Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Gempak Astro Retro di Dataran Kluang

Entri oleh sultanmuzaffar 26 October 2009


Jika sebelum ini kita selalu didedahkan dengan Gempak Selebriti Astro atau pun Gempak Desa Astro…kini menyusul pula Gempak Astro Retro yang berlangsung di Dataran Kluang, Johor.

Saya sempat meluangkan masa memandu ke Kluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana hebatnya promosi yang dilakukan oleh Astro untuk mendekatkan diri mereka dengan pelanggan-pelanggan sedia ada mahu pun dalam usaha mendapatkan pelanggan baru.

Gempak Astro Retro merupakan gabungan Gempak Selebriti Astro dan Gempak Desa Astro. Kali ini tema Retro dipilih untuk memberikan suatu kelainan daripada acara-acara yang telah diadakan sebelum ini. Saya harus melihat usaha ini sebagai satu usaha yang baik untuk mencapai sasaran jumlah pelanggan selain meningkatkan lagi peratus penebusan isirumah di seluruh Malaysia.

Ada banyak kaunter dibuka sempena dengan acara tersebut. Pastinya kaunter yang terdiri daripada saluran-saluran yang ditawarkan oleh Astro disediakan di situ. Kalau mereka yang berminat dengan filem, ada HBO, MAX dan StarMovies. Apabila berada di kaunter HBO pastinya pelanggan seperti saya tertarik untuk mengetahui program-program baru yang akan ditawarkan oleh Astro sekiranya saya melanggan saluran tersebut.

Sebagai kanak-kanak mereka pasti inginkan sesuatu yang menyeronokkan bersesuaian dengan peringkat usia mereka. Saluran kanak-kanak seperti Nickelodean dan Cartoon Network pastinya menjadi tumpuan mereka. Saya mahu kelihatan dan berasa muda pasti singgah di kaunter tersebut. Selain untuk mendapatkan maklumat terkini program-program yang ditawarkan, saya juga akan sentiasa berasa muda di kaunter tersebut.

Bagi pencinta sukan, Stadium Astro menawarkan pelbagai program sukan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran sukan. Macam-macam ada. Ada Star Sports, Astro Supersports, Golf Channel, EuroSport dan ESPN. Penggemar sukan golf seperti saya pastinya terus terpaku pada saluran Golf Channel.

Saya sudah cukup terpegun menyaksikan sendiri program-program terbaru yang ditawarkan oleh saluran antarabangsa. Namun lebih terpegun dengan program-program baru yang ditawarkan oleh saluran Keluarga. Ada banyak saluran untuk kita sama-sama nikmati seperti Astro RIA, Astro PRIMA, Astro OASIS, Astro AWANI dan sebagainya.

Pasti menjadi tumpuan ialah kaunter Pakej Mustika, pakej terbaru yang ditawarkan oleh Astro. Selain program-program berasaskan pendidikan seperti Discovery, National Geography dan Disney.

Saya juga kembali ke Dataran Kluang selepas Maghrib untuk menyaksikan acara kemuncak iaitu Konsert Retro @ Gempak Astro yang menampilkan ikon-ikon terkenal seperti Dato’ Khatijah Ibrahim, Anuar Zain dan Ning Baizura! Barisan artis yang lain terdiri daripada Stacy, Zahid, Akim, Alam, Nadia, Farah, Idayu, Edlin, Farhan, Akma, Tam, Farish, Hazama, Nubhan, Toi, Yazer, Fitri, dan ramai lagi.

Pertunjukan mereka pada malam itu sememangnya tidak menghampakan. Masing-masing menunjukkan kebolehan vocal dan tarian yang begitu bersemangat dan penuh tenaga. Tidak hairan para penonton di Kluang turut bertepuk dan menyanyi bersama dari permulaan hingga akhir konsert. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan adalah medley Bee Gees, koleksi lagu Allahyarham Sudirman serta medley Indonesia Evergreen yang sangat mencuit hati.

Tampil pula penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura yang memakai dress panjang merah menyala. Gayanya membuktikan dia masih Diva Meletup di Malaysia!

Ning muncul membawakan lagu-lagu ‘signature’ nya iaitu ‘Kau dan Aku’ dan ‘Curiga’. Ning sememangnya pandai melayan para penonton untuk turut memeriahkan suasana konsert, selain beramah mesra dengan para peminatnya.

Bagi menyuntik elemen retro penghibur sepanjang zaman, Dato’ Khatijah Ibrahim tampil menghiburkan penonton. Ini kali pertama Dato’ Khatijah terbabit dengan program bersama Gempak Astro, serta rasanya telah terlalu lama beliau tidak membuat persembahan ‘live’ buat tatapan peminat. Sememangnya, terubat rindu apabila Dato’ Khaty menyanyikan lagu hits nya seperti ‘Doa Buat Kekasih’ dan ‘Ku Pendam Sebuah Duka’.

Paling ditunggu-tunggu pastinya penghibur lelaki popular…Anuar Zain yang tampil membuatkan peminat wanitanya tidak senang duduk. Sesekali mereka melambai-lambai memanggil nama Anuar Zain “Will you marry me ?” Namun, Anuar masih tersenyum sambil melayan karenah peminat wanitanya.

Saya sempat bertemu dengan pelanggan-pelanggan bertuah yang telah melayari laman web www.astro.com.my/gempak09 untuk satu sesi Rumah Terbuka bersama artis-artis yang terlibat dengan Gempak Astro Retro.

Pelbagai brosur dan cenderamata yang saya bawa pulang sebagai kenangan selain menjadi rujukan saya untuk mendapatkan program-program terbaru yang ditawarkan oleh Astro.

Moga kita akan bertemu lagi di acara yang akan datang. Mungkin di Gempak Selebriti, 31 Oct – 1 Nov di Kuantan Parade? Promo di TV sudah rancak dimainkan nampaknya….