksikannya di Istana Budaya dari 7 - 26 Februari secepat mungkin. Tiket boleh didapati dengan harga RM30, RM50, RM70, RM100 dan RM150. Tiket boleh didapati secara online di http://www.ticket2u.biz/ atau menghubungi Box Office Istana Budaya di talian 03-4026 5558. Selamat Menonton !

Teater memanusiakan manusia...

Pilihan sultanmuzaffar
1. Lakonan/Nyanyian AC Mizal
2. Skor muzik
3. Lakonan/Nyanyian Adlin Aman Ramlie
4. Babak 2 Adegan 3 Menundukkan Ledang
5. Buku Program
6. Rekaan Tatacahaya
7. Cerita
8. Tiara Jacquelina
9. Rekaan Set
10. Stephen Rahman Hughes

Ulasan Lain :
TVSmith (Kredit Foto)
Midnite Lily : "Better than the film"
Min : "Tiara Jacqueline was very good in this but I would say AC Mizal as Gusti Adipati stole the show."
KakiCucukLangit : "I Can Feel Your Pain Tuah. Really I Do."
Jeff Ooi : "You have to manage fate with courage, change it if you need to."
Patrick Teoh : " Can this boy act? I don't think so."
Edd Vedder : "Setiap bibit lagu merupakan cerita yang yang disampaikan secara bermelodi. Irama lagu tersebut mencerminkan perasaan setiap karakter yang menyanyikannya."
Klubbkidd : "It was like watching Daffy Duck in the lead role!"
(BARU)
Fiebie : "Ohh, Puteri Gusti, kasih hambe membawe hambe dari melake ke bla bla membawe cinte kite yang lare" Mati lah slang omputih."
(BARU)
Sharizal : "But as a Malay hero, he was stiff and I thought he was finding it difficult to act “Malay”. He should have sung all of his lines."
(BARU)
Mack Zulkifli : "I sing praises for AC Mizal. His stage presence was phenomenal."
(BARU)
Suanie : "Stephan Rahman-Hughes is cute, has beautiful eyes, nifty dance moves and a ridiculously powerful singing voice but he is not Hang Tuah."
(BARU)
Fireangelism : "Tiara is super duper HAWT for SURE! And she’s REALLY toned too! Slurp."
(BARU)
Afdlin Shauki : "ZAHIM ALBAKRI the director, is a FREAKING GENIUS!!!"

Dikemaskini pada 13 Februari 2006 :
Sempat saya menyelak beberapa akhbar utama untuk membaca pandangan mereka tentang teater muzikal ini.

NST : "An enchanting saga"
Malay Mail : "Crouching Gusti, hidden Tuah"
Utusan Malaysia : "PGLtM dan Tiara cetuskan fenomena"
Berita Harian : ""
The Star : "Pretty good, princess"

Sidang Media PGLtM
Ulasan Filem Puteri Gunung Ledang

Awan Yang Terpilu Dianiaya ?

Dengar khabarnya, pengamal muzik tempatan sedang kecoh menempelak keputusan Anugerah Juara Lagu ke 20 yang baru berlangsung minggu lepas. Isu utama yang dibangkitkan adalah kemenangan Gemilang mengetepikan Awan Yang Terpilu. Terdengar mereka membicarakan perihal lagu Awan Yang Terpilu kononnya disabotaj oleh barisan panel juri yang menurutnya melodi Awan Yang Terpilu adalah lagu ciplak. Lantaran komen tersebut, sebahagian panel juri berpendapat agar lirik Awan Yang Terpilu tidak patut dinilai.

Apa yang telah dirisik, melodi lagu yang kononnya diciplak itu hanyalah empat bar sahaja berpandukan lagu nyanyian Syafinaz. Namun demikian ia hanyalah sekadar persamaan yang masih samar-samar. Lagipun menurut peraturan yang telah ditetapkan oleh badan antarabangsa, persamaan empat bar masih lagi boleh diterima-pakai dan tidak dianggap ciplak.

Kesan daripada perbuatan tersebut, hampir kesemua panel juri terpengaruh dengan komen tersebut dan tidak menilai lirik lagu Awan Yang Terpilu. Jelas sekali ada pihak yang berasa tergugat dengan lirik puitis Awan Yang Terpilu lalu sanggup melakukan perbuatan tersebut.

Beberapa pihak yang arif dalam bahasa Melayu turut mengaitkan tatabahasa lagu Gemilang yang menurut mereka terdapat kesalahan dari segi makna dan tatabahasa. Lebih mengejutkan apabila lirik lagu Gemilang adalah terjemahan terus dari lirik lagu Gemilang versi Inggeris tanpa mengubah mengikut tatabahasa Melayu.

Nampaknya bahang Anugerah Juara Lagu ke 20 masih belum reda.

