Anugerah Skrin 8 : Kita Buli Balik !
Seperti yang dijangka, saya bersama rakan-rakan Astro lebih sekadar memenuhi jemputan ke majlis tersebut. Tidak pulang dengan tangan kosong, apabila Macam Macam Aznil (Kaki) tetap membawa pulang Anugerah Rancangan Bual Bicara Terbaik. Drama Terbaik di Anugerah Seri Angkasa, Hari Hari Terakhir Seorang Perempuan tidak berjaya mengulangi kejayaannya di Anugerah Skrin. Sebaliknya hanya memperolehi kemenangan untuk Safura dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Drama). Itu sudah cukup memadai. Saya pun tidak terlalu mengharap.
Saya lebih tertarik dengan keputusan-keputusan luar jangkaan yang berlaku untuk kategori Filem. Bukan menidakkan kemenangan Buli Balik, sebaliknya rasa bangga dengan kemenangan filem tersebut. Setidak-tidaknya dapat mengubat kekecewaan Afdlin Shauki yang tidak berjaya ke Festival Filem Asia Pasifik baru-baru ini. Saya sendiri secara peribadi menyukai filem Buli Balik. Cuma sedikit terkilan bila Afdlin sendiri tidak memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Filem), sebaliknya dimenangi oleh Hasnol Rahmad melalui filem Rock juga terbitan Grand Brilliance. Pi Mai Pi Mai, Tang Tu jugak !
Sebenarnya kemenangan Rozie Rashid melalui filem Gubra untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik tidaklah begitu memeranjatkan saya. Saya sebenarnya lebih terkejut bila beliau tidak tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia yang baru lalu. Kemenangannya mengalahkan Sharifah Amani dalam filem yang sama benar-benar menguji kredibiliti juri yang ada di Malaysia. Selera manusia berbeza, itu tidak dapat dinafikan. Setiap pandangan juri pastinya berdasarkan ilmu dan pengalaman yang mereka ada dan telah kutip sepanjang bergelar anak seni.
Konsert Akademi Fantasia 3 Minggu ke 5 di Putrajaya, Konsert Akhir Akademi Fantasia 3 dan Anugerah ERA tidak berjaya untuk mengalahkan Anugerah Juara Lagu 20. Ia sudah dijangka. Mana mungkin Anugerah Juara Lagu yang telah melepasi usia 20 tahun dikalahkan dengan konsert yang baru setahun jagung. Walaupun produksinya bagus sekalipun, sukar bagi mana-mana program yang terbabit dengan Akademi Fantasia dan ERA untuk menembusi benteng tersebut. Lebih-lebih lagi dengan Anugerah Juara Lagu 21 yang bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah pasti tercalar imej prestij AJL jika kalah di tangan program baru.
Saat paling indah di Anugerah Skrin 8 tidak lain dan tidak bukan apabila muncul segmen Tribute untuk Hani Mohsin Hanafi. Kemunculan Hani Karmila bersama ibunya Datin Seri Tiara Jacquelina benar-benar menyentuh perasaan. Ia merupakan saat terbaik dalam Anugerah Skrin. Saya sebenarnya lebih kagum melihat ketabahan anak kecil itu mengharungi hari-harinya tanpa seorang bapa dan keluhuran peribadi Datin Seri Tiara sendiri yang tidak kekok untuk berhadapan dengan situasi yang sedemikian. Tanpa rasa malu untuk mengakui dirinya pernah bersuamikan arwah Hani Mohsin Hanafi. Tidak seperti Tetamu Kehormat pada malam tersebut yang malu untuk mengakui dirinya pernah mempunyai suami lain sebelum suami sekarang. Keluhuran peribadi inilah yang jarang-jarang ada dalam diri kita sendiri.
Malam itu lebih manis buat saya sendiri kerana penganugerahan Anugerah Khas Juri untuk Puteri Gunung Ledang The Musical. Tenaga produksi teater muzikal tersebut yang diketuai oleh Datin Seri Tiara sendiri telah berjaya memartabatkan industri seni yang telah mengangkat sebuah filem ke pentas teater baik di dalam negara mahu pun di arena antarabangsa. Walaupun bidang tugas saya lebih kecil berbanding Datuk Laksamana Hang Tuah ataupun Gusti Puteri Retno Dumilah sendiri, saya turut merasa bangga.
Persembahan ? Mahu saya komen tentang persembahan. Lebih baik tidak payah. Saya lebih tertarik dengan persembahan ala reunion antara Zainalabidin dan Afdlin Shauki. Lagu Ikhlas Tapi Jauh yang dipetik dari album pertama Zainalabidin sendiri pernah dinyanyikan oleh mereka bersama Sheila Majid, Amir Yusoff, Zubir Ali dan Azman Warren dalam album RAP96 kalau tidak silap saya. Lagu tersebut kini menjadi semakin popular sejak filem Cinta ditayangkan kepada umum.
Bercakap tentang filem Cinta, filem tersebut telah benar-benar dipromosikan secara tidak langsung melalui malam anugerah ini semalam. Antara penyampai anugerah yang terlibat terdiri daripada pelakon-pelakon filem tersebut seperti Rita Rudaini, Que Haidar, Fatimah Abu Bakar dan Dato Rahim Razali. Antara pemenang pada malam itu pula ialah Eizlan Yusof dan Kabir Bhatia. Mujur Sharifah Amani tidak menang pada malam semalam. Saya ada terbaca yang kini kutipan filem itu sudah mencecah RM2.2juta. Nampak gayanya terpaksalah boss saya membelanja kami minum kopi ya !
Saya tidak tunggu untuk Supper, saya terus minum teh tarik di Mamak bersama beberapa rakan membincangkan topik hangat yang akan muncul tidak berapa lama lagi.

0 komen