Selepas empat kali menonton pementasan P.Ramlee The Musical ternyata ia merupakan satu pengalaman yang berbeza pada setiap persembahan. Bermula dengan satu tontonan pementasan yang agak kurang menambat hati, berakhir menjadi sebuah pementasan yang paling diingati.
Saya berpeluang untuk menonton persembahan dari understudy P.Ramlee muda (Mukhsin), Sukardi muda (Emer) dan Azizah muda (Rachel) pada malam akhir pementasan tersebut. Tidak ketinggalan pada persembahan matinee hari yang sama watak Azizah yang dipegang oleh Dato’ Siti Nurhaliza diambil alih oleh Nadia (Ensemble yang merupakan peserta Gangstarz). Siti Nurhaliza kini Datin Seri tidak dapat menyertai pementasan tersebut kerana ada komitmen lain. Diberitakan pada hari yang sama suami Dato’ Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Dato’ Seri. Tahniah Siti !
Antara adegan yang benar-benar telah memukau saya :
1. Pertemuan terakhir antara P.Ramlee & Azizah di Taman Bunga. Nyanyian Siti Nurhaliza sungguh mantap dan tidak harus dinafikan perkara tersebut. Watak Azizah sememangnya telah diciptakan untuk beliau dan apabila menonton watak tersebut dipegang oleh pelakon lain ia nampak agak kekok. Azizah telah dicipta sebagai seorang yang amat misteri dan keperibadiannya terjaga. Keperibadian dan penonjolan watak tersebut seharusnya akan terus konsisten walaupun ia tidak dibawakan oleh Siti sendiri di masa akan datang.
2. Adegan Perjalanan Seorang Bintang yang digemparkan dengan set kepala kereta api dan gerabak kereta api dan dilengkapkan dengan set stesen kereta api. Perjalanan tersebut dirasai apabila imej latar belakang yang turut sama membawa penonton dalam perjalanan P.Ramlee & Sukardi ke Singapura. Sekali lagi penonton dibawa ke alam dua dimensi apabila diberikan sudut pandangan dari dalam terowong dan dari luar gerabak kereta api.
3. Timbul rasa kekaguman saya terhadap kumpulan Transformers yang ditugaskan untuk merubah setiap adegan menjadi satu realiti. Menurut Chedd pemegang watak Sukardi, berat satu blok itu lebih kurang satu tan dan hanya digerakkan oleh empat orang sahaja. Kalau saya yang kena buat kerja tersebut, lepas satu show terus pengsan. Tidak perlu tunggu habis satu show lah, satu jam pun boleh pengsan juga.
4. Adegan setibanya P.Ramlee & Sukardi untuk pertama kalinya di Studio Jalan Ampas juga menarik. Saya sebagai penonton dapat menyusuri kehidupan P.Ramlee sebagai seorang clapper boy hingga berjaya menjadi pelakon yang pada mulanya diragui keupayaannya dan seterusnya pemain muzik yang semakin dikenali.
5. Adegan yang melibatkan Junaidah juga tidak kurang hebatnya. Dibekalkan dengan sebuah lagu yang sedap, persembahan Atilia agak meyakinkan. Ini termasuklah adegan perkahwinan mengejutnya dengan P.Ramlee sambil diiringi lagu Renjis Renjis Di Pilis. Semoga Atilia akan sukses dalam Sehati Berdansa yang akan disiarkan di Astro RIA mulai 5 November ini.
6. Sebenarnya adegan yang melibatkan Paparazi amat penting dalam sesebuah teater muzikal. Setidak-tidaknya ia akan mengurangkan sedikit tekanan kepada penonton dalam usaha untuk mencerap setiap perincian cerita. Persembahan Infinatez menghiburkan. Sewaktu menonton kali pertama, saya agak gusar menantikan tamatnya Act 1. Mungkin juga kerana ceritanya terlalu asing buat saya. Saya tidak mengenali siapa Junaidah atau pun Norizan dengan lebih dekat.
7. Adegan kehadiran Norizan dalam hidup P.Ramlee setelah berkumandang lagu Hujan Di Tengah Hari benar-benar memberikan impak kepada penonton dan membuatkan penonton ternanti-nantikan kejutan seterusnya.
8. Kemarahan Norizan diterjemahkan dengan cemerlang oleh Melissa Saila dalam lagunya. Gelodak jiwanya dan kekecewaannya terhadap layanan P.Ramlee diakhiri dengan satu kenyataan yang benar-benar relevan pada masa kini di mana penyerahan semula P.Ramlee dan tajuk akhbar Paparazzi. P.Ramlee melahirkan kekecewaannya melalui lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti juga telah membawa satu interpretasi baru kepada nyanyiannya.
9. Elemen komedi yang disuntik pada setiap adegan yang melibatkan Saloma dan P.Ramlee cukup perasanya. Tidak lebih, tidak kurang. Sedar tak sedar kita tahu yang kedua-duanya sememangnya serasi. Lagu Gelora diberikan jiwa sehingga seperti terasa kehadirannya. Sambil menyanyi, sambil itu jugalah P.Ramlee mengarah filem Seniman Bujang Lapok.
10. Segmen Epilog dan Prolog teater muzikal ini membawa saya ke hari-hari terakhir P.Ramlee bersama Saloma sungguh meyakinkan. Lebih menyayat hati apabila lagu Air Mata Di Kuala Lumpur dipersembahkan. Apakah saya juga akan merasakan satu kehilangan. Entahlah...
11. Kekaguman saya turut dinyatakan buat Tiara (Penerbit Eksekutif), Adlin Aman Ramlie (Pengarah, Penulis Skrip & Penulis Lirik), Zahim Albakri (Pengarah), Erwin Gutawa (Pengarah & Penyusun Muzik), Dick Lee (Pencipta Muzik), Pat Ibrahim (Koreografer), Raja Maliq (Pereka Produksi), barisan Orkestra, Pelakon Utama, Pelakon Ensemble dan semuanya.
Saya cipta sejarah tersendiri apabila menonton pada hari terakhir pementasan ini dilangsungkan. Sekali pada persembahan matinee yang turut dihadiri oleh Tun Dr.Mahathir dan keluarga dan kali kedua pada sebelah malamnya. Tidak pernah dibuat orang menonton teater muzikal yang sama dua kali pada hari yang sama.
Tahniah dan Syabas kepada mereka yang telah terlibat menjayakan pementasan teater muzikal ini. Sekali lagi mereka telah mencipta sejarah yang tersendiri setelah penerimaan yang hebat dari penonton untuk Puteri Gunung Ledang The Musical.
Seandainya ada rezeki untuk pementasan ini diulang tayang, tarikh yang paling sesuai adalah pada bulan Mac bersempena hari kelahiran P.Ramlee atau pun bulan Mei bersempena hari pulangnya beliau ke Rahmatullah.
Jumpa lagi di P.Ramlee The Musical Season Two !
Nota : Saya mungkin mendapat hiburan yang saya inginkan tetapi saya mungkin juga akan kehilangan...

0 komen