Dengar Mulut Laser ERA : Setiap Isnin - Jumaat jam 6 pagi dan 8.45 malam !

Ulasan AJL20 di Mobile sultanmuzaffar Portal
Ingin membaca Ulasan Penuh ? Muat turun dan baca Ulasan di telefon bimbit anda !

taip JV(space)C22001 hantar ke 32010 (untuk pelanggan 012, 017, 016 & 019)

(Eksklusif untuk pelanggan 012 & 017 sahaja!) Pasti Puas !!
1. Pengguna telefon bimbit, sila ke http://wap.maxis.com.my/
2. Klik COMMUNITY
3. Klik ZON MELAYU
4. Klik Ulasan AJL20 - sultanmuzaffar

Sila semak senarai telefon serasi.

Entri oleh sultanmuzaffar 05 February 2006 0 komen

2 - Malaysian Idol, 2 - Akademi Fantasia, 2 - Audition dan 1 untuk Siti Nurhaliza !
Hari Ini Anugerah Juara Lagu 20 Pass sudah berada di tangan. T-shirt Topman sudah siap tersedia. Kemeja lengan panjang Quiksilver sudah siap digosok. Jean Levi's Petaling Street sudah siap digantung. Kasut Dr. Cardin Uptown sudah tersedia di muka pintu. Buku Nota Hotlink untuk catatan tentu tidak mahu dilupakan serta pen sebatang. Kamera jika perlu. Berkumpul di Balai Berita NSTP sebelum sama-sama satu kereta bertolak ke PWTC untuk berjalan di Karpet Merah AJL20. Selamat berjaya dan bertanding buat Adam, Ning Baizura, V.E. dan Mawi yang saya kenal secara peribadi.

Evolusi Juara Lagu
Pentas PWTC kecil dan tidak cukup luas untuk sebuah anugerah berprestij seperti AJL. Rekaan pentas pudar.

Semalakama (Pak Ngah/Ce'Kem/Zehra Zambri)
In : Artis baru yang berusaha gigih menggunakan platform AJL untuk menaikkan namanya. Ada vokal tetapi tenggelam dengan nama besar yang lain.

Out : Persembahan ulang tayang Siti Nurhaliza. Tiada pembaharuan. Pakaian warna jingga tidak begitu outstanding berbanding penari latar yang menggunakan warna pink dan hijau pucuk pisang.

Verdict : Bosan tahap dewa-dewa !

Elegi Sepi (Azlan Abu Hassan/Julfekar/Azharina)
In : Pancaran lampu dari belakang untuk kesan siluet.

Out : Hambar tidak terkata ! Nyanyian ke laut habis. Style langsung tiada. Geraklah sikit !

Verdict : Hambar tidak terkata !

Pop Ye Ye (V.E/Zaf & Cham/V.E)
In : Konsep pakaian yang menyerlah. Kemunculan Datuk A.Rahman Hassan bermain gitar.

Out : Vokal serabut. Teknikal audio hancur. Props juga serabut ! Pentas PWTC kecil, ambillah penari kecil bukan penari besar.

Verdict : Vokal serabut, props serabut !

Taat (Rosli Md Kasa/Tok Wan/Rohana Jalil)
In : Konsep putih yang suci. Tribute untuk Datuk Farid Ridzuan yang baru pulang dari Mekah. Warna pakaian yang hijau macam simbolik PAS pula.

Out : Penghambaan kanak-kanak yang jelas. Kanak-kanak bawa rehal dan beg. Tidak cukup latihan.

Verdict : Konsep yang kacau ! Idea yang sasau !

Awan Yang Terpilu (Lin Li Zhen/Loloq/Ning Baizura)
In : Kesan siluet pada lampu sorot. Budget paling rendah. Baju kurung pembantu rumah dan tikar mengkuang. Menunggu juga bila piala kecil atau traktor akan muncul. Duduk dan lontar vokal. Emosi penyanyi dan penonton sampai.

Out : Vokal boleh tahan kerana tidak all out.

Verdict : Tersentuh dengan emosi dan penghayatan Ning !

Tak Tahu (Edry KRU/Edry KRU/Adam)
In : Dance move yang menarik. Koreografi recycle tetapi nampak ada perubahan dari segi pergerakan. Konsep pakaian yang menarik. Vokal yang bagus !

Out : Koreografi yang tidak dirancang. Penggunaan kerusi yang biasa. Set Mahkamah yang murah. Huruf polisterin yang recycle gathering FC.

Verdict : Tidak bersalah ! Klon yang ada evolusi !

Ayuh Juragan (Noraniza Idris/Fedtri Yahya/Noraniza Idris)
In : Noraniza faham apa itu koreografi. Bersungguh-sungguh dalam persembahan. Vokal boleh tahan. Koreografi yang out-standing ! Kombinasi etnik dan moden.

