Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 20 March 2006 0 komen

Teater Muzikal Lantai T.Pinkie : Kasut-Kasut Bercerita Lagi...

Lantai T.Pinkie bercerita lagi. Kata T.Pinkie, “Lantai ini tempat kasut-kasut bercerita…” Lantai T.Pinkie menghidupkan nadinya di Singapura oleh Kumpulan Teater Kami pada Jun 1996. Kemudiannya berhijrah ke Malaysia pada Mac 1997 di Auditorium Utama Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC), Kuala Lumpur. Oleh sebab sambutan yang di luar dugaan, pementasan tersebut di ulang tayang di tempat yang sama pada Mei 1997.

Sebelum Puteri Gunung Ledang The Musical dan teater noir Ronggeng Rokiah, teater nostalgia Lantai T.Pinkie sebenarnya telah mencipta sejarah lebih awal dalam pementasan teater Melayu kerana ia teater Melayu paling lama pementasannya iaitu tiga jam, tiket yang paling mahal ketika itu adalah RM40 dan Dewan Tuanku Abdul Rahman sentiasa penuh setiap malam dengan kebanjiran penonton. Pementasannya turut ditambah dua malam sebelum Kuala Lumpur dilanda banjir kilat yang menenggelamkan sebahagian daripada dewan tersebut.

Antara pelakon terawal yang telah menghidupkan Lantai T.Pinkie di MATIC ialah Tiada Jacquelina (T.Pinkie), Erma Fatima (Nyai Sunarti), Hani Mohsin Hanafi (Muhairi Muda), Mazlan Tahir (Muhairi Tua), Umie Aida (Musalmah Jiing), Juhara Ayob (Siti Udaya), Zaifri Husin (S.Diman), Ahmad Yatim (Jongkidin Jaroi), Marlia Musa (Puteh Su) dan Zuhairi Ibrahim (Loiran Sindu).

Bermula abad baru, sekali lagi Lantai T.Pinkie dihidupkan. Kali ini di pentas yang lebih besar iaitu di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2000. Walaupun T.Pinkie berubah wajah, nyawa yang diberikan tetap sama. Juhara Ayob membawakan watak T.Pinkie yang terkenal dengan tonggeknya. Shariza Mahmud (Nyai Sunarti), Vanidah Imran (Musalmah Jiing), Jasmin Hamid (Siti Udaya), Abu Bakar Omar (Jongkidin Jaroi), Zuhairi Ibrahim (Muhairi Muda), Mazlan Tahir (Muhairi Tua), Norzizi Zulkifli (Puteh Su), Azizi Mohd Said (Loiran Sindu) dan Yussak Kassan (S.Diman).

Setelah sepuluh (10) tahun Bunga Joget Moden dibuka, kini pada 28 April hingga 7 Mei ini ia akan dibuka kembali kepada umum. Kasut-kasut akan bercerita lagi. Lagu Johor Sport Club akan terus berkumandang sehingga 40 kali. Lebih hangat apabila katil Nyai Sunarti akan menerima tamu baru iaitu Tuan Delarosa yang selama tiga pementasan sebelum ini hanyalah khayalan. Kehidupan zaman perang akan diiringi linangan air mata penuh derita kerana setiap dari mereka punya cerita untuk dikongsi bersama.

Konsep pementasan Lantai T.Pinkie pada kali ini tentunya lebih matang dari segi interpretasi skripnya. Sepuluh tahun bukan satu jangka masa yang singkat. Kematangan Lantai T.Pinkie seharusnya dapat diperlihatkan di atas pentas. Kualiti persembahan perlu ditingkatkan sejajar dengan perkembangan teknologi pementasan yang semakin canggih. Tiga pementasan yang terdahulu lebih menerapkan konsep realisme Lantai T.Pinkie perlu diberikan pendekatan sastera yang sebenar-benarnya pada awal pementasannya untuk mengembalikan nostalgia silam terhadap apa yang berlaku pada zaman tersebut. Pementasan kali ini menggunakan pendekatan muzikal bersesuaian dengan tempatnya iaitu di Istana Budaya.

Latar masa pementasan kali ini lebih tertumpu pada zaman sekitar tahun 1945 hingga 1965 iaitu tatkala T.Pinkie atau nama sebenarnya Tengku Seindahkuno atau T untuk tonggek menghadapi kegetiran hidup di Singapura membawanya ke Sarawak. Oleh yang demikian, beberapa watak yang ada sebelum ini seperti Loiran Sindu (cucu kepada T.Pinkie) dan Muhairi Tua tidak dihidupkan. Watak-watak mereka yang mengimbau nostalgia silam dimatikan pada kali ini.

Pementasan kali ini turut melibatkan aspek muzikal dan dari skrip asal Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said ia telah diolah menjadi muzikal. Tempoh pementasan juga agak pendek berbanding sebelum ini iaitu daripada 3 jam disingkatkan menjadi 2 jam sahaja.

Naskhah Lantai T.Pinkie merupakan naskhah unggul dalam sejarah teater Melayu dan tiada tandingannya dari segi sastera sehingga setakat ini. Ia menjadi rujukan kajian pelajar universiti, sekolah menengah, cendekiawan dalam perbincangan, forum dan wacana serta tesis intelektual dalam mengkaji kehidupan zaman tersebut.

Pada majlis tersebut, barisan pelakon Teater Muzikal Lantai T.Pinkie telah diperkenalkan. Antara nama yang bakal beraksi di Panggung Sari, Istana Budaya ialah Nasha Aziz sebagai T.Pinkie, Zuhairi Ibrahim (Muhairi Tirus), Azizah Mahzan (Nyai Sunarti), Jalaluddin Hassan (Jongkidin Jaroi), Soong Ai Ling (Puteh Su), Vanidah Imran (Musalmah Jiing), Safura Yaacob (Siti Udaya), Zaifri Husin (S.Diman Lupti), Azhan Mohd Rani (Gunjoloh), Abu Bakar Sulaiman (Jumari Koesnadi), Zaefrul Nadzarine Nordin (Tuan Delarosa) dan dibantu oleh Artistana Istana Budaya sebagai Penari Kabaret serta Dua Space Dance Theater selaku Korus.

Saya boleh sifatkan sebuah barisan yang baik kredibiliti lakonannya. Nasha Aziz telah membuktikan jaguh di layar perak sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Trauma. Azizah Mahzan, Jalaluddin Hassan dan Safura Yaacob baru mengungguli beberapa kategori utama di Anugerah Seri Angkasa. Soong Ai Ling telah membuktikan bakat lakonannya dalam Teater Muzikal Hang Li Po. Vanidah Imran pula satu nama yang bukan asing dalam dunia teater Melayu.

Jika ada yang sangsi dengan Zuhairi Ibrahim sebagai Muhairi Tirus, beliau sebenarnya merupakan pelakon yang kekal sejak Lantai T.Pinkie dilahirkan di pentas teater. Bermula dengan watak Loiran Sindu, beliau kemudiannya dinaikkan pangkat untuk memegang watak Muhairi Tirus. Kebolehan beliau bermain muzik merupakan aset penting untuk memegang watak teraju utama kerana Muhairi Tirus merupakan seorang pemain akordion di Bunga Joget Moden. Kata-kata yang kononnya Malaysia ketandusan pelakon lelaki berbakat untuk mewarnai dunia teater Melayu adalah salah sama sekali.

Keputusan Nasha Aziz menerima watak sebagai T.Pinkie bermakna ada usaha dari beliau sendiri untuk meningkatkan mutu lakonan beliau. Teater bukan kerja yang main-main. Pelakon-pelakon Malaysia yang bagus-bagus kebanyakannya datang dari teater seperti contohnya Eman Manan, Khalid Salleh, Fauziah Nawi dan sebagainya. Melihat tarian Pinkie pada Majlis Pelancaran Kalendar 2006 Istana Budaya saya agak skeptikal dengan beliau. Apakah Nasha Aziz mampu menghidupkan watak T.Pinkie ? Apakah intonasi dialognya kena dengan emosi yang cuba disampaikan oleh skrip tersebut ? Apakah beliau mampu menyanyi dengan baik ? Skeptikal yang sama timbul apabila Tiara Jacquelina membawakan watak Gusti Puteri dalam Puteri Gunung Ledang The Musical. Inilah cabaran yang perlu beliau hadapi untuk menjadi seorang pelakon yang serba boleh apabila Nasha harus menghidupkan watak Pinkie yang keliru serta tidak tahu mengapa beliau duduk di pentas joget tersebut. Dari segi fizikal (tonggek), Nasha sudah lulus dengan cemerlang.

Kemasukan Soong Ai Ling diharapkan dapat menarik penonton-penonton teater yang baru untuk menonton teater Melayu khususnya. Menerusi Hang Li Po, Soong Ai Ling telah menyerlahkan bakatnya dengan baik. Watak Puteh Su seorang mualaf pada zaman perang yang berhadapan dengan masalah mencari perlindungan baik dari segi fizikal mahu pun rohani.

Kekuatan utama Puteri Gunung Ledang The Musical adalah aspek pemasaran dan publisiti teater tersebut kepada masyarakat. Kaedah pemasaran dan publisiti yang berkesan telah menyebabkan khalayak teater Malaysia ingin mendekati apakah keistimewaan yang ada di dalam PGLtM. Menggunakan pendekatan yang sama, Lantai T.Pinkie seharusnya mencorakkan strategi pemasaran dan publisiti yang lebih berkesan tanpa mengetepikan aspek kualiti persembahan. Ketiga-tiga aspek iaitu pemasaran, publisiti dan kualiti adalah penting untuk mengangkat martabat teater Melayu ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Setelah tiga pementasan berlangsung dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, masih ada di kalangan kita terutamanya wartawan-wartawan generasi baru yang tidak mengenali siapa Pinkie. Apa makna T. pada pangkal namanya. Selain Tengku, T bermaksud tonggek. Tonggek itu yang menjadi pujaan pengunjung kabaret Bunga Joget Moden. Siapakah Tuan Delarosa yang sentiasa menjadi pujaan Nyai Sunarti ? Apakah Nyai Sunarti edisi 2006 iaitu Azizah Mahzan lebih berani dari Erma Fatima yang hampir membuka butang bajunya ? Kalau dahulu Erma Fatima keseorangan, kali ini Azizah Mahzan berteman kerana Tuan Delarosanya dihidupkan untuk meratah tubuh Nyai Sunarti di atas katil Istana Budaya. S.Diman pemuzik nakal yang sentiasa mengusik khayalan Nyai Sunarti dengan “dongdingdongdingdong” nya. Puteh Su dengan pelatnya berbahasa Melayu melafazkan ungkapan salam sambil tersipu-sipu malu berhadapan dengan Jongkidin Jaroi.

Untuk lebih meningkatkan lagi mutu penulisan untuk Lantai T.Pinkie, sebaiknya wartawan-wartawan lama yang aktif sekitar tahun 90an dijemput untuk memberikan pendapat mereka tentang teater muzikal ini. Penulis-penulis lama seperti Datuk Johan Jaafar, Ku Seman Ku Husin dan beberapa lagi tentunya dapat memberikan pandangan positif mereka sewaktu menonton pementasan-pementasan sebelum ini. Itu pun sekiranya mereka menonton.

Teater ini diarahkan oleh Rosminah Tahir, Pengarah yang sama untuk tiga pementasan sebelum ini. Olahan skrip juga telah dilakukan oleh beliau. Pak Ngah Suhaimi Mohd Zain selaku Pengarah Muzik manakala Hamzah Tahir sebagai Pengarah Artistik. Anthony Meh Kim Chuan dari Dua Space Dance Theater bertindak selaku Koreografer dan Mazlan Tahir yang telah pencen sebagai Muhairi Tua dan Azizul Zahid Jamal atau lebih dikenali sebagai Toemoe bertindak sebagai Pereka Tata Cahaya.

Tujuan utama pementasan ini adalah sebagai mengingati dan memberi penghormatan terhadap sumbangan Allahyarham YABhg. Datin Paduka Seri Endon Mahmood yang telah menjadi Penaung Persatuan Penulis Wanita Malaysia sejak ia ditubuhkan.

Pementasan semula teater ini dalam bentuk muzikal adalah juga sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga di atas kerja-kerja seni yang telah dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said demi mempertingkatkan lagi martabat naskhah teater Melayu di negara ini. Ia secara tidak langsung menambahkan bilangan naskhah teater yang berkualiti di negara ini.

Karya sebesar Lantai T.Pinkie perlu disajikan kepada masyarakat terutamanya generasi muda agar mereka menyedari kegetiran hidup masyarakat yang terdahulu. Pementasan ini juga merupakan sumbangan dan komitmen Badan Bukan Kerajaan seperi Persatuan Penulis Wanita Malaysia dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Istana Budaya dan KeKKWA dalam merealitikan corak dan arah tuju kesenian dan kebudayaan negara ini.

Sinopsis Lantai T.Pinkie
Lantai T.Pinkie adalah hidup lara perempuan penari joget di Singapura pada zaman 50an, selepas Perang Dunia Kedua. Kehidupan mereka penuh lara dengan melayani lelaki yang berkunjung ke kelab tersebut.

T.Pinkie atau nama sebenarnya Tengku Seindahkuno ialah antara perempuan yang paling cantik dan terkenal di Bunga Joget Moden, menjadi buruan lelaki termasuklah pemain akordion, Muhairi Tirus.

