Semuanya serba tidak kena minggu ini. Fikiran saya bercelaru. Pertamanya kerana blog saya di http://sultanmuzaffar.blogspot.com telah dikunci oleh Blogger.com. Saya tidak dapat mengemaskinikan blog tersebut kerana dikatakan ia sebuah blog spam. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya. Mungkin juga kerana pautan yang terlalu banyak di blog tersebut.
Blog tersebut diberikan masa selama 20 hari sebelum dipadamkan oleh Blogger walaupun setelah rayuan dibuat pada 23 April lepas. Saya jadi semakin bingung kerana itulah nyawa saya. Itulah cinta saya. Itulah jiwa saya. Yang semakin hilang.
Saya telah pun menghantar email maklumbalas kepada pihak Blogger dan hingga hari ini masih tiada jawapan. Saya terpaksa menukar template blog tersebut kepada sesuatu yang lebih senang dilayari. Lebih ramah-pengguna.
Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum ia dipadamkan. Tujuh hari telah pun berlalu dan saya masih menghitung hari moga Blogger menerima email rayuan saya.
Harap maaf kepada pembaca yang tiba-tiba terkejut melihat perubahan yang telah berlaku. Begitu juga untuk Nuffnang dan Blog Mobile yang iklan-iklan mereka tiba-tiba hilang.
Saya hilang. Saya tewas. Begitu sukar untuk menerima kenyataan tersebut.
Buat masa ini, di sini saya bertapak memulakan kehidupan baru yang perlu saya teruskan dan nadinya diberikan oleh anda, pembaca yang setia.
Saya mohon maaf. Saya semakin hilang.
[TERKINI]
Hari ini, 2 Mei baru OK.
Dato Baha terkenal dengan puisi-puisi yang berbahasa indah tetapi mudah untuk difahami oleh semua golongan. Puisi-puisinya walaupun ditulis di tahun enampuluhan dan tujuhpuluhan melahirkan pelbagaian rasa dan emosi ke arah mencari keseimbangan sikap (positive attitude) di dalam kehidupan.
Sinopsis
"…Aku seharusnya berada di tengah kawan-kawan ..atau berbicara dengan diplomat, profesor atau peguam…" – Baha Zain
Cerita berlaku di sebuah bistro yang selalu menjadi kunjungan beberapa orang profesional untuk melepaskan penat selepas seharian selepas bekerja di kantor. Kehadiran mereka merancakkan suasana di bistro pada suatu malam. Di bistro mereka bebas kerana dapat meninggalkan topeng yang dipakai untuk sementara waktu..
"…dalam gendang perang nanti malam akulah Rawana dengan topeng Hanuman." – Baha Zain
Sedang mereka rancak berdebat sambil berpesta, Watak 1 mendapat berita kematian ibunya. Berita ini mengejutkan mereka dari khayalan dan omongan para pelayan di bistro itu.
Kematian membuatkan manusia sedar ada yang mengatur segalanya. Inilah yang dirasakan oleh Watak 1 ketika menerima khabar yang ibunya telah meninggal dunia sekali gus membawanya merenung kembali kehidupan yang telah dilaluinya.
"…ibu..aku telah mencuba..tapi..Tuhan lebih pintar dari ikhtiar manusia. Pada kebesarannya engkau kembali …"- Baha Zain
Topeng-Topeng merupakan anjuran stefani – Sanggar Teater Fauziah Nawi
Tarikh - 23 - 3- April 2008
Masa - 8.30 malam
Lokasi - Stor Teater Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur
Karya - Baha Zain
Arahan - Fauziah Nawi
Skrip & Muzik - Iryanda Mulia
Tiket berharga RM30 & RM20 (dewasa) dan RM10 (Student & kanak-kanak) boleh didapati di Pintu Masuk Stor Teater.
Pelakon
1. Wan Yuzaini Wan Yahya
Pelakon & penyanyi utama
Pelakon utama muzikal Orang Kota Baru & muzikal KLKu
2. Ard Omar
Pelakon teater dari ipoh, kali kedua bersama stefani, pertama di dalam muzikal KLKu.
3. Ashrin Abd Azim
Opera Ayu Cendana, Lorong Blues, KLKu.
Lain-lain pelakon dari bengkel teater Stefani
Informasi & tiket - 017-6797151 (Mokhtar ), 016-3203897 (Anis)
Tel / Faks - 60342535393 (pejabat)
Email: mok61@streamyx.com atau mok611@gmail.com
Blog: http://akulahrawana.blogspot.com
Nota : Saya akan pergi pada 24 April ini sebagai mewakili Gala TV Astro AWANI. Jumpa di sana !
Nubhan : Generasiku - OAG
Ulasan lagu pelajar dan konflik lagu pelajar akan menyusul kemudian.
Seperti telah menjadi kelaziman, tugas RA ialah untuk meracun personaliti pelajar dan mewujudkan konflik di dalam Akademi. Itulah yang cuba dilakukan oleh RA apabila Toi mendapat lagu Tak Bisakah yang merupakan kegemaran Nubhan. Apabila dilihat watak Nubhan memang nampak benar dia inginkan lagu tersebut dan Toi agak keberatan untuk menukar lagunya dengan Nubhan. Sekurang-kurangnya selepas masuk Minggu 6 barulah nampak sedikit pergolakan personaliti di kalangan pelajar.
Tukar atau pun tidak bukanlah soalnya, sebaliknya terserlahnya personaliti itu yang lebih penting untuk Diari. Saya harus akui, lima minggu yang lepas agak sukar untuk melihat keunikan personaliti dalam Akademi. Masing-masing membawa haluan masing-masing dan seakan menyorok di sebalik personaliti mereka.
Tidak cukup dengan Nubhan dan Toi, RA mencuba Nadia pula. Nadia agak keberatan menerima lagu Rama-Rama kerana lebih menyukai lagu Ular. Saya sebenarnya lebih sukakan Nadia membawakan lagu Rama-Rama berbanding Ular. Lagu nyanyian asal Ella itu lebih popular dan disenangi ramai. Lebih mudah baginya untuk menyerlah berbanding Ular.
Namun demikian, ini baru hari pertama minggu keenam. Pastinya akan berlaku lebih banyak drama minggu ini. Kita tunggu saja.
Samsung SGH-i550W GPS diperkemaskan dengan :
• Capaian HSDPA, UMTS, EDGE, GSM 900/1800/1900 MHz +2100 MHz
• Kamera 3.2 megapixel dengan autofokus dan flash
• 2.6″ QVGA 262K color TFT display
• Sistem GPS
• FM Radio
• Bluetooth 2.0(A2DP)
• USB 2.0 High Speed
• 3.5 mm headphone jack
• Sistem Operasi Symbian 9.2 dengan antaramuka S60 3.1
• Pelayar HTML
• Menyokong RSS
• 1200 mAh bateri
• Memori dalaman 150 MB
• Penambahan ke 4GB dengan microSD
• Dimensi : 115×53x13.8 mm
Samsung SGH-i550W merupakan telefon bimbit pintar buatan Samsung yang pertama memiliki fungsi penunjuk-arah GPS. Ia turut diperkuatkan dengan fungsi multimedia dan capaian Internet yang pantas.
Rekabentuknya yang berbentuk petak, telefon bimbit Samsung SGH-i550W ini diasaskan system operasi Symbian OS versi 9.2. Dengan fungsi penunjuk-arah GPS yang turut dibekalkan dengan audio membolehkan pemandu kereta atau pejalan kaki untuk mencari arah.Pelayar internet dan capaian ke perkhidmatan Web 2.0 dipermudahkan dengan telefon bimbit jenama ini kerana ia berasaskan HSDPA 3.6 Mbps. Lebih mudah untuk melayari internet kerana muatan memorinya yang agak tinggi iaitu 128 MB RAM.
Melungsuri kandungan internet menjadi lebih mudah dengan ciri trackball navigation dan skrin yang agak besar iaitu 2.6”. Selain daripada itu SGH-i550W turut mempunyai kamera dengan 3.2 megapixel serta fungsi penyunting video.Turut mempunyai memori dalaman sebanyak 150MB dan radio FM.
Harga terkininya ialah RM1499 sebuah.Ciri utama yang menyebabkan saya suka dengan telefon bimbit SGH-i550W ini ialah fungsi penunjuk arah GPS, selain daripada kemudahan yang diberikan melalui empat butang fungsi “direct access”. Butang tersebut membawa anda ke Menu, GPS, Web dan Media Player. Keempat-empatnya saya gunakan dengan maksima kerana itulah fungsi paling utama untuk saya. Walaupun fungsi butang direct access ini tidak boleh diubah, ianya tidak menjadi masalah besar kepada saya.
Samsung SGH-i550W ialah telefon bimbit pintar yang beroperasi dengan Symbian OS S60, oleh itu sistem navigasi dan rekaletak keseluruhannya ada persamaan dengan telefon bimbit Nokia. Oleh kerana saya merupakan pengguna telefon bimbit Nokia sejak dulu, maka apabila menggunakan telefon bimbit ini saya tidak berasa janggal. Salah satu sebab saya belum berminat untuk menukar jenama adalah kerana sudah selesa dengan rekaletak dan sistem navigasi Nokia.