Out : Koreografi penari wanita kurang menyerlah berbanding koreograf penari lelaki. Warna pakaian Noraniza tidak out-standing.

Verdict : Koreografi yang mantap dan terancang !

Wajah (Othman Mohamad/Habsah Hassan/Jaclyn Victor)
In : Motif pakaian berkonsepkan henna dan batik. Menarik.

Out : Warna biru tidak sesuai dengan warna kulit Jac. Tiada interaksi dengan kanak-kanak. Vokal biasa. Promosi Bersamamu.

Verdict : Muak dengan melankolik terlampau !

Gaia (Pacai/Pacai & Zainal Abidin/Zainal Abidin)
In : Idea dan konsep menarik. Berani. Vokal hebat ! Capoeira yang menarik.

Out : Penghambaan kanak-kanak yang jelas. Kezaliman terhadap binatang. Abang Api recycle AF. Open burning !

Verdict : Konsep gila-gila yang suam-suam kuku !

Aduh Saleha (M Nasir/Loloq/Mawi)
In : Peningkatan dalam vokal. Konsep pakaian menarik.

Out : Warna baju kusam. Tidak menarik langsung ! Penari dan Mawi dalam dua dunia yang berbeza. Tiada keserasian. Silat yang recycle.

Verdict : Kitar semula tanpa pembaharuan !

Gemilang (Aubrey Suwito/Asmin Mudin/Jaclyn Victor)
In : Koir gospel yang meremang pada mulanya sebelum koir Hazami menumbangkan mereka.

Out : Vokal yang keterlaluan. Over-dose ! Performance movement yang terhad untuk melindungkan tattoo di bahagian belakang Jac.

Verdict : Jerit dan bingit ! Kau memang da bomb !

Kata (Hazami/Hazami, Tris & Arab/Hazami)
In : Koir yang meletup ! Vokal yang mantap ! Konsep pakaian yang menarik. Hazami nampak menyerlah.

Out : Penyanyi latar dari drop-out TV realiti kurang menyerlah berbanding koir.

Verdict : Gabungan vokal yang cemerlang !

Evolusi Muzik Berterusan
Lebih menarik sekiranya dipersembahkan bermula zaman kini dan kembali ke zaman 50an.

Juara Lagu jatuh kepada…
Persembahan Terbaik : Mawi (Aduh Saleha), sepatutnya Ning Baizura (Awan Yang Terpilu), Hazami (Kata), Noraniza Idris (Ayuh Juragan) atau Adam (Tak Tahu)
Persembahan Vokal Terbaik : Hazami (Kata)
Etnik Kreatif : Aduh Saleha (M.Nasir/Loloq/Mawi)
Pop Rock : Kata (Hazami/Hazami, Tris & Arab/Hazami)
Balada : Gemilang (Aubrey Suwito/Asmin Mudin/Jaclyn Victor), sepatutnya Awan Yang Terpilu
Juara Lagu : Gemilang (Aubrey Suwito/Asmin Mudin/Jaclyn Victor)
AJL Pilihan Penonton : Cindai (Pak Ngah Suhaimi/Hairul Anuar/Siti Nurhaliza) - tidak diumumkan di segmen Keputusan. Saya ingat saya tertidur...

Sekadar Membuka Minda
Kontroversi melibatkan kredibiliti panel Juri tempatan dan Erwin Gutawa.
Siti Nurhaliza - tentu tidak akan menangkan Jac, Noraniza Idris & Ning Baizura
Anita Sarawak - tentu tidak menangkan Jac dan Ning Baizura
Roslan Aziz - akan menangkan Jac kerana Malaysian Idol dan tidak akan menangkan bekas anak buahnya Zainal Abidin
Ajai - tentu tidak akan menangkan Ning Baizura (kes Ning Associates)

Industri muzik Malaysia terlalu kecil...

Lima minit = 64,000 SMS ! Terbaik atau popular perlu diasingkan atau dibuang kerana menjejaskan kredibiliti Juara Lagu.

Pilihan sultanmuzaffar
1. Awan Yang Terpilu
2. Kata
3. Ayuh Juragan
4. Gemilang
5. Gaia
6. Aduh Saleha
7. Tak Tahu
8. Pop Ye Ye
9. Wajah
10. Elegi Sepi
11. Semalakama
12. Taat

Laman Web Rasmi
Undian Persembahan Terbaik AJL20
Infocast "Live" AJL20 dari PWTC

Untuk ulasan yang lebih hangat dari biasa (hehehehe), sila ke Mysticdreamworks, Javardkent, Aku Belum Gila Lagi Tau, Klubbkidd, Groupie AJL20, etc

p/s:- Merah itu tandanya star !

