Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Anak Halal : Dari Perspektif Ajami

Entri oleh sultanmuzaffar 26 December 2007

Ulasan filem Anak Halal berikut lahir dari perspektif Ajami. Maaf, saya tidak sempat untuk menulis pandangan saya tentang filem tersebut. Masa terlalu suntuk.

Sekadar yang mampu dilahirkan, Anak Halal ialah sebuah filem yang bagus. Tidak rugi menontonnya. Saya mahu menontonnya sekali lagi.

Nantikan buah tangan terbaru Tayangan Unggul tidak lama lagi iaitu Kala Malam Bulan Mengambang. Filem itu lagi SUPERB !! Tabik spring dengan Mamat Khalid !

UPDATED: 9/12/07

Anak Halal ialah momen rehat sebentar kelajuan usia untuk menilai samada hidup kita lebih beruntung atau semalang mereka? ~ Ajami Hashim.131207

AMARAN: ULASAN INI ADA SPOILER!!!
Salaam.. Ini ulasan peribadi saya. Kalau kamu tidak setuju atau menginterpretasi filem ini dari sudut lain samada berdasarkan kepandaian ilmiah atau kepakaran membikin filem oleh anda, itu hak kamu dan ini hak saya! Tiada yang semuanya benar atau khilaf walaupun mungkin tafsiran saya atau kamu TIDAK serupa dengan isi sebenar yang hendak Osman Ali ceritakan!.. atau yang kamu fikirkan! Ia cuma sebuah filem!!!

Salah satu agenda sesebuah filem ialah propaganda dan lihatan peribadi pembikinnya tentang sesuatu perihal yang sudah lama terpendam bak gunung berapi dalam rembesan ingatannya! Anak Halal ialah apertur luas dan mikroskop khusus Osman Ali mengamat-amati punca dan akibat beberapa masalah sosial asas dalam masyarakat. Itu sahaja! Ia sememangnya kudis-kudis klise yang sudah diceritakan sebelum ini berkali-kali dalam pelbagai bentuk dan format. Jadi kenapa Anak Halal ini gah benar diwayangkan dan riuh sangat diwar-warkan sebagai yang terbagus?

Generally, great writers are not eclectic. Each tightly focuses his oeuvre on one idea, a single subject that ignites his passion, a subject he pursues with beautiful variation through a lifetime of work. ~ Story by Robert McKee (ms. 98)

NARATIF
struktur:
Anak Halal ialah sebuah cerita linear melewati 3 time-frame jangka hayat Indraputra - bayi, kanak-kanak dan dewasa. Tiada flashback yang berjela-jela untuk meyakinkan khalayak tentang apa, bila, siapa, kenapa dan bagaimana? (err!.. sebenarnya Hisham ada flashback sekejap di belakang filem ini). Mukadimahnya cuma backstory pantas yang dikongsi oleh Hisham, Mariam, seorang bayi comel yang tidak tahu apa-apa dan sepasukan polis (sistem sah). Kemudian dilompatkan ke zaman kanak-kanak Putra dan Jo yang ditimbulkan tiba-tiba di atas bumbung diikuti beberapa babak Mariam yang sudah pulih? (kasih-sayang mampu mengubah orang siuman ke gila atau sebaliknya kan?). Kisah besarnya ialah real-time hari ini iaitu cerita realisme subculture sekelompok terpencil anak-anak muda generasi masakini di Kuala Lumpur yang sebenarnya terpecah kepada 2 kumpulan protagonis dan antagonis, baik dan jahat. Di dalam keduanya pula, setiap individu bergerak sendirian secara mental dan fizikal, rohani dan jasmani dalam rentetan jalan hidup masing-masing yang bergerak ke depan dimana ia berkaitan sesama sendiri dari awal cerita ke klimaknya. Genrenya ialah 'drama sosial' - sebuah analisa serius permasalahan masyarakat yang dipilih khas oleh Osman Ali secara di-dramatik- kan dan di-fiksyen-kan untuk kesesuaian tontonan (cinta dan aksi) dari awal ke tengah penceritaan lalu diakhiri dengan puncak selesaian secara balasan terus bak peribahasa alang berjawab, tepuk berbalas, alang dijawat, tepuk dibalas!