Lebih menarik sebagai seorang pengguna Internet yang tegar terdapat integrasi Google di skrin telefon bimbit tersebut. Jika ingin melayari Internet atau pun mencapai maklumat menjadi lebih mudah dan pantas. Kotak carian Google berada di bahagian bawah skrin.
Sebenarnya saya agak kurang suka menggunakan navigasi menggunakan trackball. Saya lebih senang menggunakan kekunci berbandingnya. Jika di computer bimbit mempunyai ciri trackball pun tidak akan saya gunakan kerana lebih selesa menggunakan mouse atau kekunci.Satu lagi ciri yang memudahkan saya ialah WiFi. Saya akan melayari Internet dengan telefon bimbit ini secara PERCUMA kerana di pejabat saya ada WiFi. Setiap kali waktu santai di lobi pejabat saya masih boleh melayari Internet kerana capaian WiFi masih boleh diperolehi.
Berbicara soal fungsi kamera yang terdapat pada telefon bimbit ini, dengan keupayaan imej 3 megapixel merupakan standard untuk mana-mana telefon bimbit serta menghasilkan imej yang cukup baik. Masalahnya apabila ingin merakamkan gambar kerana saya perlu menunggu agak lama untuk gambar dirakamkan kerana fungsi autofocus yang terdapat pada telefon bimbit ini. Untuk saya yang perlu merakamkan gambar dengan masa yang pantas tentunya sesuatu yang melecehkan. Bayangkan Siti Nurhaliza tidak akan menunggu lama untuk posing ke kamera saya kerana waktunya juga singkat. Saya mahukan fungsi klik dan rakam. Tidak mahu menunggu lama.Sementara itu untuk mendengar muzik tegar seperti saya, masalah kedua yang saya temui apabila muziknya tidak begitu kuat dengan pembesar suara telefon bimbit ini. Saya perlu menggunakan headphone untuk mendengar muzik dengan lebih jelas.
Ciri paling utama tentunya GPS. Mudah sekali. Pilih saja lokasi Mula dan Destinasi saya boleh mendengar arahan penunjuk-arah. Ciri ini merupakan yang paling penting untuk wanita yang amat lemah navigasi. Seperti saya, amat kurang menggunakan GPS untuk penunjuk-arah tetapi hanya untuk main-main. Memang seronok cari mana Taman Bukit Teratai, Istana Budaya, KLCC, Hotel Impiana, Bursa Malaysia dan lain-lain.
Saya mahu menambah aplikasi-aplikasi percuma yang boleh didapati di Internet. Kata orang aplikasi WorldMate v5, SMS Export v1.01 dan Google Maps ialah yang terbaik untuk telefon bimbit ini.
Saya telah menggunakan Samsung SGH-i550W dan berpuas hati menggunakannya.
Raptai penuh minggu ini sekali lagi berjalan dengan lancar. Setakat ini, peningkatan yang besar ditunjukkan oleh para pelajar. Tidak sabar menunggu Konsert Kelima Akademi Fantasia, 9 malam ini di Astro Ria (Saluran 104)
(Secara Langsung)
Nampaknya apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan !
Berikut adalah perkembangan pelajar berdasarkan persembahan raptai:ALIF
Raptai
Persembahan yang baik daripada Alif. Lirik juga dihafal dengan baik. Tanggung jawab yang besar buat Alif kepada lagu ini untuk memastikan penonton terus menonton terus menonton konsert minggu ini.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Secara Langsung (Live)
Pada mulanya Alif nampak begitu yakin dengan lagu ini. Dia telah memberikan satu persembahan yang kurang meyakinkan apabila dia terlupa lirik pertama lagu Hai. Lalu keyakinannya hilang. Mujur persembahannya dibantu oleh Adam dan Alif banyak kali mengikut gerak bibir Adam menyanyikan lagu tersebut. Apa agaknya ketakutan yang sering membelenggu pelajar AF6 kali ini ? Saya suka dengan showmanship Alif walaupun kalau mahu dibandingkan dengan Adam memang masih jauh ketinggalan, tetapi Alif nampak boleh menari dan saya mahu melihat showmanship yang lebih menarik untuk konsert akan datang.NADIA
Raptai
Pada Linda Jasmin, Nadia telah melakukan persembahan sempurna. Dia cuma perlu lebih berinteraksi lebih sedikit melalui matanya. Jika momentum ini dapat dikekalkan pada malam konsert, pasti akan menjadi antara persembahan terbaik.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Secara Langsung (Live)
Nadia bermula dengan baik dan telah memberikan sebuah persembahan yang bertenaga. Saya agak menyukai vokal yang beliau ada selain kekuatan diri yang ada pada beliau. Beliau sedikit pun tidak berasa gentar dengan saingannya yang rata-rata mereka yang lebih berusia berbandingnya. Nadia harus lebih bijak merancang pergerakannya di masa akan datang. Nampak kelam-kabut pergerakannya di atas pentas.NUBHAN
Raptai
Dia nampak begitu tertekan dengan persembahannya. Lagu ini menuntut Nubhan untuk lebih tersenyum. Daripada aspek vokal, dia nampak sudah mula melontarkan suaranya.
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
Secara Langsung (Live)
Nubhan telah memberikan saya harapan sayangnya harapan tersebut dimusnahkan dengan sebuah lagu yang mudah. Saya sifatkan lagu tersebut agak mudah tetapi Nubhan menggagalkannya. Saya harus akui kata-kata Adlin yang meminta agar Nubhan tidak bergerak kerana apabila dia bergerak habis semua mutu vokalnya. Tekniknya juga merata-rata.
RINA
Raptai
Karektor yang diharapkan pada lagu ini masih belum mampu diberikan oleh Rina. Pada banyak bahagian sewaktu persembahan, dia masih tidak dapat berinteraksi bersama penonton dengan baik.
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
Secara Langsung (Live)
Rina boleh menyanyi dengan baik. Sayangnya karisma beliau di atas pentas masih belum berjaya dicungkil. Vokal yang sedap saja tidak memadai. Benar apa yang diperkatakan oleh Pengetua yang pelajar tidak menggunakan pendidikan yang diberikan untuk mereka memperbaiki dan menambah pengalaman sedia ada mereka.RIZ
Raptai
Banyak yang tidak kena dengan persembahannya. Baju, mekap, vokal dan tarian. Rata-rata pelajar mempunyai masalah serupa apabila mendapat lagu Inggeris dan Riz perlu pantas melakukan sesuatu pada persembahnnya.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Secara Langsung (Live)
Saya berpuas hati dengan persembahan Riz. Penyampaiannya sampai dan cerita di sebalik lagu tersebut kena dengan setiap showmanshipnya. Riz merupakan penyelamat untuk maruah pelajar lelaki. Jika Pengetua sudah memberikan lesen kepada Riz untuk meneruskan pengajiannya tanpa perlu melihat ke belakang lagi, itu merupakan satu tanda yang Pengetua berpuas-hati dengan persembahannya.SAIDA
Raptai
Ada peningkatan daripada aspek vokal dan penghayatan. Cuma dia kelihatan terlalu masam sedangkan karektor yang perlu ditunjukkan adalah kesedihan. Paling menarik menunggu komen daripada tuan punya lagu ini, Kak Ogy.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Secara Langsung (Live)
Saya hampa dengan persembahan Saida. Saya mahu mendengar vokal yang ada padanya tetapi setiap kali itulah saya akan kecewa. Nyanyiannya seperti seorang penyanyi yang malas dan saya melihat Saida seperti seorang yang jiwanya tiada untuk AF.STACY
Raptai
Sebuah persembahan yang sangat menghiburkan. Interaksi dengan penonton sangat baik. Stacy hanya perlu melakukan yang sama pada konsert, dan persembahan ini akan menjadi antara persembahan pilihan pada konsert nanti.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Secara Langsung (Live)
Stacy sangat hebat di atas pentas. Lagu yang sukar dengan aspek koreograf yang juga perlu dititik-beratkan telah diberikan warna yang tersendiri oleh Stacy. Mutu vokal dan showmanshipnya seiring dan wajar diberikan pujian.
STANLY
Raptai
Persembahan yang baik dibandingkan dengan dua konsert terdahulu. Walaupun belum memberikan penuh penghayatan, pasti dia dapat melakukan dengan baik pada konsert nanti berdasarkan subjek lagu ini.
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
Secara Langsung (Live)
Sekali lagi Stanly mengecewakan saya. Beliau tahu teknik tetapi salah aplikasi seperti tahu silat tetapi masuk gelanggang taekwondo. Banyak yang tidak kena dengan persembahan Stanly. Saya lupakan aspek simpati yang cuba dibawakan melalui klip video kerana nyanyiannya tidak kesampaian.
TOI
Raptai
Sebutannya masih kemelayuan. Dia perlu lebih tenang menyanyikan lagu ini. Interaksi dengan penonton juga perlu diambil kira. Dia nampak begitu risau sepanjang persembahannya.
Perkembangan : BELUM BERSEDIA
Secara Langsung (Live)
Saya lihat Toi telah berusaha sebaik mungkin untuk membawakan lagu Inggeris ini. Memang sukar nampaknya untuk beliau. Sekurang-kurangnya beliau berani untuk menerima cabaran tersebut dan menari.
