Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 31 December 2002

Hari ini hari terakhir tahun 2002. Terlalu banyak kenangan tahun ini untuk aku ingati, atau kalau boleh lupakan.

Hari ini aku akan menghadiri satu majlis pengkebumian.Aku berpakaian serba hitam hari ini. Sudah hampir lima tahun aku bersamanya. Hari ini tiba saat untuk berpisah. Lima tahun bukan satu jangkamasa yang singkat. Aku membesar bersamanya. Aku berada di sisinya tatkala ia dilahirkan. Aku yang mengajarnya bertatih. Aku yang cuba menyuapkan makanan ke mulutnya. Hampir lima tahun aku bersamanya. Aku hidup bersamanya tatkala susah dan senang. Terlalu setia aku bersamanya. Aku ada di sisinya tatkala ia meniti zaman kegemilangannya. Aku juga berada di sisinya tatkala ia dilanda kemelut perubahan pengurusan yang besar. Aku tetap berada di sisinya kerana aku yakin. Hari ini aku perlu berpisah dengannya. Aku sendiri tak pasti dimana silapnya.

Andai aku boleh menuding jari, beban kesalahan di atas kematiannya aku letakkan di bahu Perdana Menteri. Keadaan ekonomi semasa yang meruncing (tetapi di dalam media digembar-gemburkan akan kepesatan ekonomi negara) itu punca sebenar. Ekonomi negara tidak menentu.Terlalu banyak syarikat ditutup. Terlalu banyak gejala sosial yang melanda. Along wujud kerana apa ? Bukahkah kerana kesempitan hidup serta masalah wang ringgit ? Terlalu banyak pengangguran di kalangan lulusan universiti. Inilah salah satu sebab mengapa cadangan MTUC untuk melanjutkan umur persaraan kepada 57 tahun ditolak.

Kerajaan Malaysia, tolonglah berterus terang ! Jangan takut dengan bayang-bayang sendiri.

Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger