Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.
Entri oleh sultanmuzaffar 31 March 2005 0 komen
Konsert Kemuncak Akademi Fantasia 052 April 2005Stadium Putra Bukit JalilBahasa MalaysiaIntroKonsert Jelajah Akademi Fantasia atau Akademi Fantasia Tour 05 yang telah bermula pada 16 Februari 2005 di Kompleks Bukit Jambul, Penang akan sampai kemuncaknya pada 02 April ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Konsert akhir ini dikenali sebagai "KONSERT KEMUNCAK AKADEMI FANTASIA 2005". Konsert ini akan diadakan pada 2 April 2005 di Stadium Putra Bukit Jalil, jam 8.30 malam dan akan disiarkan secara langsung di Astro Ria. Ia juga akan...
Entri oleh sultanmuzaffar 28 March 2005 0 komen
Ramalan Anugerah Bintang Popular 2004Minggu ini merupakan minggu dunia hiburan yang agak padat. Bermula dengan persembahan eksklusif Siti Nurhaliza in Concert di Royal Albert Hall di London, kemudiannya Konsert Kemuncak Akademi Fantasia Tour di Bukit Jalil keesokkannya. Di Genting Highland akan berlangsung pula Anugerah Bintang Popular 2004. Populariti anugerah ini dan persembahan Siti Nurhaliza di London secara tidak langsung menenggelamkan promosi Konsert Kemuncak Akademi Fantasia Tour. Sehingga hari ini seakan tiada promosi...
Entri oleh sultanmuzaffar 26 March 2005 0 komen
Semalam Bersama Saiful RazmanPertama kali kami bertemu sewaktu Wilayah KUTU Book Reading di Darling Muse Art Gallery Bangsar. Pertemuan singkat itu kami berbual tentang dunia seni yang boleh saya sifatkan terpinggir tetapi mula menunjukkan belangnya. Begitu juga halnya dengan seorang pelukis yang baru berumur 25 tahun bernama Saiful Razman. Dilahirkan di Teluk Intan, Perak dan beliau merupakan graduan Universiti Teknologi Mara, Shah Alam...
Entri oleh sultanmuzaffar 20 March 2005 0 komen
Dialog Blog (Diablog)Anjuran: Geng JurnalTajuk: Menjadi Blogger Super Tempat: Rumah Pena Tarikh: 27 Mac 2005 Hari: Ahad Masa: 10 pagi hingga 12 tengah hari Ahli panel:- 1. Mat Jan 2. Rudy Bluehikari3. sultanmuzaffarModerator: Tipah VogueForum PerbincanganSemua dijemput hadir.Antara soalan spot yang mungkin akan disoal pada pagi tersebut, antara lain ialah:-oleh Tok Rimau1. Pentingkah menjadi super? 2. Apakah kelebihan menjadi super? 3....
Entri oleh sultanmuzaffar 19 March 2005 0 komen
Konsert Force of Nature : Best Gila !!Stadium Putra Bukit Jalil7.45 malam – 2.45 pagiSaya tidak mengharapkan peluang untuk menonton konsert ini. Konsert ini konsert besar. Ada ramai artis antarabangsa yang terlibat termasuk juga artis Malaysia. Apabila peluang tersebut diberikan oleh Chail, sudah tentu saya tidak melepaskannya. Kami pergi bersama Dream, Hakim, Sahri AF1dan Nuar.Atas kesedaran untuk membantu mangsa bencana tsunami, maka...
Entri oleh sultanmuzaffar 14 March 2005 0 komen
Ulasan TertangguhMinggu lepas merupakan minggu Sepet. Ya, berkali-kali lagi. 3 kali secara tepatnya. Dua kali di TGV KLCC dan kemudian singgah ke GSC Mid Valley. Sekadar untuk bertukar selera layar. Maka tidak dapat tidak beberapa ulasan menjadi tertangguh. Saya telah mendapatkan VCD Sepet. Ada beberapa kejutan yang akan saya tuliskan dalam ulasan saya nanti. Saya masih memikirkan sama ada perlu untuk mengulas Anugerah Seri Angkasa atau pun tidak. Sejak akhir-akhir ini pengulas dan pengkritik sering mendapat perhatian pembikin...
Entri oleh sultanmuzaffar 08 March 2005 0 komen
Akademi Fantasia I Reunion GatheringDalam debaran menantikan demam Akademi Fantasia III, saya tidak pernah melupakan pelajar perintis Akademi Fantasia I. Kelucuan mereka, kejujuran mereka, tawa riang mereka, tangis mereka, penampilan mereka yang kita lihat saban malam pada bulan Mei hingga Ogos 2003 sehingga kini masih kekal dalam ingatan saya. Masing-masing kini punya haluan sendiri dalam menempuh cabaran menjadi bintang.Pertemuan pertama...
Entri oleh sultanmuzaffar 06 March 2005 0 komen
Gathering Sepet Photo AlbumHari : JumaatMasa : 9.20 malamTempat : Dewan 8, TGV KLCCPeserta : sultanmuzaffarbadrulshonnynartwaiemijinkiutkak aididabg issahriwinkcikanosweetorgkampungrosenhknanasempoiiadifashlalinbrudi bluehikarihemo hemoiffaabg salimmeesuashaznilamkak ainonjolyneanscovaizadfaizdan nuarkiutSejak akhir-akhir ini, kita didedahkan kepada debat forum oleh Ku Seman Ku Husin dam kolumnya dan kemudian dijawab oleh Aziz M. Osman,...