Apakah mereka dapat menebus kehambaran konsert-konsert terdahulu? Semuanya akan terjawab dalam Konsert Kelima Akademi Fantasia 6 jam 9 malam ini hanya di Astro Ria (Saluran 104).
Jangan biarkan mereka tersingkir. Teruskan AFUNDI pelajar kegemaran anda!
Persembahan Pilihan SM
1. Stacy - 10/10
2. Riz - 8/10
3. Nadia - 7/10
4. Rina - 6.3/10
5. Alif - 6/10
6. Saida - 5/10
7. Nubhan - 4.5/10
8. Toi - 4/10
9. Stanly - 3/10
Pilihan SM Ke FINAL
1. Stacy
2. Riz
3. Nadia
4. (masih kosong)
5. (masih kosong)
Buat masa ini persaingan ke dua tempat kosong itu masih terbuka. Saya melihat persaingan itu antara Nubhan, Alif dan Rina sahaja.
Ulasan Lain :
badrulaftersix
mrmanager
Miss Qistina @ AF6
20seveneleven
Antara blogger yang terpilih ialah Lydia Teh, Jasonmumbles, Jolene, Missycheerio/Ellie, Vincent Chow, Sultan Muzaffar, Amy Lai, Praveen Rajan, Kugan, Visithra, Abner, David, Jun Yan, Norizwan, John Ling and Jazlin Ernida.
Antara yang perlu saya lakukan ialah menunjukkan telefon bimbit tersebut kepada seberapa ramai orang yang boleh. Saya juga akan menulis ulasan tentangnya apabila saya sudah berasa selesa menggunakannya.
Salah satu ciri yang terdapat pada telefon tersebut yang saya amat suka ialah GPS. Memang saya gunakan sepenuhnya fungsi tersebut. Memang seronok tengok peta dan penunjuk jalan. Nanti saya ambil gambar handphone tersebut dan tayangkan kepada anda.
Hari pertama ini saya tayangkan beberapa orang rakan sekerja saya yang saya jadikan mangsa untuk menjadi model telefon bimbit tersebut.
Hari ini pula, saya perlu bersiap sedia untuk presentation tersebut, sebelum ke Bangsar untuk satu sesi wawancara bersama RTM mengenai blog dan kemudiannya terus ke Kuala Lumpur International Airport untuk menghantar ibu-bapa saya menunaikan Umrah.
Mohon maaf sekiranya blog ini tidak dikemaskinikan.
Sementara itu, ini merupakan lagu tugasan baru untuk Minggu 5 di Akademi Fantasia.
PELAJAR LELAKI
Alif : Hai (Adam AF2)
Nubhan : Kembali Senyum (Izwan Pilus)
Riz : Time Is Running Out (Muse)
Stanly : Umi (Dato' Shake)
Toi : Beautiful Girls (Sean Kingston)
PELAJAR WANITA
Nadia : Kalis Rindu (Elyana)
Rina : Sorga Dan Neraka (Hetty Koes Endang)
Saida : Bila Bunga Berguguran (Fauziah Ahmad Daud)
Stacy : Makhluk Tuhan Paling Sexy (Mulan)
Raptai penuh minggu ini sekali lagi berjalan dengan lancar. Pun begitu, Pengetua bagaikan begitu risau dengan perkembangan pelajar minggu ini. Sama-samalah berharap akan berlaku magik pada Konsert Keempat Akademi Fantasia, 9 malam ini di Astro Ria (Saluran 104)
Berikut adalah perkembangan pelajar berdasarkan persembahan raptai:
Tiada banyak komen yang boleh dibuat. Nampaknya tempoh dua hari belum cukup untuknya berlatih dah bersedia menyanyikan lagu yang terpaksa ditukar di saat akhir ini. Dia masih belum dapat menghafal hampir keseluruhan lagu ini.
Perkembangan : BELUM BERSEDIA
FAISAL
Bagaikan tersentak dengan ugutan Pengetua, Faisal nampak bersungguh-sungguh menyanyikan lagu ini. Memandangkan dia akan menyanyikan irama asli, maka persembahannya perlu lebih ceria dan perlu lebih berinteraksi dengan penari latar.
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
NADIA
Mengekalkan momentum minggu lepas, Nadia nampak lebih yakin menyanyi di pentas. Cuma nyanyiannya masih belum cukup lembut dan perlu lebih menambah senyuman mengiringi sebuah nyanyian irama asli ini.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
NUBHAN
Suatu persembahan yang sederhana tetapi cukup menghiburkan. Dia Cuma perlu menyuntik sedikit tenaga lagi dan menambah keceriaan terhadap lagu ini. Nyanyian gemersiknya pasti mampu mengimbas memori peminat lagu ini.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
RINA
Seperti biasa, Rina sentiasa memberikan yang terbaik terhadap semua tugasan yang diberikan. Cuma dia seperti tidak cukup ceria menyanyikan lagu ini. Kelainan pada konsert nanti pasti akan memberikan lebih tenaga pada persembahannya.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
RIZ
Persembahannya tetap memukau walaupun ada bahagian yang dia masih tidak menghafal lirik. Dibantu penari latar dan tarian yang hebat, menjanjikan sebuah persembahan yang menghiburkan.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
SAIDA
Menyanyikan lagu adik sendiri, mungkin menjadi masalah utama Saida. Namun, jika masalah itu dapat dibuang jauh-jauh, pasti penonton bakal dihidangkan dengan suatu persembahan yang menarik.
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
STACY
Menyanyikan lagu sendiri menjadi kelebihan buat Stacy. Apapun yang bakal dipersembahkan nanti, Stacy perlu melakukan yang terbaik agar lagu yang akan diperdengar buat pertama kali ini, suatu persembahan yang diingati.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
STANLY
Mungkin kedudukan tubuhnya yang tidak selesa menyanyi di kerusi pada sepanjang persembahan, meneybabkan ada ketika vokalnya bagaikan tenggelam. Dia patut membuktikan kemampuan vokal yang ada pada lagu ini.
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
TOI
Tidak seperti minggu lalu, Toi nampak tidak yakin dengan persembahnnya. Dengan lirik yang masih gagal dihafal, pergerakkannya juga kucar kacir. Persembahannya membosankan. Dia perlu melakukan magik!
Perkembangan : BELUM BERSEDIA
Dalam kesuntukkan masa tidak sampai 24 jam, apakah pelajar ini mampu melaksanakan tugasan keempat pada malam ini? Semuanya akan terjawab dalam Konsert Ketiga Akademi Fantasia 6 jam 9 malam ini hanya di Astro Ria (Saluran 104).
Jangan biarkan mereka tersingkir. Teruskan AFUNDI pelajar kegemaran anda!
Dari Laman Web Akademi Fantasia 6
Akan diupdate dengan ulasan peribadi selesai konsert kelak.
Persembahan Pilihan SM
1. Riz - Marabahaya 8/10
2. Nadia - Mengapa Dirindu 8/10
3. Stacy - Cinta Khayalan 7/10
4. Saida - Hati Kama 6/10
5. Rina - Terbang Helang 6//10
6. Faisal - Joget Bunga Melati 6/10
7. Nubhan - Cinta Hampa 6/10
8. Alif - Menghapus Jejakmu 5/10
9. Toi - Laukku Cukup Masin 5/10
10. Stanly - Kasih Tercipta 1/10
Tidak sempat untuk update cerita konsert kerana berada di Konsert Celine Dion.
Nampaknya berlaku gelora di dalam Akademi antara Rina dan beberapa pelajar lelaki. Sukar untuk ditafsirkan sebabnya kerana apabila cuba dikorek rahsia dalaman dari Naim dan Lufya, mereka memberikan jawapan selamat.
Riz dilihat kurang berpuas hati apabila Rina sering mendapat lagu yang best. Bukan soal best di sini. Ia lebih kepada cara seseorang pelajar menggunakan pengalamannya untuk menyerlah. Sesiapa sahaja yang mendapat lagu Enter Sandman boleh menggunakan lagu tersebut untuk menambah keyakinan penonton.
Saya melihat berlakunya gabungan antara Riz, Stanly dan Toi. Faisal hanya sekadar menjadi pemerhati. Manakala Nubhan dan Alif mengambil langkah bijak untuk tidak terlibat dalam perselisihan tersebut. Ia langkah paling bijak untuk Akademi Fantasia. Faisal sedar wujudnya perselisihan tersebut sehingga mengklasifikasikan adanya haluan kiri dan haluan kanan dalam Akademi.
Di meja makan, (tahun lepas pun di meja makan juga...) Rina turut membakar dengan kenyataan-kenyataan yang mampu untuk mengguris lagi luka di hati Riz. Muka Riz pun boleh tahan angin dengan kenyataan tersebut. Yang paling best bila Stanly pun turut sama mengapi-apikannya. Sempat lagi dikuiskan kaki Riz. Lagi lah bara hati mamat tu !
Tumpuan latihan pelajar diberikan oleh Pengetua hari ini. Seorang demi seorang diperiksa. Faisal kena, Saida kena, Stacy kena. Saida masih dengan masalah sama. Kadang-kadang penat juga bila setiap kali latihan, itu saja yang termampu diberikan olehnya.
