Seperti yang dijangkakan, Slumdog Millionaire menerima pencalonan untuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik. Selain anugerah utama itu, filem yang dirakamkan di Mumbai itu turut menerima dua pencalonan untuk Lagu Asal Terbaik menerusi O...Saya dan Jai O. Tidaklah mengejutkan bila filem itu turut dicalonkan untuk Muzik Asal Terbaik setelah A.R.Rahman turut memenangi anugerah yang sama di Golden Globes. Filem lakonan Dev Patel dan Freida Pinto itu turut dicalonkan dalam Suntingan Terbaik dan Sinematografi...

Saya mohon maaf kerana gagal untuk mengemaskinikan blog ini sekerap yang mungkin. Sememangnya benar prioriti manusia itu kerap berubah dan ini adalah salah satu contoh. Jika punya masa terluang, saya akan cuba mengubah prioriti tersebut.Sabtu lepas saya bersama beberapa blogger telah dijemput oleh Malaysia Airlines untuk satu majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina. Antara yang saya kenal dan masih ingat blogger-blogger itu seperti RedMummy,...

Selepas enam tahun sinonim dengan watak Puteri Gunung Ledang, Datin Seri Tiara Jacquelina mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.Dalam sebuah sidang media tengahari tadi, beliau mengumumkan "Puteri Gunung Ledang The Musical" bakal menjadi pentas terakhirnya."I had this feeling this might be the last time on stage as Puteri...It's a big day in my life. Playing Gusti Puteri Raden Ajeng Retno Dumilah has been such a big part of who I...
Senario muzik dunia kini telah banyak berubah. Jika dahulu pengguna mendengar muzik menggunakan piring hitam, kini teknologi banyak merubah scenario itu. Pengguna boleh mendengar muzik di mana-mana saja. Golongan remaja gemar memuat-turun muzik pilihan mereka di dalam iPod. Hasilnya kini, seluruh persekitaran golongan remaja seperti anda bakal dilatarkan dengan muzik pilihan masing-masing.Portal DiGi Music menawarkan peluang itu kini kepada anda terutamanya golongan remaja yang gemar mendapatkan muzik dengan kaedah muat turun....
Ulasan sedang dikemaskinikan. Masih menjana idea dan memerah otak untuk album Lentera Timur. :)Senarai LaguDi Khayalan Kita (Johari Teh, Keon)Saya kira lagu ini amat sesuai dijadikan lagu pembukaan kepada pendengar album Siti yang sudah terlalu lama menantikan beliau menghasilkan album etnik kontemporari. Ditambah lagi dengan alunan gambus yang menjadi pembukaan seakan-akan pendengar disambut oleh Siti yang tambil dengan imej Timur Tengah pada paparan kulit albumnya.Bintang Malam (Johan Nawawi, Amran Omar)Suasana ceria yang...