Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Lebih Besar Dari Kuasa Polis ?

Entri oleh sultanmuzaffar 06 November 2008

Semalam aku pergi tayangan media filem "Selamat Pagi Cinta". Tajuk filem memang best. Aku pergi tengok filem itu pun pasal pelakonnya. Ada Fazura, Sharifah Amani, Pierre Andre dan Que Haider. Aku tak hairan sangat kalau Pierre Andre tak datang majlis tu pasal banyak sangat kontroversi yang melanda dia baru-baru ini. Honestly aku tak baca sangat apa yang berlaku. So, aku tak tahu pun detail cerita tu.

Last-last Pierre Andre jugak. Dia hadir. Untuk wartawan media cetak memang peluang itu ditunggu-tunggu. Pasal dah lama Pierre menyepi. Aku pulak sebagai wartawan media elektronik yang tak ambik tau pasal isu tersebut hanya menjadi pendengar. Aku cuma minta cameraman ambik cutaways. Lagipun aku tak ikut isu tu dari awal.

Alih-alih niat awal untuk interview Pierre tentang filem lakonan dia terpaksa aku lupakan. Pierre dah blah dari majlis tu. Semuanya angkara kebencian dia terhadap seorang wartawan yang berada di situ. Aku lihat Pierre menjawab setiap soalan yang diajukan oleh wartawan kepadanya kecuali soalan dari seorang wartawan. Kalau ikutkan apa yang Pierre buat tu memangnya betul. Dah dia tak mahu jawab. Itu hak dia.

Kita pun kalau polis tahan kita di tengah jalan, kita ada hak untuk tidak jawab apa yang polis tanya. Kita ada hak untuk pastikan ada peguam bersama kita. Apakah kuasa wartawan lebih besar dari kuasa polis ? Tentu sekali tidak.

Banyak blog yang bercerita tentang isu ini. Yang paling menarik ialah blog Saniboey. Selain isu panas tu, blog itu juga turut menceritakan perihal etika kewartawan. Saya rasa saya patut baca dan fahamkan agar satu hari nanti saya tidak menjadi sebahagian daripada cerita panas itu. Minta dijauhkan harap-harapnya.

8 komen

  1. DonCorleone Says:
  2. Salam. Terima kasih kerana link kan kepada my blog. Insya-Allah akan tiba masanya nanti saat wartawan hiburan dihormati. Perjuangan yang macam ini memang lambat dan kalau kita sabar, Insya-Allah kita menang. Tks bro.

     
  3. Anem Arnamee Says:
  4. Salam..saya percaya pada kata2~mata pena lebih hebat dari mata pedang..

    p/s:mungkin dah jadi papan keyboard dah mata pena sekarang..=p

     
  5. Ajami Hashim Says:
  6. memang melampau yang terlampau! kesian kerana setitik nila habis susu sebelanga! tapi siapa yang jadi nila dalam kes ini?.. hahaha!

     
  7. klubbkidd Says:
  8. aku no komen. rasanya soal etika, banyak pihak, bukan je wartawan, tapi dari golongan pelbagai pihak terlibat dalam industri ni perlu dipertingkatkan.

    but hey... where would the entertainment value go then kan? LOL!

    i mean. even sensationalism itself isn't necessarily the best of values to champion, but a lot of parties do it for the sake of following, despite it compromising values.

    merapu lak aku. takpe la wak. at least bagi kita bahan tuk gosip antara kita. huahuahua

     
  9. DonCorleone Says:
  10. I remember one time ago in 1992 (I was still in BH masa tu). We rushed to MIC head office for a press conference by Datuk Sri S Samy Vellu tapi bila dia sampai dia kata: "I got nothing to comment, but only to say one thing." And he ended up giving us a 3 fucking hours of PC! (See where I'm going?)

     
  11. Anonymous Says:
  12. Rock on, Pierre!

     
  13. @tune® Says:
  14. erm...kesian piere...tp xtau salah siapa kn...die ade hak...wartawan cume nk tau kisah sebenar je...maybe die xselesa...i duno..i have no idea in this industry...

     
  15. Mendesak adalah tugas wartawankan... mungkin Pierre tanak jawab bukan sebab soalan tu tapi sebab ada masalah peribadi dengan wartawan tu so tak timbul soal etika kewartawanan kan... sebab dia jawab soalan wartawan lain.

    Dalam satu family pasti akan ada satu dua yg bermasalah apatah lagi dalam keluarga besar dunia kewartawanan... baik dia buat begitu...

    rasanya dua dua tak salah!!!