Nota : The Other Side of Riz at MrManager
Nadia : Mengapa Di Rindu - Saloma
Rina : Terbang Helang - Datuk Sharifah Aini
Saida : Hati Kama - Datuk Siti Nurhaliza/Noraniza Idris
Stacy : Lagu Baru Cinta Terhalang - Stacy
Alif : Come Out And Play - The Offspring
Faisal : Joget Bunga Melati - Halil Chik
Nubhan : Cinta Hampa - DLoyds
Riz : Marabahaya - Pop Shuvit
Stanly : Kasih Tercipta - Faizal Tahir
Toi : Laukku Cukup Masin - Spider
Nadia menerima lagu Mengapa Dirindu sebuah lagu yang bakal menguji lenggok aslinya pula. Nadia harus membuktikan yang beliau mampu untuk melakukannya. Saya tidak nampak kesukaran untuk membawakan lagu Terbang Helang oleh Rina. Begitu juga dengan lagu Hati Kama oleh Saida. Stacy merupakan pelajar pertama yang diberikan lagu baru sewaktu pengajian dalam Akademi Fantasia. Ia merupakan satu sejarah.
Jika Alif berjaya menunjukkan peningkatan minggu lepas, minggu ini Alif akan diuji dengan lagu Inggeris. Apakah nasib yang menimpa Nubhan akan menimpa Alif pula ? Faisal pula bakal dibeban dengan lagu Joget Bunga Melati. Faisal yang sememangnya agak tidak pandai menari perlu memikul beban tersebut. Cabaran minggu ini lebih hebat kerana amaran keras Pengetua telah diberikan kepadanya. Sekiranya nyanyiannya sumbang, persembahannya akan diberhentikan. Nubhan menerima lagu Cinta Hampa, sebuah lagu yang bersesuaian dengannya. Kesukaran mungkin untuk Toi dan Riz yang menerima lagu rancak. Toi perlu buktikan sesuatu. Stanly saya lihat tidak menghadapi banyak masalah untuk lagu Kasih Tercipta. Bayang-bayang Bob dan Faizal Tahir akan sentiasa membayanginya minggu ini. Ini peluang kepada Stanly untuk buktikan keupayaan vokal beliau. Serlahkan sehebat-hebatnya.
Konsert 3 Akademi Fantasia 6 bermula dengan gimik yang menarik. Menariknya bila muzik rock bergegar di persembahan konsert minggu ini. Bermula dengan penuh bertenaga. Kalau momentum tersebut berterusan hingga ke penghujung konsert pasti ianya akan menjadi sebuah konsert yang paling diingati.
Lebih menarik apabila Adlin Aman Ramlie ke kerusi pengkritik. Namun drama yang dicetuskan oleh Adlin nyata berbeza minggu ini. Minggu ini Adlin lebih serius dan bukan sarkastik bertempat seperti minggu lepas. Bertemu dengan Adlin sejurus konsert tamat nyata beliau kurang berpuas hati dengan persembahan pelajar yang beliau sifatkan main-main dan terlalu berlakon untuk menampilkan sebuah persembahan bertemakan rock.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Sesuatu yang mengejutkan dari Alif yang telah membawakan lagu Kamelia dengan baik sekali. Nyanyiannya jelas dan memberikan kesan. Usaha lebih yang ditunjukkan oleh beliau nampaknya membuahkan hasil. Mutu vokal Alif dapat didengar minggu ini berbanding minggu lepas. Kekurangan Alif adalah untuk menjaga staminanya agar momentum persembahannya dapat dikekalkan hingga penghujung lagu. Jelas sekali Alif tidak berjaya untuk mengekalkannya. Dilihat dari pola pengundian nampaknya Alif akan selamat. Kedudukan undiannya terlalu kukuh.
Faisal - Sentuhan Kecundang (1/10)
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
Sekali lagi Faisal amat mengecewakan. Melodi lagu dan nyanyiannya jauh tersasar. Sebuah lagu yang malar segar seakan tidak bermaya malam itu. Faisal mungkin berasa sedikit selesa apabila sekali lagi minggu ini diuji dengan lagu rock setelah menerima pujian dari Adlin minggu lepas. Mengambil mudah dan hasilnya tidak seberapa. Faisal hanya jaguh gaya tetapi kosong jiwa nyanyian. Faisal benar-benar tidak bersedia dengan melodi lagu tersebut dan nyanyiannya jelas tersasar di banyak bahagian-bahagian utama. Faisal sepatutnya disingkirkan minggu ini dan nampaknya dia terselamat. Sampai bila agaknya dia akan terselamat ?
Lufya - Tika Dan Saat Ini (5.5/10)
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
Sebuah lagi lagu yang sedap iaitu Tika Dan Saat Ini. Saya harus bersetuju apabila rata-rata pengkritik memberikan komen tentang pakaian Lufya. Memang benar sekali apa kata mereka. Jiwa lagu tersebut tidak berjaya diserap ke dalam persembahan Lufya. Memang jelas ketara Lufya terlalu mencuba untuk lagu ini dan hasilnya sebuah persembahan yang mudah dilupakan. Saya melihat nasib Lufya banyak terletak pada sifatnya di dalam Diari. Oleh itu apa yang beliau lakukan di Konsert sudah menjadi tidak begitu erti.
Nadia - Total Eclipse Of The Heart (9.5/10)
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
Puas hati apabila menonton persembahan Nadia. Tumpuan diberikan kepada vokal kerana itu kekuatan utama Nadia. Pengajaran paling penting yang beliau pelajar minggu lepas dipraktikkan minggu ini. Lebihkan vokal dan kurangnya persembahan pentas yang dibuat-buat. Vokalnya tepat dan turut dibantu oleh Stanly yang telah melengkapkan persembahannya. Inilah yang dikatakan oleh Adlin agar pelajar perlu memberikan tumpuan kepada vokal. Nampaknya pelajar perlu melupakan kelas seni persembahan dan tarian yang banyak mengganggu persembahan mereka.
Naim - Opera Hidup (2/10)
Perkembangan : BELUM BERSEDIA
Memang amat bersesuaian sekali apabila Naim tersingkir kerana sudah beberapa minggu tiada peningkatan ditunjukkan oleh Naim. Dia gagal untuk memberikan sebuah persembahan yang bertenaga melalui lagu Opera Hidup dan persembahan vokalnya juga tidak konsisten.
Nubhan - Summer of 69 (4/10)
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Nampak sekali Nubhan tidak begitu selesa dengan lagu Inggeris. Itulah cabaran yang perlu dipikul. Sesekali mereka kena keluar dari kepompong pengalaman mereka yang rutin saja. Elemen utama persembahannya adalah apabila dia membaling kaca matanya kepada penonton yang paling kaca mata itu terus dikekalkan di mukanya akan lebih mengganggu persembahannya. Saya sendiri tidak tahu sama ada dia faham atau tidak apa yang beliau nyanyikan.
Rina - Enter Sandman (10/10)
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Mantap ! Persembahan terbaik malam itu. Pengalamannya nyata membuahkan hasil. Rina berjaya menggegarkan seluruh dewan dengan tepukan paling gemuruh dan juga menerima standing ovation dari penonton. Kepuasan pada wajah penonton jelas terpancar. Bersandarkan bakat nyanyian, undian untuk Rina melonjak. Rina bernasib baik kerana mendapat lagu yang benar-benar bertenaga untuk dirinya dan juga untuk penonton. Saya puas hati dengan persembahannya.
Riz - Dari Sinar Mata (8.5/10)
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Kekuatan utama Riz ialah mutu vokalnya. Sekali lagi apa yang diperkatakan oleh Adlin itu amat benar. Serlahkan vokal dan bukannya aspek persembahan yang terlalu dibuat-buat. Saya sungguh berpuas hati dengan nyanyiannya. Riz antara pelajar yang didenda membuat persembahan terbuka di Pavillion telah mempraktikkan pengalaman yang beliau perolehi di sana ke pentas persembahan.
Saida - Sepi Sekuntum Mawar Merah (6/10)
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
Saya agak kecewa dengan nyanyiannya. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi sewaktu raptai katanya beliau telah berikan nyanyian yang mantap, malangnya tidak kedengaran di persembahan sebenar. Saya masih nampak lagi ketakutan di wajahnya. Walaupun ada peningkatan, tetapi saya masih mengharapkan sesuatu yang luar biasa dari beliau. Aspek persembahan beliau sudah cukup ramuannya, cuma aspek vokal perlu beliau berikan perhatian.
Stacy - Pelesit Kota (9.3/10)
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Stacy memulakan persembahan pada malam itu dengan sebuah persembahan yang bertenaga. Saya suka gerak tari beliau di atas pentas. Nampak beliau benar-benar bersedia dan menguasai pentas dengan baik. Pada firasat saya, Stacy akan berjaya mendapat lagu single barunya dari Pengetua minggu depan. Persembahan vokal Stacy tidak perlu saya nafikan. Beliau telah memberikan sebuah persembahan vokal yang mantap lebih-lebih lagi untuk sebuah lagu yang rancak seperti Pelesit Kota.
Stanly - Patahnya Sayap Malam (3/10)
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA
Sekali lagi minggu ini Stanly mengecewakan. Saya akui lagu Patahnya Sayap Malam agak sukar buat Stanly tetapi tentu ada sebab mengapa dia diberikan lagu tersebut. Memang nampak tersiksa benar dia membawakan lagu tersebut. Stanly sukses membantu Nadia, tetapi gagal membawakan lagunya sendiri. Saya cuba membayangkan Josh Groban membawakan lagu rock, pastinya kelihatan agak janggal. Itulah nasib yang menimpa Stanly.
