Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Apa yang juri cari? Oleh Hatta Azad Khan

Entri oleh sultanmuzaffar 21 November 2011 View Comments

MINGGUAN MALAYSIA 20/11/2011

FFM-24: Apa yang juri cari? Oleh HATTA AZAD KHAN

Setiap festival filem mempunyai matlamat khusus. Festival filem Malaysia juga tidak terkecuali. Penganjur yang bertanggungjawab akan memberikan penjelasan kepada jemaah juri akan tujuan atau matlamat, harapan & pencapaiannya.

Dalam bahasa mudah: festival itu untuk mencari apa sebenarnya? Memanglah untuk mencari yang terbaik. Itu lumrah dalam setiap pertandingan atau perlawanan. Tapi menentukan antara yang kalah & yang menang harus berdasarkan bukan sahaja peraturan tetapi juga kriteria tertentu yang ditetapkan oleh penganjur bagi memenuhi matlamatnya.

Juri seharusnya melihat filem sebagai filem & tidak perlu terpengaruh dengan hal-hal lain berkait dengan promosi, pemasaran, sambutan & ulasan atau kritikan filem itu. Tapi para juri mestilah bijaksana. Mereka perlu kenal filem, tahu bahasa filem, pandai menilai lakonan & pengarahan serta turut memahami setiap aspek dalam penghasilan filem. Mereka tidak perlu terlibat secara langsung dengan bidang perfileman, tetapi perlu memahami keadaan sosio-budaya yang melatari setiap filem yang dihasil & dipertandingkan.

Yang sebaik-baiknya, juri seorang yang luas pengetahuannya tentang budaya bangsanya & turut menjadi penggemar filem dari serata dunia untuk menjadi modal dalam membuat perbandingan. Ini penting kerana setiap ukuran yang dibuat harus ada dasarnya, diukur berbanding siapa?

Bukanlah kita mahu mereka membandingkan filem-filem kita dengan filem Amerika atau Eropah, tetapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai pengetahuan & pengalaman menonton filem setidak-tidaknya dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, Iran, Sri Lanka atau lain-lain negara yang mungkin tidak semaju Amerika atau Eropah.

Berhati-hatilah dalam membuat penilaian & pemilihan. Memilih filem bukan seperti memeriksa kertas ujian atau peperiksaan. Tidak ada formula atau pemarkahan. Yang perlu adalah perbincangan yang disokong oleh hujah yang matang & terperinci mengenai kekuatan & kelemahannya.

Jangan terpengaruh jika ada orang yang cuba bertindak pandai dengan mencipta formula menilai filem dengan menggunakan angka atau markah. Tidak ada sebuah sekolah filem pun di dunia yang mengajar apresiasi & penilaian filem dengan memberi formula secara perkiraan markah dengan angka.

Filem harus dilihat sebagai sebuah karya yang bermula dengan cerita yang diolah menjadi menarik oleh pengarah. Cerita itu dihidupkan dengan lakonan oleh pelakon-pelakon yang memahami & menghayati watak yang dibawanya. Lakonan yang hidup itu pula berhasil menimbulkan konflik yang menyentuh hati penonton. Penonton akan turut merasai setiap perlakuan, tindakan & perasaan yang dialami watak & sentiasa mengharapkan berlakunya penyelesaian yang memberikan mereka kepuasan.

Lakonan yang menghidupkan cerita digambarkan dalam framing dengan komposisi yang menghidupkan latar, mood & suasana. Gambaran yang terhasil ini dibantu atau digetarkan pula dengan muzik, kesan bunyi & lagu. Kesemuanya pula direalitikan dengan penataan seni termasuk busana, tatarias, pencahayaan & sudut kamera. Ertinya filem itu dihidupkan dengan gabungan berbagai elemen yang diadun dengan kreativiti terpilih.

Sebuah filem akan menjadi terbaik jika adunan ini menjadi menarik & berkesan & tiada cacat-cela yang merosakkan. Ia juga menjadi terbaik jika kita yang menonton menjadi lupa bahawa yang ditonton itu adalah sebuah cereka. Kita hadir di dalam dunia yang dicipta itu secara tidak sedar & terheret sama dalam setiap persoalan, emosi, aksi atau tindakan serta pengalaman pahit manis watak-wataknya. Ringkasnya kita tidak sedar bahawa itu adalah filem!

Namun tidak semua filem dibuat dengan keupayaan & tujuan ini. Ada banyak filem-filem ringan yang dibuat semata-mata dengan tujuan memberikan hiburan semata-mata & tidak pun mahu menyoal minda penonton. Ia cuma ditonton & dilupakan. Tiada salahnya membuat filem sebegini. Menghiburkan penonton berbayar itu juga suatu amanat yang mulia.

Tetapi jika filem begini kita senaraikan sebagai calon pemenang anugerah dalam sesuatu festival, ia akan mengejutkan si pembuatnya & sekaligus menyerlahkan kedangkalan si juri yang memilih. Tugas & tanggungjawab juri adalah memberi penilaian yang bijaksana setelah membahas dari pelbagai sudut dengan membuat keputusan bersandarlan alasan yang bernas bukan kejutan songsang yang melucukan.

