Dua hari saya cuti. Mulai hari ini dan esok. Tidak banyak yang boleh dilakukan. Selain sedang berfikir dalam-dalam dan bersantai di rumah menonton televisyen, itu sahaja yang mampu dilakukan.
Saya masih lagi memikirkan sama ada mahu ke Pulau Sipadan sekali lagi hujung tahun ini. Ikut perancangann teman-teman diving, mereka mahu bertolak pada 10 Disember depan. Saya masih menunggu ilham datang untuk menjengah Sipadan sekali lagi.
Memang terasa rindu dengan pulau tersebut. Jika Jun lepas saya dive dengan diver-diver yang tidak saya kenali, perjalanan Disember ini akan disertai dengan teman-teman yang memang satu kepala.
Harga tiket penerbangan ke Tawau menaiki Air Asia hanya RM570 sahaja termasuk Checked-In Baggage dan XPress Boarding.
Dalam memikirkan sama ada mahu ke Sipadan sekali lagi atau tidak, saya masih tidak pasti sama ada perjalanan ke Manado berjaya. Juga untuk diving, dikhabarkan ianya dirancang pada bulan Oktober, selepas musim cuti raya tahun ini.
0 komen