Toi - C.I.N.T.A. (6.5/10)
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA
Saya harus akui Toi mempunyai karisma di atas pentas. Kekurangannya cuma raut wajah yang tidak begitu komersial untuk diberikan undi. Saya terhibur dengan setiap nyanyiannya yang ada jiwa. Sudah beberapa minggu ini beliau berjaya memberikan persembahan yang terbaik. Saya mahu melihat persembahan yang diluar dugaan yang mampu diberikan oleh Toi. Beliau harus bijak gunakan keupayaan vokal beliau untuk menambat hati penonton.
Lufya & Naim tersingkir ! Puas hati kerana mereka memang wajar tersingkir kerana tidak menunjukkan sebuah persembahan yang terbaik sejak beberapa minggu lalu. Sepatutnya ada tiga penyingkiran dan Faisal patut menjadi salah seorang daripadanya.
Persembahan Pilihan SM
1. Rina - 10/10
2. Nadia - 9.5/10
3. Stacy - 9.3/10
4. Alif - 8.8/10
5. Riz - 8.5/10
6. Toi - 6.5/10
7. Saida - 6/10
8. Lufya - 5.5/10
9. Nubhan - 4/10
10. Stanly - 3/10
11. Naim - 2/10
12. Faisal - 1/10
Kedudukan selepas konsert berakhir nampaknya masih memihak kepada Stacy dan diikuti oleh Alif. Kedudukan Alif yang agak kukuh di awal konsert dan telah memberikan persembahan yang baik menyebabkan kedudukannya tidak goyah. Begitu juga Stanly yang masih kukuh walaupun memberikan persembahan yang gagal. Rina melonjak dari tangga paling bawah ke tangga keempat dan ini telah membuktikan penonton mula mengundi berdasarkan persembahan. Nadia dan Riz masih selesa kerana mendapat sokongan yang kuat dari peminat mereka selain telah meyakinkan pengundi mereka berdasarkan persembahan terdahulu. Kedudukan Nubhan juga masih kukuh kerana sokongan peminat walaupun memberikan persembahan yang gagal. Saida jatuh tiga tangga kerana masih gagal memberikan persembahan yang terbaik. Manakala Faisal terselamat lagi walaupun memberikan persembahan yang buruk. Toi masih belum berjaya meyakinkan pengundinya dan terselamat minggu ini.
Kedudukan rasmi pelajar bila undian ditutup malam tadi:
Stacy 14%
Alif 10%
Stanly 10%
Rina 10%
Nadia 9%
Riz 9%
Nubhan 8%
Saida 7%
Faisal 6%
Toi 6%
Naim 6% (tersingkir)
Lufya 5% (tersingkir)
Nota : Klik untuk imej lebih jelas
Zentrum Future Studies Malaysia, yang diketuai oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah telah membuat satu kajiselidik tentang media dan persepsi orang awam terhadap media sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke 12 baru-baru ini.
Astro AWANI mengaut peratusan yang tinggi untuk setiap kategori umur antara 21-30, 31-40 dan 41-50.
Tahniah untuk tenaga dan kuasa Astro AWANI !
Sebagai langkah untuk mengatasi perasaan takut dan gugup di atas pentas, empat pelajar Akademi Fantasia 6 diuji dengan membuat persembahan secara terbuka.
Persembahan istimewa yang julung-julung kali diadakan itu berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur, pukul enam petang semalam.
Empat pelajar Akademi Fantasia itu terdiri daripada RIZ, STANLY, SAIDA dan NUBHAN.
Setiap pelajar diminta untuk mendendangkan dua buah lagu seorang.
Stanly membuka gelanggang dengan lagu Sudah Tu Sudah, lagu yang pernah beliau bawakan di konsert minggu lepas.
Diikuti oleh Riz dengan lagu Kasih Latifah yang pernah dipopularkan oleh Spider.
Nubhan menyusul dengan lagu popular Imran Ajmain, Seribu Tahun yang mendapat tepukan gemuruh pengunjung pusat membeli-belah itu sebelum Saida menutup segmen pertama dengan lagu Kaulah Segalanya dendangan asal Ruth Sahanaya.
Segmen kedua dimulakan dengan Stanly untuk lagu Izin Ku Pergi dan menyusul selepas itu Riz dengan lagu Kasih Berubah dendangan asal Ferhad.
Nubhan menerima jeritan paling gemuruh apabila mendendangkan lagu Bukan Diriku oleh Samsons.
Saida menutup persembahan kejutan tersebut dengan lagu Berdua Lebih Baik dendangan asal Acha Sepriasa.
Keberanian dan kecekalan mereka berhadapan dengan situasi yang jarang-jarang berlaku di Akademi Fantasia wajar dipuji.
Interaksi pelajar bersama penonton juga dapat dilihat pada persembahan mereka.
Turut hadir di The Pavillion ialah Pengetua Ramli MS, Penasihat Persembahan Pentas, Anita Sarawak, Guru Vokal mereka iaitu Genervie Kam dan rakan-rakan media.
Apakah perasaan takut dan gugup mereka berkurangan selepas persembahan tersebut ?
Pengetua, Ramli MS ada jawapannya.
Sementara album Aku.Muzik.Kamu oleh Faizal Tahir menerima 6 pencalonan. Turut mendapat pencalonan ialah album Menjelma dendangan Kaer Azami dan Dayang Nurfaizah menerusi Dayang 2007 yang masing-masing mendapat 4 pencalonan.
Siti Nurhaliza juga menguasai pencalonan dalam katero Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) apabila tiga lagu dari album Hadiah Daripada Hati tercalon dalam kategori tersebut. Antara lagu yang tercalon ialah Sekian Lama, Cintamu dan Hati.
Dua lagu beliau juga tercalon untuk Lagu Tebraik iaitu Menanti Pasti dan Sekian Lama. Calon lain terdiri daripada Mahakarya Cinta oleh Faizal Tahir, Izinku Pergi oleh Kaer Azami dan Itu Kamu oleh Estranged menyaksikan persaingan antara artis kelahiran program realiti tv dengan penyanyi nombor satu negara.
Kejutan berlaku apabila Karen Kong menafikan peluang Liza Hanim untuk bersaing dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) yang menyaksikan persaing tradisi iaitu Dato' Siti Nurhaliza bersama Dayang Nurfaizah, Elyana dan Atilia. Karen turut tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik.
Muka lama dalam industri muzik Malaysia iaitu Sohaimi Mior Hassan turut tercalon dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) bersama Aliff Aziz, Faizal Tahir, Hazami dan Kaer Azami.
Suatu yang mengejutkan apabila kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album tiada di dalam senarai yang telah disahkan oleh juruaudit bertauliah Ernst & Young.