T.Pinkie, Nyai Sunarti, Siti Udaya, Musalmah Jiing, Puteh Su Abdullah, Jongkidin Jaroi, Muhai dan S.Diman ialah watak-watak yang mewakili zaman tersebut. Mereka bercakap tentang cinta, kasih sayang dan kehidupan tetapi tiada yang dapat dilakukan pada zaman yang penuh dengan linangan air mata dan derita itu. Mereka mempunyai sejarah kehidupan sendiri yang bukan sedikit derita menyelimuti diri mereka. Namun, mereka juga perlu hidup seperti orang lain.

Muhairi dan T.Pinkie, masing-masing memiliki perasaan cinta yang mendalam tetapi tidak dilahirkan secara terus terang sehinggalah T.Pinkie didera oleh suaminya, Gunjoloh. Muhairi dan T.Pinkie lari dari kehidupan itu hingga ke Sarawak. Malangnya, kehidupan bahagia mereka sebagai suami isteri tidak kekal lama kerana selepas itu konfrontasi yang melanda antara Malaysia dan Indonesia telah meninggalkan catatan yang paling hitam dalam hidup Muhairi.

Sekalipun akhirnya keseorangan, Muhairi tetap hidup bersama cinta dan kenangannya bersama T.Pinkie. Dia juga kembali mengenang T.Pinkie, kejahatan Gunjoloh, tawa dan tangis rakan-rakan apabila menyanyikan lagu Johor Sport Club.

Kata Pinkie; “Lantai ini tempat kasut-kasut bercerita...

Berjayakah Nasha Aziz bercerita di atas Lantai Bunga Joget Moden ? Berjayakah Azizah Mahzan menzahirkan cintanya terhadap Tuan Delarosa ? Berjayakah Muhairi Tirus mengimbas nostalgia kenangannya terhadap T.Pinkie ? Semua ini akan terjawab apabila Teater Muzikal Lantai T.Pinkie menemui khalayak teater pada 28 April hingga 7 Mei di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur. Tiket berharga RM20, RM30, RM50, RM70 dan RM150 boleh didapati di Istana Budaya atau melalui http://www.ticket2u.biz. Maklumat lanjut produksi boleh dilayari di http://lantaitpinkie.blogspot.com.

Saya turut menyelitkan satu pungutan suara online baru untuk pembaca saya jawab. Topiknya adalah berkaitan musim Akademi Fantasia yang akan berlangsung tidak lama lagi. “Apakah yang anda mahu untuk musim ini ?”.

Sama ada saya mengekalkan Ulasan Diari Harian / Konsert / Imbasan atau hanya inginkan Ulasan Konsert sahaja atau tiada Ulasan Harian / Konsert / Imbasan langsung atau hanya Ruangan Santau Minda atau hanya Ruangan Komen Pembaca. Sekiranya ada cadangan-cadangan lain, sila nyatakan. Keputusan pengundian tidak akan mempengaruhi keputusan yang telah saya buat sebelum ini. Terima kasih.

Entri oleh sultanmuzaffar 15 March 2006 0 komen

Top 5 Anugerah Industri Muzik 13

AIM-less Nikki

Di bawah ini disertakan Penilaian Awal saya berserta dengan Pilihan Juri. Sama ada mengena atau tidak bergantung kepada pengumuman 5 Pilihan Akhir AIM 13 pada petang ini.

Artis Harapan
Penilaian Awal : Amylea, Marsha, Idayu, Akma, Felix
Pilihan Juri :
Amylea
Felix
Marsha
Premelodic
Ridzuan

Artis Baru Terbaik
Penilaian Awal : Jaclyn Victor, Dina, Nikki, Sharifah Zarina, Adibah Noor
Pilihan Juri :
Adibah Noor
Ahli Fiqir
Dina
Jaclyn Victor
Sharifah Zarina

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Lelaki
Penilaian Awal : Jamal Abdillah, Hazami, Vince, Awie, Tam Spider
Pilihan Juri :
Hazami - Kata
Jamal Abdillah - Aku Penghibur
Mus (May) - Live & Unplugged at Planet '05
Rithan (Deja Voodoo Spells) - I Am What I Am
Shanon - Di Landa Cinta

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Wanita
Penilaian Awal : Adibah Noor, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Sarah Raisuddin, Siti Nurhaliza
Pilihan Juri :
Adibah Noor - Terlalu Istimewa
Anita Sarawak - Anita Sarawak/Another Dimension
Dina - Cinta Datang Lagi
Jaclyn Victor - Gemilang
Siti Nurhaliza - Siti Nurhaliza In Concert at Royal Albert Hall, London

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album Duo/Kumpulan
Penilaian Awal : Raihan, VE, Ruffedge, Too Phat
Pilihan Juri :
Rabbani - Suara Takbir
Raihan - Ameen
RuffEdge - Ruffera
Too Phat - Rebirth Into Reality
VE - For You

Kulit Album Terbaik
Pilihan Juri :
Bert Ismesth Ulam Raja - Rebirth Into Reality - Too Phat
Cheah Wei Chun - Anita Sarawak/Another Dimension - Anita Sarawak
Nizam Rahmat - Lain - Fazley
William Liew - Lebih Baik - Amy Mastura
Zulkiflee Z'abidin & Nitrus - Rasa - Nitrus

Rakaman Album Terbaik
Penilaian Awal : Maharani (Nikki), Kasih (Dayang Nurfaizah)
Pilihan Juri :
Edry - Anita Sarawak/Another Dimension - Anita Sarawak
Jenny Chin, Greg Henderson, Zailan Razak, Rahmad Ayob, Rosli Selasih, Acis & Simon - Kasih - Dayang Nurfaizah
Peter Chong, Kalvin Tan, Azlan Abu Hassan, Rumie Booty, Jenny Chin, Riza Omar, Che Mat, Alfie Zainal, Mohariz Yaakup, Zairi & Sunil Kumar - Gemilang - Jaclyn Victor
Greg Henderson & Lo - The Fall - Lo
Illegal & Yasin - Rebirth Into Reality - Too Phat

Video Muzik Terbaik
Penilaian Awal : Tak Tahu (Adam AF2), Sleepy Head (Jason Lo)
Pilihan Juri :
Henry Ooi - Sleepy Head - Lo
Hue Team - Hollywood Holiday - Love Me Butch
Joey Khor - Angguk-Angguk, Geleng-Geleng - Ahli Fiqir
Nan Sulong & Hafiz Ibrahim - Terlalu Istimewa - Adibah Noor
Yusry - Tak Tahu - Adam

Album Nasyid Terbaik
Pilihan Juri :
Ameen - Raihan - Bakafro
Brothers Reunited - Brothers - Yasin, Syah & Farihin
Far East - Far East - Greg Henderson
Satu Dekad - UNIC - Faizal Osman, Munif Ahmad & Isman Isam
Suara Takbir - Rabbani - Archie

Album Pop Rock Terbaik
Pilihan Juri :
Cendera Jiwa - Flop Poppy - Andy & Mijie (Flop Poppy)
Rasa - Nitrus - Eddie & Syed (Nitrus)
Santai - Awie - Edrie Hashim
Spider Live at Planet Hollywood - Spider - Keon & Boon Tan
Zoul - Zoul - Zoul & M. Nasir

Album Hard Rock Terbaik
Pilihan Juri :
Cakap Terang - Barongan - Barongan & Jean Lau
Live & Unplugged at Planet '05 - May - Boon Tan & Rosmin Hashim
Radio Tanah Melayu - O2 - Boon Tan
Suatu Evolusi - Jinbara - Andi Rahman

Album Pop Terbaik
Penilaian Awal : Kasih (Dayang Nurfaizah), Kata (Hazami), Gemilang (Jaclyn Victor), Maharani (Nikki), Teristimewa (Adibah Noor), Siti Nurhaliza in Concert Royal Albert Hall, London (Siti Nurhaliza)
Pilihan Juri :
Aku Penghibur - Jamal Abdillah - Fauzi Marzuki & Arab
Gemilang - Jaclyn Victor - Aidit Alfian, Ajai, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Jenny Chin, Mohariz Yaakup, Ramli MS, Aubrey Suwito, Sunil Kumar, Michael Simon & Ahmad Izham
Kasih - Dayang Nurfaizah - Jenny Chin, Zailan Razak & Rosli Selasih
Kata - Hazami - Arab & Hazami
Terlalu Istimewa - Adibah Noor - Adibah Noor, Azlan Abu Hassan, Mohariz Yaakup, jock Chew, Badrul "The Muffins"

Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik
Pilihan Juri : Deja Voodoo Spells, Mass Raw, Saer Ze

Artis Inggeris Tempatan Terbaik
Pilihan Juri :
Anita Sarawak/Another Dimension - Anita Sarawak - Archie Nasution
For You - VE - Zaf, Lah, Cham, Shah & Damian Shortysoul
Here & Now - Pop Shuvit - JD & Greg Henderson
Rebirth Into Reality - Too Phat - Malique, Joe Flizzow, DJ T-Bone, Terry Lee, Illegal, Yasin, Jae Chong, Machi, Carlo Nanni & D'Navigator
The Fall - Lo - Lo

Album Indonesia Terbaik
Penilaian Awal : Laskar Cinta (Dewa)
Pilihan Juri :
Alexandria - Pertepan - Capling, Koni & Noey
Kembali - Rossa - Yonathan Nugroho
Langkah Baru - Radja - Isfan Fajar Satyo & Radja
Padi - Padi - Piyu, Jan Djuhana & Padi
Silver - Glenn Fredly - Jan Djuhana & Glenn Fredly

Susunan Lagu Terbaik Di Dalam Album
Penilaian Awal : Aduh Saliha, Gemilang
Pilihan Juri :
Azlan Abu Hassan - Ikan Di Laut, Asam Di Darat - Adibah Noor
Azlan Abu Hassan - Kata - Hazami
Alfa Booty - Di Bawah Pohon Asmara - Jaclyn Victor
Alfa Booty & Masrumie Booty - Tak Tercapai Akalmu - Elyana
Ramli MS - Gemilang - Jaclyn Victor

Lagu Terbaik
Penilaian Awal : Gemilang, Elegi Sepi, Langit Ke Tujuh, Pinta, Aduh Saliha
Pilihan Juri :
Ajai - Habsah Hassan & Shuhaimi Baba - Ku Seru - Misha Omar
Aubrey Suwito - Asmin Mudin - Gemilang - Jaclyn Victor
Ayub Ibrahim - Habsah Hassan - Warkah Buat Laila - Zahid
Azlan Abu Hassan - Adibah Noor - Terlalu Istimewa - Adibah Noor
M. Nasir - Loloq - Aduh Saliha - Mawi

Petang tadi saya sempat untuk melihat perkembangan terkini industri muzik tempatan apabila berlangsungnya Majlis Pengumuman Top 5 untuk Anugerah Industri Muzik 13. Angka 13 bukan merupakan angka yang paling bertuah dan badinya turut singgah ke AIM edisi ini.

Jaclyn Victor menerusi album Gemilang mendominasi pencalonan apabila terpilih dalam senarai akhir dalam 6 kategori untuk 7 pencalonan yang terdiri daripada Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita), Rakaman Album Terbaik, Album Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu untuk lagu Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang serta Lagu Terbaik.

Manakala Adibah Noor mengekori rapat untuk enam pencalonan menerusi enam kategori iaitu Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita), Video Muzik Terbaik, Album Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Ikan Di Laut, Asam Di Darat dan Lagu Terbaik untuk lagu Terlalu Istimewa.

Anita Sarawak membuat kejutan apabila album Inggerisnya yang bertajuk Anita Sarawak Another Dimension mengungguli empat pencalonan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita), Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Album Inggeris Tempatan Terbaik. Bersaing dalam kategori yang sama adalah Too Phat menerusi album Rebirth Into Reality kecuali untuk kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album.

Artis-artis lain yang bernasib baik tercalon pada AIM kali ini antara lainnya ialah LO dan Hazami untuk tiga kategori, Jamal Abdillah, Mus (MAY), Ahli Fiqir, Rabbani, Raihan, VE, Dina, Dayang Nurfaizah, Nitrus dan Rithan (Deja Voodoo Spells)

Diva dan Bintang Paling Popular Malaysia, Siti Nurhaliza dan Mawi masing-masing memperoleh calon untuk satu kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) dan Lagu Terbaik untuk lagu Aduh Saliha.

Artis lain yang berjaya memboloskan diri mereka ke dalam kelompok elit calon AIM antara lainnya ialah Adam, Awie, Fazley, Flop Poppy, Amy Mastura, Zahid, Misha Omar, Elyana, Love Me Butch, Brothers, Far East, UNIC, Spider, Zoul, Barongan, Ruffedge, Sharifah Zarina, Pop Shuvit, Amylea, Felix, Marsha, Premelodic, Ridzuan, O2, Jinbara, Mass Raw, Saer Ze, Shanon, Peterpan, Rossa, Radja, Padi dan Glen Fredly.