Ulasan AJL20 di Maxis WAP Portal
Ingin membaca Ulasan Penuh ? Muat turun dan baca Ulasan di telefon bimbit anda ! Eksklusif untuk pelanggan 012 & 017 sahaja! Pasti Puas !!
1. Pengguna telefon bimbit, sila ke http://wap.maxis.com.my/
2. Klik COMMUNITY
3. Klik ZON MELAYU
4. Klik Ulasan AJL20 - sultanmuzaffar

atau : taip JV C22001 hantar ke 32010

Sila semak
senarai telefon serasi.

Entri oleh sultanmuzaffar 02 February 2006 0 komen

Nostradamus Anugerah Juara Lagu 20

Rupa-rupanya saya terlupa untuk menjadi Nostradamus Juara Lagu pada musim ini. Kesibukan yang melampau serta cuti yang panjang terlalu melalaikan sehingga terlupa tentang Anugerah Juara Lagu. Saya, Klubbkidd, BadrulAfterSix dan seorang sahabat akan bertandang ke PWTC untuk majlis Anugerah tersebut. Ada sahabat yang akan bertanding tetapi bukan untuk Juara Lagu, untuk satu pertandingan mooting di UKM. Semoga berjaya !

Irama Malaysia & Etnik Kreatif : Aduh Saliha (M.Nasir/Loloq/Mawi)
Kejutan : Ayuh Juragan (Noraniza Idris/Fedtri Yahya/Noraniza Idris)

Pop Rock : Pop Ye Ye (Shahrin Azmi Mohd Shaharudin, Damien Seet, Abdullah Ahmad, Zaf, Cham/Zaf & Cham/V.E.)
Kejutan : Tak Tahu (Edry KRU/Edry KRU/Adam)

Balada : Awan Yang Terpilu (Lin Li Zhen/Loloq/Ning Baizura)
Kejutan : Gemilang (Aubrey Suwito/Asmin Mudin/Jaclyn Victor)

Persembahan Vokal Terbaik : Jaclyn Victor
Kejutan : Mawi

Persembahan Terbaik : Mawi (Aduh Saleha)
Kejutan : Adam (Tak Tahu)

Juara Lagu : Awan Yang Terpilu (Lin Li Zhen/Loloq/Ning Baizura)
Kejutan : Aduh Saliha (M.Nasir/Loloq/Mawi)

AJL Pilihan Penonton : Jerat Percintaan (Adnan Abu Hassan/Hani MJ/Siti Nurhaliza)
Kejutan : Ghazal Untuk Rabiah (M.Nasir/S.Amin Shahab/Jamal Abdillah/M.Nasir)

Ulasan Javard : AJL

Entri oleh sultanmuzaffar 26 January 2006 0 komen

Buli Balik : Putaran filem yang lebih optimis
Rating : 4/5 bintang


Lama benar tidak menulis sesuatu untuk blog ini. Dari hari ke sehari saya semakin sibuk menyiapkan tugas yang semakin banyak. Banyak juga ulasan tertangguh yang perlu disiapkan. Ada juga yang perlu dihantar. Hidup tidak terlalu mudah mungkin.

Filem Buli Balik telah saya tonton beberapa minggu yang lepas sewaktu tayangan untuk media tetapi tidak berkesempatan untuk menulis ulasan tentang filem tersebut. Walaupun pada hakikatnya saya menyukai filem tersebut. Benar-benar menyukainya. Semalam telah berlangsung Tayangan Komuniti Blog untuk filem Buli Balik. Ramai juga yang hadir untuk sama-sama memberikan sokongan kepada filem tersebut. Pertama kali satu tayangan preview untuk blogger dan para pembaca mereka. Belum pernah dibuat sebelum ini. Nampaknya para pembikin filem sudah mula nampak usaha-usaha yang telah dilakukan oleh para blogger untuk memberikan promosi dan ulasan ikhlas mereka tentang apa yang mereka tonton.

Setelah menonton filem Buli beberapa tahun dahulu, Afdlin Shauki hadir dengan buah tangan yang baru untuk para peminat filem Melayu. Walaupun jaraknya agak terlalu hampir dengan masa tayangan filem Baik Punya Cilok yang saya tidak gemar, filem Buli Balik menjanjikan satu kelainan kepada mereka kelak.