Artis Harapan
Candy
Dafi
Fiq
Heliza
Suki
Artis Baru Terbaik
Atilia
Estranged
Faizal Tahir
Kaer Azami
Karen Kong
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki)
Aliff Aziz - Aliff
Faizal Tahir - Aku.Muzik.Kamu
Hazami - Nyata
Kaer Azami - Menjelma
Sohaimi Mior Hassan - Suatu Hari Nanti
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita)
Atilia - Sangkar
Dato' Siti Nurhaliza - Hadiah Daripada Hati
Dayang Nurfaizah - Dayang 2007
Elyana - Jadi Diriku
Karen Kong - Mulakan
Kulit Album Terbaik
Ajin - Hey - Singletrackmind
Anthony Ho - Dayang 2007 - Dayang Nurfaizah
Anuar Sujud - Hadiah Daripada Hati - Dato' Siti Nurhaliza
Emir Ezwa - Chameleon - Ash Nair
Jenny Sun - After 8 - Liang
Rakaman Album Terbaik
Audi Mok & Nick Lee - Aku.Muzik.Kamu - Faizal Tahir
Greg Henderson - Chameleon - Ash Nair
Greg Henderson, Hanafi Hamdan, Fazli Fauzy & Marzuki - Bintang 12 - Spider
JD - Freakshow Vol 1 : Tales of The Travelling Tunes - Pop Shuvit
Nick Lee, JD Wong & Illegal - After 8 - Liang
Video Muzik Terbaik
Ajin - Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) - Elyana
Julian Oh & Hue Visualabs - A Day Before Tomorrow - Ash Nair
Nam II Cho - Freakshow - Pop Shuvit
Reshmonu - The Way It Makes You Move - Reshmonu
Sean Chan - Sangkar - Atilia
Album Pop Etnik Terbaik
Jatuh Cinta Pandang Pertama - Azfar - M.Nasir, To'ki, Hanafi Spider, Tony Spider & Usop Kopratasa
Melodi Ahlan - Waheeda - Waheeda, Yasin Sulaiman, Cat Farish & Hafiz Hamidun
Album Nasyid Terbaik
Al'Asr...A Moment - Mu'adz - Dak Mie
Hafiz Hamidun - Hafiz Hamidun - Hafiz Hamidun
Maulana - Rabbani - Rabbani, Azmi Manap & Yasin Sulaiman
Album Rock Terbaik
Aku.Muzik.Kamu - Faizal Tahir - Audi Mok, Kunci Demak, Aubrey Suwito, Ahmad Izham Omar & Faizal Tahir
Bintang 12 - Spider - Spider
Mpire - Mpire - Trabye
Nada - Niskala - Niskala
Patah Pusing - Jinbara - Andi Rahman & Jinbara
Album Pop Terbaik
Dayang 2007 - Dayang Nurfaizah - Greg Henderson, DJ Uno, Jenny Chin, Audi Mok & Mohariz Yaakup
Hadiah Daripada Hati - Dato' Siti Nurhaliza - Dato' Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Audi Mok, Azlan Abu Hassan, Greg Henderson, Jenny Chin & Sharon Paul
Imagin - Liza Hanim - Audi Mok, Sharon Paul & Hazami
Menjelma - Kaer Azami - Audi Mok, Azlan Abu Hassan & Mohariz Yaakup
Semuanya Ada Di Sini - Farawahida - Julfekar
Album Inggeris Tempatan Terbaik
After 8 - Liang - Liang
Eclecticism - Melissa Indot - Melissa Indot & Marinna Indot, Mac Chew, Audi Mok & Sharon Paul
Freakshow Vol 1 : Tales Of The Travelling Tunes - Pop Shuvit - JD, Uno & AJ (The Unknown), Inspectah Desk, DJ Cheapshot & Vin Skully
(Hey) - Singletrackmind - Greg Henderson & Juhan Chan
Silentscream - Silentscream - Reshmonu, John Oommen & Yam Wern - Jhien
Album Cina Tempatan Terbaik
Danny 2.0 - Danny Wan - Danny Wan
Here I Come - Andrew Tan - See Kwan Seng & Joshua Hing
Showtime - Karen Kong - Fred Chong
Smile - Kwok Fai Chan - Percy Phang, Ke Wang, Ah Guan, Danny, Goh Wei Wei & Yun Ren
Unavoidable - Daniel Lee - Nan Kong, Azlan Abu Hassan, Percy Zhary Jue-Long, Danny Wan & Guan Qi-Yuan
Album India Tempatan Terbaik
Asthivaram - The Villanz - Kash
Martin Zamigano Kanmani - Martin Zamigano - Martin Zamigano
Naana Neeya - Naana Neeya - Dhar Mameti
Satriye Sambrajyem - Boomerang X - Kumaran
Vallavan - Vallavan - Yogi B
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Gigi - 11 Januari - Peace Love N Respect
Kerispatih - Tapi Bukan Aku - Kenyataan Perasaan
Kris Dayanti - I'm Sorry Goodbye - Kris Dayanti
Rossa - Terlalu Cinta - Yang Terpilih
Ungu - Kekasih Gelapku - Untukmu Selamanya
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia)
Audi Mok - Ingin Kumiliki - Dayang Nurfaizah
Azlan Abu Hassan - Sekian Lama - Dato' Siti Nurhaliza
Irwan Simanjuntak - Tinggalkan Aku - Anuar Zain
Nai Kong - Cintamu - Dato' Siti Nurhaliza
Sharon Paul - Hati - Dato' Siti Nurhaliza
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bukan Bahasa Malaysia)
Audi Mok - La Da Di Dum - Faizal Tahir
Hafiz Hamidun - Last BReath - Hafiz Hamidun
Mac Chew - Love Surreal - Melissa Indot
Sundrra / Fasy - Anbey Sagiye - Boomerang X
Z-Wan / Jason Voon - Weylana - Betty Benafe
Lagu Terbaik
Ajai - Abie Abdullah -Menanti Pasti - Dato Siti Nurhaliza
Audi Mok - Shah Shamsiri - Mahakarya Cinta - Faizal Tahir
Azlan Abu Hassan - Azlan Abu Hassan & Azalea - Sekian Lama - Dato' Siti Nurhaliza
Azlan Abu Hassan - Sulu Sarawak - Izinku Pergi - Kaer Azami
Estranged - Richael L.Gimbang - Itu Kamu - Estranged
Nota : Jom beramai-ramai ke Operasi BADI PENTAS AF6 yang akan berlangsung di The Pavillion Kuala Lumpur pada hari Khamis, pukul 6 petang. Saksikan persembahan secara langsung dari pelajar Akademi Fantasia seperti SAIDA, NUBHAN, RIZ dan STANLY di sana !
Minggu ketiga sasaran Pengetua mahukan semua pelajar keluarkan segala kebolehan vokal yang ada pada setiap pelajar. Memang saya nampak silibus pembelajaran di Akademi Fantasia musim ini lebih tersusun walaupun terdapat beberapa tangan ajaib yang mencampuri urusan Akademi. Tapi itu perkara biasa bagi sebuah program realiti.
Dengan tema Rock, pembahagian lagu kepada setiap pelajar lebih adil. Lagu-lagu yang dipilih juga merupakan lagu-lagu yang popular dan masih segar di ingatan penonton. Ini menjadikan tanggungjawab yang perlu digalas lebih berat.
Tumpuan utama saya berikan kepada lagu tugasan Nubhan, Alif, Faisal, Rina, Saida dan Stacy. Mereka dapat lagu yang saya gemari.
Sebenarnya saya lebih suka apabila ada tema dalam AF6. Bukan saja terhad kepada tema berdasarkan genre, tetapi juga boleh dipecah-pecahkan mengikut kesesuaian yang ada. Seperti contohnya,
1. Tema Sudirman
2. Tema Lagu Popular Berdasarkan Tahun (80an, 90an)
3. Tema Lagu Popular Tahun Kelahiran Pelajar
4. Tema Lagu Popular Datuk Siti Nurhaliza/Datuk Sharifah Aini/M.Nasir/Jamal Abdillah
5. Tema Lirik Lagu Nukilan Loloq
6. Tema Lagu Terbaik AIM
7. Tema Lagu Dari Teater Muzikal (Malaysia/Antarabangsa) dan lain-lain lagi.
Summer of 69 (Bryan Adams) - NUBHAN
Dari Sinar Mata ( BPR) - RIZ
Sentuhan Kecundang ( Ekamatra) - FAISAL
Patahnya Sayap Malam ( Massa ) - STANLEY
Kamelia ( Sweet Charity ) - ALIF
Opera Hidup ( Wings ) - NAIM
C.I.N.T.A. ( XPDC ) - TOI
Enter Sandman ( Metallica ) - RINA
Total Eclipse of The Heart (Bonnie Tyler) - NADIA
Tika Dan Saat Ini ( Medicine) - LUFYA
Sepi Sekuntum Mawar Merah ( Ella) - SAIDA
Pelesit Kota ( Search ) - STACY
Sumber : Astro Broadband (AF6 Diari Extended)
Puas hati ? Semua lagu ROCK !!
Cukup sekadar ini sahaja yang termampu saya berikan.
Kedudukan Terkini 8.45 malam
Stanly - 10%
Alif - 10%
Stacy – 10%
Nadia - 9%
Saida – 8%
Lufya – 7%
Toi – 7%
Nubhan – 7%
Ika – 7%
Naim – 7%
Rina – 7%
Riz – 7%
Faisal – 6%
Pengkritik Tetap
Ketiadaan Fauziah Ahmad Daud benar-benar melegakan. Saya tahu Kak Ogy akan membacanya. Dengan Adlin Aman Ramlie sebagai pengganti, kemeriahan berjaya diserlahkan oleh beliau. Adlin juga bertindak sebagai pembantu AC Mizal dan beliau sebenarnya banyak menyerlahkan karektor AC. Komen yang diberikan Adlin adalah komen bersifat membina dan bukan menjatuhkan dan ini diperakui sendiri oleh Pengetua Ramli MS. Komennya tepat. Sekiranya komen-komen Adlin tidak difahami pelajar tidak menjadi soal kerana Tenaga Pengajar faham apa yang diperkatakan oleh Adlin. Proses penjelasan komen Adlin boleh dilakukan di dalam kelas.