Memilih

Yang perlu menilai & memilih adalah para juri. Jangan sekali-kali menolak tanggungjawab dengan mengatakan bahawa juri hanya memilih barisan karyawan yang dicalonkan penerbit. Juri yang bijaksana menilai pencapaian para karyawan yang dicalonkan dengan meneliti mereka (menonton filem) & para juri boleh membuat perbahasan terhadap segala elemen kekuatan & kelemahan serta pelbagai aspek lagi.

Tetapi jika panel juri memilih untuk memberikan alasan mudah & meletakkan kesilapan kepada penerbit sekiranya timbul persoalan kenapa nama-nama tertentu yang dianggap layak, tetapi tidak tersenarai dalam lima yang terbaik. Ini menunjukkan juri malas bekerja. Panel juri yang bijaksana boleh mengubah keadaan ini.

Pada tahun-tahun awal penubuhan Finas, Festival Filem Malaysia menjadi tanggungjawab Finas sepenuhnya. Bahkan Finas pada zaman Allahyarham Ismail Zain sebagai Ketua Pengarah & kemudian Zain Hj Hamzah menggariskan kriteria khusus untuk dijadikan panduan panel juri.

Pemilihan para juri dibuat & diambil dari kalangan budayawan yang tidak terlibat secara langsung dalam industri. Saya masih ingat, ada penglibat dari bidang pengiklanan, teater, pendidikan & media cetak. Mereka menonton kesemua filem & memilih calon-calon yang berpotensi untuk disenaraipendekkan dalam kesemua kategori.

Dalam hal penjurian kita harus berfikir dengan pemikiran terbuka. Kita boleh belajar dari kelemahan & kekuatan orang lain. Jangan membuat terlalu banyak peraturan yang menyekat & memundurkan. Ramai pelakon yang memberikan lakonan terpuji dalam beberapa buah filem. Tetapi nama mereka tidak tercalon hanya kerana mereka bukan warganegara sekalipun mereka bercakap dalam bahasa yang sama.

Tanyalah balik kenapa mereka diambil berlakon pada awalnya? Tentu saja kerana mereka berbakat besar. Apa salahnya kita bertanding dengan mereka? Apa salahnya kita menguji bakat & kekuatan pelakon warganegara kita? Masakan mahu bertanding sama sendiri sahaja? Jadi ‘jaguh kampung’ kata orang: takut dengan orang lain, takut dengan jiran & takut dengan bangsa lain.

Kita melaungkan slogan “Filem Malaysia ke Persada Dunia” tapi bila bertanding mahu memilih jalan selamat yang tertutup. Apa salahnya kita keluar dari kepompong atau membuka tempurung yang menyerkup kepala? Pandang dunia dengan langit terbuka yang luas. Jadikan Festival Filem Malaysia itu sebagai wadah yang menghimpun anak seni serantau. Jadikan ia suatu festival yang dikagumi, digeruni & dihormati & dinanti-nanti kehadirannya.

Filem Terbaik akan mewakili Malaysia ke festival filem di luar negara, setidak-tidaknya ke Festival Filem Asia Pasifik. Pilihlah sesuatu yang tidak memalukan, sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat luar sebagai filem yang berhati-budi & berwajah Malaysia. Jangan nanti kita hanya tumpang bertepuk bagi negara-negara lain seperti Iran atau negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand atau Singapura.

Saya teringat kata-kata mendiang Teguh Karya, pengarah filem tersohor Indonesia, “Saya buat filem untuk bangsa & negara saya & filem-filem saya tidak pernah merugikan penerbit!” Dunia turut mengenali Indonesia melalui filem-filem Pak Teguh. & kita? Apa yang kita cari sebenarnya?

Bersempena dengan #OctTwtFest yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 22 Oktober ini, pihak Blackberry telah bermurah hati untuk menaja saya sebuah Blackberry PlayBook untuk dihadiahkan kepada pengguna Twitter yang hadir ke acara #OctTwtFest.

Acara #OctTwtFest itu meletakkan sasaran untuk mengumpulkan sekurang-kurangnya 1,500 pengguna Twitter untuk berhimpun di satu lokasi. Tahun ini kita akan berhimpun di Ibu Pejabat DiGi Telecommunications Sd. Bhd. yang bertempat di Subang Hi-Tech Industrial Park, Shah Alam.


Untuk memenangi Blackberry PlayBook itu sangatlah MUDAH!

Saya akan mengumumkan lima (5) pembayang seperti di bawah:

Pembayang 1 : Popular (Foto)


Pembayang 2 : Gua (RT)


Pembayang 3 : Buku (Foto)


Pembayang 4 : Sinaran (@)


Pembayang 5 : Hello!

Manakala pada hari Sabtu ini, saya akan mengumumkan keseluruhan kata kunci pertandingan ini di akaun Twitter saya di @sultanmuzaffar. Jika anda ingin menyertai pertandingan ini, anda hendaklah mengikuti (follow) akaun Twitter tersebut.