Kali pertama saya menganjurkan tayangan filem adalah untuk filem Puteri Gunung Ledang, yang hadir seramai 21 orang. Kali kedua hasil gabungan dengan BadrulAfterSix adalah untuk filem Sepet, yang hadir adalah seramai 31 orang. Kali ketiga adalah untuk filem Gol & Gincu, yang hadir seramai 53 orang. Manakala untuk Buli Balik yang hadir adalah seramai 88 orang. Grafnya semakin menunjukkan peningkatan. Diharapkan mutu filem Melayu juga akan menunjukkan peningkatan. Selepas ini ada Gubra, The Red Kebaya, Bilut, Puaka Tebing Biru, Susuk, Lelaki Komunis Terakhir, Zombie Kg. Pisang dan Sumo-lah. Sekadar menyebut beberapa filem yang bakal memberikan cerita yang lain dari yang lain. Saya sukakan kelainan yang memadai bukan kelainan yang tidak menjanjikan apa-apa. Maaf sekiranya ada filem yang saya sengaja tidak mahu sebut.

Menyentuh tentang Buli Balik, boleh saya sifatkan sebuah filem yang lebih baik dari Baik Punya Cilok. Kalau Baik Punya Cilok mampu mengaut kutipan sebanyak hampir RM3 juta, tidak mustahil Buli Balik mampu mendapatkan kutipan yang lebih daripada itu. Tetapi saya sedar yang cita rasa manusia berbeza-beza. Mungkin berlaku yang sebaliknya. Kalau ini berlaku, ini membuktikan yang peminat filem Melayu masih dahagakan penampilan Awie di layar perak. Sesuatu fakta yang agak mengejutkan kerana lakonan Awie dan badannya masih boleh dijual kepada peminat filem Melayu.


Inti pati filem Buli Balik amat mudah. Tentang buli atau buli balik. Dalam Buli Balik saya lihat nilai persahabatan lebih dari segala-galanya. Terlalu besar pesanan yang dibawa oleh Buli Balik. Apakah punca seseorang itu menjadi pembuli atau pendera. Kesan buli kepada yang kena buli. Apakah akan berlaku satu putaran yang menyebabkan masalah tersebut tidak akan berakhir. Kesan psikologi yang berlaku dalam seseorang mangsa buli dalam beliau berhadapan dengan realiti hidup di masa hadapan.

Saya pernah menulis tentang program Bersamamu yang mana saya telah menyentuh tentang gejala meninggalkan warga emas di rumah-rumah orang tua. Saya menulis,

Dalam Malaysia menuju kemajuan, tidak dapat tidak beberapa aspek dalam kehidupan terpaksa diabaikan. Lebih menyedihkan apabila terdapat segolongan
manusia yang terus mengabaikan ibu-bapa mereka. Semacam sudah menjadi kebiasaan, berita-berita di akhbar memaparkan juga kisah penderaan kanak-kanak. Ia semacam satu putaran roda kehidupan. Kanak-kanak didera sekarang dan ibu-bapa diabaikan sewaktu umur tuanya. Apakah itu satu kebetulan atau semacam satu pembalasan ?

Tulisan tersebut mendapat reaksi dari Mack Zulkifli yang menyatakan,

Sultan Muzaffar is a popular blogger amongst the BM writing blogs, more known
for his reviews and stories in the local entertainment scene. In this blog entry, he offers a profound thought on how we — as a society hurtling towards developed status — may be trapped in a viscious circle of misery.

It’s worth some contemplation.

Dari tulisan bertajuk A vicious circle of misery.

Lingkaran syaitan yang dimaksudkan ada di dalam filem Buli Balik. Roy didera emosinya sewaktu kecil apabila melihatkan ibunya yang sering dipukul oleh bapanya. Kesan psikologi yang berlaku ke atas Roy menyebabkan beliau membuli Nordin sewaktu mereka menuntut di sekolah yang sama. Apa yang terjadi kepada Dasuki, bapa Roy ? Dasuki diabaikan sewaktu meniti hari-hari tuanya. Kesan-kesan negatif tersebut sentiasa berputar-putar dan tidak pernah padam. Dendam yang tersimpan di dalam diri Roy dibawa ke zaman remajanya. Nordin boleh mengambil kesempatan untuk membalas dendam terhadap apa yang telah Roy lakukan. Dan putaran tersebut akan berterusan dan tidak akan berhenti. Apakah Nordin akan meneruskan putaran tersebut akan hanya terjawab apabila anda menonton filem Buli Balik.

Arahan/Cerita
Saya lihat ada perbezaan besar dalam arahan Afdlin Shauki untuk filem ini berbanding filem Buli. Beliau tahu cerita yang ingin beliau sampaikan dan meletakkan arah tuju yang betul untuk arahannya. Beliau tahu apa yang perlu dimasukkan dan apa yang perlu ditiadakan dalam filem ini.

Penggunaan dialog-dialog pendek yang melucukan juga menyuntik elemen komedi pada filem ini yang boleh saya sifatkan bercorak drama campur romantik campur komedi. Semua elemen tersebut digaul dan menjadi Buli Balik. Itu yang bagus tentang filem ini apabila dialog-dialog pendek mampu membuatkan kita terasa macam ditempeleng atau pun membuatkan kita terasa gelak macam tidak mahu berhenti.