asuhan:
Plot pertemuan tanpa jangka yang terpaksa dan terdesak di antara Hisham (Rosyam) dan Mariam/Bonda (Mislina) adalah 'bingkai' Anak Halal yang membuka dan menutup, memula dan mengakhiri, mencetus dan meletus! Mereka disuakan dalam kelam-kabut - wrong time! wrong place!.. Perjumpaan itu adalah titik mula dalam satu torehan kehidupan yang ditemukan semula pada titik yang sama membentuk sebuah bulatan/putaran karma merentasi masa. Adakah ulangan bebanan bala dan bencana yang ditanggung oleh Putra (Farid) seolah-olah saka buruk iaitu dosa ayah yang diturunkan kepada anaknya? Mungkin juga! Apatah lagi bila memikirkan beban hutang kepada along oleh ayah Erzan (Adi) dan Milya (Farah) yang kini mereka warisi secara terpaksa. Namun begitu, saya melihat salah satu isi sebenar Anak Halal ialah nasib seseorang manusia yang dipilihnya sendiri tanpa menyalahkan siapa dan apa sahaja onar di atas atau sebelumnya (ayah). Kenapa? Kerana semua manusia diberikan akal fikiran yang waras (bukan OKU) untuk mencorakkan sendiri hala tuju hidupnya bergantung kepada limitasi sumber survival seseorang individu. Tidak adil rasanya untuk menyalahkan apa-apa kekurangan pada diri kita di bahu orang lain (mahupun keluarga sendiri). Anak Halal salah satu agendanya cuba membentangkan situasi bak main tarik tali ini dalam dua pandangan sisi yang memakan masa bertahun-tahun ke arah satu konklusi dalam sekelip mata. Maksud saya, Hisham sepanjang durasinya di penjara sudah tentu menyalahkan dirinya sendiri seandai anaknya terbiar kerana menyerahkannya kepada seorang wanita yang jelas kurang siuman. Putra pula hakikatnya tidak pernah menyalahkan Hisham kerana baginya hanya Mariam/Bonda sahaja yang wujud dalam ingatannya untuk beberapa tahun zaman kanak-kanaknya. Cuma di titik akhir Hisham, Mariam dan Putra dipertemukan semula ia adalah momen ironi kepada titik mula filem ini. Seolah-olah ia adalah hukum karma di dunia kerana perjumpaan ketiga-tiganya kali ini bukan 'pemulangan' semula anak kepada ayah dalam bentuk percantuman semula kasih yang terpisah tetapi 'pembalasan' tanpa sedar kerana mengabaikannya dari anak kepada ayah! Anak Halal masih asasnya adalah balik kepada soal tanggungjawab seorang pengasuh (punca). Secara ayat mudah, sekiranya kita tersalah asuhan keturunan sendiri, akibatnya akan kembali kepada siapa yang menjadi penjaga? Secara sambil lalu Anak Halal melalui sub-plot Bu Leha (Kartina) dan anaknya Johanna (Maya) yang sama-sama berniaga buah-buahan sebagai analogi hubungan positif penjaga-jagaannya. Bagaimana pula dengan plot Mariam dengan Putra dan Jo/Ana? Pada pendapat saya, pertalian bukan darah daging di antara seorang wanita kepada dua orang kanak-kanak sebagai metafora dimana kadangkala kasih-sayang bukan keturunan sendiri lebih akrab dan bermakna sehingga 'men-siuman- kan' kembali seorang yang gila-gila! Ia seakan menyindir institusi kekeluargaan moden dan mewah yang gagal. Teguran Anak Halal ini dicerminkan sejelas-jelasnya dalam sub-plot politikus Datuk Farid (Tarmimi) dan anaknya Atikah (Fasha). Hancur! Walau hanya ada anak tunggal dan di kelilingi 1001 materialistik hubungan mereka berkecai-kecai dan berderai-derai terhempas menjadi serpihan paling hina!