Sidang akhbar AIM ke 13 turut terkena tempias celaka angka 13 apabila berlangsung dalam suasana yang agak hangat apabila beberapa wartawan mempersoalkan pemilihan Ahli Fiqir sebagai finalis untuk kategori Artis Baru Terbaik dan Video Muzik Terbaik. Ini adalah kerana Ahli Fiqir bukan warganegara Malaysia. Kewajaran mengangkat mereka dalam kategori yang sepatutnya lebih menghargai bakat tempatan adalah amat mengejutkan. Tidak sekadar Ahli Fiqir, Zoul juga merupakan warganegara Singapura yang turut dicalonkan di dalam kategori Album Pop Rock Terbaik. Rasional dari Akademi Industri Muzik Malaysia menyatakan kemasukan calon dari negara Singapura telah pun berlaku sejak dua atau tiga tahun yang lalu adalah untuk mewujudkan persaingan di kalangan penggiat industri muzik Malaysia. Ini bermakna, penyanyi dari Indonesia dan Singapura boleh bertanding dalam AIM dengan menggunakan tenaga pakar muzik dari Malaysia. Bayangkan apabila album Kris Dayanti diterbitkan oleh penerbit Malaysia, ada kemungkinan Kris Dayanti boleh tercalon untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita). Itu baru seorang. Bayangkan ada dua atau tiga penyanyi terbaik Indonesia yang turut menggunakan formula yang sama. Lama-kelamaan nama-nama finalis pilihan lima terbaik akan dimonopoli oleh penyanyi Indonesia sama seperti bagaimana buruh Indonesia menguasai tenaga kerja buruh tempatan. Ya, bangunan akan siap dengan baik dan cepat tetapi kemegahan itu akan hilang kerana ia bukan dibina oleh rakyat tempatan. Hal yang sama akan berlaku dan jati diri industri muzik akan lupus.

Penyenaraian kategori untuk AIM perlu dibuat dengan lebih teliti terutamanya apabila ingin membuang kategori atau memasukkan kategori baru. Kategori Album Pop Etnik Terbaik dibuang dari senarai kerana bilangan calon tidak mencukupi. Hanya terdapat dua calon sahaja yang layak untuk dinilai dalam kategori tersebut. Umum mengetahui bahawa kategori ini pernah unggul satu ketika dahulu. Antara artis yang telah berjaya mempopularkan kategori ini ialah Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan Tan Sri SM Salim. Sekadar menyebut beberapa nama. Sayangnya, kategori yang melibatkan jati diri bangsa Malaysia dibuang dari senarai kategori. Saya boleh sifatkan irama pop etnik sebagai jati diri bangsa Malaysia. Di situ letaknya kekuatan jati diri kita sebagai anak Melayu. Kesan kelembapan ekonomi dan pasaran muzik sedemikian, kurangnya album pop etnik dihasilkan dan kategori tersebut dilupuskan. Sewajarnya Akademi Industri Muzik Malaysia selaku pencetus hala tuju industri Malaysia mengekalkan kategori tersebut agar khazanah muzik tempatan lebih-lebih lagi untuk pop etnik dapat dikekalkan hayatnya.

Sebagai langkah mengikut perkembangan semasa industri muzik tempatan, kategori Album Mini Terbaik perlu diwujudkan. Bukan untuk memberi laluan mudah kepada Mawi untuk menang di AIM tetapi untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat rakaman yang mempunyai model perniagaan mereka sendiri untuk manfaat pembeli album tempatan. Album Nasyid Terbaik dan Album Hard Rock Terbaik tidak pernah ada dalam senarai kategori satu ketika dahulu. Kesan populariti muzik nasyid dan hard rock, kategori tersebut diwujudkan. Walaupun kategori hard rock kini semakin merosot bilangan pencalonannya, begitu juga dengan kategori Artis Inggeris Tempatan Terbaik. Satu ketika dahulu industri muzik Malaysia pernah dilanda demam urban apabila album seperti Too Phat dan Innuendo menguasai pasaran.

Penghasilan album mini telah pun berlaku sejak album Waheeda yang menyenaraikan lagu Wasinni popular di kalangan pendengar muzik tempatan iaitu tiga tahun yang lalu. Album tersebut pernah ditolak pencalonannya kerana tidak menepati syarat yang diguna pakai oleh AIM. Album Mawi Yang Tercinta bukan merupakan album yang pertama ditolak pencalonannya, Wassini oleh Waheeda lebih awal ditolak pencalonannya. Namun demikian, pembikinan album mini yang lebih rendah kosnya menjadi semakin popular tetapi masih belum ada pencalonan untuk kategori Album Mini Terbaik.

Kesan daripada itu, keputusan untuk menyenaraikan atau membuang kategori perlu dilakukan dengan teliti kerana ia sedikit sebanyak dapat menentukan hala tuju industri.

Kita redakan sedikit melihat setiap pencalonan yang telah tersenarai pada petang tadi. Sebelum memulakan huraian, saya harus memberitahu kepada semua bahawa album The Best of Mawi World dan Yang Tercinta turut dihantar untuk penilaian dalam enam kategori iaitu Kulit Album Terbaik, lapan lagu untuk Susunan Muzik Di Dalam Lagu, lapan lagu untuk Lagu Terbaik, Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) dan Album Pop Terbaik. Jika ada yang menyatakan album tersebut ditolak pencalonan keseluruhannya adalah salah kerana album Yang Tercinta hanya tidak layak untuk dinilai dalam beberapa kategori yang mewakili produksi secara keseluruhannya. Untuk lagu, susunan ia masih layak untuk dinilai. Contohnya, untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), Mawi dinilai menerusi album The Best Of Mawi World dan bukannya Yang Tercinta. Untuk Lagu Terbaik dan Susunan Muzik, ia dinilai dari kesemua lapan lagu yang terkandung di dalam album Yang Tercinta. Keliru ? Itu normal ! Saya juga pada mulanya agak keliru. Sekurang-kurangnya sangkut satu kategori yang boleh disifatkan utama dalam AIM iaitu Lagu Terbaik. Lebih mudah kerana tumpuan peminat dapat dijanakan hanya untuk kategori tersebut. Eh ! Tiada undian SMS diperlukan. Harap maaf !

Artis Harapan pada tahun lepas didominasi oleh bintang realiti Akademi Fantasia. Pada tahun ini menyenaraikan Amylea, Felix dan Marsha. Premelodic yang popular dengan lagu Suratan Atau Kebetulan, manakala Ridzuan yang baru sahaja berumur 16 tahun tetapi mempunyai vokal yang lantang seperti Josh Groban.

Untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) tersenarai nama-nama baru seperti Rithan (Deja Voodoo Spells), Shanon dan Hazami. Bagi saya, kejutan datang dari Mus (MAY) menerusi album Live & Unplugged at Planet ’05. Antara Mus dan Mawi, saya lebih rela Mawi tersenarai.

Komen saya untuk kategori Artis Baru Terbaik. Saya terkejut dan terkilan. Saya menganggap ini sebagai satu pengalaman yang sukar diperoleh oleh mana-mana pihak. Pengalaman ini mendekatkan saya dengan penggiat industri muzik tempatan dan pengalaman mendekati kerja-kerja mereka adalah sesuatu yang berharga dan amat bernilai dalam diri saya. Nikki tidak tersenarai dalam kategori tersebut. Kalau saya kecewa, peminat Mawi lagi kecewa kerana Mawi juga tidak tersenarai. Adalah sesuatu yang pelik apabila juri peringkat regional iaitu di Anugerah Planet Muzik telah mencalonkan Nikki untuk kategori Artis Baru Wanita Terbaik, tetapi tidak oleh juri di Malaysia. Lebih pelik sekiranya Ahli Fiqir yang menang kategori tersebut dan dalam waktu yang sama mereka menang Artis Singapura Terbaik di APM. Bak kata pepatah (sambil angkat dan hayun tangan kiri ala-ala Karam Singh Walia) “gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak” atau “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”. Kalau benar Shanon layak untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), apakah kurangnya beliau untuk tersenarai dalam kategori Artis Baru Terbaik ? Sudah bukan rezeki...

Apakah makna Baru ? Dalam konteks ini, Artis Baru Terbaik bermakna artis yang pertama kali menghasilkan album penuh. Tetapi Gemilang merupakan album kedua Jaclyn Victor, bukan album pertamanya. Album pertamanya berjudul Dream. Apakah ada kesilapan teknikal di sini sama seperti tahun sudah apabila Jaclyn Victor dinilai dalam kategori Artis Harapan walaupun telah mempunyai album penuh ? Bukan cemburu sekadar inginkan penjelasan. Man Bai pernah memenangi kategori ini walaupun pernah menghasilkan album bersama kumpulan Gersang. Namun, penyenaraiannya adalah kerana album solo. Tetapi kedua-dua album iaitu Gemilang dan Dream merupakan album solo Jac.

Dalam sedikit rasa kecewa, saya gembira kerana Siti Nurhaliza masih tersenarai dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) dengan album Siti Nurhaliza in Concert Royal Albert Hall, London. Kalau ikut rasa pilih kasih, sudah tentu saya mahu melihat Siti Nurhaliza menang lagi buat kali yang ke entah berapa kali dalam kategori ini. Saingannya hebat-hebat belaka tentunya datang dari Anita Sarawak dan Adibah Noor. Kemusykilan timbul juga apabila album keramat di Royal Albert Hall, London tidak tersenarai dalam kategori Album Pop Terbaik kerana saya menyifatkan album tersebut lebih baik dari album Gemilang. Usaha yang dilakukan untuk album tersebut lebih nampak tersusun berbanding Gemilang. Saya memang dari dulu lagi kurang menyukai album Gemilang.

Lagu-lagu yang tersenarai dalam kategori Lagu Terbaik adalah lagu-lagu yang sememangnya berkualiti tinggi dan pernah memenangi beberapa pertandingan baik di peringkat negara atau pun antarabangsa. Ku Seru dan Terlalu Istimewa belum lagi dipertandingkan dalam mana-mana pertandingan sebelum ini dan ini sedikit menyukarkan penilaian saya. Sekali lagi lagu Gemilang dan Aduh Saliha beradu kekuatan di peringkat yang lebih berprestij. Warkah Buat Laila pernah memenangi kategori Lagu Tema Terbaik di Festival Filem Malaysia. Semua lagu yang kuat-kuat belaka. Jangan terkejut kalau saya katakan saya lebih suka kepada lagu Ku Seru oleh Misha Omar.

Tunggu sahaja AIM 13 yang akan berlangsung pada 29 April 2006 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur. Tunggu sahaja Mulut Laser ERA yang akan mengulas cerita-cerita hangat yang berlaku sewaktu sidang media tersebut.

Antara album yang sempat saya ulas ialah :-
Ulasan Album Terlalu Istimewa Adibah Noor
Ulasan Album Gemilang Jaclyn Victor
Ulasan Album Wo !! Zahid
Ulasan Album Siti Nurhaliza In Concert, RAH, London
Ulasan Album EVO 05
Ulasan Album Maharani Nikki
Laman Web AIM13
Komen Lain : Klubbkidd
Kredit GIF Animated : Ningclix

Nota : Semakin saya dekat dengan industri, semakin terdedah rahsia mereka. Saya rindukan zaman ketika saya jauh dengan industri dan hanya sekadar memerhati dari jauh.

Entri oleh sultanmuzaffar 14 March 2006 0 komen

WRIT SAMAN

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL)

GUAMAN SIVIL NO:

ANTARA

KAMI @ MANUSIA-MANUSIA YANG MENDERITA (PLAINTIF)

DAN

ENGKAU @ RAKYAT MALAYSIA YANG BIJAKSANA (DEFENDAN)

WRIT SAMAN

“YANG AMAT ARIF TAN SRI DATO’ SITI NORHALIJAH BINTI TAJUDDIN, P.S.M., D.S.N.S., J.S.M., HAKIM BESAR MALAYA ATAS NAMA DAN BAGI PIHAK SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG”


Kepada :
ENGKAU @ RAKYAT MALAYSIA YANG BIJAKSANA
NO. 12, JALAN 24, SECTION 5
67890, MANA-MANA DI MALAYSIA
MALAYSIA

KAMI PERINTAHKAN KAMU bahawa dalam tempoh lapan (8) hari selepas penyampaian Writ ini ke atas kamu, termasuklah hari penyampaian itu, kamu hendaklah menyebabkan kehadiran dimasukkan untuk diri kamu dalam klausa atau guaman dan ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar berbuat demikian, Plaintif boleh meneruskan untuk mendapatkan penghakiman dan pelaksanaan.

DISAKSIKAN OLEH ASMAWI BIN ANI., Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Malaya pada 27 haribulan Januari 2006


FIEBIE DANIELLE DE LA ROSSA
..................................................................
Peguamcara Plaintif
Timbalan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Malaya
Kuala Lumpur


************************************

Mak nak saman semua pembaca blog mak semua RM 2 ke RM10 seorang. Saman ini adalah perlu dilakukan sebab tadi masa mak tengok Rancangan Bersama Mu TV3, mak meraung-raung macam orang hilang akal kat rumah. Meleleh air mata mak nengok recap rancangan ini.

Mak sedih sangat sampai tak tertanggung jiwa melihat penderitaan yang dialami oleh orang-orang yang serba kekurangan, dihimpit kesusahan dan menderita kesakitan.

Mak makin sedih bila mak bandingkan diri mak yang serba kekurangan dengan orang-orang yang dipaparkan di dalam rancangan tu, sebenarnya mak jauh lebih mewah, jauh lebih senang, dan lebih bertuah dari mak sangkakan. Rancangan-rancangan macam ini membuka mata mak untuk melihat sesuatu perkara itu dalam bentuk yang lebih indah. Mak cuba melihat kekurangan mak sebenarnya bukanlah seteruk yang disangka. Cuba menyedarkan mak yang mak ini sebenarnya manusia bertuah, mungkin tidak bertuah mana, tapi nasib mak lebih baik dari orang-orang yang menderita itu.