Pembaca Berita 4 : Lagu "Sure Or Not" nyanyian Tan Sri Michaelsoft mengalahkan lagu Siti Nurhalimah bertajuk "Cintaku Bukan Di Atas Email". Sungguh sinis.

Kesan buli dibawa dari zaman lampau ke zaman kini. Manakala kesan hilang ingatan dapat dipulihkan dengan kembali ke zaman lampau. Menarik bukan putaran ini.


Pujian harus juga diberikan kepada Penata Seni dan Pereka Set untuk set dan lokasi yang menarik ditampilkan dalam filem ini. Lokasi yang dipilih amat bersesuaian dengan cerita dan berjaya menimbulkan mood untuk penceritaan filem ini. Set untuk rumah kampung Dasuki telah dibuat dengan baik, begitu juga dengan tempat kerja Nordin dan Tan Sri Michaelsoft.

Seperti filem Gol & Gincu, Castello dan Sembilu 2005, pengaruh jenama turut menguasai Buli Balik. Saya agak kurang selesa melihat Nasha memegang botol Dermalogica dan menunjukkan cara-cara memakai lip-gloss kepada Umie Aida. Penggunaan telefon bimbit kamera dan 3G lebih bersesuaian dengan babak dan cerita filem tersebut dan tidak nampak dibuat-buat. Jenama apa pula selepas ini ? Filem Susuk boleh mengundang diva paling popular untuk mengesahkan produk mereka pula.

Lakonan

Inilah pertama kali saya kagum dengan lakonan Hans Issac sebagai Roy. Beliau telah menampilkan sebuah lakonan yang bersahaja tetapi berkesan. Beberapa kali saya terdengar penonton memberikan simpati mereka kepada Roy setelah melihatkan perbuatan Ako Mustapha (Shaff) yang agak keterlaluan menggunakan kesempatan yang tiba sewaktu Roy masih dalam proses memulihkan ingatannya. Walaupun Roy sebenarnya adalah punca Nordin merasa rendah diri dan merasa teraniaya akibat dibuli oleh Roy sewaktu zaman persekolahannya. Penonton cepat melupakan kesilapan-kesilapan Roy dalam Buli dan memaafkannya dalam Buli Balik. Walaupun pada penghujung filem ini beberapa ekspresi Roy agak keterlaluan tetapi Nordin (Afdlin Shauki berjaya mengimbangi kekurangan tersebut dengan lakonan yang amat berkesan. Hans Issac menguasai hampir keseluruhan filem ini dengan lakonan yang mantap.

Lakonan Nasha Aziz sebagai Dr. Ika lebih bersahaja dalam filem ini dan menampilkan perwatakannya yang lebih matang berbanding filem Buli. Adegan-adegan romantis dilakonkan dengan baik oleh Nasha.

Tan Sri Michaelsoft (Patrick Teoh) juga berjaya mengekalkan elemen komedi pada beberapa adegan dengan dialog-dialog pendeknya yang melucukan. Patrick Teoh wajar diberikan watak yang tidak stereotype untuk filem seterusnya. Memandangkan sudah banyak filem menampilkan beliau sebagai seorang berbangsa Cina yang bercakap dengan pelat Cina yang agak klise untuk terus dipertontonkan dalam filem seterusnya.

Watak-watak pembantu dalam kelas terapi menampilkan Aziz M.Osman, Sharifah Shahira, Harun Salim Bachik, Wahid Senario dan Hani JD juga telah membawakan watak mereka dengan berkesan walaupun tidak dikembangkan dengan baik.

Adegan Menarik
Antara adegan menarik dalam filem ini yang wajar diingati ialah adegan sewaktu pertembungan emosi antara Nordin (Afdlin Shauki) dan tiga orang murid sekolah. Satu adegan yang memberikan kesan yang cukup besar dalam Buli Balik dalam mengembalikan semangat Nordin untuk melawak sifat rendah dirinya.

Adegan antara Nordin dan dirinya di hadapan cermin juga agak klasik. Teknik morphing yang digunakan benar-benar membuka mata. Ia berjaya menyampaikan pesanan emosi yang Nordin sedang berperang dengan dirinya sendiri untuk melawan sifat rendah dirinya itu.


Babak sewaktu Nordin menyatakan kekesalannya kepada Dr. Ika juga menarik dan di luar jangkaan. Tidak boleh cerita panjang. Anda kena tonton filem ini secara keseluruhannya.

Kalau saya begitu tidak gemarkan adegan penghujung filem Baik Punya Cilok, sebaliknya yang berlaku untuk filem Buli Balik. Apa yang boleh saya perkatakan adegan kemuncak filem ini mengingatkan saya akan pertarungan Nordin dan Roy dalam animasi tiga dimensi. Lebih-lebih lagi dengan kemunculan Ramlah Ram sebagai cameo dengan pakaian simboliknya.

