Dua majlis perkahwinan Mawi dan Ekin yang melibatkan Johor Bahru dan Kulai telah pun selesai. Kepenatan hasil dari dua majlis tersebut masih belum reda. Sememangnya ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat saya perolehi melainkan berhadapan dengannya sendiri. Banyak cerita manis, tidak kurang juga cerita pahit yang berlaku sepanjang majlis tersebut berlangsung. Banyak pengajaran yang telah saya perolehi dan melaluinya sendiri. Kontroversi yang berlaku membuka pandangan baru saya terhadap banyak isu yang selama ini tidak saya ambil peduli.
Majlis Resepsi di Felda Taib Andak dianggarkan lebih 20,000 jemputan hadir ke majlis tersebut termasuk Konsert Gempak Rewang yang diadakan malam Ahad lalu. Memang penuh dengan ribuan manusia yang saya tidak tahu dari mana. Dalam banyak-banyak tetamu yang saya temui ialah sahabat saya sewaktu bersekolah menengah satu ketika dahulu. Rupanya beliau merupakan teman kerja Mawi sewaktu sama-sama mengharungi zaman sukar di Carrefour, Subang. Walaupun Mawi telah meningkat popularitinya, kawan-kawan lamanya sewaktu zaman susah tidak pernah beliau lupakan. Itulah sisi lain yang baru saya temui.
Jika diberikan pilihan saya seboleh-bolehnya tidak mahu ke Majlis Resepsi 1001 Malam di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan. Jika diberikan pilihan saya seboleh-bolehnya hanya mahu menonton dari rumah. Pastinya tanggal 11 Januari itu menjadi satu hari paling panjang dan memenatkan. Pelbagai gimik telah pun dirancang dan majlis tersebut akan menjadi sebuah program televisyen yang terancang. Oleh itu, lebih sesuai sekiranya saya tonton hanya di televisyen.
Saya tertarik dengan tulisan Adam Saleh seperti yang tersiar dalam ruangan Jarum Emas di akhbar Metro Ahad yang menyebut "Natijahnya, menjadi pengamal media, ada kala kita mendapat layanan Kelas A, ada ketika tiada kelas langsung, namun kerana kelicikan kita, tanpa kelas pun kita boleh menjadi yang terbaik.". Saya pegang kata-kata itu kerana hari ini mungkin hari saya, esok belum tentu hari saya.
nasib baik kau tak kena 'halau' kan? kalau tidak mesti meroyan tak habis2 dlm blog bla bla bla macam ada seorg wartawan itu.. pendapat aku, kalau setakat kena 'halau' kecoh satu kg & ulang-suara mcm broken-record kat blog, baik tak payah jadi wartawan! hahaha!
p/s: Salaam Maal Hijrah 1430H bro ;-)
hahaha. yg ko carutkan itu ialah kawan aku tau !
At least I know someone is reading and learning. :)
ajami,
hari ini hari aku, hari esok belum tentu lagi.
apa yang kita boleh buat ialah tidak mengulangi kesilapan hari ini di masa akan datang.
kalau aku yg terkena, silap2 aku pun buat benda sama jugak.
Ho ho...tak abis lagi kisah pasangan tu, ekk. Tak pe laa...segala yang berlaku ada hikmahnya... Kena ambil pengajaran darinya..
Salam maal hijrah.
Mawi dan Ekin dah selesai...Sultanmzaffar bila lagi?....
Selamat Tahun Baru bro.... nice pix