Yang paling mak tak tahan bila mak tengok ada seorang tu yang dilanggar lari dan nampak macam mayat hidup (maafkan pengunaan perkataan mak) tapi bila di tanya sapa nama ayah, sapa nama ibu, dia masih boleh menjawab. Maksudnya walaupun dia kelihatan sebegitu, dia masih boleh berfikir, dan di mindanya kita semua tak tahu apa yang sedang difikirkan. Lepas tu mak tengok ada adik dari Sarawak yang menderita sakit JE. Misi kat hospital tu jolok-jolok kerongkong dia yang dilubangkan, lepas tu dirodok-rodok paip kecil dalam lubang hidung dia sampai nampak dia macam nak muntah terbelahak, menangis menahan kesakitan. Mak seolah-olah dapat merasakan kesakitan itu. Cuba jolok kerongkong kita dengan jari, rasakan kesakitannya, dan cuba lakukan ia hari-hari, tetapi dengan paip getah sepanjang semeter.

As i am writing this menitis air mata mak cuba memahami penderitaan yang ditanggung oleh orang-orang yang menderita ini. Tapi mak memang pondan pun, dan pondan memang suka nangis nak buat camna. Walaupun ada halkum dan takde tetek.

Mak makin sedih bila mak terfikir dan terdengar pengacara itu meminta merintih-rintih pendengar rancangan itu untuk menderma. Mak semakin sedih bila mak tengok Dana yang ada setelah siri itu ditayangkan hampir setahun tak sampai beberapa ratus ribu, tapi rancangan-rancangan seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol boleh memeras wang sms sebanyak itu dalam masa satu hari saja.

Mak terfikir perlu ke kita jadikan rancangan bersama ini sebagai satu rancangan realiti baru orang nak bantu. Kita amik orang-orang yang miskin, yang menderita kita masukkan di dalam satu banglow kemudian kita suruh mereka bertanding antara satu sama lain. Sapa paling kurus, sapa paling daif makanannya, sapa paling banyak airmatanya menanggung kesakitan, akan diundi. Kemudian ada kamera tersorok yang akan mengambil gambar orang-orang ini menderita, menahan kesakitan, melihat ibu-ibu kanak-kanak itu menangis meminta kepada tuhan pada waktu malam supaya anak-anak mereka tidak melihat airmata mereka dan sebagainya.

Jadi mak nak saman semua pembaca-pembaca blog, kawan-kawan mak dan orang yang suka mengeji mak dalam blog ini sebanyak RM2 hingga RM10.


*******************************
DI ATAS ARAHAN

MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL)

ANTARA

KAMI @ MANUSIA-MANUSIA YANG MENDERITA (PLAINTIF)

DAN

ENGKAU @ RAKYAT MALAYSIA YANG BIJAKSANA (DEFENDAN)

DEFENDEN ADALAH DIKEHENDAKI UNTUK

Dalam kes ini, defenden tidak dikehendaki untuk membela diri mereka atau mengambil peguambela. Defenden dikehendaki untuk mengaku bersalah dan membayar kos dan saman yang dikeluarkan. Defenden dikehendaki untuk sukarela membayar kos mahkamah dan jumlah saman sebanyak RM 1 sehingga RM10, atau mana-mana nilai tertinggi yang dirasa oleh defenden.

Defenden dengan ini dikehendaki untuk mengambil telefon bimbit mereka (pastikan berkredit hanjeng) dan mengikut arahan dan SMSkan perkara-perkara berikut:

Sila type TABUNG dan masukkan jumlah saman yang ingin di bayar. Sebagai contoh, jika saman yang ingin dibayar adalah RM2, taip Tabung2 dan hantarkan kepada 33533. Saman melalui SMS boleh dilakukan dalam nilai RM2, RM5 dan RM10 dan dilakukan berkali-kali macam mana korang berkali-kali sms Mawi sampai dia dapat 3-4 biji kereta. (Standard telecommunication rates are applicable per SMS)

*eh check dulu betul ke no aku kasi tu ek sebelum membayar sama- thank you

ATAU

Tuliskan cek kepada Tabung Bersamamu TV3 dan hantarkan ke SeriPentas.

ATAU

Bersimpati sedikit dan cuba membuka minda untuk memahami kesedihan itu.

Sekian terima kasih.

DISAKSIKAN OLEH ASMAWI BIN ANI., Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Malaya pada 27 haribulan Januari 2006

DIHAKIMI OLEH “YANG AMAT ARIF TAN SRI DATO’ SITI NORHALIJAH BINTI TAJUDDIN, P.S.M., D.S.N.S., J.S.M., HAKIM BESAR MALAYA ATAS NAMA DAN BAGI PIHAK SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG”


FIEBIE DANIELLE DE LA ROSSA
..................................................................
Peguamcara Plaintif
Timbalan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Malaya
Kuala Lumpur

Nota : Saya jarang benar potong dan tampal artikel atau entri blog penulis lain ke dalam blog saya sendiri melainkan ia benar-benar menyentuh perasaan dan mencuit hati saya. Saya pernah menyiarkan entri Bluehikari bertajuk "Peritnya Mencari Sesuap Nasi" yang disangkakan tulisan saya. Kali ini saya menyiarkan "Writ Saman" tulisan Fiebie untuk anda semua menilai dan mendapat sedikit pengajaran daripadanya. Maafkan setiap bahasa atau perkataan-perkataannya yang melampaui batas, tetapi anggaplah ia sebagai satu medium dari beliau untuk menyampaikan apa yang terbuku di dalam hatinya. Apa yang layak kita panggil untuk tulisan sebegini ? Sejuta bintang di langit, tidak akan sama dengan bintang penulisan ini !! Tahniah untuk Fiebie !

Entri oleh sultanmuzaffar 13 March 2006 0 komen

Anugerah Seri Angkasa
Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre

Kata orang anugerah ini menghimpunkan ke semua stesen televisyen dan stesen radio untuk bertanding merebut anugerah yang dikatakan berprestij di Malaysia. Kalau di Barat, mereka mempunyai Emmy Awards, di sini kita mempunyai Anugerah Seri Angkasa. Seperti Anugerah Seri Angkasa, Emmy Awards turut menghimpunkan hampir kesemua stesen penyiaran yang ada. Sebut sahaja semuanya ada yang terdiri daripada FOX, CBS, NBC, HBO, ABC dan USA adalah antara yang popular. Untuk Anugerah Seri Angkasa kita ada RTM, TV3, NTV7, Astro, 8TV, Best104, StarFM, AMP, Cats, IKIM dan ManisFM.

Persaingan ini telah mewujudkan sebuah persaingan yang sihat antara stesen tv yang ada dalam menghasilkan program-program yang kreatif, berkesan dan bermutu untuk memenuhi cita rasa dan keperluan penonton dan pendengar.

Apabila keputusan anugerah ini dimonopoli oleh RTM yang membolot 33 anugerah, saya terfikir apakah ini bermakna terbaik tidak semestinya popular.

Astro mengekori di tempat kedua walaupun jauh ketinggalan dengan hanya 9 anugerah. Namun demikian, kebanyakan anugerah yang dibolot Astro adalah anugerah utama iaitu Drama TV Terbaik (Hari Hari Terakhir Seorang Perempuan), Pengarah Drama TV Terbaik (Hari Hari Terakhir Seorang Perempuan), Pelakon Wanita TV Terbaik (Safura), Pengacara TV Terbaik (Aznil Nawawi), Hiburan Bersiri TV Terbaik (Macam Macam Aznil), Dokumentari TV Terbaik (Profil Seni), Talk Show TV Terbaik (Halim Othman Live), Game Show TV Terbaik (Kunci Khazanah) dan Montaj/Teaser TV Terbaik (Konsert AF3). Program realiti paling popular di Malaysia iaitu Akademi Fantasia gagal untuk merebut anugerah Program Realiti TV Terbaik sebaliknya ia dimenangi oleh Explorace (TV3). Senario ini juga membuatkan saya terfikir sejenak, apabila yang popular belum tentu yang terbaik.

Kejutan pada malam pertama apabila salah satu rancangan terbitan Astro iaitu Konsert Akustik Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza in Concert at Royal Albert Hall, London 2005 dan Anugerah ERA 2005 gagal menyekat Raya nite Live (NTV7) untuk kategori Muzikal Khas TV Terbaik. Lebih mengejutkan apabila set Anugerah ERA 2005 gagal menyaingi set tajaan IKEA untuk DJ@2 Episod 18 (Hos Gary) terbitan RTM.

Drama Sutun terbitan RTM yang menguasai 7 pencalonan untuk kategori drama juga pulang tangan kosong pada malam tersebut.

Pengacara pada malam kedua iaitu Aznil Nawawi dan Raja Azura sedikit sebanyak telah menyelamatkan kebosanan pada malam tersebut. Aznil Nawawi sememangnya seorang yang versatil untuk mengacarakan majlis-majlis sebegitu.

Persembahan pada malam tersebut adalah biasa sahaja. Antara yang diingati adalah persembahan duet Jaclyn Victor dan Ning Baizura. Ramai juga yang mengatakan mereka miming kerana mereka mampu untuk mengekalkan tahap stamina mereka dalam koreografi yang hebat untuk lagu-lagu tersebut. Saya yang berada di dewan merasakan mereka telah mempersembahkan lagu mereka secara langsung, tanpa miming. Pada malam pertama Jamal Abdillah sekali lagi tidak dapat melupakan tabiatnya iaitu lalok dan lupa lirik. Sewajarnya stesen penyiaran lebih berwaspada di masa akan datang kerana menerima Jamal Abdillah dalah senarai penyanyi yang akan membuat persembahan adalah satu risiko besar yang harus ditanggung oleh stesen penyiaran. Dalam keadaan separuh sedar, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku. Persembahan Datuk Sharifah Aini tiada nyawa apabila beliau hanya miming untuk kedua-dua buah lagunya iaitu Nourel Ain dan Bunga Tanjung. Lagu Bunga Tanjung adalah lagu yang paling susah untuk dinyanyikan dan oleh sebab itu beliau harus miming. Saya suka dengan persembahan Too Phat dan Camelia untuk lagu pertama iaitu Seiring dan Sejalan. Lagu tersebut semacam segar apabila diberikan nafas baru. Persembahan Mohram terlalu lama dengan lagu-lagu instrumental yang tidak begitu mesra di telinga penonton. Lebih menarik sekiranya Mohram digabungkan menjadi pemuzik iringan pada malam tersebut agar muzik iringan menjadi lebih segar dengan nafas baru. Walaupun tidak banyak muzik iringan digunakan kerana penyanyi lebih selesa miming dan menggunakan minus-one. Persembahan penutup dari Awie dan Amy sepatutnya menjadi lebih hangat, sayang sekali masalah audio merosakkan persembahan Amy. Amy lebih banyak menjauhkan diri daripada Awie kerana gangguan pembesar suara. Sebelum itu, M.Nasir dan Mawi mempersembahkan rangkaian lagu Kian, Lagu Cinta Lagu Jiwa dan sebuah lagu baru dari M.Nasir. Sebuah persembahan yang Perfect ! :) Perfect dalam senyum maknanya lain tau !!! Eh ! Gandingan duet tersebut bukan buat persembahan paling akhir lah ! Baru perasan. Nampaknya ada lagi yang lebih star dari duo perfect tersebut walaupun yang lebih star itu pernah dipotong rambutnya oleh Tok Mat.

Aznil Nawawi telah membuktikan yang beliau Pengacara TV Popular dan Pengacara TV Terbaik. Sutun masih sekadar popular di hati penonton, tetapi belum mampu mencapai yang terbaik. Rosyam Noor mampu membolot anugerah popular dan di Anugerah Seri Angkasa membolot anugerah Personaliti TV Versatil.

Persoalan untuk dibincangkan : apakah yang terbaik itu, belum cukup popular ? Atau yang popular belum cukup terbaik ?

Malam Pertama : Bosan
Malam Kedua : Boleh Tahan

RTM - 33 anugerah
Astro - 9 anugerah
TV3 - 4 anugerah
NTV7 - 3 anugerah
Best 104 - 3 anugerah
8TV - 2 anugerah
StarFM - 1 anugerah
AMP - 1 anugerah

Entri oleh sultanmuzaffar 11 March 2006 0 komen

Siri Wawancara bersama Sutun II - 3
Adek dan Lukman

S : Ceritakan sedikit tentang latar belakang diri anda ? Ceritakan sedikit tentang watak anda ? Siapa reference anda untuk watak ini ?

A : Nama Adek ialah Ku Mohd Yusri Ku Abdul Rahman dan kini berumur 22 tahun. Saya merupakan graduan Akademi Seni Kebangsaan dan bidang teater dan kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Malaya dan bidang Performing Arts. Adek menggunakan pengarah sebagai reference Adek kerana Adek tidak dapat mencari reference sendiri. Melalui watak Adek terdapat positif dan negatif bergantung pada pemahaman penonton. Adek hanya perlu mengekalkan perwatakan yang sama seperti dalam drama Sutun yang pertama. Jika dahulu dalam Sutun 1, ia mengisahkan kehidupan Adek di kampung dan berhadapan dengan keluarga, kini dalam Sutun 2 mengisahkan tentang kehidupan Adek di Universiti berhadapan dengan kawan-kawan.

L : Nama saya Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz dan masih belajar dalam bidang kejuruteraan di Twin Tech. Sudah dekat nak habis dah pun. Saya merupakan anak sulung dari 3 orang adik-beradik. Selainnya dua orang adik. Lukman merupakan seorang yang agak gugup dan gementar apabila berhadapan dengan perempuan. Beliau tidak mempunyai sifat kelakian lebih-lebih lagi terhadap perempuan, lalu menggunakan Adek untuk mendekati Zeta. Saya tidak mempunyai reference terhadap watak tersebut sebaliknya sering berbincang dengan Ezad berkenaan watak tersebut. Ezad meminta saya agar mencipta watak tersebut dengan sendiri.

