Filem arahan Dain Said yang bertajuk Bunohan bakal ditayangkan mulai 8 Mac depan di pawagam seluruh Malaysia. Dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Pekin Ibrahim, Namron, Tengku Azura dan ramai lagi, filem drama aksi itu mengenengahkan pelbagai isu perhubungan adik-beradik dan hubungan anak dan bapa.