moralisasi:
Adakah Osman Ali seorang moralis? Adakah Anak Halal bersifat didaktik? Adakah Osman Ali melalui Anak Halal melakukan didaktisme? Kamu tonton, dengar dan nilai sendiri dari 3 bahagian wawancara saya dengan beliau:
BUAL SANTAI: Ajami & Osman Ali [pt.1]
BUAL SANTAI: Ajami & Osman Ali [pt.2]
BUAL SANTAI: Ajami & Osman Ali [pt.3]

NOTA:
Saya tidak akan mengupas mengenai drug abuse & gangsterism dalam Anak Halal kerana Osman sudah ceritakan semuanya dalam sesi soal-jawab youtube di atas!
A great work is a living metaphor that says, "Life is like this." The classics, down through the ages, give us not solutions but lucidity, not answers but poetic candor; they make inescapably clear the problems all generations must solve to be human. ~ Robert McKee

UPDATED: 19/12/07

PERWATAKAN
PELAKON/WATAK:
FARID KAMIL sebagai INDRAPUTRA
MAYA KARIN sebagai JOHANNA
FASHA SANDHA sebagai AMIRA ATIKAH
ADI PUTRA sebagai ERZAN
RAJA FARAH sebagai MILYA
BRONT PALARE sebagi DANIAL
ROSYAM NOR sebagai HISHAM
REMY ISHAK sebagai SHAH
JEHAN MISKIN sebagai IJAM
ZULHUZAIMI sebagai TAJUL
FAUZI NAWAWI sebagai JEFF
FIZZ FAIRUS sebagai LUD
KARTINA AZIZ sebagai BU LEHA
MISLINA MUSTAFA sebagai MARIAM
DATO' AZIZ SATAR sebagai PAK ALI
AHMAD TARMIMI SIREGAR sebagai DATUK FARID

Anak Halal bercerita secara berkumpulan iaitu ensemble cast - grup protagonis: Putra, Jo, Erzan, Milya, Danial, Shah dan Atikah; grup antagonis - Tajul, Jeff dan Lud. Di antara kedua grup ini ada sub-watak di tengah kedua kumpulan iaitu Hisham, Mariam, Datuk Farid dan Ijam. Sementara watak-watak rencah ialah Datuk Farid, Bu Leha dan Pak Ali. Kerana itulah kadangkala penonton tercari-cari siapakah hero dan heroin sebenarnya filem sebegini? Ok! Mungkin yang ketara ialah ketua geng baik Anak Halal ialah Putra tapi siapakah heroinnya? Johanna atau Atikah atau Milya? Juga soalan siapa ketua jahat samada Hisham atau Tajul? Apa-apa pun, bagi saya kesemua watak berkaitan sesama sendiri kerana rantaian aksi-reaksi setiap plot dari awal cerita. Ia adalah naratif secara chain-reaction - apa sahaja yang dibuat oleh mana-mana watak akan mencetus tindak-balas oleh watak yang lain.

punca
Hisham ialah punca. Seandainya Hisham orang baik-baik bekerja secara halal maka tiadalah Anak Halal. Tindakannya menyerahkan Putra kepada Mariam adalah mulaan kisah panjang snowball effect selepasnya. Bila dilihat dari keseluruhan naratif Anak Halal, Hisham juga adalah punca/dalang utama konflik dalam Anak Halal melalui protege nya iaitu Tajul walaupun Hisham hanya dikedepankan semula di pertengahan cerita. Dalam erti-kata lain, kehidupan Putra dan rakan-rakannya hanya aman-damai semasa Hisham dalam penjara. Cuba renungkan semula, seandainya Hisham benar-benar insaf selepas dipenjarakan, dia dan Mariam akan menemui Putra suatu hari nanti - cerita habis.. they live happily ever after!

mangkin
Erzan dan Atikah ialah mangkin. Sebenarnya watak Erzan ialah katalis sebenar yang menggerakkan kisah Anak Halal. Sekiranya Erzan mampu menyara pembelajaran Milya dan membayar semua hutang along si Tajul melalui jualan burgernya, Anak Halal akan statik dan berputar dalam rutin yang sama. Tiada konflik! Cerita tamat! Kerana itulah, di pertengahan cerita watak Erzan lebih menonjol dari Putra apatah lagi dia juga adalah penyambung semula plot Putra-Atikah di bawah jambatan. Atikah pula adalah watak luar yang memasuki geng Putra secara kebetulan (ya! saya tahu ada ramai blogger/penonton yang tak puas hati dengan perkataan 'kebetulan'! huhu!) Atikah menjadi bucu tambahan cinta 3-segi Putra-Jo-Atikah. Dia merumitkan kerahsiaan perasaan dalam hati Jo. Atikah kacau daun! Saya sukakan watak Erzan dan Atikah sebagai pemangkin memobilisasikan watak Putra yang perlahan dan sama setiap hari.

tunjang
Putra ialah tunjang. Dia pasif dan introvert di awal cerita. Putra memegang prinsip itu iaitu hidup aku pilihan aku! kerana besarnya dia dengan apa yang ada sebagai anak yatim yang berdikari dan anak angkat kepada Mariam/Bu Leha sahaja. Kerana itulah Putra tidak pernah bergantung kepada sesiapa secara luarannya dan dia adalah dia sendiri! Watak Putra agak membosankan di mulaan cerita kerana dunianya hanya ada Jo, Bu Leha, Erzan, Milya, Danial, Shah dan Pak Ali. Putra sering dalam mode 'selamat' dalam apa juga situasi walaupun dia adalah tunjang watak yang diikuti dari awal ke akhir naratif Anak Halal. Perwatakannya hanya berkembang setelah Erzan dibunuh dan Atikah mati. Adakah watak Putra seolah-olah wakil Hisham yang cuba mensucikan diri dari kejahatan terdahulunya tetapi gagal kerana Hisham sendiri yang memporak-perandakan hidup Putra melalui madness Tajul? Juga adakah Putra seakan-akan Jebat moden? Yang pasti Putra adalah taiko geng protagonis.

kontra
Tajul, Jeff dan Lud ialah watak-watak kontradiksi/ antagonis berkumpulan dalam Anak Halal. Tiada mereka, maka naratif filem ini akan berlegar pada titik yang sama! Jika diamati benar-benar, ketiga-tiga watak seakan monotoni melalui sifat jahat dan kehitaman perangai mereka. Yang menariknya, walaupun digeruni tetapi watak-watak ini diwarnai dengan perlakuan jokers mereka.

kelabu
Ijam dan Mariam adalah watak-watak kelabu Anak Halal. Walaupun Ijam seorang drug pusher, dia masih ada sifat kasihan kepada Erzan dan Atikah. Meskipun perwatakan sebegini seakan 'membela' syaitan seperti Ijam, penonton akan cepat-cepat mem-padan muka-kau! apabila Ijam sendiri kecundang dengan pekerjaannya sendiri. Watak Mariam juga kelabu di akhir cerita kerana kesanggupannya tinggal bersama godfather penyangak iaitu mentor kepada Tajul? Kedua-dua watak Ijam dan Mariam hanya perlu ditonton dan dikasihani kerana keterdesakan hidup mereka. Tetapi keduanya bukan figura yang digalakkan untuk dicontohi?

sidekick
Jo ialah sidekick utama. Milya, Danial dan Shah ialah pembantu sidekick! (boleh???) Kesemuanya macam belangkas! Sekali-sekala, watak Jo seakan menenggelamkan semua watak dengan ke-tomboy-an nya! Itu sahaja! Tidak dinafikan bahawa watak Jo adalah silaturahim kesemua watak geng protagonis! Jo juga adalah cermin baik-baik watak Atikah. Jo adalah backup kepada Putra iaitu tukang check and balance setiap perlakuannya. Malah Jo ialah saviour Putra di akhir cerita dengan bantuan sepucuk pistol! Milya pula seperti juga Jo berfungsi sebagai backup/check and balance/saviour untuk Erzan dengan tambahan iaitu Milya juga adalah vengeance kematian abangnya. Danial dan Shah pula ialah masculinity Anak Halal dari latar kerja dan perwatakan jantan sejati mereka berdua ala-ala lelaki Melayu terakhir! (Bront & Remy misti suka nih! huhu!)

rencah
Bu Leha, Datuk Farid dan Pak Ali adalah rencah yang mewarnakan lagi filem Anak Halal. Ketiga-tiganya walaupun cuma seakan cameo dalam filem ini, tetapi kesekejapan munculnya mereka menjadi sendi-sendi naratif yang menyambungkan dan mengelokkan lagi plot Anak Halal. Bu Leha ialah godmother geng protagonis. Datuk Farid ialah wakil orang-orang kaya yang silap. Pak Ali pula ialah metafora Putra seandainya dia tetap kekal jadi orang yang pasif sampai ke tua!

UPDATED: 26/12/07
LUBANG-LUBANG ANAK HALAL?
kebetulan?
Story creates meaning. Coincidence, then, would seem our enemy, for it is the random, absurd collisions of things in the universe and is, by definition, meaningless. And yet coincidence is a part of life, often a powerful part, rocking existence, then vanishing as absurdly as it arrived. The solution, therefore, is not to avoid coincidence, but to dramatize how it may enter life meaninglessly, but in time gain-meaning, how the antilogic of randomness becomes the logic of life-as-lived. ~ Robert McKee

Kebetulan demi kebetulan ada dalam Anak Halal? Benar! Betul! Lalu ia bersalah dan mesti dihukum kerana melanggar adat atau tatasusila penceritaan? Sebenarnya sesuatu kebetulan dalam apa jua naratif samada lisan, tulisan atau audio-visual (filem/tv) hanya dikesan setelah seseorang penonton balik ke rumah lalu termenung sebelum tidur atau bila bertekak dengan kawan yang sama menonton atau mungkin yang diimbas semula oleh seseorang pengkritik filem apabila hendak memulakan tulisan kritisnya! Betul tak? Kerana semasa menghayati sesebuah penceritaan, penonton akan mengikuti apa yang dipaparkan babak demi babak yang akan mencetuskan 1001 emosi; suka, duka, marah, benci, seram, kelakar mahupun bosan! Mereka tiada masa untuk memikirkan logika secara mendalam (kecuali kepada penonton intelektual yang akan menganalisa satu persatu salah/silap sesebuah cerita). Ini bukanlah bermakna saya menghalalkan dan sukakan semua kisah yang wajib ada sesuatu kebetulan, tapi pada pendapat saya, sesuatu kebetulan itu adalah mainan biasa dalam setiap cerita. Apa juga cerita!
deus ex machina?

Ya Anak Halal memang ada! Cuma ia bersebab! Saya senaraikan sahaja mana yang saya ingat:
1. Jeff hendak memecahkan kepala Putra dengan sisir besi >> Hisham tiba-tiba muncul menghalang! Perasan tak, semasa pergaduhan Jeff-Putra, ada kelibat manusia di latar belakang yang kabur iaitu Hisham.
2. Tajul hendak menembak kepala Putra >> Jo tiba-tiba menembak Tajul! Tentu kamu ingat semasa aksi campak-mencampak pistol, Danial adalah orang terakhir yang memegangnya lalu mencampakkannya pula ke arah Jo.
3. Hisham hendak menembak kepala Putra >> Jo tiba-tiba menjeritkan nama 'Putra' sekuat hati! Hisham 'terpegun' mendengarnya lalu Putra merampas pistol dari Hisham lalu.. banggg!

KESIMPULAN
Saya sukakan realisme Anak Halal! Kalau kamu benci, itu hak kamu!.. Ini hak saya!

TAMAT
Ajami Hashim.261207
http://ajamihashim.blogspot.com/

Ada banyak ulasan lain yang bagus-bagus untuk bacaan anda.

Fadz : Anak Halal (2007) Yang Haram Jadah