S: Apakah persepsi penonton setelah melihat lakonan anda dalam Sutun 1 ?

A : Adek menerima banyak komen setelah mereka menonton drama Sutun 1. Rata-rata mengatakan Adek nampak matang di dalam televisyen dan lebih bersifat kebudak-budakan di luar.

S : Bagaimana pengalaman kali pertama berlakon dalam drama Sutun 2 ini ? Bagaimana anda berhadapan dengan Ezad selaku pengarah drama ini ? Apakah pengalaman paling berharga dalam Sutun 2 ?

A : Pengalaman paling berharga dalam Sutun 2 apabila mendapat ramai kenalan baru dan dapat belajar seni silat. Adek perlu bertarung dengan seorang kawan dalam Sutun 2. Abang Ezad agak senang bekerja dengan beliau. Adek banyak belajar perkara baru tentang lakonan dan drama dari beliau. Adek sangat berterima kasih atas ilmu yang telah diberikan. Ia boleh Adek sifatkan sebagai satu permulaan untuk drama-drama yang akan datang. Lebih-lebih lagi apabila Adek dapat mempelajari ilmu-ilmu penting dalam pembikinan drama seperti tatacahaya, jenis-jenis lampu dan untuk merancang shot.

L : Adegan yang pertama saya lakonkan adalah adegan bersama Adek pada jam 6 petang. Pada mulanya merasa cukup gementar namun semuanya berjalan dengan baik. Ezad merupakan seorang pengarah yang baik kerana memberikan kebebasan kepada saya untuk lebih fleksibel terhadap watak tersebut.

S : Siapakah yang menemui anda untuk watak ini ? Apa yang membuatkan anda menerima watak ini ? Tentu ada sesuatu tarikan yang membuatkan anda menerima watak ini ?

L : Ezad yang menemui saya untuk watak ini. Saya menerimanya tanpa sebarang sebab. Saya cuma menerimanya sahaja.

S : Apa persepsi anda terhadap watak-watak lain seperti Adek, Lukman, Zeta, Sabri dan 3 sekawan yang membenci Adek iaitu Nuar, Leman dan Tajul ? Apa yang anda mahu masyarakat pelajari dari watak-watak tersebut ?

L : Adek seorang yang agak kuat dan banyak membantu. Zeta pula seorang kawan yang kuat dan banyak melindungi Adek. Nuar seorang yang homophobic dan melancarkan dendam terhadap mereka yang seperti Adek. Tajul dan Leman hanyalah pengikut Nuar dan mereka kuat main-main.

S : Apakah pengajaran yang ingin anda sampaikan kepada penonton melalui watak anda ?

A : Adek tidak memaksa penonton untuk menerima kita. Ia bergantung pada penonton untuk menerima buruk atau baiknya watak tersebut. Apa yang termampu Adek sampaikan adalah jujur dari hati Adek. Sampai atau tidak bergantung pada penonton.

L : Ia dapat membuka ruang pandangan yang lebih berbeza terhadap sekelompok manusia dan harus berfikiran terbuka agar tidak mendiskriminasikan mereka. Apa yang mereka lakukan adalah kehendak mereka.

S : Sudah bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat dalam mengecap populariti kesan drama Sutun 2 ini ?

A : Adek berharap agar melalui Sutun 2 bakat Adek dapat dikembangkan lagi melalui lakonan-lakonan Adek. Semoga ia akan menjadi titik tolak penentu kerjaya Adek dalam bidang ini.

L : Sudah bersedia. Drama ini akan dikenali kerana cerita yang berbeza yang cuba diceritakan kepada penonton.

Siri Wawancara bersama Sutun II - 4
Pengarah, Ezad

Menurut Ezad, Sutun 2 mahu dijadikan sebagai education tool kepada masyarakat untuk mendekati kehidupan masyarakat yang lain. Ia adalah kisah tentang adik-adik. Pada sesetengah pandangan, kehidupan mereka penuh dengan warna-warni, keindahan, masalah sosial. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak didedahkan kepada umum kerana masyarakat menganggap ia sebagai sesuatu yang tabo untuk diketengahkan kepada pandangan masyarakat.

Kejayaan drama Sutun 1 tidak hanya berlaku di dalam negara tetapi juga turut diminta oleh kerajaan Thailand yang ingin mengalih-bahasa drama tersebut. Mereka ingin menjadikan Sutun sebagai education tool mereka di sekolah-sekolah dan di universiti-universiti.

Drama ini ditayangkan di RTM adalah sesuatu yang sukar untuk dijangkakan kerana RTM disangka akan menolak cerita drama seperti ini. Sebaliknya drama ini telah ditolak penyiarannya oleh TV3 yang lebih terbuka pemikiran mereka pada pandangan umum.

Sutun 1 turut menerima 7 pencalonan di Anugerah Seri Angkasa yang akan berlangsung 10 dan 11 Mac ini. Ini termasuklah untuk kategori Drama TV Terbaik, Pengarah Drama Terbaik, Skrip Drama TV Terbaik, Suntingan Drama TV Terbaik, Pelakon Lelaki TV Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita TV Terbaik.

Soal menang atau kalah bukanlah menjadi impiannya kerana apa yang lebih utama apabila drama tersebut dapat ditonton oleh semua orang dan mereka mendapat sesuatu daripada drama tersebut.

Drama ini akan disiarkan pada hari Sabtu, 11 Mac 2006 di Saluran RTM1 pada jam 2 petang.

Entri oleh sultanmuzaffar 09 March 2006 0 komen

Salam Takziah dari sultanmuzaffar

Nota : Sebagai tanda menghormati, tiada posting terkini akan disiarkan pada hari Jumaat. Siri Wawancara bersama Sutun II - Bahagian 3 (Lukman dan Adek) dan 4 (Ezad, Pengarah Sutun 2) hanya akan disiarkan serentak pada hari Sabtu.

xsmurf

Entri oleh sultanmuzaffar 0 komen

Siri Wawancara bersama Sutun II - 2
Zeta dan Sabri
Kawan rapat Adek. Seorang dari kampung, dan seorang lagi dikenali di kampus. Mereka berkongsi masalah dan sama-sama mengharungi setiap masalah, suka dan duka bersama. Apakah Zeta bakal menjadi racun kepada Adek ? Atau apakah Sabri bakal menjadi racun kepada Adek. Sama-sama kita saksikan Drama Sutun 2 pada hari Sabtu ini, jam 2 petang di RTM 1, Saluran Infotainmen Anda.

S : Ceritakan sedikit tentang latar belakang diri anda ? Ceritakan sedikit tentang watak anda ? Siapa reference anda untuk watak ini ?

Z : Nama Zeta ialah Wan Sharmila bt Wan Mohamad dan berumur 25 tahun. Kini bekerja di sebuah firma guaman di Johor Baru dalam bahagian akaun. Zeta merupakan rakan sekampung dengan Adek. Hubungan rapatnya dengan Adek sudah lama terjalin sejak bersekolah lagi. Tidak begitu sukar membawakan watak ini kerana sememangnya latar belakang saya sudah dibiasakan dengan kawan-kawan sebegini. Saya sudah menjadi biasa dengan situasi tersebut. Saya menjadikan diri saya sebagai reference untuk watak tersebut.

KM : K’Ma Abdullah merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Malaya dalam bidang seni persembahan. Saya juga merupakan tutor di Akademi Seni Kebangsaan. Kini berumur 27 tahun. Saya banyak melibatkan diri dalam persembahan pentas dan ini merupakan drama saya yang pertama. Watak saya merupakan kawan baik kepada Adek yang mula dikenalinya sewaktu di kampus. Kami baru saling-mengenali. Berbeza dengan Zeta yang sudah mengenali Adek sejak di kampung. Sabri suka menyanyi dan Ning Baizura merupakan idolanya. Saya menjadikan kawan-kawan saya di ASK sebagai reference kepada watak ini. Imej-imej tersebut saya gabungkan hasil daripada pemerhatian saya terhadap mereka. Tidak hanya sifat serta gaya fizikal tetapi gaya percakapan juga turut saya tiru.
S : Bagaimana pengalaman kali pertama berlakon dalam drama Sutun 2 ini ? Bagaimana anda berhadapan dengan Ezad selaku pengarah drama ini ? Apakah pengalaman paling berharga dalam Sutun 2 ?

Z : Pengalaman kali pertama ini lebih menyeronokkan. Lebih-lebih lagi saya seorang perempuan manakala yang lainnya ialah lelaki. Walaupun tidak banyak beza sebenarnya. Pada mulanya merasa sedikit canggung, lama-kelamaan kami sudah menjadi seperti keluarga kerana hubungan rapat di lokasi. Abang Ezad banyak mengajar saya tentang apa itu lakonan. Agak senang bekerja dengannya.

KM : Pada mulanya saya berasa agak gementar dan takut kerana jargon-jargon yang jarang saya dengar seperti close-up, master shot, tight shot dan sebagainya. Saya tidak tahu dengan jargon-jargon pembikinan drama. Kalau teater saya faham. Adek banyak membantu kerana Adek sudah biasa dengan jargon-jargon tersebut kerana Adek telah terlibat dalam drama Sutun. Saya mudah faham apa yang Ezad mahu. Beliau seorang yang telus dan mahu melibat para pelakonnya menggunakan kreativiti sendiri untuk menghidupkan watak tersebut. Senang bekerja dengannya, lebih fun dan lama-kelamaan perasaan gementar itu hilang.

S : Siapakah yang menemui anda untuk watak ini ? Apa yang membuatkan anda menerima watak ini ? Tentu ada sesuatu tarikan yang membuatkan anda menerima watak ini ?

Z : Abang Ezad yang menemui saya untuk watak ini. Saya menerima watak ini kerana minat dan ingin mencuba.

KM : Seperti Zeta, Ezad jugalah yang menemui saya untuk watak ini. Asalnya watak ini telah diberikan kepada pelakon lain yang mampu meniru suara Siti Nurhaliza. Kalau masih ingat yang menyanyikan lagu Nirmala sebagai kejutan kepada Kefli. Malangnya beliau tidak dapat bersama kerana komitmennya yang lain. Maka skrip perlu dirombak kerana saya tidak boleh meniru suara Siti Nurhaliza kepada Ning Baizura. Sudah menjadi rezeki saya. Saya pun minat gila dengan Ning Baizura sama seperti watak Sabri yang menjadikan Ning Baizura idolanya. Saya mempunyai bakat dan kini mahu ia dikongsi dengan penonton. Tarikan kuat dari Ning Baizura dan saya akhirnya bersetuju.

S : Apa persepsi anda terhadap watak-watak lain seperti Adek, Lukman, Zeta, Sabri dan 3 sekawan yang membenci Adek iaitu Nuar, Leman dan Tajul ? Apa yang anda mahu masyarakat pelajari dari watak-watak tersebut ?

Z : Adek dan Sabri mewakili realiti zaman sekarang. Sememangnya wujud sekelompok manusia yang mempunyai sifat-sifat seperti mereka. Begitu juga dengan watak Nuar, Leman dan Tajul yang mewakili golongan pembenci watak Adek dan Sabri. Saya berharap agar penonton dapat melihat dengan jujur ke dalam dunia mereka dengan pandangan tanpa prejudis. Mereka harus faham situasi yang dilalui oleh setiap watak. Nuar contohnya mempunyai sebab untuk bertindak demikian. Begitu juga dengan Fitri.
S : Apakah pengajaran yang ingin anda sampaikan kepada penonton melalui watak anda ?

Z : Zeta merupakan kawan baik kepada Adek. Watak Zeta begitu mengambil berat tentang Adek dan persekitarannya. Watak Zeta juga seperti selesa dan berasa selamat apabila berada di sekeliling mereka.

KM : Watak Sabri membuatkan saya harus percaya kepada diri kita sendiri. Kita harus berbangga dengan kelebihan yang kita miliki dan berusaha memperbaiki kelemahan yang kita ada. Jangan merasa rendah diri apabila kelemahan kita dikutuk kerana ia tidak akan mengubah apa-apa. Jangan takut kepada malu dan tidak perlu takut terhadap apa yang akan orang perkatakan. Sekiranya perkara yang kita lakukan itu baik, kita tidak perlu takut. Sabri seorang yang berani mempertahankan Adek, Zeta dan Fitri. Sabri akan mengambil-berat terhadap masalah yang dilalui oleh rakan-rakannya dan akan cuba untuk sama-sama menyelesaikannya. Kita sama-sama mengharungi setiap masalah agar mampu untuk berdiri dengan sendirinya dan akhirnya kita maju dengan jayanya. Itulah antara inti pati watak Sabri.

S : Sudah bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat dalam mengecap populariti kesan drama Sutun 2 ini ?

Z : Orang mungkin kenal, tetapi ini hanyalah drama. Dalam tempoh jangka panjang sekiranya drama ini popular tentunya menjanjikan sesuatu yang berlainan untuk diri saya juga.

KM : Saya sudah bersedia sewaktu pertama kali menerima tawaran ini. Pertama saya harus bersedia untuk berhadapan dengan keluarga. Ibu tidak mengongkong apa minat saya lebih-lebih lagi sekiranya mesej yang ingin disampaikan adalah positif. Saya berharap agar masyarakat menjadi lebih terbuka untuk mendekati watak-watak dalam drama Sutun2 ini. Watak-watak dalam drama ini ada masalah masing-masing yang ingin mereka kongsi dengan penonton. Ada banyak pengajaran yang boleh didapati seperti tidak memencilkan diri, menerima takdir Tuhan dan berusaha dengan positif untuk mengubahnya.

