Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Laporan Khas Belasungkawa Suharto

Entri oleh sultanmuzaffar 27 January 2008 0 komen
Memang agak sibuk.Lebih-lebih lagi hari ini. Berita kematian Suharto yang diterima pada jam 2.10 petang mengharu-birukan situasi di Astro AWANI.Persiapan untuk Gala TV jam 3 petang terhenti untuk memberi laluan kepada Laporan Khas berita kematian tersebut.Ada khabar angin menyatakan yang slot Gala TV jam 10 malam juga bakal diganti.Berita gembira buat saya kerana jika benar ia berlaku saya berpeluang untuk menonton Anugerah Juara Lagu 22 malam ini.Laporan Khas Belasungkawa Suharto bakal disiarkan hingga jam 12 tengah malam ini...

Dari Hati sultanmuzaffar Tentang Hadiah Daripada Hati

Entri oleh sultanmuzaffar 13 January 2008 0 komen
Sebelum apa-apa berlaku, saya paparkan lagu pilihan saya dari album Hadiah Daripada Hati oleh Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin ramai yang bertanya kenapa ambil masa yang lama untuk meletakkan pilihan saya. Jawapannya cuma satu. Saya agak sibuk dengan tugas di Astro AWANI. Itu saja alasannya.Alasan lain mungkin saya mengambil masa yang agak lama untuk menyukai lagu-lagu dalam album Siti kali ini. Jika pada pendengaran kali pertama, saya katakan...

Kejutan Pertama Akademi Fantasia 6

Entri oleh sultanmuzaffar 07 January 2008 0 komen
Pada hari ini, Akademi Fantasia memberikan "kejutan" pertama dengan mengumumkan bahawa penyertaan kini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 hingga 45 tahun. Melalui perubahan elemen ini, kami ingin menggalakkan orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk menyertai Akademi Fantasia kerana "bakat tidak mengenal usia".Sementara kejutan keduanya pula apabila Pengetua Akademi Fantasia 2, Ramli MS kembali menerajui kerusi panas tersebut untuk musim keenam. Apakah perubahan yang akan dibawa oleh Ramli MS ? Setelah...

Pengumuman Akademi Fantasia 6

Entri oleh sultanmuzaffar 06 January 2008 0 komen
Pastikan anda bersama Gala TV di Astro AWANI hari Isnin, jam 3 petang dan 10 malam untuk satu pengumuman yang dinanti-nantikan.Untuk mendapatkan perkembangan lanjut, teruskan bersama Atma Asia hari Isnin, jam 5 petang. Satu sesi temubual akan diadakan....

Selamat Tahun Baru 2008

Entri oleh sultanmuzaffar 01 January 2008 0 komen
Hujung tahun baru saja selesai menyiapkan Gala TV Year-Ender.Ahh ! Pening memikirkan kerja yang tidak pernah habis...Kalau mahu bercerita tentang kerja, memang saya sudah sedikit tawar hati sejak akhir-akhir ini. Mungkin ini bukan yang saya ingin. Saya meneruskannya pun hanya kerana satu sebab. Saya cuba untuk larikan jauh-jauh perasaan itu tetapi makin dekat ia datang.Kerjanya telah membataskan masa saya sehingga tiada kesempatan untuk kemana-mana kecuali membantu sahabat saya Mohamed Najmie Noordin yang melangsungkan perkahwinannya...