Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Kumenunggu getar hatiku Anganku hanya untukmu 'Tuk bersama selamanya Kita berdua Kau slalu mengisi hariku Dengan canda dan tawamu Kurasakan bahagiaku Untukmu selalu reff: Kuberjanji karna cinta Kuberharap karna kasihmu Selamanya dan tak akan pernah berpisah Sampaikan nanti Kau selalu mengisi hariku Dengan canda dan tawamu Kurasakan bahagiaku Untukmu selalu Kuberjanji karna cinta Kuberharap karna kasihmu Selamanya dan tak akan pernah...

Melangkah Ke Hadapan

Entri oleh sultanmuzaffar 25 August 2010 3 Comments
Ya. Rasmi sudah. Tanggal 21 Ogos lalu merupakan hari terakhir aku secara fizikal berada di pejabat Astro AWANI. Berbeza dengan hari terakhir aku sebagai kakitangan Astro yang akan jatuh pada 15 September depan. Secara tidak rasmi, aku sudah menjadi “kakitangan” Astro sejak tahun 2003 sewaktu bermulanya program realiti paling popular mereka, Akademi Fantasia. Beberapa tahun kemudian, aku dirisik Astro untuk bekerja dengan mereka....

Caraku Diterjemah Dari Lirik My Way, Frank Sinatra

Entri oleh sultanmuzaffar 21 August 2010 0 Comments
Kini, penghujung semakin hampir Aku melabuh tirai akhir Temanku, aku akan mengatakan secara jelas Aku akan meyakinkan kebenaran Aku sudah menjalani kehidupan yang lengkap Aku telah meniti perjalanan di setiap laluan Dan lebih, lebih daripada itu Aku melakukannya dengan caraku Menyesal, ada beberapa Tetapi terlalu sedikit untuk disebutkan Aku melakukan apa yang harus aku lakukan Dan aku melihatnya tanpa sebarang pengecualian Aku...

Hapuslah Air Matamu & Tanpa Dendam Di Hati

Entri oleh sultanmuzaffar 19 August 2010 2 Comments
Sekitar tahun 2004 industri hiburan tempatan yang tidak besar mana digemparkan dengan emel layang yang memburukkan nama baik penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza (kini Datuk). Di tengah-tengah fenomena program realiti memuncak meraikan kemunculan Juara Akademi Fantasia 2, Zahid, pelayar internet seluruh Malaysia gempar membaca pendedahan yang telah dibuat. Pelbagai cerita di sebalik tabir pembikinan Konsert Fantasia Tour dibongkar...

Terima Kasih CINTA

Entri oleh sultanmuzaffar 18 August 2010 2 Comments
PENGUMUMAN KERJASAMA DI ANTARA ‘THE CREATIVE PARTNERSHIP SDN BHD’ DAN ‘PRIMEWORKS STUDIO SDN BHD’ BAGI TEATER MUZIKAL – TERIMA KASIH CINTA Kuala Lumpur, 17 Ogos 2010: The Creative Partnership Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios Sdn. Bhd. (anak syarikat Media Prima Berhad) akan menggabungkan cinta mereka melalui kerjasama untuk merealisasikan fenomena muzikal – Terima Kasih CINTA. Terima Kasih CINTA akan bermula pada 17hb Februari 2011 hingga...

TonTon, Media Prima : Masa Depan Kita Bermula Di Sini

Entri oleh sultanmuzaffar 07 August 2010 2 Comments
Saya berada di Sunway Convention Centre bagi menyaksikan sendiri Sesi Taklimat Media projek terbaru Alt Media, TonTon. Sebagai orang luar, saya kagum dengan ciri tercanggih TonTon yang terbina di atas Landasan Pintar Media (Intelligent Media Platform). Elemen dunia pengiklanan maya dipermudahkan dengan menggunakan kepintaran canggih tersebut. Sebagai pelayar internet yang tegar, saya hanya mahukan iklan yang tepat berlandaskan selera saya...

Our Future Starts In

Entri oleh sultanmuzaffar 04 August 2010 0 Comments
...