Undilah

SULTANMUZAFFAR (26 Februari 2002 - sekarang)

Seorang blogger, pelayar internet, penyelam scuba dan penagih tegar televisyen dan Wii. Melihat seluruh dunia di laman blog menerusi kamera DSLR dan kacamata tebalnya (kadang-kadang kanta lekap).

Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

Ulasan Penuh SATU...Sejarah Lengkap Siti Nurhaliza

Entri oleh sultanmuzaffar 29 June 2009 7 komen
Masih tiada tandingan. Bukan sahaja telah menjadi legenda, malah beliau selayaknya menjadi sejarah buat Malaysia. Itulah yang diluahkan oleh penyanyi unggul Indonesia, Krisdayanti. Berkongsi rasa yang sama, Siti Nurhaliza selayaknya termaktub dalam salah satu sejarah penting buat Malaysia.Bayangkan tanpa sekilas keluhan atau desah kepenatan, Siti Nurhaliza melayangkan 30 buah lagu tanpa henti selama dua jam di Konsert Eksklusif Satu Siti...
Nota : Entri blog ini bukan review. Entri ini merupakan 7 minutes packaged story tentang konsert itu di Gala TV, Astro AWANI. Ulasan peribadi blog akan disiarkan secepat mungkin. InsyaAllah.(ANCHOR)Konsert Satu Dato’ Siti Nurhaliza membuka tirainya di Istana Budaya 26 Jun lalu.Selama tiga malam berturut-turut, penyanyi bersuara emas itu menghiburkan penonton dengan lagu-lagu yang menyusur kerjaya Siti selama lebih sedekad.(VT)Bagi peminat Siti Nurhaliza yang hadir menyaksikan konsert sepanjang dua jam itu…pastinya mereka pulang...

Jadilah Diri Sendiri !

Entri oleh sultanmuzaffar 24 June 2009 1 komen
Pernah rasa tertekan apabila sebagai remaja kita sering diasak dengan pelbagai persoalan yang melingkar di sekeliling kita. Sebagai remaja, apabila kita diasak dengan pelbagai persoalan membuatkan jiwa remaja kuat memberontak.Nabil, Raja Lawak Astro musim 2 melakukan sesuatu yang di luar dugaan apabila menikmati Corntoz. Jiwanya memberontak apabila mahu menikmati Corntoz dan dalam waktu yang sama tidak mahu diganggu sewaktu menonton filem. Lalu Nabil mencipta alat yang memudahkannya menikmati Corntoz tanpa gangguan. Itu idea...

Noordin Hassan – Nostradamus Teater Melayu

Entri oleh sultanmuzaffar 17 June 2009 2 komen
Sepuluh tahun lalu, dunia teater Melayu digemparkan dengan cerita penarikan naskhah teater Mana Setangginya dari menjadi teater “buka panggung” untuk Istana Budaya, panggung teater paling breprestij negara. Naskhah teater itu tersimpan rapi di Istana Budaya hinggalah ia dipentaskan di pentas berprestij itu mulai 13 Jun lalu.Wanginya setanggi masih terasa walaupun sepuluh tahun ia terperap di Istana Budaya. Seni budaya di Malaysia jarang-jarang...

Lima Band, Satu Pentas…20 Jun Ini

Entri oleh sultanmuzaffar 16 June 2009 1 komen
Saya sedar banyak konsert artis tempatan yang bakal menyusul bulan Jun hingga Ogos ini. Tetapi konsert yang bakal berlangsung pada 20 Jun ini sesuatu yang berbeza. Bakal menghimpunkan lima band paling meletup di Indonesia, Pesta Malam Indonesia bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.Konsert mega Pesta Malam Indonesia ini merupakan kolaborasi di antara TM dan Fatboys yang sememangnya dikenali sebagai penganjur konsert antarabangsa...

Meneroka Keindahan Bali Bersama Air Asia (Bahagian 2)

Entri oleh sultanmuzaffar 15 June 2009 4 komen
Destinasi : UbudPagi 3 Jun 2009 bermula agak awal daripada kebiasaan. Tepat jam 9 pagi saya sudah turun bersarapan pagi. Tidak banyak yang boleh dimakan di Bali Agung Village melainkan roti bakar, omelette dan minum kopi. Walaupun ada mee goreng tidak saya sentuh kerana was-was. Selesai sarapan pagi, saya membuat keputusan untuk ke Ubud. Saya harus meneroka daerah menghala ke utara dari Kuta untuk hari tersebut.Saya teringatkan nombor yang...