S: Anda berkemampuan untuk mengajuk suara-suara personaliti. Dari mana anda dapat kemahiran tersebut ?

KM : Saya gemar menonton apa sahaja yang boleh saya tonton. Dan saya akan berulang kali menonton klip tersebut. Saya tidak meniru secara main-main sebaliknya saya menerapkan ke dalam perwatakan saya. Buat masa ini saya gemar untuk meniru gaya Ning Baizura, Fatima Al Zahra dari siri Ar-Rayyan, Anita Sarawak, Sharifah Aini, Fauziah Ahmad Daud dan beberapa lagi.

Nota : Drama Sutun tercalon untuk kategori Drama TV Terbaik bersama Anak Penarik Beca dan Bila Tsunami Melanda terbitan RTM. Dua drama lain ialah Hari-Hari Terakhir Seorang Perempuan (Astro) dan Neraka Cinta (TV3).

Untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik, Sutun diwakili oleh Kazaruddin Saisi yang memegang watak bapa Adek. Pelakon lain yang tersenarai ialah Rusdi Ramli (Daun Ketupat Kering), Faizal Yusof (Surat Dari Bulan), Mohd Hanis Kamal (Anak Penarik Beca) dan Shahronizam (Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman).

Manakala untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita TV Terbaik pula, Sutun mencalonkan Rosnah Johari sebagai ibu Adek. Manakala calon-calon lain ialah Azean Irdawaty (Kesetiaan ) Azizah Mahzan (Darling...Aku Benci Tapi Rindu), Fauziah Nawi (Titik Titik Noda 2) dan Linda Hashim (Bila Tsunami Melanda).

Esok saya akan siarkan pula wawancara bersama Adek dan Lukman dan pada hari Sabtu menjelang Anugerah Seri Angkasa, saya akan siarkan wawancara saya bersama Ezad, Pengarah Drama Sutun 2 ini.

Kredit Foto : http://gambar.blogspot.com

Entri oleh sultanmuzaffar 08 March 2006 0 komen

Siri Wawancara bersama Sutun II - 1
Bermula pada hari ini, saya akan menyiarkan Siri Wawancara saya bersama pengarah dan pelakon drama Sutun 2. Antara yang sempat saya temuramah ialah Saudara Ezad (Pengarah Drama Sutun & Sutun 2), Ku Yusri, Ungku Ismail Aziz, Wan Sharma, K'ma Abdullah dan Isma Yusoof.

Drama Sutun 2 akan menemui anda pada hari Sabtu ini, 11 Mac jam 2 petang di RTM1, Saluran Infotainmen Anda. Nama SureHeboh sudah dalam proses menukar penjenamaan, Infotainmen bila lagi ?

Drama Sutun telah dicalonkan dalam 7 kategori penting di dalam Anugerah Seri Angkasa tahun ini. Sutun 2 merupakan sambungan kepada filem Sutun. Antara kategori yang dicalonkan adalah Telefilem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Lakon Layar TV Terbaik dan Suntingan Terbaik.

Untuk sinopsis Sutun 2, sila layari : http://edfx.t35.com/sutun2/

Sebagai pembuka bicara, saya memperkenalkan Isma Yusoof yang memegang watak Fitri. Ikuti wawancara ringkas saya bersama beliau.

S : Ceritakan sedikit tentang latarbelakang diri anda ? Ceritakan sedikit tentang watak Fitri ? Siapa reference anda untuk watak ini ?

J : Ini merupakan telemovie lakonan saya yang pertama, kerana selama ini saya banyak berlakon di atas pentas dan juga beberapa filem pendek. Selain berlakon saya merupakan seorang ‘Creative Director’ di salah sebuah design company di KL. Berlakon merupakan perkara yang saya seronok lakukan dan akan terus lakukan tak kira di atas pentas, telemovie, filem ataupun di depan kamu sekarang ni. (Isma tergelak kecil) Fitri merupakan satu watak yang sangat menarik, bunyi nya agak klise tapi itulah apa yang saya rasa. Fitri merupakan seorang pelajar yang alim dan tidak suka bergaul dengan masyarakat sekeliling. Semua yang dilakukannya mestilah berlandaskan agama. Secara ikhlasnya ingin saya katakan bahawa membawa watak Fitri ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kerana saya as a person tidak begitu. Namun saya tahu memang wujud orang-orang seperti ini, contohnya semasa saya di universiti dulu. Jadi saya recall balik dan dari situ saya banyak belajar tentang watak Fitri ini.

S : Bagaimana pengalaman kali pertama berlakon dalam drama Sutun 2 ini? Bagaimana anda berhadapan dengan Ezad selaku pengarah drama ini ?Apakah pengalaman paling berharga dalam Sutun 2 ?

J : Saya sangat nak berterima kasih kepada Nizam Zakaria, kerana dia yang memperkenalkan saya kepada Ezad (pengarah Sutun2). Pengalaman berlakon di dalam production ini adalah sesuatu yang saya akan ingat sampai bila-bila. Buat pertama kali dalam hidup saya saya mengenali nama setiap orang yang terlibat dalam production ini. Dari pelakon utama hinggalah kepada abang yang menghidangkan makanan. We were like a big family. Lots of brothers but only one sister (Wan yang membawa watak Zeta). I must say that Ezad is a very good director. Saya seronok bekerja di bawah arahan nya. Dia tahu apa yang dia nak, dan setiap apa yang kami lakukan dia akan beri tahu ‘why’ and consequences’ nya. He knows how to capture benda-benda yang penting dalam telemovie nih. Dan the best thing about him is, he loves to talk about anything. Dan kadang-kadang saya tak rasa pula Ezad ini director saya, rasa seperti seorang kawan yang suka berangan bersama-sama saya untuk buat satu satu cerita yang menarik dan kasi all Malaysian tengok dan enjoy. Saya suka semua pelakon-pelakon di dalam production ini, pendek kata kalau kamu menonton drama ini nanti, dan kamu rasa drama ini sangat fun dan kelakar, I actually experienced more than that..hehehe (Isma gelak lagi)

S : Siapakah yang menemui anda untuk watak ini ? Apa yang membuatkan anda menerima watak ini ? Tentu ada sesuatu tarikan yang membuatkan anda menerima watak ini ?

J : Seperti apa yang saya cakap tadi, Nizam Zakaria was the one yang told me everything about this telemovie. He said I will look good as Nuar (the villain) tapi bila I pergi reading, Ezad said I‘d be more interesting as Fitri, kalau nak tahu kenapa, kenalah tengok Sutun 2. Saya tertarik kepada concept cerita ni, isu yang cuba di utarakan dan juga setiap watak dalam cerita ini sangat strong and of course the script was well written. Secara ikhlasnya saya sebenarnya tidak kisah kalau Ezad nak cast saya untuk mana-mana watak sekali pun, sebab bagi saya semua watak mempunyai kelebihan masing-masing. But obviously saya akan hesitate untuk bawa watak Zeta, sebab I had to do a lot of researches plak nanti..hahhaha (kali nih Isma gelak lebih besar )

S : Apa persepsi anda terhadap watak Adek, Lukman, Zeta dan 3 sekawan yang membenci Adek (Nuar, Leman & Tajul). Apa yang anda mahu masyarakat pelajari dari watak-watak tersebut ?

J : Adek merupakan watak utama dalam cerita ini, cerita ini lebih mengisahkan pasal dia. He had to handle different peoples. So satu watak yang sangat berat, Tapi Ku Yusri berjaya membawa watak ini dengan baik sekali. I’m proud of him. Lukman pula satu watak yang hanya a good looking guy jer boleh bawak. Hehhehehe. And the other 3 villians are the characters we wish they died at the end of the story. Saya suka apabila saya selesai menonton sesuatu saya akan pilih which character yang paling sama dengan saya. so saya harap penonton-penonton pun akan buat benda yang sama, dan kalau watak tuh baik, teruskan lah. Tapi kalau watak tuh watak yang jahat silalah kurangkan kejahatan tuh ok .

S : Apakah pengajaran yang ingin anda sampaikan kepada penonton melalui watak Fitri ?

J : Saya tak mahu bercakap terlalu banyak pasal watak Fitri ini kerana watak dia nih full of suprises. Tapi apa yang saya boleh kata di sini, just be yourself jangan takut dengan masyarakat sekeliling, You are what you love, not what loves u ;)

S : Sudah bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat dalam mengecap populariti kesan drama Sutun 2 ini ?

J : Hahhaha, saya kena berhadapan dengan nenek saya kat kampung dulu, lepas tuh baru saya boleh fikir macam mana nak berhadapan dengan masyarakat ;)

Entri oleh sultanmuzaffar 07 March 2006 0 komen

Ulasan Anugerah Akademi ke 78

Crash mengejutkan ramai pihak apabila terpilih sebagai pemenang Filem Terbaik di anugerah paling berprestij Anugerah Akademi ke 78 mengetepikan saingan paling dekatnya iaitu Brokeback Mountain. Terdahulu, Ang Lee pengarah filem Brokeback Mountain terpilih sebagai Pengarah Terbaik menjadi orang Asia pertama terpilih memenangi anugerah tersebut.

Ini menjadikan sasaran saya tersasar untuk Filem Terbaik. Walaupun ramai yang menjangkakan Brokeback Mountain bakal mengungguli kategori tersebut, ternyata kehangatan filem Crash pada masa kini turut menjadi faktor kemenangan filem tersebut. Kisah yang berlaku kepada pelbagai kaum, etnik dan latar belakang dalam tempoh 36 jam di sekitar Los Angeles turut dikaitkan sebagai salah satu faktor pemilihan juri. Jika di Barat masih belum bersedia untuk menerima Brokeback Mountain, apatah lagi Malaysia.

Dari 24 kategori, 16 kategori mengena pada sasarannya. Selebihnya, 8 kategori tidak saya meletakkan sebarang sasaran kerana kurang arif, tiada pilihan ataupun tidak sama dengan pilihan pakar. Ini menjadikan sasaran saya 67% tepat. Manakala pilihan pakar seperti yang tertera dalam Coverage of the 78th Annual Academy Awards akur dengan 75% tepat.

Kategori lain yang dimenangi oleh filem Crash ialah Lakon Layar Asal Terbaik serta Suntingan Terbaik. Dua kategori yang kuat untuk menobatkan filem tersebut sebagai Filem Terbaik. Manakala Brokeback Mountain unggul memenangi Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Skor Muzik Terbaik. Walaupun memenangi Pengarah Terbaik, belum pasti menjamin gelaran Filem Terbaik. Senario yang sama berlaku di Malaysia apabila Sepet terpilih sebagai Filem Terbaik dan Puteri Gunung Ledang terpilih memenangi Pengarah Terbaik.

King Kong dan Memoirs of A Geisha masing-masing cemerlang dalam aspek teknikal dan seni kosmetik filem tersebut. King Kong selesa dengan Suntingan Bunyi Terbaik, Adunan Bunyi Terbaik dan Kesan Visual Terbaik. Tidak begitu mengejutkan. Manakala Memoirs of A Geisha memenangi kategori Sinematografi Terbaik, Arahan Seni Terbaik dan Rekaan Kostum. Kemenangan filem tersebut untuk kategori Sinematografi Terbaik agak mengejutkan kerana ramai yang menjangkakan filem Brokeback Mountain bakal membawa pulang anugerah untuk kategori tersebut.

Kemenangan senarai pelakon yang memenangi kategori lakonan tidak mengejutkan. Lagu Hard Out Here for a Pimp dari filem Hustle & Flow telah memberikan persembahan yang hebat di majlis tersebut berbanding persembahan yang lain. Itulah Oscar ! Apa persembahan yang boleh dijangkakan dipersembahkan di majlis tersebut melainkan persembahan calon kategori Lagu Terbaik dan Skor Muzik Terbaik. Majlis Oscar bukan majlis mempromosikan album.

Seperti yang dijangkakan walaupun diharapkan oleh saya filem dari Palestine iaitu Paradise Now gagal memintas Tsotsi sebuah filem dari Afrika Selatan. Seperti yang dijangkakan juga, sekumpulan pelobi Yahudi dengan lantang telah meminta tandatangan agar filem Paradise Now ditarik balik pencalonannya. Sentimen ini jelas satu sentimen yang tidak mungkin akan terpadam dari kamus penjurian filem di Amerika Syarikat.

Saya tertarik dengan penampilan pertama Jon Stewart selaku pengacara rancangan tersebut. Beliau telah melaksanakan tugas beliau dengan sederhana dan terkawal. Jenaka-jenaka spontan beliau menghiburkan walaupun ada yang kurang difahami. Seseorang penonton harus memahami situasi politik Amerika Syarikat untuk memahami jenaka-jenaka beliau. Bagaimana agaknya sekiranya Oprah Winfrey pula diberikan peluang untuk mengacarakan majlis tersebut. Tentunya akan menjadi lebih menarik dan isu-isu yang dipersembahkan akan menjadi lebih dekat dengan penonton.