Lufya – Cintaku 100% (Mas Idayu)
5/10
Toi – Sang Pencinta (M.Nasir)
7.2/10
Stanly – Sudah Tu Sudah (Imran Ajmain)
3.3/10
7.5/10
Alif – Angan Dan Sedar (Mawi)
4.10
Ika – Malu Tapi Mahu (Dina)
1/10
Naim – Aspalela (Saiful Apek)
3/10
Faisal – Ranggi Metropolis (Wings)
7.7/10
Saida – Dokter Cinta (Dewi Dewi)
6/10
Stacy – Rela (Tila)
9.6/10
Riz – Separuh Masa (The Lima)
6.5/10
9.3/10
Nadia – Umbrella (Rihanna)
7.3/10
Persembahan Pilihan SM
Stacy – Rela (Tila) 9.6/10
Nubhan – Tak Bisa Memilihmu (Sixth Sense) 9.3/10
Faisal – Ranggi Metropolis (Wings) 7.7/10
Rina – Ku Seru (Misha Omar) 7.5/10
Nadia – Umbrella (Rihanna) 7.3/10
Toi – Sang Pencinta (M.Nasir) 7.2/10
Riz – Separuh Masa (The Lima) 6.5/10
Saida – Dokter Cinta (Dewi Dewi) 6/10
Lufya – Cintaku 100% (Mas Idayu) 5/10
Alif – Angan Dan Sedar (Mawi) 4.10
Stanly – Sudah Tu Sudah (Imran Ajmain) 3.3/10
Naim – Aspalela (Saiful Apek) 3/10
Ika – Malu Tapi Mahu (Dina) 1/10
Kedudukan Terkini 11.00 malam
01. Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Ally Iskandar
3. Aznil Nawawi
4. Azwan Ali
5. Wahid Senario
02. Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana
3. Fauziah Ahmad Daud
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahira
03. Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Aznil Nawawi (Era FM)
2. AC Mizal (Era FM)
3. Faizal Ismail (Hot FM)
4. Khairil Rashid (Sinar FM)
5. Kieran (Era FM)
04. Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana (Sinar FM)
2. Fara Fauzana (Hot FM)
3. Linda Onn (Era FM)
4. Nana (Era FM)
5. Nila Kurnia (Sinar FM)
05. Artis Komedi Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. AC Mizal
3. Saiful Apek
4. Piee
5. Zul Yahya
06. Artis Komedi Wanita Popular
1. Adibah Nor
2. Kenchana Devi
3. Raja Azura
4. Sharifah Shahira
5. Sheila Rusly
07. Artis Baru Lelaki Popular
1. Bard R1
2. Dafi
3. Diddy
4. Fiq
5. Kaer Azami
08. Artis Baru Wanita Popular
1. Farah Asyikin
2. Fouziah Ghous
3. Heliza
4. Julia Ziegler
5. Mila
09. Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. Inteam
3. Mirwana
4. Rabbani
5. Raihan
10. Penyanyi Lelaki Popular
1. Adam
2. Anuar Zain
3. Faizal Tahir
4. Mawi
5. Hazami
11. Penyanyi Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Mila
3. Jaclyn Victor
4. Misha Omar
5. Siti Nurhaliza
12. Artis Berkumpulan / Duo Popular
1. Kristal
2. Jinbara
3. Misha Omar & Andy
4. Spider
5. Sofaz
13. Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Afdlin Shauki
2. Pierre Andre
3. Rusdi Ramli
4. Rosyam Nor
5. Saiful Apek
14. Pelakon Filem Wanita Popular
1. Erra Fazira
2. Fasha Sandha
3. Maya Karin
4. Sharifah Amani
5. Vanidah Imran
15. Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Arash Mohamad
3. Fahrin Ahmad
4. Rosyam Nor
5. Jalaluddin Hassan
16. Pelakon TV Wanita Popular
1. Dynaz
2. Eja
3. Fasha Sandha
4. Rita Rudaini
5. Rozita Che Wan
Ika mendapat lagu Malu Tapi Mahu yang nyata lebih sukar dari Kesetiaan. Lufya pula ternyata terkejut bila mendapat lagu dangdut. Pada awalnya dia mengatakan lagu dangdut sesuatu yang merepek. Merepek atau tidak bukan soalnya kerana variasi bakat itu yang menjadi keutamaan di Akademi.
Nadia pula mendapat lagu yang lebih sukar. Lagu yang ditolak oleh Ika diberikan kepada Nadia. Rina yang biasa di kelab malam dengan lagu-lagu rancak atau pun Inggeris perlu membawakan sebuah lagu balada yang berhantu. Siapa yang tidak mahu menonton Saida membuka dirinya dengan lagu Doktor Cinta ? Memang kelihatan Saida tepuk dahi bila mendapat lagu ini. Stacy yang sudah diuji dengan lagu Inggeris akan membawakan lagu balada pula kali ini. Menariknya lagu balada ini agak kurang popular masa kini. Rela merupakan "one hit wonder" Tila.
Lufya : Cintaku 100% - Mas Idayu
Nadia : Umbrella - Rihanna
Rina : Ku Seru - Misha Omar
Saida : Doktor Cinta - Dewi Dewi
Stacy : Rela - Tila
Begitu juga dengan Alif yang bakal membawakan lagu popular Mawi yang memerlukannya menari lebih rancak dari lagu Sayang Sayang. Jika Faisal gagal membawakan lagu nasyid minggu lepas walaupun lagu genre tersebut merupakan lagu makanannya, minggu ini Faisal akan membawakan sebuah lagu rock. Itu yang mahu kita lihat. Perubahan yang bakal dibawakan oleh Faisal. Nubhan nampaknya satu-satu pelajar yang mendapat lagu yang bersesuaian dengan keupayaan vokalnya. Nubhan pun sudah mula menggerakkan bibirnya mengikut lirik lagu tersebut. Nampak seperti tiada masalah untuk Nubhan. Minggu inilah kita ingin lihat personaliti Naim dalam lagu Aspalela. Gaya dan pergerakan komik dalam keremajaan Naim boleh diserlahkan dalam lagu tersebut. Riz yang hebat minggu lepas bakal membawakan lagu Separuh Masa yang boleh tahan rancaknya. Stanly pula berpeluang untuk membawakan lagu yang agak moderate berbanding minggu lepas. Sama seperti minggu lepas, Toi bakal membawakan lagu yang berentak rancak dan minggu ini beliau sekali lagi diuji dengan penguasaan pentasnya.
Faisal : Ranggi Metropolis - Awie
Naim : Aspalela - Saiful Apek
Nubhan : Tak Bisa Memilihmu - Sixth Sense
Riz : Separuh Masa - The Lima
Stanly : Sudah Tu Sudah - Imran Ajmain
Toi : Sang Pencinta - M.Nasir
Tidak sabar rasanya menunggu konsert hujung minggu ini.
Berdasarkan pemerhatian saya sewaktu sesi rehearsal yang berlangsung semalam, saya agak bimbang dengan persepsi penonton.
Pertama, penonton pastinya tidak sabar menantikan aksi AC Mizal mengemudi perjalanan konsert selama lebih 2 jam. Berbanding kredibiliti Sarimah yang telah diuji dalam Diari, pastinya kredibiliti AC Mizal pula menjadi tumpuan penonton.
Kedua, penonton ingin melihat anak didik Ramli MS dan barisan tenaga pengajar yang hebat beraksi.
Menilai persembahan kedua-duanya semalam, saya ternyata bimbang.
Beberapa pelajar dilihat mampu untuk meraih sokongan penonton, dalam pada itu beberapa pelajar mungkin akan hilang sokongan.
Antara pelajar yang saya sifatkan mampu memberikan persembahan yang baik malam ini ialah Alif, Lufya, Nadia, Nubhan, Rina, Riz, Saida, Stacy dan Naim.
Sebaliknya berlaku kepada pelajar lain yang namanya tidak disebut di atas.
Apa-apa pun persembahan semalam hanyalah sekadar rehearsal. Mungkin tenaga penonton yang hadir malam ini bakal memberikan hasil yang sebaliknya.
Nantikan ulasan lanjut lewat malam ini selepas saya selesai mewawancara pelajar pertama tersingkir dari Akademi Fantasia.
KEMASKINI : 3 petang
RINA : 5/10
Rina telah memberikan sebuah persembahan yang biasa sahaja. Membuatkan ia luar biasa adalah kerana beliau peserta paling tua. Saya nampak dia yakin di atas pentas kerana pengalamannya menyanyi di kelab malam. Itu tarikan utama beliau.
ALIF : 5/10
Suara Alif agak baik. Saya lihat persembahannya di sesi rehearsal lebih baik dari persembahan sebenar. Benar, Alif antara pelajar yang agak gementar bila berhadapan dengan penonton. Begitu juga yang lain. Alif perlu buang rasa gementar tersebut untuk menjadikan persona pentasnya disukai.
LUFYA : 3/10
Lufya nampak yakin di pentas. Berani untuk bergerak dan menggunakan pentas tetapi sayang persembahannya mudah dilupakan. Lufya ada vokal yang baik tetapi tidak dipergunakan sepenuhnya.
NAIM : 1/10
Saya tidak nampak sebab Naim terpilih ke Akademi Fantasia. Beliau nampak remaja di dalam Diari tetapi nampak ketakutannya di atas pentas. Menyanyikan lagu Memburu Rindu menyulitkan lagi keadaan kerana nyanyiannya kosong.
IKA : 0/10
Saya sudah tersenyum gembira apabila namanya salah satu daripada pelajar yang bakal tersingkir. Malang sekali kerana saya harus berhadapan dengannya lagi satu minggu.
TOI : 4/10
Kelebihan Toi ialah kelincahannya di atas pentas. Benar-benar dia selesa di situ. Itu tarikan utama Toi. Saya mahu tahu sebab utama dia terpilih ke Akademi Fantasia. Nyanyian ? Personaliti ? atau Angklung ?
NADIA : 9/10
Baru saya rasa terhibur dengan persembahan pelajar paling muda ini. Walaupun muda tetapi beliau agak yakin di pentas. Dia berani bergerak dan melontarkan vokalnya. Walaupun berada di tangga paling bawah, Nadia telah berjaya meyakinkan penonton untuk menyaksikan apa yang boleh diberikannya minggu hadapan.
RIZ : 8/10
Buang cerita-cerita negatif yang berlaku di Diari, Riz telah memberikan sebuah persembahan yang bagus. Beliau antara pelajar lelaki terbaik di Akademi Fantasia kerana vokalnya agak sedap didengar. Pengalamannya juga membuatkan persembahannya nampak bersahaja. Riz kena tanam sifat rendah diri dan berkongsi pengalamannya dengan pelajar-pelajar lain.
