Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Puteri Gunung Ledang : The Spirit and The Journey

Entri oleh sultanmuzaffar 25 November 2007 0 komen
Ini kerja baru saya sekarang. Penulisan yang semakin pendek tetapi harus padat. Kalau saya meneruskan seperti gaya penulisan di blog, pastinya semput pengacara membacanya.Dalam satu hari boleh siap sekurang-kurangnya 6 berita baru. Kalau tidak cukup, kita ulang tayang saja.Memang nampak mudah. Cuma waktu kerjanya sahaja yang agak menyulitkan.Saya cuma mohon ketenangan harap faham dengan tugas baru saya ini. Benar, banyak perkara yang berlaku...

Masa Cepat Menjadi Singkat !

Entri oleh sultanmuzaffar 20 November 2007 0 komen
Damn ! Masa berlalu begitu cepat. Lalu cepat menjadi singkat.Perubahan waktu menjadikan saya sasau, kacau dan risau. Sukar untuk dijelaskan.Ia bukan sesuatu yang positif sejak akhir-akhir ini tetapi kaki harus terus melangkah.Yang dekat nampaknya semakin jauh. Juga sukar dijelaskan.Yang terang nampaknya semakin kelam. Juga sukar untuk dijelaskan.Yang sayang semakin hilang. Juga sukar untuk diterangkan.Dalam kepala persoalan berlegar-legar. Diam lebih baik dari beri jawapan.Masa cepat menjadi singkat...Event PromoEvent Info Name:...

Separuh Akhir Juara Lagu 22

Entri oleh sultanmuzaffar 11 November 2007 0 komen
Anugerah Juara Lagu kembali lagi apabila bermulanya pertembungan tahunan peringkat separuh akhir yang akan menyaksikan kembalinya penyanyi nombor satu negara, Datin Seri Siti Nurhaliza ke gelanggang yang sering didominasi oleh beliau.Antara perkembangan yang menarik dalam persaingan merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 22 edisi kali ini ialah pembabitan bintang realiti tv yang selama ini sering dikecam sebagai bintang "mee segera". Siapa...

Teaser Eksklusif Sehati Berdansa

Entri oleh sultanmuzaffar 09 November 2007 0 komen
Jangan ketinggalan menyaksikan aksi 8 pasangan personaliti yang akan menari untuk kebajikan dalam Malam Sehati Berdansa, Sabtu ini jam 9 malam di Astro RIA (Saluran 104)Pastikan temujanji anda dengan Di Sebalik Sehati Berdansa, Jumaat (malam ini) jam 9 malam !www.astro.com.my/sehatiberda...

Demam P.Ramlee The Musical

Entri oleh sultanmuzaffar 04 November 2007 0 komen
Selepas empat kali menonton pementasan P.Ramlee The Musical ternyata ia merupakan satu pengalaman yang berbeza pada setiap persembahan. Bermula dengan satu tontonan pementasan yang agak kurang menambat hati, berakhir menjadi sebuah pementasan yang paling diingati.Saya berpeluang untuk menonton persembahan dari understudy P.Ramlee muda (Mukhsin), Sukardi muda (Emer) dan Azizah muda (Rachel) pada malam akhir pementasan tersebut. Tidak ketinggalan pada persembahan matinee hari yang sama watak Azizah yang dipegang oleh Dato’ Siti...

Kembali Pada Ku

Entri oleh sultanmuzaffar 03 November 2007 0 komen
Kredit : Laman Web Puteri Gunung Ledang The MusicalDetik yang kian berlaluKini bukannya untuk kuPada sisa masaHanya satu ku tungguKau kekasih kuKembali pada kuKasih, hadirlah kepada kuSayang, muncullah di depan kuCinta, di mana kau di manaDemi sedikit masaHadirlah oh kakandaDi mana kau kakandaPuteri Gunung LedangKu hinakan diri ku sendiriUntuk merengkuh cinta sejatiCinta mu bagaikan cahya mentariYang membakar wajah kuMeski sekilas ku rasakanNamun...

Kerana Karina (Exclusive Drama Webisode)

Entri oleh sultanmuzaffar 01 November 2007 0 komen
Terbaru Gua mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya dalam dunia penyiaran Malaysia sebuah drama bersiri telah diterbitkan khas untuk siaran Internet. Kalau selama hari ini penonton hanya berpeluang untuk menonton drama di televisyen, sebaliknya perkembangan teknologi telah merapatkan jurang tersebut. Penonton kini mempunyai banyak pilihan dan salah satunya adalah melalui capaian Internet.Drama Kerana Karina dibintangi oleh bintang...