Kesilapan teknikal yang disengajakan turut berlaku apabila Ben Stiller mengumumkan anugerah kategori Kesan Visual Terbaik. Di skrin televisyen, Ben Stiller sepatutnya tidak kelihatan kerana beliau memakai pakaian serba hijau untuk kesan “green-screen”. Malangnya, penyampaian anugerah tersebut yang sepatutnya menjadi bersejarah kerana buat pertama kalinya tiada penyampai yang akan menyerahkan anugerah tidak menjadi kenyataan. Kesan khas tidak menjadi sewaktu anugerah Kesan Visual Terbaik diserahkan.

Secara keseluruhan sebuah rancangan hiburan biasa yang ditonton. Kemuncak persembahan malam tersebut adalah sewaktu pengumuman kategori Filem Terbaik. Damn ! adalah perkataan yang terkeluar...

Senarai Lengkap Pemenang
Crash : Filem Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Suntingan Terbaik
Brokeback Mountain : Pengarah Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik, Skor Muzik Terbaik
King Kong : Suntingan Bunyi Terbaik, Adunan Bunyi Terbaik, Kesan Visual Terbaik
Memoirs of A Geisha : Sinematografi Terbaik, Arahan Seni Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik
Capote : Pelakon Lelaki Terbaik
Walk The Line : Pelakon Wanita Terbaik
Syriana : Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
The Constant Gardener : Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and The Wardrobe : Solekan Terbaik
Hustle & Flow : Lagu Tema Terbaik
Wallace & Gromit: The Curse of the Were-Rabbit : Filem Animasi Terbaik
The Moon and the Son: An Imagined Conversation : Filem Animasi Pendek Terbaik
Tsotsi (South Africa) : Filem Asing Terbaik
Six Shooter : Filem Pendek Aksi Terbaik
March of the Penguins : Dokumentari Terbaik
A Note of Triumph : The Golden Age of Norman Corwin : Dokumentari Pendek Terbaik

Kredit Foto : Yahoo !

Entri oleh sultanmuzaffar 03 March 2006 0 komen

78th Annual Academy Awards

Isnin ini Anugerah Akademi yg ke 78 akan berlangsung di Kodak Theater Los Angeles. Satu majlis penganugerahan yang jarang sekali saya ketinggalan menyaksikannya secara langsung di televisyen.

Brokeback Mountain mendahului dengan 8 pencalonan diikuti dengan Crash (6 pencalonan), Good Night, And Good Luck (6 pencalonan), Memoirs of A Geisha (6 pencalonan), Munich (5 pencalonan), Walk The Line (5 pencalonan), Capote (5 pencalonan), The Constant Gardner (4 pencalonan) dan King Kong (4 pencalonan). Persaingan sengit dilihat akan berlaku antara Brokeback Mountain dan Crash yang pernah memenangi anugerah Filem Terbaik di Golden Globe Awards, BAFTA dan Screen Actors Guild Awards.

Di bawah ini bukan ramalan, sekadar pilihan saya untuk menjawab pilihan saya di Coverage of the 78th Annual Academy Awards di Yahoo ! Saya pilih kerana saya suka filem tersebut menang. Ada beberapa filem yang telah saya tonton dan ada juga yang tidak sempat saya tonton. Pilihan yang dibiarkan kosong adalah kerana saya tidak begitu mengambil berat soal tersebut untuk kategori itu.

Harapan saya mahu melihat filem Brokeback Mountain mengungguli Anugerah Akademi pada kali ini. Filem berat yang bertemakan tentang kasih sayang yang wujud antara dua abang kampung penggembala kambing biri-biri itu mendapat reaksi yang positif di Amerika Syarikat mahu pun di dunia. Lebih-lebih lagi, pengarahnya Ang Lee berbangsa Asia. Filem King Kong bakal menggondol hampir keseluruhan anugerah untuk kategori teknikal. Pilihan Pakar (Expert Pick) diperolehi pungutan suara yang telah dilakukan oleh Yahoo ! Ada beberapa kebetulan yang menyaksikan pilihan saya sama dengan pilihan pakar. Tidak sukar untuk menelah pilihan pakar untuk anugerah kali ini kerana saingannya nampak begitu menonjol berbanding calon lain.
Best Picture
Brokeback Mountain
Munich
Good Night, and Good Luck
Capote
Crash
My Pick : Brokeback Mountain
Expert Pick : Brokeback Mountain
Winner : Crash

Achievement in Directing
Bennett Miller Capote
Ang Lee Brokeback Mountain
Steven Spielberg Munich
Paul Haggis Crash
George Clooney Good Night, And Good Luck.
My Pick : Ang Lee Brokeback Mountain
Expert Pick : Ang Lee Brokeback Mountain
Winner : Ang Lee Brokeback Mountain

Best Actor
Heath Ledger Brokeback Mountain
Joaquin Phoenix Walk the Line
Philip Seymour Hoffman Capote
David Strathairn Good Night, And Good Luck.
Terrence Howard Hustle & Flow
My Pick : Heath Ledger Brokeback Mountain
Expert Pick : Philip Seymour Hoffman Capote
Winner : Philip Seymour Hoffman Capote

Best Actress
Charlize Theron North Country
Keira Knightley Pride and Prejudice
Felicity Huffman Transamerica
Reese Witherspoon Walk the Line
Judi Dench Mrs. Henderson Presents
My Pick : Reese Witherspoon Walk the Line
Expert Pick : Reese Witherspoon Walk the Line
Winner : Reese Witherspoon Walk the Line

Best Supporting Actor
William Hurt A History of Violence
George Clooney Syriana
Matt Dillon Crash
Jake Gyllenhaal Brokeback Mountain
Paul Giamatti Cinderella Man
My Pick : George Clooney Syriana
Expert Pick : George Clooney Syriana
Winner : George Clooney Syriana

Best Supporting Actress
Frances McDormand North Country
Rachel Weisz The Constant Gardener
Amy Adams Junebug
Michelle Williams Brokeback Mountain
Catherine Keener Capote
My Pick : Rachel Weisz The Constant Gardener
Expert Pick : Rachel Weisz The Constant Gardener
Winner : Rachel Weisz The Constant Gardener

Best Original Screenplay
Paul Haggis and Robert Moresco Crash
George Clooney and Grant Heslov Good Night, And Good Luck.
Woody Allen Match Point
Noah Baumbach The Squid and the Whale
Stephen Gaghan Syriana
My Pick : Paul Haggis and Robert Moresco Crash
Expert Pick : Paul Haggis and Robert Moresco Crash
Winner : Paul Haggis and Robert Moresco Crash

Best Adapted Screenplay
Larry McMurtry and Diana Ossana Brokeback Mountain
Dan Futterman Capote
Jeffrey Caine The Constant Gardener
Josh Olson A History of Violence
Tony Kushner and Eric Roth Munich
My Pick : Larry McMurtry and Diana Ossana Brokeback Mountain
Expert Pick : Larry McMurtry and Diana Ossana Brokeback Mountain
Winner : Larry McMurtry and Diana Ossana Brokeback Mountain

Achievement in Cinematography
Dion Beebe Memoirs of a Geisha
Emmanuel Lubezki The New World
Wally Pfister Batman Begins
Rodrigo Prieto Brokeback Mountain
Robert Elswit Good Night, And Good Luck.
My Pick : Rodrigo Prieto Brokeback Mountain
Expert Pick : Rodrigo Prieto Brokeback Mountain
Winner : Dion Beebe Memoirs of a Geisha

Best Film Editing
Mike Hill and Dan Hanley Cinderella Man
Claire Simpson The Constant Gardener
Hughes Winborne Crash
Michael Kahn Munich
Michael McCusker Walk the Line
My Pick : Hughes Winborne Crash
Expert Pick : Hughes Winborne Crash
Winner : Hughes Winborne Crash

Best Art Direction
Jim Bissell Jan Pascale Good Night, And Good Luck.
Stuart Craig, Stephenie McMillan Harry Potter and the Goblet of Fire
Grant Major, Dan Hennah and Simon Bright King Kong
John Myhre, Gretchen Rau Memoirs of a Geisha
Sarah Greenwood, Katie Spencer Pride and Prejudice
My Pick : John Myhre, Gretchen Rau Memoirs of a Geisha
Expert Pick : John Myhre, Gretchen Rau Memoirs of a Geisha
Winner : John Myhre, Gretchen Rau Memoirs of a Geisha

Achievement in Costume Design
Colleen Atwood Memoirs of a Geisha
Sandy Powell Mrs. Henderson Presents
Jacqueline Durran Pride and Prejudice
Arianne Phillips Walk the Line
Gabriella Pescucci Charlie & the Chocolate Factory
My Pick : Colleen Atwood Memoirs of a Geisha
Expert Pick : Colleen Atwood Memoirs of a Geisha
Winner : Colleen Atwood Memoirs of a Geisha

Achievement in Makeup
Howard Berger and Tami Lane The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and The Wardrobe
David Leroy Anderson and Lance Anderson Cinderella Man
Dave Elsey and Nikki Gooley Star Wars: Episode III - Revenge of the Sith
My Pick : Howard Berger and Tami Lane The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and The Wardrobe
Expert Pick : Howard Berger and Tami Lane The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and The Wardrobe
Winner : Howard Berger and Tami Lane The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and The Wardrobe

Best Original Score
John Williams Memoirs of a Geisha
Gustavo Santaolalla Brokeback Mountain
John Williams Munich
Alberto Iglesias The Constant Gardener
Dario Marianelli Pride and Prejudice
My Pick : Gustavo Santaolalla Brokeback Mountain
Expert Pick : Gustavo Santaolalla Brokeback Mountain
Winner : Gustavo Santaolalla Brokeback Mountain

Best Original Song
'In the Deep' - Music by Kathleen 'Bird' York and Michael Becker; Lyrics by Kathleen 'Bird' York Crash
'Hard Out Here for a Pimp' - Music & Lyrics by Jordan Houston, Cedric Coleman and Paul Beauregard Hustle & Flow
'Travelin' Thru' - Music & Lyrics by Dolly Parton Transamerica
My Pick : nil (Sayang sekali A Love That Never Grow Old dari filem Brokeback Mountain tidak dicalonkan dalam kategori ini)
Expert Pick : 'Travelin' Thru' - Music & Lyrics by Dolly Parton Transamerica
Winner : 'Hard Out Here for a Pimp' - Music & Lyrics by Jordan Houston, Cedric Coleman and Paul Beauregard Hustle & Flow

Achievement in Sound Editing
Mike Hopkins and Ethan Van der Ryn King Kong
Wylie Stateman Memoirs of a Geisha
Richard King War of the Worlds
My Pick : Mike Hopkins and Ethan Van der Ryn King Kong
Expert Pick : Mike Hopkins and Ethan Van der Ryn King Kong
Winner : Mike Hopkins and Ethan Van der Ryn King Kong

Achievement in Sound Mixing
Terry Porter, Dean A. Zupancic and Tony Johnson The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and The Wardrobe
Christopher Boyes, Michael Semanick, Michael Hedges and Hammond Peek King Kong
Kevin O'Connell, Greg P. Russell, Rick Kline and John Pritchett Memoirs of a Geisha
Paul Massey, D.M. Hemphill and Peter F. Kurland Walk the Line
Andy Nelson, Anna Behlmer and Ronald Judkins War of the Worlds
My Pick : Christopher Boyes, Michael Semanick, Michael Hedges and Hammond Peek King Kong
Expert Pick : Christopher Boyes, Michael Semanick, Michael Hedges and Hammond Peek King Kong
Winner : Christopher Boyes, Michael Semanick, Michael Hedges and Hammond Peek King Kong

Best Visual Effects
Dean Wright, Bill Westenhofer, Jim Berney and Scott Farrar The Chronicles of Narnia: The Lion, The Witch and The Wardrobe
Dennis Muren, Pablo Helman, Randy Dutra and Daniel Sudick War of the Worlds
Joe Letteri, Brian Van't Hul, Christian Rivers and Richard Taylor King Kong
My Pick : Joe Letteri, Brian Van't Hul, Christian Rivers and Richard Taylor King Kong
Expert Pick : Joe Letteri, Brian Van't Hul, Christian Rivers and Richard Taylor King Kong
Winner : Joe Letteri, Brian Van't Hul, Christian Rivers and Richard Taylor King Kong

Best Animated Feature Film
Howl's Moving Castle
Tim Burton's Corpse Bride
Wallace & Gromit: The Curse of the Were-Rabbit
My Pick : Wallace & Gromit: The Curse of the Were-Rabbit
Expert Pick : Wallace & Gromit: The Curse of the Were-Rabbit
Winner : Wallace & Gromit: The Curse of the Were-Rabbit

Best Animated Short Film
Badgered
The Moon and the Son: An Imagined Conversation
The Mysterious Geographic Explorations of Jasper Morello
9
One Man Band
My Pick : nil
Expert Pick : The Mysterious Geographic Explorations of Jasper Morello
Winner : The Moon and the Son: An Imagined Conversation

Best Foreign-Language Film
Paradise Now (Palestine)
Joyeux Noel (France)
Tsotsi (South Africa)
Sophie Scholl: The Final Days (Germany)
Don't Tell (Italy)
My Pick : Paradise Now (Palestine)
Expert Pick : Tsotsi (South Africa)
Winner : Tsotsi (South Africa)

Best Live-Action Short Film
Ausreisser (The Runaway)
Cashback
The Last Farm
Our Time Is Up
Six Shooter
My Pick : nil
Expert Pick : Our Time Is Up
Winner : Six Shooter

Best Documentary Feature
Darwin's Nightmare
Enron: The Smartest Guys in the Room
Murderball
March of the Penguins
Street Fight
My Pick : March of the Penguins
Expert Pick : March of the Penguins
Winner : March of the Penguins

Best Documentary Short
The Death of Kevin Carter: Casualty of the Bang Bang Club
God Sleeps in Rwanda
The Mushroom Club
A Note of Triumph: The Golden Age of Norman Corwin
My Pick : nil
Expert Pick : God Sleeps in Rwanda
Winner : A Note of Triumph: The Golden Age of Norman Corwin

Entri oleh sultanmuzaffar 01 March 2006 0 komen

Tirai Akhir Puteri Gunung Ledang The Musical

Sekali lagi saya pergi menonton Puteri Gunung Ledang The Musical. Malam itu adalah malam terakhir PGLtM dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya setelah dua hari dilanjutkan tempoh pementasannya kerana sambutan yang hangat terhadap teater muzikal tersebut.

