Fikir-fikir aku sudah menghafal lebih dari separuh skrip yang perlu aku hafal. Dialog yang aku kena hafal tak banyak. Monolog pula aku perlu hayati kerana aku perlu melakonkannya di atas pentas walaupun suara tersebut ialah suara Leman yang kedua. Malam ini character building untuk Babak 1,2 dan 7. Penolong Pengarah suruh aku pakai pakaian yang bebas untuk aku bergerak. Dia cakap dia nak dera aku. Suara aku terutamanya.
Apa yang aku faham tentang Babak 2 ?
Babak 2 secara teknikal akan dimulai dengan scene di kabaret. Ada adegan...
Aku sudah dapat jadual untuk character building. Aku kena hadir 4 kali dari 5 hari seperti yang dirancangkan. Keempat-empat hari melibatkan watak aku. Aku mula mendekatkan diri dengan pelakon-pelakon yang lain. Kebanyakan mereka telah aku kenal tapi tidak rapat. Aku perlu mendekatkan diri aku dengan mereka terutamanya Leha kerana dalam teater tersebut aku dan Leha agak rapat dan juga Kalsum yang dalam cerita cuba-cuba dipasangkan dengan aku. Tapi ya lah aku, memang sudah sedia pemalu dengan mereka. memang agak sukar untuk dipercayai...
Sewaktu latihan teater, kami duduk berbincang tentang flow cerita tersebut. Tuan Pengarah bercerita apa yang berlaku bermula dengan sinopsis hinggalah ke babak 6. Aku jadi takut kerana watak aku memerlukan permainan ekspresi wajah tanpa dialog. Aku bukan pelakon profesional. Aku pelakon amatur. Lebih tepat sekali, inilah kali pertama aku berlakon teater. Banyak perkara yang perlu tuan pengarah lakukan untuk menghidupkan aku di atas pentas teater. Aku yang buluh ini, perlu dilenturkan.
Script-reading malam itu pengarah lebihkan...
From: "faizah zakaria"
Date: Wed Mar 26, 2003 8:19 pm
Subject: JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB AKAR GITA ESTETIKA (AGE)
Kelab Akar Gita Estetika Kuala Lumpur (AGE)
AGE/MT/AGM 2002/001
Kepada : Sesiapa yang Berkenaan
Daripada : Setiausaha Agung, Kelab Akar Gita Estetika (AGE)
CC : Yang Dipertua AGE
Tarikh : 26 Mac 2003
JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB AKAR GITA ESTETIKA (AGE)
Kelab Akar Gita Estetika (AGE) adalah sebuah pertubuhan seni yang
berteraskan aktiviti tarian, muzik dan teater. Keahlian...
Semalam aku diminta untuk hadir ke satu audtion teater. Untuk Pekan Teater. Aku kalau boleh mahu mengelak, tapi kawan-kawan. Aku turutkan juga. Sampai-sampai terus dapat skrip. "Baca !" Aku panik. "Terus dapat ke ?" Bermulalah satu episod baru dalam hidup aku, berperan di atas pentas teater. "Rumah Kedai Di Jalan Seladang" tajuk teater yang aku lakonkan. Leman nama watak yang aku bawa. Seorang wartawan Berita Malai di zaman Jepun sekitar tahun 40an. Seorang yang masih baru dalam dunia kejam, dunia hitam zaman Jepun. Lurus bendul,...