Pengaruh muzik latar dalam adegan Roy kembali ke kampungnya benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat saya. Saat waktu Roy sampai ke kampungnya dengan iringan muzik yang ringkas tetapi kena dengan adegan tersebut mampu membuatkan satu persatu ingatan Roy terhadap apa yang telah dilalui olehnya datang kembali secara beransur-ansur.

Muzik Latar
Dari situ kesan muzik latar benar-benar mempengaruhi perjalanan sesebuah filem. Afdlin Shauki menggunakan khidmat Pacai dan Aji untuk menghasilkan muzik latar filem ini. Sesetengah filem suka menggunakan lagu tema filem Out of Africa dan Schindler’s List sebagai lagu latar filem mereka. Berbeza dengan Buli Balik. Ada beberapa lagu yang menarik dari filem ini Naluri, Pada Senyummu dan U Sure Or Not.

Walaupun ramai yang menyukai penampilan Tan Sri Michael dalam muzik video U Sure Or Not, saya kurang menyukainya. Saya merasakan adegan tersebut agak panjang untuk pengenalan sesuatu watak tetapi masih memadai untuk menimbulkan elemen komedi pada filem tersebut. Lebih menarik sekiranya muzik video tersebut dipendekkan.

Ada yang bertanya lagu latar yang digunakan pada penamat filem tersebut. Lagu tersebut bertajuk Tiada Lagi dan lirik lagu tersebut amat kena dengan jalan cerita Buli Balik. Lagu tersebut ada terkandung di dalam album Fuuyo !

Poster
Saya lebih menyukai versi poster awal filem ini. Lebih menarik dan mesejnya kuat sedikit berbanding poster terkini filem ini. Poster awal menampilkan wajah bengis Nordin dan pelakon-pelakon lain berada di belakang dengan pelbagai mimik muka. Tetapi setelah menonton filem ini kali kedua, saya merasakan poster terkini filem ini lebih sesuai kerana ia menampilkan Nordin dan pelakon-pelakon lain di baju Nordin. Mimik muka pelakon lain yang pelbagai sentiasa berada dekat dengannya. Saya tiba-tiba teringat salah satu dialog dalam filem ini.


Nordin : Kawan-kawan saya semua ada kat sini...(aku dah mengalir air mata time ni !)

Damn ! Aku mengalirkan air mata menonton adegan tersebut. Bagaimana persahabatan melebihi segala-galanya walaupun Nordin pernah mengalami trauma dibuli oleh Roy. Senang sekali untuk memaafkan walaupun tidak semua orang mempunyai sifat tersebut. Ini bukan kali pertama, ini kali kedua. Filem terakhir yang mampu membuatkan saya mengalirkan air mata ialah adegan kehadiran kanak-kanak Palestin dalam filem Selubung tetapi apabila menonton kali kedua saya tidak terasa sangat. Berbeza dengan adegan akhir filem Buli Balik, walaupun sudah dua kali menontonnya pun saya masih mengalirkan air mata. Ini satu petanda yang filem ini tidak wajar dilepaskan. Saya semakin optimis dengan filem Melayu.

Laman Web Buli Balik
Forum Buli Balik
Ulasan Blog
: DJCybersonique, Mat Jan, Basri, Superdiman, Blueqube, Nina, Anne, Goldenoro, SeniKami, etc

Entri oleh sultanmuzaffar 18 January 2006 0 komen

Tayangan Komuniti Blog : Buli Balik

Afdlin Shauki telah berbesar hati untuk menjemput para komuniti blog untuk sama-sama menonton keunikan filem Buli Balik arahan beliau sendiri. Tayangan ini adalah istimewa untuk komuniti blog yang mana anda berpeluang untuk menonton filem Buli Balik lebih awal dari tayangan biasa.

Tayangan tersebut akan diadakan pada :
Hari : Rabu
Tarikh : 25 Januari 2006
Tempat : TGV One Utama
Jam : 10 pagi
Harga : RM10

Kapasiti panggung adalah untuk seramai 200 orang sahaja. Tempat adalah terhad. Jangan ada yang tersalah faham. Komuniti blog merangkumi blogger, pembaca blog, penunggu blog, dan juga langau blog. Sesiapa sahaja dipersilakan untuk menyertai tayangan filem ini. Jangan ketinggalan.

Sila tempah tempat anda secepat mungkin di ruangan komen blog, YM sultanmuzaffar atau email ke sultanmuzaffar(at)gmail(dot)com untuk kaedah pembayaran.