Waktu pengumuman pertama arahan tersebut akan dilakukan pada waktu yang belum ditetapkan lagi. Besar kemungkinan saya akan berada di acara tersebut mulai pukul 5 petang. Jadi kalau ada yang ingin menyertai dan berada di sana pada pukul 3 petang, lebih afdal sekiranya anda tunggu!


Pemenang akan dipilih berdasarkan peserta yang menjawab setiap kata kunci dengan kaedah yang betul. Sekiranya peserta yang menang terdiri dari kalangan yang saya kenal secara peribadi, seboleh-bolehnya akan saya elakkan bagi menghindarkan fitnah.


Kalau anda tidak mahu menyertai, jangan risau ada pelbagai aktiviti yang boleh anda sertai antaranya menyaksikan persembahan secara langsung, karaoke, jualan gerai t-shirt yang cukup menarik, bazar makanan, maraton filem, pertandingan permainan PS3, cabutan bertuah, kiosk foto dan macam-macam lagi.

Ramai juga artis tempatan yang dijangka hadir ke acara tersebut antaranya Kumpulan HUJAN, Joe Flizzow, Altimet, Ila Damia, Sarimah Ibrahim, Rina Omar, Sharifah Sofia, Imran Ajmain, Fazley Yaacob, Fauziah Gous, Faliq Fahmie, Amir Jahari, Daiyan Trisha dan ramai lagi. Masa inilah kalau ada yang ingin merakamkan foto dengan mereka! Ehem! Ehem!

Laporan www.GUA.com.my : #OctTwtFest Mahu Pecah Rekod Dunia

Acara #OctTwtFest dibawakan kepada anda oleh DiGi, Churp Churp, Wago dan Rain Dough.
Laman Rasmi : http://octtwtfest.wordpress.com
Soalan Lazim : http://octtwtfest.wordpress.com/faqs/
Twitter Rasmi : @OctTwtFest
Hashtag Rasmi : #OctTwtFest

Lokasi :
DiGi Telecommunications Sdn Bhd,
Lot 10, Jalan Delima 1/1
Subang Hi-Tech Industrial Park
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
GPS: 3.0689098253134692, 101.56967639923096

Tarikh : 22 Oktober 2011
Masa : 3 petang hingga 12 tengah malam

Testing from iPhone 4

Entri oleh sultanmuzaffar 07 October 2011 View Comments

Testing 1 2 3 4

Menjejak Bumi Laskar Pelangi

Entri oleh sultanmuzaffar View Comments

Tarikh: 28 September - 1 Oktober
Kos: RM1300



























- Posted using BlogPress from my iPhone

Mengingati 9/11

Entri oleh sultanmuzaffar 11 September 2011 View Comments

Hari ini adalah hari untuk mengingati mangsa-mangsa keganasan akibat 9/11. Afghanistan. Iraq. Indonesia. Amerika Syarikat dan banyak lagi. Al-Fatihah.

Entri Pelbagai Alasan

Entri oleh sultanmuzaffar 10 September 2011 0 komen

Sudah agak terlalu lama saya melupakan blog ini. Entri yang sebenar-benarnya sebuah entri pun hanya dikemaskini Oktober tahun lalu kerana ulasan iPhone 4. Itu bermakna sudah hampir setahun saya memiliki telefon pintar iPhone 4 yang dihadiahkan oleh Maxis.

Ruang untuk berkomunikasi kini menjadi lebih mudah. Boleh saja menjadi pengikut saya di Twitter @sultanmuzaffar atau pun di Facebook sultanmuzaffar. Saya lebih senang berkomunikasi di Twitter memandangkan ia merupakan ruang yang lebih mudah untuk mendapatkan perkembangan terkini akan apa saja yang berlaku di seluruh dunia.

Saya juga sepatutnya lebih memanafaatkan iPad yang ada untuk mengemaskini blog ini, malangnya masa tidak begitu mengizinkan. Bayangkan situasi seseorang yang memiliki 4 peranti yang boleh dihubungkan pada internet iaitu sebuah iPhone, sebuah Blackberry, sebuah iPad dan sebuah Playbook, pastinya peralatan seperti komputer riba akan dilupakan.

Ahh! Itu bukan alasan sebenarnya. Itu belum lagi keperluan untuk memikul beban tugas yang semakin berat serta tanggungjawab yang lebih besar. Ahh! Alasan lagi...

Sekiranya saya mahu meneruskan blog ini, apakah yang diinginkan oleh pembaca? Sebuah lagi blog gossip? Tidak mungkin! Catatan diari? Sudah saya tinggalkan bertahun yang lalu.

Buat masa ini kebanyakan tulisan saya akan disiarkan di www.gua.com.my, sebuah portal hiburan dan gaya hidup milik Media Prima Berhad. Ya, saya tidak lagi bersama Astro, saya kini bersama Media Prima, sekiranya ada yang masih belum tahu.

Itu sahaja buat masa ini, saya perlu untuk mencari alasan yang lebih kukuh. :)








Testing From iPad

Entri oleh sultanmuzaffar 21 July 2011 View Comments

I'm testing uploading from iPad

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger