Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Katakan Tak Nak !

Entri oleh sultanmuzaffar 02 December 2007

Seminggu telah pun berlalu. Bagi rakan-rakan di Facebook mungkin telah mengetahui tentangnya seawal jam 11 malam di malam kejadian.

Saya telah dikejarkan ke Hospital Ampang Puteri sekitar jam 6.45 petang. Walaupun tidak lama menginap di Ampang Puteri, saya anggap ia sebagai satu pengalaman yang menakutkan.

Ia terlalu menakutkan sehingga saya mengambil keputusan untuk berhenti......

Hari Isnin itu saya tidak bekerja. Saya perlukan rehat. Dalam waktu yang terluang untuk berehat, saya perlu juga menghadiri rakaman untuk Cornetto Love? Perhaps. Saya terlibat secara langsung sebagai Blogger Paparazzi untuk program tersebut.

Program tersebut telah pun bermula dan boleh ditonton setiap hari Sabtu jam 9.45 malam di NTV7.

Saya ke Bangsar sekitar jam 11 pagi hingga jam 1.30 petang. Berhenti rehat untuk makan tengahari bersama beberapa orang kawan sebelum kembali semula ke lokasi rakaman untuk menyambung kerja yang tertangguh.

Sekitar jam 4 petang, saya pulang ke rumah. Sudah berasa tidak sedap badan. Saya tidak layan.

Hampir jam 6 petang, Haiza menghubungi saya. Setiap hari Isnin akan ada segmen Sehati Berdansa bersama Gala TV di Astro AWANI. Memang saya menjadi contact person untuk program tersebut yang telah saya tinggalkan dua minggu lalu.

Saya cuba untuk bercakap dan memberikan arahan penunjuk jalan kepada Haiza. Suara saya tersekat-sekat dan tidak mampu untuk meneruskan panduan kepada Haiza. Saya perlu forward nombor Haiza pada rakan sekerja saya yang berada di pejabat.

Saya hubungi Badrul bertanyakan simptom-simptom yang sedang saya hadapi. Badrul pernah melaluinya, jadi lebih elok kalau saya bertanyakan dia sahaja. Mungkin dia lebih tahu kerana dia pernah berhadapan dengan benda yang sama.

Kata Badrul...."Don't ask me...I'm not a doctor..." Tambah stress bila soalan saya dijawab sebegitu.

Dia suruh saya ke klinik segera.

Saya turun ke bawah untuk ke klinik yang berdekatan. Jalan kaki sahaja kerana saya takut untuk memandu dalam keadaan sedemikian.

Di Klinik mereka mengarahkan saya ke Hospital Kuala Lumpur kerana itulah hospital yang berdekatan untuk kes-kes kecemasan seperti ini.

Dalam kepala saya terfikir....hmmmm....Hospital Kuala Lumpur ? Timbul sedikit keyakinan saya pada hospital "kerajaan", lalu saya cuba yakinkan diri.

Masa tersebut mana sempat untuk demand hospital kelas satu walaupun sebagai kakitangan saya sememangnya layak untuk ditempatkan di hospital kelas satu.

Setibanya di Hospital Kuala Lumpur....indah khabar dari rupa. Saya menunggu hampir sejam. Saya tidak mampu untuk menunggu lebih lama. Saya tinggalkan surat dari klinik di HKL dan menaiki teksi ke Hospital Ampang Puteri.

Sampai di Ampang Puteri lebih kurang jam...

Kejap lagi sambung...ada show pukul 3 petang. Gala TV !...

Sekitar jam 7.45 malam saya telah pun ditempatkan di Wad Kecemasan. Tekanan darah diambil dan kemudian pemeriksaan ECG dijalankan.

Doktor mengatakan ianya normal tetapi perlu pemeriksaan susulan kerana jantung pada waktu tersebut berada dalam keadaan rehat. Pemeriksaan seterusnya melibatkan stress test.

Pada ketika inilah sekitar jam 9 malam saya menerima SMS yang mengejutkan. Ini bukan masa yang terbaik untuk terima SMS yang bukan-bukan.

Saya turut diberikan ialah nebulizer. Memang rasa lapang dada bila ubat itu masuk ke ruang udara badan.

Suntikan pain killer yang terakhir benar-benar menakutkan. Dah lama tidak kena injection. Sekali sekala seriau lah juga !

Banyak ubat diberikan. Lepas makan malam. Saya pulang ke rumah. Jam 10.45 malam saya sampai rumah.

Kenapa jadi macam itu ? STRESS ? Mungkin !

Seminggu lepas serba tidak kena. Terlalu banyak yang berlaku.

Salah seorang kakitangan berhenti kerja. Gala TV tinggal 2 orang sahaja termasuk saya yang perlu menyiapkan program jam 3 petang dan 10 malam.

Kemasukan saya ke Gala TV sebenarnya adalah untuk menguatkan program tersebut yang kekurangan orang. Sepatutnya ada tiga orang. Boleh juga bernafas.

Oleh kerana Fida takut dengan tekanan dan dia seorang yang pengecut, dia mengambil langkah untuk berhenti. Mungkin dia bijak. Mungkin juga dia pengecut !

Tekanan ada di mana-mana. Hanya orang yang takut pada tekanan akan berhenti atau mencari kerja lain.

Cukuplah bertanya pada saya bila nak berhenti...atau mencari kerja lain.

Terus terang saya katakan. Tekanan bekerja untuk Akademi Fantasia sebenarnya TIADA kalau dibandingkan berada di Astro AWANI.

Orang kata penat bekerja untuk AF selama tiga bulan, tetapi kalau mereka berada di Bilik Berita seperti Astro AWANI, tekanan di program AF sebenarnya TIADA. Apatah lagi program-program yang lain.

Sekarang, semuanya kembali ke asal. Tetapi mulai minggu ini nampaknya saya sudah boleh menarik nafas lega.

Perkembangan terkini yang menarik untuk sama-sama kita nantikan.

Janji saya, nantikan sahaja kerana sebelum AF6 bermula pasti ada perubahan yang bakal berlaku.


Nota : Sudah seminggu saya katakan Tak Nak ! Anda bila lagi ?