Ini adalah kali ketiga saya menonton teater muzikal tersebut. Kali pertama adalah sewaktu Malam Media PGLtM, kali kedua bersama ahli keluarga dan malam ini adalah kali ketiga. Tentunya setiap malam yang saya tonton berbeza pengalamannya.

Seperti malam ini, saya sebenarnya tidak mahu berada di rumah. Dari saya menonton muka sendiri di Tanya Linda, lebih baik saya bersantai bersama tenaga produksi PGLtM di Istana Budaya menyambut kemenangan mereka di malam akhir pementasan teater tersebut. Tanpa tiket yang telah kehabisan sejak minggu sudah, saya pergi dengan tangan kosong sekadar ingin menonton persembahan tersebut dari luar Panggung Sari yang didirikan sebuah skrin yang memancarkan pementasan dari dalam terus ke Ruang Legar Istana Budaya.

Saya sempat bertemu Fifi di Ruang Legar Istana Budaya. Sempat minum teh tarik sambil berbual-bual tentang nasib teater Melayu khususnya. Apakah formula yang menjadi kekuatan kepada PGLtM sehingga berjaya memenuhkan Panggung Sari ? Lebih mengejutkan apabila 95% daripada tiket yang terjual adalah tiket yang telah dibeli dan bukannya tiket yang diberikan percuma kepada kroni-kroni. Jika ada pun untuk kroni hanya 5% yang boleh saya anggap masuk akal dan berpatutan. Tidak salah memberikannya percuma untuk kawan-kawan. Ini membuktikan yang penonton teater telah sanggup untuk membelanjakan wang mereka demi menonton teater muzikal hasil kerja tangan Zahim Al Bakri dan Adlin Aman Ramlie.

Sempat juga mencelah topik hangat seperti penyelenggaraan Istana Budaya yang boleh saya ibaratkan seperti seekor kera mendapat bunga. Bangunan berjuta-juta ringgit tetapi tiada kepakaran yang bertauliah untuk menyelenggarakan bangunan tersebut. Masalah teknikal merupakan satu mimpi ngeri kepada produksi-produksi teater. Bukan mereka tidak kreatif kerana tidak menggunakan pentas hidraulik tetapi mereka khuatir yang peralatan teknikal tersebut rosak di pertengahan persembahan kerana kurangnya tenaga mahir yang tahu mengendalikan peralatan tersebut dengan baik.

Di Ruang Legar saya sempat juga bertemu dengan beberapa rakan media yang kepingin menonton reaksi pelakon pada malam terakhir pementasan tersebut. Antara yang kelihatan ialah Rudy Imran dan Abie dari Harian Metro, Dean dan Shazwan dari Kosmo, Wanda dari Utusan, Zul Husni dan Fairuz dari Berita Harian dan Suraya Alattas dari NST. Itu antara yang saya kenal nama-nama mereka. Ada juga yang saya tidak ingat nama mereka.

Antara selebriti yang hadir pada malam terakhir ialah Aznil Nawawi, Linda Jasmine, Normala Shamsudin dan suami, Tom Abang Saufi dan beberapa lagi. Afdlin Shauki membawa gerombolan kodoknya pada malam tersebut.

Ada juga beberapa pembaca blog yang menegur. Terima kasih Intanezly, KashEd dan Hansel.

Saya dan Fifi telah pun mengambil keputusan untuk duduk sahaja di Ruang Legar menonton dari skrin di luar dewan. Kami bernasib baik kerana dipanggil untuk naik ke Grand Circle menantikan kerusi-kerusi kosong untuk diisi. Mujur ada kerusi yang kosong. Mungkin ada dari kalangan VIP yang tidak hadir walaupun telah diberikan peluang untuk menonton pementasan tersebut. Maka kami mengisi kerusi-kerusi kosong tersebut walaupun pementasan telah pun bermula dalam masa 10 minit.

Nyata benih PGLtM yang tumbuh pada 7 Februari telah mekar menjadi bertambah masak pada malam akhir pementasannya. Buah PGLtM kini sedia untuk dieksportkan ke luar negara. Sebelum itu, ia perlu dibersihkan pada setiap bahagian yang perlu diperindah lagi agar hidangan tersebut menjadi lebih enak dan menyelerakan. Dalam tempoh tiga minggu, momentum pementasan semakin memuncak dan semangat besar yang tertanam pada akar tunjang pokok PGLtM menjadi semakin utuh.

Air mata Tiara Jacquelina tatkala beliau menghabiskan dialog terakhirnya di malam pementasan terakhir semacam satu ucapan selamat tinggal, bukan sahaja untuk Datuk Laksamana Hang Tuah, tetapi juga untuk para penggemar teater yang telah hadir memberikan sokongan. Lama juga penonton memberikan tepuk hormat. Merah jugalah tapak saya saya dibuatnya. Paling gemuruh adalah untuk AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie. Satu penghargaan khas dan ucapan setinggi-tinggi tahniah buat Tiara Jacquelina dan Stephen Rahman-Hughes. Dengan kehadiran anda berdua teater Melayu kembali bersinar.

Setelah pementasan tamat, Ruang Legar kembali riuh dengan penonton berbicara dan berbual-bual tentang apa yang telah mereka saksikan. Pementasan ini telah menjadi satu aras tanda kepada industri teater tanah air. Ia masih boleh dibaiki dan dicantikkan lagi agar menjadi satu produk seni negara yang berkemampuan untuk dibawa ke luar negara.

Saya sempat bertemu dengan Pat Ibrahim yang telah bertanggungjawab mencipta koreografi untuk teater muzikal tersebut. Saya telah diperkenalkan kepada beliau oleh Zalfian iaitu Pembantu kepada Pengarah yang pernah bekerjasama dengan saya dalam OPS Ophelia. Menonton dari bahagian atas sebenarnya lebih sesuai untuk mereka yang benar-benar menghargai koreografi. Pandangan dari atas lebih menarik dan lebih menyeronokkan kerana setiap pergerakan dan formasi yang telah dibuat untuk penari dapat ditonton dengan lebih jelas. Itu yang saya rasakan apabila menonton pada kali kedua dan ketiga. Rasa itu hilang sewaktu saya menonton teater ini pada kali pertama kerana duduk di bahagian bawah.

Saat paling manis apabila saya dibawa oleh salah seorang kawan saya iaitu Mohd Azli yang bertugas di Istana Budaya untuk bertemu dengan Tiara Jacquelina, tunjang utama Puteri Gunung Ledang The Musical. Tiara menunjukkan reaksi terkejut dan mengangkat kedua-dua belah tangannya seperti mengangkat sembah. Oh Tuhan ! Mustahil beliau tahu saya sultanmuzaffar. Saya toleh ke arah Azli. “Macam mana mereka kenal ?” Saya benar-benar terkejut. Saya tidaklah begitu terkejut sekiranya mereka kenal blog saya kerana blog saya memang star (klubbkidd jangan jeles), tetapi saya lebih terkejut sekiranya mereka tahu saya ialah orang di belakang blog tersebut. Sempat juga saya menyerahkan kad perniagaan saya kerana saya sebenarnya amat terkilan melihatkan laman rasmi PGLtM yang jarang sekali dikemaskinikan. Dalam sibuk berbual, Afif yang memegang watak Raja Ahmad sibuk berceloteh mencelah perbualan kami. Comel dan nakal budak itu. Saya beritahu Tiara yang sekiranya beliau masih ingat, beliau sebenarnya mengenali bapa saya. Aduh ! Melihatkan kamu sahaja, sudah memberikan satu petanda yang saya sudah semakin tua. Saya beritahu nama bapa saya dan lokasi di mana mereka mengenali antara satu sama lain. Zaman kegemilangan Tiara di Kit Kats Club. Zaman anak dara. Zaman di Kumpulan Guthrie. Pantas beliau mengingatinya dan nama seperti Shameen Jalil turut disebut. Pantas benar waktu berlalu. Satu pengalaman yang tidak pernah saya bayangkan akan berlaku di depan mata. Secara jujur minat saya terhadap teater mula tumbuh apabila menonton teater Kelas 2020 arahan Datuk Rahim Razali. Tiara memegang peranan sebagai Cahaya/Safiah kalau tidak silap nama wataknya. Sekali lagi saya terpukau dengan lakonannya apabila beliau merealisasikan watak Tengku Seindahkuno atau T.Pinkie dalam teater Lantai T.Pinkie. Aura watak tersebut akan diberi nafas baru oleh Nasha Aziz dalam pementasan muzikal Lantai T.Pinkie pada bulan April dan Mei ini. Jom kita penuhkan Istana Budaya.

Saya sempat mengucapkan tahniah kepada Zahim Al Bakri pengarah teater ini. Beliau menceritakan kepada saya tenaga para pelakonnya. Saya yang menonton pertama kali pada malam media nyata kurang berpuas hati dengan hasil malam tersebut. Malam tersebut boleh dianggap seperti malam latihan penuh untuk produksi tersebut dan banyak kekurangan yang perlu dibaiki. Perkataan “Oh ! You’re the one !”, “Oh ! You lah sultanmuzaffar” adalah perkataan-perkataan biasa yang saya dengar. Macam riak lah pula. Untuk mendapat apa yang saya dapat sekarang bukan hanya dengan goyang kaki. Jadi apabila peluang untuk berdepan dan mengakui sayalah orang yang pernah mengkritik kerja-kerja seni anda bukan satu tugas yang mudah. Ada jenis pengkritik yang berani mengkritik tetapi tidak berani berdepan. Ada jenis pengkritik yang menggunakan platform nama samaran untuk tidak berani bertanggungjawab dengan setiap kritikan mereka. Saya berani untuk bertemu mereka dan mengakui kerja-kerja blog saya tanpa segan silu. Saya berharap suatu hari nanti, saya turut mahu melibatkan diri menjadikan kerja-kerja mereka seperti kerja-kerja saya dalam produksi mereka di masa akan datang. Saya tahu arah dan tujuan saya dan saya akan berusaha ke arah itu. Saya turut bertemu dengan Sultan Melaka yang sebenar-benarnya iaitu Adlin Aman Ramlie. Sekadar berbual-bual kosong dan tidak banyak maklumat yang dapat dikongsi.

Sebelum beredar pulang, saya bertemu dengan Roslan Aziz. Ini lagi seorang legenda. (klubbkidd, boleh ke guna legenda ?) Sehingga hari ini saya memang batak dengan kerja-kerja Roslan Aziz. Sejak zaman Sheila Majid, Zainal Abidin, Afdlin Shauki, Amir Yusoff dan senang cakap zaman RAP. Bila beliau buat susunan lagu untuk Konsert Siti Nurhaliza di London, dan buat pula muzik untuk Puteri Gunung Ledang The Musical, hasilnya memang mengagumkan. Pada saya, ruang muzik dalam teater muzikal ini banyak yang boleh dibaiki seperti contohnya penggunaan strings dalam orkestra yang sebenar-benarnya. Maka hasilnya akan lebih meletup. Secara peribadi, beliau seorang yang senang untuk berkongsi pendapat mungkin kerana beliau sekadar menganggap saya seorang peminat teater Melayu. Mujur bukan beliau yang mewakili pilihan juri untuk program Tanya Linda. Sempat juga saya mempromosikan alamat blog saya agar mereka dapat membaca pandangan saya serta komen-komen dari pembaca saya di blog sendiri. Selepas PGLtM beliau akan terlibat dalam P.Ramlee The Musical pula yang akan beraksi pada bulan Julai dan Ogos. Cuma saya agak terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan Mac Chan yang bertanggungjawab mereka tata cahaya untuk persembahan muzikal ini.

Sekarang jam sudah hampir ke angka 4 pagi. Saya masih lagi leka menaip pengalaman indah saya di Tirai Akhir Puteri Gunung Ledang The Musical. Selepas ini ada M ! The Opera, Suzana@60, Lantai T.Pinkie Muzikal, P.Ramlee The Musical dan pelbagai jenis persembahan di Istana Budaya. Bagaimana pula dengan nasib mereka ? Apakah mereka mampu menarik bilangan penonton yang sentiasa memenuhi setiap kerusi di Istana Budaya ? PGLtM telah memberikan sinar baru kepada industri teater tanah air. Sinar tersebut perlu dikongsi bersama dengan produksi-produksi teater yang lain agar industri teater Melayu tidak malap. Pasukan pemasaran teater perlu digerakkan untuk mempromosikan teater sebagai salah satu cabang hiburan yang memberikan banyak manfaat kepada penonton. Budaya menonton teater perlu disemai dalam setiap rakyat Malaysia kerana teater memanusiakan manusia.

Hari ini saya bertemu beberapa orang kawan baru dalam bidang teater dan muzik. Mereka dari golongan yang arif dalam bidang muzik dan teater. Semoga persahabatan ini akan berkekalan.