YANA : 1/10
Sebuah persembahan yang boleh dilupakan. Menjadi pelajar pertama tersingkir membuatkannya semakin boleh dilupakan seperti bekas-bekas pelajar musim lalu.
NUBHAN : 6/10
Nubhan juga antara pelajar lelaki yang punya vokal yang sedap didengar. Beliau harus diuji dengan lagu-lagu yang berlainan pada minggu-minggu akan datang kerana saya mahu melihat kemampuan beliau.
STACY : 9/10
Sekali lagi pengalaman memainkan peranan. Stacy melaksanakan tugasannya dengan cemerlang. Walaupun saya kurang gemar lagu-lagu sebegini, Stacy berjaya memberikan sesuatu kepada penonton. Saya mahu melihat Stacy membawakan lagu-lagu balada pula minggu hadapan. Benar, showmanshipnya telah mengaburkan pendengaran saya.
FAISAL : 2/10
Keyakinan pelajar ini mahu menjadi Juara harus dilupakan. Berbekalkan lagu nasyid, Faisal tidak berjaya mengumpan perhatian penonton. Penyampaian Faisal sangat mengharukan. Bukan sedih tetapi teruk.
SAIDA : 6/10
Saida kena belajar membuang rasa malu yang ada pada dirinya terutama sewaktu berada di pentas. Persembahannya lebih baik sewaktu sesi rehearsal kerana kurang penonton. Saya suka dengan vokalnya kerana jika diberikan latihan yang cukup pastinya ada sesuatu yang menarik untuk penonton. Sikit-sikit memang ada bunyi Siti Nurhaliza tetapi ia mungkin boleh dielakkan jika beliau tahu kekuatan vokalnya. Saya juga boleh menghayati setiap lirik yang dinyanyikan oleh Saida.
STANLY : 10/10
Superb ! Sebuah nyanyian yang baik dan berjaya disampaikan dengan penuh penghayatan. Mujur Stanly berjaya menguasai penonton untuk terbuai dalam nyanyiannya. Sebuah lagu yang sukar dan berjaya menarik perhatian saya tanpa leka walau sesaat pun. Superb !
Carta Undian Selepas Konsert
1. Stanly - 12%
2. Stacy - 12%
3. Nadia - 10%
4. Saida - 9%
5. Riz - 8%
6. Faisal - 7%
7. Naim - 7%
8. Rina - 7%
9. Alif - 6%
10. Toi - 6%
11. Nubhan - 6%
12. Ika - 4%
13. Lufya - 3%
14. Yana - 3%
Persembahan Pilihan SM
1. Stanly
2. Nadia
3. Riz
4. Stacy
5. Saida
6. Nubhan
7. Alif
8. Toi
9. Rina
10. Lufya
11. Naim
12. Yana
13. Faisal
14. Ika
Nota : Tiada gambar dapat diposkan di blog ini kerana laman web rasmi Akademi Fantasia masih belum dikemaskinikan.
MP3 : Jika anda ingin mendengar lagu-lagu nyanyian pelajar Akademi Fantasia 6.
Gala TV, Astro AWANI (501) : Saksikan wawancara bersama Yana, pelajar pertama tersingkir dari Akademi Fantasia di Gala TV.
Beberapa Menteri digugurkan, antara yang mengejutkan ialah Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Sebagai tunggak utama sayap wanita UMNO, sewajarnya beliau terpilih sekali lagi setelah menang di Kuala Kangsar. Dikhabarkan Ratu AP ini akan mengadakan sidang akhbar pagi ini di Kuala Lumpur. Apa pula drama yang akan terjadi ? Apakah beliau mahu meletak jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO sekaligus mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Kita tunggu pagi ini.
Belum pun Pak Lah boleh tidur lena dengan pengumuman tersebut, dua Timbalan Menteri telah menolak tawaran kerusi empuk Kementerian. Seingat saya yang mahu berjinak-jinak dengan politik Malaysia, belum pernah terjadi lagi sebelum ini ada yang menolak tuah. Ianya berlaku sewaktu Malaysia berada di bawah tampuk pemerintahan Pak Lah. Kejutan lagi ?
Kementerian Penerangan diterajui oleh personaliti yang saya tidak kenal. Manakala Kementerian Belia dan Sukan diterajui oleh bapa Dafi. Mungkin juga "populariti" yang ada pada Dafi dijadikan alasan terbaik untuk Pak Lah untuk menarik golongan belia yang kini sedang lemas dari program realiti TV. Mungkin juga kredibiliti Datuk Seri Azalina Othman Said tidak berjaya menarik minat golongan belia. Sebaliknya ditukarkan Ahli Parlimen yang menang tanpa bertanding itu ke Kementerian Perlancongan.
Kementerian Perpaduan digabungkan dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Mungkin ada hubung kaitnya perpaduan dan kesenian serta kebudayaan. Isu perpaduan adalah isu besar yang melanda negara kini lalu menyebabkan isu kebudayaan dan kesenian diperkecilkan. Tetapi elok juga kerana kini kementerian tersebut diterajui oleh muka lain. Oh ya ! Esok akan dibuat pengumuman untuk pementasan P.Ramlee The Musical Season 2. Hmmm...
Saya tertarik dengan pendapat yang diberikan Undergrounduate tentang pengguguran Datuk Azmi Khalid dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad. Apakah wujud motif politik akan pengguguran mereka ? Mereka menjadi tulang belakang kepada krisis kepimpinan negeri Perlis yang menolak Datuk Seri Shahidan Kasim dan memilih Datuk Dr. Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis. Apakah ini balasan kepada mereka yang menderhaka kepada Pak Lah ? Radzi Sheikh Ahmad ialah Setiausaha Agung UMNO ok ! Hmm..something fishy here !
Dahulunya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Jamaluddin Jarjis turut digugurkan. Beliaulah yang telah merasmikan Astro AWANI pada 9 September tahun lepas. Jinx siot ! Mungkin juga kebebasan dan laporan seimbang yang diuar-uarkan oleh Astro AWANI sewaktu kempen PRU12 menjadi penyebabnya.
Benarlah situasi politik Malaysia penuh dengan kejutan yang lebih hebat dari Akademi Fantasia. Tidak sabar rasanya menunggu kejutan yang seterusnya. Sama ada yang bersifat air-mata atau pun tidak, pastinya saya tunggu dengan penuh kesabaran. Menariknya saya lebih tertarik untuk menulis ulasan barisan kabinet Pak Lah berbanding ulasan harian Diari Akademi Fantasia. Sesuatu yang jarang-jarang berlaku ya.
Rakyat telah pun bersuara, kini tiba giliran ahli Barisan Nasional pula untuk berani membuka mulut. Bila lagi ? Saya suka politik Malaysia !!
Alhamdulillah, saya ada situasi politik Malaysia dan Akademi Fantasia untuk terus membuatkan saya terus sibuk dan mengenepikan isu-isu peribadi yang lain.
PERDANA MENTERI
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri
Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz
Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Zaid Ibrahim
Datuk Amirsham A. Aziz
Timbalan Menteri
Datuk Mohd. Johari Baharom
Datuk Dr. Masitah Ibrahim
Datuk Hassan Malik
S.K. Devamany
KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan Menteri
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanazlah
Datuk Kong Cho Ha
KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Timbalan Menteri
Datuk Wira Abu Seman Yusop
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri
Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan Menteri
Datuk Chor Chee Heung
Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri
Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan Menteri
Datuk Robert Lau Hoi Chew
Datuk Hamzah Zainuddin
KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri
Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamad
Timbalan Menteri
Datuk Yong Khoon Seng
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri
Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin
Timbalan Menteri
Datuk Liew Vui Keong
Jacob Dungau Sagan
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri
Datuk Seri Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri
Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri
Datuk Tan Lian Hoe
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri
Datuk Dr. S. Subramaniam
Timbalan Menteri
Datuk Noraini Ahmad
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri
Wee Jeck Seng
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri
Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan Menteri
Jelaing anak Mersat
KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri
Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri
Datuk Joseph Salang Anak Gandum
KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri
Dr. Wee Ka Siong
Datuk Razali Ismail
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri
Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri
Datuk Dr. Hou Kok Chung
Datuk Idris Haron
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri
Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri
Datuk Saifuddin Abdullah
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri
Datuk Douglas Unggah Embas
Timbalan Menteri
Datuk Abdul Ghapur Salleh
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri
Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri
Datuk Rohani Abdul Karim
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri
Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri
Datuk Anifah Aman
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri
Datuk Dr. Maximus @ Johnity Ongkili
Timbalan Menteri
Fadilah YusOf
KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri
Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib
KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri
Datuk Mohd. Shafie Apdal
Timbalan Menteri
Teng Boon Soon
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri
Datuk Dr. Ng Yen Yen
Timbalan Menteri
Noriah Kasnon
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri
Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib
Timbalan Menteri
Tan Sri Joseph Kurup
Joseph Entulu Belaun
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri
Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri
Senator A. Kohilan Pillay
KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri
Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri
Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad
KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri
Datuk Seri Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri
Datuk M. Saravanan









