Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Bila Sititology Bertemu

Entri oleh sultanmuzaffar 12 March 2010

Januari lalu, kami beberapa teman rapat media berkongsi rasa dan masa menyiapkan sebuah muzikal yang bertajuk "Chocolate Strawberry The Musical" sempena Pelancaran Album Canda Tangis Ketawa Duka atau ringkasnya CTKD, yang juga ringkasan nama mereka, Siti Nurhaliza dan Kris Dayanti.

Beberapa hari lalu, kami diraikan Datuk Siti Nurhaliza kerana usaha lelah yang telah kami curahkan. Masing-masing hadir dengan tema merah hitam. Cuma saya mengenakan tshirt ungu dengan sedikit lorekan merah. Janji ada sikit merah.

Pelbagai topik kami bualkan dari pengalaman pertama kali kami bertemu dengannya hinggalah ke perancangan terbarunya yang pelbagai macam. Banyak acara akan diumumkan dalam sedikit waktu saja lagi. 1 April ini genap usianya 15 tahun dalam industri muzik tempatan. Dalam tempoh itu, industri muzik berkembang baik sehinggalah tatkala teknologi muat turun semakin menguasai dunia muzik tempatan.






Kredit Foto : Facebook Rozi Razak



Nampaknya musim membeli-belah masih belum dan baru bermula untuk Pengguna Xpax! Xpax big freekin’ sale is back! Antara produk yang ditawarkan adalah :

1. Diskaun 50% untuk setiap muat turun di Channel X sepanjang hari. Antara item dalam muat turun Channel X adalah Music(muzik), CMT, Games(permainan) kecuali aplikasi seperti IMX, Defender 1.0 dan lain-lain. Setiap daripadanya mendapat potongan 50% dengan kandungan yang berharga RM3, bakal bernilai RM1.50 sahaja!

2. Juga terdapat 3 tempoh Happy Hour iaitu pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari, 1 hingga 4 petang dan 7 hingga 9 malam. Sewaktu Happy Hour, pengguna yang memuat-turun salah satu kandungan yang ditawarkan dalam tempoh Happy Hour bakal mendapat satu lagi kandungan secara PERCUMA.

3. Rebut peluang tersebut di www.channelx.com.my atau pun mendail *118#. Belanja RM5 atau lebih setiap hari untuk berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan setiap hari. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk MacBook Air, PSP Go, iPod Touch, Blackberry Curve 8520, Celcom USB Modem dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut sila ke : http://channelx.com.my/mdp/got_big_freekin_sale.jsp

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails

www.gua.com.my

sultanmuzaffar - entertainment blogger