Begitu banyak ulasan tertangguh yang perlu disiapkan. Bukan tiada acara atau majlis yang dihadiri, sekadar tidak punya masa yang banyak untuk menulis. Banyak masa juga dihabiskan dengan menghadiri mesyuarat dan sesi perbincangan yang hasilnya tidak perlu dihebahkan kepada pembaca. Cukup sekadar memberitahu bahawa minggu ini merupakan minggu yang agak ong untuk saya. Rehat panjang nampaknya akan berkurangan tetapi tidak akan berakhir dan akan terus bersantai dari ruang kecil di kamar sendiri. Enak bukan ?

Masih dalam dilema : profit sharing atau lumpsum ?

Last minute booking : sila hubungi saya di 0123013029. Saya akan berada di lokasi filem Susuk malam ini.

Senarai Tetamu Terkini (setakat Selasa, 7.00pm)
- SM
- Basri Nor Mohd. (y)
- Wkdin (y)
- Wkdin
- Izham (y)
- Izham
- Nizam Arshad (e)
- Akmal (e)
- Khairul (y:adzakael)
- bluelover (e)
- Ajin (y:last_king_alive)
- Ajin
- Halimurashid Hafni (y:halim6my)
- Halimurashid Hafni
- Hitomi Aihara (e)
- Hitomi Aihara
- Sweetmk
- Me Alone (e:kecot)
- Me Alone
- Fadhil (e)
- Fadhil
- Hazim (y)
- Hazim
- Hazim
- Jep (e)
- Jep
- Jep
- Jep
- Jep
- Bahiyah
- Bahiyah
- nyet (e)
- nyet
- nyet
- Lady Arween (e)
- Lady Arween
- Judd (e)
- Azlan Daniel (e)
- Fairiza
- Nawwar Izyan (e)
- Nawwar Izyan
- Nawwar Izyan
- Nawwar Izyan
- Nawwar Izyan
- Nawwar Izyan
- DJCyberSonique (y)
- DJCyberSonique
- DJCyberSonique
- DJCyberSonique
- DJCyberSonique
- DJCyberSonique
- Superdiman (e)
- Faizal Riza (webmaster Buli Balik)
- Javard
- Skylar
- Safuan (y)
- Pot Amir (Innuendo)
- OJH (Innuendo)
- Taj (Innuendo)
- Luqman(Innuendo)
- Ahmad Imran Saliq (Innuendo)
- Ahmad Napster
- Farah
- Areray.ace (e)
- Areray.ace
- Areray.ace
- Areray.ace
- Mukeh (y)
- Mukeh
- Mukeh
- Suzie
- Suzie
- Suzie
- Suzie
- Suzie
- Suzie
- Suzie
- roe hashim (y : roe233)
- roe hashim
- roe hashim
- roe hashim
- Judd Scravius (e)
- book
- Klubbkidd
- Juan Danza (y)
- Juan Danza
- Dino
- Dino

Sila buat pembayaran anda secepat yang mungkin sebelum hari Selasa.
- Saiful Nang (y)
- Dewi (e)
- Cikokui (e)
- Khatijah Lubis (e)
- Khatijah Lubis
- Adam Blackk (e)
- Adam Blackk
- Nizam Rahman Be (e)
- Nizam Rahman Be
- muhamad khaleel alyasini Abdullah (e)
- muhamad khaleel alyasini Abdullah
- Op
- norazreen
- Syuhaida

- Syuhaida
- Syuhaida
- Suzie
- Suzie
- Suzie
- Mohd Hassannoor b. Mat Noh (e)
- Mohd Hassannoor b. Mat Noh (e)
- Suzila
- Suzila

Nota: Terdapat beberapa transaksi bernilai RM40, RM10 dan RM40, tetapi tidak email kepada saya transaksi/slip, maka saya tidak tahu siapa yang membayar jumlah tersebut. Sila mengaku secepat mungkin. :)

Seperti yang tersiar di Utusan Malaysia hari ini :
Adakah Buli Balik mempunyai barangan cenderamata yang boleh dijadikan koleksi para peminat?
Kami ada mengeluarkan barangan seperti t-shirt untuk dimiliki oleh para peminat. Kami akan mengedarkan barangan itu secara eksklusif kepada 220 penonton yang hadir pada pratonton Buli Balik yang akan diadakan di pawagam TGV, Bandar Utama, Petaling Jaya pada 25 Januari ini (esok). Para penonton yang hadir pada pratonton itu datang melalui jemputan. Mereka terdiri daripada peminat yang melayari blog internet. Para peminat yang mahu turut serta bolehlah menghantar permohonan dengan menghantar e-mel kepada sultanmuzaffar(at)gmail(dot)com

Jangkaan Kehadiran: 110 orang
Paid: 87 tiket
Updated amount: RM870

ungu
: Paid
(e) : menerusi email
(y) : menerusi YM